Isnin, 30 Ogos 2021

Beksin

 ✅PANDUAN PENJAWAT AWAM YANG MENOLAK SUNTIKAN. 


1. Jika Ketua Jabatan minta tuan puan mendaftarkan diri di MySejahtera. Tuan puan mesti mendaftarkan diri sepertimana arahan.


2. Apabila tiba tarikh suntikan, tuan puan boleh membatalkan temujanji. Ketua Jabatan tidak lagi boleh memberikan alasan tuan puan gagal mematuhi arahan sebagai penjawat awam.


3. Serahkan surat penolakan di atas sebab berikut:


a. Dasar kerajaan vaksin pilihan dan sukarela termasuk kepada frontliners.


b. Vaksin masih lagi dalam ujian klinikal. 


c. Risiko individu divaksin atau tidak divaksin adalah sama.


d. Dalam perubatan menjadi hak individu sama ada nak menolak atau menerima suntikan, ubat ke dalam tubuh. Tiada pihak yang boleh memaksa.


4. Jika Ketua Jabatan tuan puan bertindak melakukan ugut atau paksaan. Memberi tekanan dan menakut-nakutkan tuan puan. Buat aduan secara rasmi.


5. Selaku penjawat awam sama ada jawatan kekal atau kontrak. Hak tuan puan sama dan  terpelihara di sisi perlembagaan. 


6. Tuan puan mempunyai hak dan terlindung di bawah:


a.  Bahagian 2 - Kebebasan Asasi di bawah Perkara 8 (1).


b. Bahagian 10 - Perkhidmatan Awam di bawah Perkara 135 (1) dan (2) serta Perkara 136.


6. Pekeliling KSN yg bertarikh 5 Mac dikeluarkan menggalakkan penjawat awam mendaftarkan diri menggunakan MySejahtera.


7. Pendaftaran adalah bertujuan pengiraan peratusan di kalangan rakyat Malaysia yang menerima atau menolak vaksin.


8. Pekeliling dikeluarkan oleh KSN tidak bermaksud penjawat awam wajib terima suntikan.


9. Ikut akta dan undang-undang, jangan ikut kepala Ketua Jabatan kerana ramai Ketua Jabatan baca pekeliling tetapi tidak faham.


10. Anda bebas untuk terima atau tolak tanpa perlu berasa takut dan bimbang kerana hak anda adalah terpelihara di sisi perlembagaan iaitu "The Most Supreme Law". Tiada akta yang membatasi perlembagaan.


🌹🇲🇾

Tiada ulasan:

Catat Ulasan