Rabu, 25 Ogos 2021

Virus

 Mengapa KKM tidak memberi amaran lebih awal, sehingga menyebabkan ramai yang meninggal dunia selepas divaksin, kerana menyangka antibodi mereka telah kuat, sebaliknya mereka sebenarnya lebih berisiko sakit dan mati... 


Sedangkan mengikut pemahaman orang biasa, bahawa mengambil vaksin ini ialah supaya antibodi badan lebih kuat, supaya tidak terkena jangkitan...


KKM mendakwa situasi penurunan antibodi tersebut adalah sementara, sehingga antibodi menjadi lebih kuat dari sebelumnya... 


Bagaimana jika tahap antibodi mereka yang telah divaksin tidak akan naik semula sampai bila-bila, kerana ramai pakar sudah menjelaskan bahawa sekali sahaja sistem antibodi dicemarkan dengan virus lemah yang banyak melalui vaksin... 


Maka proses antibodi menyerang virus lemah tersebut akan terus berlaku, sehingga menyebabkan kegagalan organ, kerana sistem antibodi tidak lagi dapat menyerang bakteria biasa yang lain...


Antibodi manusia dicipta sebagai "non specific" supaya mampu melawan segala jenis bakteria yang masuk selepas ditapis sistem pernafasan... 


Sebenarnya sistem penapis pernafasan manusia adalah sangat kompleks, dimana risiko untuk terkena jangkitan melalui pernafasan adalah amat rendah... 


Penyakit manusia sebenarnya datang dari sel manusia itu sendiri, akibat kesan dari keracunan makanan, gelombang elektromagnetik, radiasi dan sebagainya... 


Virus itu sebenarnya hanya sejenis sel yang dikenali sebagai Exosomes, yang dihasilkan dari sel induk manusia yang terkena radiasi, racun, suhu dan sebagainya... 


Contohnya jika kita berada di rumah dalam jangkamasa yang lama, dan jatuh sakit seperti selsema dan batuk, sedangkan kita tidak atau jarang sekali keluar rumah tanpa SOP...


Jika sakit itu datangnya dari virus, dari mana datangnya sedangkan kita sudah lama berada di dalam rumah, walhal jika mengikut teori "Germ" oleh Louis Pasteur, bahawa virus hanya boleh hidup di dalam hos, dan virus tidak boleh hidup di luar hos...


Jika benar virus itu mampu hidup di luar hos, dengan menghablurkan dirinya, mengapa pula orang lain di dalam rumah yang sama tidak pun jatuh sakit, sedangkan antibodi badan semua manusia adalah 99.99% sama...


Ini menjelaskan banyak kes Covid-19 terjadi walaupun mangsa hanya berada di rumah sepanjang masa, begitu juga terjadi pada kelasi serta pekerja di pelantar yang didapati positif, sedangkan sudah berbulan mereka di laut...


Jika kita faham akan asas merebaknya suatu penyakit adalah bukan dari udara, sebaliknya datang dari sistem badan manusia itu sendiri, maka Covid-19 ini tidaklah menjadi isu sebenarnya...


Yakinlah kepada ciptaan agung yang sesempurna kejadian dari Allah S.W.T, bahawa manusia itu tidak mudah jatuh sakit, melainkan manusia itu sendiri yang percaya dan yakin bahawa dia boleh jatuh sakit dengan mudah...


Apabila manusia lupa kepada asas Aqidah ini, maka manusia akan terikut dan tertipu oleh pihak yang mengambil kesempatan, kononnya vaksin itu boleh mencegah penyakit, sedangkan dari segi fakta jelas bahawa virus dalam vaksin itu sendiri yang membawa penyakit serta wabak...


Kajilah wabak pandemik Polio, Spanish Flu, Swine Flu, Bird Flu, Ebola, J.E, SARS, MERS, Influenza A malah epidemik HIV juga sebenarnya berlaku selepas program vaksinisasi besar-besaran yang dibuat oleh WHO yang disokong kerajaan sesebuah negara...


Jika KKM masih enggan berlaku jujur kepada rakyat tentang kandungan serta bahaya sebenar dalam vaksin, dengan izin Allah, kadar imuniti kelompok 80 peratus vaksinisasi penuh yang KKM mahukan tidak akan tercapai...


Ugutlah pada rakyat macam mana pun, jika Allah tidak merestui sesuatu perkara, maka ianya tidak akan berlaku dengan jayanya, kerana hak untuk mengambil atau tidak vaksinisasi Covid-19 ini adalah hak mutlak individu dan bukannya sesebuah negara...


Belajarlah dari negara-negara yang sudah mencapai imuniti kelompok sehingga 80 peratus, kini berdepan dengan kenaikan kes dan kematian akibat varian Delta yang kembali meningkat... 


Semoga Allah S.W.T dan syafaat Nabi Muhammad S.A.W melindungi kita semua. Aminn... 


Na'uzubillahiminzalik. Wallahua'lam. Allahu Akbar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan