Rabu, 18 Ogos 2021

Tip iv SPP

 RUMUSAN TIPS IV SPP DARI FB LIVE FAKULTI PENDIDIKAN UKM

1. Jawab ap yg ditanya saja

(Soalan dalam iv ada 3 slot) 

2. Pengenalan diri 2-3 minit saja (Fakta. Apa yang ditanya saja) (Slot 1)

3. Wakil jabatan tanya biasanya mengenai bidang opsyen dan pedagogi (Slot 2)

4. Pihak spp (pengerusi) tanya mengenai isu semasa (Slot 3)

5. Semua aspek penemuduga nilai. Body language. Pengetahuan dalam pedagogi. Dan lain2. Cara jawab soalan. Biasanya bagi calon pertama yang jawab soalan terbuka. Markah biasa ad pada mereka. Tp kdg2 tak semestinya jawapan calon pertama yang jawab tu betul. Jadi bg calon lain2 yg cuba betulkan fakta. Markah juga ada pada dia. KESIMPULANNYA MARKAH SENTIASA ADA KEPADA SEMUA CALON. ITU CUMA CONTOH SITUASI.

6. Calon yang berjaya perlu mentally terima tempat mana2 posting. Jgn masuk dalam kumpulan duka lara. Biasanya cikgu wanita. Jgn hari pertama lapor diri bawa 2 surat. 1 surat lapor diri & surat pertukaran. Elakkan buat mcm ni. 

7. Spp kuasa melantik. Kpm yang mengeluarkan tempat mana2 nak posting.

8. Temuduga dijalankan dalam bahasa melayu. Tetapi bila sampai kepada bidang opsyen. Contoh bahasa arab. Wakil jabatan akan tanya dlm bahasa arab. Begitu juga opsyen bahasa2 yang lain. 

9. Urusan one off ini hanya menggunakan video conferencing (online) sahaja. Tak ada video rakaman. 

10. Calon yang dapat temuduga perlu bersedia dengan kelengkapan seperti internet, mic, tempat nak iv dan sebagainya. Persediaan perlu dibuat supaya urusan iv nanti tiada masalah. 

11. Pembentangan contoh ( nak tunjuk slide) bergantung kepada panel. Kalau panel bagi, baru boleh tunjuk. Kalau tak dibenarkan. Teruskan bercakap sahaja. 

12. Kalau calon tak dapat hadir semasa iv, spp tidak akan disenarai hitamkan. Tetapi ada rekod tidak hadir. Boleh tukar tarikh iv, tapi kena beritahu awal. Spp akan cuba tukar slot. 

13. Calon yang memohon sekurang2 nya akan dapat IV untuk satu opsyen mengikut kesesuaian bidang mereka. SPP akan usahakan. 

14. Urusan one off ini diberikan keutamaan kepada graduan pendidikan dan sekiranya ada mana-mana opsyen yang tak dapat ditampung oleh graduan pendidikan, akan diberi peluang kepada graduan bukan pendidikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan