Jumaat, 6 Ogos 2021

Pdpr

 Fundamental PdPr Dari Perspektif Pengurusan dan Pelaksana


Cnp

oleh zam eusof

fTerlebih dulu saya jelaskan, pandangan yang diberikan ini adalah berdasarkan kepada pemerhatian dan pembacaan daripada berbagai sumber secara tidak formal. Pandangan ini tidak ditulis berdasarkan kepada kajian atau rujukan data yang rasmi. Mungin terdapat beberapa kesilapan fakta dan maklumat. Pandangan ini terbuka untuk dikritik atau dibetulkan semula dengan fakta yang lebih tepat.


Definisi Pengurusan – Guru Besar/ Pengetua / Pengarah/ Pengarah Bahagian/ Pegawai-pegawai PPD/ JPN dan Pegawai Kementerian di Putrajaya.


Definisi Pelaksana – Semua Cikgu SK/SM / Pensyarah Kolej Matrikulasi / KV. (Guru Interim DC41  hingga Guru Senior D54 yang akan pencen lagi 2 bulan)


Pada penulisan ini, saya hanya membincangkan 3 fundamental yang perlu ada dalam pelaksanaan PdPr pada masa sekarang daripada berbagai lagi fundamental lain yang perlu ada. Tiga fundamental tersebut adalah KEFAHAMAN, KEPERCAYAAN & KEBERTANGGUNGJAWABAN. 


1. KEFAHAMAN – Pengurusan perlu mempunyai kefahaman yang jelas tentang perbezaan proses pembelajaran secara bersemuka dan secara online. 

Dalam situasi tidak ada masalah capaian internet dan peralatan untuk PdPr, Pelaksana masih perlu memahami kemampuan maksima pelajar dan pelaksana mengikuti pembelajaran secara online setiap hari. Berdasarkan kajian, bagi setiap kali sesi pembelajaran, tempoh maksima kurang daripada 30 – 50 minit sahaja.

Dalam situasi ada masalah capaian internet dan ada masalah peralatan, tentu situasinya lebih sukar lagi.

Kefahaman ini perlu supaya Pengurusan tidak mendesak Pelaksana dengan berbagai laporan berbentuk digital yang hanya akan menambahkan bebanan sedia ada kepada Pelaksana. 

Pelaksana perlu dapat membezakan program dan projek yang perlu ditangguhkan dulu hingga Pelaksana dapat kembali bertugas ke Institusi masing-masing. Pada masa Pengurusan ingin memastikan program dan projek yang dirancang pihaknya tetap berjalan walaupun secara online, cabaran dan tekanan di rumah yang dihadapi oleh Pelaksana perlu diambil kira.


Kebanyakkan Pengurusan berada pada usia yang telah ‘matang’ dan bebas daripada berbagai tanggungjawab menguruskan anak-anak kecil di rumah. Majoriti Pengurusan juga berada pada usia 50 – 59 tahun yang telah ‘selesai’ berbagai urusan keluarga yang memerlukan focus yang banyak.

Pelaksana pula terdiri daripada berbagai kategori usia yang mempunyai berbagai cabaran dan urusan peribadi yang memerlukan perhatian mereka di rumah. Sebelum PdPr berlaku, sebahagian daripada ‘warga rumahnya’ mungkin berada di asrama, pusat asuhan kanak-kanak dan sebagainya.


2. KEPERCAYAAN – Pengurusan perlu meletakkan kepercayaan kepada Pelaksana. Tidak perlu lah berbagai ‘sistem’ dan kaedah remeh temeh diwujudkan yang secara tersiratnya, hanya bertujuan untuk memantau dan memastikan Pelaksana ‘bekerja’. Apabila ada kepercayaan seperti ini, maka tidak akan timbul ‘sistem’ dan kaedah yang tidak perlu ini. 

Semestinya akan kes culas dan mengambil kesempatan daripada beberapa Pelaksana, jika tiada pemantauan dibuat. Tetapi, janganlah disebabkan masalah beberapa orang, semua yang lain turut terpalit sama.


3. KEBERTANGGUNGJAWABAN – Pelaksana perlu mempunyai rasa kebertanggungjawaban yang tinggi untuk melaksanakan tugas hakiki sebagai Pengajar dalam tempoh PdPr. Pelaksana perlu memastikan segala usaha yang mampu dibuat olehnya dilakukan untuk memastikan Pelajar mendapat input terbaik yang boleh diterima.

Saya yakin majoriti besar Pelaksana sentiasa berusaha melaksanakan tanggungjawabnya sebaik mungkin.


Sekiranya ketiga-tiga fundamental ini difahami dengan jelas, sebahagian cabaran yang dihadapi dalam PdPr dapat dikurangkan kalau tidak dapat diselesaikan. Terima kasih kepada yang sudi membaca pandangan ini hingga ke titik ini.


Banting – 06.08.21

Tiada ulasan:

Catat Ulasan