Rabu, 18 Ogos 2021

Hukum ro

 *Hukum bacaan Ra terbahagi kepada tiga (3) iaitu :*


*A. Ra dibaca Tafkhim (tebal) apabila :*

1. Ra berbaris fathah (atas) اَلرَّسُوْلَ


2. Ra berbaris dhammah (depan) رُحَمَاءِ


3. Ra diwakafkan sebelumnya huruf yang berbaris fathah atau dhommah يَنْصُرُ- َاْلاَبْتَرُ


4. Ra sukun sebelumnya huruf yang berbaris fathah atau dhommah تُرْجَعُوْنَ- يَرْحَمٌ


5. Ra sukun kerana wakaf sebelumnya terdapat alif atau wau yang mati اَلْغَفُوْرُ-اَلْجَبَّارُ


6. Bila ra terletak sesudah Hamzah Wasal اُرْكُضْ- اِرْحَمْنَا


*Catatan :* Hamzah Wasal adalah Hamzah yang terletak diawal bacaan, tetapi kalau ada yang mendahuluinya dikira tidak dibaca.


*B. Ra dibaca tarqiq (nipis) apabila :*

1.Ra berbaris kasrah  رِحْلَةَ الشّتَاءِ _ تَجْرِيْ


2. Ra sukun sebelumnya huruf berbaris kasrah dan sesudahnya bukanlah huruf Ist’la’ فِرْعَوْنَ – مِرْيَةٌ


3. Ra sukun sebelumnya huruf yang berbaris kasrah dan sesudahnya huruf Ist’la’ dalam kata yang terpisah.  فَصْبِرْصَبْرًا


4. Ra sukun karana wakaf, sebelumnya huruf berbaris kasrah atau ya sukun. 

جَمِيْعٌ مُنْتَصِرٌ – يَوْمَئِذِ لَخَبِيْرٌ


5. Ra sukun kerana wakaf sebelumnya bukan huruf Isti’la’ dan sebelumnya didahului oleh huruf yang berbaris kasrah. ذِيْ الذِّكْر


*Catatan :* Huruf Isti’la' ialah melafazkan huruf dengan mengangkat pangkal lidah ke lelangit yang mengakibatkan sebutannya tebal ق ص ض ظ ط غ خ


*C. Ra boleh dibaca tafkhim atau tarqiq apabila :*


1. Ra sukun sebelumnya berbaris kasrah dan sesudahnya huruf Isti’la’ berbaris kasrah atau Kasratain. مِنْ عِرْضِهِ – بِحِرْص


2. Ra sukun karena wakaf, sebelumnya huruf Isti’la’ yang berbaris mati, yang diawali dengan huruf yang berbaris kasrah. الْقِطْرِ – مِصْرِ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan