Ahad, 15 Ogos 2021

Homoseks

 ASAL MUASAL TERJADINYA HUBUNGAN HOMOSEKSUAL DAN LESBIAN.


Homoseksual dan Lesbian merupakan suatu perbuatan penyimpangan sosial yang memiliki orientasi yang bertentangan dengan fitrah manusia, agama dan budaya hidup masyarakat. Homoseksual merupakan di mana lelaki suka kepada lelaki atau kaum sejenisnya sementara Lesbian merupakan istilah bagi wanita yang mengarahkan orientasi seksualnya kepada sesama jenisnya. Istilah ini juga merujuk kepada wanita yang mencintai wanita baik secara fizikal emosional dan seksual, atau bahkan secara spiritual.


Asal mula terjadinya kedua hubungan ini adalah di sebuah negeri bernama negeri Sadum. Pada awalnya, kaum Sadum menyembah kepada Allah Ta'ala. Dengan keimanan yang mereka tunjukkan, maka negeri mereka dikurniakan oleh Allah Ta'ala kekayaan bumi yang melimpah ruah terutamanya hasil buah²an. Dengan hasil bumi yang mereka miliki, negeri mereka tidak pernah mengalami masalah makanan malah mereka menjualnya kepada orang-orang luar yang datang ke negeri tersebut.


Lama kelamaan, kaum Sadum lupa kepada Allah Ta'ala kerana lalai dalam kehidupan duniawi. Oleh sebab itu, Allah Ta'ala pun menguji mereka dengan menahan hujan turun ke bumi. Hal ini berterusan sehingga menjadi kemarau yang berpanjangan. Hasil bumi mula tidak menjadi dan mati sehingga membuatkan mereka kelaparan berpanjangan. Orang² luar yang biasa datang untuk mendapatkan buah²an dihalau kerana mereka tidak dapat menampung keperluan di dalam negeri mereka.


Hal ini menguntungkan Iblis di mana pada suatu hari, Iblis pun datang menemui dua orang pemilik kebun buah²an dengan menyamar sebagai seorang lelaki separuh usia. Dalam pertemuan itu, Iblis memberi cadangan agar kedua orang pemilik kebun itu mengenakan syarat kepada orang luar yang ingin mendapatkan buah²an. Adalah syarat yang dikenakan ialah dengan membayar 4 dirham kepada pemilik kebun dan melakukan hubungan badan.


Maka tersebarlah berita tentang syarat yang dikemukan oleh Iblis itu. Maka ramailah orang luar yang tidak datang ke negeri Sadum kerana syarat yang ditetapkan. Tujuan awal syarat itu dikenakan untuk memberi tekanan kepada orang luar supaya tidak datang ke negeri Sadum untuk mendapatkan buah²an.


Pada suatu hari, Iblis pun datang dalam rupa bentuk seorang lelaki yang sangat tampan. Dia pun datang menemui pemilik kebun untuk membeli buah²an. Sebelum pemilik kebun memberinya, pemilik kebun pun mengenakan syarat yang telah ditetapkan. Maka pemuda tampan itu bersetuju untuk membayar 4 dirham kepada pemilik kebun tersebut dan sanggup untuk melakukan hubungan badan. Maka dari situlah asal mula terjadinya hubungan homoseksual. Dalam melakukan hubungan badan dengan pemilik kebun itu, Iblis menyalurkan satu nikmat kepada pemilik kebun itu sehingga pemilik kebun itu merasakan suatu kenikmatan yang luar biasa dan terfana dengannya.


Sejak pemilik kebun merasa nikmat melakukan hubungan itu, mulailah Iblis menghasutnya agar melakukan hubungan tersebut kepada sahabat² rapatnya. Hubungan ini berlanjutan sehingga kepada anak lelaki mereka dijari untuk melakukan hubungan tersebut. Berpunca dari hubungan inilah maka para wanita kaum Sadum merasa kesepian kerana mereka tidak dicintai oleh suami mereka. Kaum lelaki meninggalkan para isteri mereka kerana ingin melakukan hubungan homoseksual.


Dalam situasi itu, Iblis memerintahkan sekumpulan Syaitan bernama Laqis. Syaitan Laqis datang kepada wanita² kaum Sadum dalam rupa paras seorang wanita yang mempunyai kecantikan yang luar biasa. Ketika itu, para wanita Sadum dalam kesedihan kerana suami mereka sudah tidak mencintai mereka. Syaitan Laqis pun berkata kepada para wanita Sadum: "Biarlah para suami kita melakukan hubungan jenis sesama mereka. Kenapa kita tidak melakukannya sesama kita seperti mana mereka melakukannya sesama mereka?". Oleh kerana kecantikan Syaitan Laqis yang tiada tara, maka salah seorang dari wanita Sadum mencuba melakukan Lesbian. 


Dalam perhubungan itu, Syaitan Laqis menyalurkan suatu nikmat kepada wanita itu sehingga wanita itu merasa kenikmatan yang sangat berbeza. Dari situ, Syaitan Laqis pun mengajak wanita lain untuk melakukannya. Maka para wanita yang lainnya pun mencuba melakukan hubungan Lesbian buat pertama kali dalam hidup mereka. Dalam hubungan itu, mereka merasakan suatu kenikmatan yang tidak pernah mereka alami. Sejak itu, perilaku kaum Sadum menjadi terbalik di mana lelaki meminati lelaki dan wanita meminati wanita.


Oleh kerana kesesatan dan kemungkaran yang dilakukan oleh kaum Sadum berpanjangan, maka Allah Ta'ala pun mengutus Nabi Luth bin Haraan ke negeri tersebut untuk mengajak mereka ke jalan yang benar. Saban hari, Nabi Luth mengajak mereka supaya kembali kepada fitrah yang asal tetapi Nabi Luth sering mendapat tentangan yang hebat dari pemuka kaum.


Oleh kerana mereka mengingkari risalah yang disampaikan oleh Nabi Luth, maka Allah Ta'ala pun menimpakan bencana ke atas mereka berupa hujan api dari langit sebelum negeri mereka diterbalikkan oleh Allah Ta'ala bersama kaum Amurah (Gomorrah) kerana kaum Amurah juga cenderung dalam melakukan perbuatan yang sama dengan kaum Sadum.


#MAMR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan