Selasa, 16 November 2021

STEM

 Awat hang kecam STEM ?


1. Kecam STEM ? Mana ada aku kecam STEM. KBAT pun aku tak kecam, inikan STEM. Buat apa kecam, STEM tu hanya akronim, sama macam CS, akronim untuk Computer Science. Aku pernah jadi saintis, bergelumang dgn alat juta2.. takkan aku nak kecam STEM.


2. Kelmarin dulu ada PG buat kajian STEM tanya aku. Aku kata ok .. cun. Pastu aku tanya, buat STEM tu subjek apa? Dia kata Maths, nak uji satu pendekatan. Pastu aku tanya, kenapa dalam tajuk guna STEM, bukan Maths ? Dia kata tak boleh ke ? Aku tanya je..  yang dikaji Maths, kenapa tajuk STEM plak. Lepas tu dia bingong sendiri, bukan aku. 


3. Kat tadika ramai yang mengaku guna STEAM, sebab kanak-kanak suka 'Arts' kata mereka. Aku pun setuju. Kemudian ada tadika yang buat Aktiviti Sains... dgn melukis guna sponge... lalu di namakan aktiviti STEAM kerana memasukkan elemen A dalam STEM, kata cikgunya. Aku pun tak tahu kenapa nak melukis dgn sponge nak kena sebut 'A dimasukkan dalam STEM' - jadi STEAM. Susahnya jadi cikgu sekarang ni.


4. Aku pernah berbual dgn seorang guru sains yang menjadi guru STEM contoh sebuah sekolah. Dia mengajar sains dan suka buat aktiviti yang menarik. Ini memang stail dia sejak dulu. Aku pun suka guru yang banyak buat aktiviti. Dia memang kreatif. Dia mengajar sains tapi tak pula guna apa2 teknologi selain komputer sebagaimana guru agama juga. Dia tak mengajar Maths, dan engineering adalah out of question. Dia dipanggil guru STEM kerana banyak buat aktiviti Sains. Macam pelek plak.


5. Aku juga pernah bertanya pasal Ikon STEM. Tentulah sebagai ikon, seseorang itu mesti menguasai empat disiplin tersebut dengan baik, sebab ikon bukan calang2 orang. Kalau kuasai satu sahaja, katakan Sains, yang tiga lagi sipi2, macamana dapat Ikon STEM ? 


6. Aku pun selalu bertanya, kenapa kita susah2 nak diterangkan pula STEM kepada ibubapa, kononnya mereka tiada kesedaran STEM - sapa kata ? Ibubapa dah lama sedar pentingnya bukan sahaja sains, teknologi, engineering, maths, tetapi juga agama, akhlak, BI, BM dan semua subjek yang diajar di sekolah. Malah ada yang tahu pentingnya ujian spt 1119, TOEFL, IGCSE, A level dll. Mereka juga tahu kerjaya saintis, jurutera dan teknologi itu penting. Ramai je mak bapak yang kerjayanya dalam pelbagai profession, bukan hanya STEM...  


7. Bagus juga ada orang yang bertanya macam aku sebab pertanyaan adalah inkuiri dan inkuiri adalah salah satu pendekatan asas dalam Sains. Bila inkuiri dalam Sains, mudah difahami, tetapi bila Sains diSTEMkan tak tahulah pula bagaimana kekdahnya.


8. Kalau dulu kita guna alat radas dalam amali sains spt kaki retot dan bunsen burner, tak ada plak masalah yang timbul. Kini nak difikirkan pula kaki retot dan bunsen burner dari perspektif engineering. Yang nak diamalikan belum tentu lagi faham, ditambah lagi benda yang memang tak perlu nak difikirkan baik budak mahupun guru… sedang semua pun tahu kaki retot sebagai tungku dan bunsen burner sbg sumber haba.


9.  Abis sekolah kat UK pun guna STEM kenapa tidak kita ? UK sebagai sebuah negara maju mahu kemajuan sedia ada diteruskan lebih giat. Sekolah rendah dan menengah UK in general memang lengkap dan kondusif, lalu dipertingkatkan lagi dgn makerspace dll kemudahan. Lihat lah, satu kelas 20 orang, dgn lappy dan TV besar. Tapi tak pula mereka menyebut STEM berlebih2an dlm semua hal. Yang lebih adalah kemudahan dan exposure utk memberi pengalaman pembelajaran kepada murid sebagai keutamaan, bukan istilah STEM. Ikutlah yang ini dulu... boleh ?


10. Aku hanya bertanya, jangan kecam aku. Aku menanti jawapan yang boleh aku taakul. 


OT

Pendam

 DAH LAMA SAYA PENDAM


Sampai bila saya mampu berdiam?  


Jiwa memberontak.


Kat akhirat nanti, jenuh ketaq kaki, menjawab depan Tuhan, apa diguna dengan amanah ilmu yang diberi.


Apatah lagi, awal-awal dulu, saya pernah menulis tentang perlunya saintis bersuara ( https://www.google.com.my/amp/s/www.bharian.com.my/amp/kolumnis/2020/01/650214/saintis-tempatan-perlu-perjelas-wabak-coronavirus ).


Daripada bacaan saya dalam artikel ini (https://www.sinarharian.com.my/article/172306/KHAS/Covid-19/Doktor-bidas-pandangan-Rita-Rudaini-persoal-keberkesanan-vaksin ), saya sedikit menyebelahi Puan Rita Rudaini. 


Vaksin sepatutnya bersifat 'mencegah'. Lihatlah dalam mana-mana buku teks Medical Microbiology.  Saya berikan contoh definisi dari Centre for Disease Control & Prevention (CDC) ( https://www.cdc.gov/vaccines/vac-gen/imz-basics.htm ) dan WHO ( https://www.who.int/health-topics/vaccines-and-immunization#tab=tab_1 ) . Jika ada yang mengatakan hanya untuk mengurangkan risiko, kongsikan dengan saya supaya saya boleh perbaiki lecture note saya. Imuniti kelompok yang kami pelajari daripada zaman matrikulasi, membawa kepada sarjana muda Mikrobiologi di Universiti Malaya, hinggalah ke PhD di Faculty of Medicine, Dentistry, and Health Sciences, The University of Melbourne, Australia, pun berkiblatkan 70%-80% imuniti kelompok, sebelum COVID-19 muncul di muka bumi. 


Awal-awal dulu, saya juga 'salute' dengan salah seorang pakar perubatan, meskipun dia bukanlah berlatarbelakangkan vaksinologi.  Tegas mempertahankan vaksin COVID-19. Dengan lantang menyebut, kita mesti capai 70-80% populasi yang divaksinasi.  Kanak-kanak tak perlu vaksin, kerana Allah bagi 'special' imuniti.  Tapi masa tu sahajalah.


Saya berpendapat, jika merasakan diri 'ahli', perlulah diperjelaskan dengan data dan tidak bermain persepsi juga emosi. Sepertimana kita membenci testimoni herba itu ini, begitu juga dalam mempertahankan vaksinasi. 


------------------------------------


Saban hari, 'ahli' akan berkata vaksin COVID-19 untuk kurangkan risiko jangkitan. Jika kurangkan risiko dinamakan vaksin, tidakkah ia aneh?  Sabun tangan juga mengurangkan jangkitan. Makan buah-buahan juga mengurangkan jangkitan.  Berkumur mouthwash juga mengurangkan jangkitan.  Cuma kena jelaskan, kenapa vaksin COVID-19 ni, tak seperti vaksin polio, mmr, dtap etc yang 'mencegah jangkitan' patogen tersendiri.  Kenapa dengan mengurangkan risiko sahaja, 'vaksin COVID-19' ini diangkat martabatnya menjadi satu vaksin?  Jadi ‘ahli’lah yang kena perbetul dan perjelaskan.


Kenapa satu ketika dahulu, kita kata vaksin (COVID-19) hanya untuk dewasa? Kini, ia expand hingga kanak-kanak kecil pula?  Berapakah kadar kanak-kanak berada pada stage 3 hingga 5 berbanding jumlah keseluruhan yang dijangkiti, jika objektif vaksin ini untuk mengurangkan severiti? 


Saya juga teringin bertanya kepada sebahagian kita yang mengaku 'ahli’, berapa banyak genome yang kita dah sequence kehari ini? Berapa banyak primer PCR dah kita design sendiri? Berapa banyak microb dah kita inokulasi? Berapa banyak cell line kita dah kultur dengan tangan sendiri? Berapa banyak tikus dah kita guna untuk kaji keberkesanan vaksin yang kumpulan kajian buat? Berapa kali pernah kita buat cfu counting, makanan asas budak mikrobiologi?  Dan soalan ini tak akan berkesudahan.  Kalau jawapan rata-rata tidak, bolehkah kita claim diri ini ahli?  Semua ni benda-benda asas dalam vaksin imunologi.


------------------------------------


Saya tak berhasrat merendahkan sesiapa.  Saya sendiri pun tak pandai mana walaupun terlibat sedikit dalam vaksinologi.  Cuma sudah-sudahlah rasa kita tahu segalanya.  Can we sometimes terima yang kita bukanlah tau semuanya?  Boleh tak yang kita juga mengaku, bahawa kita pun tak tahu jawapan kita betul ataupun salah masa jawab soalan microb dan immuno sewaktu pro-exam ketika degree dulu?  Boleh tak kita terima yang ada di antara kita, yang resit subject microb masa pre-clinical year dulu? Boleh tak mengaku yang kita tak belajar pun detail vaksin selain apa yang dikongsi oleh pensyarah secara surface tu sahaja

Isnin, 15 November 2021

Black G

 5 TANDA ORANG BAIK DAN BIJAK


1. Wajhu Mumbasyar (wajah yang senantiasa menggembirakan)

Dia memiliki penampilan diri yang menyenangkan bila dipandang, murah senyum, hangat percakapan, dan kehadirannya senantiasa dirindukan.


2. Lisanun Na'imah (tutur bahasa yang indah)

Dia memiliki bahasa yang indah meskipun sederhana, mudah difahami dan tidak membuat orang tersinggung.


3. Qolbur Rahmah (hati yang menyenangkan)

Hati adalah cerminan sikap peribadi seseorang. Sikap dan perilakunya memberikan rahmat bagi sekitarnya. Kehadirannya memberi manfaat, kata-kata yang terucap berfaedah buat yang mendengarnya.


4. Shodrul Muftihah (lapang dada)

Jiwanya terbuka, jujur, berterus-terang, dan bertoleransi. Arif menghadapi suasana gembira dan sedih, bijaksana dalam mengambil keputusan.


5. Yadul Muftihah (tangan yang senantiasa terbuka)

Dia senang membantu siapa saja, bahkan tanpa perlu dimintapun dia akan peka untuk membantu.


Semoga kita sentiasa diberikan jiwa dan hati seperti para salafus soleh dan alim ulama'.


Jadikanlah, 

Yang indah itu budi.

Yang lembut itu hati.

Yang tipis itu benci.

Yang tebal itu iman.

Yang tajam itu akal.

Yang baik itu sifat.

Yang manis itu senyuman.

Yang rapat itu persaudaraan.


In sha ALLAH. Sama-sama kita muhasabah. 🤲

Tok kenali

 Kata-kata Hikmah Tok Kenali- Bahagian 1

 

1. Memarahi anak-anak sebab susah menerima ilmu itu tiadalah diperoleh selain dari kerugian.

 

2. Maka tiada hari bagi kita, jika kita tidak bergerak pada hari ini.

 

3. Kalau manusia sudah tidak ingin mendengar kitab, maka bacalah kitab itu pada dinding (sebagai amaran dan para malaikat akan menyaksikannya).


4. Ikutilah ibu bapamu, tetapi takutkanlah Allah.

 

5. Kedudukan sesebuah kerajaan menurut pemerintah-pemerintahnya, seandainya musang menjadi raja dan tikus menjadi menteri, akan rusak dan kacau bilaulah dia. Di mana tonggak negara akan runtuh dan porak peranda. (Syair Arab yang pernah diungkap oleh Tok Kenali).


Kisah Pilu Di Akhir Hayat Tok Kenali

https://youtu.be/QTuMEWiPDic


Credit to: Sejarah Ulama Silam & Pahlawan Melayu Sejarah Ulama Silam & Pahlawan Melayu

Ahad, 14 November 2021

Imam mahdi

 Dari syeikh abu zaki

Imam mahdi pi mekkah dgn visa taw.. Ada bullet train lagi.


Ini berlainan dengan pandangan yg mengatakan zaman imam mahdi tiada teknologi. 

Wallahualam

.


Menurut Ustaz Sahib Pamidi 

(Anak murid Habib Abu Bakar Al-Adeni) 

Tulisan di fb ustaz pada Dec 21 2018.


Mengikut kajian guru-guru kami bahawasanya:


-muncul Al-Mahdi ketika dunia pada era kemuncak teknologi dan kemodenannya, serba serbi canggih

(Tidak terbukti dari mana-mana nas bahawa Al-Mahdi muncul ketika tiada lagi teknologi dan sebagainya melainkan dengan perkataan "dunia kembali seperti zaman Rasulullah" maka dikatakan Al-Mahdi muncul di zaman tiada lagi teknologi tetapi hal ini tidak dapat dibuktikan dengan mana-mana kajian bahawa teknologi akan lenyap, kalau benar sekalipun maka apakah yang menyebabkan ianya terhenti?, adakah kerana gerhana yang didakwa memutuskan teknologi?, atau dengan dentuman komet atau meteor?. Sebenarnya tiada mana-mana kajian yang boleh membuktikan hal sedemikian dapat memutuskan teknologi kerana sudah banyak kali dunia mengalami gerhana dan pernah dihentam meteor tetapi mengapa tiada tanda-tanda pengurangan teknologi?, makna dari Mafhum hadis tersebut adalah dunia kembali seperti zaman Rasulullah pada perlaksanaan Islam dan keamanannya bukanlah pada ketiadaan teknologi dan kecanggihannya, maka dengan inilah kami berkeyakinan di zaman kemunculan Imam Al-Mahdi dunia berada pada tahap kemajuan teknologi yang paling canggih)


-Teknologi berterusan wujud sehinggalah kemunculan Dajjal setelah Imam Al-Mahdi,

(Malah kebanyakkan pengkaji tentang Akhir Zaman berpendapat, berkemungkinan Dajjal memiliki kemampuan menyebarkan fitnah dgn cepat menggunakan teknologi, maka mana mungkin pendapat ini benar sekiranya teknologi telah terputus di zaman Al-Mahdi kerana kemunculan Dajjal secara muktamad adalah selepas Imam Al-Mahdi)


Dan Teknologi akan lenyap ketika Nabi Isa A.S turun di menara putih di Damascus 

(Maka menurut guru kami ketika Nabi Isa turun pada waktu itulah segala teknologi terputus dan lenyap sama sekali disebabkan mukjizat Nabi Allah Isa ibnu Maryam, setelah itu bermulalah zaman-zaman manusia tanpa teknologi, kenderaan kuda, pedang dan perisai kembali digunakan ketika berlaku Malhamatul Kubro) 


Setelah itu berlaku Malhamatul kubro, peperangan terbesar di Akhir Zaman di antara tentera Islam yang dipimpin Imam Al-Mahdi dan orang Yahudi dikepalai oleh Dajjal yang membawa kepada pembunuhan Dajjal oleh Nabi Isa A.S di gerbang Hud Masjidil Aqso,,


Tulisan di Fb Ustaz Sahib Pamidi 

Bertarikh 21 Dec 2018