Rabu, 24 November 2021

Asteroid

 ASTEROID, METEOR DAN METEORIT:

Cnp dari fb psyarah kimi-A! teman

ayah ku




Adakah kita sedar atau tidak bahawa sejak tahun 1988, sebanyak 1,200 asteroid telah menghentam Bumi kita dan kita hanya boleh mengesan hanya 5 darinya sebelum ia tiba?


Mungkin ada yg tertanya-tanya apa beza asteroid, meteoroid, meteor dan meteorit. Dari mana datangnya asteroid ini? Ada berapa banyak asteroid di luar sana dan besar ke asteroid nih? Bahaya ke tidak asteroid nih?


Asteroid adalah merupakan saki baki batu-batu yg membentuk planet dalam sistem solar kita. Semuanya wujud sekitar 4.57 billion tahun dahulu bersama pembentukan planet termasuk Bumi. Ianya mengelilingi Matahari seperti Bumi dan planet lain juga.


Asteroid berasal dari perkataan Greek yg bermaksud "seperti bintang/star-like".


Meteoroid adalah asteroid juga tapi lebih kecil. Meteor adalah asteroid/meteoroid yg meruwap semasa memasuki atmosfera Bumi - atau kita panggil "the shooting star". Bila meteor ni tak habis terbakar dan jatuh terbongkang atas permukaan Bumi di depan kita..keboom!!!... tu kita panggil meteorit (meteorite). Jadi semuanya benda yg sama sahaja tapi mempunyai nama yg berlainan.


Asteroid ni memang dah ada sekeliling sistem solar kita ni..ada yg dekat dgn Bumi (kita panggil NEA = Near-Earth Asteroid) dan yg paling banyak sekali berada di Jaluran Asteroid Utama (Main Asteroid Belts, MAB) iaitu dalam ruang di antara Planet Mars (Marikh) dan Jupiter (Musytari). Asteroid pun ada banyak lagi berbillion di Jaluran Kuiper dan Awan Oort. Tersangat banyak serpihan yg tinggal hasil dari pembentukan sistem solar kita nih. Fuuhh...


Banyak ke asteroid yg dekat dgn Bumi (NEA) kita nih?

Emmm..banyak juga la my dear!


Sehingga March 5, 2020 - sebanyak 22,261 NEA ditemui dimana sebanyak 1,955 tu agak besar dan boleh datang melawat kita bebila masa dan boleh mengancam nyawa kita..aduyai!


Dari mana asteroid NEA ni datang?

Kebanyakannya datang dari Jaluran Asteroid Utama (MAB) tu lah..di sanalah asalnya.


Ada berapa banyak asteroid di sana (MAB) tuh?

Aduiiisss..takut..ada berjuta kat sana dan ada yg besar-besar sehingga 100 km diameternya..kecut perut. Jika yg besar ni dtg melawat kita, maka akan berlaku Kepupusan Besar-besaran la spt yg pernah berlaku 66 juta tahun dahulu - menyebabkan kepupusan dinosaur. Itu baru bersaiz 10-15 km..belum lagi 50-100 km! MasyaAllah.


Ada ke kemungkinan kita boleh temui meteorit nih?

Yez my dear..tersangat banyak tapi perlu rajin serta kesabaran yg tinggi. Nak senang boleh cari di gurun (bukan Gurun Kedah nih). Boleh buat duit woo!


Berapakah saiz meteorit terbesar yg pernah ditemui?

Fuuhh..tersangat la besar..saiznya 2.7x2.7x0.9 m..beratnya melebihi 60 tan..fuuhh. Jika jatuh kat tepi rumah kita, boleh jadi kaya tuh..huk huk..itu pun jika kita tak hangus la. Meteorit terbesar ni ditemui pd tahun 1920 di Namibia..dinamakan "Hoba Meteorite"..dipercayai jatuh sekitar 80,000 tahun dahulu.  Disebabkan terlalu berat, maka tiada siapa yg sanggup mengubahnya..he he...tiada kawah dan tiada kesan jatuh..seolah-olah mcm dibawa orang ke situ..takjub..tersangat takjub! MasyaAllah. Boleh pergi melawat! Ada dalam foto disertakan.


Apa kandungan bahan dalam asteroid nih?

Asteroid dikelaskan kepada tiga jenis secara kasarnya:

1) C-type (Carbonaceous) - kaya dgn karbon

2) S-type - kaya silika

3) M-type - kaya dgn logam (besi dan nikel)


Untuk makluman kita semua, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah pun menetapkan tarikh Jun 30 setiap tahun sebagai "International Asteroid Day" utk mendidik penghuni dunia ttg ancaman asteroid ini. Negara kita ada sambut tak? Hu hu...

Kenapa tarikh itu dipilih? Birthday ayahku ke? He he..tidak! Tarikh itu dipilih sempena tarikh June 30, 1908 - iaitu tarikh satu asteroid yg masih belum ditemui meteoritnya yg membakar hutan seluas 2,150 km persegi di Tunguska Siberia..saiznya dijangka baru sekitar 100 meter shj. Takut kan.


Jadi, soalan ayahku adalah "Adakah kita sbg penduduk Bumi telah bersedia utk hadapi lawatan asteroid yg besar-besar (>=10 km) nih"? Mereka semua dah ada di sana tu..hanya menunggu masa sahaja..aduuhhh. Para saintis juga bersetuju bahawa kemusnahan hidupan besar-besaran di Bumi ini kemungkinan besarnya adalah hasil dari hentaman asteroid ini.


Sama-samalah kita berdoa agar Bumi kita ini dijauhkan dari segala malapetaka termasuk dari asteroid ini. Aameen.


Terima kasih.


#ayahkumenulis

arahan


 

Aduan



 

Wartawan

 KISAH HEBAT WARTAWAN 'LEGEND' BADROLHISHAM BIDIN 'MENGGEGARKAN NEGARA' BONGKAR SKANDAL PENJARA!


PROFESION wartawan ni unik. Korang boleh baca 1,001 kisah dalam akhbar dan televisyen, tetapi jarang sangat korang kenal kami yang menulis berita atau sesuatu artikel itu. 


Kalau ada pun cuma beberapa orang, itu pun wartawan penyiaran sebab depa keluar dalam TV. Selebihnya memang korang tak kenallah..paling kuat pun korang rasa macam pernah dengar nama wartawan tersebut. Itu sahaja. 


Tetapi memang itulah tugas kami. Kami tak perlu glamour pun, yang penting cerita kami dibaca orang. Cuma bila di zaman media sosial ni ramailah wartawan yang berkongsi kisah suka duka dan pengalaman mereka, so sedikit sebanyak korang kenallah sorang dua.


Bagi kami, siapa kami itu tidak penting tetapi yang paling penting pembaca dapat manfaat atau pengetahuan daripada sesuatu subjek yang kami angkat.


Baik, kali ini aku 'nak ubah' sikit. Aku nak berkongsi dengan korang kisah-kisah dan pengalaman seorang wartawan dalam menjalankan tugas mereka. Aku ambil inisiatif ini kerana kalau nak harap diaorang tulis, haram depa takkan tulis punya hahahaha.


Bukan sebab apa, tugas seorang wartawan ni tak tentu masa. Adakalanya lewat malam baru balik rumah. Tak cukup dengan tugasan harian mencari berita, acapkali mereka kena hasilkan rencana, analisis, mengendalikan kolum sendiri dan sebagainya. Dalam erti kata lain manalah ada masa nak tulis kisah diri sendiri.


Lagi satu, bila seharian kerja kau menaip je, bila sampai rumah kau tengok laptop pun dah 'tak lalu' dik. Aku ambil inisiatif ini kerana selain daripada salah satu tanda terima kasih kepada 70,000 follower aku sekarang, aku harap pengalaman ini dapat digunakan oleh adik-adik wartawan baru sebagai panduan dan motivasi untuk bekerja dengan cemerlang seperti akak-akak dan abang-abang senior mereka.


Baik. Untuk siri pertama ini, aku nak memperkenalkan kat korang seorang wartawan jenayah dan penyiasatan hebat bernama Badrolhisham Bidin@ Bad. Kenapa aku pilih Bad? Pertama sebab aku tak kenal rapat dengan dia hahahaha. Ini penting, kalau aku rapat dengan dia, aku takut tulisan aku bunyi macam membodek pulak kaedahnya.


Bad ni dulu adalah wartawan Malay Mail di era 80'an dan sekarang bertugas sebagai editor di NSTP (entah masih kerja ke dah pencen).


Aku mula mengenali Bad waktu bertugas sebagai wartawan jenayah dulu. Kami sering terserempak di lokasi rompakan, pembunuhan etc. Kalau korang tengok orangnya, 'halus dan comel' sahaja. Tapi kami tak banyak berbual kerana pengalaman dia ngan aku bezanya macam langit dengan bumi, so aku memang letak respek aku kat dia gila-gilalah walaupun Bad ni tak pernah meletakkan dirinya macam dewa yang perlu kau sembah kakinya ahaks.


Untuk pengetahuan korang, waktu dia jadi wartawan jenayah dulu, mana tempat dia tak pernah redah...rumah pelacuran, pot penagih dadah, disko, just name it. Kalau Bad dan rakan-rakannya buat siri laporan khas, confirm cuaklah pihak berkuasa terutama polis. Ada je benda yang diaorang bongkar. Anugerah dan hadiah kewartawanan ni jangan citerlah, dapat kat diorang sesaja hahaha.


Dengan tubuhnya yang kecik macam budak sekolah tu, Bad akan menyamar jadi macam-macam. Antara jadi pengemis minta sedekah. Namun yang paling menggegarkan negara apabila Bad dan rakan-rakannya berjaya menghasilkan sebuah laporan eksklusif tentang kisah seorang banduan bernama Abdullah Ang yang hidup mewah dalam Penjara Kajang. Paling 'tragis', Bad berjaya mengesan Abdullah di Petaling Street sedang menguruskan perniagaan walaupun masih berstatus banduan! 


Ceritanya begini.


Ang adalah orang yang mendapat kepercayaan penuh dari Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir ketika itu. Dr.M telah melantiknya sebagai Ketua Eksekutif Perbadanan Pelaburan Seberang Laut Malaysia (MOIC).


Pendedahan mengenai Ang menjadi "Banduan Istimewa" telah dibuat oleh Bad dan rakan-rakannya kat Malay Mail pada 19 Ogos 1989. Hebat tak hebat Ang ni, beliau boleh berulang alik dari Penjara Kajang ke Jalan Ipoh, Kuala Lumpur untuk minum teh tarik, membaca akhbar dan menguruskan pernigaannya .


Ang telah dihukum penjara lapan tahun dan didenda RM100,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Disember 1986 (diringankan kemudiannya atas rayuan) setelah dia mengaku salah atas tuduhan pecah amanah yang melibatkan RM 338,808.80.


Di Penjara Kajang, biliknya siap dilengkapi peti sejuk, karpet, perakam video dan tilam air khas (waterbed).


Kira-kira lagi dua hari sebelum dibebaskan dari penjara, kelibat Ang telah dilihat di pusat bandar KL! Ang ketika itu memakai t-shirt dan seluar putih. Sampai saja ke pengetahuan Malay Mail, editornya telah menghantar wartawan mereka antaranya Bad dan jurugambar untuk menjejaki Ang.


Dalam laporan Malay Mail itu juga memperlihatkan bagaimana Abdullah dengan selamba berada di kilang pakaian keluarganya. Malah tidak ada juga sebarang wadar atau pegawai penjara yang mengiringinya ketika itu.


Namun ketika jurugambar Malay Mail sedang asyik sedang merakamkan kelibatnya, Ang terperasan dan terus menutup wajahnya dengan menggunakan sehelai tuala. Bila kes ini diajukan kepada pegawai penjara, mereka mendakwa Abdullah terlibat dalam sebuah sistem dimana ia merupakan persediaan pra-pembebasan which is banduan dibenarkan bekerja di luar untuk membiasakan diri mereka bila bebas kelak.


Yang pasti, disebabkan laporan Bad dan kengkawannya itulah, rombakan dalam penjara telah dibuat termasuk akhirnya jawatan tertinggi Ketua Pengarah Penjara telah diberikan kepada pegawai kanan PDRM ketika itu!


Dan korang nak tahu tak macam mana Bad berjaya membongkarkan cerita ini, dia bantai pakai baju sekolah dan tunggu bas sambil 'skodeng' Ang balik rumah!


Kehebatan Bad dan rakan-rakannya menghasilkan berita ini sampai sekarang dianggap 'expose of the century'!


Serius, aku harap satu hari nanti Bad akan menulis memoirnya untuk tatapan kita semua.


Pada abang Bad, maaf kerana tulis benda ni tanpa pengetahuan abang, bukan apa, kalau saya tak tulis, jangan harap abang nak cerita kah kah kah, steady anak Muor!


Korang nak tahu lagi tak kisah wartawan-wartawan hebat kat Malaysia ni, let me know - InshaAllah aku akan sambung lagi. Terima kasih kerana sudi membaca.


SYAHRIL A. KADIR 

Damansara, Selangor.

Madu

 [[ Perniagaan madu adalah antara penipuan yang paling lama di negara ini]] 

====================


Saya seorang guru agama atau dipanggil Ustaz.

Saya bukan Saintis atau pakar lebah.


Namun ini pengalaman saya. 


1. Saya mempunyai pengalaman dengan madu lebih daripada 15 tahun. Saya pernah melihat proses madu, jenis lebah, sarang, propolis, sehinggalah kepada penghasilan produk madu. Saya juga pernah berkawan dengan orang yang mencari madu, menghasilkan madu, menjual madu dan menjadi saudagar madu.


Tetapi saya tidak pernah sekalipun menjual madu.


2. Madu organik yang boleh dikatakan asli ada dua jenis, pertama ialah yang 100% asli iaitu madu yang dihasilkan oleh lebah hutan tanpa campur tangan manusia.


- Masalahnya lebah hutan, semakin pupus.

- Koloni atau komuniti lebah asli semakin sukar ditemui kerana pokok-pokok kegemaran mereka seperti Sidir (bidara), jati, tualang, jelutong, celah-celah batu atau gua-gua sering diganggu manusia.


Adalah juga mungkin sesekali lebah mahu bersarang di kawasan-kawasan tinggal, cuma potensi hendak jumpa agak susah.


Tetapi peliknya, ramai orang mendakwa mereka menjual madu lebah asli, lebah hutan, lebah bukit dan lain-lain.


~~~~~~~~~~~~~

[[Berpuluh ribu produk madu lebah di pasaran, mereka ambil sumber madu daripada mana?]]

~~~~~~~~~~~~~~


Guna akal anda. Hutan dan kawasan mana lagi yang manusia belum teroka? 


Memang ada madu asli hutan/bukit/gua tetapi banyak mana sangat?


Berapa liter sangat ? Satu-satu daerah hutan seperti di Raub, Beruas, Gerik, Pengkalan hulu agak-agak berapa liter madu lebah boleh dapat kutip?


Mana ada sarang madu lebah hutan di KL? Walaupun banyak produk madu datangnya daripada kilang OEM di KL dan Selangor.


العاقل يكفى بالإشارة والجاهل لا يكفي ولو بالف عبارة


"...Orang yang berakal, bagi dia satu isyarat pun sudah cukup (untuk faham) tetapi orang yang bodoh tidak cukup walaupun beri dia seribu penerangan..."


Madu lebah jenis kedua ialah madu daripada lebah yang dibela atau lebah ternak. Ianya dihasilkan secara komersil oleh ramai pihak dan memang lebah ternak menghasilkan madu dari sumber pokok atau nektar yang berhampiran.


🐝 Masalahnya tidak ramai yang jujur beritahu ini madu lebah ternak. Selain itu penghasilan madu banyak bergantung pada sumber makanan, cuaca dan banyak faktor. Justeru untuk menjimatkan kos maka ramai penternak terpaksa beri lebah makan/minum air gula untuk menambah produktiviti dan menjaga survival lebah.


Kalau musim hujan atau cuaca tidak bagus lebah nak cari nektar macam mana? Orang meniaga semua ada kira untung rugi.


Itu belum ambil kira bab parasit, bakteria penyakit dan lain-lain. Penghasilan madu lebah kurang, tidak cukup liter, ditambah air gula dan bermacam lagi helah seperti madu sintetik dan lain-lain. 


3. Madu lebah tidak mudah untuk diperolehi. Proses mencarinya memakan masa baik memburu yang asli atau menternak. Kedua-duanya kos tinggi, berisiko dan tidak balik modal kecuali dengan cara menipu atau benar-benar bernasib baik.


Anda rasa selalunya kategori mana?

____________________________________


4. Madu-madu daripada tanah arab adalah yang paling kuat menipu. Lagi "ustaz" dan lagi "lebai" maka lagi kuat dia menipu.


Sama ada dia menipu atau dia memang bodoh ditipu Arab.


Kalau madu di bumi hutan Khatulistiwa pun tidak banyak lalu bagaimana di bumi hutan padang pasir seperti Yaman, Arab Saudi dan sebagainya boleh dapat banyak sampai dapat dieksport bertan-tan?


Untuk kegunaan domestik (dalam negara mereka) pun tidak cukup. Inikan pula dapat dieksport ke negara luar.


🐝 Anda hanya perlu melihat laporan dagangan serta manifest atau dokumen import daripada negara tersebut untuk mengetahui bahawa kebanyakan madu-madu di tanah Arab datang daripada China.


Made in China 🇨🇳


Tetapi repackaging (dipek semula) untuk menampakkan ianya datang daripada negara-negara Arab tersebut.


Lalu dibubuh nama Arab, al xxxx, asalkan bukan nama Al-Babi... Maka ramailah yang akan beli.


وَلاَ يَغُرَّنَّكَ مَنْ تَبْدُوْ بَشَــاشَتُهُ مِنْهُ إِلَيْــكَ فَإِنَّ السُمَّ فيِ الدَسَمِ


Anda akan terkejut jika tahu bahawa ada negara Arab yang tidak pernah ada ladang lebah komersil namun namanya sering dijadikan "sebagai transit" madu daripada China untuk ke negara-negara Islam seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei.


5. Membezakan madu asli dan tiruan adalah sukar dan memerlukan ujian makmal untuk menilai asid, kandungan gula dan bahan kimia di dalamnya. Di Malaysia kita mempunyai Institut Genome atau Malaysia Genome Institute (MGI) yang katanya boleh menyemak keaslian madu selain di makmal-makmal universiti.


Justeru bagi saya, berhati-hatilah memakan madu kecuali daripada sumber yang benar-benar dipercayai dan tidak memudharatkan kesihatan anda.


Adapun saya, sangat jarang membeli madu kecuali madu import daripada barat (negara-negara Kafir) yang ketat kelulusan eksportnya dan terkenal dengan kualiti atau madu yang dikeluarkan oleh pihak autoriti seperti FAMA dan MARDI.


من لم يهده قليل الإشارة لم ينفعه كثير العبارة


 "... Sesiapa yang tidak mendapat petunjuk daripada isyarat yang sedikit, maka maklumat yang banyak pun tidak akan bermanfaat kepadanya.." 


CATATAN PERKONGSIAN PENGALAMAN PERIBADI SEMATA-MATA. 

--------------------------------------------