Khamis, 20 Januari 2022

Poligami madu

 Pahitkah bermadu?

Terima kasih kepada "kakak"..menerima sy dalam keluarga ini....org selalu kata sy kuat. .sy sbr...sy ceria... alhamdulillah d kurniakan rasa bahagia berumahtangga dgn kerjasama "kakak" utk menjadikan rumahtangga kami bahgia.


Cemburu????

Mesti ada..kita nampak org pakai baju cantik pun..kita rasa nak pakai kan? Tapi cemburu tu boleh d kawal jika kita betul2 yakin n trust pd suami...kita yakin yg dia juga syg n sgt cinta pd kita walaupun die xada d sisi..kita yakin suami berusaha utk berlaku adil kepada isteri2.


Cinta suami terbahagi 2,3,4???

Inilah keajaiban yg Allah ciptakan...rasa cinta lelaki pd isteri tidak akan berubah jika die berkahwin lagi....n mugkin akan bertambah222 jika si isteri membenarkan dgn rela dan memberi kerjasa dlm urusan rumahtangga...jeles tau..bila my kanda sebut2 depan kawan dia..isteri benarkan kawen,die bagus jumpa keluarga bakal madu,, pergi meminang. .... walaupun rasa cemburu bila kakak dipuji2...rasa syukur dan alhamdulillah kehadiran sy tidak mengugat rasa cinta dan bahagia mereka..benar x?sebenarnya walaupun monogami...lama lama hubungab sumami isteri makin hambar. ... tiada romantik...tiada dating2...tiada pujuk rayu...semua atas usaha suami dan isteri untuk kembalikan rasa cinta kembali...

SUAMI...BERUSAHALAH MEYAKINKAN ISTERI DAN BERILAH RASA CINTA PD ISTERI...kalu rasa nak kawen lagi.


Urus rasa cemburu???


1. undang22 dlm keluarga kami..xboleh buka hp isteri /suami. Maka tiada masalh nak jeles apa yg die cakap n msg kan dgn org lain.


2. Masa sy ada limit...n bila nak sampai masa tukar rumah...rasa sedih.... rasa rindu...rasa nak peluk kuat22 xnak lepas...tapi mcm selalu sy bgtau anak..papa ada rumah lain...kita jumpa sok ye....jadi masa yg ada...cakap yg baik2....kurangkan bebelan....kalu ia penting..cakap....tapi kalu ia dtg hanya dari emosi perempuan yg cemburu n hasutan syaitan....kita lupakan. .tapi jika tidak boleh d kawal...kita sharing dgn suami agar ia tidak jd cancer kelak.... syaitan sentiasa berusaha meruntuhkan rumahtangga. 


3. Jgn d tanya apa yg d buat d rumah sana..kemana pergi...makan d mana...tengok wayang apa?? Kita kenal suami kita melalui apa yg kita tahu...kita binakan keluarga utk die 1 lagi...yg juga membahagiakan nya..berusaah membahagiakan suami yg beruasa utk membahagiakan isteri2nya..tapi ingat..jgn berusaha meruntuhkan mahligai yg sudah sedia d bina...jika die terlalai. .tegur. .dan bantu die berlalu adil.


4.tidak perlu selalu berjumpa. Kami duduk dekat..tetapi tidak selalu berjumpa...dlm rumahtangga mesti ada naik dn turun...tawa dan duka...takut2 kita jumpa madu...time tu die tgh gaduh dgn suami...itu akan menambahkan keruh antara mereka. ..sy pun klu tgh x de mood..sy bgtau suami...sy xnak jumpa...so suami hormati perasaan isteri..pempuan ni memng mcm tu..kadg2 mood x betulnye dtg.


5. Gunakan masa time suami d rumah lain utk fokus pd diri sendiri/anak/keluarga.. isteri kerja memng we need time to our self. ..bila die xada..memng rindu..tapi masa ni la..nak kemas rumah... nak lipat kain...nak ajar anak..nak cuba resepi2 yg dh d share d fb...nak shopping ..n belai2 diri d spa..n masa ni juga...kita mengadu pd Sang Pencipta Cinta.


Tidak setia????

Jgn berjanji utk tidak berkahwin lagi...kerana jika anda berjanji...n anda langgar. .ia amat menyakitkan si isteri..cukuplah berjanji menjadi imam.... memberi bahagia..kata2 lain yg romantik yg sgt menyenangkan isteri...berusahalah menyantuni isteri.... belajarlah berakhlak dhn akhlak nabi dlm berumahtangga. ..


PAHIT KAH BERMADU???? Kita adalah apa yg kita fikirkan..dan kita bergerak ke arah positif berkawan dgn org yg positif.. jauhkan diri dari org2 yg sentiasa mengapi2kan kita...kerana syaitan sentiasa mencari peluang meruntuhkan rumahtangga...jgn sesekali mengadu kesedihan kita pd org yg -ve kan kita....akan bertamabh buruk rumahtangga. .n kapada yg membaca mugkin sekapal dgn sy.... ingat..bukan hanya poligami ada masalah...monogami juga...akan ada masalh. ..setiap rumah tgga akan ada masalah. .akan rasa up n down. ...semua akan hadapi...kita kene berusaha bersama2 utk naikkan semula n segarkan semula rasa cinta. 


Terima kasih ya Allah SANG PENCIPTA CINTA.

Sy tidak sempurna. .sedang berusaha menjadi hamba Mu yg terbaik di sisi Mu.

Rabu, 19 Januari 2022

Adik beradik

 10 nasihat penting pada anak lelaki dan perempuan kita


1. Ibu takkan selama ada bersamamu. Anak lelaki tolong lindungi adik beradik perempuan dan anak perempuan tolong bantu adik beradik lelaki


2. Maruah adik beradik terutamanya adik beradik perempuan adalah maruah keluarga. Jika ternampak kesalahan, terus tegur dengan cara berhikmah. Jangan diamkan kerana diam pada perkara mungkar dan salah itu suatu kegagalan dalam hidup


3. Jangan jadikan harta sebagai berhala dalam hidup kita. Tanda harta menjadi berhala adalah apabila kita sanggup menikam dan berbalah sesama adik beradik hanya kerana harta dunia yang sementara


4. Jagalah lidah sesama adik beradik. Walaupun terkadang bertikam lidah tetapi setidaknya jangan sampai menghancurkan hati dan jiwa selumatnya hingga ia tak mampu lagi sembuh dengan sempurna


5. Ianya okay untuk sesekali bergaduh kecil cuma jangan sesekali untuk akhiri pergaduhan tersebut dendam kerana dendam itu sifatnya merosakkan dan menghancurkan


6. Lapangkanlah jiwa untuk memaafkan sesama adik beradik kerana hanya dengan kemaafan banyak isu perbalahan dalaman adik beradik dapat diselesaikan


7. Bersedekahlah sesama adik beradik melebihi sedekah kita pada mereka yang di luar sana kerana itu lebih utama


8. Bantulah sesama adik beradik ketika ayah dan ibu sudah tiada lagi di dunia ini. Yang susah doakan yang senang, yang senang bantu yang susah


9. Jangan putuskan tali persaudaraan sesama adik beradik hanya kerana sengketa yang sedikit kerana hubunganmu adalah hubungan darah yang takkan putus buat selama lamanya


10. Berpesanlah pada adik beradik untuk selalu mendoakan ayah dan ibu kerana di alam sana nanti ayah dan ibu sangat mengharapkan doa daripada kamu.

Pantun klasik

 KHAZANAH PANTUN MELAYU YANG TERSIMPAN DI UNIVERSITI LEIDEN, BELANDA. MENGIKUT CATATAN, IA DITULIS PADA TAHUN 1848 DALAM TULISAN JAWI KLASIK.


Asap api embun berderai

Patah galah di dalam perahu

Niat hati tidak bercerai

Kehendak Allah siapakah tahu ?


Sugi damar jangan padam

Kuah di mangkuk jangan tumpah

Kalau tuan anak cucu Adam 

Khabar sepatah jangan berubah.


Burung Aji terbang ke Aji

Terbang jauh terlalu penat

Barang siapa mungkirkan janji

Hidupnya tidak mendapat selamat.


Inderagiri kualanya empat

Empat-empat terus ke laut

Ke sana sini mencari tempat

Bagai ajal ditanda maut.


Galah sebatang dibelah-belah

Diikat-ikat rendam ke paya

Jikalau datang kehendak Allah

Siapakah cakap melarang Dia ?


Menjangat rotan ditarik-tarik

Jangan luka tangan sendiri

Ingat-ingat jaga badan baik-baik

Boleh terpelihara badan sendiri.


Kepinding disambar helang

Jatuh ke daera Inderagiri

Dagang terselat di kampung orang

Tahu rahu membawa diri.


Sengkuang kayu petati

Timbang tersasar di kayu kelat

Terbuanglah dagang sahaya ini

Bagai ikan di luar belat.


Cempadak tumbang condong

Dikerat orang dibuat takal

Jikalau tidak emas digendung

Sahabat kitapun tiada mengenal.


Kredit : Tarmizi Majid



BI malay banjar jowo

 BAHASA JAWA JAUH LEBIH MUDAH DARI BAHASA-BAHASA LAIN


Inggeris   :Please Don't be noisy

Melayu    : Jangan bising

Banjar     :Baranaian

Jawa       :meneng


Inggeris    : wait for minutes 

Melayu     : Tunggu sebentar

Banjar       : Setumat

Jawa         : Diluk


Inggeris   : like to following someone

Melayu     : suka mengikuti seseorang

Banjar      : mambuntil 

Jawa        :miluwae


Inggeris   : I don't want it

Melayu    : aku tidak mahu itu

Banjar      : dihindak

Jawa        : moklah


Inggeris   : Flying so fast

Melayu    : Terbang sangat cepat

Banjar      : ngusss

Jawa        :mabure diluk

Inggeris   : What happened?

Melayu     : Apa yang terjadi? 

Banjar      : napang? 

Jawa        :ngopo


Inggeris.  : I dont have money

Melayu     : Aku tidak ada duit

Banjar      : singkip

Jawa        :Duite ntek


Inggeris.  : i don't care

Melayu     : aku tidak peduli 

Banjar      : mara ha

Jawa        : yo men


Inggeris   : something going fast in front of you

Melayu.    : sesuatu berlalu cepat di depan kamu

Banjar      : mancicing

Jawa        : bantere


Inggeris   : suddenly showed up in front of us

Melayu     : tiba-tiba muncul di depan kita

Banjar.     : mencangol

Jawa        :metungarep


Inggeris   : I dont know

Melayu    : aku tidak tau

Banjar      : Kada tahuk

Jawa        :mboh


Inggeris   : What is your name?

Melayu     :Nama awak siapa?

Banjar      : Sipa ngaran?

Jawa        :jenenge sopo


Inggeris   :That not good

Melayu    :Perkara/perbuatan itu tidak bagus

Banjar     :Pamalik

Jawa       :orak apik


Inggeris  : it is up to you

Melayu   : terserah kepada kamu

Banjar.    : sakahandaqmu

Jawa      :karepe


Inggeris : it's free to choose

Melayu  : boleh pilih apa saja

Banjar    : jumput ha

Jawa      :peleh wae


Inggeris : wake up late in the 

morning

Melayu.  : bangun lewat di waktu pagi

Banjar.    : malalor

Jawa      : kerainan


English. : Forgive me for everything

Melayu. : saya minta maaf atas segalanya

Jawa.    : ngapuro yo

Banjar.  : Berilaan..

Ilmu vs harta

 Kepada penanya pertama, ia menjelaskan ilmu warisan para nabi, harta merupakan warisan Qarun, Fir’aun dan lainnya.

“Ilmu menjagamu, sedang harta kamulah yang menjaganya,” terangnya

kepada penanya ketiga. “Pemilik ilmu sahabatnya banyak, pemilik harta musuhnya banyak.

“Ilmu akan bertambah jikau kau pergunakan. Harta akan berkurang jika kau gunakan.”:

Kepada orang kelima dijawabnya, ”Pemilik ilmu akan dohormati dan dimuliakan. Pemilik harta akan ada yang menjulukinya si pelit.

“Harta perlu dijaga dari pencuri, ilmu tidak perlu menjaganya.

“Pemilik harta pada hari Kiamat akan dimintai tanggung jawab. Pemilik ilmu akan menadapat syafaat.

“Ketika dibiarkan dalam waktu yang lama harta akan rusak. Sedangkan ilmu tak akan musnah dan lenyap.

“Harta membuat hati jadi keras. Ilmu menjadi penerang hati.

“Pemilik harta akan dipanggil Tuan Besar. Pemilik ilmu akan dijuluki ilmuan.