Rabu, 16 Februari 2022

Gaslighting

 Gaslighting ialah satu bentuk manipulasi yang sering berlaku dalam perhubungan yang kesat. Ia adalah jenis penderaan emosi yang terselindung di mana pembuli atau pendera mengelirukan sasaran, mencipta naratif palsu dan membuat mereka mempersoalkan pertimbangan dan realiti mereka. 

Akhirnya, mangsa gaslighting mula berasa tidak pasti tentang persepsi mereka tentang dunia dan juga tertanya-tanya jika mereka hilang kewarasan. Secara tipikal, 

1. Mereka berbohong secara terang-terangan. 

2. Mereka menafikan mereka pernah berkata sesuatu, walaupun anda mempunyai bukti

3. Mereka menggunakan apa yang dekat dan dijadikan sebagai peluru terhadap anda

4. Mereka melemahkan anda dari semasa ke semasa

5. Mereka melemparkan peneguhan positif untuk mengelirukan anda

6. Mereka tahu kekeliruan melemahkan orang

7. Perbuatan mereka tidak sesuai dengan kata-kata mereka

8. Mereka cuba pengaruhi orang lain menentang anda

9. Mereka memberitahu anda atau orang lain bahawa anda gila

10. Mereka memberitahu anda semua orang adalah pembohong

11. Rasa kekurangan pada diri atau kesalahan diri, yang dia tuduh orang lain sedemikian.

Isnin, 14 Februari 2022

Pasir pantai

 1. Bila badan rasa penat. Pergi lah ke pantai. Tanggalkan selipar dan berjalan di atas pasir dengan berkaki ayam. Rasakan kaki memijak pasir pantai. Sekali sekala biarkan kaki terkena ombak pantai. Tenang rasanya. 


2. Bila baru lepas bergaduh dengan pasangan. Bawalah pasangan ke pantai supaya mereka boleh menenangkan hati, reflect diri melihat apa hikmah pergaduhan sebentar tadi.


3. Bila lepas balik kerja, ada sesuatu di luar jangkaan berlaku di pejabat dan tempat kerja. Pergi la ke pantai. Tenangkan diri sebentar sebelum pulang ke rumah. Bawa pulang positif vibe ke rumah.


4. Mental burnout sebab terlalu banyak berfikir. Banyak kerja tak siap yang masih bertangguh. Pergi lah ke pantai. Bagi otak hirup udara pantai, organ badan bersentuhan dengan alam semula jadi untuk merangsang saraf-saraf yang tertekan. 


5. Bila anak semakin pasif, tak aktif. Asyik main telefon je. Kurang bercakap. Bawalah mereka ke pantai. Supaya badan mereka bergerak. Motor skill halus dan kasar di aktifkan. 


6. Bila anak tantrum, suka menangis menjerit. Suka rosakkan barang rumah, suka usik adik-adik. Bawalah dia ke pantai. Biarkan dia menjerit, berlari, bermain dengan pasir pantai.


Kanak-kanak ada tekanan dia. Tekanan di sekolah, tekanan berkawan, tekanan pelajaran, tekanan expectation parent, dan tekanan keinginan bermain yang terhalang. 


Remaja ada tekanan dia. Tekanan dalam pelajaran, tekanan dalam perhubungan, tekanan dalam pemilihan hala tuju kerjaya, tekanan berkawan, tekanan media sosial.


Orang dewasa ada tekanan dia. Tekanan dalam pekerjaan, tekanan dalam perniagaan, tekanan dalam hubungan, tekanan dengan anak-anak, tekanan dengan family, tekanan kewangan, tekanan kesihatan.


Orang tua ada tekanan dia. Tekanan kesihatan yang makin merosot, tekanan anak-anak abaikan, tekanan dalam pekerjaan masih perlu bekerja dalam keadaan pelupa dan sakit lutut, tekanan kewangan hutang belum habis.


Tiada siapa yang boleh lari daripada tekanan. Tapi orang yang menang adalah orang tahu cara melepaskan tekanan dengan baik. Tekanan yang tak di lepaskan dengan baik akan di lepaskan dengan cara tak baik. Tekanan yang tak di lepaskan, akan jadi gunung berapi yang tunggu masa untuk meletus. Kasihan badan kita.


Alam semula jadi sentiasa jadi terapi terbaik untuk semua jenis masalah dan penyakit. Manfaatkan...🌹🌹🌹

Sabtu, 12 Februari 2022

Guru

 (1) Banyak kajian ilmiah terkini membuktikan pembelajaran online atau PdPR secara dalam talian lebih berkesan mengikut tahap umur. 


(2) Secara mudahnya, murid sekolah menengah lebih berkesan belajar secara PdPR berbanding murid-murid sekolah rendah. 


(3) Pelajar di universiti pula lebih berkesan menggunakan PdPR berbanding murid-murid sekolah menengah. 


(4) Sebab itu pelaksanaan PdPR yang ditambah baik sepatutnya dikekalkan secara hibrid untuk murid-murid sekolah menengah di negara kita. 


(5) Kerajaan sediakan gajet dan modul pembelajaran PdPR secara dalam talian yang berkualiti tinggi untuk digunakan oleh murid-murid sekolah menengah. 


(6) Manakala bagi murid-murid sekolah rendah pula, kurangkan subjek dan silibus. Berikan lebih tumpuan kepada penguasaan asas 3M, kemahiran komunikasi dwibahasa serta pengukuhan pendidikan agama dan moral. 


(7) Apa yang penting untuk pembelajaran murid-murid sekolah rendah ialah lebihkan aktiviti dan tingkatkan keseronokan dalam pembelajaran. 


(8) Pastikan juga tidak ada ukuran dan label 'pandai', 'lemah'  'bodoh' atau 'cemerlang' untuk tahap pencapaian murid-murid sekolah rendah. 


(9) Masing-masing murid dibantu untuk belajar dengan tahap keupayaan dan minat yang berbeza-beza. 


(10) Sebab itulah bilangan murid-murid sekolah rendah di dalam bilik darjah mestilah ditetapkan had maksimum 25 orang sahaja. Sebab teras pembelajaran untuk murid-murid sekolah rendah adalah aktiviti. 


(11) Sudah 64 tahun merdeka dan kita menguruskan negara kita sendiri. Sistem pendidikan negara sepatutnya telah digubal untuk membina anak-anak kita yang lebih seronok, lebih bahagia dan lebih berminat dengan meneroka ilmu pengetahuan. 


(12) Bukan lagi satu sistem pendidikan yang sekadar mengikut sahaja amalan dan matlamat pendidikan yang diwarisi dari penjajah.


(13) Hari ini kesejahteraan murid-murid adalah keutamaan sistem pendidikan. Setiap murid tak kisah samada di sekolah elit, sekolah di kampung atau di pedalaman berhak mendapat kualiti pendidikan yang sama. 


(14) Dididik oleh guru guru yang positif, berkasih sayang dan gembira dengan kerjaya mereka. 


(15) Dipimpin oleh guru besar dan pengetua yang mempunyai empati, bervisi dan penghayatan falsafah pendidikan yang tinggi. 


(16) Sistem pendidikan negara tidak lagi boleh diuruskan lagi secara 'business as usual'. Kita mesti melakukan reformasi pendidikan. 


(17) Maaf cakap. Hanya mereka yang 'lemah fikiran' sahaja menganggap sistem pendidikan negara kita tidak perlukan perubahan.


fb  anuar ahmad

Rabu, 9 Februari 2022

Athiyah

 *Kisah Sufi Wali Allah*

*Ambillah HikmahNYA*


_Di kisahkan bahwa di Mesir ada seorang lelaki pedagang kurma bernama Athiyah bin Khalaf. Dia termasuk orang yang kaya raya. Oleh kerana suatu hal, dia menjadi miskin. Dia tidak punya apa-apa kecuali pakaian yang melekat di tubuhnya. Ketika hari Asyura, dia solat subuh di Masjid Amr bin Ash._


_Kebiasaan yang berlaku di masjid itu pada hari biasa adalah tidak diperkenankannya para wanita masuk kemasjid tersebut kecuali pada hari Asyura, untuk tujuan berdoa._


_Di masjid itu, 'Athiyah berdoa bersama orang ramai. Dia terpisah dari para wanita, tiba-tiba datang seorang wanita bersama anak-anak kecil._


_Wanita itu berkata : "Wahai tuan, aku mohon kepadamu, demi Allah, semoga tuan dapat meringankan kesulitanku dan sudi memberi sesuatu yang aku gunakan untuk  memenuhi keperluan makan anak-anakku._


_Sementara ayah mereka telah mati dan tidak meninggalkan satu apapun untuk mereka._


_Aku tidak tahu kemana lagi aku akan mengadu. Aku  jarang keluar rumah kecuali hari ini, itupun kerana darurat. Dan itu bukan merupakan kebiasanku._


_Athiyah pun berkata dalam hati: "Aku tidak memiliki sesuatu. Tidak ada milikku keculai baju ini. Jika aku lepas akan terbukalah tubuhku._


_Jika wanita ini aku tolak, alasan apakah yang akan aku kemukakan kepada Rasulullah saw. Akhirnya 'Athiyah berkata kepada wanita itu; "Mari ke rumahku. Aku akan memberimu sesuatu"._


_Maka wanita itu pun mengikuti 'Athiyah sampai di rumahnya. Wanita itu menunggu di depan rumahnya._


_Athiyah pun masuk ke rumah dan membuka bajunya. Dia mengenakan sarung lusuh yang ia punya. Diberikanlah baju tadi kepada wanita dari sisi pintunya._


_Lalu ia wanita itu mendoakan 'Athiyah: "Semoga Allah memberikan kepada tuan pakaian-pakaian syurga dan tuan tidak akan memerlukan orang lain sepanjang hidup tuan. Athiyah merasa senang dengan do'a wanita itu. Dia menutup pintu, masuk ke dalam lalu berzikir hingga larut malam._


_Kemudian Athiyah tidur. Ketika tidur, ia bermimpi melihat bidadari, belum pernah dia melihat wanita lebih cantik darinya._


_Di tangan wanita itu ada buah epal yang mengharumkan antara langit dan bumi. Buah epal itu diberikannya kepada Athiyah, ketika buah epal itu dibelah, dari belahan epal itu keluar pakaian dari pakaian syurga yang tidak terbanding dengan dunia seisinya. Pakaian itu lalu dipakainya._


_Athiyah lantas bertanya: "Siapa kamu ?"._

_”Aku adalah 'Asyura, istrimu di Syurga," jawab bidadari itu._

_”Bagaimana aku dapat memperoleh kemuliaan ini?" tanya 'Athiyah._


_Lalu bidadari itu menjawab: "Dengan seorang janda miskin, dan anak yatim yang  kau berbuat baik kepada mereka”_


_Maka Athiyah terbangun, dan dia sangat senang dengan mimpinya. Semerbak bau wangi memenuhi ruangan rumahnya._


_Kemudian ia mengambil air wudhu, dan melaksanakan solat dua rakaat sebagai tanda syukur kepada-Nya._


_Kemudian Athiyah mengangkat pandangannya ke langit seraya berdoa : “Wahai Tuhanku. Apabila mimpi dalam tidurku itu benar dan bidadari dalam mimpiku itu adalah istriku di Syurga, maka matikanlah aku sekarang ini juga agar dapat bertemu  dengan-Mu"._


_Belum selesai doa dipanjatkan, Allah swt menyegerakan ruh Athiyah ke Syurga Daarussalaam._


*_Kitab : Irsyadul Ibad, hal. 150_*

Ahad, 6 Februari 2022

Rayyan

 PENGAJARAN DARI ADIK RAYYAN MOROCCO


1. Syurga itu mahal. Ia untuk mereka yang kuat sahaja. Budak kecil, tiada kekuatan, tiada akal fikiran waras, diuji Allah terperangkap selama 5 hari di dalam pergi sempit sedalam 30 meter. Anak yang tak punya dosa pun perlu melalui ujian berat ini untuk ke syurga. Maka apatah lagi kita yang dewasa. Harus lebih kuat, jangan terperangkap dengan nafsu dan syaitan.


2. Mati itu benar. Seluruh dunia datang menyelamatkan, mendoakan, memberikan bantuan, namun jika sampai masanya, tiada siapa mampu menghalangnya.


3. Kasih sayang itu benar. Ia merentasi agama, bangsa dan negara. Semua berhimpun atas nama kasih sayang. Itu semua rahmat dari Allah. Allah kurniakan sedikit kepada kita atas dunia, dan disimpankan sebanyak-banyaknya kasih sayangNya untuk dirasai di hari akhirat.


4. Nyawa seorang manusia tiada nilainya. Surah AlMaidah ayat 32, sesiapa yang telah membunuh seorang manusia tanpa sebab bererti telah membunuh sekalian manusia, sesiapa yang telah menyelamatkan seorang manusia, bererti telah menyelamatkan seluruh ummat manusia. Semoga Allah merahmati semua pasukan penyelamat.


5. Usaha itu benar, hasil itu serah pada Allah. Walaupun usaha menyelamatkan Rayyan itu sukar, terpaksa mengorek tanah berbatu, bukan tanah gambut seperti Malaysia, buat terowong, hulurkan tali, hantarkan camera, hantarkan makanan, kemudian dapat diselamatkan, namun akhirnya adik Rayyan meninggal dunia selepas 20 minit diselamatkan. Kalau tahu meninggal, buat apa bersusah payah selamatkan? Tapi kita tak pegang macam tu. Kita pegang pada usaha. 


6. Amalan tersembunyi itu benar. Tiada siapa kenal ibu bapa Rayyan sebelum ini. Namun sekelip mata, ibu bapa Rayyan diangkat Allah. Mari kita ingati semula pesanan Nabi Muhammad S.A.W, ada 7 golongan yang akan mendapat naungan Allah di hari akhirat, salah satunya manusia yang mengingati Allah secara bersendiri hingga mengalirkan air mata. Amalan tersembunyi nampak kecil, namun impaknya besar. Masih ingat lagi arwah Ammar yang meninggal di Turki? Masih ingat lagi arwah Abam? Ingat lagi arwah Siti Sarah? Satu satu kebaikan mereka terungkit selepas mati. Apakah amalan tersembunyi mereka? Apakah amalan tersembunyi ibu bapa Rayyan? Ahh itu tak penting, apakah amalan tersembunyi kita?


Wallahua'lam.


Semoga Allah ampunkan kita. Masukkan kita ke dalam syurga dan menjauhkan kita dari api neraka.


Aamin Ya Allah


Penulis : Che Mat


Tingkatkan cinta pada Nabi,

moga beroleh cinta Ilahi


۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞