Khamis, 9 Februari 2023

Kbat

 KBAT BUKAN NAK BAGI BUDAK PANDAI


Saya nak cerita tentang Bob (bukan nama sebenar). 


Bob baru habis SPM. Tak nak sambung belajar. Nak jual nasi lemak. Ok.


Bob menyasarkan untuk mencapai pendapatan bersih hasil daripada jualan nasi lemak sebanyak 10k sebulan. Kira cincai, mungkin dia perlu menjual sekitar 600 bungkus nasi lemak sehari selama 30 hari. Kita tak ambil kiralah sesuai ke tak jumlah tu dengan skala gerai tepi jalan, tapi yang kita nak kisahkan, siapa 600 orang pembeli tu.


Nak membeli nasi lemak, tentulah orang ada pendapatan. Nak konsisten dapat pembeli yang mampu support jualan selama 30 hari pula, orang tu bukan sekadar ada pendapatan, tetapi pendapatannya TETAP dan MANTAP.


Siapa yang ada pendapatan tetap dan mantap ni? Orang kerja kerajaan? Tak kot. Dorang ni banyak loan. Mungkin yang kerja di syarikat multinasional? Sebab mereka dibayar gaji standard global. Aha!


Maka Bob menyasarkan pekerja syarikat multinasional sebagai pelanggan utama nasi lemaknya. Untuk membantu perniagaan Bob mencapai target, Malaysia kenalah ada banyak syarikat multinasional ni. 


Persoalannya, macam mana nak bawa syarikat-syarikat hebat ni buka kilang di negara kita, beri peluang pekerjaan kepada ramai anak muda, yang menjanjikan gaji tetap dan mantap, dan yang kemudiannya dengan duit tersebut boleh support produk tempatan termasuk nasi lemak Bob?


Mesti ada penilaian yang digunakan oleh syarikat-syarikat ni untuk memilih negara mana yang sesuai untuk pelaburan mereka. Kita ambil satu : FDI (Foreign Direct Investment).


Syarikat-syarikat yang mencari tempat untuk melabur, akan merujuk kepada trend pada FDI. FDI menyediakan data trend berkaitan kos, kestabilan politik, polisi kerajaan, infrastruktur, market size, termasuk juga tenaga pekerja (labor force).


Yang menyediakan data untuk FDI pula ialah OECD (Organization for Economic Co-operation and Development). OECD ni berperanan menyediakan data berkualiti siap analisis untuk membantu memastikan FDI dapat menyumbang kepada ‘informed decisions’ oleh pembuat polisi. 


Macam-macamlah data yang OECD sediakan. Dalam konteks ‘labor force’, nak tahu penduduk negara tu boleh menjadi pekerja yang baik ke tak dalam syarikat yang nak ditubuhkan nanti, mereka kena analisis sistem pendidikan negara.


Maka OECD bekerjasama pula dengan IEA (International Association for the Evaluation of Educational Achievement) yang melaksanakan penilaian antarabangsa seperti TIMMS dan PISA.


Kerana tahap pendidikan yang baik membawa mesej kita ada ‘labor force’ yang baik, yang boleh menjadi pekerja kepada syarikat multinasional yang baik -- maka baik yang diinginkan pada standard antarabangsa ialah kemahiran berfikir dan kemampuan menyelesaikan masalah. 


Nak meletakkan Malaysia pada kedudukan yang baik dalam TIMMS dan PISA, maka kurikulum kita kena berubah. Hence, the HOTS (KBAT : Kemahiran Berfikir Aras Tinggi).


Kita ajar budak berfikir (KBAT dalam kurikulum) -> kedudukan Malaysia dalam TIMMS dan PISA meningkat -> FDI Malaysia positif -> pelabur masuk -> ekonomi berkembang -> rakyat bahagia, negara sejahtera.


Sebab itu, KBAT bukan tentang nak bagi budak pandai. Malangnya, masyarakat pesimis terhadap KBAT. KBAT yang sepatutnya menggalakkan murid berfikir, kreatif, tapi akhirnya jadi terlalu kompleks, panjang, berpusing-pusing -- sampai pening.


Kita kena akui setiap lapisan dalam KPM menyumbang salah. Cikgu di sekolah lah yang paling dekat dengan pelaksanaan KBAT. Kalau cikgu tak faham, cikgu buat soalan yang tersasar jauh daripada matlamat KBAT, kefahaman itulah yang mengalir dalam masyarakat. PPD pula, tak bimbing cikgu ke? Saya di JPN pun sama, tak bimbing PPD ke? KPM pula, bagaimana pelan penyampaian mereka? Dah cukup baik ke?


Kalau semua salah menyalah, tak selesai masalah. Tengok peranan masing-masing, dan ubahlah.


KBAT bukan untuk budak pandai sahaja. KBAT tentang kita.


Kembali kepada cerita Bob dan nasi lemak tadi, kalau Bob nak kaya, maka Bob kena mengalu-alukan KBAT dalam pendidikan negara kita. Faham, Bob? 😉

Isnin, 23 Januari 2023

Akhir zaman

 AsSalam Sume..

Warga maya..

Climate kepada pembantaian manusia seluruhnya..

Meracun manusia..
Meracun fikiran..
Meracun pemakanan..
Meracun perubatan..
Meracun alam semesta..

Alam Akhirat shj lg yg mereka Allah laknat ni x blh nak meracun..
Kalau blh tentu mereka akan fikir cmna nak meracun..

Jahatnya makhluk ciptaan Allah SWT ni, Allah SWT sdh bgtau dlm Al-Quran..
Mereka ni dah yakin sgt2 akan mati di bunuh oleh tentera org2 yg beriman..

Apa lagi yg blh mereka buat..
Melainkan buat kerosakan total kepada apa-apa shj yg mereka fikir berbaloi bersama kematian mereka..

Ni lah takdir Allah..jadikan kemusnahan dan kerosakan hasil ketakutan manusia laknatullah diseluruh dunia sebagai ujian akhir zaman..

Buat apa nak tgglkan apa2 benda kepada org2 beriman/Islam..
Lebih baik kita musnahkan semuanya, biar siapa pun tidak blh hidup selepas pembunuhan dn kematian kita..buat mereka semua susah/mati..

Dok fikir2 balik tentang wang digital..
Sudut baik byk org sebut..

Sudut musnah..sudut lain klu owner internet/software shut down la bila dah sampai target, satu dunia akan jd gila..bila wang digital x blh nk berfungsi atau nak membeli apa-apa brg pun..

Cuma harap duit angka.. bergantung kepada internet dn software..nak tutup buka semua di bawah takhluk mereka..

Owner ibu sawat/internet semuanya manusia yg Allah laknat..pemiliknya org yg paling jahat diatas muka bumi..

Mana mgkn mereka akan berbuat baik.. melainkan ini adalah satu senjata besar utk menjahanamkan sebanyak mgkn manusia diseluruh dunia..

Yg ni sekali shot satu dunia akan kelaparan..tutup shj ibu sawat maka semua manusia jatuh papa kedana secara total..tempoh paling singkat.. lebih2 lg dlm kwsn bandar..

Huru hara satu dunia..

Ni dr sudut perang.. kemungkinan besar akan berlaku..kerana ada Hadis mengatakan akan ada jiran membunuh jiran kerana lapar..

Wallahu alam..
Allah sj yg tahu..
Cuma dok pikir..
Ujian Allah utk umat Islam akhir zaman..

Kesimpulannya bersedialah apa yg patut..kurang2 masa nk pulih balik makan masa tahun jg..

Makanan kamu adalah Zikir..

Ahad, 22 Januari 2023

Band 6

 Meh la belajau OBE.. Akan lebih faham maksud pentaksiran dan penilaian.

It is not easy as u think.
TP - BUKAN sistem penggredan yg boleh meletakkan tahap penguasaan pelajar SEBAB TP tidak menggambarkan dengan tepat tahap penguasaan kognitif pelajar. Sifat TP tidak telus. TP 1-3 : memberi maksud penilaian secara kognitif. Tetapi, TP4-6 : menggabungkan penilaian kognitif dan afektif. Dalam pentaksiran, TIDAK berlaku gabungan kognitif dan afektif dalam 1 penilaian. Cikgu tidak boleh menilai tahap kognitif pelajar dan afektif kerana kognitif merujuk kpd skema jawapan, manakala afektif merujuk kpd rubrik.

Penilaian sumatif : menggunakan kognitif. Jawab atas kertas dan beri markah pd jawapan. Jika ada ujian  lisan : rubrik afektif digunakan, dan bukan skema jawapan.
Penilaian formatif : menilai pencapaian pelajar semasa pdp, boleh menggunakan kognitif (kuiz) atau afektif (rubrik).

Penilaian afektif selalu disalahertikan sbg kognitif. Afektif WAJIB ada rubrik.
Contoh - Pembentangan Projek
- rubrik : Komunikasi Lisan, Komunikasi Bertulis.
Ada rubrik utk menentukan tahap penguasaan pelajar terhadap kemahiran berkomunikasi secara lisan dan secara bertulis.
Bgmn menentukan pelajar FAHAM isi kandungan pembelajaran? Dalam rubrik Kemahiran Lisan : lickert scale yg digunakan MESTI ada komponen KEJELASAN penyampaian dll yg merujuk kpd kemahiran lisan.
Bgmn menentukan bahan penyampaian memberi makna kpd penyampaian lisan? Disini, Kemahiran Bertulis : lickert scale mempunyai komponen KEBERKESANAN BAHAN persembahan yg membantu keberkesanan penyampaian lisan.

Rubrik spesifik seperti ini yg cikgu perlu sediakan kalau nk buat pentaksiran jenis Afektif.
Baru betul nk beri TP kpd pelajar.

BUKAN, soalan matematik tahun 1, bab 1 dah ada TP 4-6. Paling tak boleh tahan, dlm DSKP Metamatik Tahun 1  TP6 : Menyelesaikan masalah seharian.
Sedangkan TP6 matematik - ada elemen afektif.

Sebab tu, cikgu² berikan penilaian kpd pelajar dlm keadaan tidak terurus. TP4-6 HANYA boleh diberikan kpd pentaksiran berterusan menggunakan jenis AFEKTIF sahaja. Sebab, pernyataan TP4-6 dibezakan penguasaannya pada kata kerja AFEKTIF (berbentuk SIFAT), seperti
TP4 : Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab : Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik.
Perkataan Tahu, Faham dan Boleh Buat merujuk kpd kognitif ( Tahu, Faham, Aplikasi, rujuk Bloom)
Perkataan BERADAB merujuk kpd elemen afektif. Mesti menilai pelajar berasaskan rubrik. Supaya pelajar faham, beliau telah membuat sesuatu pentaksiran bukan shj telah mencapai tahap aplikasi (C3) tetapi penilaian afektif A4 (Menilai) / A6 (Mengkategori nilai atau set nilai) ( rujuk Domain Afektif Karthworl)

Dalam mentaksir, MESTI pilih, domain berdasarkan kepada kata kerja dalam Objektif pembelajaran.

Not easy peasy like kacang gorenng

C&P Group sebelah ✌️

Rabu, 18 Januari 2023

Fitnah

 Saya seorang guru yang gila buat projek sekolah.


Dari bermulanya hari pertama posting, sehinggalah kini, saya masih tak dok diam memikirkan pelbagai jenis projek yang menguntungkan semua orang.


Beza dulu dan sekarang projek2 saya sudah di swastakan, yang memberi maksud, saya all out semua kreativiti saya di luar sekolah yang lebih menguntungkan.


Kenapa jadi gitu?


Kini bila saya ke sekolah, saya hanya buat yang wajib je.


Kalau boss2 baru tanya apa kemahiran saya.. Saya jawab saya tak pandai buat apa2 walaupun mereka tahu saya banyak job di luar yang melibatkan kreatif dan inovatif.


Saya seorang pelajar cemerlang dalam bidang berkaitan. Bukan nak cakap besar... Saya ada bukti sijil yang saya cemerlang dalam bidang kreatif dan inovatif ketika saya belajar di maktab. 


Tapi... Apabila kita bersungguh2 nak mencipta kejayaan bersama, ADA LANGAU YANG PENUH DENGAN KUMAN DALAM OTAKNYA SAKIT HATI MELIHAT KEJAYAAN ORANG LAIN!!!


Bila depa tak tahan, depa fitnah! Depa hasut! Depa cipta kisah yang tak wujud bagi menjatuhkan orang lain.


Sekolah pertama saya berjaya mencipta bengkel seni contoh daerah, cipta band musik murid, dan mengajar pelajar bermain squash dan catur dengan baik.


Lepas kene fitnah, saya pindah keluar walaupun ada pegawai ppd pujuk untuk terus berbakti pada projek2  yg saya cipta.


Lepas pindah tu... Fitnah berlegar2 lagi di sekolah baru walaupun saya dah mula nak mencipta dunia seni yang baru sehingga sekolah mampu menjana pendapatan sendiri.


Pindah mana pun saya, saya tetap berkhidmat dan mengajar murid pelbagai kemahiran yang saya minat sehingga pelajar saya mencipta nama apabila beliau menang tangga ke 4 dalam MSSM pada tahun saya berpindah pada sekolah kedua tersebut.


Fitnah datang lagi...


Fitnah datang kepada sekolah ke 3, sekolah ke 4 x lama, masuk sekolah ke 5 & ke 6, saya stop sebab serik kene fitnah. Dan saya fokus pada dunia perniagaan luar dari sekolah.


Datang sekolah, tulis kehadiran, masuk kelas, mengajar dan balik rumah tanpa toleh ke belakang.


Saya rela kene fitnah ketika berniaga dari fitnah buat projek sekolah yang habis duit sendiri tanpa melibatkan mana2 jenis keuntungan.


Faham maksud saya?


Jika tak faham... Ini lah point saya nak bagitau..


👉 Dalam penjawat awam, adakala kita tak boleh all out sangat... Atau sebelum nk luahkan segala skill2 untuk ko buat amal jariah dalam sekolah, pastikan rujuk cikgu2 lama takut2 pentadbir tidak menyokong guru sebegini, dan periksa juga ada ke tidak jenis cikgu yang tak reti nak tengok cikgu lain berjaya.


Jadi... Dari saya buang masa buat pahala di sekolah, baik saya buat pahala tolong orang lain berniaga. Berniaga pun satu ibadah juga.. 


Pahala dapat, duit dapat..


Ya.. Saya ada skit kemahiran mengajar orang tua berniaga mengikut kemahiran tertentu...


Kepada pentadbir2 yang ada dalam KGM, jika korang jumpa cikgu macam saya... Pelihara lah dia dari fitnah cikgu dan fitnah yang di salur pada ppd melalui guru yang mempunyai hasad dengki tahap 7 petala langit.


Jika tidak... Kau pun akan terjebak dengan dosa fitnah yang tak mungkin cikgu teraniaya akan maafkan.


Jangan tanya aku.. Sebab semua aku maafkan kecuali ada seorang ustazah yang sudah meninggal. Akan ku tuntut sehingga kiamat dan di pintu neraka kau! (walaupun jari berani menulis, di hati tetap nak lepaskan beliau) 


Dapat sesuatu dari tulisan saya?

PGL

 MERUNGKAI MISTERI LAGENDA PUTERI GUNUNG LEDANG


Sultan Mahmud Syah, Sultan Melaka yang ke-8 pada ketika itu baru sahaja kemangkatan permaisurinya, Tun Kecil dan meninggalkan bakal pewaris takhta, Raja Ahmad yang masih kecil.


Hibanya tidak terkata mengenangkan isteri yang telah tiada meskipun baginda mempunyai isteri-isteri yang lain, Tun Teja puteri dari Pahang serta Puteri Onang Kening, anakanda Sultan Mansur Syah dari Kelantan.


Baginda sudah beberapa hari tidak menjengah Balai Rong Seri untuk bertemu para pembesar negeri. Ini amat menggusarkan hati para pembesar terutamanya Bendahara Tun Perpatih Sedang dan Laksamana Hang Tuah, dua pembesar yang amat dihormati dan berpengaruh di istana Melaka.


Namun apa yang berlaku pada suatu malam mengubah segalanya apabila baginda bermimpikan seorang perempuan yang terlalu cantik paras rupanya muncul dan berasyik masyuk dengan baginda.


Terlalu luar biasa akan rupa perempuan itu, membelai dan menggoda baginda sehinggakan baginda seakan tidak mahu langsung terjaga dari mimpinya.


Dikhabarkan, perempuan itu adalah Puteri Gunung Ledang, penjaga Gunung Ledang yang telah mendiami gunung tersebut sejak ratusan tahun yang lalu.


Selama ini baginda hanya mendengar akan cerita orang mengenai puteri itu tetapi melalui mimpinya itu, barulah baginda tahu yang puteri itu terlalu cantik orangnya. Lalu utusan peminangan telah dihantar ke Gunung Ledang.


Puteri Gunung Ledang, telah meletakkan syarat-syarat tertentu sebagai hantaran perkahwinan iaitu,


- Sebuah jambatan emas yang dibina dari istana Melaka hingga ke puncak Gunung Ledang

- Sebuah jambatan perak yang dibina dari puncak Gunung Ledang hingga ke istana Melaka

- Tujuh dulang hati nyamuk

- Tujuh dulang hati kuman

- Tujuh tempayan air mata anak dara

- Tujuh tempayan air pinang muda

- Semangkuk darah Raja Muda


*******************************************


Persoalan yang timbul ialah,


a) Siapakah sebenarnya Puteri Gunung Ledang itu?

b) Kenapa Sultan Mahmud Shah tidak murka dengan penolakan peminangan secara halus dari Puteri Gunung Ledang?

c) Apakah kesudahan riwayat Puteri Gunung Ledang tersebut?


*******************************************


1. Sebilangan besar ahli sejarah secara majoritinya menulis bahawa Puteri Gunung Ledang adalah puteri raja dari Jawa.


2. Hanya sebahagian minoriti penulis sejarah mencatatkan yang Puteri Gunung Ledang itu adalah puteri Raja Majapahit.


3. Kerajaan Majapahit (1293 – 1478) telah didirikan oleh Raden Wijaya pada tahun 1293 dan berakhir semasa pemerintahan Bhre Kertabumi atau Bhrawijaya V dalam tahun 1478.


4. Runtuhnya Kerajaan Majapahit setelah pasukan pendakwah Islam yang diketuai oleh Raden Fatah dan dibantu oleh anggota Wali Songo pada tahun 1478. Setelah itu berdirilah Kerajaan Islam Demak (1478 – 1548).


5. Raden Fatah telah ditabalkan sebagai Sultan Demak pertama yang menggunakan gelaran Sultan Alam Fattah al-Akbar bin Sultan Wan Abdullah Umdatuddin (1478 – 1518).


6. Kesultanan Melaka (1399/1402 – 1511) yang dimulai dengan Parameswara putera Seri Ratna Wira Karma (1399/1402 – 1413) dan berakhir semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah bin Sultan Alauddin Riayat Shah (1488 – 1511).


7. Menerusi perkahwinan pertama dengan Raja Wati (Tun Kecil) binti Sultan Muhammad Shah, pada tahun 1494, Sultan Mahmud Shah telah dikurniakan Raja Ahmad.


8. Puteri Gunung Ledang pula telah dihantar oleh ayahandanya dari Jawa untuk menuntut ilmu agama di Pulau Besar, Melaka dengan guru-guru agama yang berada di sana.


9. Usia Puteri Gunung Ledang ketika itu dalam lingkungan 16 hingga 19 tahun.


10. Raja Bhrewijaya V, Raja Majapahit adalah beragama Hindu telah melarikan diri ke Bali setelah runtuhnya Majapahit.


11. Adalah sangat tidak munasabah apabila seorang yang bermati-matian mempertahankan agama Hindu, telah menghantar puterinya mendalami agama Islam di Pulau Besar, Melaka.


12. Sultan Mahmud Syah Melaka pula menaiki takhta pada tahun 1488, iaitu setelah 10 kejatuhan Kerajaan Majapahit.


13. Yang dimaksudkan sebenarnya Raja Jawa itu ialah Raden Fatah, iaitu Sultan Demak yang pertama (1478 – 1518), yang memerintah di Jawa Tengah.


14. Ini bermaksud, Puteri Gunung Ledang itu ialah Raden Puteri Ratna Gumilah Sari atau nama sebenarnya Puteri Siti Djamilah binti Sultan Alam Fattah al-Akbar atau Raden Fatah.


15. Panggilan lain Puteri Gunung Ledang ialah, Gusti Puteri Adjeng Ratno Dumilah Sari, Raden Ratna Gumilah Sari, Raden Gumilah dan Siti Jamilah.


16. Ibu Puteri Gunung Ledang ialah Siti Murtasimah binti Maulana Ahmad Rahmatullah atau Sunan Ampel. Ini bermaksud Puteri Gunung Ledang adalah cucu Sunan Ampel, Wali Songo.


17. Bapa Puteri Gunung Ledang iaitu Raden Fatah pula ialah putera Sultan Wan Abdullah Umdatuddin iaitu salah seorang pendakwah di Jawa yang kemudian menjadi panglima perang Champa dan seterusnya menjadi Raja Champa (1471 -1478).


18. Dan yang menjadi pelopor dakwah di Pulau Besar, Melaka ialah Maulana Ishaq (Sunan Wali Lanang) bin Sayyid Ibrahim al-Akbar, iaitu berpangkat datuk sepupu Puteri Gunung Ledang.


19. Turut menuntut ilmu agama di Pulau Besar ialah Sunan Bonang dan Sunan Giri, anggota Wali Songo.


20. Puteri Gunung Ledang bersama dua orang lagi saudara yang mempunyai pertalian darah, iaitu puteri kepada Sayyid Thanauddin, telah berpindah ke Gunung Ledang untuk bersuluk setelah tidak lagi selesa dengan gangguan Sultan Mahmud Syah di Pulau Besar.


21. Tun Seri Lanang telah menggambarkan dengan bahasa yang halus (metafora) tentang penolakan peminangan oleh Sultan Mahmud dengan perkara yang tidak mampu disediakan oleh manusia biasa.


22. Sultan Mahmud Syah juga tidak menitahkan hukuman bunuh atas sifat durhaka Puteri Gunung Ledang atas penolakan peminangan tersebut, sebagaimana kelaziman yang dilakukannya.


23. Ini kerana Puteri Gunung Ledang adalah puteri kepada Sultan Demak yang kuat pengaruhnya yang berjaya menjatuhkan Kerajaan Majapahit serta mendapat sokongan daripada ulama dan anggota Wali Songo.


24. Puteri Gunung Ledang juga adalah anak saudara Syarif Hidayatullah (Sunan Gunung Jati) bin Sultan Wan Abdullah Umdatuddin, yang menjadi penguasa di Cirebon, Jawa.


25. Melaka pada waktu itu juga sedang berada di ambang keruntuhan akibat perebutan kuasa di kalangan pembesar dan akhirnya tumbang kepada Portugis pada tahun 1511.


26. Setelah tamat pengajian agama di Pulau Besar, Melaka, Puteri Gunung Ledang telah kembali ke Jawa dan berkahwin dengan Raden Abdul Kadir bin Raden Muhammad Yunus bin Sayyid Khalid al-Idrus. Raden Abdul Kadir adalah anak Adipati Jepara.


27. Hasil perkahwinan Puteri Gunung Ledang dengan Raden Abdul Kadir, mereka telah dikurniakan cahaya mata, Raden Abu Bakar dan Raden Abu Syahid.


28. Raden Abu Bakar dan Raden Abu Syahid juga telah dihantar menuntut ilmu agama di Pulau Besar. Kedua-dua mereka terkorban di Pulau Besar semasa pertempuran menentang Portugis di Melaka. Turut terkoban dalam perang tersebut ialah Raden Abdul Kadir, suami Puteri Gunung Ledang.


29. Semasa berlaku perebutan kuasa di Demak dan setelah kematian suami serta dua orang puteranya, Puteri Gunung Ledang telah kembali semula ke Gunung Ledang untuk bersendiri dan berkhalwat kepada Allah.


30. Menurut sesetengah pendapat, Puteri Gunung Ledang telah meninggal dunia dalam lingkungan tahun 1640, dalam usia yang sangat tua.


31. Puteri Gunung Ledang sememangnya telah melahirkan zuriat yang bukan semata-mata berjasa kepada bumi Melaka, tetapi telah menyerahkan nyawa suami dan anak-anaknya kepada Allah untuk mempertahankan dakwah di Nusantara.


Kesimpulannya,


1) Puteri Gunung Ledang bukanlah makhluk halus atau bunian seperti kepercayaan masyarakat.


2) Metafora yang digunakan oleh Tun Seri Lanang adalah untuk menutup kekurangan raja-raja melayu yang menjadi punca kejatuhan kuasa orang Melayu.


3) Penjajah cuba menutup sejarah dakwah Islam di nusantara.


Kredit: Tok Cu