Khamis, 7 September 2023

Kaya

 Tadi dengar perkongsian.. dia dapat buka kilang. Dia cakap, impian nak buka kilang ni, 10 tahun lalu. Tahun ke 10 baru  tercapai. Dia just berangan, berazam, berdoa sepanjang 10 tahun tu. Sampai 1 masa, dia diuji dalam biz, mula- mula rasa sedih, rupanya dengan ujian tu lah dia boleh ada kilang sendiri. 


Dia kata apaa- apa impian, impikan sungguh- sungguh. Logik tak logik, mampu tak mampu tu lain cerita. Berangan dulu. 


Sentiasa cakap kat otak, apa impian tu. Ingatkan otak tentanh impian kita tu selalu. Nanti otak akan beri isyarat dekat 1 badan. So apa2 yang kita buat lepas tu, memang akan cenderung ke arah impian tu. 


Lepas tu dia kata, nak berjaya ni,  kena ada perasaan  tak puas dengan sedia ada setelah beberapa tempoh masa. Kena berazam mahu lebih lagi. 


Niat nak berjaya dan kaya supaya bila siapa je datang mintak pertolongan kita boleh hulur. 


Lagi satu tips, kalau nak tau kita bakal berjaya, kita ada fasa terduduk. Tu memang petanda bakal berjaya. 


Dia juga kata, dah berada pada fasa berjaya, kena gali ilmu, upgrade diri dengan ilmu. Tak boleh  rasa selesa dah dengan setakat ilmu yang ada. 


Contoh, dah berjaya dalam bidang kita, kena update dan upgrade ilmu yang ada di sekeliling  yang sedang berada di kemuncak jugak contoh ilmu IT dan lain- lain. 


Dan aku, ada impian nak buka kedai konsep kimi-A! . Dengan harapan, mana2 anak aku yang tak berjaya sambung belajar, nak kerja sendiri, boleh  usahakan sama- sama kedai laksa tu. 1 anak 1 cawangan. InsyaAllah. 

Dan aku memang target  dalam masa 10 tahun akan datang. Doakan. ☺️☺️

Aku pon doakan korang semua akan berjaya juga capai impian masing- masing. Aamin.

BARAH TEKAK

 “Lepas kahwin isteri seolah macam orang bisu, siap benarkan aku kahwin satu lagi, sekali aku terjumpa 1 surat dalam kotak buat aku menangis meraung bila dapat tahu hal sebenar”. Foto sekadar hiasan


Aku dah kawin sekarang. Bini aku memang baik sangat sangat. Tapi dia tak seperti yang aku expect masa kami belum kawin dulu.

Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap dengan laki. Member member memang puji la dengan cara dia.


"Lepas kahwin isteri seolah macam orang bisu, siap benarkan aku kahwin satu lagi, sekali aku terjumpa 1 surat dalam kotak buat aku menangis meraung bila dapat tahu hal sebenar"


So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu, segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so takde la cemburu sangat sebab dia jarang borak borak dengan laki.


Cantik? Memang la. Kalau tak, aku comfirm tak sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member member pon ade yang cube nak usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last last aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..


Eh, dok ngumpat ngumpat pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan.


Aku usha cara yang leklok la, pergi jumpa bapak dia dulu. Gentlemen beb! Slow talk dengan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki..


Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer. Pergh, memang kena kutuk kaw kaw lah aku masa tu. Sebabnya, bila dia tanya kenal tak anak dia? Aku cakap tak sangat.


Bapak dia tanya lagi, kenape nak kawin dengan anak dia? Aku cakap sebab minat. Minat sebab ape? Aku cakap tak tau. Habis kalu tak dapat anak dia? Aku cakap nak jugak! Bapak dia sound la,


“ko ni, macam mane ko nak kawin dengan orang yang ko tak kenal?”.

Aku jawab, lepas kawin lah saya kenal dia pakcik..”

Lepastu sengih senggih. Lepastu bapak dia diam. Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu..


Time tu aku dah terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni aku memang kamceng giler.


Yang ni pulak nama dia Ika. Aku memang selasi lah dengan minah ni. Haha.. Tapi last last orang lain jugak yang aku pinang. Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba.


Keputusannya.. jeng3.. tak seperti yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku dengan Ika. Time aku bagitau Ika aku nak kawin, dia accept je.


Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia. Lepas tu kami dah tak jumpa. Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara.


Happynye aku Tuhan je tau. Dekat rumah, dia macam biasa, cool je. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku tak buka mulut, memang tak berbunyilah rumah kitorang.


Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang kadang dia bersuara jugak. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur. Macam tak supportive sangat. Last last aku dah malas nak borak.. Oh boringnye..


Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja, sengih. Macam yang aku buat dekat bapak dia dulu. Psych0 seyh.. Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis per0kok sederhana tegar jugak la.


Tapi bini aku pulak memang macam f0bia giler dengan asap r0kok. Bau nafas aku yang bersisa r0kok pon, dia mesti batok. Tak bau r0kok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu..


Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku mer0kok. Kalu gian sangat pon aku mer0kok time dekat ofis je.


Bini aku keje hospital, bahagian obat obatan. Aku lak tak boleh bau ubat, mesti pening kelapa.


Hari hari aku yang hantar, ambik dia pergi spital. Time ambik dia balik, memang hari hari lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan selalu bukak tingkap, nyaman siket.


Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Tak boleh bukak tingkap kete, takut tempias. Aku dah memang pening pening lalat dah. Bau ubat. Dengan poor visibility lagi, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Dekat hospital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemlangan tu. Hah??


Rupanya dia mengandung dua bulan. Ara sendiri pon tak tahu.. Ya Allah!!


Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je. Aku dah korbankan r0kok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah tak tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup untuk sara hidup kami!


Dekat setahun kami kawin, Ika tiba tiba datang, dia kata masih sayang dekat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup.


Alamak ni dah angau betol. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose dekat aku.


Then aku teros terang je la, aku cakap dekat dia, yes aku memang tak kamceng mane dengan bini aku sekarang. And banyak benda yang kami takde persamaan.


Ara memang tak banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam tak tangkap je. Sedih tol. Tak pandai nak borak. Kalu jumpa member member aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kecuali time makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je. Haha macam tu la bini aku. Lucu pulak..


Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing masing. Aku cuba biasakan diri dengan bau ubat ubat dekat baju baju Ara dulu. Cuba berhenti mer0kok waktu awal awal kawin dulu.


Ara pulak dah tak keje, dah cuba belajar masak benda benda lain (jarang la menjadi), haha..


Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku tak boleh menduakan dia. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu memang last kami jumpa.


Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besar, dekat 4 tahon la. Tapi dah pandai mengaji sikit sikit. Semua berkat kerajinan bini aku.


Bab bab agama, mengaji sume dia mrmang bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok elok ngaji alQuran. Alhamdulillah, semoga esok esok dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat sangat menguntungkan!


Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami tak seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan dengan rumah tangga kami.


Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang panjang. Aku pulak suka keluar lepak dengan kawan kawan. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi pagi aku dah kena pergi keje.


Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru dekat ofis aku.


Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut pulak dekat aku. So dialah yang selalu aku ajak keluar malam, teman aku borak boram, kadang kadang sampai pagi!


Aku sedar aku seolah olah mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku. Teringin nak kawin dengan dia, takot kecik hati si Ara pulak..


Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan. Kadang kadang gadoh, kadang dia tercarut carut siap dekat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.


Tapi aku memang terhibur bila dok dengan Lisa. Bini aku dekat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa..


Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalau aku nak kawin lagi. Tapi mesti dengan wanita yang elok elok, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??


Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari hari kompem ketat, make up dekat muka 2 inci macam takleh kena air, tak ambik air semayang ke? Tak semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!


So aku postpone dulu hajat nak kawin dengan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit sikit. Tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..


Ketika perkahwinan aku dengan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!


Doktor bagitau, Ara dah lama sebenarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan terpaksa menahan sakit bila bercakap!


Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia tak bagitau aku??


Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect dekat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia sekarang makin rosak akibat barah tu.


Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat untuk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je. Tapi Ara tak boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!


Aku buntu..


Masa tulah baru aku terfikir. Kami tak penah bertikah lidah, tak penah gado. Mungkin itu hikmah dia. Tapi aku tak sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan tak penah luahkan derita dekat aku..


Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara tak dapat bertahan lama. Aku menangis depan doktor tu puas puas. Walaupun doktor pompuan. Aku dah tak kisah. Aku menyesal debgan cara aku layan Ara selama ni.


Dia dah bagi aku macam macam, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, memang tak penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh. Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon dekat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia. Maafkan abang Ara..


Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan kenangan kami. Aku belek belek, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.


Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula mula ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!


Isi surat tu;


1 Julai 2007, Buat suami yang baru kupunya, Terima kasih kerana menawarkan cintamu, Yang ku tunggu tunggu sejak kita mula bertemu dulu. Ara memang cinta padamu, Dan Ara menangis bila abang melamarku


Buat suamiku yang baru kupunya, Luaranku mungkin nampak sempurna, Luaranku mungkin ramai yang terpesona, Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka, Kerna suaraku bukan kepunyaan kita


Buat suamiku yang baru kupunya, Andai abang ingin melihat Ara ketawa, Ara hanya mampu tersenyum pada abang, Andai abang mahu Ara berjenaka, Mungkin Ara kan menangis dibahu abang, Kerana Ara tak mampu berbica, Seperti orang lain berbicara, Kerana Ara tak mampu ketawa, Seperti orang lain ketawa


Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang, Ara pasrah dan relakan abang menjauhi, Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang, Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..


Yang benar, Isteri yang menyanjungmu.


*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..

Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku tak terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku tak tahu penderitaan Ara awal awal dulu? Kenapa baru sekarang?


4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala galanya. Dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri dekat Ara?


Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kejap kejap. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat tak terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.


Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas puas. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa sisa hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia.


Saat itu dia menangis dekat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan dekat kertas. Dan kertas kertas tu aku kan simpan sampai bila bila.


Dia tulis dia tak menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha..


Ya Allah hari hari itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah tak mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.


“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah. Tapi jika hanya kemtian yang dapat mem4tikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”

Aku tak tahu apa lagi boleh aku buat. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk meluk ibunya..


Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah. Dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..


Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz. Dengan helaian helain tulisan terakhir Ara..


Tamat.

Rabu, 30 Ogos 2023

Bangau 2

 INGAT TU... BUKAN SALAH KAMI.


Guru2 menengah atas yg mengajar subjek peperiksaan selalunya akan menjadi "mangsa" pemantauan, penilaian, "bebelan" & perlaksanaan intervensi yg dipaksakan apabila keputusan SPM tak seperti yg disasarkan. Apabila ada dialog prestasi (DP) dalaman atau melibatkan pihak luar (PPD & JPN), maka guru2 SPMlah yg kena teguran, kena tazkirah, kena itu & ini. Dan bukan baru, sejak dahulu begitulah rutin tahunannya.


Budak tak pandai membaca... kami jugalah yg dimangsakan. Budak tak datang peperiksaan percubaan kami juga yg dikejar. Banyak lagi kalau mahu disenaraikan...


Tapi pernahkah anda terfikir BAHAWA PEMBELAJARAN ITU MENGGUNA PAKAI KONSEP MASTERI...? Iaitu penguasaan beransur2. Kalau budak tak pandai membaca... ITU BUKAN SALAH KAMI sebab kami tak mengajar bacaan. Kalau budak tak pandai peratus, pecahan & perpuluhan... ITU BUKAN SALAH KAMI kerana tugas kami mengajar persamaan kuadratik. SEMUA "KECACATAN" yg dibawa ke tingkatan 4 & 5... ITU BUKAN SALAH KAMI. Ingat itu sampai bila2 ya... Bebelkan kpd mereka yg bertanggung jawab, BUKAN MEMBEBEL DGN KAMI.


Kalaulah sistem persekolahan ini diibaratkan kilang kereta, kami guru2 menengah atas berada di penghujung "production line". Tugas kami ialah memandu uji & mengesahkan yg kereta itu layak dipasarkan atau tidak. Kamilah yg mengeluarkan sijil pengesahan bahawa kereta itu befungsi & selamat seperti yg ditetapkan dlm spesifikasinya. Kamilah yg meletakkan stiker "LULUS PROTON".


Namun yg berlaku tak begitu. Ada kereta yg datang kpd kami hanya ada 1 tayar sahaja. Ada yg tiada "dashboard"nya. Ada yg tiada "side miror"nya. Paling malang apabila kereta itu TIADA ENJINNYA. Mcm budak yg masuk tingkatan 4 yg tak pandai membaca & tak pandai operasi bahagi.


ITU BUKAN SALAH KAMI... Memasang enjin, "viper", "side miror" BUKAN TUGAS KAMI. Jadi... jangan "bebel"kan kami.


Cuba tengok jawapan budak tingkatan 4 saya dari kelas hujung. [Lihat gambar]


Soalan - mencipta pemadam api dpd peralatan & bahan yg telah diberi.


Jawapan budak : Kalau serbuk penaik dan cuka dengan serbuk pencuci air karbon dioksida tidak boleh termasuk ke dalam api empat bahan yang dihasilkan Boleh menolak karbon dioksida dari pada api tersebut.


Catatan :

* Jelas ini masalah kemahiran BM. Tahap bahasanya sama dgn budak tahun 1 atau tahun 2. Ini budak tingkatan 4 ya...

* Budak boleh menulis nama saintifik spt karbon dioksida, maknanya PdP saya telah berjaya.

* Namun jawapannya tetap salah, dan itu BUKAN SALAH SAYA.


Moral cerita : Kepada pegawai / PGB sebelum mem"bebel" dgn guru, tanya diri, ITU SALAH MEREKA KE...?

Dunia

KEMANA DUNIA DAN KEMANA AKHIRAT. 

1-Amerika Syarikat telah mengesahkan bahawa semua negara di dunia, untuk menjalin hubungan baik dengan kuasa besar, mesti menerima perkahwinan sejenis (wanita/wanita atau lelaki/lelaki). Pada masa ini terdapat 34 negara di mana perkahwinan sejenis adalah sah: Andorra, Argentina, Australia, Austria, Belgium, Brazil, Kanada, Chile, Colombia, Costa Rica, Cuba, Denmark, Ecuador, Finland, Perancis, Jerman, Iceland, Ireland, Luxembourg, Malta, Mexico, Belanda, New Zealand, Norway, Portugal, Slovenia, Afrika Selatan, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Taiwan, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

😭


2- Jerman baru menandatangani undang-undang yang mengisytiharkan tiada lagi sumbang mahram, iaitu: adik beradik boleh berkahwin, ibu dan anak, ayah dan anak perempuan, dll. 😭


3-Kota Miami kini diisytiharkan sebagai bandar pembelian seks awam. Maksudnya: dalam perjalanan,ke padang bola contoh ataupun ke mana sja jika anda memerlukan seks anda boleh menikmatinya pada bila-bila masa tanpa sebarang masalah.😭


4-Kanada telah membenarkan kebinatangan (seks dengan haiwan) 😭


5- Di Sepanyol: filem lucah

dibenarkan di sekolah menengah dan universiti. 😭


6- Kebenaran pelacuran kanak-kanak bawah umur diberikan. Marg Luker menyatakan bahawa mana-mana gadis muda pada usia 10 tahun yang merasakan keseronokan seksual,

tiada siapa yang patut membelanya

ketahui bagaimana badannya berfungsi.😭


7- Akhirnya USA membenarkan rumah2 Syaitan dibuka secara terbuka.

Saudara-saudari sekalian, kiamat sudah dekat, pemergian dalam Kemuliaan semakin dekat.

Orang ramai terganggu dan syaitan ingin menyeret jumlah maksimum jiwa bersamanya untuk mengeluarkan mereka dari rahmat ilahi. Mari berhati-hati. 😭


Jika anda mempunyai satu minit...kongsi mesej ini. Mengapa kita tidur di Gereja, dan berjaga di bar? Mengapa begitu sukar untuk bercakap tentang Allah tetapi begitu mudah untuk bergosip?

Mengapa begitu mudah untuk mengabaikan mesej daripada Allah tetapi menghantar semula mesej yang kotor?

Adakah anda akan menghantar mesej ini kepada rakan anda atau adakah anda akan mengabaikannya? Jika anda mengasihi Allah, hantar mesej ini kepada sahabat sejati anda


     Semoga Allah merahmati kita semua Amin!!!

: ASURANSI SEKSUAL SEDANG MENGGANGGU DUNIA PADA KINI.

  Allah Bersabda: Akan datang suatu masa manusia akan mencintai lima perkara dan melupakan lima perkara.*


  1. Mereka akan menyukai kenikmatan dunia ini dan melupakan hari kiamat.


  2. Mereka akan menyukai wang dan melupakan hari akauntabiliti bagaimana mereka memperoleh dan membelanjakan wang tersebut.


  3. Mereka akan takut kepada benda yang dicipta dan melupakan pencipta.


  4. Mereka akan menyukai rumah agam yang indah dan melupakan kubur mereka.


  5. Mereka akan mencintai dosa dan lupa untuk memohon keampunan pada Allah.


  Cuba fikirkan ini?.......


  1. Hidup kekal = percuma

  2. Pintu masuk masjid = percuma

  3. Keselamatan di sisi Islam = percuma

  4. Cinta Allah = percuma

  5. Nafas hidup = bebas


  A. Rokok = bayar

  B. Pelacuran = gaji

  C. Alkohol =bayar

  D. Bayaran masuk kelab malam = bayar

  E. Kuasa untuk memerintah dunia = membayar


  Lalu kenapa manusia membayar neraka sedangkan SYURGA itu percuma?

  Fikir dua kali

  Percayalah kepada Allah dan kamu akan diselamatkan..




  Jika anda selamat, bagaimana pula dengan rakan & orang tersayang. Tunjukkan kasih sayang kepada mereka dengan memberitahu mereka tentang *HARI KEMATIAN dan HARI KIAMAT.*


   Tolong sampaikan ini kepada mana-mana kumpulan biar syurga bahagia untuk anda hari ini. Tolong jangan kata kemudian, buat sekarang kerana esok mungkin sudah terlambat.

  Ya Allah, berkatilah mereka yang menyebarkan mesej ini. IN SHAA ALLAH..

Bangau

 Cnp


#MFS


Satu benda lagi yang perlu diperbetulkan dalam sistem pendidikan negara kita adalah penyakit Bangau Oh Bangau atau blaming game.


Bila murid bermasalah, markah rendah, tak capai KPI yang ditetapkan di peringkat sekolah / PPD, pegawai dan orang atasan akan datang berkampung di sekolah.


Guru-guru terlibat dengan tahun peperiksaan akan dipanggil, dimarah, disuruh buat interversi, cari cara selesaikan masalah.


Marah-marah, tuduh orang tu salah, orang ni salah adalah budaya lapok yang perlu dibuang dalam sistem.


Jika result merudum, memang perlukan post mortem. Pegawai dan orang atasan yang berpangkat tinggi, datanglah bawa idea intervensi apa yang boleh dibuat untuk menaikkan balik result.


Bukan bawa idea sahaja, bawakan usaha sekali.


Setakat idea, tanya mak cik kantin pun mak cik kantin boleh bagi.


Masalahnya mereka (segelintir) yang datang, mai tuding jari salahkan guru-guru, pastu suruh buat macam-macam, and then blah. Semua atas batu jemala patik belaka yang kena galas.


Antara intervensi yang mereka bagi cadangan