Rabu, 30 Ogos 2023

Bangau

 Cnp


#MFS


Satu benda lagi yang perlu diperbetulkan dalam sistem pendidikan negara kita adalah penyakit Bangau Oh Bangau atau blaming game.


Bila murid bermasalah, markah rendah, tak capai KPI yang ditetapkan di peringkat sekolah / PPD, pegawai dan orang atasan akan datang berkampung di sekolah.


Guru-guru terlibat dengan tahun peperiksaan akan dipanggil, dimarah, disuruh buat interversi, cari cara selesaikan masalah.


Marah-marah, tuduh orang tu salah, orang ni salah adalah budaya lapok yang perlu dibuang dalam sistem.


Jika result merudum, memang perlukan post mortem. Pegawai dan orang atasan yang berpangkat tinggi, datanglah bawa idea intervensi apa yang boleh dibuat untuk menaikkan balik result.


Bukan bawa idea sahaja, bawakan usaha sekali.


Setakat idea, tanya mak cik kantin pun mak cik kantin boleh bagi.


Masalahnya mereka (segelintir) yang datang, mai tuding jari salahkan guru-guru, pastu suruh buat macam-macam, and then blah. Semua atas batu jemala patik belaka yang kena galas.


Antara intervensi yang mereka bagi cadangan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan