Semalam:
• Seorang rider makanan sedang menunggang motorsikal membawa sup yang dipesan oleh pelanggannya.• Seorang anak bongsu selalu mengucapkan kata-kata, “adik sayang mama…” setiap kali menelefon ibunya.
• Seorang pemandu e-healing telah menolak permintaan pelanggan yang mahukan khidmatnya. Satu jam sebelum itu dia masih sempat bergurau dengan isterinya tentang luka di mukanya. Dia juga beri anaknya simpan gambarnya buat kenangan.
• Seorang Adun setelah menang pilihan raya dia disayangi masyarakat di tempatnya berkhidmat.
• Seorang ayah berasa tak sedap hati nak ke Langkawi dan tinggalkan dua orang anaknya yang kurang sihat.
• Seorang juruterbang memberikan nombor telefon isterinya kepada sahabatnya untuk dihubungi kalau ada hal penting.
• Seorang lagi juruterbang yang sudah empat tahun menduda selalu berpesan kepada ayahnya tolong tengokkan anak-anaknya kerana dia mahu kejar pahala atas setiap urusan kerjanya.
• … dan kisah-kisah yang lain.
.
Hari ini:
Ini antara catatan yang mengingatkan kita tentang erti perpisahan paling abadi.
.
.
Sudah tak ada momen bersama-sama semua almarhum ini.
Tiba-tiba sahaja takdir pahit datang dan semuanya menempuh erti perpisahan paling abadi. Berpisah mati.
Jika masih ada orang tua keraplah hubungi mereka. Emak abah selalu tertunggu-tunggu panggilan telefon anak-anak.
Peluk kuat-kuat orang tersayang, itu mungkin pelukan yang terakhir.
Bergurau dan rajinlah bersembang dengan isteri, suami dan anak-anak kerana jika kematian berlaku, ada kenangan yang manis untuk dikenang.
Selalulah bercakap perkara-perkara baik dengan semua orang, mereka antara yang akan memberi doa selepas kematian kita.
Luangkan masa melakukan banyaknya kebaikan selagi kita dipinjamkan nafas. Kerap lakukan solat berjemaah sekeluarga.
Berilah hadiah dan bersedekah kepada semua yang memerlukan. Ini akan menjadi tanda indahnya pahala dan ukhuwah
Jika ada menulis buku dan kisah-kisah kehidupan, ini waktunya dibaca semula setiap tulisan yang telah menjadi sejarah keluarga – kerana kematian berlaku tanpa syarat dan tanpa isyarat.
Ya kerana kita pernah hidup dan kerana kita akan mati. Soal kematian memang tak ada yang tercepat atau terlewat.
Silakan kongsi jika tragedi ini memberi kesan dalam hati.
Innalillahhiwainalillahirojiunn
.
Saya masih terkejut dengan tragedi ini.
Sri Diah Shaharuddin
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan