INGAT TU... BUKAN SALAH KAMI.
Guru2 menengah atas yg mengajar subjek peperiksaan selalunya akan menjadi "mangsa" pemantauan, penilaian, "bebelan" & perlaksanaan intervensi yg dipaksakan apabila keputusan SPM tak seperti yg disasarkan. Apabila ada dialog prestasi (DP) dalaman atau melibatkan pihak luar (PPD & JPN), maka guru2 SPMlah yg kena teguran, kena tazkirah, kena itu & ini. Dan bukan baru, sejak dahulu begitulah rutin tahunannya.
Budak tak pandai membaca... kami jugalah yg dimangsakan. Budak tak datang peperiksaan percubaan kami juga yg dikejar. Banyak lagi kalau mahu disenaraikan...
Tapi pernahkah anda terfikir BAHAWA PEMBELAJARAN ITU MENGGUNA PAKAI KONSEP MASTERI...? Iaitu penguasaan beransur2. Kalau budak tak pandai membaca... ITU BUKAN SALAH KAMI sebab kami tak mengajar bacaan. Kalau budak tak pandai peratus, pecahan & perpuluhan... ITU BUKAN SALAH KAMI kerana tugas kami mengajar persamaan kuadratik. SEMUA "KECACATAN" yg dibawa ke tingkatan 4 & 5... ITU BUKAN SALAH KAMI. Ingat itu sampai bila2 ya... Bebelkan kpd mereka yg bertanggung jawab, BUKAN MEMBEBEL DGN KAMI.
Kalaulah sistem persekolahan ini diibaratkan kilang kereta, kami guru2 menengah atas berada di penghujung "production line". Tugas kami ialah memandu uji & mengesahkan yg kereta itu layak dipasarkan atau tidak. Kamilah yg mengeluarkan sijil pengesahan bahawa kereta itu befungsi & selamat seperti yg ditetapkan dlm spesifikasinya. Kamilah yg meletakkan stiker "LULUS PROTON".
Namun yg berlaku tak begitu. Ada kereta yg datang kpd kami hanya ada 1 tayar sahaja. Ada yg tiada "dashboard"nya. Ada yg tiada "side miror"nya. Paling malang apabila kereta itu TIADA ENJINNYA. Mcm budak yg masuk tingkatan 4 yg tak pandai membaca & tak pandai operasi bahagi.
ITU BUKAN SALAH KAMI... Memasang enjin, "viper", "side miror" BUKAN TUGAS KAMI. Jadi... jangan "bebel"kan kami.
Cuba tengok jawapan budak tingkatan 4 saya dari kelas hujung. [Lihat gambar]
Soalan - mencipta pemadam api dpd peralatan & bahan yg telah diberi.
Jawapan budak : Kalau serbuk penaik dan cuka dengan serbuk pencuci air karbon dioksida tidak boleh termasuk ke dalam api empat bahan yang dihasilkan Boleh menolak karbon dioksida dari pada api tersebut.
Catatan :
* Jelas ini masalah kemahiran BM. Tahap bahasanya sama dgn budak tahun 1 atau tahun 2. Ini budak tingkatan 4 ya...
* Budak boleh menulis nama saintifik spt karbon dioksida, maknanya PdP saya telah berjaya.
* Namun jawapannya tetap salah, dan itu BUKAN SALAH SAYA.
Moral cerita : Kepada pegawai / PGB sebelum mem"bebel" dgn guru, tanya diri, ITU SALAH MEREKA KE...?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan