Ahad, 24 September 2023

faraid

 1. Apa maksud ilmu faraidh ?

*
1/1
2. Perkataan faraidh berasal daripada perkataan ...*
0/1
Correct answer
3. Ilmu faraidh juga dikenali sebagai ilmu ...*
0/1
Correct answer
Feedback
Options 1 and 3 are wrong because x, y, z
4. Berikut adalah peranan ilmu faraidh, KECUALI ...*
0/1
Correct answer
5. Semasa zaman Jahiliyah, pewarisan harta pusaka diberikan kepada ...*
0/1
Correct answer
6. Selain daripada nasab keturunan, pewarisan sebelum kedatangan Islam juga melalui ...*
1/1
7. Selepas kedatangan Islam, hukum pembahagian harta  pusaka disyari'atkan secara berperingkat. Susunan peringkat yang betul ialah ...*
0/1
Correct answer
8. Hukum pelaksanaan pembahagian harta pusaka mengikut faraidh ialah ...*
1/1
9. Hukum mempelajari ilmu faraidh ialah ...*
0/1
Correct answer
10. Dalam satu hadith, Baginda Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam mempelari ilmu faraidh kerana sebab-sebab berikut, KECUALI ...*
0/1
Correct answer
11. Sahabat Baginda SAW yang paling mahir dalam ilmu faraidh ialah ...*
1/1
12.Berikut adalah rukun-rukun pusaka, KECUALI ...*
1/1
13. Zaid mempunyai sebuah rumah, kereta, sebatang pen dan RM 300 daripada kemenangan loteri. Jika dia meninggal dunia, harta pusakanya ialah ...*
0/1
Correct answer
14. Setelah Zakiah meninggal dunia, pihak masjid telah memberikan wang khairat kematian kepada ahli keluarganya. Bagaimana pembahagian wang khairat tersebut?*
0/1
Correct answer
15. Sarip telah dijatuhi hukuman penjara kerana menjual dadah. Ketika di dalam penjara, dia telah membunuh diri.  Bagaimana pembahagian hasil jualan dadahnya?*
1/1
16. Berikut adalah perkara-perkara yang wajib ditunaikan terhadap harta pusaka sebelum ia difaraidhkan. Sila pilih susunan yang betul.*
0/1
Correct answer
17. Harta pusaka si mati diambil untuk membayar kos pengurusan jenazah. Berikut adalah perkara yang melibatkan kos pengurusan jenazah, KECUALI ...*
1/1
18.  Apabila suami Anis meninggal dunia, ...*
0/1
Correct answer
19. Pilih penyataan yang betul*
0/1
Correct answer
20. Asal hukum wasiat adalah ____________. Kemudian menjadi ______________.*
0/1
Correct answer
21. Had maksimum yang dibenarkan oleh Syara' untuk berwasiat ialah ...*
1/1
22. Kadar wasiat yang dibenarkan itu adalah daripada ...*
1/1
23. Jika pewasiat telah mewasiatkan lebih daripada kadar yang dibenarkan oleh Syara', maka ...*
0/1
Correct answer
24. Pasangan suami isteri yang sah berhak mewarisi di antara satu sama lain. Jika mereka bercerai hidup kemudian mati salah seorang, maka ...*
0/1
Correct answer
25. Talak ba'in sughra ialah isteri diceraikan dengan salah satu cara berikut, KECUALI ...*
0/1
Correct answer
26. Jika seorang ibu meninggal dunia, yang layak mewarisi harta pusakanya ialah ...*
1/1
27. Abdullah baru sahaja memeluk agama Islam. Semua ahli keluarganya masih lagi belum lagi memeluk agama Islam setelah kematiannya. Siapakah yang layak mewarisi harta pusakanya ?*
1/1
28.  Apabila seseorang itu hidup selepas kematian haqiqi disebabkan dia mempunyai karamah, maka harta pusakanya ...*
0/1
Correct answer
29. Kematian berikut melayakkan ahli waris seseorang mewarisi harta si mati :-  *
1/1
30. Abdullah telah hilang selama 20 tahun. Kenyataan-kenyataan berikut adalah benar, KECUALI :-*
0/1
Correct answer
31. Setelah Abdullah diputuskan mati secara hukmi, ahli warisnya telah membahagikan hartanya mengikut faraidh. Setelah 5 tahun, Abdullah pulang ke rumah dan dia ternyata masih hidup. Apa yang sepatutnya ahli waris lakukan ?*
0/1
Correct answer
32. Johan telah meninggal dunia akibat kemalangan ketika menziarahi bapanya yang koma di hospital. Dia mempunyai seorang ibu yang kurang siuman dan seorang isteri yang sedang mengandung anak pertama. Siapakah yang bakal mewarisi harta pusaka Johan ?*
1/1
33. Pak Lah mempunyai empat orang anak. Salina, anak sulong yang 10 tahun tidak pulang ke rumah kerana dihalau oleh Pak Lah kerana telah berzina. Anak kedua Ramli, seorang penagih dadah tegar, kini ditahan polis. Anak ketiga pula bernama Kasim, sedang diburu polis kerana membunuh isterinya kerana cemburu. Anak keempat pula bernama Halim  yang paling disayanginya. Halim yang menjaga Pak Lah sewaktu dia sakit. Selepas kematian Pak Lah, Halim baru mengetahui dia adalah anak angkat. Siapakah waris Pak Lah ?*
0/1
Correct answer
34. Ketika bercuti, satu keluarga telah terlibat dalam kemalangan jalan jaya. Mengikut laporan daripada pihak polis, Faiz telah meninggal dunia di tempat kejadian. Isterinya meninggal dunia 10 minit kemudian. Anak lelakinya pula meninggal dunia ketika perjalanan ke hospital. Setelah 4 hari koma, anak perempuannya meninggal dunia. Siapakah ahli waris Faiz ?  *
0/1
Correct answer
35. Ketika Norman sedang memotong pokok, dia tidak sengaja telah menetak bapanya sehingga bapanya meninggal dunia. Tidak lama kemudian isteri Norman telah meninggal dunia akibat komplikasi penyakit COVID-19. Pilih penyataan yang benar.*
1/1
36. Azlan telah memeluk Islam bersama isteri dan anaknya. Kemudian anaknya murtad akibat terpengaruh dengan teman lelakinya. Ketika Azlan hampir menemui ajal, bapanya telah memeluk Islam. Selepas kematian Azlan, ibunya memeluk Islam. Begitu juga anaknya, telah bertaubat dan kembali kepada Islam. Siapakah ahli waris Azlan ?*
0/1
Correct answer
37. Berikut adalah senarai ahli waris yang berhak, KECUALI ...*
1/1
38. Anak lelaki Mariam telah menghadiahkan sebentuk cincin emas kepadanya sebelum kematiannya. Mariam juga mempunyai seorang anak perempuan. Siapakah yang layak mengambil cincin tersebut setelah kematiannnya ?*
0/1
Correct answer
39. Golongan Atas (Usul Waris) terdiri daripada ...*
0/1
Correct answer
40. Berikut adalah Golongan Bawah (furu'ul waris), KECUALI...*
1/1
41. Golongan Tengah (Al-ikhwah) ialah...*
1/1
42. Saudara lelaki dan perempuan __________ merupakan ahli waris yang berhak.*
0/1
Correct answer
43. Berikut adalah Golongan Sisi (Al-A'mam), KECUALI...*
0/1
Correct answer
44. Berikut adalah Golongan Dzawil Arham, KECUALI...*
0/1
Correct answer
45. Jika seorang isteri meninggal dunia, maka...*
0/1
Correct answer
46. Bapa akan menghalang semua ahli waris berikut, KECUALI...*
1/1
47. Ibu akan menghalang...*
1/1
48. Datuk akan menghalang semua Golongan Tengah, KECUALI...*
0/1
Correct answer
49. Berikut merupakan ahli waris yang berhak, KECUALI...*
0/1
Correct answer
50. Anak lelaki akan menghalang...*
1/1
51. Anak perempuan akan menghalang cucu perempuan daripada anak lelaki apabila...*
0/1
Correct answer
52. Anak perempuan akan menghalang...*
0/1
Correct answer
53. Nenek sebelah bapa dihalang oleh...*
1/1
54. Kenyataan berikut adalah benar berkenaan datuk sebelah bapa, KECUALI...*
1/1
55. Cucu lelaki daripada anak lelaki akan menghalang ahli waris berikut, KECUALI...*
1/1
56. Pilih kenyataan yang benar tentang cucu perempuan daripada anak lelaki.*
0/1
Correct answer
57. Saudara perempuan seibu akan dihalang oleh...*
0/1
Correct answer
58. Saudara lelaki seibu sebapa akan menghalang ahli waris berikut, KECUALI...*
0/1
Correct answer
59. Saudara lelaki sebapa akan dihalang oleh..*
0/1
Correct answer
60. Saudara perempuan seibu sebapa bersama dengan cucu perempuan daripada anak lelaki akan menghalang...*
0/1
Correct answer
61. Saudara perempuan seibu sebapa akan menghalang saudara perempuan sebapa apabila...*
0/1
Correct answer
62. Bapa saudara seibu sebapa sebelah bapa akan menghalang ahli waris berikut, KECUALI..*
0/1
Correct answer
63. Sepupu lelaki daripada bapa saudara seibu sebapa sebelah bapa akan terhalang dengan ahli waris berikut, KECUALI...*
0/1
Correct answer
64. Seorang lelaki bertanya kepada ustaz, "Ayah saya meninggal dunia. Ada mak saya, kakak saya dua orang dan abang saya seorang. Siapakah ahli waris ayah saya (si mati)?"*
1/1
65. Ahmad seorang duda mempunyai 2 orang anak lelaki. Setelah 5 tahun kematian isterinya, dia berkahwin dengan Azura. Perkahwinan dengan Azura tidak mempunyai zuriat. Kemudian Ahmad meninggal dunia akibat penyakit jantung. Berapakah bahagian Azura dapat daripada harta pusaka Ahmad?*
1/1
66. Hasanah berkahwin dengan Rosli sebagai isteri kedua dan tidak dikurniakan anak namun Rosli mempunyai anak perempuan daripada isteri pertama. Jika Hasanah meninggal dunia, bahagian faraidh Rosli ialah...*
0/1
Correct answer
67. Seseorang meninggal dunia dan meninggalkan bapa, ibu dan seorang cucu lelaki daripada anak lelaki. Berapakah bahagian bapa?*
1/1
68. Seseorang meninggal dunia dan meninggalkan bapa, ibu, nenek sebelah bapa dan seorang anak perempuan. Bahagian faraidh bagi waris tersebut adalah benar, KECUALI..*
0/1
Correct answer
69. Bapa akan mendapat bahagian secara 1/6 + 'asobah  apabila si mati mempunyai...*
0/1
Correct answer
70. Ibu akan mendapat 1/6 dalam keadaan berikut, KECUALI...*
1/1
71. Si mati meninggalkan suami, bapa, ibu, seorang saudara lelaki dan dua orang saudara perempuan seibu sebapa. Bahagian faraidh mereka adalah benar, KECUALI...*
1/1
72. Datuk sebelah bapa mendapat 1/6 apabila si mati meninggalkan...*
0/1
Correct answer
73. Si mati meninggalkan isteri, datuk sebelah bapa, 3 orang anak perempuan dan saudara lelaki seibu. Bahagian faraidh mereka adalah benar, KECUALI...*
0/1
Correct answer
74. Si mati meninggalkan nenek sebelah bapa, nenek sebelah ibu dan anak perempuan. Berapa bahagian faraidh bagi kedua-dua nenek tersebut?*
0/1
Correct answer
75. Si mati meninggalkan 3 anak perempuan. Berapakah bahagian faraidh anak perempuan tersebut?*
0/1
Correct answer
76. Cucu perempuan daripada anak lelaki akan memperolehi 1/6 ketika si mati meninggalkan...*
1/1
77. Si mati meninggalkan suami, seorang anak perempuan dan dua orang cucu perempuan daripada anak lelaki. Bahagian faraidh mereka seperti berikut :-*
0/1
Correct answer
78. Saudara perempuan seibu sebapa memperolehi 1/2 apabila si mati...*
1/1
79. Si mati meninggalkan 4 orang isteri, seorang anak lelaki daripada isteri kedua. Bahagian faraidh isteri-isteri yang betul adalah seperti berikut :*
0/1
Correct answer
80. Berikut adalah syarat untuk saudara perempuan sebapa mendapat 1/6, KECUALI...*
0/1
Correct answer
81. Si mati meninggalkan ibu, 4 orang saudara perempuan seibu sebapa, anak saudara lelaki daripada saudara lelaki seibu sebapa dan 3 saudara perempuan sebapa. Bahagian faraidh mereka seperti berikut, KECUALI...*
0/1
Correct answer
82.  Bahagian faraidh bagi saudara lelaki seibu ialah ...*
0/1
Correct answer
83. Si mati meninggalkan 5 orang saudara perempuan sebapa dan seorang saudara perempuan seibu. Bahagian faraidh mereka berdua ialah ...*
0/1
Correct answer
84. Si mati meninggalkan ibu, seorang saudara lelaki seibu dan seorang saudara perempuan seibu. Pilih bahagian faraidh mereka yang tepat.*
0/1
Correct answer
85. Pembahagian secara 'asobah ialah ...*
0/1
Correct answer
86. Jenis-jenis 'asobah adalah seperti berikut, KECUALI ...*
0/1
Correct answer
87. Contoh ahli waris 'asobah yang memperolehi kesemua harta pusaka ialah ...*
0/1
Correct answer
88. Adakala ahli waris 'asobah tidak memperolehi harta pusaka oleh sebab tiada baki setelah diambil oleh ahli fardhu. Ini berlaku apabila si mati meninggalkan ...*
1/1
89.  Ahli waris di bawah merupakan di antara ahli 'asobah. Sila pilih keutamaan 'asobah bin nafsi yang betul.*
1/1
90. Berikut adalah ahli waris 'asobah bil ghair, KECUALI ...*
0/1
Correct answer
91. Pembahagian 'asobah bil ghair ialah ...*
1/1
92. Ahli 'asobah ma'al ghair ialah ____________________ yang bersama dengan Golongan Bawah perempuan (anak perempuan, cucu perempuan daripada anak lelaki dan seterusnya).*
0/1
Correct answer
93. Dalam keadaan 'asobah ma'al ghair, anak perempuan atau cucu perempuan akan memperolehi ...*
1/1
94.  Si mati meninggalkan seorang anak perempuan, seorang saudara lelaki seibu sebapa dan dua orang saudara perempuan seibu sebapa, Bahagian faraidh mereka ialah ...*
0/1
Correct answer
95. Ahli waris berikut memperolehi  bahagian faraidh 1/6, KECUALI ...*
0/1
Correct answer
Soalan 96 - 100 berdasarkan kenyataan di bawah.
Daud meninggal dunia pada 20 Januari 2019. Dia mempunyai seorang isteri bernama Dania, dua anak lelaki bernama Emir dan Emran dan dua anak perempuan bernama Eliza dan Emily.

Emran mempunyai seorang isteri bernama Faridah dan sepasang anak iaitu Fahmi dan Fatin. Emran meninggal dunia pada 30 Januari 2018.

Emir mempunyai seorang anak perempuan sahaja bernama Humaira. Isterinya telah meninggal dunia pada tahun 1999. Emir pula meninggal dunia pada 15 Jun 2019.

Daud mempunyai seorang adik lelaki bernama Dollah yang masih hidup. Dollah, Eliza dan Emily belum berkahwin.
96. Ahli waris Daud ialah...*
0/1
Correct answer
97. Bahagian faraidh ahli waris Daud adalah seperti berikut, KECUALI...*
0/1
Correct answer
98. Ahli waris Emir dan bahagian mereka yang tepat ialah ...*
0/1
Correct answer
99.  Dollah akan menerima harta pusaka Daud jika ...*
0/1
Correct answer
100. Siapakah ahli waris Dollah jika Dollah meninggalkan dunia selepas daripada itu?*
0/1
Correct answer

Isnin, 18 September 2023

Sedekah

 Kita bersedekah bukan untuk dapat 'pulangan berganda' semata. Kita bersedekah kerana kita membenarkan janji Allah bahawa harta kita itu bukanlah mutlaq milik kita. 


Semua yang kita ada, itu pinjaman dari Allah. 


Kerana itu namanya sedekah (صدقة) yang datang dari kalimah صدق bererti "benar". Sesiapa yang bersedekah bererti dia membenarkan imannya. Dia tahu harta bukan segalanya, semuanya kurniaan Allah. 


Sy. Ali al-Qurahdaghi membuat teguran dalam karya beliau Fiqh al-Mizan untuk kita betulkan neraca pemahaman terhadap dalil al-Quran dan hadith. Maka kita sedekah bukan kerana "selepas ini berganda duit aku". 


Bagaimana jika duit kita tidaklah bertambah, adakah sedekah kita sia-sia? 


Sama sekali tidak, bahkan pahalanya berganda di akhirat nanti. Maka ibadah sedekah bukanlah semata 'pulangan', tetapi ganjaran akhirat.


Kredit Garden Of ALQURAN

Rabu, 13 September 2023

2.216

 "Hikmah Surah Al-Baqarah Ayat 216" 


Alkisah ada seorang petani miskin mempunyai seorang anak lelaki dan seekor kuda betina. Kehidupan mereka ala kadar saja. 


Suatu hari, tanpa disedari kuda betina petani itu telah hilang. Maka, orang kampung yang simpati pun pergilah ke rumah petani tersebut. Sudahlah kuda betina seekor, hilang pula.


"Kesian!" kata orang kampung.


Tapi, si petani tidak bersedih, sebaliknya berkata, "Yang tak baik itu tidak semestinya tak baik! Yang baik itu tak semestinya baik!"


Tidak lama kemudian, kuda betina yang hilang itu balik semula ke rumah si petani dan didapati telah bunting.


Orang kampung datang ke rumah petani itu untuk melihat kuda betina yang bunting itu.


"Tak sangka, kuda betina itu bunting! Untungnya dia!" kata orang kampung.


Petani itu berkata seperti biasa, yang baik itu tidak semestinya baik, yang tak baik itu tak semestinya tidak baik!


Tidak berapa lama kemudian, si kuda betina yang bunting itu beranak seekor kuda jantan. Setiap hari anak lelaki petani itu menghabiskan masa bermain-main dengan anak kuda jantan tersebut.


Tanpa disangka, suatu hari anak petani itu ditendang oleh anak kuda jantan yang tiba-tiba melenting.


Cederalah si anak muda itu. Patah tangan. Orang kampung seperti biasa datang berziarah. Kesian! Anak ada seorang, patah tangan pula!


Si petani miskin itu memberitahu ungkapan yang sama, "Tak semestinya yang tak baik itu tidak baik! Yang baik itu tidak semestinya baik!"


Tibalah saatnya kerajaan memerintahkan semua anak muda dalam kampung itu diwajibkan menjalani kerahan tenaga untuk persiapan ke medan perang.


Hanya anak petani miskin tadi yang tidak disuruh berperang, sebab dia masih cedera dan patah tangan. Ditakdirkan, semua anak muda yang pergi berperang itu, terkorban.


Maka yang tinggal dikampung itu hanyalah anak gadis yang belum berkahwin.


Orang kampung datang kerumah petani tadi mengucapkan tahniah sebab hanya anak lelaki petani miskin itu yang terselamat.


Beruntunglah si anak petani itu sebab ramai gadis berebut-rebut hendak berkahwin dengannya.


Petani itu lalu berkata, "Dari dulu lagi aku dah cakap, yang baik itu tidak semestinya baik dan yang tidak baik itu tidak semestinya tidak baik. Setiap kebaikan dan keburukan yang diuji oleh Allah itu ada hikmah disebaliknya!"


Pembaca sekalian, apabila mendapat sesuatu kebaikan, jangan terlalu gembira, tapi bersyukurlah! Begitu juga jika mendapat sesuatu musibah atau keburukan, jangan kecewa atau putus asa.


Percayalah, ada hikmah disebalik Qada dan Qadar Allah itu. Jangan terlalu cepat melatah bila ditimpa musibah/ujian. Tiba-tiba teringat lagu damasutra ,  "Bukan sengaja aku merahsiakan cinta , Tapi curiga kau kan tersalah sangka , Kerana kita rasa bangga bila dipuja dan rasa keji bila dihina , Keran kita menolak segala bencana dan asyik bergembira dengan nikmat-Nya sedangkan semua itu adalah takdirnya dan kita harus bersyukur sentiasa...."


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." Surah Al-Baqarah Ayat 216.


Khamis, 7 September 2023

Kaya

 Tadi dengar perkongsian.. dia dapat buka kilang. Dia cakap, impian nak buka kilang ni, 10 tahun lalu. Tahun ke 10 baru  tercapai. Dia just berangan, berazam, berdoa sepanjang 10 tahun tu. Sampai 1 masa, dia diuji dalam biz, mula- mula rasa sedih, rupanya dengan ujian tu lah dia boleh ada kilang sendiri. 


Dia kata apaa- apa impian, impikan sungguh- sungguh. Logik tak logik, mampu tak mampu tu lain cerita. Berangan dulu. 


Sentiasa cakap kat otak, apa impian tu. Ingatkan otak tentanh impian kita tu selalu. Nanti otak akan beri isyarat dekat 1 badan. So apa2 yang kita buat lepas tu, memang akan cenderung ke arah impian tu. 


Lepas tu dia kata, nak berjaya ni,  kena ada perasaan  tak puas dengan sedia ada setelah beberapa tempoh masa. Kena berazam mahu lebih lagi. 


Niat nak berjaya dan kaya supaya bila siapa je datang mintak pertolongan kita boleh hulur. 


Lagi satu tips, kalau nak tau kita bakal berjaya, kita ada fasa terduduk. Tu memang petanda bakal berjaya. 


Dia juga kata, dah berada pada fasa berjaya, kena gali ilmu, upgrade diri dengan ilmu. Tak boleh  rasa selesa dah dengan setakat ilmu yang ada. 


Contoh, dah berjaya dalam bidang kita, kena update dan upgrade ilmu yang ada di sekeliling  yang sedang berada di kemuncak jugak contoh ilmu IT dan lain- lain. 


Dan aku, ada impian nak buka kedai konsep kimi-A! . Dengan harapan, mana2 anak aku yang tak berjaya sambung belajar, nak kerja sendiri, boleh  usahakan sama- sama kedai laksa tu. 1 anak 1 cawangan. InsyaAllah. 

Dan aku memang target  dalam masa 10 tahun akan datang. Doakan. ☺️☺️

Aku pon doakan korang semua akan berjaya juga capai impian masing- masing. Aamin.

BARAH TEKAK

 “Lepas kahwin isteri seolah macam orang bisu, siap benarkan aku kahwin satu lagi, sekali aku terjumpa 1 surat dalam kotak buat aku menangis meraung bila dapat tahu hal sebenar”. Foto sekadar hiasan


Aku dah kawin sekarang. Bini aku memang baik sangat sangat. Tapi dia tak seperti yang aku expect masa kami belum kawin dulu.

Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap dengan laki. Member member memang puji la dengan cara dia.


"Lepas kahwin isteri seolah macam orang bisu, siap benarkan aku kahwin satu lagi, sekali aku terjumpa 1 surat dalam kotak buat aku menangis meraung bila dapat tahu hal sebenar"


So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu, segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so takde la cemburu sangat sebab dia jarang borak borak dengan laki.


Cantik? Memang la. Kalau tak, aku comfirm tak sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member member pon ade yang cube nak usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last last aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..


Eh, dok ngumpat ngumpat pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan.


Aku usha cara yang leklok la, pergi jumpa bapak dia dulu. Gentlemen beb! Slow talk dengan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki..


Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer. Pergh, memang kena kutuk kaw kaw lah aku masa tu. Sebabnya, bila dia tanya kenal tak anak dia? Aku cakap tak sangat.


Bapak dia tanya lagi, kenape nak kawin dengan anak dia? Aku cakap sebab minat. Minat sebab ape? Aku cakap tak tau. Habis kalu tak dapat anak dia? Aku cakap nak jugak! Bapak dia sound la,


“ko ni, macam mane ko nak kawin dengan orang yang ko tak kenal?”.

Aku jawab, lepas kawin lah saya kenal dia pakcik..”

Lepastu sengih senggih. Lepastu bapak dia diam. Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu..


Time tu aku dah terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni aku memang kamceng giler.


Yang ni pulak nama dia Ika. Aku memang selasi lah dengan minah ni. Haha.. Tapi last last orang lain jugak yang aku pinang. Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba.


Keputusannya.. jeng3.. tak seperti yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku dengan Ika. Time aku bagitau Ika aku nak kawin, dia accept je.


Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia. Lepas tu kami dah tak jumpa. Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara.


Happynye aku Tuhan je tau. Dekat rumah, dia macam biasa, cool je. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku tak buka mulut, memang tak berbunyilah rumah kitorang.


Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang kadang dia bersuara jugak. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur. Macam tak supportive sangat. Last last aku dah malas nak borak.. Oh boringnye..


Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja, sengih. Macam yang aku buat dekat bapak dia dulu. Psych0 seyh.. Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis per0kok sederhana tegar jugak la.


Tapi bini aku pulak memang macam f0bia giler dengan asap r0kok. Bau nafas aku yang bersisa r0kok pon, dia mesti batok. Tak bau r0kok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu..


Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku mer0kok. Kalu gian sangat pon aku mer0kok time dekat ofis je.


Bini aku keje hospital, bahagian obat obatan. Aku lak tak boleh bau ubat, mesti pening kelapa.


Hari hari aku yang hantar, ambik dia pergi spital. Time ambik dia balik, memang hari hari lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan selalu bukak tingkap, nyaman siket.


Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Tak boleh bukak tingkap kete, takut tempias. Aku dah memang pening pening lalat dah. Bau ubat. Dengan poor visibility lagi, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Dekat hospital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemlangan tu. Hah??


Rupanya dia mengandung dua bulan. Ara sendiri pon tak tahu.. Ya Allah!!


Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je. Aku dah korbankan r0kok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah tak tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup untuk sara hidup kami!


Dekat setahun kami kawin, Ika tiba tiba datang, dia kata masih sayang dekat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup.


Alamak ni dah angau betol. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose dekat aku.


Then aku teros terang je la, aku cakap dekat dia, yes aku memang tak kamceng mane dengan bini aku sekarang. And banyak benda yang kami takde persamaan.


Ara memang tak banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam tak tangkap je. Sedih tol. Tak pandai nak borak. Kalu jumpa member member aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kecuali time makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je. Haha macam tu la bini aku. Lucu pulak..


Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing masing. Aku cuba biasakan diri dengan bau ubat ubat dekat baju baju Ara dulu. Cuba berhenti mer0kok waktu awal awal kawin dulu.


Ara pulak dah tak keje, dah cuba belajar masak benda benda lain (jarang la menjadi), haha..


Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku tak boleh menduakan dia. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu memang last kami jumpa.


Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besar, dekat 4 tahon la. Tapi dah pandai mengaji sikit sikit. Semua berkat kerajinan bini aku.


Bab bab agama, mengaji sume dia mrmang bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok elok ngaji alQuran. Alhamdulillah, semoga esok esok dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat sangat menguntungkan!


Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami tak seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan dengan rumah tangga kami.


Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang panjang. Aku pulak suka keluar lepak dengan kawan kawan. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi pagi aku dah kena pergi keje.


Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru dekat ofis aku.


Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut pulak dekat aku. So dialah yang selalu aku ajak keluar malam, teman aku borak boram, kadang kadang sampai pagi!


Aku sedar aku seolah olah mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku. Teringin nak kawin dengan dia, takot kecik hati si Ara pulak..


Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan. Kadang kadang gadoh, kadang dia tercarut carut siap dekat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.


Tapi aku memang terhibur bila dok dengan Lisa. Bini aku dekat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa..


Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalau aku nak kawin lagi. Tapi mesti dengan wanita yang elok elok, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??


Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari hari kompem ketat, make up dekat muka 2 inci macam takleh kena air, tak ambik air semayang ke? Tak semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!


So aku postpone dulu hajat nak kawin dengan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit sikit. Tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..


Ketika perkahwinan aku dengan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!


Doktor bagitau, Ara dah lama sebenarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan terpaksa menahan sakit bila bercakap!


Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia tak bagitau aku??


Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect dekat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia sekarang makin rosak akibat barah tu.


Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat untuk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je. Tapi Ara tak boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!


Aku buntu..


Masa tulah baru aku terfikir. Kami tak penah bertikah lidah, tak penah gado. Mungkin itu hikmah dia. Tapi aku tak sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan tak penah luahkan derita dekat aku..


Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara tak dapat bertahan lama. Aku menangis depan doktor tu puas puas. Walaupun doktor pompuan. Aku dah tak kisah. Aku menyesal debgan cara aku layan Ara selama ni.


Dia dah bagi aku macam macam, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, memang tak penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh. Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon dekat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia. Maafkan abang Ara..


Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan kenangan kami. Aku belek belek, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.


Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula mula ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!


Isi surat tu;


1 Julai 2007, Buat suami yang baru kupunya, Terima kasih kerana menawarkan cintamu, Yang ku tunggu tunggu sejak kita mula bertemu dulu. Ara memang cinta padamu, Dan Ara menangis bila abang melamarku


Buat suamiku yang baru kupunya, Luaranku mungkin nampak sempurna, Luaranku mungkin ramai yang terpesona, Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka, Kerna suaraku bukan kepunyaan kita


Buat suamiku yang baru kupunya, Andai abang ingin melihat Ara ketawa, Ara hanya mampu tersenyum pada abang, Andai abang mahu Ara berjenaka, Mungkin Ara kan menangis dibahu abang, Kerana Ara tak mampu berbica, Seperti orang lain berbicara, Kerana Ara tak mampu ketawa, Seperti orang lain ketawa


Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang, Ara pasrah dan relakan abang menjauhi, Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang, Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..


Yang benar, Isteri yang menyanjungmu.


*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..

Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku tak terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku tak tahu penderitaan Ara awal awal dulu? Kenapa baru sekarang?


4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala galanya. Dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri dekat Ara?


Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kejap kejap. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat tak terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.


Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas puas. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa sisa hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia.


Saat itu dia menangis dekat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan dekat kertas. Dan kertas kertas tu aku kan simpan sampai bila bila.


Dia tulis dia tak menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha..


Ya Allah hari hari itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah tak mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.


“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah. Tapi jika hanya kemtian yang dapat mem4tikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”

Aku tak tahu apa lagi boleh aku buat. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk meluk ibunya..


Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah. Dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..


Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz. Dengan helaian helain tulisan terakhir Ara..


Tamat.