Jumaat, 23 Februari 2018

Mengajar

*BIJAK DALAM PENYAMPAIAN*

*Atas penelitian dari Sayyidil Habib Umar bin Hafidz hafizohullah;*

_17 cara menyampaikan maklumat kepada anak-anak/pelajar dengan berkesan_ ;

🌴 *SUARA YANG JELAS*
- Penyampai haruslah menyampaikan dengan suara yang tinggi dan jelas

🌴 *BERTENANG*
- Bertenang dalam menyampaikan supaya anak-anak/para pelajar dapat menguasai setiap kata-kata yang dituturkannya.

_”Dalam hadis ada menyebutkan bahawasanya Rasulullah ﷺ itu bercakap kalimah per kalimah, sekiranya pendengar (para sahabat) mahu mengulangi semua perkataan Baginda ﷺ nescaya mereka mampu melakukannya”_

🌴 *CONTOH YANG SESUAI*
- Haruslah menggunakan isyarat atau contoh yang sesuai untuk menjelaskan apa yang hendak disampaikan dengan tidak berlebih-lebih yakni bersederhana pada tamsil atau contoh yg diberikan

🌴 *PASTIKAN TUMPUAN*
- Sentiasa memandang ke arah anak-anak/pelajar ketika menyampaikan untuk memastikan tumpuan mereka

🌴 *NYATAKAN POINT UTAMA*
- Ulang-ulang kata kunci utama [ point ] apa yang kita mahu sampaikan dan buat kesimpulan di penghujung penyampaian

🌴 *SESI SOAL JAWAB*
- Bukakan ruang untuk soal jawab dan serius serta mengambil berat dan bersungguh-sungguh dalam memberi jawapan supaya anak-anak/pelajar tidak teragak-agak dan malu untuk bertanya walaupun soalan mudah.

🌴 *BUKU NOTA KHAS*
- Menggalakkan mereka untuk mencatit faedah-faedah terutamanya yang mereka mendengar buat pertama kali dan latih mereka untuk ada buku nota khas .

🌴 *TANYA NOTA LEPAS*
- Tanya kepada anak-anak/para pelajar tentang perkara yang sudah kita sampaikan pada pengajian yang lepas sebelum memulakan pengajian yg baru.

🌴 *SOALAN ATAU KUIZ*
- Buat soalan-soalan yg berkaitan setiap hujung minggu ataupun hujung bulan tiap-tiap kali khatam satu bab, beberapa bab atau kitab .

🌴 *KUATKAN HAFAZAN*
- Menggalakkan anak-anak/pelajar untuk menguatkan hafazan dan mengulang-ulang pelajarannya

🌴 *KISAH LUCU*
- Selitkan kisah-kisah lucu yang sesuai dan kisah-kisah yang menaikan semangat ketika dalam kelas

🌴 *PRAKTIKAL*
- Latihkan dalam bentuk praktikal sebahagian apa yang kita sampaikan pada pelajar ikut kesesuaian seperti praktikal wudhu’, solat dll

🌴 *MASA SEDERHANA*
- Jauhkan daripada mengambil masa yang panjang sehingga anak-anak/pelajar-pelajar kebosanan

🌴 *LAMBAT FAHAM*
- Menyusunkan untuk anak-anak/pelajar yang lambat faham untuk ulangkaji khusus bagi perkara yang tidak difahami supaya tidak ketinggalan daripada kawan-kawan.

🌴 *CEPAT FAHAM*
- Jadikan satu masa khas untuk anak-anak/pelajar yang bijak supaya mereka dapat lebih daripada yang sepatutnya dan segera khatam

🌴 *BERIKAN PUJIAN*
- Memuji kepada anak-anak/pelajar yang mampu menjawab soalan-soalan kita, juga kepada pelajar yang bertanya, dan pelajar yang sentiasa masuk kelas awal dengan pujian yang sederhana

🌴 *KUIZ & HADIAH*
- Adakan pertandingan kepada anak-anak/para pelajar dan sediakan hadiah bagi pelajar yang berjaya menjawab

*_sebahagian besar dipetik dari Kitab Maqasid Halaqat Ta’lim_

Semoga ia bermanfaat buat para pendidik dalam kalangan IbuBapa/penjaga terutama Asatizah, guru-guru yang mahukan cara yg kemas dan berkesan.


Mudir Tahfiz Ar Rasyid,
Tarim Hadramaut Yaman
09 Jamadil Akhir 1439H

Solat meeting

20 orang undi setuju lewatkan solat!

Seorang bos, mahu menangguhkan dahulu mesyuarat dan menyambungnya selepas solat. Oleh kerana beliau adalah bos yang amat bertimbang rasa, maka diundi samada tangguh atau teruskan. Menakjubkan bila ramai kakitangan beliau yang setuju diteruskan.

Maka, apakah jawapan lazim bagi seorang bos bila ramai yang undi teruskan mesyuarat dan solat dilewatkan?

Saya pasti, isu solat ketika mesyuarat merupakan cabaran yang besar. Jika majikan pun ada yang tunduk kepada orang bawahan yang majoriti mahu dilewatkan solat, apalagi jika anda orang bawahan yang terpaksa ikuti bos yang sengaja melewatkan solat.

Solat vs Mesyuarat

Jika anda berada dalam situasi di atas, saya yakin ada pelbagai cara yang kalian akan usahakan. Dan apa kata, kita renung sejenak beberapa perkara yang akan dinyatakan ini.

Dalam Al-Quran, Allah nyatakan jika kamu mahu mendapat bantuan dari Allah, maka serahkan diri kepada Allah.

Muhammad 47:7

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا إِن تَنصُرُوا ٱللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

Allah sesekali tidak memerlukan kita untuk membela dan membantu agamaNya. Namun, Allah beri tawaran yang hebat bagi orang yang membela agamaNya iaitu mereka ini nanti akan dapat bantuan Allah.

Apa guna bantuan Allah?
Oh, ia amat penting. Jika dalam mensyuarat berbincang mahu selesaikan masalah, tiada penyelesaian terbaik melainkan yang mendapat bantuan Allah.

Salah satu cara mendapat bantuan Allah, adalah dengan bina hubungan denganNya. Bina hubungan yang terbaik.

Saya kongsikan 1 dari 2 cara bina hubungan dengan Allah iaitu mendirikan solat. Ada 3 perkara yang perlu diberi perhatian. Ini sebenarnya masih standard solat biasa. Dan bila bercakap mahukan bantuan Allah termasuklah dalam mesyuarat, minimum adalah dengan perhatian 3 perkara ini iaitu:

1. Surah 11:114. Perlu tahu waktu solat. Ada 5 waktu yang perlu diketahui iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isya.

2. Surah 4:103. Bukan sekadar tahu ada 5 waktu, bahkan perlu dihafal bila waktunya itu. Contoh, jadual solat di Shah Alam untuk 22 Feb 2018 ialah: Subuh pada jam 6.10, Zohor pada jam 1.30, Asar pada jam 4.47, Maghrib pada jam 7.39 dan Isya pada jam 8.39.

Untuk apa dihafal waktu solat itu? Antara hikmahnya agar kita jelas dalam menyusun aktiviti harian kita selari dengan waktu solat. Dan ini akan memudahkan perkara berikutnya iaitu:

3.2:238. Iaitu dengan jaga sungguh solat. Bila sudah tahu ada 5 waktu solat wajib, waktunya dihafal dahulu, agar kita benar-benar menjaga masa yang telah ditetapkan. Ini tuntutan minimum dalam solat. Bila isya masuknya waktu pada jam 8.39, maka orang yang solatnya standard biasa adalah orang yang boleh mendirikan solat pada waktu tersebut.

Maka bagaimana saya boleh melewatkan solat, jika saya amat perlu kepada bantuan Allah. Dan bantuan Allah itu ada kaitannya dengan solat. Maka bagaimana mahu menjemput bantuan Allah sedang kita bertindak tidak mendirikan solat dengan cara terbaik.
 Wallahua'lam

Sebagai penutup, saya ada 2 cadangan untuk orang yang bermesyuarat.

1. Fahami sungguh-sungguh tuntuan solat yang dinyatakan oleh Allah.

2. Susun waktu mesyuarat bersungguh-sungguh. Janganlah dah nak dekat asar baru nak mula mesyuarat. Nanti hampir maghrib baru nak habis mesyuarat tu!

Jadi sekarang, perlu terus mensyuarat yang diundi oleh majoriti atau tangguh sebentar mesyuarat untuk mendirikan solat?

#pengurusankonflik

Ahad, 18 Februari 2018

Sedekah

BERKENDURI SETIAP HARI

 Memandu dalam panas terik,terasa haus dan teringat se kilometer lagi ada orang jual air tebu tepi jalan.Bila sampai saya memberhenti kereta dan memesan dua cup air tebu utk minum dlm kereta dan bawa balik ke rumah .

Bila saya menghulur duit kpd penjual, dia yg biasa dg saya kerana selalu singgah beli air tebunya berkata,"Cikgu,hari ni dah ada orang bayar.Tadi ada seorang pembeli datang masa saya baru buka,dia serah duit Rm50 dan berpesan supaya guna duit tu sebagai bayaran kpd siapa saja yg singgah beli air tebu saya hingga habis duit tersebut.Katanya sedekahnya hari ini."Subhanallah.

 Saya nak ajak anda semua merenung sejenak beberapa iktibar dari insiden ini.Sipembeli yg meninggalkan duit untuk membayar minuman kpd siapa saja telah bersedekah seikhlasnya bila dia tidak mengetahui dan tidak mahu ambil tahu siapa yg menerima sedekahnya.Malah memberi minuman disebut nabi sebagai antara sedekah yg utama,apa lagi ketika mereka yg bermusafir dijalan kehausan,yg miskin yg mengayuh basikal.

Malah mungkin juga yg kaya yg berkereta besar akan menerima air tebu ini sebagai sindiran dari Allah.Mungkin berbuat kenduri dirumah,kita masih terdetik sedikit rasa menunjuk,megah, ujub,tetapi cara ini walaupun kecil lebih "selamat" dari sifat yg merosak amal dalam memberi makan dan boleh dibuat tiap hari.

Mudahnya nak berbuat baik, antara hendak dg tidak.Kenapa nak tunggu ada beratus atau beribu rm baru nak berkenduri,memberi jamuan makan, minum,sedangkan ada sedikit,buatlah sedikit.Memberi makan atau minum yg disebut  dlm quran bukan mesti buat kenduri dirumah,bukan mesti ada baca tahlil.Disamping itu,kita dapat membantu peniaga kecil yg berusaha utk rezeki keluarganya.

Sipenjual pula dalam insiden ini ternyata seorang peniaga yg amanah.Ingat pesan nabi peniaga yg jujur dan amanah akan nabi di syurga.Bukan mesti berniaga berjuta,bersifat amanah dan jujur baru masuk syurga.,amanah dan jujurlah ditahap manapun perniagaan kita meskipun sekedar perjual nasi lemak,insyaallah moga kita beroleh syurga.

Penjual air tebu ini boleh terus melenyapkan wang yg diamanah kpdnya kerana tiada siapa yg tahu,tetapi dia tidak berbuat demikian.Peniaga yg beginilah yg patut kita beri sokongan,moga urus niaganya dg kita menjadi kebajikan.Moga lebih banyak peniaga yg demikian,kerana berniaga juga suatu sunnah dan menjadi amal soleh.

Lihatlah bagaimana Allah memgatur rezeki untuk peniaga yg amanah ini dimana Rm50 adalah bersamaan 50 cawan air tebu yg mungkin telah sebahagian dari jualannya hari itu.Sesungguhnya yg menggerak hati untuk bersedekah adalah Allah dan Dia memilih hambanya yg amanah.

Jadi jom kita menjadi insan yg amanah dan jujur dalam apa juga kerja yg kita buat,jom kita berbuat baik,bersedekah dg apa cara pun.Kreatiflah juga dlm memberi.

Berhentilah dari memberi alasan tidak cukup duit,tidak ada masa nak berkenduri,tidak ada ruang utk bersedekah.Apa kata saya cadangkan suatu hari kita taja sedikit minuman dikantin sekolah yg tentunya ada anak yatim dan miskin yg turut mendapat minuman, menaja nasi lemak yg dijual oleh seseorang diawal pagi,menaja goreng pisang yg dijual waktu petang dsbnya.

Hakikatnya ia adalah kenduri,memberi makan seperti yg disuruh oleh nabi,yg boleh selalu dilakukan,yg tidak dibuat dirumah,lebih menyenangkan,tiada khemah,tiada jemputan,tiada sambutan tetapi ganjaran tidak berkurang berbanding berkenduri dirumah yg lebih banyak kerenah.

Fikir-fikirkanlah,kalau tak setuju,berilah senyuman,kalau setuju,jom kita mulakan. Wallahu'alam..

Wad lahir

HDW
(High dependency unit)

Malam itu aku jaga enam orang pesakit di wad ini. Wad jagaan rapi ibu-ibu mengandung. Banyak dari mereka adalah kes kritikal yang perlukan pantauan.

Sedang di kaunter.
"Doktor. Patient bed 2 tu complain contraction makin kuat lah"

Sambil jururawat tunjukkan carta kontraksi pada aku. Memang, dari kontraksi 1:10 (satu kontraksi dalam sepuluh minit) menjadi 2:10 (dua kontraksi dalam sepuluh minit), sudah dua bacaan.

Aku telan air liur.
Pesakit ini mengandung 37 minggu, dan yang menyebabkan dia ditahan di wad tersebut adalah dia diserang denggi (recovery phase), dengan bacaan platlet 30.

Baca : platlet adalah sejenis sel darah untuk bantu bekukan darah. Tanpa platlet, darah sukar membeku menyebabkan pendarahan sukar berhenti.

Aduh.
"Kita dah ada platlet stock ke?"

Aku dah berkira-kira pesakit ini akan bersalin.
Pantas aku menuju ke arah pesakit. Wajahnya gelisah. Sekejap ke kiri dan kanan.

Sah. Sah dah. Dia nak bersalin ni.

Aku ambil gloves untuk periksa bukaan jalan.
Alamak.
7cm.

Masa tu aku terus aktifkan danger alert aku.
"Kak, kita kena tolak dia pergi labour room ni! Dah 7cm. Gravida 4 pulak tu. Platelet low. Boleh bleeding teruk"

"Akak prepare fail dia n prepare nak tolak patient eh. Saya nak pergi labour room inform"

Aku separa berlari ke labour room di sebelah (HDW dan labour room bersebelah, ada laluan yg menghubungkan terus)

Masuk labour room.
Aku lihat keadaan seperti tongkang pecah.
Serius.

Ada dua doktor di labour room. Seorang masuk pembedahan kecemasan (emergency caeser).

Aku tercari-cari MO untuk inform. Aku lihat seorang sedang conduct twin delivery (sambut kelahiran kembar), seorang sedang attend pesakit yang perlu divacuum. Pakar juga ada di situ. Suasana hingar bingar seperti pasar. Ada yang minta pertolongan, ada yang beri arahan.

Midwive juga semuanya sedang attend patient (labour room ada dalam 15 bilik dan hampir penuh).

Peluh mula mengalir deras di pipi aku.
Tapi aku tahu aku harus beritahu. Pesakit aku, platlet 30, mahu bersalin. Dan aku perlu minta stok platlet segera dari pusat darah negara.

Aku masuk dalam bilik yang hingar tadi.
"Boss. Saya nak tolak satu patient dari HDW. Os 7cm, dengue fever recovery phase, platlet 30"

Mo yang dengar minta aku tolak terus pesakit ke labour room.

"Please get platelet for her now"
Pakar mengarahkan aku.

Aku bergegas berlari ke HdW dan meminta pesakit untuk ditolak segera. Kemudian aku mula telefon pusat darah negara untuk dapatkan platlet.

Suasana di labour room semakin hingar dengan kehadiran pesakit aku ke situ.

"Platelet 30. Dah dapat ke platlet?"

"Os full!"

"Mana platlet? Patient boleh bleeding!"

Aku rasa hampir pengsan semasa situasi ini berlari ke sana ke mari.

Aku masih ingat malam tu.. sangat eventful sampai MO dari bangunan bertentangan yang oncall di wad gynae pun datang berikan bantuan.

.

Setiap kali kerja di o&g (sakit puan), memang akan adrenaline rush. Jantung sentiasa berdegup laju. Masa aku kerja pulak, banyak sangat benda yang berlaku.

Kita sangat takut.
Sebab kita tahu kita bermain dengan nyawa manusia. Bukan satu. Tapi dua.

Aku masih ingat bagaimana kelam kabutnya aku bila seorang ibu datang ke PAC dengan kain batik yang basah berdarah (bleeding placenta praevia).

Yang masa tu memang MO pun berlari dari atas wad dan turun, dengan pantas tolak pesakit terus ke bilik pembedahan. Sebab? Uri di bawah dan berdarah. Macam mana nak push baby keluar? Kalau type 4 (tutup sepenuhnya lubang)? Kalau tak tertutup pun, you cant push some more. Akan lebih bleeding. Bleeding makin teruk? Ibu boleh mati.

Aku pernah assist, pendarahan selepas bersalin hingga berpuluh pek darah dimasukkan. Dan macam-macam cara dibuat untuk hentikan darah, akhirnya hysterectomy.

Aku pernah lihat bagaimana shoulder stuck (bahu sangkut), di mana perlukan satu team untuk keluarkan bayi. Mana tak cemas? Kau lihat bayi tu dengan lemah tak bermaya, tak dapat keluar (hanya kepala di luar) disebabkan bahu tersangkut di tulang pubis. Hanya menanti kita untuk membantu selamatkan nyawanya.

Aku pernah lihat bagaimana seorang ibu collapse ketika meneran (ibu tidak sedarkan diri), CPR commenced, anak divacuum keluar, keadaan tak ubah seperti kapal pecah. Red alert. Semua team turun padang. Masih jelas raungan si suami ketika dimaklumkan isteri meninggal dunia. Suasana mendung dan hiba. But we know we've tried our best dan Allah telah menyelamatkan anaknya.

Aku pernah lihat cord prolapse ditolak ke bilik bedah sekelip mata, kerana 30 minit pertama adalah golden minutes untuk nyawa si bayi. Terputus bekalan oksigen (tali pusat yang berisiko ditekan) bukanlah satu perkara main-main kerana ia akan membunuh si anak atau mencacatkan dia selamanya.

Tak termasuk pesakit yang sawan tiba-tiba, yang collapse dan caeser di wad (perimortal caeser), yang bleeding tanpa henti, yang terbersalin di PAC, yang baby born flat, dan segala jenis yang mendebarkan dada kerana apa yang kita lihat saban hari itu adalah antara hidup dan mati seorang ibu dan anaknya..

Dan hari ini, bila doktor raise awareness tentang bahaya itu dan ini, masyarakat umumnya lebih banyak melabel doktor dengan sombong, riak, takbur, yahudi, kafir, dan segala jenis tomahan yang terpaksa ditelan.

.

Saat ini aku di sektor klinik kesihatan,
Bukan sengaja untuk aku katakan,

"Puan, Hb low ni. 9 je. Kita takut bersalin nanti tumpah darah, bahaya puan"

Si ibu menjeling. Eleh doktor ni doa yang buruk2 pulak. Aku dah beranak ramai kot. Tak ada jadi apa-apa pun. Berlagak pandai.

Dia tak tahu, sebab kita pernah lihat bagaimana seorang ibu mati disebabkan pendarahanlah hari ini, kita berasa mesti menasihatkan.

.

"Puan, sekarang baby songsang. Saya kena rujuk ke doktor pakar untuk ecv (pusingkan bayi) atau jika tak pusing juga, terpaksa pembedahan"

Si ibu meminta untuk tunggu dan lihat dahulu. Kenapa, doktor tak percaya ke pada kuasa Allah untuk pusingkan bayi ini? Atau jika songsang pun, takkanlah tak boleh bersalin normal?

Dia tak tahu, kita pernah lihat bagaimana bayi yang dilahirkan songsang mati atau cacat disebabkan cord prolapse (tali pusat jatuh dahulu) dalam kes footling breech, atau kepala tersangkut (head entrapment) ketika badan sudahpun keluar keseluruhannya. Anak itu boleh mati atau cacat seumur hidupnya.

Dan disebabkan inilah doktor-doktor begitu 'care' hingga dituduh yahudi pun kami tetap menasihatkan.

.

"Puan saya lihat uri puan agak ke bawah. Saya akan rujuk hospital untuk susulan"

"Tak rujuk tak boleh ke doktor"

Ada pula yang placenta praevia type 4, berkeras mahu bersalin normal. Puas diterangkan bagaimana mahu normal sedangkan uri menutup pangkal rahim sepenuhnya? Tidakkah dia tahu bagaimana pendarahan teruk seperti yang aku saksikan dulu, akan membunuhnya?

Namun bila dinasihat, banyaknya doktor yang dimaki semula..

.

Serius.

Kalaulah semua doktor atas muka bumi ini pentingkan diri,
Maka tak perlu pun mereka nak peduli pesakit mahu buat keputusan apa, mahu hidup atau mati, mahu memudaratkan diri sendiri, itu bukan soal kami.

Tapi,
Pernah fikir tak kenapa doktor bersungguh sangat educate people, nasihat, dan terangkan,

Walaupun apa yang mereka dapat sebagai balasan adalah maki hamun, tomahan dan pelbagai tuduhan?

Sebab mereka pernah lihat dengan mata kepala mereka bagaimana bernilainya sebuah nyawa.

Bagaimana luluhnya hati dan jiwa apabila kematian seorang manusia, bagaimana menyedihkan mendengar tangisan si suami, si isteri, si anak-anak, bagaimana hancurnya hati melihat itu semua.

Maka masakan mereka boleh diam membiarkan, sedangkan mereka tahu apa yang pernah membunuh dan mendatangkan kemudaratan, kematian?

.

Ketahuilah tak ada sekelumit pun portion untuk diri mereka (doktor) apabila mereka memperjuangkan kebenaran untuk kebaikan manusia.

Its not even for their sake.
Duit tak dapat lebih pun walau satu sen.

Tapi, menyedihkan apabila mereka (aku) kerap
dikata yahudi yang paling tak beriman sekali.

.

"Mama, sedihlah. Orang yang banyak tolak vaksin, yang nak beranak kat rumah, yang benci hospital, semuanya orang-orang 'agama'. Depa kata sebab islam depa tak buat semua tu.. sedangkan islam tak ajar pun macam tu"

"Dalam quran, dah ajar kalau tak tahu, tanya. Tak tahu agama, tanya pada yang berilmu. Tak tahu sains, tanya pada yang belajar. Ilmu sains ni pun ilmu Allah jugak.."

"Islam ajar, kalau ada dua mudarat, pilih yang kurang mudarat. Memang dua2 tak baik, tapi pilihlah yang kurang mudarat di antara dua"

"Islam ajar tawakal tu bukannya biar semua benda kat Tuhan. Tapi, usaha, ikhtiar dulu. Tu kerja kita sebagai hamba.. kerja Allah, terpulang pada Dia"

"Orang selalu tuduh doktor berlagak Tuhan.. depa tak tau masa kami tengah CPR tu lah kami paling berdoa Allah datangkan keajaiban. Sebab Allah yang menghidup dan mematikan. Kami cuma buat kerja sebagai hamba, Allah akan buat kerja Dia"

"Sedihlah mama"

"Orang salah faham kat islam. Sedangkan islam lebih luas dari apa yang mereka perjuangkan. Semua dah ada dalam quran, dalam hadith. Cara hidup. Cara fikir. Cara buat keputusan.."

"Semua dah ada.. tinggal kita ja"

.

Memang dua tiga hari ini aku sedih,
Dengan apa yang berlaku.

Namun aku yakin,
Ada Allah yang sentiasa mengawasi kita, melihat dan mengira.
Kerana Allah tak pernah buta.

Maka aku akan terus beramal walau tidak dipuji malah dikeji, kerana imbalan bagiku hanyalah dari Allah.

Dan semoga berkat ilmu yang telah aku pelajari, kerna di samping seorang doktor, pertamanya aku adalah seorang murabbi yang harus memimpin ummat ini.

090218

Sabtu, 17 Februari 2018

Tazkirah haji

Berkesempatan mendengar kuliah subuh di Masjid Taman Seri Maulana, Pekan pagi ni... bab haji. Bab syarat wajib haji... kemampuan. Saja nak share...

Apa usaha kita untuk berkemampuan menunaikan haji... kalau kita kata gaji x besar... kerani je... berapa ramai kerani yang dah gi haji... kalau kerja kampong je berapa ramai orang kerja kampong dah gi haji... kita kata anak ramai berapa ramai anak berderet dah gi haji... hihi. Alasan boleh dicipta yang penting Allah melihat usaha kita...

Nak tgk berapa kuat kehendak kita... boleh cek di rumah kita... mula dengan ruang tamu berapa kerusi sofa listkan harga... berapa almari listkan harga... berapa besar tv listkan harga... berapa aircond listkan harga... pi masuk semua bilik listkan juga berapa air cond... setebal mana tilam n katil... almari n pakaian... n berapa banyak kain baju tak pakai huhu... kadang ada TV juga dalam bilik tidur. Huhu. Berapa rege semuanya listkan... gi plak dapur tengok apa ada... kabinet berapa rege... coway... noxxa... n semualah listkan harga.

Last tengok tengok... di luar berapa kete moto ada... kadang dok tukar tak sampai lima enam tahun... listkan harga... silap silap beratus ribu... Tu belum campur yang ada dua tiga rumah... perlu ke rumah banyak.camtu...??? Adeh ustaz cam kena kat aku je. hahaha. Ustaz... tu semua hutang ustaz bayar ansur.

Tuan tuan haji tu bayar ansurlah... Allah nak tengok berapa kita ansur sebulan. Mak ayah kita kerja kampong dulu terkadang berpuluh tahun menabung itulah ansuran. Itulah usaha kita... Bezanya barang barang atas ni kita bayar ansur n barang kita dapat dulu... haji kita ansur dulu dah cukup baru dapat pergi. Konsepnya sama je. INgat haji ni keWajipan sekali seumur Hidup.

Sekian sharing pagi...
Masjid Maulana Pekan.