Sabtu, 30 Januari 2021

Hikmah covid

 Mungkin sebelum ini kita berlebihan dalam meraikan sesuatu untuk dunia. 


Buat kenduri kahwin habis berpuluh ribu ringgit. Hingga membawa pada perbandingan.Pembaziran. Harga sebuah pelamin boleh mencecah 50K untuk duduk tak sampai berapa jam. Belum masuk persalinan pakaian dan sebagainya. Hinggakan hilang keberkatan majlis. 


Akhirnya, tahun ini Allah kembalikan fitrah majlis perkahwinan yang sebenar. Ringkas, dipermudahkan. Cukup sekadar membuat majlis kenduri doa selamat, raikan tetamu dengan bungkusan. Tidak mengapa. Ia sudah memadai untuk memaklumkan dua hati telah disatukan. Malaikat mendoakan pasangan mempelai dengan mudah. Tiada hiruk pikuk bunyi muzik dan sebagainya. Bukankah perkahwinan itu mencari rahmat? 


~ si covid yang kecil itu asbab. 


Jika sebelum ini akhir tahun warna-warna hari terakhir persekolahan dibanjiri dengan majlis gilang gemilang walaupun hanya tamat sekolah rendah. Baru tamat pra sekolah. Baru tamat tadika. Tapi kita meraikan seperti telah berjaya menakluk segalanya. Bukan tidak boleh meraikan tetapi adakalanya ia seperti perlumbaan, pertandingan, hingga ada anak-anak yang tidak mampu tidak mahu ke sekolah. Atau ibu bapa terpaksa menyediakan sejumlah kewangan yang besar untuk meraikan kejayaan yang baru bermula. 


Tahun ini, Allah hantar si covid untuk kita berfikir dan kembali kepada fitrah. Apabila laluan sebelum ini terlalu berlebihan. Walaupun ada yang mengatakan untuk kenangan apalah salahnya. 


Apabila kita buat kerana acuan manusia, maka kita sentiasa ada jawapan. Kita tidak mahu kalah. Tapi kita tidak mahu dengar apa yang Allah minta sebenarnya. 


Tahun ini tiada lagi majlis gilang gemilang graduasi, yang ada dibuat menyampaikan secara pandu lalu, atau berkumpul dengan kumpulan kecil. 


Jika tahun sebelum ini, wall penuh dengan gambar percutian keluar negara dan dalam negeri. Namun tahun ini Allah minta kita tenang-tenang sahaja. 


Mungkin dulu ada yang terluka kerana menyebabkan rasa iri apabila melihat rakan-rakan bercuti dengan penuh mewah, ke sana ke sini. Tahun ini kita lihat gambar Throwback sahaja. 


Begitulah! 


Allah membetulkan semula cara yang kita rasa betul tapi rupanya Allah tidak suka. Kita kata sekali sekala tapi Allah kata, usah berlebih-lebihan.


Tak perlu digegarkan dunia dengan memecah lautan cukuplah Allah hantar covid untuk tarbiyah diri. Mungkin ini cara Allah mahu mengkhabarkan bahawa sudah tiba masanya kalian bersedia dengan tanda-tanda melenyapkan kita umat akhir zaman.  


Adakah kita belajar sesuatu dengan ujian ini. Atau kita tetap yang dulu? 


Kerana kasihnya Allah kepada Nabi Muhammad Allah masih memberi secara perlahan ujian ini, Allah boleh sahaja nak rentap dan binasakan seperti mana Allah buat kepada umat terdahulu.


Covid telah setahun bersama kita, kita akan hidup bersama-sama dengannya. Tiada yang sia-sia dari Allah. Hanya kita, terdidik atau tidak dengan ujian ini.

 

#dakwahitucinta 

#islamituindah

Selasa, 26 Januari 2021

Pdpr

 Baru tiga hari PdPR bermula, kita dah mula mendengar keluhan dan kekecewaan para ibubapa. Ada yang mendakwa guru tidak mengajar tetapi sekadar meminta anak-anak mereka menonton video di YouTube. 


Ada ibubapa yang mendakwa guru tidak mengajar dengan baik. Tak kurang juga yang berkata pengajaran melalui PdPR gagal.


Beginilah. Biar kita berlaku adil pada para guru. 


Pertama, tidak ada seorang pun guru di negara ini yang dilatih mengajar secara PdPR. Tidak ada. Tidak ada seorang guru pun mempunyai sijil atau ijazah pendidikan di dalam bidang pengajaran PdPR. Tidak ada.


Semua guru di negara ini dilatih sebagai guru yang mengajar secara bersemuka di dalam bilik darjah. PdPR adalah pengalaman pertama semua guru. Jadi tidak adil mendakwa guru tidak cekap mengajar dalam PdPR. Pandemik Covid19 pengalaman pertama semua orang. 


Kedua, dalam mana-mana kerjaya profesional, kita membenarkan ahlinya menguruskan proses dan kita menerima hasilnya. Doktor melakukan proses pembedahan, waris menunggu hasilnya di luar bilik bedah. 


Jurutera menguruskan proses pembinaan bangunan, setelah siap hasilnya akan diserahkan pada pemilik bangunan. 


Seorang tukang masak di hotel masak makanan di dapur, hasilnya makanan yang tersedia dihidangkan pada pelanggan. 


Penulis menulis novel, hasil akhir sebuah novel yang dibaca oleh para pembaca. Jangan harap kita dapat baca sebelum siap novel beliau. 


Anda boleh bayangkan waris berada dalam bilik bedah memerhati dan menilai kerja doktor pakar yang sedang membedah? Mahu meraung bila tengok orang yang kita sayang luka bila dibedah. Tentulah kita tak mahu orang yang kita sayang kena bedah. Tapi itu adalah proses. Kalau kita bukan ahlinya, kita tak akan faham. Sekiranya proses hendak dinilai maka mestilah juga dari ahlinya. 


Biarlah proses diuruskan oleh ahlinya. Manakala hasil dinikmati oleh penerimanya.


Tetapi dalam proses PdPR, guru bukan sahaja terpaksa menguruskan 40 pelajar dalam talian tetapi juga mereka diperhatikan dan dinilai setiap saat oleh para ibubapa yang ikut sertai proses PdPR.


Bayangkan setiap saat guru diperhatikan oleh para ibubapa sepanjang PdPR berjalan. Itu belum lagi bercakap ada ibubapa yang mengambil video dan merakam PdPR para guru. Tidak mudah menjalankan pengajaran dalam talian dengan 40 orang pelajar (apalagi pelajar sekolah rendah) yang turut disertai para ibubapa. Sangat-sangat sukar. Kalau tak percaya, anda cuba sendiri. 


Sebab itu ibubapa kena beri masa dan sedikit ruang untuk para guru sesuaikan diri dengan PdPR. Guru di Malaysia telah dibuktikan mempunyai komitmen yang tinggi. Kajian dari Universiti Cambridge telah membuktikan (https://bit.ly/37dYGUd).  Tetapi mereka memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran PdPR. Mereka perlu masa untuk bangunkan bahan pengajaran dan peralatan bantuan mengajar. 


Kesabaran dan sokongan para ibubapa akan banyak membantu menguatkan semangat para guru. Semakin kuat semangat para guru, semakin cepat mereka menyesuaikan diri dan semakin cepat anak-anak kita dapat belajar dengan berkesan melalui PdPR. 


Satu sahaja yang perlu ibubapa lakukan sekarang .. SABAR.. Berikan sedikit ruang untuk guru sesuaikan diri.

Sabtu, 23 Januari 2021

Melayu

 GILIRAN MELAYU PULAK MENUNTUT


《《《《《《《《《《》》》》》》》》》


25 Tuntutan Melayu Buat YAB Tan Sri Muhyiddin Yaasin, Perdana Menteri Malaysia ke 8


Mari semua bangsa melayu pula bangkit bersatu menyokong Dari cadangan Peguam kita Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz 

Peguambela & Peguamcara

*0129770412* 

Ini Tanah Melayu sering Bangsa Melayu asik kena sabar kena sabar kena sabar kena lebih kurang mengalah kena lebih kurang mengalah sampai kena pijak pun masih disuruh bersabar . 

*Ini kalilah Kasi Sampai Jadi Bangkit Melayu kita Bersatu Ini bumi Malaysia Tanah Kita Asal usul Bangsa Kita diamanahkan oleh Allah untuk Dijaga rapi* 


so..

Bersama2 ini saya panjangkan untuk perhatian YAB Tan Sri, 25 Tuntutan Tuntutan Orang Melayu Terhadap Kerajaan Sempena Sambutan ke 72 tahun penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya).


Wahai Orang2 Melayu.


Seringkali kita mendengar pelbagai tuntutan di buat oleh kaum2 minoriti terhadap kerajaan.

Seringkali juga kita melihat kerajaan kita menunaikan segala permintaan yg di buat oleh kaum minoriti berkenaan atas alasan kompromi politik.


Seringkali juga kita melihat satu demi satu hak agama, hak bangsa dan hak tanahair kita terpaksa di korbankan sedikit demi sedikit oleh kerajaan semata2 bagi memenuhi tuntutan kaum minoriti kerana sumber yg semakin terhad itulah yg terpaksa kita kongsi dengan kaum lain.

Istilahnya "berkongsi" namun hakikatnya kita memberi lagi dan lagi hak kita kepada mereka sehingga akhirnya apa yg tinggal tak cukup untuk anak cucu kita sendiri.


Realitinya, mereka tidak pernah memberi apa2 kepada kita, sedang mereka meminta lagi dan lagi, dan pemimpin kita memberi dan terus memberi.


Wahai Melayu sekelian, demi kelangsungan hidup bernegara yg berterusan untuk anak cucu kita, marilah kita bersama2 menuntut kembali hak kita yg sememangnya telah termaktub lama dalam Perlembagaan Persekutuan sejak  Malaya merdeka tahun 1957 dahulu.


Sebab generasi bapa dan datuk kita tak pernah membuat tuntutan ini, maka walaupun ianya termaktub dalam Perlembagaan, ianya semakin di lupakan oleh kerajaan atas alasan kita tidak pernah menuntut untuk undang2 hak kita tersebut di kuatkuasakan.


Maka dengan lafas Bismillahirahmanirahim, demi masa depan anak cucu waris Melayu yang belum lahir, ORANG MELAYU DENGAN INI MENUNTUT DARIPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN 25 PERKARA BERIKUT:-


1. Memperkukuhkan Islam sebagai  Agama Persekutuan menurut Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.


2. Menuntut Institusi Kebajikan Islam di berikan peruntukan lebih besar untuk kerja-kerja kebajikan umat Islam di Malaysia.


3. Menuntut Institusi Wakaf di pengerusikan oleh Raja-Raja Melayu di perkasakan.


4. Menuntut peruntukan hak pendidikan untuk umat Islam menurut perkara 12(2) Perlembagaan di tambah bagi menambah bilangan Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Pendidikan KAFA dan Kelas-kelas bimbingan keagamaan di semua masjid di setiap daerah di Malaysia.


5. Menuntut hak untuk bersolat Jumaat untuk semua kakitangan sektor swasta dan menghukum semua majikan yang sengaja menghadkan masa rehat bagi membolehkan pekerja beragama Islam menunaikan solat jumaat.


6. Menuntut agar semua aktiviti di jabatan kerajaan di hentikan selama 10 minit pada waktu solat Zohor dan Asar dan waktu bekerja di tambah 20 minit bagi menggantikan semula 20 minit yang di peruntukkan untuk waktu solat sewaktu jam bekerja berkenaan.


7. Menuntut di hentikan penggunaan istilah Semenanjung Malaysia kerana istilah berkenaan tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan.


8. Menuntut di kembalikan penggunaan istilah Negeri-Negeri Tanah Melayu seperti  yang termaktub dalam Perkara 113(6), 116(2), 121(1)(a) dan 161E(1) Perlembagaan Persekutuan. 


9. Menuntut Mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang pada masa ini bukan tanah simpanan Melayu mengikut undang-undang yang sedia ada dan yang belum dibangunkan atau dicucuk tanam agar segera diisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu menurut Perkara 89(3) Perlembagaan Persekutuan.


10. Menuntut mana-mana tanah simpanan Melayu yang di ambil untuk tujuan pembangunan berbilang kaum di gantikan dengan tanah lain dengan keluasan yang sama dengan komersil yang sama menurut Perkara 89(3) Perlembagaan Persekutuan.


11. Menuntut di mansuhkan fasal 66 (4A) Perlembagaan Persekutuan bagi memberikan kuasa mutlak kepada Yang Di Pertuan Agung untuk meluluskan sesuatu Rang undang-undang sebelum di wartakan selaras dengan kedudukan YDPA sebagai Kepala Utama Negara menurut Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan.


12. Menuntut di kuatkuasakan Perkara 18(1) Perlembagaan Persekutuan yang mewajibkan mana-mana permohonan untuk menjadi warganegara adalah wajib menangkat ikrar taat setia kepada Raja dan Negara mengikut Jadual 1 Perlembagaan Persekutuan.


13. Menuntut Kerajaan mendedahkan samada 7.3 juta kewarganegaraan terhadap kaum-kaum lain yang di berikan di antara tahun 1957 hingga 1970 telah melalui proses mengangkat ikrar ini atau tidak.


14. Menuntut di hapuskan penggunaan istilah Bahasa Malaysia kerana istilah berkenaan tidak wujud dalam perlembagaan.


15. Menuntut di gunakan kembali istilah Bahasa Melayu seperti yang di peruntukkan dalam perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.


16. Menuntut fasal wajib untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam setiap urusan rasmi kerajaan termasuk mesyuarat, sidang media, kertas kerja dan pembentangan serta meminda Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 bagi mendakwa mana-mana pihak yang tidak menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi.


17. Menuntut semua papantanda jalan/perniagaan/bangunan menggunakan istilah Bahasa Melayu yang di luluskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka serta memberikan kuasa pendakwaan dan penyitaan kepada DBP terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang berkaitan Bahasa Melayu ini. 


18. Menuntut agar semua prosiding di Mahkamah menggunakan Bahasa Melayu dan hanya kebenaran khas ketua Hakim Negara sahaja membolehkan selain dari Bahasa Melayu di gunakan. Untuk perbicaraan di mahkamah.


19. Menuntut kerajaan tidak lagi meluluskan permohonan dan pembinaan sekolah jenis kebangsaan kerana sekolah vernakular baru selepas Hari Merdeka tidak di benarkan dalam Perlembagaan.


20. Menuntut sistem persekolahan 1 aliran kebangsaan bagi memupuk perpaduan dan keharmonian kaum.


21. Menuntut Perizaban quota berkenaan perkhidmatan awam, biasiswa, keistimewaan pendidikan, latihan, kemudahan khas, lesen, permit perniagaan dan pertukangan untuk orang Melayu mengikut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.


22.  Menuntut agar Dasar Ekonomi Baru di laksanakan kembali dan pemilikan ekuiti 30% Orang Melayu di kembalikan menjadi dasar utama kerajaan dan di tingkatkan kepada 40% pegangan ekuiti individu Melayu dalam kek ekonomi negara menjelang 2040.


23. Menuntut agar sebuah Suruhanjaya Hak Istimewa Melayu di tubuhkan di bawah Parlimen khusus utk menasihati YDPA untuk menjalankan kuasa Baginda menurut perkara 153 Perlembagaan dan memantau pelaksanaan dasar kerajaan samada menepati semangat perkara 153 Perlembagaan atau tidak.


24. Menuntut agar Akta Keselamatan Dalam Negeri di kembalikan.


25. Menuntut agar titah Majlis Raja2 berkaitan isu2 negara di berikan perhatian dan tindakan segera oleh Kerajaan di bawah Perkara 38(3) Perlembagaan Persekutuan.


PERJUANGAN INI DAH TERLAMBAT UNTUK KITA TETAPI MASIH TERLALU AWAL UNTUK CICIT2 KITA YG BELUM LAHIR. SEMOGA MRK AKAN SENTIASA MENDOAKAN RAHMAT UNTUK KITA ALMARHUM DATUK2 DAN MOYANG2 MEREKA, INSYAALLAH.


(Sila kongsikan tuntutan ini jika anda bersetuju dengannya)


JANGAN LAGI MELAYU DI BULI


Di sediakan oleh,

*Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz*

Peguambela & Peguamcara

*0129770412*


#RasisBerpelembagaan

#DaulatTuanku

Jumaat, 22 Januari 2021

Kluster

 KLUSTER DI RUMAH


KLUSTER SUIS

Buka lampu x reti nak tutup. Buka lampu bilik air, lampu dapur, lampu bilik lepas tu biar je menyala. Buka tv tapi x tengok. Dah on komputer x reti nak tutup. Charge hp tapi lepas tu x tutup suis. Tugas aku siang malam tutupkan semua sampai satu tahap aku dah malas nak layan. Lantak kome lerrr. Ingat ayah kerja TNB bil letrik free ke🤣🤣🤣


KLUSTER PERIUK API

Dari ruang tamu, semua bilik, atas katil hatta dalam bilik air pon bersepah barang mainan. Aku penat2 konon nak landinglah atas tilam sekali aku smackdown barang mainan diorg. Mengelupur aku atas katil tu. Paling sakit jiwa kalo aku terpijak lego. Pergghhh....terus aku jadi diva AA tau. Sakit wehhhhh 🥺🥺


KLUSTER BISKUT

Ni jenis buka biskut tu biskut ni pastu biar je terdedah macam tu. Last2 masuk angin. Ehhh...berbulu je aku tengok. Penyudahnya aku nyorok semua biskut. Haaaa....rasakan xde benda nak ngunyah dah.


KLUSTER X RETI PENAT

Pelik aku tengok deme ni. Siang malam main x henti. Dahlah malam tidur lewat sejak PKP ni. Boleh plak subuh2 dah bangun. Aku kadang tunggu lerrr deme tido awai. Bolehlah aku me time makan coklat ke, kek ke, eskrem ke. Hurrmmmm....sampai kesudah aku telan air liur jela 🤤🤤🤤


KLUSTER MENANGIS

Asyik nak meragam, nak nanges aje. Orang pegang tu dia nak. Orang main tu dia nak. Orang usik sikit nanges. Tak dapat itu nanges. Nak cakap pon nak nanges. Nak tidur nanges, lapo nanges, ngantuk nanges 😭😭😭


KLUSTER MEMERAP

Langsung aku x boleh bergerak. Aku kat dapur semua kat dapur. Aku masuk jamban semua diri depan pintu buat kuiz ibu tengah buat apa. Aku duduk depan tengok tv, semua berdiri depan tv. Aku masuk bilik baju nak lipat kain, semua ada dalam bakul kain. Time tidur pon, sedor2 semua dah melekat celah aku, xde ruang aku boleh bergerak dah. Dah macam berlatih tidur dalam kubur...hahaha tapi bila aku cakap jom solat dengan ibu terus semua lesap 🤣🤣🤣


KLUSTER MEMUNGGAH.

Aku baru kemas rumah, 5 minit lepas tu udoh bersepah balik. Aku kutip mainan, deme keluarkan dari kotak. Aku susun buku, deme teraburkan. Aku lipat kain, deme nak sidai kain. Memang maraton dok ngemas siang malam.


KLUSTER SUSAH NAK MAKAN

Tiap kali nak suap makan memang aku jadi tarzan, kingkong, hulk semua. Jenuh terpekik terlolong panggil deme makan. Aku masak bagai nak rak, deme buat nohen je x terliur nak makan. Tapi kalo aku bagi nasi, telur, kicap 3 pinggan pon licin. Suami aku cakap baguslah senang kerja ibu tapi aku emo lebih sebab anak orang lain macam2 menu diorg request nak makan. Anak aku tengok buttermilk chicken dia cakap eeeuuwww apa ni ibu 🤣🤣🤣


KLUSTER SINKI

Aku baru basuh pinggan. Sampai berkilat sinki aku kerjakan. Sat je dah penuh balik cawan, pinggan mangkuk. Kerja aku dok basuh pinggan mangkuk je. 10x minum air, 10xlah cawan lain deme guna. Haaa...ko darab lerrr 3 orang anak 🤣🤣🤣


KLUSTER BILIK AIR

Suruh mandi punyalah susah. Dah masuk bilik air udoh tak keluar2 dah. Abeh deme berpesta songkran pula dalam tu. Sabun sebotoi kejap aje abeh. Ubat gigi deme buat pencuci muka....hahaha macam manala mak kome x jadi your mother is green 🤣🤣🤣


KLUSTER BUKA PETI AIS

Ntah berapa ratus juta kali ntah deme dok buka tutup pintu ais tu. 3 orang dok bergilir pergi buat lawatan sambil belajar ke peti ais tu. Aku pon naik heran kadang tu sekadar buka tengok gitu je then tutup blk....teruk beno angaunya


Paling last sekali KLUSTER KE SANA, KE SINI, KE SANA SINI 🤣🤣🤣. Seminit pon x dok diam. Ada je kerja deme nak buat tapi bila suruh baca buku terus penat siap tertidur lagi 😁😁


#copypaste

#banyaklagiklusterrupenye

#klusterterbaruklusterpdpr

Khamis, 21 Januari 2021

Aturan

 bila ada di antara kita yang mula memberikan peranti telefon pintar, komputer riba pada anak-anak, atau memberi pinjam benda² tersebut kepada anak-anak, silalah pantau, khususnya anak-anak yang baru berjinak dengan penggunaan alat tersebut serta aplikasi-aplikasi media sosial. Ajarkan peraturan kerana terkadang keterujaan anak-anak mencipta kump. belajar membawa kepada perbualan kosong dan melalaikan.


*Etika Kump Belajar WhatsApp, Telegram, Signal*


Bahawa saya <lafaz nama>, dengan ini berjanji dgn bersaksikan Allah, dan di hadapan ibu ayah ; akan berusaha untuk 


• niat ikhlas berbincang tentang ilmu dengan menggunakan aplikasi ini.


• menghormati ahli di dalam kumpulan.


• menggunakan kata-kata yang baik sewaktu perbualan.


• mengucapkan "Salam", "Terima Kasih", "Alhamdulillah" kepada ahli kumpulan — sebagai membudayakan komunikasi sihat anjuran Islam.


• menggunakan "sticker" dan _emoticon_ untuk tujuan tertentu dan tidak berlebihan.


• menulis dengan betul (ejaan dan singkatan yg disepakati bersama).


• tidak berkongsi maklumat dan berita yang TIDAK DIKETAHUI status kebenaran dan dari siapa sumber berita diperoleh.


• tidak memberikan maklumat peribadi kepada yang tidak dikenali.


• tidak menggunakan gambar profil diri yang kurang sopan, dan TIDAK BERKONGSI gambar² keluarga, peribadi di dalam kumpulan.


• menggunakan aplikasi dalam tempoh keperluan pembelajaran sahaja (telefon pintar dan lain² pinjaman dikembalikan kepada ibu ayah apabila selesai penggunaan).


• menggunakan aplikasi WhatsApp/Telegram/Signal sebagai aplikasi perbincangan pelajaran/pembelajaran dan bukan tapak pengiklanan, hiburan dan umpatan.


*Adalah baik peraturan ini dibacakan oleh anak sebagai ikrar di hadapan ibu dan ayah — mungkin apabila selesai solat jemaah Subuh di rumah ATAU di permulaan hari apabila ibu ayah dan anak² berkumpul bersama-sama*


Ayah mendoakan kebaikan kepada anak-anak dan keluarga setelah ikrar selesai dibaca.