Ahad, 9 Januari 2022

Teladan

 Saya sharing 2 cerita lama dan lihat bagaimana anda menilai.


Cerita Pertama:

Sebuah syarikat mengadakan Ghari keluarga setiap tahun buat staf dan kakitangan serta keluarga.


Seperti biasalah, jika majlis2 begitu, berbagai acara diadakan, tidak ketinggalan yg paling digemari, cabutan bertuah.


Peraturannya, setiap staf dan kakitangan (anak buah) menyumbang rm10 sebagai dana, syarikat tambah rm1000. Kalau dikira kepala keluarga, ada 300 orang tidak termasuk isteri & anak2.


Yang dapat cabutan bertuah, akan memiliki semua wang yang terkumpul.


Sebelum cabutan bertuah, semua hadirin dikehendaki menulis nama pada kertas yg diberi (sama saiz). Memasukkan wang rm10 untuk 1 nama. Ada yg menyumbang rm50 dan rm100 untuk 5 dan 10 nama. Suasana meriah dan teruja untuk dapat cabutan bertuah, semua hadirin tiada yg berkecuali dari menulis nama dan menyumbang wang dan dimasukkan ke dalam 2 kotak kaca berasingan yg disediakan.


Seorang pekerja lelaki ragu² untuk menuliskan namanya, dalam hatinya berkata, orang yg paling layak mendapat cabutan bertuah adalah seorang wanita tukang sapu di syarikat itu, anaknya mengidap penyakit jantung berlubang,  tapi dia tiada wang untuk bayar kos pembedahan.


Walaupun tahu bahawa hanya ada 1/500 lebih kemungkinan nama yg ditulisnya terpilih, pemuda itu menulis nama tukang sapu itu sebanyak 5 gulung dengan memasukkan not rm50 kedalam kotak wang.


Detik yg dinanti pun tiba dengan penuh debaran, gulungan kertas di kotak cabutan digaul-gaul dicampuraduk dan kotaknya digoncang.


Pemuda ini terus berdo'a dalam hatinya, "Saya berharap nama Mak Cik tukang sapu yg terpilih!".


Pengarah syarikat dengan perlahan-lahan mengambil gulungan, membukanya dan dengan suara yg lantang dan bersemangat mengumumkan nama yg tertulis di kertas itu adalah Mak Cik tukang sapu.


Para hadirin bersorak dan Mak Cik tukang sapu dengan segera pergi ke pentas untuk menerima wang sambil menangis kegembiraan, "Saya sangat  beruntung! Saya sangat  beruntung! Dengan wang ini, anak saya ada harapan!'' 


Majlis diteruskan dengan acara seterusnya. Pemuda itu memikirkan 'Keajaiban ini', sambil berjalan ke kotak cabutan bertuah.


Diambilnya 1 gulungan nama, dibukanya dan melihat tulisan di atas kertas itu adalah nama Mak Cik tukang sapu itu.


Pemuda itu terkejut, ambil dan buka lagi beberapa gulungan, walaupun tulisan tangannya berbeza-beza, namun nama yg tertulis semuanya sama, iaitu nama Mak Cik tukang sapu itu.


Dalam riuh rendah dan bingit majlis, tiada siapa perasan, air mata pemuda itu berlinangan, disedarinya, bahawa di dunia ini memang benar2 ada keajaiban, namun tidak semua keajaiban itu jatuh dari langit, melainkan kita juga menjadi pencetus keajaiban bagi sesama kita. Sudahkah anda menjadi pencipta atau pencetus keajaiban untuk kita sendiri atau untuk orang lain.


*Jadilah manusia yang menyenangkan orang, jangan kerana kita, orang lain dapat susah. Sesungguhnya pengedar dan penagih dadah, pemerdagangan manusia, pemandu mabuk, perompak, pencuri, penyamun, peragut dan seangkatan dengannya, hidupnya hanya menyusahkan keluarga, masyarakat dan kerajaan.*


################


*Cerita kedua:*

Pada suatu hari, ketika sedang berjalan-jalan dengan seorang kawan di bandar, kami melihat seorang lelaki tua yg jalannya terhencot-hencot dengan pakaian lusoh menjual sayur, tapi sayur² itu nampaknya seperti kering, warnanya kekuningan dan berlubang dimakan ulat.


Kawan saya,  tanpa berkata apa2, beli 3 ikat. Orang tua itu dengan kesal berkata, "Sayur ini saya tanam sendiri, saya tidak berdaya menyiram kerana perigi agak jauh dari kebun, hujan juga lama tidak turun hingga sayur menguning, saya juga tidak berupaya untuk menyembur racun, saya sangat menyesal".


Setelah kami pergi dari situ, saya tanya, ''Adakah abang akan makan sayur ini?"


Dia jawab, "Tidak, sayur ini sudah tidak boleh di makan lagi."


"Habis, mengapa abang beli??"


"Kerana sayur² ini tidak akan dibeli oleh orang lain.  Jika saya tidak beli, orang tua itu mungkin tidak mendapat sebarang rezeki hari ini".


Sangat terkesan dengan kebaikan kawan saya ini. Saya pergi semula ketempat orang tua itu dan beli sayurnya yg masih ada.


Orang tua itu kata dengan gembira,  "Saya jual semua sayur hingga habis hari ini, terima kasih atas pembelian anakku".


Walaupun sayur yang dibeli sudah tidak boleh dimakan, saya memetik 1 pelajaran yang berharga.


################


Ketika sedang berada di tahap terendah dalam hidupnya, ia menginginkan sebuah kurnia, iaitu sebuah keajaiban atas diri kita.


Namun ketika kita mampu,  apakah kita bersedia menjadi pencipta kurnia keajaiban itu bagi diri sendiri dan orang lain?


Jika wanita penjaja kerepek, penjual ubat dan seumpamanya datang ke rumah dengan berpeluh berkeringat berjalan dikepanasan terik mentari, belilah, walaupun anda tidak suka makan kerepek dan tidak guna ubat itu, berilah pada orang lain, yg mana anda mendapat bonus pahala 2 kali, pahala membeli dan pahala bersedekah.


Anda telah selesai membaca artikel ini. Anda ada 2 pilihan :


1. Abaikan sama sekali, anggap anda tidak pernah membaca artikel ini. Tidak penting pun.


2. Teruskan ke grup, kawan & sahabat anda, dengan demikian anda telah bantu menyalurkan berkat bagi orang yg sedang sangat memerlukannya.


Saya pilih untuk meneruskan,  anda juga?👌

Rabu, 5 Januari 2022

Agro

 Tahun 2025 krisis kebuluran dunia, Apakah persediaan awal kita?


Baru-baru ni banjir besar.  Apa yang kita belajar dari apa yang berlaku?.  Banyak rumah rosak disebabkan banjir besar.  Tapi jarang yang menyingkap kisah penderitaan petani dan pekebun.  Saya minta maaf sebab saya ambil gambar-gambar ni dalam google je.  Sedih bila lihat kebun mereka musnah hanya dengan sekelip mata.  


Saya nak cerita sikit.  


Kalau yang faham sikit sebanyak tentang ekonomi mungkin mereka akan faham.  Saya  jangkakan tahun-tahun mendatang ni barang akan meningkat naik.  


Latarbelakangnya dari US.  Terkesan dengan #covid19 yang lepas kerajaan US telah mencetak duit baru. Berratus juta.  Kenapa mereka buat macam tu.  Sebab orang yang ada duit mengambil sikap untuk berjimat. Maka duit kurang bergerak.  Jadinya duit cash dipasaran berkurang berpusing.  


Bila #covid19 kilang banyak tutup,  ladang - ladang banyak menghentikan operasi.  Barang tak cukup,  ramai tak kerja maka barang harian jadi mahal.  Banyak permintaan, barang kurang.  Maka formulanya barang naik harga.  


Kereta tak naik harga

Rumah tak naik harga 

Barangan elektric tak naik harga

Malah semua tu nampak trend menurun. 


Apa yang naik harga?  Barangan makanan.  


USA antara negara pengexport terbesar barang makanan ke negara luar.  Kerajaan mula menghadkan makanan mereka keluar.  Mereka mengfokuskan untuk penduduk US terlebih dahulu.  


Ianya berlaku dibanyak negara termasuk india,  thailand,  china, UK dan Eropah.  Bila bahan mentah jadi problem.  Barangan lain juga jadi mahal.  Asas makanan dedak jadi mahal. Bila dedak mahal,  daging jadi mahal.   Asas makanan lain mahal dan harga end-product jadi mahal.  


Sebab itu nasi kandar naik harga alasannya bawang mahal.. Kenapa bawang jadi mahal sebab kat india banjir.  


Baru ni ayam mahal.  Kalau dah ayam mahal,  semua produk berasaskan ayam akan jadi mahal.  Sekejap lagi orang yang ada duit sahaja yang mampu memberi sesetengah barang.  Lebih teruk bila barang itu adalah barang asas.  


Baiklah saya beri contoh.  Di pakistan, makanan asas mereka adalah roti dan capati.  Sekarang barang paling mahal dan bernilai adalah tepung.  Seguni tepung dikatakan sudah mencecah RM400. Tepung dan minyak menjadi barang yang direbut.  Ada yang sanggup mati mencuri tepung. Jenayah akan melonjak.  


Belajar dari pengalaman.  


Di Malaysia masih terkawal.  Di Malaysia, kalau air bah mungkin seminggu kering.  Di Bangladesh, dikampung-kampung kalau banjir air bah memakan masa berbulan-bulan nak kering.  Negara mereka tanah rendah dan lebih rendah. Kelemahan pada saliran,  kawasan lembah dan kemiskinan menyebabkan keadaan itu tidak berubah bertahun-tahun.  


Mengapa saya tahu ini semua kerana pekerja saya international. Ada dari Indonesia, Banglaw dan Pakistan.  Saya juga sudah berberapa kali kesana.  Mereka berkata mengapa ianya terjadi adalah kerana pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Jangan kita terjadi seperti disana.  


Apa yang saya cuba sampaikan? 


Kebergantungan Malaysia dengan negara lain sudah sampai penamatnya. Baiklah, jika rezeki kita melimpah ruah.  Kita ada petronas,  kita jumpa emas sekalipun. Kita kaya. Tapi apa gunanya jika barang asas yang kita nak makan jadi mahal.  


Kalau ada orang nak jual mungkin ok lagi.  Bila orang tak nak jual macam mana?  


Tulisan saya ini bukanlah terlalu penting.  Saya hanyalah seorang pekebun kecil yang tinggal dihujung kampung.  Tapi saya nak sampaikan kepada mereka yang punya kuasa hari ini.  Berhentilah hanya bergambar-gambar dan bersuka ria.  Berhentilah dari hanya mengira dan mengumpul harta.  


Rakyat ini akan kebuluran. Banjir,  kemarau dan perubahan cuaca yang mendadak menyebabkan negara akan dijajah.  Barang yang hari ini kita beli dengan harga seringgit mungkin tahun depan perlu dibeli dengan harga RM4. 


Harapan. 


Utamakan agro menjadi agenda utama negara.  Galakan rakyat menyediakan makanan mereka sendiri.  Cari thesis-thesis di Universiti dan turun kebawah membantu petani mendapatkan hasil dua kali ganda.  Sediakan jentera,  sediakan teknologi dan bajet untuk kearah pertanian moden.  


- Daging boleh disejukbekukan

- Sayur boleh dibuat produk dan disimpan dengan lebih lama.  

- Ikan boleh disimpan untuk makanan masa depan.  


Saya tak salahkan sesiapa.  Saya tak kata saya betul.  Tapi jangan sampai terlambat.  Hentikan orang tengah yang selama ini mengambil untung berlipatkaliganda.  


#CoachBahar

#BertaniBukanUntukKaya

#BerkebunUntukHidup


Korang baca dan faham ke?

Bumi

 https://fb.watch/agdGsIfjYz/


"Flat Earth", "Contrails" dan Kaabah adalah satu konspirasi terancang yang terbesar dunia... 


Sebelum itu, jika anda masih percaya kepada ubat gigi untuk mengelakkan gigi rosak, cermin mata adalah untuk membantu rabun, klorin dalam air paip ialah untuk membunuh bakteria dan sekolah baik untuk kanak-kanak... 


Jika anda masih percaya bahawa gigi putih lebih sihat berbanding sedikit kuning, beras putih lebih baik dari beras perang, gula dan garam putih lebih baik dari yang berwarna perang, roti putih lebih baik dari roti gandum, bahawa kemeja dan seluar lebih kemas dari jubah, bahawa lelaki berambut pendek dan nipis tepi lebih kacak dari rambut panjang paras bahu, menyimpan janggut itu tidak kemas dan kaya itu lebih baik dari miskin... 


Jika anda masih percaya bahawa ubat-ubatan dari klinik dan hospital yang berasaskan bahan kimia lebih baik dari ubat-ubatan tradisional herba dari tumbuh-tumbuhan, bahawa susu tepung lebih baik dari susu ibu, melahirkan secara pembedahan lebih baik dari secara normal, minyak RON 95 lebih baik dari RON 97... 


Maka lebih baik anda jangan teruskan membaca artikel ini, kerana jelas bahawa anda sudah, sedang atau akan dicuci minda anda atau di "brainwash" oleh mereka yang berkepentingan...


Tak termasuk lagi teori Evolusi manusia yang jelas masih lagi terpampang di dalam buku subjek sains dan biologi di sekolah, iaitu imej teori Darwin yang jelas menganggap bahawa manusia berasal dari beruk dan peristiwa WTC 9/11 itu benar-benar disebabkan rempuhan pesawat...


Bahkan peristiwa pendaratan bulan manusia yang pertama oleh Neil Armstrong, seorang angkasawan Amerika juga boleh dinafikan kerana di luar atmosfera Bumi terdapat lingkaran radiasi yang sangat kuat dinamakan "The Van Allen Belt", yang tidak memungkinkan manusia atau objek untuk ke angkasa... 


Melainkan dengan membuka laluan radiasi tersebut dengan menggunakan teknologi gelombang radio yang dihalakan ke lapisan ionosfera, seperti yang dilakukan oleh HAARP, walaupun teknologi ini dilihat masih agak mustahil kerana lapisan tersebut memerangkap dan menyimpan segala radiasi yang kuat dari cahaya matahari sehingga 25 Sv, manakala manusia akan mati jika terdedah hanya pada 5 Sv setahun... 


Teori kononnya dunia ini telah berumur ratusan juta tahun, teori kewujudan dinasour, teori "big bang", teori graviti, teori matahari sebagai pusat galaksi, teori planet dan banyak lagi... 


Belum lagi termasuk kepercayaan bidang perubatan, bahawa penyakit datang dari virus atau bakteria, dan penyakit boleh berjangkit melalui udara, walhal virus dan bakteria sememangnya telah berada dalam tubuh manusia, haiwan malah tumbuh-tumbuhan... 


Makanan yang anda sejukkan dalam peti ais tidak mudah rosak, bukan kerana bakteria tidak berada dalam udara sejuk, tetapi bakteria jahat di dalam makanan tersebut tidak akan makan bakteria baik tanpa air dalam udara, kerana udara sejuk tidak mengandungi banyak air... 


Udara sejuk adalah kering dan bertekanan rendah serta berat, kerana itu penyaman udara membuatkan anda tidak berpeluh dan melekit kerana udara menjadi kering, dan angin sejuk akan sentiasa berada di bawah... 


Dari sini juga akan terbatal teori bahawa bakteria dan virus boleh berada di dalam udara, sekaligus menafikan fungsi ubat-ubatan hospital, pandemik Covid-19 dan vaksinisasi... 


Ini menjelaskan bagaimana seseorang boleh jatuh sakit, walaupun tidak keluar rumah berminggu-minggu, tidak menyentuh atau berjumpa manusia lain, dan rumahnya pula terletak jauh dari perumahan, kerana virus dan bakteria tidak terdapat dalam udara, malah bagaimana mungkin unsur biologi boleh hidup di udara tanpa perumahnya... 


Kerana untuk memahami konspirasi, anda terlebih dahulu harus sayangkan diri anda, keluarga serta seluruh umat dan manusia sejagat, jika sebaliknya, maka sampai bila-bila Allah tak akan beri hidayah, dan sampai bila-bila anda akan terus ditipu...


Bezakan antara realiti dan ciptaan, bezakan yang mana eksperimen dan yang mana tidak, dengan izin Allah hijab anda akan terbuka sedikit demi sedikit...


Kita telah jelas bahawa cuaca boleh dimanipulasi, malah boleh diciptakan oleh manusia, dengan fakta mengenai "Project Stormfury", iaitu sebuah projek untuk melemahkan taufan tropika dengan menerbangkan pesawat dan meletakkan bahan silver iodide, dari tahun 1962 hingga 1983 yang dilakukan di Amerika...


Projek ini diasaskan dari kaedah "cloud seeding" yang diciptakan oleh Vincent Schaefer dan Irving Langmuir yang menemui kaedah untuk mencipta salji dengan meletakkan ais kering ke dalam awan...


Kita juga tahu bahawa fakta mengenai sebuah projek yang dinamakan "Project Cirrus" yang dijalankan untuk memodifikasi taufan oleh General Electric dan U.S Army Signal Corps... 


The Office of Naval Research dan U.S Air Force sekitar tahun 1947, yang menggunakan kaedah melepaskan berpuluh kilogram ais kering ke dalam awan di sekitar taufan, yang akhirnya menjadikan taufan tersebut lebih sukar untuk diramal kekuatan serta pergerakannya... 


Selama 11 tahun operasi tersebut dibatalkan, dan kerajaan Amerika mengambil masa 12 tahun sehinggalah pada tahun 1965, setelah didedahkan oleh satu artikel dari dua akhbar, baru kemudiannya diakui bahawa taufan di Amerika telah dibenihkan...


Antara taufan yang telah dibenihkan ialah Taufan Daisy pada tahun 1958 oleh United States Weather Bureau's National Hurricane Project dan Taufan Esther oleh NHRP dan U.S Navy... 


"Project Baton" yang disokong Department of Defense dan Advanced Research Project Agency telah menjadikan beberapa ribut sebagai "guinea pig" atau tikus putih pada tahun 1962 di Arizona, Amerika Syarikat... 


Pada 23 Ogos 1963, Taufan Beulah telah dibuat pembenihan awan telah berjaya dilakukan ke tengah-tengah mata taufan tersebut, dan mengakibatkan taufan tersebut menjadi lebih besar... 


Selepas itu, operasi pembenihan awan taufan telah dihentikan dan digantikan dengan pembenihan awan biasa seperti awan kumulus... 


Pada Ogos 1965, semasa musim taufan di Lautan Atlantik, satu lagi pembenihan awan telah dilakukan oleh meteorologis projek Stormfury kepada Taufan Betsy, yang kemudiannya bertukar arah dari lautan ke daratan, dan melanda kawasan selatan Florida... 


Taufan Elena, Faith dan Inez pada tahun 1967 dan 1968 bagaimanapun "didakwa" tidak dibenihkan kerana faktor jarak pesawat yang tidak mampu terbang jauh dan sebagainya... 


Taufan Debbie pada tahun 1969 serta Taufan Ginger dan Dorothy pada tahun 1970 dan 1971 ialah taufan "terakhir" yang dilakukan pembenihan awan atau "Project Stormfury"... 


Pada awal tahun 1970-an, projek Stormfury cuba dikembalikan, dan pada tahun 1976 cuba dilakukan di Guam tetapi dibatalkan atas faktor politik kerana pihak negara China tidak mahu mengambil risiko jika taufan tersebut berubah arah dan melanda daratan, tetapi negara Jepun pula sanggup mengambil risiko kerana negara tersebut telah biasa menerima hujan dari taufan tropika... 


Percubaan Stormfury di Tenggara Pasifik dan di Australia juga "dibatalkan", manakala banjir terbesar negara pada tahun 1971 juga dipercayai "hasil" dari eksperimen projek taufan tersebut... 


Berbilang mata taufan semasa Taufan Sarah dan Donna, Anita, David, Hunter, Allen dan Taufan Frederick juga dipercayai akibat pembenihan awan sekitar tahun 1980, lalu pada pertengahan tahun 1983 semua operasi "Project Stormfury" akhirnya "dibatalkan"... 


Hurricane Research Division telah didapati dijadikan sumber untuk mendapat dana sebanyak 4 juta USD pada tahun 1975 dan sejumlah 14 juta USD pada tahun 2008 untuk menampung 100 kakitangannya... 


Pada tahun 2000, HRD telah menambah 30 kakitangannya dan mendapat bajet sebanyak 2.6 juta USD pada setiap tahun, serta NOAA masih lagi menggunakan pesawat jenis Lockheed P-3's sehingga tahun 2005...


Modifikasi cuaca di Utara Amerika telah bermula pada era 1950-an, oleh kerajaan Amerika dan Kanada, yang dinamakan "Project Alberta Hail", dari tahun 1956 sehingga 1985, untuk "mengkaji" frekuensi S-band dan radar cuaca di Red Deer Industrial Airport di Alberta, Kanada... 


Di wilayah Santa Barbara, selatan California, ialah sebuah bandar yang telah lama mengamalkan pembenihan awan dari alat di darat dan pesawat, bermula dari 1980-an, dan pada tahun 2016 pihak berkuasa Los Angeles telah menukar program pembenihan awan tersebut kepada alat dari darat, yang pertama kali sejak tahun 2002...


Dengan fakta yang kami dedahkan setakat ini, masihkah anda percaya bahawa aktiviti pembenihan awan untuk mengubah cuaca serta mencipta taufan yang ganas seperti Taufan Rai... 


Yang kononnya bukan kebetulan berkekuatan kategori 5 pada petang 18 Disember 2021, dan pada masa yang sama Lembah Kelang juga mula dilanda banjir dan ribut luar biasa, meragut 25 nyawa di Selangor sahaja, walaupun didakwa MET Malaysia pada 20 Disember 2021 bahawa ianya tiada kaitan dengan Taufan Rai yang melanda Filipina... 


Dan adakah anda masih percaya projek Stormfury benar-benar telah dihentikan, kerana fakta menunjukkan bahawa "contrail" yang dihasilkan oleh pesawat jet komersial yang dilihat kerap melintas daratan dan juga lautan, juga menghasilkan kesan seperti pembenihan awan...


Kesan awan yang terhasil dari pesawat jet yang terbang di altitud tertentu atmosfera atau lebih tepat di lapisan ionosfera, adalah disebabkan perubahan mendadak tekanan udara yang terhasil dari suhu panas jet, menyebabkan pembentukan ais kristal yang juga boleh dihasilkan oleh perubahan tekanan udara di sayap pesawat... 


Homogenitus ialah istilah yang diberikan untuk awan yang terbentuk dari aktiviti manusia, seperti awan jenis cirrus dan altocumulus... 


Homomutatus juga satu keadaan apabila aktiviti "contrail" yang berterusan, membentuk awan cirrus, cirrocumulus, cirrostratus serta cirrus aviaticus yang menyumbang kepada perubahan iklim...


30 peratus dari asap yang terhasil dari jet pesawat komersial tidak terbakar sepenuhnya, menghasilkan kelembapan udara dengan wap air, azon, alkohol, gas bukan organik, karbon hidro juga antara bahan kimia yang terhasil akibat pembakaran tidak lengkap bahan bakar hidrokarbon... 


Kesan "contrails" dari pesawat komersial ini sebenarnya mampu memberi kesan kepada kestabilan radiasi Bumi, bertindak dengan cara memaksa radiasi dengan memerangkap gelombang panjang raidiasi oleh Bumi serta atmosfera melebihi dari pembalikan dari radiasi solar... 


Pesawat komersial yang terbang di waktu malam menyumbang sehingga 80 peratus dari "contrail radiative forcing", dari hanya 25 peratus trafik harian di udara...


Kesan "contrails" telah menjadi komponen terbesar dari penyumbang tahunan "radiative forcing", iaitu jauh lebih tinggi dari penghasilan CO2 atau karbon dioksida dari industri penerbangan, dan akan meningkat tiga kali ganda pada tahun 2050 dari tahap yang dibenarkan 2016, iaitu 160 hingga 180 mW/m2 jika tidak diambil tindakan... 


"Contrails" yang terhasil dari pesawat pengebom telah merekodkan suhu iklim yang lebih panas di sekitar pengkalan udara semasa Perang Dunia ke 2...


Semasa peristiwa 9/11 di New York, Amerika Syarikat, variasi perbezaan suhu yang melebar telah direkodkan, setelah larangan penerbangan sementara dikeluarkan kepada semua jenis pesawat... 


Perbezaan julat variasi suhu adalah penting untuk mengelakkan perubahan mendadak antara suhu panas dan sejuk, dengan kata lain semakin besar julat tersebut, semakin kurang risiko untuk berlaku ribut akibat perubahan angin sejuk dan panas...


Disebabkan tiada pesawat yang terbang di seluruh Amerika selepas peristiwa 9/11, seperti yang direkodkan oleh empat ribu stesen kajicuaca di seluruh benua Amerika, peningkatan julat tersebut adalah yang tertinggi pernah direkodkan selama 30 tahun...


Dengan bukti-bukti diatas, masihkah anda percaya bahawa industri penerbangan komersial adalah diciptakan semata-mata untuk membawa manusia atau terdapat agenda lain...


Adakah harga tiket mahal yang dibayar, adalah sebenarnya cara untuk mereka menampung kos aktiviti pembenihan awan, untuk mengawal iklim dunia supaya apabila perlu, maka iklim kemarau, taufan atau banjir boleh "diciptakan" bila-bila masa yang mereka perlukan...


Ini menjelaskan juga mengapa mereka menyembunyikan banyak fakta tentang Bumi yang berbentuk sfera, tetapi tidak seperti bola seperti yang pihak NASA inginkan, di dalam semua media yang mereka kawal...


Jika Bumi terbukti adalah bukan berbentuk "globe", maka laluan pesawat ysng sengaja dibuat oleh GPS yang juga dikawal mereka, agar melalui laluan di atas lautan Pasifik, India, Artik dan juga Lautan Antartika untuk memanaskan atmosfera dan "mencipta" taufan, ribut atau hujan lebat yang merosakkan...


Walhal pesawat tidak perlu terbang merentas lautan jika sistem GPS dimasukkan data yang Bumi adalah rata...


Dengan menggunakan teknologi kamera telefon jenis Huawei yang menggunakan lensa jenis Leica atau Carl Zeiss, anda boleh "zoom" kepada matahari yang hampir terbenam, dan anda mampu melihat bentuk permukaan matahari, walhal sains mendakwa matahari berada 150 juta kilometer dari Bumi... 


Teori Bumi mengelilingi Matahari juga untuk menjustifikasikan kepercayaan kaum Nabi Musa Yahudi dan nenek moyang Illuminati iaitu Raja Namruz yang menyembah Matahari, serta untuk menyesuaikan sistem kalendar Masihi yang berasaskan Matahari, berbanding sistem kalendar Islam yang berpandukan Bulan dan Bintang... 


Ini menjelaskan di dalam Al Quran dan Hadith disebut Bintang, Bulan dan Matahari, dan jika Bintang ialah Matahari, mengapa perlu disebut perkara yang berbeza jika ianya adalah sama... 


Bulan juga boleh dilihat dengan hanya menggunakan kamera DSLR Nikon P900, dengan jelas akan menunjukkan permukaan bulan, yang kononnya berada 400 ribu kilometer jauh dari Bumi... 


Fenomena air pasang surut juga tidak mungkin disebabkan graviti bulan yang jauhnya 400 ribu kilometer, sedangkan air laut yang berat boleh ditarik sehingga satu meter, mengapa pula tubuh manusia tidak ditarik, dan mengapa pula air tasik tidak mengalami pasang dan surut seperti air laut... 


Ini adalah kerana air laut mengandungi garam yang lebih berkesan kepada tarikan magnetik dan bukannya graviti bulan, anda boleh apungkan sebatang jarum yang diletakkan diatas penutup botol yang terapung, dan cuba dekatkan magnet kepada jarum tersebut...


Eksperimen ini juga boleh digunakan untuk membuktikan tarikan magnet kearah kutub utara apabila jarum tadi dimagnetikkan dengan melekatkannnya pada magnet, medan magnetik bersifat lurus, jadi bagaimana pula jarum masih menunjukkan kearah utara, jika seseorang itu berada di hemisfera selatan atau di sekitar kutub selatan... 


Matahari mempunyai daya magnetik positif yang akan menarik air pasang dan surut pada waktu siang, manakala bulan pula mempunyai daya negatif akan menolak air pasang dan surut di waktu malam... 


Bumi mempunyai frekuensi 7.83 Hz, Matahari 126.22 Hz dan Bulan pula 210.43 Hz, dan air serta garam akan bereaksi apabila terdapat gelombang bunyi yang menghasilkan frekuensi, jadi fenonena air pasang dan surut tidak membuktikan Bulan mempunyai graviti... 


Penipuan NASA dan sekutunya dengan mengatakan bahawa Matahari ialah pusat galaksi, supaya manusia tidak yakin bahawa penciptaanya sangat istimewa, kerana Bumi adalah sebenarnya pusat kepada alam semesta...


Satelit seperti MEASAT yang dilancarkan negara untuk kegunaan Maxis dan Astro, hanya "hoax" supaya manusia masih percaya satelit boleh tembus ke angkasa, walhal isyarat tersebut hanya dipantulkan dari darat ke atmosfera dan balik ke darat... 


Jika anda berada di pantai, dengan menggunakan kamera telefon yang boleh zum jarak jauh, anda mampu melihat kapal yang berada berpuluh kilometer di tengah laut, yang tidak sepatutnya nampak jika Bumi adalah bulat... 


Meteor yang kononnya menembusi atmosfera juga sebenarnya adalah mustahil, manakala kesan-kesan meteor yang ada itu adalah kesan dari ujian nuklear atau "nuclear crater", seperti juga ujian nuklear dalam "Project Fish Bowl" yang Amerika dan Soviet lakukan di altitud tinggi untuk cuba memecahkan lingkaran radiasi Bumi... 


Kepalsuan meteor yang menghentam Bumi akan digunakan mereka apabila tiba masa untuk mencipta tsunami gergasi menggunakan bom hidrogen apabila perlu, untuk membunuh manusia secara "total"... 


Malah, jika anda amati pelancaran roket angkasa NASA, semuanya akan menghala ke lautan, tidak seperti roket buatan sendiri yang jelas bergerak lurus keatas... 


Satu lagi hukum fizik tentang air yang tidak akan melengkung, tidak kira bagaimana bentuk dasar air tersebut, permukaan atasnya haruslah lurus, jadi bagaimana air lautan boleh melengkung jika Bumi berbentuk buat atau sfera sekalipun...


Penipuan Bumi berbentuk seperti bola juga adalah untuk menjustifikasikan bahawa latitud dan longitud Kaabah adalah tepat berada di tengah antara kutub utara dan selatan, walhal terbukti bahawa kiblat umat Islam yang sebenarnya adalah terletak di Petra, Jordan, dan bukannya di Mekah, Arab Saudi...


Ayat Al Quran memerintahkan umat Islam untuk menghadap kiblat di Masjidil Haram, tetapi tidak pernah pula disebut perkataan Mekah, melainkan BaitulMaqdis di Palestin disebut, walaupun tidak Al-Aqsa...


Malah, jika anda fikirkan bagaimana manusia di hemisfera selatan seperti di negara Australia mahu mengadap kiblat ke Kaabah, jika Bumi melengkung, dan negara Arab Saudi terletak di garisan Khatulistiwa, sedangkan jelas dalam Al Quran, muka hendaklah mengadap kiblat ketika solat walau di mana-mana manusia di muka Bumi... 


Bukti bahawa hampir setiap masjid yang dibina selepas Islam diasaskan, yang masih wujud di seluruh dunia, semuanya didapati menghadap ke Petra di utara Jordan, dan bukannya di Mekah...


Adakah Masjidil Haram dan Kaabah sebenarnya bukan terletak di Mekah, Arab Saudi, dan ini menjelaskan mengapa begitu banyak Hadith Sahih tentang tanda-tanda kecil kiamat... 


Iaitu peristiwa dan keadaan yang berlaku di Mekah seperti menjulangnya bangunan tinggi melebihi gunung, berlubangnya gunung di Mekah, bayang Kaabah yang tenggelam oleh menara jam, kejadian salji serta Tanah Arab akan kembali subur, yang telah pun benar-benar terjadi akibat tangan-tangan manusia itu sendiri...


Kerana negara Islam yang percayakan Arab Saudi dan Amerika dalam menentukan kaedah untuk menentukan arah kiblat seperti Malaysia, sebenarnya telah tersasar lebih ke Barat...


Maka tidak hairan jika pihak berkuasa Arab Saudi mengarahkan semua masjid kecuali Masjidil Haram untuk memperlahankan azan, menganjurkan festival muzik terbesar dunia, berbuat baik dengan Amerika malah menyokong agenda "two state solution" di Palestin, bahkan yang terbaru Masjidil Haram kembali menjarakkan saf, hanya kerana takutkan varian Omicron Covid-19 yang tidak pun terbukti wujud... 


Tidak mustahil jika sedikit masa lagi tawaf berbogel, berhala di keliling Kaabah serta membunuh anak perempuan kembali diamalkan seperti di zaman Jahiliyyah, selepas Arab Saudi di "Eropahkan" oleh Amerika dan sekutunya... 


Adakah keturunan Bani Saud adalah penjaga sebenar dua kota suci Islam dan adakah benar kota Mekah dan Madinah adalah dua kota suci dan kiblat umat Islam yang sebenar..


Na'udzubillahiminzalik. Wallahua'lam. Allahu Akbar.


#MalayanCyberForces #banjirkonspirasi 

@MalayanCyberForces

Niat

 Pernah bertanya kepada Habib Ismail Jufri, apakah beza penuntut ilmu zaman Habib dulu, dengan kami zaman sekarang ni?


Habib cakap, dalam nada sedikit bergurau, "waktu saya dulu, ramai yang kurus-kurus. Waktu belajar ialah waktu susah, makanan tak banyak, tidur selalu lewat sebab muraja'ah kitab. Itu sebab kami semuanya kurus."


Habib pun menunjukkan beberapa keping gambar beliau semasa belajar.


"Cuba kamu tengok, semuanya kurus-kurus. Sekarang barulah gemuk sikit sebab dah kerja dan makan cukup," ujar Habib sambil gelak kecil.


"Tapi zaman kamu sekarang, zaman belajar dah gemuk-gemuk. Belajar sama banyak dengan makan. Kadang-kadang lagi banyak makan daripada belajar."


Tambah Habib lagi, "ada lagi satu yang pelik pada penuntut ilmu sekarang.


Semua benda kamu nak masukkan dalam media sosial. Belajar kitab kamu nak bagitahu orang, jumpa guru kamu nak bergambar sebab nak masukkan dalam Twitter ke FB ke. Tapi yang ni saya boleh sangka baik lagi. Mungkin mahu tunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.


Tapi, ada yang sampai peringkat, orang yang masuk bersuluk pun mahu 'update' dalam FB. Mujahadah nafsu pun mahu cerita dalam FB. Dia berzikir dengan bilangan sekian sekian, pun masuk dalam FB.


Kamu tak takut niat kamu terpesong?" soal Habib yang sangat menjentik hati.

Selasa, 4 Januari 2022

ا صحب الاحدود

 *MENYINGKAP ASHABUL UHDUD VERSI AKHIR ZAMAN*


Sains perubatan dan teknologi moden seperti vaksin dan dos penggalak pada masa sekarang telah dijadikan alat untuk menyihir manusia hatta ke atas setiap umat Islam sendiri. Pada awalnya adalah menjadi keharusan bagi menghindarkan jangkitan virus namun lama kelamaan telah terjadi sebaliknya.


Alat Sihir yang dimaksudkan di sini ialah manusia pada hari ini dirasakan akan terasa terancam rutin harian kehidupannya jika sekiranya mereka enggan atau menolak daripada mengambil dos vaksin penggalak dan sebagainya.


Ketika negara ini sedang menghadapi krisis ekonomi,  politik dan kesihatan terdapat pihak lain yang berkepentingan cuba mengambil kesempatan dengan menangguk air yang keruh disebalik rekayasa covid corona yang diciptakan sendiri oleh manusia dan pada masa sama cuba menawarkan penawar iaitu vaksin sebagai langkah pencegahan malangnya tahap keberkesanan vaksin tersebut mula menimbulkan pelbagai soalan dan amat meragukan sehingga orang ramai kini sudah mula merasakan dirinya telah tertipu atau diperdayakan. 


Bukan setakat itu sahaja malah pihak berkuasa cuba mengugut dengan memaksa supaya orang awam mengambil dos penggalak jikalau tidak sistem My Sejahtera akan ditukarkan daripada status fully vaksin akan kembali semula menjadi warna putih seperti orang lain yang belum lagi disuntik vaksin. 


Maka mereka tiada pilihan terpaksa menerima dalam keadaan terpaksa. Inilah yang dimaksudkan sihir dalam konteks perubatan atau rawatan sains moden. Apa yang berlaku ini adakah secara kebetulan atau sememangnya telah dirancang oleh pemikir Yahudi Zionis dan China Komunis untuk melemahkan umat Islam.


Impaknya kelapangan umat Islam untuk beribadat di masjid dan surau telah diganggu gugat malah sosio budaya dan cara hidup amalan sunah orang Melayu Islam perlahan-lahan akan ditinggalkan sedikit demi sedikit bahkan suatu masa nanti umat Islam akan memasuki ke lubang biawak mengikut jejak langkah Yahudi Laknatullah.


Mengutip intisari daripada kisah Ashabul Uhdud maka boleh difahami keadaan umat Islam pada hari akan dipaksa tunduk mengikut segala apa yang dimahukan oleh pihak pemerintah malah umat Islam akan terus ditekan dengan pelbagai ujian dan cabaran di mana setiap ujian dan cabaran tersebut benar-benar akan menguji kekuatan iman dan akidah umat Islam.


Dunia seterusnya akan terus mengalami kegelapan serta manusia pada ketika nanti juga akan menghadapi suasana yang amat mengelirukan kerana sudah tidak boleh lagi membezakan ajaran manakah yang sebenarnya menurut syariat Islam yang dibawakan oleh baginda SAW sebagai penyelamat umah.


Tegasnya jikalau mengikut hitung umur dunia ADAM dan Nabi Nuh bahawa tempoh jangka hayat hidup mereka selama 10 kurun bersamaan 100 tahun dan menyamai 1000 tahun mengikut kalender masehi.


Maka anggaran hitung kasar tempoh jangka dunia pada hari ini tidak kurang tinggal lagi berbaki 58 ke 70 tahun. Ini berdasarkan kiraan tempoh umat terdahulu serta bakal munculnya Imam Mahdi genap 40 tahun yang akan memerintah dunia ini selama 7 tahun sebelum turunnya Nabi Isa membunuh Dajjal.


Namun menjadi peringatan ke atas diri kita umat Islam apakah yang akan berlaku  nanti sementara menantikan  munculnya Imam Mahdi ke bumi ini yang akan bersama-sama sebahagian mereka yang dipilih oleh Allah SWT sebagai orang Mukmin.


Bayangkan Dajjal belum turun lagi ke bumi kita sudahpun mengaku kalah kerana terpaksa memilih untuk meneruskan kelangsungan hidup tanpa ada sebarang tekanan dan sekatan.


Sebagai contoh terdekat tidak mengambil vaksin segala kemudahan dan pergerakan ke premis atau destinasi menjadi sukar dan merumitkan. Maka dalam keadaan terpaksa yang dianggap bukan pilihan  akhirnya terpaksa akur dengan kehendak penguasa yang zalim.


Begitulah keadaan gambaran hidup umat Islam pada hari ini seumpama keadaan kisah Ashabul Uhdud di zaman Bani Israil yang menzalimi dan menindas rakyat bawahannya kerana tidak mahu tunduk menyembah Tuhan mereka. Namun mereka tetap kental dengan akidah mereka walaupun dihadapannya api yang menyala ditebing parit yang dibina oleh puak Ashabul Uhdud yang zalim.


Sekian,


Muzakkir Ibadurrahman