Rabu, 31 Januari 2024

Ekjem

 Izinkan aku memberi sedikit luahan dan pandangan sebagai seorang guru sempena tahun ke-10 perkhidmatan. 


TL;PR (Too Long; Please Read) 🤣 


1. Sebelum ni kita ada LINUS. Di hujung penilaian, mesti lepaskan semua budak. Tak boleh budak tu tak lepas semua konstruk. 


2. Datang menteri baru, hapuskan LINUS. Cubaan memperkasa PBD. 


3. Datang menteri baru lain pulak, hapuskan UPSR terus. Masih mahu memperkasa PBD, meletakkan PBD sebagai satu2nya instrumen utama dalam penilaian murid. 


4. PBD pun ada pincangnya. Secara dasarnya, memang boleh letak deskripsi sekian TP sekian tahap yang harus dicapai oleh murid. 


5. Tapi, pengisian data oleh setiap panitia pun berbeza. 


6. Contoh, dalam BM takde kolum nilai dan sikap murid. Dalam MT ada. 


7. Makna kata, sungguh pun budak tu tak pandai dan menguasai kemahiran kognitif, asalkan sikapnya bagus dalam kelas dan menyiapkan kerja rumah yang diberi dengan tekun, masih boleh dinilai dengan TP yang tinggi pada kolum nilai dan sikap tersebut. 


8. Tapi harus diingat, tak semua panitia ada kolum tersebut dalam penilaian dan pengisian data. 


9. Datang menteri baru lagi, kita dihidangkan dengan UASA, instrumen tambahan untuk menilai kognitif murid. 


10. Sebelum ni, alasan yang diberi semasa pemansuhan UPSR adalah taknak melahirkan generasi yang exam oriented. 


11. Sudahnya, generasi yang lahir bukan sekadar tidak exam oriented, malahan adab dan akhlak mithali yang ingin dicapai dengan pelaksanaan PBD pun semakin sayup dari pandangan. 


12. UASA hadir bersama idme. Pengisian data dalam idme terbahagi kepada PBD dan UASA. 


13. PBD mengikut TP, dan UASA mengikut jumlah markah yang dimasukkan oleh guru mata pelajaran per 50. 


14. Apa yang kita tak tahu adalah, markah per 50 tadi rupa2nya ditukarkan menjadi TP (yang tidak dimaklumkan langsung tentang julat penggredan) pada dashboard guru kelas. 


15. Makna kata, guru mata pelajaran nampak sebagai markah yang dimasukkan, tapi guru kelas akan nampak sebagai TP. 


16. Persoalannya, apa rasional menjadikan markah tersebut dalam TP yang sangat subjektif untuk difahami? Kenapa tak boleh kekalkan je markah tersebut dalam bentuk angka?


17. Sungguh begitu, dalam segala macam kekalutan, orang atasan di langit ketujuh nun sana pula hadir dengan keinginan dan kemahuan data yang cantik. 


18. Cuba kita fikir sejenak. Cerita nak data cantik ni dah zaman berzaman pun. Tak pernah berubah. Data yang sampai pada orang atasan semuanya data yang cantik yang telah diubah mengikut selera mereka supaya sekolah tidak dipersoalkan dan guru tidak dipersalahkan. 


19. Tapi sampai bila kita nak hidup dalam kepura-puraan? Data yang cantik tidak akan dapat menafikan masalah anak2 kita di peringkat akar umbi. 


20. Cikgu2 tersepit, antara integriti sebagai seorang guru dan kepatuhan sebagai seorang pekerja. 


21. Bayangkan, kalau kita sentiasa nak hidangkan data yang cantik pada orang awam dan orang atasan, bukankah maknanya kita sebenarnya menipu?


22. Jadi cikgu ni katanya pekerjaan yang mulia, tapi kalau dah sampai menipu data, mana letaknya maruah dan integriti kita sebagai seorang guru?


23. Bila cikgu2 mengeluh dengan sikap sambil lewa pelajar sekarang, kononnya satu jari tuding orang empat jari tuding diri sendiri. 


24. Pusing punya pusing, cikgu jugak yang salah bila anak murid malas dan tak pandai. 


25. Orang pernah tahu tak struggle yang cikgu tu hadapi? Orang pernah berhadapan tak dengan murid yang kita sentiasa kena suap dengan jawapan untuk setiap soalan?


26. Benar, peperiksaan bukanlah satu2nya instrumen untuk menilai tahap kognitif murid. 


27. Tapi, kita tak boleh nafikan peperiksaan adalah instrumen yang paling berkesan dalam menilai tahap kognitif murid. 


28. Nak nilai adab, sahsiah apa semua tu jangan campur adukkan dengan penilaian kognitif. 


29. Benar, bukan semua gajah boleh diuji berenang, bukan semua ikan boleh diuji terbang. 


30. Tapi, pada aku, sebenarnya semua memang ikan dan boleh berenang cuma mungkin ada yang berenang laju, ada yang berenang perlahan, ada yang power berenang kuak lentang, ada yang berenang kupu2. Semua pun ikan dengan tahap kemahiran yang berbeza. 


31. Yang penting, kita kena buat sesuatu dengan keadaan pendidikan kita yang semakin membimbangkan. Kalau perlu uturn pada sistem peperiksaan, uturn jelah demi kemaslahatan bersama. 


Cukuplah 31 point sempena hari yang ke-31 bagi tahun 2024 ni. Harapnya, masih ada sinar buat sistem pendidikan negara kita. Jangan dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran 🥹


Begitulah,

Yang tersakiti,

Cikgu Zulaikha

Cikgu cabuk je 😅🥲

Khamis, 18 Januari 2024

TBE

 Salam Madani adinda YBM Fadhlina Sidek 

Pemikiran streotype - The Butterfly Effect (TBE)


1. TBE melanggar kebiasan streotype yang menyatakan bahawa 'usaha yang banyak akan mendapat lebih banyak hasil'.. atau 'lagi byk terma berkaitan berfikir, lebih meningkat pemikiran' atau 'dgn exam semua subjek termasuk moral, murid akan lebih bermoral'..  Idea ini telah menjadikan pelbagai sistem pendidikan yang sedia rumit menjadi semakin kompleks dan mbuang masa.


2. Jika dinisbahkan kepada DSKP, ia spt idea stereotype dgn memadatkan DSKP seawal mungkin untuk hasilkan murid yang semakin hebat, sesuatu yg tidak dilakukan oleh mana2 negara maju diawal2 persekolahan.


3. Dalam satu sistem yang kompleks spt pendidikan, satu perubahan besar, gagasan besar belum tentu boleh menghasilan sesuatu yang juga besar, malah lebih mudah terjebak dan terbukti pula telah menambah pelbagai kesulitan demi kesulitan yg berterusan.


4. Maka wujud fenomena TBE, yang semakin ketara dalam 4IR bila satu usaha 'signifikan yang kecil tapi smart' boleh menghasilkan kesan yang jauh lebih besar dalam satu sistem yang interconnected, tanpa mengundang komplikasi.


5. TBE adalah analogi seekor kupu-kupu mengibarkan sayap, yang sangat kecil tetapi boleh menghasilkan ribut taufan yang besar. Menaikkan silibus, memadatkannya, menambah konten boleh membawa dan telahpun membawa kepada pelbagai kesulitan..


6. Aku selalu cadangkan, DSKP di sekolah rendah boleh di'buang' 25% yang bukan core concept dan menjadikan selebihnya 75% lagi dipermudahkan... dgn subjek sukan, seni, musik, moral adalah subjek aktiviti, aplikasi, bukan exam.


7. Dgn langkah mudah membuat pengurangan ini.... akan berlaku ombak besar yg akan melanda pendidikan seluruh negara dgn perubahan antaranya..


a. masa untuk guru  fokus kepada tajuk yang lebih superior akan BERTAMBAH


b. murid yang 'slow' boleh mendapat INTERVENSI yang intensif


c. guru boleh menambah AKTIVITI bagi meningkatkan pemahaman murid


d. murid yang  belum menguasai 3M, ada celah masa yang mencukup untuk diajar


e. BURN-OUT guru dapat dikurangkan


f. ANSUR MAJU yang lebih realistik


g. Mengembalikan keseronokan belajar dgn menambah aktiviti


h. Mengurangkan BEBAN guru 


i.  Guru boleh menjalankan PBD dengan lebih tersusun dan berkualiti termasuk embed nilai moral juga


j.  Buku teks lebih santai dan kurang bilangannya.


k. Tiada bengkel diperlukan untuk guru, hanya satu surat siaran memaklumkan pengurangkan tersebut.


l. Bila SEMUA mata pelajaran dikurangkan 25%, secara akumulasi akan mengurangkan tekanan kepada murid yang diadvantages, tanpa mengurangkan kelebihan kepada murid advantages


m.  Senarai ini boleh tambah lagi...


8. Kenapa pemikiran spt ini TIDAK TERDETIK pun dalam minda  pimpinan atasan, apatah lagi nak diharapkan pimpinan pertengahan yg lebih mengiayakan apa sahaja yang datang kepada mereka lalu mempertahankannya..


9.  Banyak lagi langkah yang boleh membawa kepada TBE namun tidak kesampaian untuk difikirkan oleh minda2 stereotype dlm pendidikan negara. Yang mereka tahu hanya utk menambah supaya nampak kerja yg dibuat yg berlonggok akhirnya kpd guru sehingga nk gubal soalanpun hyru hara. 


10. Langkah pengurangan di atas tidak memerlukan tambahan slot atau 7, 8, 9 hatta 20 teras, program, duta, perasmian, town hall yg buang masa dan bajet.


Aku ❤️ sayang kamu !


OT

Selasa, 16 Januari 2024

Old car

 10 “Wajib Tau” jika nak pakai kereta lama 


Nak Membebel ni. Hadam dulu 10 perkara ni kalau tuan2 nak main kereta lama/ klasik ya! 


1) Tidak Sempurna 100%


Kereta lama dah berusia 20-40 tahun mana sama dgn kereta baru keluar kilang. Kdg2 ada yg x kena contoh comot di seatnya, butang x berfungsi atau tercabut atau panel kayu sedikit pudar. Nak mcm baru boleh- kena keluar modal utk buat semula. Itupun takkan dpt 100% Sempurna, 90% itu mungkin.


2) Feel Berbeza


Jgn samakan bawa kereta Honda City terbaharu atau Bezza dgn kereta lama. Mestilah berbeza- pedal minyak dan breknya berat, bodynya berat- perlukan tenaga utk menekannya bukan ada turbo. Kalau dtg test drive kemudian cakap kereta ni x sama dgn kereta anda- memang lah kerana dia kereta lama! Teknologi Berbeza, Feel Berbeza. 


3) Pomen adlh Sahabat 


Jangan sibuk berangan, sebaiknya cari pomen berdekatan yg boleh anda percayai. Tak lah panik kalau ditakdirkan kereta rosak kan. Menggelebah nanti kalau xde pomen. 


4) Banyakkan Kawan


Pakai kereta lama ni kena banyak kawan- sebab dieorg tau mana nak cari barang, apa mungkin punca masalah kereta dan boleh tolong kalau sadai di tengah jalan. Jgn lah hanya menjadi “keyboard warrior”. X Sadai X Otai: Ingat tu kawan2 


5) Kena ada Jiwa


Kalau takde jiwa baik jangan main kereta lama/ klasik. Apa maksudnya? Jiwa tu maksudnya “menerima kereta seadanya & faham ragam dia”. Sebuah kereta lama- kdg2 mesti ada masalah, tak mahal dan susah utk repair, kena sabar dan terus berjiwa. 


6) Duit x perlu banyak


Main kereta lama ni x perlu banyak duit. Banyak brg murah2 itupun kalau kita rajin bertanya dan buat perbandingan. Kalau repair, x perlu sekaligus nanti kering poket tu. Takde duit? Parking tepi dulu. Bila ada duit baru repair. Senang kan?


7) Jgn Sibuk Perkara Remeh Temeh


Bila Pilih kereta lama, jgnlah beri perhatian kepada perkara yg Tidak Utama (remeh temeh), seperti kena ada elektrik seat, kena ada reverse sensor atau kena ada sunroof. Yg paling penting- Kondisi Kereta adakah ia dijaga baik oleh ownernya.


8- Cantik itu Subjektif


Semua benda boleh bikin, kalau reput buat bodynya. Kalau bocor tukar getah nya. Kalau pudar cat semula. Itu kereta anda- jika cantik dan sempurna di mata anda- cantiklah dia. 


9- Harga nya “Berbeza”


Jgn samakan 1 kereta lama. W123 Sedan contohnya ada yg berharga 5 ribu ada yg berharga 40 ribu. Terpulang pada kemampuan masing2. Kalau suka beli, kalau x suka cari lain. 


10- Racun itu Benar, Pengsan itu juga Benar & Berdiri!


Nah anda sudah tau 10 perkara Wajib memiliki kereta lama/ klasik. Jika anda Hadam 10 perkara itu- bolehlah mula Perghhh Pengsan Berdiri! 🤣🤣🤣


Salam Sayang ❤️

AZRIL BAHAMAN 

Pengasas Klasik Mercedes Malaysia 🇲🇾 

Pencetus Perghh Pengsan Berdiri

Ahad, 14 Januari 2024

Suspensi


 Suspension - Multilink/ Wishbone vs Torsion Beam

Zaman 70s 80s 90s ialah di mana zaman letusan idea meledak. Di era ini ekonomi memang boom dan hampir seluruh pemain industri cuba cipta 'kelainan'. 


Peminat automotif pula mempunyai kekuatan kewangan atau dijangka akan beli jugak kereta di zaman itu. Zaman tiada internet, gajet dan hobi ketara yang lain, statistik menunjukkkan, masyarakat akan pilih kereta jugak sebagai satu cara nak habiskan duit lebihan. Jadi sales terjamin.


Bila sales terjamin, duit untuk R&D pun banyak, dan mulalah imovasi dengan unlimited budget.


Jadi antara inovasi yang berjaya ke production ialah


- Citroen dengan suspensi pneumatic


- VW Combi Bus dengan suspension belakang yang agak kompleks bagi sebuah bas sekolah


- Porsche 924 guna teknologi yang diperkenalkan oleh Alfa 75 / Alfetta , menggunakan transaxle untuk 50-50 handling


- Mazda dengan lightweight chassis dan meneruskan idea engineering penyokong kuat N^ZI iaitu enjin Rotary dari Felix Wankel  


- Honda dengan double wishbone kesemua roda untuk kereta entry level


- Audi dengan Quattro dia, sampai kena banned di BTCC 1997


- BMW setia dengan imej 50-50 handling I6 dan RWD


- 911 dengan keras kepala nak jugak enjin duduk di belakang axle belakang dan Turbo....sebab tu dapat jolokan The Widow Maker...banyak dah yang mati terbunuh disebabkan design sangat radikal ini...


- R32 Nissan terlalu over engineered, terpaksa diharamkan di ATCC atas permintaan Ford dan Holden ( Sierra RS menangis tak boleh folo R32 di Bathurst..butthurt betul )


Jadi zaman ini penuh dengan identiti masing masing.


Kalau beli majalah berkaitan kereta, seronok baca teknologi masing masing.


Jadi di zaman ini, pemain industri sebenarnya mewah dan tiada masalah untuk serapkan teknologi ke model production.


Jadi zaman ini,sistem suspensi Torsion Beam hanya untuk kereta level murahan sebab kos nak hasilkan agak rendah.


Maksudnya ia bukan pilihan utama untuk jenama premium mereka.


Sebab itu Honda lama handling dia sedap. Saya ada sebuah SV4 dan juga EG9 ( milik adik ) dan handling dia sewaktu layan corner di jalan pergunungan ala Akina Touge ( Jalan Minyak Beku , Batu Pahat ) memang padu.


Maksud padu ialah, bila ambil selekoh , ianya disampaikan dengan confidence level yang tinggi untuk percaya jentera tersebut mampu selesaikan tugas kritikal, iaitu ambil korner sahaja.


Ada satu perasaan yang susah nak diterangkan dengan ayat, lebih kurang seperti ini ...makin tekan , makin kena sedut ke bumi.....


Itulah perasaan yang diberikan jika naik EG9 atau SV4


Kemudian, abah ada Proton SAGA 12V MegaValve dengan rim 13 inci dan muffler Remus yang original.


Jadi saya pun uji jentera yang sama di Minyak Beku Perfecture jugak, confidence yang ada di Honda tiada di Saga. Jadi tidaklah berani nak tekan melebihi had dia, dahlah jentera ini agak liar di bahagian belakang....


Masa itu manalah pandai nak bezakan Double Wishbone vs Torsion Beam


Dah dewasa ni, bila banyakkan pembacaan barulah faham ...


Ok apa beza dia ?


Double Wishbone dan Multilink membolehkan roda  berinteraksi dengan permukaan jalan secara indipendant atau isolated.


Dalam bahasa mudah, apa juga info di sampaikan, dia hanya berinteraksi dengan roda tersebut sahaja. Info tersebut tidak akan disampaikan ke roda lain.


Jadi, jika Honda EG9 berinteraksi dengan permukaan jalan, kesemua 4 roda akan berfungsi dengan ruang lingkup sendiri, tiada force transfer ke road lain. Dan akhirnya menghasilkan pemanduan  yang padu sekaligus berjaya mempengaruhi di pemandu untuk menambah keyakinan, boleh pergi lagi ni cornering speed...haa mcm itulah ayat dia


Torsion Beam pula dia akan berkongsi maklumat permukaan jalan dengan roda sebelah dia. Contohnya Proton Saga saya langgar lubang maha gergasi di Jalan Pasir Gudang di roda kiri, maka force transfer akan berlaku dan roda kanan pun terima juga gegaran akibat pelanggaran lubang tersebut dan mengurangkan traction.


Sebab itu hanya fighter yang mahir sahaja mampu

jinakkan jentera lumba SAGACUP di litar Sepang. 2:44 kan rekod sekarang kelajuan paling pantas.


Tapi langit tidak selalunya cerah, kemelesetan ekonomi dunia mula terasa sejak awal permulaan 2000 lagi dan kekangan kewangan mula memaksa pemain industri mula mengunakan teknologi murahan untuk kekal survive


Nak restore balik suspension Honda Double wishbone dengan money power di 2024 ni pun demam, mahal wooo ( betapa kuatnya currency zaman dulu )


Honda pun mengalah selepas 13 tahun setia dengan double wishbone depan belakang ke McPherson Strut di depan dan Double Wishbone di roda belakang malah ada juga model Type R guna Torsion Beam di belakang


Tapi disebabkan manusia itu kreatif dan sentiasa maju ke hadapan, teknologi Torsion Beam yang level dia cap ayam di zaman 80s, kini digunakan model Hot Hatch yang premium seperti Renault Megane RS Trophy Edition


Cuba check video Trophy memecahkan rekod fwd stok kilang di Nordshleife


Jadi, stigma Torsion Beam ni cap ayam masalahnya masih kuat di kalangan Boomers, sebab mereka degil, sukar terima perubahan dan nostalgic :D 


Torsion beam kalau didatangkan dengan chassis yang berat seperti S70 dan dibantu oleh teknologi suspensi moden di zaman 2023A ini, ianya selesa dan motorsports oriented sebenarnya.


Torsion Beam sangat suka permukaan jalan yang licin dan rata, litar lumba kan dah tentu rata, jadi kat situ dah nampak advantage dia.


Jadi dah tiba masanya kita tinggalkan era 80s - 90s dan mula menerima acuan baharu teknologi automotive


Haaaa lawanya montot Tesla S di waktu senja dan lampu bentuk C tu menyala ...


Rujukan

- Honda FD McPherson / Double Wishbone

- Inspira McPherson / Multi Link

- Perdana V6 McPherson / Double Wishbone

- X70/X90 McPherson / Multi Link

Majikan

 Sepanjang saya menjadi Majikan saya sudah mengambil hampir berpuluh orang pelajar Degree.


Ada yang saya ambil sebagai designer.

Ada yang saya ambil sebagai pengurus akaun.

Ada yang saya ambil sebagai pembantu.

Ada yang saya ambil untuk kerja HR.


Apa yang saya dapat simpulkan.


Mahasiswa yang mempunyai 3 perkara

ini lebih senang belajar dan menyenangkan

hati majikan yang mengambil mereka.


Yang tiada 3 ciri ini?

Kebanyakkan saya buang selepas

habis tempoh percubaan.


Ciri 1 :

Mereka adalah jenis yang bekerja sambil belajar.


Mereka ini jarang kata No. Jika tak tahu mereka akan tanya sediikit dan buat research sendiri. Mereka juga tak akan berhenti

buat hanya kerana tak tahu. Sampai tahap mereka kadang kala ambil kelas online sendiri dan belajar benda baru yang diperlukan dalam bidang kerja mereka tanpa keluarkan perkataan tak tahu pada bos.


=====


Ciri 2 :

Mereka mempunyai human skill yang sangat tinggi.


Mereka ini pandai bekerja di dalam kumpulan. Mereka boleh menjadi pengikut dan mereka tak takut untuk menjadi ketua. Sifat ini memudahkan majikan menyusun tanggungjawab dan melihat adakah mereka ini sesuai di ambil menjadi permenant team.


=====


Ciri 3 :

Mereka mempunyai skill Design Thinking.


Dunia bisnes hari ini mencabar. Setiap hari ada masalah baru. Sebagai majikan, kita tak akan boleh sediakan handbook untuk setiap masalah. Handbook ini hanya boleh ditulis jika ramai

orang di dalam syarikat kita yang mempunyai kemahiran Design Thinking yang baik.


Jika dapat jenis kena beduk baru nak berfikir, selamat jalanlah.

Malas nak pening kepala.


=====


Jika mereka ada ciri 1 dan 2 tetapi tiada

ciri yang ke 3, saya akan lepaskan mereka.


Jika mereka ada ciri ke 3 tapi tidak

ada ciri 1 dan 2, saya akan latih mereka.


Jika mereka ada ciri ke 3 dan ada

salah satu dari ciri 1 dan 2, saya akan

ambil mereka bekerja.


=====


Graduan perlu faham. Tujuan majikan menggaji pekerja adalah untuk memastikan operasi lancar dan perniagaan dapat berkembang.


Jika tanya saya, subjek apa nak belajar sebagai subjek tambahan di Univeristi. Belajarlah 3 subjek yang saya tulis tadi.


Insya allah nak kerja apa dengan course apa pun tak ada masalah insya allah. Sebab majikan tahu, dengan 3 skill ini, objektif majikan menggajikan anda akan tercapai.


Saya ulang, objektifnya adalah 

"memastikan operasi binses lancar dan

perniagaan dapat berkembang"


====


Jika ada lecturer yang baca, suruhlah student

tuan belajar subjek tambahan ini.


Sekian dari

Majikan SPM tak ada gred.


#tukangfikir