Isnin, 6 Ogos 2012

kamera


PDRM sudah memasang sistem baru untuk mengesan kelajuan kenderaan yang melebihi had laju pada suatu tempat.. kalo dulu tembak bawah jambatan, skrg sudah tukar maa… tetapi sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita mestilah memandu dengan berhati-hati… Berikut diberikan lokasi-lokasi pemasangan sistem baru perangkap hadlaju yang telah dipasang oleh pihak PDRM:

PLUS Arah Utara
■Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
■Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
■Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
■Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
■Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
■Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
■Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.

PLUS Arah Selatan
■Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
■Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
■Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
■Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
■Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
■About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
■At 296.5km and 297km, Bangi junction.
■Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
■At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
■On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
■After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
■Behind the right hand crash barrier at 198.4km. 

Lebuhraya Elite Hubungan Timur Tengah/ Utara
■On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/ Shah Alam exit
■Under the overhead restaurant at USJ/ Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
■Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.

Lebuhraya Elite Hubungan Barat Tengah/  Selatan
■Under the overhead restaurant at USJ/ Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
■Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
■After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.90km/h NKVE Arah Timur/Utara
■300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
■Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km,
80km/h!
■Below bridge at Damansara Junction, 17.5km 

NKVE Arah Barat/Selatan
■Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km
and 25.7km, 80km/h!
■From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
■From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
■Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
■Below railway bridge at 11.2km
■Under the bridge at Shah Alam junction.

Lebuhraya Kesas Timur
■Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.
■Kesas West Bound
■At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala LumpurCity
■Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.

Lebuhraya Kesa – Klang
■Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about
13km mile stone. 70km/h only!

Leburaya Pantai Timur
■East bound, downhill run after Raub junction.
■Maran, 60km/h zone.
■Paya Bungor, 70km/h zone.

Kawasan Negeri Johor Arah Selatan
■Tangkak junction.
■Under the bridge after Yong Peng
■North junction at 97.3km.
■Ayer Hitam junction.
■Sedenak junction.

Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Utara
■Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
■Before Perwaja Steel.
■Sg Petani junction.
■Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
■Penang Bridge at island end.Speed limit 80km/h.

Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Selatan
■Penang Bridge Island end. Speed limit 80km/h.
■About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h.

Kawasan Perak Jalanraya Arah Utara
■Under the bridge at 197.1km and 198.8km, afterKamunting Junction.
■Under the bridge at 204.3km, after KamuntingJunction.
■Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
■Under the bridge at 214.8km, before Kamunting junction.
■Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
■Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
■Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
■Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
■Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
■Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
■Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
■Under the bridge at 373km, Slim River Junction.

Kawasan Perak Arah Selatan
■Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
■Under the bridge at 241.9km, at Kuala Kangsarjunction.
■Under the sign post at 296.1km, before GopengJunction.
■Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
■Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
■Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
■Under the bridge at 372.6km, at SlimRiverjunction.
P.S / Setelah berbillion duit ditabur skang tiba masa untuk kutip balik hahahaha

ujian


Hidup adalah untuk diuji. Ujian itu tidak akan ada hentinya. Selagi kita diuji, selagi itulah kita masih hidup. Jadi bersyukurlah… Ujian itulah jalan untuk kita mengenal Allah. Allah ‘memperkenalkan’ Dirinya di sebalik semua ujianNya. Pada ujian sakit, Allah kenalkan Dirinya yang Maha Penyembuh. Pada ujian miskin, Allah perkenalkan diriNya yang Maha Kaya. Pada ujian fitnah, Allah sedang memperkenalkan diriNya yang Maha Penyabar…

Tidak ada hari tanpa diuji, kerana atas hukum itulah kita hidup dan mati. Semoga dengan itu kenal kita kepada Allah makin tinggi… dan akhirnya, cinta kita kepadaNya pun semakin meningkat. Hakikatnya, apabila kita belum cinta, itu petanda kenal kita belum sempurna. 

Ujian, membuktikan bahawa di sebalik kuasa diri yang sering kita fokuskan ini, ada kuasa Allah yang Maha Berkuasa di atas segala kuasa. Ke situlah perjalanan hati ini sewajarnya dipacu. Sentiasa bersangka baik bukan hanya bermakna yang baik-baik akan berlaku dalam hidup ini, tetapi hati kita diberi kekuatan untuk menghadapi ‘sesuatu yang tidak baik’ dengan hati yang baik.
Apabila berlaku sesuatu yang tidak diduga, tidak disangka, tidak dipinta… jangan kecewa, marah apalagi mencela. Tetapi tanyakanlah diri, apakah maksud baik Allah di sebalik semua itu. Dengarlah ‘bisikan’ tarbiah Allah di sebalik segala mehnah (ujian). Allah tidak akan menzalimi kita. Ujian itu penting, tetapi bagaimana kita menghadapinya jauh lebih penting.

Dalam hidup, peganglah prinsip ini untuk bahagia. Prinsip yang dipegang oleh Nabi Muhammad SAW dalam apa jua ujian yang melanda… “aku hamba Allah, Dia tidak akan mengecewakanku!”

Saudara/i, pembaca… maafkan aku, ketika terlalu sibuk ‘menguruskan’ diri sendiri, aku kehilangan daya untuk terus berkongsi. Bukan kerana mementingkan diri, tetapi begitulah sunnatullah dalam perjalanan hidup… apa yang bergolak di dalam kadangkala menyebabkan segala yang di luar menjadi bungkam.

Namun, mana mungkin kita lari daripada tanggung jawab dan peranan? Lalu, kugagahi juga untuk berbicara… Bicara tentang ujian. Bicara tentang bahagia. Bicara tentang iman… 

pilih


Gambar ini bercerita tentang yang "dipilih"

Gambar ini bercerita tentang yang "memilih"

Sabtu, 4 Ogos 2012

FB :)






























want


Ermm.... nie kesimpulan yang aku dapat selepas termenung beberapa saat selepas keletihan menyiapkan beberapa kerja pasal projek Master aku... Pasal kita semua.... yang mana kita mahu dan tak mahu... Sebelum diciterkan lebih banyak.... Elok la aku bagi satu hadis yang berbunyi walaupun kat dalam blog nie takde sumber bunyi-bunyian....

"Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam golongan kaum itu," (Imam Abu Daud, Ahmad bin Hanbal)

So.... kita tengok apa yang kita SEBENARNYA mahu dan tak mahu...

Bila orang kapiaq sambut Valentine day..... Kita MAHU SAMBUT.. Suka sangat la bab-bab ni kan..

Bila orang kapiaq sambut April Fool... Kita pun MAHU SAMBUT.. Nama pun dah FOOL... nak jugak sambut...

Bila orang kapiaq sambut hari Mothers Day... Kita dengan nekadnya MAHU SAMBUT.. Logiknya tak salah..

Bila orang kapiaq sambut Halloween... Kita MAHU SAMBUT jugak... Nampak happening!

Bila orang kapiaq sambut MASQUERADE DAY.... Kita pun MAHU SAMBUT... Nampak hebat dan best bila dapat pakai topeng...

Bila orang kapiaq sambut bla bla bla... Kita pun terketaq-ketaq MAHU SAMBUT bla bla bla jugaaak.... Sebab ikut trend semasa katanya.....

HAIHHH....cuba banding dengan yang bawah nie.....

Bila ISLAM suruh solat lima waktu sehari semalam.... Kita TIDAK MAHU... Luaran hangguk...dalam hati melaung-laung tak mahu!

Bila ISLAM suruh baca Al-Quran... Kita TIDAK MAHU... Padahal segala ilmu ada dalam tuu..

Bila ISLAM suruh TUTUP AURAT... Kita TIDAK MAHU.... alasan panas... tak ikut perkembangan fesyen.... 

Bila ISLAM suruh laksanakan HUKUM ALLAH ( Hudud sebagai contoh)... Kita TIDAK MAHU... Sebab nanti ramai la yang takde tangan kene potong [Alasan si bangang]

Bila ISLAM suruh perbanyakkan zikir dan solat sunat... Kita TIDAK MAHU....sebab terlalu sibuk dengan kerja dunia... Siap kutuk lagi...

Bila ISLAM suruh JAUHI ZINA... Kita TIDAK MAHU jugaakk.... Sebab camne nak kapel nanti... Tak syok la kan takleh dating....


Ok.....cuba korang baca hadis kat atas tu.... dan bandingkan dengan yang mana korang mahu dan tak mahu.... Cuba renungkan dan tanya diri masing-masing.... Korang tu menyerupai golongan KAPIAQ kaa..... golongan MUSLIM.... AKu tak mau tuding jari kat sapa-sapa...Tapi korang sendiri yang tentukan.....

Yang mana ke arah KAPIAQ tu.... Jangan risau.... Ada masa lagi nak bertaubat.... Bila??? Masanya adalah selepas habis baca entri aku nie!! Terus TOBAT!! Tak payah nak tunggu-tunggu... Mana tau lepas nie dah mati.... Hanya Allah sahaja yang tau..... :)

P/S: Yang mana dah termasuk golongan MUSLIM...jangan takabbur.... Sila teruskan amalan... Semoga diberkati...Aminn....:)

zaman fitnah



Sedar tak sedar.... sambil masyarakat Islam di Malaysia sedang asyik mencari-cari baju raya (walaupun baru je start puasa)....Sedang leka tidur lena lepas subuh dan waktu tengah hari.... Sedang asyik tengok TV rancangan hiburan sana sini.....Sedang rancak berborak pasal politik situ sini.... Di waktu yang sama....ramai umat Islam di dunia sedang dibunuh dan dipijak......Bukan sahaja di Palestin....Tapi di Syria...Dan yang paling dekat dengan kita....di Rohingya, Myanmar !!

Aku pelik.....kenapa pihak media massa negara kita tak hebahkan perkara nie?? Ramai yang tak tau... yang tau nyer..... Sukan Olimpik sedang berlangsung di London... EURO 2012 baru habis.... Rancangan hiburan... Persembahan konsert sana sini.... Gosip para artis.......berita-berita angin pasal ahli politik..... Tapi kenapa tidak atau sedikit sahaja diberitahu pasal umat Islam di Rohingya, Myanmar ?? 

Untuk pengetahuan semua yang duk baca blog nie yang hanya duk di level selipar jepun je nie kalau nak banding dengan media massa kita tu..... Muslim di Rohingya sedang menderita.....sedang melarikan diri dari pembunuhan beramai-ramai.... ada yang lari ke Bangladesh...... ada jugak yang cuba lari ke negara lain.... Ada jugak hidup secara sembunyi di hutan-hutan...gua-gua... mana-mana sahaja asalkan boleh menyelamatkan diri dari rejim askar Myanmar... Semata-mata nak teruskan kehidupan!

Ramai yang dah mati....ditembak secara membabi buta tanpa mengira melawan atau melarikan diri.... Ada yang ditembak masa sembahyang... ada yang dipukul sampai lumat... hancur muka dan seluruh tulangnya.... ada yang dibakar hidup-hidup.... ada yang dirogol... diseksa...dijadikan hamba abdi sebelum dibunuh.... 

Mana perginya umat Islam negara lain? Ke sebab yang mati tu orang Myanmar, tak nak ambek kisah?? Bukan orang Myanmar yang mati tu....MUSLIM !! Sedara seagama kita !! Tapi kenapa tak rase apa-apa? Sebab kebanyakan dari kita nie dah dirasuk dengan minda si laknat Dajjal.... Hah? Apa kaitan? Memang ada kaitan!! Sebab Dajjal ajar korang sayangkan bangsa...sayangkan negara...sayangkan harta..sayangkan parti....sayangkan hiburan...SAYANGKAN DUNIA... mana perginya agama? Sedangkan sayangkan agama yang lebih utama....

Muslim di Rohingya banyak yang dah mati..... dah melebihi 10 000 orang secara kasar..... Masjid-masjid banyak yang dah dibakar... rumah-rumah mereka juga turut dibakar.... Apa tindakan dari kita? Hanya mengangguk dan jawab, "Oh....I See....(OIC)"... Cam tu je ker?? Mana habis yang kononnya nak membela Islam tu....mana perginya aktivis-aktivis yang kononnya memperjuangkan Islam tu.... Mana perginya media massa yang selalu mencanangkan "Selalu memberikan berita benar dan isu semasa" tu?? Bukan ke nie isu semasa dan berita yang benar??

Niat aku buat entri nie satu jer... supaya kita sedar yang di Rohingya, Myanmar....sedang berlaku pergolakan yang amat teruk melibatkan muslim... Cuba fikirkan.... Kita di sini masih mampu bersahur dan berbuka di rumah dengan tenang dan aman.... Bagaimana mereka di Rohingya meyambut bulan Ramadhan ni? Sempat ke mereka bersahur? Ada makanan ker untuk mereka berbuka puasa? Atau........ terpaksa berlapar dahaga berhari-hari ?

Bukan sahaja di Myanmar....di Syria pun turut bergolak.... Mungkin di sana banyak media yang memberi berita...Mungkin sebab ada pelajar Malaysia yang duk kat sana.... Tapi perlu ke mengira bulu sendiri macam tu baru nak bagi berita? Bukan ke muslim tu juga satu keutamaan juga? Adakah kita sudah tidak sensitif lagi? Adakah kita tidak menganggap golongan muslim di negara lain sebagai saudara? Di mana level penghayatan agama kita ? Setakat di peringkat bangsa je ker? Atau di peringkat parti-parti politik.....atau di peringkat diri sendiri sahaja?? Atau.......... sebelum nie cuma berlakon sahaja untuk mendapatkan publisiti? Tepuk dada tanya iman....

Ada orang kata.... zaman Dajjal ialah zaman di mana umat Islam didera dan dibunuh sesuka hati tanpa diusik sesape pun..... Nah..... Bukan ke mereka sedang dibunuh tanpa liputan dan tanpa belas kasihan? Sama juga di Syria...sama juga yang pernah berlaku di negara-negara lain termasuk jiran kita, Thailand. Bukan ke tu dah menunjukkan kita sekarang berada di zaman Dajjal Laknatullah? Mungkin ada yang kata, kat Malaysia aman jer... kita ok jer..... Yupp....memang ok...tapi kita pun dah diserang! Secara dalaman sememangnya kita sendiri sedang nazak!!  Atau lebih tepat.....KITA LEBIH NAZAK BERBANDING YANG LAIN!!

Berapa ramai umat Islam di negara Malaysia nie tak tutup aurat? Berapa ramai umat Islam di negara kita nie berzina? Berapa ramai yang minum arak dan main judi? Berapa ramai yang selalu tinggal solat dengan sengaja? Berapa ramai yang memang TAK SUKA dilaksanakan hukum HUDUD? Berapa ramai yang buta Quran dan hadis? Tak cukup lagi jawapan aku nie?

Contoh yang paling dekat.... bagi yang mengaku dirinya beriman....cuba tanya diri sendiri.... berapa kuat kah iman di dada masing-masing? Adakah sehebat para sahabat Nabi? Adakah sehebat sahabat kepada sahabat Nabi? Adakah sehebat sahabat kepada sahabat kepada sahabat Nabi? TIDAK.....kebanyakan iman geng-geng kita nie hanya seciput je dari depa..... Kalau SALAH apa yang aku bagitau nie.. Sudah tentu lepas korang tau umat Islam di Rohingya dibunuh macam nie....Serta merta kita semua pergi BERJIHAD di sana.... Tanpa nak pikir pasal kerja...pasal duit...pasal passport...pasal hidup susah...dan segala macam ALASAN yang cuba diada-adakan... Dan nak tunjuknya iman kita lebih teruk dari itu....Korang langsung tak nak ambek tau pasal mereka!! Ibarat orang sedang rogol dan bunuh adik kita sendiri....Korang cuma tengok sambil makan pop corn....Pastu cuma cakap, "KESIAN......".  ITU LER TARAF IMAN KITA!! TARAF HAMPIR GILA!

Untuk dapatkan info lebih pasal pembunuhan di Rohingya....boleh cuba Google kan...taip ler Myanmar Rohingya Holocaust....atau ethnic cleansing at Rohingya.... banyak maklumat berkenaan mereka... Please..... Sempena bulan Ramadhan nie....sama-sama la pakat berubah... Mengubah konsep pemahaman"SAUDARA" dalam minda masing-masing.... Yang disyorkan Islam bukan saudara sebangsa....saudara sealiran politik....atau saudara senegeri..... Tapi SAUDARA SEAGAMA.... Bukan setakat 1Malaysia.... Tapi konsep satu yang lebih kukuh dan mantap...SATU TUHAN.....Hulur-hulurkan la bantuan kepada mereka di sana.... Gunakan apa yang korang ada.....Pengaruh..... Harta.... Jawatan...dan sebagainya untuk mereka... Aku cuma ada blog buruk nie jer..... So dengan blog nie aku berjuang...diiringi dengan doa selepas terawih dan witir.... Sesungguhnya aku mengaku...iman di dada masih belum cukup mantap untuk didabik-dabikkan.....

P/S: Sesungguhnya kita semua sedang "DIROGOL" dan "DIANJING-ANJINGKAN" puak-puak Dajjal tanpa disedari.... Malu la wei!

berserah pada Allah!


Kepada sesape yang memang folo akan teori konspirasi Dajjal nie....aku rasa benda nie korang sumer dah tau dah.... Tapi aku terlintas nak buat entri jugak khas untuk kepada sesape yang masih belum tau lagi pasal nie.... Teori yang mengaitkan sukan olimpik 2012 di London nie adalah salah satu ritual besar-besaran geng-geng penyembah Lucifer atau nama senangnya IBLIS....dan dikaitkan juga satu ritual khas menyambut kepulangan Dajjal ke tanah yang dijanjikan iaitu kawasan Palestin yang dihuni puak Israel tu...

Aku tak kata 100% betul...aku tak pun kata benda nie benar sebenar-benarnya.... Tapi aku percaya akan kemunculan Dajjal....Fitnah Dajjal....dan kisah-kisah Dajjal... Secara ringkasnya.... Dajjal dikatakan telah bebas sejak kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. lagi... Telah menyebarkan pengaruhnya ke seluruh dunia dalam masa 40hari jer.. Tapi si Laknatullah nie akan menonjolkan dirinya pada suatu masa di mana akan berlaku huru-hara yang dahsyat dan dia akan menjadi "Penyelamat" kepada dunia tu... wallahuallam...

Ok... sebelum aku nak berborak panjang kat sini...ada baiknya kalau korang tengok video nie dulu.... Video yang mengaitkan Sukan Olimpik 2012 di London nie dengan ritual geng-geng Dajjal - Illuminati danFreemason.... Percaya tak percaya....tengok jer dulu.... Agak lama...tapi sabarla yer... Tengok bola pun boleh lelamer...pi shopping pun boleh jer lelamer...BERGOSIP berjam-jam pun takper... So setakat mane la sangat sejam lebih tu...:)

Popout

Ok....dah tengok? Sape kat sini tengok opening depa? Opening Sukan Olimpik 2012 di London tu... ada yang menarik perhatian tak? Ada baby besar...ada manusia yang pegang tongkat yang tinggi...(Dikaitkan Nabi Musa a.s)...ada pokok besar tak masa opening tu..(dikaitkan pokok Gharqad, satu-satunya pokok yang menyebelahi geng Dajjal nanti)... Apa lagi yang menarik.... Cuba ingat balik....betul ke tak... Soalan aku....APA KAITAN DENGAN OLIMPIK?? APA KAITAN DENGAN SUKAN? Wondering.............

Sebelum aku membebel lagi panjang...ada baiknya aku citer la sikit apa yang aku tau pasal gerakanFreemason dan Illuminati nie.... Ritual depa nie selalunya dilakukan dalam masa kitaran 11 tahun... Sebab depa nie asalnya ada kaitan dengan kitaran matahari (Tuhan Mesir- Amun-Ra, kalau dilihat...simbol Tuhan Mesir adalah "One-Eye")... Setiap 11 tahun...akan ada pertumpahan darah sebagai acara sambutan menyembah berhala depa (Dalam konteks depa - sembah Setan).. Cuba ingat balik peristiwa lepas...paling senang....9/11... Berlaku pada tahun bila? Dan SUDAH PASTI dah kan 9/11 tu adalah kerje orang dalam... Dari situ ler timbulWar Of Terror... Peperangan yang menyalahkan umat Islam...

11 tahun dari tahun berlakunya peristiwa tu....adalah tahun 2012... Maka ramai pengkaji menjangkakan akan ada satu peristiwa besar berlaku dalam tahun nie.... Ok.... Sekarang tengok pasal sejarah pula... kitaran tahun kaum Maya berakhir pada tahun 2012... ramai yang kata KIAMAT... Tapi bagi pengkaji berdasarkan Quran dan sunnah tak kata macam tu....Depa cakap lebih kepada akan berlaku kitaran kehidupan yang baru...iaitu seperti zaman Nabi Nuh a.s.... berlakunya titik tolak perubahan besar di dunia nie.... Tapi tak diberitahu malapetaka atau ape ke benda.... Adakah mungkin berlaku satu peristiwa macam tu di London tahun nie?

Ok...tengok pula kalendar Cina..... Tahun 2012 adalah dalam tahun naga.....iaitu tahun yang sememangnya dipercayai akan berlaku peristiwa besar... betul ke tak ye kaum-kaum Cina sekalian? Lagi ape lagi yer.... ada lagi....ada lagi.....Kajian monumen candi (Betul ke candi??) Borobudur pun sama.....menjurus ke arah tahun 2012.... Pelik? Memang pelik... sebab setiap sejarah ada kisahnya.... ada lagi ke? Ada......Kajian Surah Ar-Rahman.....menjurus kepada tahun 1433H iaitu tahun nie juga...... Dan dikatakan akan ada 33 peristiwa besar akan berlaku bermula dari 1433H itu..... Mengarut? Cuba cek di Google sat....tengok sendiri.... Ada lagi ker? Percaya atau tak....ada lagi wei....

Mengikut hadis Nabi...akan ada satu suara yang akan mengejutkan datang dari langit pada pertengahan bulan Ramadhan.....cer tengok..

Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum’at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari rumahnya, pada malam Jum’at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum’at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah “, karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.

Ok....kejap...Pada malam 15 Ramadhan tahun nie.... jatuh pada hari Jumaat! Ada kene-mengena ker? Atau semata-mata kebetulan? Aku bagi persoalan jer...percaya tak percaya terserah kat pembaca yer....Ini cuma pendapat yang dhaif tapi sekadar untuk berkongsi.... Jika dilihat dari hadis tu...dikatakan pertengahan bulan Ramadhan...Tak de dicakapkan tepat 15 Ramadhan... Minggu minggu seterusnya... atau beberapa hari seterusnya... Tapi yang penting..dikatakan jatuh pada malam Jumaat...

MAHU PERCAYA ATAU TIDAK? Bagi aku.... tak salah jika kita sediakan perlindungan awal takut-takut benda nie betul-betul terjadi..... Kuatkan amal...hafallah 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi.... Dan bersujud lah kepada Allah meminta perlindungan.... Sesungguhnya iman dan amal akan melindungi diri kita dari terjebak dan termasuk ke dalam golongan Dajjal tu... Bertaubat la kalau banyak buat silap...tak rugi pun kan.... Kalau ditakdirkan mati pun....Berharapla kita mati dengan bekalan yang cukup...Kalau rasa tak cukup...PEGI LER CUKUPKAN! Kalau tak jadi peristiwa nie pun tak rugi... Dah ada penambahbaikan dalam diri.....Kan?
Kalau takut sangat...tak payah tengok langsung Closing ceremony Olimpik 2012 tu.... Sebab ada jugak yang cakap..... Daripada ritual tu...akan dibacakan jampi serapah atau sihir kepada semua penduduk dunia yang mendengarnya supaya taat dan patuh kepada Dajjal....Tak kira dari kaca TV atau secara langsung... Jadi....jalan selamat....Off kan TV...pi buat ibadat! Kalau malas....pi tidur....Wallahuallam....

Dalam kerisauan takut berlaku bencana atau satu event yang besar yang akan mengejutkan dunia.... Ada mungkinnya tidak ada apa-apa yang berlaku.... Cuma yang berlaku cuma ritual sahaja... Ritual menyambut kepulangan raja depa....Dajjal. Apa yang perlu kita buat... Yakin la dengan Quran dan hadis....  

Aku takde la taksub sampai percaya buta-buta pasal benda nie....Sebab semua yang terjadi hanya dari izin-Nya....tapi aku yakin yang Dajjal akan muncul suatu hari nanti (Atau sudah muncul?)..... Sebab tengok je la sekeliling korang.... Muslim sekarang dibunuh sana-sini...Di Rohingya...Di Syria...Di Mesir...Di Palestin.... Apa kita buat? Setakat menderma je mampu....Lepas menderma...kembali buat maksiat dan dosa... Terkinja-kinja di konsert Justin Bibir dan K-Pop...Kita tengok pulak dalam negara kita....Berapa kerat je Muslim sejati.... Kebanyakan sanggup tinggal agama demi sesuap nasik... Sanggup mempertahankan maksiat dan hiburan berbanding kesucian agama... Tepuk la dada masing-masing....

Sememangnya sistem kabbalah atau sistem pemyembahan Syaitan nie sudah lama berlaku di dunia golongan elit.... Golongan yang memegang tunjang kekayaan dunia nie...Yang nie memang tak boleh disangkal...Yang tak percaya pasal nie cuma orang-orang yang TAK TAHU SEJARAH sahaja....Cuma benar atau tidak Olimpik tu adalah salah satu ritual depa....Itu memang takde kepastian...tunggu je la sampai masanya tiba... Kalau lepas tarikh tu takde paper...maknanya sangkaan beberapa pengkaji tu tidak benar la kan.... Tapi....Golongan Freemason dan Illuminati nie MEMANG WUJUD...

P/S: Kuatkan "RUMAH" korang.... Teguhkan TIANG agama....Mantapkan DINDING agama kita... Sempurnakan BUMBUNG diri kita....InsyaAllah... Selamatlah kita...kalau mati pun... biarlah mati dalam penuh keimanan...