Jumaat, 19 Oktober 2012

aturcara Qurban

Cadangan Aturcara di pagi ied adha menurut mazhab Syafi’i:
1. Solat subuh berjamaah di masjid.
2. Takbir beramai ramai (setelah wirid dan tidak meninggalkan masjid)
3. Syuruq, Terbit Matahari, masuk waktu solat ied adha.
4. Teruskan takbir hingga waktu ISYRAQ (27 minit selepas syuruq). 

5. Mendirikan solat sunat ied adha ketika waktu isyraq itu kerana itu lah waktu afdhal utk mendirikannya.
6. Khutbah ied adha.
7. Pulang ke rumah utk sarapan kerana bagi ied adha sunat ditangguh sarapan hingga selepas solat, berbanding ied fitri, sunat sarapan sebelum solat sunat eid fitri.
8. Segera ke tempat penyembelihan, qurban dan agihkan daging.
9. Bersiap untuk ke masjid untuk solat Fardhu Jumaat.
PESANAN: Tidak digalakkan pulang ke rumah setelah solat subuh berjamaah di masjid supaya solat ied adha dapat segera didirikan. Tidak perlu tunggu jam 8:30 untuk memulakan solat, tetapi dirikanlah solat sunat ied adha sebaik sahaja masuk waktu afdhalnya, iaitu 27 minit selepas syuruq (terbit matahari).

Tak koje mike?

DIA TIDAK BEKERJA?????

Buat suami2 yang bekerja di luar sana dan isteri berada di rumah:

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?


Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor : Halimah pula?

Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??

Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??

Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?

Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?

Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Halimah buat?

Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit.

Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?????

Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?????

Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!!!

Fikir2kan dan renung2kanlah.......

Checklist PSPM III PDT KMS-hehdi






Khamis, 18 Oktober 2012

Hidup & mati -----> dalam I M AN ! amin

"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI: 
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang Kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti. 

Hisablah Hari pertama semoga Hari yang kedua
Kita lebih baik kerana mungkin ajal Kita pada Hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
Adalah pemberian Allah secara percuma Dan
Carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
Nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
Nyawa Dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
Dan Kita hanya diyakinkan oleh keyakinan Kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula Ada 6 Dan apabila
Hilang salah satu daripadanya maka hilanglah IA.

Kelazatan Dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran Kita Dan untuk mendapatkannya
Terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
Dan puncaknya adalah SOLAT .. . Amat sukar untuk dipercayai
Bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
Umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
Tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,
Umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem .. .
Apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
Pada penerimanya .. . Lalu dia pun berkata
Setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda .. . Atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah Kita semestinya bersyukur
Atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada Kita .. .
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
Secara percuma untuk Kita berzikir mengingati~Nya
Setiap detik Dan ketika, hinggalah Kita kembali
Kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang .. .
Lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
Kita redha Dan Allah meredhai.

Semoga Kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa
Di dunia jua di akhirat kelak serta
Di dalam rahmat Allah s.w.t.

kuliah kimi-'A'! terakhir

barisan kanan... sorang aje kumbang

bukti kehadiran

kiri
DM2 T5 ---> tutor kimi-'A'! LAST sem III (bukti kehadiran)

DM3 T4 ---> tutor kimi-'A'! LAST sem III (bukti kehadiran)

Rabu, 17 Oktober 2012

nak kena panah petir 12.59 pm?


MESYUARAT TETAP DITERUSKAN KETIKA AZAN SOLAT JUMAAT BERKUMANDANG

27 Sep 2012

SUNGGUH mengecewakan apabila pihak pengurusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan di Putrajaya sanggup mengetepikan kewajipan solat Jumaat semata-mata untuk bermesyuarat pada minggu lalu.

Pengerusi mesyuarat, seorang pegawai atasan kementerian, tetap meneruskan mesyuarat bersama wakil daripada media walaupun azan solat Jumaat sedang berkumandang dengan jelas.

Tiga pegawai kanan kementerian (lelaki Islam) dalam mesyuarat itu juga seolah-olah tiada rasa bersalah apabila pegawai atasan itu memutuskan untuk tidak menghentikan mesyuarat ketika azan kedengaran dari Masjid Sultan Mizan, kira-kira 150 meter sahaja dari bangunan itu.

Lebih menyedihkan, seorang pegawai kanan kementerian itu dalam mesyuarat tersebut (Islam dan bergelar Datuk), sanggup memberi 'sokongan' kepada pegawai atasan itu untuk meneruskan mesyuarat tanpa berhenti untuk solat Jumaat.

Diharap pihak Ketua Setiausaha Negara memandang serius perkara ini supaya individu yang dipilih menerajui pentadbiran atasan sesebuah kementerian tidak memperlekehkan hal agama kerana Islam adalah agama rasmi negara ini apatah lagi jika melibatkan pegawai beragama Islam.

TAKUT DOSA
Kuala Lumpur


AMBIL TINDAKAN PEGAWAI TERUSKAN MESYUARAT KETIKA AZAN JUMAAT BERKUMANDANG

12 Okt 2012

SAYA ingin merujuk kepada surat bertajuk 'Mesyuarat tetap diteruskan ketika azan solat Jumaat berkumandang' oleh Takut Dosa di ruangan ini pada Khamis 27 Septembr lalu.

Memang amat menyedihkan apabila kita sedang sibuk melaungkan slogan kecaman terhadap penghinaan ke atas Rasulullah dilakukan di seluruh dunia, di dalam negara kita sendiri terdapat penjawat awam yang memperlekehkan agama Islam.

Dalam hal berkenaan, pengerusi mesyuarat perlu bertanggungjawab penuh kerana beliau yang menentukan perjalanan sesuatu mesyuarat, apatah lagi beliau seorang pegawai tertinggi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang sepatutnya lebih sensitif dengan hal agama.

Pengabaian solat Jumaat bukan suatu yang boleh dipandang ringan. Jika dirujuk kepada undang-undang Syariah, Seksyen 14 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan (Akta 559) telah menyatakan bahawa tidak bersolat Jumaat boleh dihukum denda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya.

Jika tidak tindakan tegas diambil bagi kes ini, pastinya akan wujud persepsi masyarakat bahawa kerajaan mengambil mudah hal-hal agama Islam dalam pentadbiran organisasi kerajaan, sedangkan kerajaan sudah menggariskan peraturan yang cukup jelas dan serba lengkap dalam aspek perundangan Islam.

Seperti mana yang kerap ditegaskan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), pegawai atasan perlu sentiasa mengambil berat aspek kebajikan manakala aspek agama adalah sebahagian daripadanya.

Diharap apa yang berlaku tidak berulang dan menjadi iktibar kepada semua penjawat awam seluruh negara.
JUSA PENCEN

Bukit Kiara, Kuala Lumpur

Selasa, 16 Oktober 2012

adab menuntut ilmu

Adab Menuntut Ilmu

1.Ikhlas


Menuntut ilmu tidaklah untuk lulus dalam perperiksaaan, untuk bergaji tinggi, untuk dikatakan orang yang bijak pandai atau lain2 niat melainkan hanya kerana Allah SWT.

Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT ataupun menghendaki menuntut ilmu selain daripada kerana Allah SWT, maka disediakan tempat duduknya daripada neraka." [HR Tarmizi]

2.Beradab dengan orang yang memberi ilmu

Berkata Imam Syafie :

"Siapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah, maka hendaklah ia bersunyi diri, sedikit makan, menjauhi daripada bergaul dengan orang yang bodoh, dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu" [Syarah Mazhab, jilid 1, m/s 31]

3.Banyak Sabar

Imam Syafie pernah berkata:

"Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, m/s: 237]

4. Tulis setiap yang dipelajari

Kata Abu Hurairah ra:

"Tidak ada seorangpun daripada sahabat Rasulullah SAW yang paling banyak meriwayatkan hadis kecuali Abdullah bin Amr bin al Asr, maka sesungguhnya dia telah menulis dan aku tidak menulis" [HR Ahmad dan Baihaqi]

5.Tawadhu'

Imam Ahmad bin Hambal berkata:

"Kami disuruh supaya tawadhu' (rendah diri) kepada siapa yang kami pelajari ilmu daripadanya." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, m/s 274]

6.Menjahui dari makan banyak

Ibn Jama'ah berkata:

"Sebesar-besar perkara yang menolong seorang penuntut ilmu dengan kefahaman dan tidak rasa jemu adalah makan sekadarnya daripada makan yang halal." [Kitab Fadhlu al Ilmi m/s 222]

7.Tidur yang sedikit

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata air, mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan pada akhir malam mereka meminta ampun (kepada Allah SWT)." [Az Zariyat 51 : 15 – 18]

8.Kurangkan berkata-kata yang tidak menfaat

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka bercakaplah dengan perkataan yang baik ataupun diam."

Wallahua'lam