Ahad, 24 Ogos 2014

Emas


1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas. Zaman Rasullullah SAW, nilai seekor kambing adalah 1 dinar, zaman Kerajaan Melayu Melaka pun seekor kambing bersamaan 1 dinar, sekarang pun harga kambing tetap 1 dinar. Tengoklah betapa kebalnya Dinar emas terhadap inflasi.

2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum).

3. Nombor atom untuk emas adalah 79.

4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas, hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod.

5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial.

6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.

7. Emas adalah logam paling lembut di muka bumi.Terdapat sedikit keraguan untuk fakta ini, hasil perbincangan dengan yang lebih arif mengatakan logam yang paling lembut adalah CESIUM.

8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia.

9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun di dalam air (tidak berkarat).Tidak hairanlah kalau emas boleh disimpan sehingga beribu tahun tanpa hilang atau susut nilai. Tidak seperti logam lain yang tidak stabil dan mudah teroksida (berkarat).

10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.

11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol sama ada Islam, hindu ataupun aties.

12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161 juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.

13. Emas memainkan beberapa peranan penting dalam pembuatan komputer, alat komunikasi, kapal angkasa, enjin pesawat jet, kapal terbang, dan hasil pengeluaran yang lain.

14. Daya tahan terhadap pengoksidaan membolehkan emas digunakan secara berleluasa dalam pembuatan lapisan nipis elektroplat pada permukaan penyambung elektrik untuk memastikan penyambungan yang baik.

15. Seperti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa, dan ini kadang kala digunakan sebagai bahan pengisi gigi.

16. Emas adalah unsur paling pasif, stabil dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain.

17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitric. Logam-logam lain seperti Silver (Ag) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.

18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.

19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas di dunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.

20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi hanya 2 kolam saiz Olimpik.

21. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki² (3300 meter persegi) ~(57m x 57m)

22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent.

23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain.

24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat kelogaman (metallugical), suhu lebur dan perubahan kaler sesuatu kualiti emas.

25. Emas digunakan di dalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.

26. Memandangkan emas merupakan pemantul pancaran inframerah dan cahaya tampak yang baik, logam ini digunakan sebagai lapisan pelindung pada satelit buatan manusia.

27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara, kelembapan dan agen hakisan yang kuat.

28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan yang terhasil adalah logam emas padu.

29. Emas tulen 24 karat tidak mempunyai rasa dan bau.

30. Emas sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300 kg.

31. Warna emas tulen adalah kuning metalic.

32. Hanya Emas, Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu.

33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1) (bayangkan satu tahi bintang yang mengelilingi bumi setiap masa)

34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan silver (perak).

35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya dan 18 radioisotop lain. Radioisotop Au-195 adalah paling stabil dengan separuh hayat 186 hari.

36. Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Amaun emas yang disimpan bank negara sama jumlah dengan nilai wang kertas yang dicetak untuk digunakan dalam urusan seharian.

37. Jumlah emas di dalam dunia adalah terhad dan pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.

38. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.

39. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.

40. Selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.

41. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.

42. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999.

43 Walaupun emas adalah logam lengai, namun ia boleh menghasilkan pelbagai sebatian. Aurik klorida (AuCl3) dan asid kloraurik (HAuCl4) adalah sebatian emas yang paling umum. Badan manusia tidak dapat mennyerap sebatian emas yang kebiasaannya tidak begitu toksik. Namun dilaporkan lebih 50% pesakit artritis yang dirawat dengan drug yang mengandungi emas mengalami kerosakan hati dan ginjal.

44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.

45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)

46. Emas tulen diukur sebagai 24 karat(k)

47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22 karat (916).

48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.

49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, British Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22 karat.

50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.

51. Takat lebur bagi emas ialah 1,337.33 K (1064.18 °C, 1947.52 °F) dan takat didihnya 3,129 K (2856 °C, 5173 °F)

52. Isotop emas Au-198, (Separuh hayat: 2.7 hari) digunakan dalam rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit.

53. Emas koloid (nanopartikel emas) ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi yang kini sedang dikaji di dalam makmal-makmal untuk kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat). Ia juga merupakan bentuk yang sering digunakan dalam pengecatan emas pada seramik sebelum seramik dibakar.

54. Emas digunakan sebagai bahan penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawah mikroskop elektron imbasan.

55. Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek, sehingga menyebabkan warna koloid perak menjadi kuning.

56. Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.

57. Emas diasingkan daripada bijihnya menggunakan sianida, amalgam, dan peleburan. Penulenan logam biasanya dijalankan menggunakan elektrolisis.

58. Emas terdapat di dalam air laut pada kepekatan 0.1 to 2 mg/ton bergantung kepada kedudukan sampel. Walau bagaimanapun, sehingga kini iaitu tahun 2006 tidak terdapatnya apa-apa cara yang boleh memberi hasil keuntungan sekiranya emas diperolehi daripada air laut.

59. Tamadun Melayu Srivijaya & Majapahit menggunakan emas sebagai matawang untuk perdagangan maritim.

60. Nabi Sulaiman dan empayar agungnya menghiasi istana & kerajaannya dengan emas.

* Sumber dari sebagairenungan.blogspot.com

Ahad, 17 Ogos 2014

Zakat vs Wakaf

USTAZ HAMIZUL ABDUL HAMID | .
Soalan:
Mutakhir ini umat Islam di Malaysia digalakkan untuk menunaikan ibadah wakaf, malah di kaunter Lembaga Zakat Selangor (LZS) sendiri, turut menerima wakaf bagi pihak Perbadanan Wakaf Selangor (PWS). Bolehkah ustaz perjelaskan perbezaan dan kelebihan di antara dua jenis ibadah ini, demi memberikan kefahaman yang lebih mendalam kepada umat Islam semasa melakukannya, terima kasih.

Jawapan:

Alhamdulillah, semoga dengan jawapan yang diberikan ini mampu memberikan pencerahan kepada umat Islam mengenai ibadah maliyyah (harta) ini. Sesungguhnya, ibadah harta memang sangat dituntut dalam Islam, kerana ia mencerminkan iltizam sebenar umat kepada agamanya. Di dalam al-Quran, dianggarkan terdapat kira-kira 160 ayat yang menyentuh mengenai harta, dan ia sudah pastilah menggambarkan betapa perlunya orang-orang yang beriman sentiasa menguruskan hartanya di jalan yang Allah SWT redha.

Di antaranya Allah SWT berfirman: “Dan kamu (orang yang beriman) berjihad di jalan Allah dengan harta dan diri kamu, dan yang demikian itulah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.” (as-Saff: 10)

Baiklah, memang ada orang yang agak keliru dengan dua jenis ibadah ini, iaitu ibadah zakat dan wakaf. Malah, pengalaman penulis sendiri semasa menjaga kaunter zakat di LZS, memang ada orang yang mahu menunaikan wakaf tanpa terlebih dahulu menyemak status zakatnya, wal hal kita mestilah terlebih menyedari keutamaan (hierarki atau awlawiyat) di antara dua jenis ibadah berkenaan.

Sebagai umat Islam, sudah sepatutnyalah kita mengetahui perbezaan di antara keduanya, agar apabila kita melakukannya, maka kita benar-benar diberikan pahala oleh Allah SWT. Maka, untuk mempermudahkan kita semua dalam memahami dan menyelami perbedaan di antara kedua-duanya, di sini penulis paparkan perbedaannya:

ZAKAT

1. Hukumnya adalah wajib, malah berstatus fardu kerana ia merupakan rukun Islam yang ketiga. Maka menunaikan zakat adalah wajib, berpahala menunaikannya dan haram jika ditinggalkan, serta berdosa besar.

2. Zakat bererti, mengeluarkan harta tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu dan diagihkan kepada golongan atau mustahiq atau asnaf yang tertentu.

3. Zakat hanya boleh dikeluarkan apabila pemilik harta itu sudah mempunyai harta yang melebihi keperluan dirinya dan tanggungannya yang wajib, dan harta itu juga melebihi atau mencapai paras nisab.

4. Zakat juga ada lima syarat asas yang wajib dipatuhi, iaitu Islam, merdeka, sempurna milik, cukup nisab dan cukup haul. Tidak boleh mengeluarkan zakat tanpa cukup syaratnya.

5. Kanak-kanak yang di bawah usia akil dan baligh masih wajib mengeluarkan zakat hartanya, yakni dikeluarkan oleh penjaga atau ibu bapa mereka.

6. Menunaikan zakat mesti dengan harta tertentu, misalnya disyaratkan ada unsur pengembangan (an-nama’) ke atasnya, baharu wajib zakat. Maka, tanah atau rumah yang tidak berkembang (tidak mendatangkan hasil), tidak wajib zakat.

7. Penerima harta zakat (mustahiq atau asnaf) juga sudah tertentu, iaitu lapan golongan sahaja, fakir, miskin, amil, mualaf, riqab, gharimin, fisabilillah dan ibnu sabil. Tidak boleh sama sekali menyalurkan harta zakat kepada bukan mustahiqnya, malah boleh membawa kepada tidak sah zakat berkenaan.

8. Harta zakat mestilah didahulukan pengagihannya kepada mereka yang terdekat dan berada di sekitar tempat di mana ia diperoleh, maknanya ditegah daripada membawa keluar harta zakat melainkan dengan syarat yang ketat, misalnya ada keperluan terdesak di tempat lain.

9. Harta zakat yang dikeluarkan oleh seseorang individu hendaklah disalurkan kepada orang yang di luar tanggungan wajibnya, misalnya tidak boleh anak dan isterinya memakan harta zakatnya.

10. Zakat turut dikenakan kepada harta milik individu atau organisasi perniagaan yang bersifat perniagaan (syaksiyyah i’tibariyyah). Maka, jika harta yang diniatkan kepentingan umum, misalnya harta milik persatuan penduduk, masjid dan sebagainya, ia tidaklah dikenakan zakat.

11. Zakat boleh diwakilkan kepada orang lain untuk ditunaikannya. Namun, tidak boleh bagi seseorang itu mengeluarkan zakat bagi pihak orang lain dengan hartanya sendiri, melainkan dengan izin si pengeluar zakat. Malah, jika ditunaikan zakat dengan harta orang lain, ia dikira sudah menambahkan jumlah harta pemilik harta asal dan sekaligus meningkatkan jumlah zakatnya.

Contoh: Si B kena zakat pendapatan RM1,000 daripada jumlah pendapatannya yang berjumlah RM40,000; tiba-tiba si A membayarkannya dengan izin si B daripada harta si A sendiri, maka hakikatnya harta si B bukan lagi RM40,000 tetapi sudah menjadi RM41,000 dan zakatnya bukan lagi RM1,000 tetapi RM1,025.00.

RM40,000 + RM1,000 X 2.5 % = RM1,025.00

WAKAF

1. Hukumnya adalah sunat dan termasuk salah satu urusan muamalat Islam (sama seperti jual beli). Maka, menunaikannya adalah sunat, diberikan pahala melakukannya dan tidak berdosa jika tidak dilaksanakannya.

2. Wakaf bererti, menyalurkan harta tertentu dengan niat untuk dimanfaatkan oleh orang ramai demi mendekatkan diri kepada Allah SWT. Semua orang boleh menikmatinya.

3. Wakaf tidak ditentukan syarat mesti mencapai paras nisab, melainkan ia hanyalah sekurang-kurangnya melebihi keperluan diri sendiri dan tanggungannya sahaja, kerana tidak boleh memberikan sedekah (termasuklah wakaf) sehingga menzalimi diri sendiri dan tanggungan wajib.

4. Wakaf mempunyai syarat lebih longgar, termasuklah dalam berwakaf, orang non-muslim juga boleh berwakaf, dengan syarat harta itu memang sempurna milik atas dirinya dan tidaklah ada syarat cukup nisab dan haul atasnya.

5. Disyaratkan mereka yang mahu berwakaf, mestilah sudah sampai usia baligh dan berakal, dan inilah pandangan di sisi Syafie. Maka, anak-anak kecil tidak boleh berwakaf.

6. Tidak disyaratkan jenis harta tertentu, maka seseorang boleh mewakafkan apa sahaja hartanya, sama ada dalam bentuk hartanah, harta beku mahu pun wang tunai, asal sahaja harta itu halal dan membawa faedah.

7. Penerima manfaat harta wakaf tidak disyaratkan muslim atau golongan tertentu sahaja, maknanya semua pihak boleh menerima manfaat atas harta wakaf.

8. Tidak dikenakan sebarang syarat dalam menyampaikan manfaat wakaf, kerana ia memang diniatkan untuk semua orang bagi mendapatkan kebaikannya, maka semua pihak termasuklah di luar negara boleh menikmati hasilnya.

9. Harta wakaf sebaliknya boleh diwakafkan secara wakaf ahli, yakni untuk ahli keluarga atau keturunannya sendiri, dan mereka berhak menikmatinya.

10. Zakat masih dikenakan kepada harta wakaf ahli, kerana ia masih bersifat ‘satu harta’ dengan disandarkan kepada konsep harta bercampur (harta khultah). Namun, zakat tidaklah dikenakan ke atas harta yang diwakafkan untuk wakaf khairi (kebajikan orang luar dari ahlinya atau wakaf umum).

11. Wakaf juga boleh diwakilkan kepada orang lain, malah boleh juga bagi seseorang itu untuk menunaikan ibadah wakaf bagi orang lain tanpa diketahui pun oleh orang berkenaan. Misalnya, si A mewakafkan hartanya atas nama si B, maka ia dianggap sah tanpa sebarang halangan di sisi syarak.

Demikianlah beberapa perbedaan yang nyata di antara ibadah zakat dan wakaf, ia melibatkan status fardu atau sunatnya, melibatkan siapakah penerimanya, jenis hartanya, batas kepada pengeluarnya dan juga beberapa perkara lain yang perlu sangat diperhalusi.

Walau bagaimanapun, keluarkan zakat terlebih dahulu jika kita sudah sampai syarat wajibnya dan kemudian, baharulah dikeluarkan wakaf jika kita masih mempunyai harta yang melebihi keperluan demi mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Ini kerana dari segi hukum wajiblah mendahulukan ibadah yang fardu dan kemudian diikuti ibadah yang sunat. Inilah keutamaan beribadah di dalam Islam, wallahua’lam

Sabtu, 16 Ogos 2014

Maut

Assalamualaikum...
Selamat pagi kawan2 yg dirahmati Allah sekalian... Ni sedikit luahan hati dri seorang sahabat.... Harap kalian sudi membacanya... Tolonglah... Baca.... Bertahan utk sedikit masa... Tak sampai 30 mnit membaca... Mudah2an mesej ni beri iktibar pda kita semua..

Saban hari... Maut memanggil kita.. Kita tak tahu pun perancangan Allah... Andai kata hari ini, aku ditakdirkan mati, adakah ckup amalku selama ni? Aku cuba kongsi perasaan aku kepada kalian..

Perkara ini terdetik d hati ku setelah aku terlihat sebuah kemalangan yg melibatkan pelajar d tmpt pengajianku... Kabarnya wktu dkat isyak atau lpasnya, arwah trjatuh dri bngunan asrama tngkat 3 atau 4.. Aku ketika itu sdg brsiap2 hendak pulang ke rumah, sbb ianya hari jumaat.. Semasa menunggu aunty aku datang ambil aku, tiba2 telefon berdering, aunty aku beritahu, d bwah blok aku ada ambulans dan rmai orng brkumpul. Aku ingatkan ada demo atau aktiviti. Jadi, aku tak menghiraukannya.. Aku segera kunci pintu blik dan rumah dan bwa smua beg pakaian utk dbawa trun. Setelah smpai d kereta aunty aku, aku mmg trlihat ambulans, aku brtanya kpd seorang muslimah yg lalu d situ. "kenape ade ambulans ni?" dlm keadaan kalut, takut, muslimah itu mnjwb, "ade orng ckp ade orng jtuh dri blok A3" aku trdiam. Jatuh bngunan?? Allah... Kat blok sebelah aku? Belum smpat aku ke tmpat kejadian, ambulans sdh lalu melepasiku.. Allah...Allah... Aunty aku yg melihat mangsa dbwa msuk dlm ambulans beritahu kepala dan muka mangsa pecah teruk.

Dlm prjalanan menuju ke rumah, aku buka whatsapp, berita mengenai hal itu cpat saja trsebar. Ada yg sebar gmbr kejadian. Allah... Bnyknya drah. Aku tak nampak depan2 tp aku dngr saja muslimah td brkata pun, sdah buat aku takut, tergamam. Kenapa hati aku terfikir mcm tu? Biar aku beritahu.

Baru saja hari yg sebelum tu, aku ke bngunan tngkat 17. Kononnya nk berselfie dgn kwn2. Kenapa pda wktu tu aku tak trfikir ttg kematian? Kenapa? Sdgkan orng jtuh tngkat 3/4 pun boleh pecah kepala. Apatahlg tngkat17? Aku marah pda diriku. Aku sedar kematian tak kira tmpt. Andai kata ditakdirkan aku mati, adakah ckup amalku? Mcm mna klau aku tak sempat mengucap kalimah taubat... Ya Allah... Aku pasti akan menyesal...menyesal.... Tiba2 dkejutkan dgn berita orng jatuh bngunan, aku pula, baru saja semalamnya buat perkara yg tak sepatutnya..

Dlm kereta, aku tak dapat bertenang. Kwn2 group whatsapp aku kata, mangsa masih brnafas ketika dlm ambulans. Aku tak henti2 doa utknya supaya diberi kesempatan utk hidup dan perbanyakkan amalnya... Aku mengharap...aku brdoa... Walaupun tak prnah knal dgnnya. Tp, kmi belajar d tmpt yg sama, umur kami sma, dan kejadian tu brlaku d sblh blok saja...

Setelah smpai d rmah, aku dkejutkan dgn berita drpd majlis prwakilan pelajar uitm, bahawa arwah telah kembali ke rahmatullah... Allahu Allah..... Sebak d dada. Ya Allah... Aku menangis.... Aku menangis.... Dia masih muda.... Apakah yg ibubapanya rasa? Keluarganya? Kwn2nya? Aku takut... Ya Allah..... Bila prkara ni nmpk dpan mata, bru aku sedar kematian d mna sahaja. Persoalannya, adakah aku brsedia mnghadapinya? Mlm tu, lpas solat isyak, aku bacakan yaasiin... Aku brtekad utk usaha elakkan pergi ke tmpt2 bahaya.. Aku sedar, aku ada buat slah yg besar, aku ada naik bngunan tnggi, tp Allah msih izinkan aku utk trus brnafas... Menambah amal ku....

Sahabatku.... Bagaimana anda? Mungkin kisah ni mcm biasa ddngr.. Tapi, aku nak konsi perasaan aku setelah lihat perkara tu. Aku ingat pada Allah ketika itu... Aku sedih atas dosa yg aku dah banyak lakukan.... Sahabat ku, ampunkan aku, segala dosa ku, ketika aku mengutuk, mengumpat, menyakitkan hati mu... Ampunkan aku...ampunkan aku... Aku minta maaf..... Aku takut nak mati.... Aku takut.... Macam mana nasib aku dalam kubur nanti?Sahabat2, ampunkan aku.... Tolong.... Ingatlah mati takkan kembali lg.... Mahukah kita terus buat maksiat? Tinggal solat, tinggal puasa, berdating, bercouple, pegang sni pegang sna, pkai ketat2 tak ttup aurat, ingkar mak ayah.. Naudzubillahi min dzaalik.. Sahabat2, mungkin mak dan ayah kita tak tahu salah yg kita buat sepanjang kita brada d negeri orng, study. Tp, ingatlah, kiri knan kita ada siapa. Siapa yg Maha Melihat?

Aku kongsikan mesej ni juga khas buat sahabat2 ku yg berada di luar sna. Ingatkah kalian wktu d bngku sekolah dlu kita belajar ilmu agama sma2? Mcm2 hal agama kita bincangkan. Ustz ustzh slalu beri nasihat pda kita. Sahabatku, aku tak mahu kau terus buat maksiat... Aku sayang pada mu kerana Allah.... Mudah2an kisah ini kau boleh ambil iktibar darinya..Allah temukan kita d sklh utk belajar sma2. Takkan kita nak lupakan ilmu agama yg selama ni kita pelajari? Sahabatku.... Ayuhlah kita kembali pada Allah sementara masa msih ada.... Jangan sampai kita terus dlm maksiat ketika malaikat pencabut nyawa sdah menunggu d sebelah kita...

Syarifuddin Khalifah

SYARIFUDDIN KHALIFAH KINI DEWASA, BAYI AJAIB NON-MUSLIM AFRIKA

Kembali mengingat peristiwa tahun 90-an, dunia saat itu gempar dengan berita besar seorang bayi berumur 2 bulan dari keluarga Katholik di Afrika yang menolak dibaptis. “Mama, unisibi baptize naamini kwa Allah, na jumbe wake Muhammad” (Ibu, tolong jangan baptis saya. Saya adalah orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya, Muhammad).

Ayah dan ibunya, Domisia-Francis, pun bingung. Kemudian didatangkan seorang pendeta untuk berbicara kepada bayinya itu: “Are You Yesus?” (Apakah kamu Yesus?).

Kemudian dengan tenang sang bayi Syarifuddin menjawab: “No, I’m not Yesus. I’m created by God. God, The same God who created Jesus” (Tidak, aku bukan Yesus. Aku diciptakan oleh Tuhan, Tuhan yang sama dengan yang menciptakan Yesus). Saat itu ribuan umat Kristen di Tanzania dan sekitarnya dipimpin bocah ajaib itu mengucapkan dua kalimat syahadat.

Bocah Afrika kelahiran 1993 itu lahir di Tanzania Afrika, anak keturunan non Muslim. Sekarang bayi itu sudah remaja, setelah ribuan orang di Tanzania-Kenya memeluk agama Islam berkat dakhwahnya semenjak kecil. Syarifuddin Khalifah namanya, bayi ajaib yang mampu berbicara berbagai bahasa seperti Arab, Inggris, Perancis, Italia dan Swahili. Ia pun pandai berceramah dan menterjemahan al-Quran ke berbagai bahasa tersebut. Hal pertama yang sering ia ucapkan adalah: “Anda bertaubat, dan anda akan diterima oleh Allah Swt.”

Syarifuddin Khalifah hafal al-Quran 30 juz di usia 1,5 tahun dan sudah menunaikan shalat 5 waktu. Di usia 5 tahun ia mahir berbahasa Arab, Inggris, Perancis, Italia dan Swahili. Satu bukti kuasa Allah untuk menjadikan manusia bisa bicara dengan berbagai bahasa tanpa harus diajarkan.

a. Latar Belakang Syarifuddin Khalifah

Mungkin Anda terheran-heran bahkan tidak percaya, jika ada orang yang bilang bahwa di zaman modern ini ada seorang anak dari keluarga non Muslim yang hafal al-Quran dan bisa shalat pada umur 1,5 tahun, menguasai lima bahasa asing pada usia 5 tahun, dan telah mengislamkan lebih dari 1.000 orang pada usia yang sama. Tapi begitulah kenyatannya, dan karenanya ia disebut sebagai bocah ajaib; sebuah tanda kebesaran Allah Swt.

Syarifuddin Khalifah, nama bocah itu. Ia dilahirkan di kota Arusha, Tanzania. Tanzania adalah sebuah negara di Afrika Timur yang berpenduduk 36 juta jiwa. Sekitar 35 persen penduduknya beragama Islam, disusul Kristen 30 persen dan sisanya beragam kepercayaan terutama animisme. Namun, kota Arusha tempat kelahiran Syarifuddin Khalifah mayoritas penduduknya beragama Katolik. Di urutan kedua adalah Kristen Anglikan, kemudian Yahudi, baru Islam dan terakhir Hindu.

Seperti kebanyakan penduduk Ashura, orangtua Syarifuddin Khalifah juga beragama Katolik. Ibunya bernama Domisia Kimaro, sedangkan ayahnya bernama Francis Fudinkira. Suatu hari di bulan Desember 1993, tangis bayi membahagiakan keluarga itu. Sadar bahwa bayinya laki-laki, mereka lebih gembira lagi.

Sebagaimana pemeluk Katolik lainnya, Domisia dan Francis juga menyambut bayinya dengan ritual-ritual Nasrani. Mereka pun berkeinginan membawa bayi manis itu ke gereja untuk dibaptis secepatnya. Tidak ada yang aneh saat mereka melangkah ke Gereja. Namun ketika mereka hampir memasuki altar gereja, mereka dikejutkan dengan suara yang aneh. Ternyata suara itu adalah suara bayi mereka. “Mama usinibibaptize, naamini kwa Allah wa jumbe wake Muhammad!” (Ibu, tolong jangan baptis saya. Saya adalah orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya, Muhammad).

Mendengar itu, Domisia dan Francis gemetar. Keringat dingin bercucuran. Setelah beradu pandang dan sedikit berbincang, mereka memutuskan untuk membawa kembali bayinya pulang. Tidak jadi membaptisnya.

Awal Maret 1994, ketika usianya melewati dua bulan, bayi itu selalu menangis ketika hendak disusui ibunya. Domisia merasa bingung dan khawatir bayinya kurang gizi jika tidak mau minum ASI. Tetapi, diagnose dokter menyatakan ia sehat. Kekhawatiran Domisia tidak terbukti. Bayinya sehat tanpa kekurangan suatu apa. Tidak ada penjelasan apapun mengapa Allah mentakdirkan Syarifuddin Khalifah tidak mau minum ASI dari ibunya setelah dua bulan.

Di tengah kebiasaan bayi-bayi belajar mengucapkan satu suku kata seperti panggilan “Ma” atau lainnya, Syarifuddin Khalifah pada usianya yang baru empat bulan mulai mengeluarkan lafal-lafal aneh. Beberapa tetangga serta keluarga Domisia dan Francis terheran-heran melihat bayi itu berbicara. Mulutnya bergerak pelan dan berbunyi: “Fatuubuu ilaa baari-ikum faqtuluu anfusakum dzaalikum khairun lakum ‘inda baari-ikum, fataaba ‘alaikum innahuu huwattawwaburrahiim.”

Orang-orang yang takjub menimbulkan kegaduhan sementara namun kemudian mereka diam dalam keheningan. Sayangnya, waktu itu mereka tidak mengetahui bahwa yang dibaca Syarifuddin Khalifah adalah QS. al-Baqarah ayat 54.

Domisia khawatir anaknya kerasukan setan. Ia pun membawa bayi itu ke pastur, namun tetap saja Syarifuddin Khalifah mengulang-ulang ayat itu. Hingga kemudian cerita bayi kerasukan setan itu terdengar oleh Abu Ayub, salah seorang Muslim yang tinggal di daerah itu. Ketika Abu Ayub datang, Syarifuddin Khalifah juga membaca ayat itu. Tak kuasa melihat tanda kebesaran Allah, Abu Ayub sujud syukur di dekat bayi itu.

“Francis dan Domisia, sesungguhnya anak kalian tidak kerasukan setan. Apa yang dibacanya adalah ayat-ayat al-Qur’an. Intinya ia mengajak kalian bertaubat kepada Allah,” kata Abu Ayub.

Beberapa waktu setelah itu Abu Ayub datang lagi dengan membawa mushaf. Ia memperlihatkan kepada Francis dan Domisia ayat-ayat yang dibaca oleh bayinya. Mereka berdua butuh waktu dalam pergulatan batin untuk beriman. Keduanya pun akhirnya mendapatkan hidayah. Mereka masuk Islam. Sesudah masuk Islam itulah mereka memberikan nama untuk anaknya sebagai “Syarifuddin Khalifah”.

Keajaiban berikutnya muncul pada usia 1,5 tahun. Ketika itu, Syarifuddin Khalifah mampu melakukan shalat serta menghafal al-Quran dan Bible. Lalu pada usia 4-5 tahun, ia menguasai lima bahasa. Pada usia itu Syarifuddin Khalifah mulai melakukan safari dakwah ke berbagai penjuru Tanzania hingga ke luar negeri. Hasilnya, lebih dari seribu orang masuk Islam.

b. Kisah Nyata Syarifuddin Mengislamkan Ribuan Orang

Kisah nyata ini terjadi di Distrik Pumwani, Kenya, tahun 1998. Ribuan orang telah berkumpul di lapangan untuk melihat bocah ajaib, Syarifuddin Khalifah. Usianya baru 5 tahun, tetapi namanya telah menjadi buah bibir karena pada usia itu ia telah menguasai lima bahasa. Oleh umat Islam Afrika, Syarifuddin dijuluki Miracle Kid of East Africa.

Perjalanannya ke Kenya saat itu merupakan bagian dari rangkaian safari dakwah ke luar negeri. Sebelum itu, ia telah berdakwah ke hampir seluruh kota di negaranya, Tanzania. Masyarakat Kenya mengetahui keajaiban Syarifuddin dari mulut ke mulut. Tetapi tidak sedikit juga yang telah menyaksikan bocah ajaib itu lewat Youtube.

Orang-orang agaknya tak sabar menanti. Mereka melihat-lihat dan menyelidik apakah mobil yang datang membawa Syarifuddin Khalifah. Beberapa waktu kemudian, Syaikh kecil yang mereka nantikan akhirnya tiba. Ia datang dengan pengawalan ketat layaknya seorang presiden.

Ribuan orang yang menanti Syarifuddin Khalifah rupanya bukan hanya orang Muslim. Tak sedikit orang-orang Kristen yang ikut hadir karena rasa penasaran mereka. Mungkin juga karena mereka mendengar bahwa bocah ajaib itu dilahirkan dari kelarga Katolik, tetapi hafal al-Quran pada usia 1,5 tahun. Mereka ingin melihat Syarifuddin Khalifah secara langsung.

Ditemani Haji Maroulin, Syarifuddin menuju tenda yang sudah disiapkan. Luapan kegembiraan masyarakat Kenya tampak jelas dari antusiasme mereka menyambut Syarifuddin. Wajar jika anak sekecil itu memiliki wajah yang manis. Tetapi bukan hanya manis. Ada kewibawaan dan ketenangan yang membuat orang-orang Kenya takjub dengannya. Mengalahkan kedewasaan orang dewasa.

Kinilah saatnya Syaikh cilik itu memberikan taushiyah. Tangannya yang dari tadi memainkan jari-jarinya, berhenti saat namanya disebut. Ia bangkit dari kursi menuju podium.

Setelah salam, ia memuji Allah dan bershalawat kepada Nabi. Bahasa Arabnya sangat fasih, diakui oleh para ulama yang hadir pada kesempatan itu. Hadirin benar-benar takjub. Bukan hanya kagum dengan kemampuannya berceramah, tetapi juga isi ceramahnya membuka mata hati orang-orang Kristen yang hadir pada saat itu. Ada seberkas cahaya hidayah yang masuk dan menelusup ke jantung nurani mereka.

Selain pandai menggunakan ayat al-Quran, sesekali Syarifuddin juga mengutip kitab suci agama lain. Membuat pendengarnya terbawa untuk memeriksa kembali kebenaran teks ajaran dan keyakinannya selama ini.

Begitu ceramah usai, orang-orang Kristen mengajak dialog bocah ajaib itu. Syarifuddin melayani mereka dengan baik. Mereka bertanya tentang Islam, Kristen dan kitab-kitab terdahulu. Sang Syaikh kecil mampu memberikan jawaban yang memuaskan. Dan itulah momen-momen hidayah. Ratusan pemeluk Kristiani yang telah berkumpul di sekitar Syarifuddin mengucapkan syahadat. Menyalami tangan salah seorang perwakilan mereka, Syarifuddin menuntun syahadat dan mereka menirukan: “Asyhadu an laa ilaaha illallah, wa asyhadu anna Muhammadan Rasuulullah.”

Syahadat agak terbata-bata. Tetapi hidayah telah membawa iman. Mata dan pipi pun menjadi saksi, air mata mulai berlinang oleh luapan kegembiraan. Menjalani hidup baru dalam Islam. Takbir dari ribuan kaum muslimin yang menyaksikan peristiwa itu terdengar membahana di bumi Kenya.

Bukan kali itu saja, orang-orang Kristen masuk Islam melalui perantaraan bocah ajaib Syarifuddin Khalifah. Di Tanzania, Libya dan negara lainnya kisah nyata itu juga terjadi. Jika dijumlah, melalui dakwah Syarifuddin Khalifah, ribuan orang telah masuk Islam. Ajaibnya, itu terjadi ketika usia Syaikh kecil itu masih lima tahun.

Para ulama dan habaib sangat mendukung dakwah Syaikh Syarifuddin Khalifah. Bahkan ulama besar seperti al-Habib ali al-Jufri pun rela meluangkan waktunya untuk bertemu anak ajaib yang kini remaja dan berjuang dalam Islam. (Dikutip dari buku Mukjizat dari Afrika, Bocah yang Mengislamkan Ribuan Orang; Syarifuddin Khalifah)

solat tak 5 waktu??

Lebih kurang jam 12.30 tengahari aku singgah di car wash area pekan balakong. Berhentikan kereta,matikan enjin n serahkan kunci kereta kepada budak cuci kereta.. Nepal ke , Myanmar ke aku tak pasti.. Terlihat parkingsebelah kereta aku chevrolet mustang( tranformer) yang dalam kiraan harga bagi aku yang perminat supercar ni dalam harga 400k pada permulaannya..

Aku melangkah masuk ke bilik menunggu kaca.. Pada perkiraan aku lebih baik duduk menunggu di dalam aircond , memandangkan cuaca agak panas .. Aku duduk n memandang ke belakang dan menegur brother yang kebetulan sedang membaca aku agak buku2 bermotivasi tinggi di tangannya .


Aku bertanya" kereta bos ke tu ?" Smart giler! Dia hanya menganguk sambil tersenyum.." Dari mana bos?" Dari Tun Hussien Onn katanya. Bisnes ke? Consultan jawabnya.. Ooo.. "Consultan untuk untuk pinjaman perniagaan dan pernasihat kepada bank2 di Malaysia ."waww"!! Mesti best jawab hati aku.. Saya dah 30 tahun dalam bidang ni.. Katanya. Aku tanya dia.. Mcm mana ye jika saya mahu mengembangkan perniagaan yang ada kepada lebih besar dengan modal yang tak seberapa ada?? Dia tersenyum n katanya" saya nasihatkan guna apa yg kita ada tanpa membuat sebarang pinjaman bank..apa yg ada, besarkan modal.. Saya bermula dari kecil.. Mula ada 10k, kemudian 20k, 60k, 80k, kemudian kepada 100k,200k, 400k dan 800k, cuba guna sumber yang ada untuk kegunaan perniagaan .. Paling seronok jika dapat 1 juta yang pertama. Selepas itu untuk mendapat 1 juta yang ke-2 terlalu mudah n pantas .. Katanya. Aku terdiam..


Ramai orang susah datang berjumpa saya..mereka bertanya apa rahsia saya?? Katanya.. Saya akan berkata" Allah jadikan dunia ini untuk kita.. Kita di kurniakan akal.. Gunakan sebaik mungkin .. Jujur.. Jangan menipu.. Ramai yang tak yakin janji Allah . Sedangkan dia suruh berdoa, mintalah apa sahaja n " pasti" akan ditunaikan .


Yang paling utama, kita kena bersihkan seluruhnya.. Solat 5 waktu, duha jangan tinggal, bangun tahajud malam.. Minta sungguh2.. Pekerja saya bila azan bergema.. Saya arahkan tinggalkan kerja" sekarang". Tiada nilai 1 sen pun jika buat kerja waktu tu!, Allah panggil kita mengadap dia.. Tapi kadang kala kita cakap " tunggu jap aku nak siapkan lagi 1 lagi"!! Allah tu pencipta alam semesta.. Kita boleh cakap pulak kat dia mcm tu.. Dammm!! Tersentap aku..


Katanya lagi.. Ramai yang datang minta kerja.. Soalan pertama saya tanya.. Awak solat tak 5 waktu.. Jika ada master, degree , diploma atau bapak gajah sijil pun .. Jika tak solat.. Saya takan terima. Ada yang datang.. Nak suruh support buat pinjaman.. 100k, 1 juta, 50 juta @ 500 juta saya boleh tolong.. Bagi kertas kerja pada saya.. Saya selidik n sain n recomen pada bank n bank akan luluskan.. Tapi soalan pertama saya tanya dulu.. Awak solat tak 5 waktu?? Jika tidak.. Awak balik saja.. Katanya.. Ada yang berkata" abg tu bawak " tranfomer" pergi masjid .. Jika saya bawak kancil je..


Katanya.. Kereta tu milik Allah .. Dia bagi pinjam je tu .. Apa salahya saya bawak dia pergi mengadap Allah .. Hati niat kena betul.. Jangan niat nak menunjuk.. Niatkan nak cepat mengadap Allah , nak memotivasikan orang lain supaya lebih rajin berusaha.. Kerata tu saya beli hampir 700k import . Di atas jalan raya Malaysia cuma ada 2 biji je orang pakai . Saya bukan tak mahu ferrari @ lamborgini .. Sebab ekzos dia bising .. Kereta chevrolet mustang ni lagi laju dari ferrari @ lamborgini .. Kereta ni 6.2 hose power.. Ferrari n lamborgini baru 4.8 hose power ...10% dari pendapatan saya tetap untuk anak yatim, fakir miskin.. Niat apa yg kita ada untuk manfaat pada orang lain.. 


Kereta tu cuma besi.. Yang diisi enjin .. Tuang minyak.. Start n berjalan lah dia. Jika kita ukur panjangnya pun dah tak muat masuk kubur..
Satu lagi pesan saya.. Berkawan kita yang perlu pilih.. Pilih orang yang boleh membawa kita kepada kebaikan di dunia n yang paling utama.. Akhirat .. Dunia ni pinjaman.. Carilah pinjaman yang terbaikk disini.. Untuk kekayaan sebenar di sana..


Wah hebat giler bila berjumpa somebody..
Insyaallah kata2nya n pengalaman beliau sangat2 membatu aku.. Ke hadapan untuk kebaikan .. Semoga berterusan

Jumaat, 15 Ogos 2014

ganu kite

Kita pakat test pulok
Soalan Percubaan SPM
SUBJEK : BAHASA TERENGGANU KERTAS 2
Kod 3544/2

Perkataan “ Dok Pah” merujuk kepada
( )Tak Faham
( )Tak Sedak
( )Tak Larat
( )Tak Lulus

‘Tenong’ adalah sejenis?
( )Kenderaan
( )Sayur
( )Kuih
( )Bekas

“Mu la yang saloh, orang suruh wak takdi die xmboh wak”, Perkataan Mu la yang saloh sesuai digantikan dengan?
( )Pahtu
( )Dok Tahu
( )Dekpong
( )GuaneFrasa

“Woh smete” membawa maksud,
( )Wah jahatnya
( )Buat tak peduli
( )Buah Manggis
( )Wah besarnya

Perkataan “ Sekke” dalam frasa “ Dok sekke” memberi maksud,
( )Sangkakala
( )Seekers
( )Sangka
( )Saka

Ayat mana yang sesuai jika dialih loghat ke Terengganu, “ Penat sungguh kerja hari ni”
( )Penak benor keje lening
( )Letihsang ‘nggoh keje hari ning
( )Letih mbeng ‘nggoh keje hari ning
( )Letih perik kite keje hari ning

Perkataan berikut memberi makna ‘Tipu’ kecuali
( )Mussang
( )Plawok
( )Lebong
( )Nawwok

Apakah maksud ‘Tunggu Stor’
( )Jaga line
( )Tunggu pintu stor
( )Rileks dulu
( )Tunggu kejap

“Pak Itam membaling batu kearah sekumpulan burung itu” Perkataan ‘Baling’ boleh digantikan dengan perkataan berikut kecuali;
( )Stik batu
( )Tago Batu
( )Plekong Batu
( )Tang ngo batu

Maksud perkataan ‘Kerahsang’
( )Kaku & tidak bergerak
( )Terangsang
( )Kejur
( )Keras amat sangat

“Doh wakpe yang Matli netting smacang tu.” Ayat ini menerangkan Pak Itam yang …..
( )Melompat
( )Berlari
( )Membaiki Net
( )Terlalu kurus sangat

“ Duk atah lassor” memperihalkan perilaku yang sedang berada di_______
( )kerusi
( )Dapur
( )Beranda
( )Lantai

Orang yang suka membawa awek mereka kemana-mana akan dipanggil sebagai _____
( )Cedding
( )Ngerrek
( )Dok malu
( )Nette

Apakah beza Merang ,Marang dan Merghang?
( )Haiwan,Tempat,Tempat
( )Tempat,Tempat,Haiwan
( )Tempat ,Haiwan,Tempat
( )Haiwan,tempat,Haiwan

Seseorang yang nak menghisap rokok memerlukan ______ untuk menyalakan api
( )Tenong
( )Mecceh
( )Bocong
( )Brekdih

“ Dok leh lepe” membawa maksud?
( )Tak boleh lepak
( )Tak boleh dinilai
( )Tak boleh diharap
( )Tak leh cakap sebarang

Apakah sambungan bagi frasa Komang?
( )Koman skrudrebar
( )Komang playar
( )Komang stangguk
( )Komang Spanar

“Mung nok kene enjja?” Apakah maksud enjja?
( )Tampar
( )Tumbuk
( )Terajang
( )Marah

Buruk_____7
( )Khekkong
( )Lepppok
( )Kohong
( )Nayyang

Cerlong, membawa maksud?
( )Menegur dengan kasar
( )Memandang dengan pandangan sinis
( )Memandang dengan pandangan garang dan kasar
( )Menghidu dengan enak

“ Woh…jangang wak gittu…settok aku..” ..Apa maksud settok?
( )Terkejut
( )Hilang Sabar
( )Marah
( )Berdebar kuat

Apakah itu Ogak-ogak?
( )Sayuran
( )Buahan
( )Sayur Ulam
( )Serangga/ulat

Perkataan Tubek membawa erti
( )Tak tentu pasal
( )Masuk
( )Lalu Lalang
( )Keluar

Permukaan yang rata
( )Lewo
( )Leweh
( )Smabo
( )Lese

“Jerebok” Pilih ayat yang sesuai utk maksud jerebok…
( )Ali memakai kasut berjenama Jerebok
( )Ali jerebok dengan lembaga
( )Ali jatuh jerebok dari atas pokok
( )Ali berjerebok kedalam sungai

Kata ganda bagi Sakit?
( )Sakit tayya
( )Sakit gelekek
( )Sakit puih
( )Sakit nayyang

Maksud perkataan “Dok Imboh”
( )Tak Untung
( )Tak merasa
( )Tak cukup
( )Tak berbaloi

Rasa-rasa macam nak pitam je aku ni….ayat yang paling Tranung…
( )Rasse nok pitang starang baroh
( )Perasaang nok pitang aku ni
( )Wassaang nok pesang starang baroh aku ni…

Pak Itam tiba-tiba tertidur….’Tertidu’r sesuai digantikan dengan perkataan?
( )Khellak
( )Ngekkeng
( )Khembek
( )Nembbo

Perkataan Glewa’k menerangkan perihal….
( )Seseorang yang sedang membuat lawak
( )Seseorang yang terbatuk-batuk
( )Seseorang yang sedang menggeliat-geliat
( )Seseorang yang termuntah

Ho guane gamok?
Buleh gi ke dok?

Cakap :)