Selasa, 26 Ogos 2014

Niat belajar

Bismillah...
Sekadar berkongsi..semoga hati yg resah menjadi tenang
**************************
Aku pelajar asasi sains hayat u tempatan. Matlamat aku nk dpt 4.00 sbb aku nk amik doktor. So sejak first day aku masuk asasi ITU yg aku niatkan..
Aku nk dpt 4.00 sbb nk jdi doktor.
Hari demi hari di asasi semakin padat jadual + assignments yg dh menimbun .da semakin ku rasa payah nk dpt 4.00 mybbkn aku dlm kelas rasa stress sbb rse ilmu x masuk. Dlm otak ingat 4.00 sbb lau x , xleh amik medic..
Jadi aku rse x tenang sbb aku rse takut kalau x dpt apa yg aku nk tak tercapai..
Sampailah midsem, aku me nangis sbb rse payah sgt tpi aku dh belajar gile..bertambah kebimbangan aku terhadap 4 flat tu.lgi tak tenang hati !
And.....one day, aku pun join usrah. Cakap Pasal niat. Ada satu hadis tu ada ckap "kita akan dapat apa yg kita niatkan'
So, aku pun muhasabah balik diri aku .. Selama ni aku hanya belajar sbb nk dpt 4 flat, sbb nk amik medic...
Dan ... Aku tersedar aku belajar semata2 nk brjaya dlm exam..n bende ni buat aku x tenang sbb aku takut diakhirnya aku gagal dpt aku nak.
Firman Allah dlm at Taubah ayat 120:
Sesungguhnya Allah takkan sia2kan org yg berbuat kebaikan.
N aku sedar, aku perlu betulkan niat balik..
...sahaja aku belajar hanya kerana Allah...

Shbt, apa yg inginku sampaikan, jangan sedih!!
Cube betulkan blik niat kita belajar kerana APA??
In shaa Allah, kalau betul kita ni belajar krn Allah, kita x rse beban pun bljr tu sbbnya kita suka dptkn ilmu Allah tu
Tpi kalau kita bljr sbb nk exam semata2.. Mesti kita akan rasa beban..sbb Kita takut akhirnya kita gagal..

Tidal dgn niat kerana Allah..sbbnya bila kita betul2 buat kerana Allah, automatiknya kita akan tenang utk belajar kerana kita yakin Allah takkan sia2kan hamba yg beljar keranaNya. Kita xkan resah lgi either kita dpt 4 flat ke x. Sbbnya aku dh usaha sedaya upaya dapatkn kerana Allah, n Allah tahu apa yg terbaik untuk kita .

Our job for EFFORT,
HIS job for RESULT,

So...korang betulkan niat balik. Bimbang di hujungnya nanti kita mgkin gagal n usaha Kita belajar selama ni jadi sgt sia2 . berbanding andai kita belajar kerana Allah, andai ditakdirkan(nauzubillah) tak dapat, yakinlah usaha kits spjg nk dptkan pointer yg baik utk dpt course yg kita nk tu, Ada ADA NILAI di sisi Allah..yakinlah agar hati kalian jadi lebih tenang .sbb ketenengan hati tu sangat penting dlm memperoleh ilmu.

End of the story, aku dh x bimbang lgi apa result aku di hujungnya sbb aku yakin Allah Maha Berkuasa dan xkan sia2kan orng yg berusaha..

#sharelah agar lagi ramai yg tenang hati mereka
#keep calm and have faith
#ambik masa until refleks diri

55 Sunnah

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....

Sebarkan...spya lbh ramai lg yg mengamalkn sunnah...jom amal sunnah nabi!!
[2:46pm, 8/23/2014] Hazim Kuis: Semoga kita dapat beramal ..in syaa allah

Imarah masjid

( IMARAH MASJID )

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ
وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَن
وَالَاهُ

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ الله عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: "إِنَّ لِلْمَسَاجِدِ أَوْتَادًا الْمَلَائِكَةُ جُلَسَاؤُهُمْ إِنْ غَابُوا يَفْتَقِدُونَهُمْ وَإِنْ مَرِضُوا عَادُوهُمْ وَإِنْ كَانُوا فِي حَاجَةٍ أَعَانُوهُمْ"، وَقَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "جَلِيسُ الْمَسْجِدِ عَلَى ثَلَاثِ خِصَالٍ أَخٍ مُسْتَفَادٍ أَوْ كَلِمَةٍ مُحْكَمَةٍ أَوْ رَحْمَةٍ مُنْتَظَرَةٍ".

Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu , daripada Nabi Sallallahu 'alaihi wassalam bersabda: “Sesungguhnya bagi masjid-masjid itu terdapat pasak-pasaknya (iaitulah orang-orang yang mengimarahkan masjid), para malaikat duduk bersama dengan mereka. jika mereka tidak datang ke masjid, para malaikat akan mencari mereka, jika mereka sakit, para malaikat akan menziarahi mereka, jika mereka ada keperluan, para malaikat akan membantu mereka.” Sabda Nabi Sallallahu 'alaihi wassalam lagi: “Orang yang duduk di dalam masjid berada dalam tiga keadaan: Saudara yang memperolehi faedah (mendapat kawan yang baik), atau memperolehi perkataan yang berhikmah (dari mendengar bacaan al-Quran atau majlis ilmu), atau rahmat yang ditunggu (terdiri dari doa para malaikat). (Dikeluarkan oleh Ahmad 2/418, bil: 9414. Al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman 3/85, bil: 2955 )

INTISARI :

1- Pengimarah masjid adalah tonggak kejayaan program-program masjid.

2- Mereka disukai oleh para malaikat dan didoakan rahmat dan pengampunan Allah.

3- Perkara yang menguntungkan pengimarah masjid :

a- Bertemankan orang baik dan soleh
b- Tuturkata yang berhikmah
C- Rahmat Allah.
d- Doa para malaikat.

Sahabat-sahabat semua jom imarahkan masjid...

Ya allah kurniakan kami kekuatan utk mengimarahkan masjid-masjid.
Ya Allah kami memohon rahmat dan perhatian-Mu, anugerahkanlah iman
yang teguh, hati yang su
ci, akhlak yang luhur dan kehidupan yang sakinah. Kuatkanlah kami dengan iman dan yaqin, taqwa dan taat ,agar
kami tergolong dari kalangan hamba-hamba-Mu yang diredhai dunia dan akhirat…anugerahkan kami keberkatan ilmu ini... amen.

وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ
وَسَلَّمَ, والْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , والعفو منكم
أخوكم محمد حذري هاشم البنداني

Semoga kita semua termasuk orang-orang yang suka mengimarahkan masjid-masjid.

Berhijrah itu manis.

Berhijrah itu manis. Mahu cuba?
Ia akan menjadi manis bila niatkan kerana Allahutaala.
Wallahi manis sampai jadi penagih-manisan-hijrah.
Tapi...
Seringkali orang sekeliling kita memandang pelik ke atas penghijrahan kita, kan?


Dari bidang 45'-- kita improve bidang 55'.
Dari nampak lengan-- kita improve pakai sarung tangan.
Dari nampak kaki-- kita improve pakai sarung kaki.
Biarkan mereka, wahai sahabat.
Jangan salahkan mereka kerana memerli.
Jangan bencikan mereka kerana memperendahkan kita.
Mereka hadir-- KERANA izinnya Allah.
Mungkin sedih dan rasa tersisih itu ada.
Mungkin juga rasa nak terjatuh, muka tersembam ke tanah dan malu untuk bangkit semula.
Tapi tolak pe "rasa" an itu ke tepi.
Bangkit dan terus kuat.
Allah yang berkehendak untuk kita berhijrah.
Allah yang berkehendak untuk letakkan cahaya iman ke dalam hati kita.
Mana mungkin kita mahu sia siakan bergitu saja?
Tak akan ada seorang pun yang mampu halang Nurnya Allah untuk sampai ke hati seseorang hamba itu, ya sahabat.
Maka beruntunglah kamu yang Allah hadirkan cahaya itu ke dalam hati mu.
Uji tanda peduli.
Mana mungkin Allah tinggalkan kita seorang diri, kan? Allah sayang kita lebih dari seorang mak sayangkan anaknya.
Mana mungkin seorang anak kecil yang baru bertatih dibiarkan maknya berjalan sendirian, kan?
Teruskan lah kawan.


Jangan lah pandang belakang.
Bumi Allah perlukan pemuda yang imannya umpama keluli.
Pemuda yang cantik akhlak nya.
Pemuda yang menyebarkan wangian Laailahaillallah.
Bila lagi mahu bangkit,
kalau bukan sekarang, kan?
Bila lagi nak bantu kawan kawan yang lain,
kalau bukan waktu ini, kan?
Lemparkan saja senyuman pada mereka.
Mungkin mereka belum rasa lagi manisnya penghijrahan itu.
Sentiasa berfikiran positif. 


Sentiasa bersangka baik dengan dugaan yg kita dapat.
Cukuplah tu bersuka ria.
Jadilah Hamba yang taat.
Jadilah Ummat yang bersyukur.
Buat lah apaaa saja, asal yang Allah redha, asal yang Nabi saw bangga.
Moga Allah berkati usia kita sahabat ^__^
INSYA'ALLAH kau pasti dapat merasai KEMANISAN dalam PENGHIJRAHAN itu sahabat 

Solat berjemaah

Seorang buta pernah menemui Nabi SAW dan berkata: "Wahai Rasulullah, saya tidak memiliki seseorang yang akan menuntunku (membawaku) ke masjid." Lalu dia meminta keringanan kepada Rasulullah SAW untuk solat di rumah. Ketika sahabat itu berpaling, beliau (Rasulullah) kembali bertanya: "Apakah engkau mendengar panggilan solat (azzan)?" Lelaki itu menjawab: "Benar." Beliau bersabda: "Penuhilah seruan tersebut (hadiri jemaah solat)."(Sahih Muslim)Abdullah ibn Mas'ud pula diriwayatkan telah berkata: 

"Kami dahulu berpendapat, bahawa tidaklah seseorang yang tidak menghadiri solat (jemaah) melainkan ia seorang munafik yang telah jelas kemunafikannya, atau kalaulah ia sakit, maka ia berjalan dengan cara dipapah diantara dua orang hingga ia hadiri solat." Rasulullah SAW telah mengajari kami sunnah-sunnah petunjuk, dan diantara sunnah petunjuk adalah solat wajib di masjid yang kerananya dikumandangkan adzan.(Sahih Muslim)Berdasarkan hadis-hadis di atas, telah jelaslah kepada kita akan kepentingan mendirikan solat fardu secara berjemaah.