Isnin, 8 Disember 2014

Hampir :)



























































jangan lawan guru

Iktibar drpd kisah Syeikh Qadir Jilani ketika remajanya bersama dua org lg bersamanya telah mendatangi dan ingin menemui seorang ulama sufi yg terkenal ketika itu di Iraq. Tujuan atau niat mereka utk bertemu ulama sufi itu tidak sama. Seorang drpd mereka bertujuan atau berniat utk menguji ilmu ulama tersebut. Seorang lg ingin mengenakan ulama tersebut. Sedangkan Syeikh Qadir hanya ingin belajar dan menuntut ilmu dr ulama tersebut. Ketiga-tiga mereka berhasil mencapai tujuan drpd pertemuan tersebut. Ttp sebelum mereka pulang, ulama sufi itu ada memberitahu satu perkara yg akan berlaku kpd diri mereka pd masa depan.

Beberapa tahun kemudian ianya menjadi kenyataan. Apakah yg terjadi? Seorang yg bersama Syeikh Qadir dahulu ingin mengenakan ulama sufi itu, akhirnya telah murtad dan mati dlm keadaan murtad. Tidak dapat mengucap kalimah tauhid. 

Seorang lg dahulu yg bersama Syeikh Qadir yg ingin menguji ulama tersebut, telah sibuk dgn harta dunia sampai akhir hayatnya. Dia telah menjadi penjaga baitul mal. Setiap hari kerjanya mengira harta baitul mal shj. Tidak ada masa kpd perkara lain. 

Sedangkan Syeikh Qadir sendiri, yg dahulunya ingin belajar dan menuntut ilmu drpd ulama sufi itu, akhirnya telah menjadi ulama yg hebat dan menjadi sebutan ramai krn ilmunya dan akhlaknya. Karamah sering shj dpt disaksikan oleh org ramai yg menuntu ilmu dan bertemu dgn beliau. 

Begitulah kasyaf(boleh melihat masa depan) ulama sufi yg ditemui oleh Syeikh Qadir Jilani dan dua org yg bersama dgn beliau.

pelajar malaysia

Pada pendapat saya lah kan :-
1. Sistem itu (MRSM) telah terbukti melahirkan ribuan orang yang berjaya ... sistem bermakna kesemua yg ada dalam tu termasuk cikgu, pemilihan cikgu yg mengajar, cara mengajar, pemantauan cara mengajar dsbg ... semuanya adalah satu sistem ... TAK SUKA SISTEM maka boleh je keluarkan anak tu belajar kat sekolah lain.
2. Tak perlu hantar surat mintak tukarkan cikgu tu sebab pendidikan ni it goes beyond than academic excellence ... cikgu kita zaman dulupun bukannya pandai sangat mengajarpun tapi kita belajar benda lain dari kelas dia seperti belajar sabar, tahan telinga, tahan mengantuk, belajar untuk faham walaupun tak suka dan banyak lagilah ... dan itulah sebenarnya ilmu yang nak digunakan bila dewasa kelak baik dlm rumah tangga mahupun di tempat kerja.
Masa saya study kat US dulu, ada banyak pensyarah taraf full Profesor yang masuk kelas bercakap / mengajar mcm syok sendiri .. takde siapa yang faham ... dia macam tenggelam dalam dunia dia ... tapi research dia dan buku2 dia sangat bagus ... just cara mengajar dia sangat tak best ... tapi adakah para pelajar di sana mintak tukar profesor tu?? TIDAKK !!
Kami belajar ilmu untuk hormat orang berilmu, ilmu untuk tahan telinga mendengar walaupun tak best, ilmu untuk cuba faham benda yg susah nak faham, ilmu untuk tlak ansur dan banyak lagi ...
3. Tak suka cikgu, cikgu dikatakan tak pandai mengajar maka kena tukar cikgu tu ... so nanti bila dah kerja kalau tak suka bos, bos dikatakan tak pandai mengurus maka BOLEHLAH KITA MINTAK BOS TU DI TUKAR eh??
4. Surat ni macam dendam dengan seorang cikgu je ni ... cikgu add math ... saya rasa seteruk mana cikgu ni pasti tidaklah seteruk zaman-zaman kami dulu di MRSM Pengkalan Chepa bersama Cikgu Lee Tong Hai, arwah Ustaz Latif dsbg. Setakat guna pistol air ada penceramah terkenalpun guna pistol air masa bagi talk ... infact ada international speaker taraf PhD Doctor guna belon, guna getah dan riben masa mengajar.
Dan kami bersyukur diberikan cikgu2 yg seperti itu yg menjadikan kami seperti ini sekarang ...
5. Saya tak nafikan ada juga cikgu yang bermasalah tapi adakah ibubapa perlu hantar surat mintak tukarkan cikgu ni satu tindakan yg betul ... bukankah anak itu sedang belajar ilmu untuk sabar, ilmu untuk tahan telinga, ilmu untuk mendengar dsbg... yg mana ilmu inilah yg paling penting untuk survival hidup ...
Kerana nanti bila dewasa adakah mak bapak boleh jamin mereka akan jadi mak bapak yg baik sampai bila2 ... dan jika nanti anak2 dapati ibubapa tak jalankan tanggungjawab yg bagus, bolehkah anak-anak buat permohonan untuk tukarkan mak bapak??
Tak suka bos ... maka tukar bos?? Boleh macam tu ?
Tak suka mak bapak .. tukar mak bapak.. boleh macam tu?
6. Sepatutnya ... mak bapak pujuk anak untuk sabar ... bagi tahu anak bahawa orang lain di tempat lain susah nak masuk MRSM, susah nak belajar. Didik dia rasa hormat pada cikgu biarpun cikgu tu tak best, teruk, tak pandai mengajar dsbg. Ajar anak tu untuk tingkatkan amal ibadat, solat, tanamkan kekuatan dalaman anak itu agar apa jua dugaan yg mendatang dia pasti boleh menyesuaikan diri. Nanti nak pergi sambung belajar luar negara macam mana ... kat sana lagi teruk ... ada pensyarah yg racist ... ada yg mengajar langsung tak paham ... dan bagi tahu anak ... cikgu ini adalah yg Allah hantar untuk megnajar anak erti kehidupan ... nak tak nak anak tu kena dapat A jugak subjek tu ... fikirlah sendiri cara ... jangan condemn jangan comment banyak sangat ... bagi tahu anak "we cannot change the circumstances, the season, the wind, but one thing we can change is ourselves!"
BARULAH ANAK TU AKAN MEMBESAR JADI HEBAT !!
Pendidikan ni ia menjangkaui apa yang di ajar dalam kelas.
TAK SUKA SISTEM INI BOLEH JE KELUARKAN ANAK TU ... PLEASEEE ...
Sabar ya cikgu-cikgu ... Mungkin lepas ni kena buat aku janji untuk parents jugak sebelum masukkan anak ke MRSM / SBP ... antaranya " TIDAK BOLEH CAMPURTANGAN DALAM SISTEM .. TAK TAHAN / TAK SUKA ... SILA KELUARKAN ANAK MASING-MASING"

isteri mithali

Nak share ni... jgn nangis yek!! Kalo nangis pn tak pe... didik hati...
Kisah Suami Susah, Isteri Sentiasa Beri Semangat, Pernah Ditahan JPJ Sebab Naik Motor Tiada Lesen


Tiba-tiba basah pipi teringat nikmat Allah.Semasa saya diuji dengan kesusahan. Air mata saya mengalir cari duit nak beli susu anak. Isteri kata, takper abang. Abangkan selalu pesan, kitakan ada Allah. Allah tak pernah biar atau tinggalkan kita. Teruskan usaha dan minta pada Allah. Allah akan buka jalan dari punca yang tak disangka.. 


Pernah balik dari satu tempat singgah sebuah kedai makan. Bila masuk buka-buka menu harganya kami tak mampu.Terus pegang tangan isteri dan terus keluar dengan segan-segan. Isteri masuk kereta doa, ya Allah ya Rahman takper kami tak mampu nak makan di sini. Tapi ya Allah jadikanlah kesusahan ini asbab hidayah buat orang yang kami sayang. Serta berilah kami dapat makan bersama Nabi saw yang kami cintai dalam syurga..


Pernah kami hari raya aidilfitri tak pergi ke mana-mana melainkan pergi rumah dekat-dekat sebab tiada duit nak isi minyak. Ada duit sikit kira-kira beri ibubapa dan ibubapa mertua sahaja.


Tapi isteri saya senyum sahaja dan kata, abang bekerja keras dan rajin. Allah tak tengok hasil. Tapi Allah tengok usaha. Allah suka orang yang berusaha…
Pernah bawa anak-anak pergi ke tempat permainan. Tengok-tengok tempat main mahal mahal pula nak bayar. Kira duit tak cukup. Tempat makan pun mahal. Isteri kata pada anak, ummi bawa pergi sini sebab nak tunjuk dalam syurga nanti boleh main lebih dari yang ini. Hari ini kita try satu sahaja yer permainan ini. Nanti sambung dalam syurga yer. Anak kata, nanti kita main dalam syurga yer ummi..ayah, umi sama-sama main yer. Air mata saya mengalir..


Pernah sekali naik motor. Saya tiada lesen lagi tiada duit nak ambil lesen pun. Kena tahan JPJ. Polis suruh tinggalkan motor kerana tiada lesen. Katanya boleh balik kampung naik bas. Naik taxi dari sini ke stesen bas. Saya jawab dengan sedih maafkan saya encik, semua duit saya dah dalam tank motor. Dia biarkan saya lama di situ. Setelah 2 jam kerana dia tengok saya duduk sahaja di situ. Dia bagi motor dan suruh saya balik walaupun kena saman. Isteri saya kata, takper abang. Semua pengalaman ini mengajar kit erti kehidupan. Supaya kita belajar sayang orang susah. Suka tolong orang kalau mereka susah. Pandang semua orang dengan sayang.


Pernah saya menangis kerana lemah semangat. Isteri saya peluk saya dan kata, saya kahwin dengan abang kerana saya sayang abang kerana Allah. Saya cuma ingin abang bawa saya masuk syurga. Sebenarnya kita kaya. Kita ada tangan dan kaki. Ribu orang diuji tiada tangan dan kaki. Ribuan orang diuji dengan pekak bisu. Ribuan orang diuji dengan buta. Membesarkan anak tanp melihat wajah anak. Ribuan orang kayuh basikal dengan tangan kerana tiada kaki untuk sara keluargam Ribuan orang miskin minta sedekah dengan bawa jasad ahli keluarga yang nazak ditepi jalan. Kita terlalu kaya kerana memiliki semuanya sempurna. Cuma kurang sikit makan. Kurang sempurna pakaian. Adakah kita nak mengeluh abang?


Paling berharga dia beri kita Islam…itulah segalanya..Terima kasih Allah yang beri segalanya. Sentiasa memberi isteri yang tabah dan mulutnya manis saat diuji dengan kesusahan. Ya Allah terima kasih atas seluruh hidupku dan segala-gala nikmat dan mengeluarkan diriku dari kesempitan hidup.Seluruh hidup dan matiku untukMu Tuhanku. Yang tak pernah berhenti memberi nikmat dan buat baik padaku. Ya Allah, maafkanlah diriku yang teramat hina dan berdosa ini

ubat diabetis

Kepada pesakit Diabetis. Pada hari raya kedua saya beraya di rumah pak cik saya yang temankan saya menunaikan haji dalam tahun 1992. Dia baru balik dari keluar Tabligh. Dalam pertemuan singkat itu, sempat lah mendengar "ceramah" beliau tentang penyakit. Menurut beliau, walaupun dari segi perubatan moden, sakit kencing manis itu hanya boleh dikawal, namun tidak boleh sembuh, namun dari segi perubatan Islam, penyakit itu tetap ada penawarnya. Dan betul seperti janji Allah, " Setiap penyakit ada ubatnya kecuali kematian". Beliau memaklumkan, untuk merawat kencing manis, perlu dirawat pankerias kerana kerosakannya menyebabkan tidak dapat merembeskan insulin secara normal. 

Caranya adalah dengan mengambil sebiji buah tomato yang cukup masak (merah). potongkannya dan blend dengan sesudu teh yis (mauripan) dicampur dengan secawan air (air jangan banyak sangat, sebab kalau tomato besar akan menjadi banyak sangat dan sukar untuk dihabiskan). Juga perlu diminum segera sebaik buah tomato dikisar kerana jika dibiarkan, gelembung yis akan memenuhi cawan dan susah untuk meminumnya. Buat 3 hari berturut2, kemudian dos boleh dikurangkan....Perkara ini telah dicuba kepada ibu saudara saya ketika admit di Hospital Putrajaya, kaki beliau yang bengkak susut dan tidak perlu dibedah..semuga anda semua mendapat manafaat dari perkongsian ini. Semuga cepat sembuh..amin...

kawen

Teringat masa mula - mula nak kawin dulu. 
Duit simpanan tak da. 
Ada pun ngam - ngam untuk ke bulan depan punya makan. 
Macam mana nak kawin?
Fikir macam mana nak kawin.
Abah dengan mak cakap buat mana mampu je. 



Dari situ kami buat mana kami boleh.
Saya cakap kat tunang (suami sekarang) "tak payah la hantaran, kite cari duit sama - sama share bayar duit kenduri je. Lebih kurang kita halalkan jelah. Doa banyak - banyak dekat Allah. Mas kawin tak payah banyak , awak ikut negeri sudah lah ".
Dalam kepala masa tu fikir nak lepaskan dulu lepastu tarik nafas lega.
Akhirnya , 30/11/14.
Kenduri kami jadi jugak. 




Bajet tak lebih dari 10k tapi alhamdulillah banyak rezeki last minit datang.
Allah dah janji , nak buat benda baik insyaAllah Allah mesti tolong.
Kenduri kami kecik je.
Jemputan 200 orang sahabat dan saudara dekat.
Khemah ada 2. 



Pelamin kecik untuk tangkap gambar je.
Gambar pun tangkap guna handphone.
Tu pun nasib baik ada sorang sedara photographer yang baik hati.
Door gift last minit mak cik sponsor.
Lauk kenduri lauk kampung .
Nasi putih tak da nasi minyak pun.
Baju pun sepasang lelaki perempuan dari akad nikah, sanding dan sampai sambut menantu.



Tapi..
Semua serba lengkap .
Ramai yang datang.
Lauk ada lebih lagi .
Alhamdullilah semua berjalan lancar walaupun macam kekok sikit.
Memang susah bila fikir macam mana nak cari duit nikah.
Tambah - tambah ada mentaliti yang suka mintak hantaran mahal - mahal dan melampau sampai menyusahkan si lelaki.
Sepatutnya kita sama - sama nak kawin. 



Kita sama - sama tolong menolong dan usaha.
Tak perlu bangga dan asyik membanding - banding dengan orang lain.
Buat lah majlis yang kecik asalkan besar pahala.
Buat apa majlis grand dan besar tapi mengundang dosa?
Wallahualam.
Semoga semua kita berada dalam lindungan Allah.

Peringkat Ukhuwah


Ukhuwah 👭👭.
Sembang pasal ukhuwah 👭👭, mesti ramai terbayang-bayang 💭 kawan2 sekeliling 🙆🙅💁.

Kalau ana tanya 💬 kalian :
"Hang dok ukhuwah peringkat mana "
Tak ramai boleh jawab 💬💬.

Mehh, ana nak share.
Ukhuwah ada peringkat ,ada 3⃣. Peringkat ini dalam bentuk ranking :
1⃣ Ithaar
2⃣ Salamatus As-Sadr
3⃣ Husnu Dzon
So, ithaar adalah top  dalam carta Ukhuwah 👭👭.

'Ithaar itu apa bro '
Ithaar ni tak ramai yg dapat dlm ukhuwah 👭, bahkan ranking terbawah sekalipun iaitu Husnu Dzon pun tak ramai yg dapat.
Ithaar ni ialah kita lebih pentingkan sahabat dari diri kita sendiri .
Lagu mana tuh?

Macam kaum Ansar yg sggup bg isteri 👰 dekat kaum Muhajirin.
Senang cerita, ithaar ini kita bergembira  dgn kgembiraan sahabat 👭 kita.
'Bereh,,bereh. Salamatus as-sadr pulok '

Salamatus as-sadr ialah berlapang dada. Kita berlapang dada dgn apa yg sahabat kita buat dan kecapi.
Kawan kita ejek  , kawan kita hina, kita relax  je. Kita berlapang dada.
'Husnu Dzon bersangka baik kan'

Benarr .. ramai yg tau , tapi peringkat tercorot  carta ukhuwah 👭👭 ini pun orang tak dapat nak buat, apatah lagi yg ranking 2⃣ dan ranking 1⃣.
Kawan buat skit, terus sangka buruk 😒, terus nak cemuh 😠😡😁💬💬.

Haihh.. muhasabah 😔😔lahh.
Kita di peringkat ukhuwah 👭👭mana ❓

Dari sahabat untuk sahabat...

kapel

Reminder utk semua.

Sem ini adalah sem penentuan bg pelajar2 PST utk bertarung ke arah kecemerlangan akademik.

Saya selaku pensyarah perempuan... mohon jasa baik anda semua... kembalikan balik memori & niat awal anda masuk ke kolej ini...

Tentunya niat anda kemari adalah utk berjaya & membahagiakan ibubapa anda yg selama ini tidak jemu2 mendoakan serta menyokong anda.

Oleh yg demikian, saya sangat2 berharap... pelajar2 yg ber'couple' di kolej ini... fikirkan semula ttg hubungan anda.

Pendapat saya, masih terlalu awal utk anda memikirkan ttg hubungan anda dgn teman lelaki yg anda temui di sini.

Jodoh pertemuan di tangan Allah SWT.
Mengapa saya berkata sedemikian.

Sejak akhir2 ini fenomena study bercouple amat merunsingkan saya sebagai seorang yg beragama Islam. Pelajar tanpa segan silu berdating samada ke kuliah, ke cafe, ke kelas... kdg2 x malu2 bergurau & berdating di hadapan pensyarah seolah2 tiada maruah.

Dlm fikiran saya kesian ibubapa anda yg bersusah payah menghantar anda kemari utk belajar tetapi anda khianati mereka dgn perlakuan tidak bermoral. Dan adakalanya anda berlakon keluar berempat... tetapi ingatlah kami... 

pensyarah2 bukannya mudah diperbodohkan dgn perlakuan anda.
Pertama: agama kita Islam amat jelas menolak keadaan berdua2an tidak kiralah anda study @ diskus. Sangat jelas.

Kedua: anda belum selayaknya bercouple kerana makan minum anda masih ditanggung oleh ibubapa. Hormati, sayangi mereka dan cipta kejayaan utk mereka. Redha & kejayaan anda dtgnya dr redha ibubapa anda.

Nasihat saya adalah utk anda mencipta kejayaan di sini bukan mencipta kegagalan.

GST

Assalamualaikum...
Selamat pagi..
Dah sarapan..??
Sarapan minda dulu...😇 Bacaa..👓....📰..

Copy paste dari seorang sahabat.. sekadar mencakna minda kita sebagai pewaris Negara tercinta ini...

"KAMU MELIHAT KEBENARAN, KAMU TAHU KEBENARAN TAPI KAMU TETAP MEMILIH KEMUNGKARAN"

Mengapa Malaysia semakin lama semakin tertinggal ???
ANTARA MALAYSIA & SINGAPURA & KOREA SELATAN

Bismillahirahmanirahim. Saya menulis analisis ini bukan atas kepentingan peribadi. Sebab saya bukanlah org politik, Ketua Cawangan atau JKKKK. Saya juga bukan ahli mana2 parti samada yg berhaluan kanan atau kiri. Saya menulis utk org2 susah...utk diri saya alhamdulillah cukuplah sekadar kehidupan sementara di dunia ini.

Oleh itu sudi kiranya sahabat membacanya tanpa mengira fahaman politik kalian. Bacalah dgn hati terbuka. Mengkritik kerajaan yg ada bukan bermakna benci tetapi mahukan kerajaan kembalikan peranan asalnya utk rakyat teramai ini....terima kasih.

Berdasarkan kenyataan bapak2 Menteri itu, sakit hati tak bila baca kenyataan mereka yg bergelar Menteri apabila ditanya oleh rakyat. Pastinya tergurisnya hati mereka yg telah memberi undi atau kepercayaan utk mereka. Selepas diberi kepercayaan mudah sahaja jawab mereka..."Kalau tak suka...". Jadi eloklah kita panggil mereka ini "Menteri kalau tak suka".

Saya ingin bertanya kpd anda, jika mereka ini menjadi ketua negara Singapura pada tahun 1965 selepas dipisahkan dari Malaysia, apakah yg akan berlaku? Tidak mustahil akan berulang kembali seperti sejarah Sultan Sulu, jual sahaja kpd Inggeris. Kerana apa saya kata demikian...kerana mereka tidak berwibawa utk membela nasib rakyat.

Jadi di sini mari kita buat perbandingan di antara Malaysia dan Singapura dlm pelbagai sudut. Singapura selepas berpisah dgn Malaysia dlm sengketa politik hanyalah sebuah pulau. Singapura bernasib baik kerana mempunyai seorang Ketua Negara yg diiktiraf dunia sebagai antara insan 'genius' di dunia. Saya bukan pemuja Lee Kuan Yew tetapi jujur ada perasaan kagum kewibawaanya.

Bayangkan di'nyah'kan dari Malaysia menjadi sebuah negara yg kecil tanpa minyak dan yg terpenting tanpa air. Nak buat apa??? Kuan Yew bertindak pantas...pertama apa yg dilakukan olehnya ialah menghapuskan rasuah dalam agensi2 kerajaan. Beliau tahu dgn rasuah negara ekonomi sesbuah negara akan hancur. Kemudian dia memulakan ekonomi pasaran bebas.

Anda bayangkan 'genius' atau tidak manusia yg bernama Kuan Yew ini...negaranya tiada air...tapi dgn air yg dibelinya dari Johor, dgn air itu juga dia membuat duit utk negaranya berjuta juta ringgit setahun. Johor pula kaya dgn air, dijualnya air tapi dibeli dgn harga lebih mahal daripada Singapura...heeeeee....lucukan.

Bukan pada air sahaja Kuan Yew lakukan tapi kpd minyak. Negara ini tiada minyak tapi dia mengimport minyak utk ditapis dan dieksportnya kembali minyak dgn keuntungan. Singapura juga menerusi dasar pendidikannya melahirkan pekerja yg mahir utk ekonomi negaranya tidak seperti Malaysia yg berminat mengimport tenaga mahir.

Kerana negara ini hampir sifar rasuah, Singapura berjaya menyakinkan pelabur apabila lebih 3 ribu syarikat melabur ke sana. Tidak cukup dari itu bagi menambah pendapatan negara, Singapura telah menjadikan negara sebagai sebuah pusat kewangan dan teknologi tinggi wilayah. Kini jutawan2 dunia terutama di rantau ini tidak perlu ke Switzerland lagi utk menyimpan wang mereka.
Berbanding dgn Malaysia, kita sepatutnya mampu mengatasi ekonomi Singapura. Kita mempunyai minyak, gas, kelapa sawit, kayu jati, air (dijual kpd Singpaura) dan pelbagai lagi. Mengapa kita tidak mampu menggunakan utk menjana ekonomi rakyat?

Kepimpinan negara yg baik, pemimpin kena sentiasa memikirkan bagaimana utk meningkatkan ekonomi rakyat dan bukannya membebankan rakyat. Contohnya dgn sumber alam semujadi yg begitu byk Tuhan berikan, kerajaan terpaksa mengambil subsidi rakyat malah duit rakyat utk dikenakan dgn pelbagai cukai. Persoalannya ke manakah duit negara yg byk itu dibelanjakan???

Apa?...'Hidden hand'...Ada teori mengatakan Singapura ketika dipisahkan dari Malaysia mereka telah meminta nasihat daripada Israel utk membangunkan ekonomi Singapura. Dlm erti kata lain Lee Kuan Yew bukan bertindak seorang diri.

Kenapa kata begitu, antara Lee Kuan Yew byk mengikut atau mengkaji apa yg dilakukan oleh Israel (Yahudi). Contohnya, Israel adalah pengeluar rokok terbesar di dunia tetapi 99% rakyat Israel tak merokok. Ini kerana hasil kajian, rokok akan menghasilkan rakyat yg 'dungu' dan berpenyakit.

Sebab itu Singapura melayani rakyatnya yg merokok seperti rakyat kelas kedua. Langkah itu berjaya mengurangkan perokok di kalangan rakyat Singapura. Sebab itu saya tidak menghalang kerajaan Malaysia menaikkan harga rokok kerana ia bagus utk rakyat memikirkan kembali utk berhenti merokok.

Ok tak mengapa...jgn gaduh2. Ye lah Jews bergabung dgn East Jews (bangsa China terkenal juga dgn jolokan East Jews kerana kepintaran mereka) kita terbang ke Korea...Kenapa saya pilih Korea? Korea adalah negara yg jauh lebih mundur dari Malaysia dan pada tahun 1980 ekonomi negaranya sama dgn kita.

KOREA SELATAN DAN MALAYSIA...

Pada tahun 1950...Korea adalah antara negara termiskin di dunia. Ia adalah akibat perang dgn Jepun di mana ketika itu Korea hanya bergantung kpd pertanian sahaja. Menurut ceritanya sekitar tahun 70 an KL jauh lebih maju dari Malaysia. Tapi kini Korea sudah menjadi negara maju dgn penguasaan teknologinya tinggi.

Kita lihat pendapatan perkapita Korea & Malaysia
a)Korea(1980)-$1845.66
b)Malaysia(1980)-$1804.12
Maksudnya di sini pendapatan Malaysia dan Korea lebih kurang sama pada tahun 1980..

Kemudian lihat apa yg berlaku 26 tahun selepas itu.
a)Korea(2006)-$18,674.44
b)Malaysia(2006)-$5,781
Kita ketinggalan hampir 323% dgn Korea. Sebenarnya sejak thun 1985 lagi Malaysia sudah ketinggalan hampir 200% dgn Korea. Kita berangan nak mencapai negara maju menjelang 2020, sedangkan kriteria utama nak jadi negara maju kena pendapatan perkapita $15K ke atas.

Ketika ini pendapatan perkapita kita hanya $5 sahaja. Hanya keajaiban sahaja yg mampu utk Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju yg hanya tinggal 7 tahun sahaja lagi. Agak2 boleh ke kawan2?

Lihat di kala kegawatan ekonomi 1997. Korea lebih teruk dilanda kegawatan. Malah mereka terpaksa meminjam berbillion dari IMF. Tapi mereka bergerak pantas utk menjadi negara maju selepas itu. Sedangkan Malaysia yg kononnya hebat sgt tidak meminjam IMF, masih termengah mengah utk memulihkan ekonominya. Pelaburan asing semakin mengecil, pelaburan swasta dlm negeri semakin menurun. Tentu ada yg tak kena dgn polisi yg ada sekarang?

Dari sebuah negara antara yg paling miskin, mereka kini menjadi negara paling kaya dgn nilai ekonomi trillion. Malah mereka menggunakan NIC atau teknologi nuklear mereka dgn baik. Tapi sayangnya bukannya teknologi Korea ini yg dipelajari atau diminati tetapi Gagnam Style dan K Pop yg sampai dulu walaupun 99% rakyat Malaysia tak faham apa yg dinyanyikan. Malah siri drama Korea menjadi kegilaan rakyat Malaysia...khasnya org Melayu bab hiburan nombor satu....heeee.

Kebangkitan Korea dlm bidang automobil awal sedikit dari Proton. Tapi kini kereta Korea (Hyundai & Kia) menguasai 70% kenderaan di Brunei, terjual 1 juta unit di Amerika dan berjuta di seluruh dunia. Proton masih mencari identiti dan pengaruh di negara sendiri. Malah lebih memalukan rakyat sendiri pun tak percaya termasuk saya.

Selepas sengsara 5 kali tukar gear box kereta Perdana V6 dulu, taubat saya nak menggunakan kereta Malaysia. Bukan sebab kita tak patriotik atau tak sokong kereta buatan Malaysia tetapi bagi saya Proton sendiri mengkhianati penggunanya sendiri..5 kali tukar RM 15 k.

Selain itu antara membuatkan pelik dgn Proton kerana tidak mementingkan bab keselamatan pengguna. Kenapa perlu bezakan kalau beli yang basic, ABS dan airbag tak ada .Kalau beli high-line, semua benda tu ada. Seolah-olah yg kaya kamu mendapat lebih keselamatan jika berlaku kecemasan dari org miskin. Mcm kes kapal Titanic la pulak.

Berbalik kpd negara Korea...mereka sudah jauh pergi dlm peciptaan produk elektronik. Malah mereka menguasai dunia seperti Samsung dan LG. Samsung seperti saya tulis sebelum ini adalah jenama HP yg paling digemari di seluruh dunia..Pelaburan berbillion ringgit kerajaan Korea kepada generasi pelajar2 utk menguasai Sains Teknologi membuahkan hasilnya kini.

Ekonomi Korea Selatan maju sebab rakyat dia berani bersuara. Di sana mereka yg berjawatan pemimpin tak berani nak buat benda2 mengarut macam di Malaysia. Mentaliti rakyat kita masih lagi rendah walaupun pada hakikatnya dan 53 tahun merdeka. Senang je kena tabur janji bagai...bagi BRIM balik pilih benda yg sama . Perlu diingat sampai bile kita nak macamni.

Bagi saya parti politik hanyalah satu wadah. Pembangkang perlu wujud sebagai chk n balance. Saya tak kata kita patut bangkang je apa yg kerajaan buat. Kalau idea bagus, kaedah efisyen, kita pun boleh setuju. Begitu juga kalau ada idea pembangkang yg bagus, kerajaan memerintah patut bersetuju dan laksanakan. Itulah guna pembangkang dlm setiap negara.

Contoh, byk ketirisan yg berlaku dlm pentadbiran. Korea dan Singapura masalah inilah dulu dibasminya (rasuah). Tapi kita cakap bab rasuah mcm halal pula jadinya. Malah rasuah boleh disebut sebagai komisen utk menghalalkannya. Itu sebab Malaysia still tak boleh compete dgn mereka.

Cukup-cukuplah kata ringgit Malaysia semakin mengukuh sedangkan pada hakikat, matawang asing yg lemah. Kalau kukuh, mesti ada beza dalam kuasa beli. Cuba bandingkan dgn nilai dolar Singapura. Kita semakin lama semakin jauh tertinggal.

Suruh rakyat berjimat...ambil subsidi rakyat. Tapi dlm masa yg sama sibuk nak buat Menara Warisan sedangkan kadar occupied ruang pejabat kat Malaysia ni pun masih lgi dalam kadar 60-70%.Ni tambah lagi beribu pejabat kosong buat apa? Bukankah rakyat rasa diperbodohkan.

Lepas tu kita tgk tahap kecerdasan pemimpin kita. Bila rakyat tanya, sakitnya hati bila kita membacanya...sebab apa mereka begitu. Sebab bukan bidang mereka atau ada agenda tersembunyi. Bodohkan rakyat mcm tak rasa bersalah langsung.

Patut letakkanlah seseorang Menteri itu mengikut kebolehan Menteri terbabit. Yg dulunya belajar ekonomi, PM letak dia dekat Menteri Kebudayaan....sebagai contoh. Apa yg dia boleh sumbangkan. Cuba letak di tempat kemahirannya baru la ia berfungsi dgn baik di kementerian terbabit sb Menteri itu tahu tahu kerja dia macamana.

KENAPA MALAYSIA TAK MAJU2...

Ok, persoalannya kenapa kita tertinggal dgn Singapura dan Korea? Malaysia tak maju sebab kekayaan hanya berlegar pada kroni2 terutama utk parti politik sahaja. Rasuah tak pernah menurun. Audit setiap tahun kerajaan hilang antara 20-30 billion tiap2 tahun. Tak tahu sapa yg lesapkan.

Korea minyak tiada, kayu balak tiada, kelapa sawit tak ada, petroleum tak ada, gas tak ada, Umno tak ada tapi mereka jauh meninggalkan kita. Malah terpaksa berperang dgn Korea Utara lagi. Nak jimatkan kos mereka bawa masuk tentera US . Korea tak buat projek mega, tak buat Istana nak menunjuk2, tak buat rumah PM sampai RM 250 juta. Tapi mereka buat jalan raya yg baik, empangan, budget pendidikan dan sukan yg tinggi utk rakyat mereka.

Selain itu masalah terbesar negara, Malaysia hanya berbangga sebagai bangsa pengguna. Manakala Korea Selatan itu bangsa pencipta . Dlm isu yg lalu saya katakan Pakistan pun dah mampu bina kapal selam sendiri. Sebab itulah mereka boleh pergi jauh, yg kita semakin lama semakin jauh ketinggalan.

UK, US dan Jepun (3 negara maju di dunia) ...mereka ni boleh tukar kerajaan setiap penggal kalau mereka tak puas hati dgn dasar pemerintah. Kita tak boleh kerana jika UMNO tidak memerintah maka muncullah hari kiamat. Rakyat akan mati kebuluran. Jalan raya tidak ada lagi org yg mampu membinanya dan sekolah terpaksa ditutup.

Buat sahabatku sekalian. Sebenarnya ia bukan soal UMNO, PAS atau PKR. Ini soal maruah bangsa. Rasuah (duit rakyat) tetapi digunakan atau diambil berbillion ringgit utk perut individu tertentu. Sedangkan jika ketirisan itu mampu disifarkan, nescaya kita mampu memberikan pendidikan percuma.

Kerajaan yg baik sepatutnya memikirkan bagaimana utk membantu rakyat. Bukannya membebankan rakyat. Kerana kegagalan mereka menguruskan dana negara dgn baik atau dilimpahkan kpd kroni masing2, rakyat yg terpaksa menanggung beban tersebut. Umpama anak yg pinjam wang pada Along, habis satu keluarganya diganggu atau diperas ugut. Terpulanglah kpd kalian.

Ada satu peribahasa Inggeris berbunyi, "Anda melihat kebenaran, anda tahu kebenaran itu tetapi anda tetap memilih kemungkaran ~ maka kita anak2 cucu cicit kita akan terus berterus2an menerima akibat2 nya ~