Jumaat, 20 Mei 2016

Melayu

Assalamualaikum.....
Wahai sahabat ahli bai'ah dunia akhirat
KISAH ASAL MELAYU...
DARI KITAB SHEIKH DAUD AL FATANI....

 "Kisah Kerajaan Kedah Tua Melalui Kalam Ulamak Amalan Pusaka Khalifah Wali Islam "

Bukan Melalui Sarjana Barat...

Kedatangan Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi Yamani Bersama 11 Sahabatnya Yang Lain Di Puncak Gunung Jerai,Kedah Darul Aman

Kisah Yang Diceritakan Oleh Tuan Guru Syekh Ahmad Junaidin,seperti yang
di ceritakan oleh Syekh Mahmud Nasri Usmani(Anak Murid Tok Kenali) seperti yang di ceritakan oleh Sultan Badlishah Kedah terdahulu pada Tuan Guru seperti yang ditulis di dalam beberapa Buku@Kitab,Ceramah Kuliah Tuan Guru kepada Murid-Muridnya di dalam Jemaah Abjad dan Warga Melayu.

Sejarah PengIslaman Penduduk Di Tanah Melayu Oleh Syekh Abdullah Al Qumairi melalui Pengislaman Raja Phra Ong Mahawangsa :

Islam bermula apabila Sayyid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani menghantar 12 orang muridnya yang diketuai oleh Sayyid Syeikh Abdullah Bin Abdul Qumairi daripada Baghdad ke Gunung Jerai pada kadar satu langkah dalam waktu zohor

Melalui Perjalanan Lipat Bumi Yakni Karamah Yang Dizahirkan Oleh Allah dengan Satu Langkah atau seperti Pegerakkan Tikar atau Karpet yang di gulung

Azan yang pertama dilaungkan di Puncak Gunung Jerai pada Waktu Zohor.

5 kali Azan, Asar,Magrib,Isyak dan Subuh.

Selepas Azan Zohor ke -2
Sayyid Syeikh Abdulah Al Qumairi menghadap Raja Phra Ong Mahawangsa di Istana Bukit Meriam(Lembah Bujang)

Mereka tidak melakukan apa apa serangan dan hanya mengambil tempat Uzlah selama 40 hari dan tidak secara tergesa gesa untuk melakukan kerja mengislamkan Raja Phra Ong Mahawangsa

Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi dan 11 Sahabatnya mengambil Tapak Langkahan Hulubalang dan Kafiat Adab sebagai Persiapan menentang Ilmu Istidraj oleh Raja Phra Ong Mahawangsa

Raja Phra Ong Mahawangsa beserta Sami saminya dan kesemua Puak yang disebut tadi menyerang Sayyid Syeikh Abdulah Al Qumairi dan 11 Orang Sahabatnya dengan segala bentuk Sihir dan Silap Mata melalui Latihan Pertahanan Diri,Perbomohan,dan lain-lain cara.

Agama yang dianuti ketika itu adalah Hindu dan Budha atau Sembahan Permujaan Patung dan Kepercayaan Animisme yang lain

Raja Phra Ong Mahawangsa juga menjemput Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi Yamani ke dalam Istana dan mempamerkan ilmu Istidrajnya namun berjaya di patahkan oleh Sayyid Syekh Abdullah Al Qumairi dengan Langkah Gerak Hulubalang yang di zahirkan oleh Allah kepadanya (Seumpama Kisah Nabi Musa Menentang Sihir Pengikut Firaun)

Kesemuanya itu tidak memberi bekas dan hasil.

Akhirnya Raja Phra Ong Mahawangsa dan Bala Tenteranya datang menghadap Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi dan bertanya kepada Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi :

Apakah yang Tuan Pakai ?

(Raja Phra Ong Mahawangsa Menyangkakan Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi mengamalkan Ilmu Sihir sepertinya)

Kami jumlah yang besar kalah dengan kamu jumlah yang kecil !

Sayyid Abdullah Al Qumairi menyebut Islam !

Apabila ditanya Apa itu Islam?

Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi menghuraikan dengan Panjang Lebar...

Raja Phra Ong Mahawangsa terus menerima Islam sebagai Agama melalui Ucapan "Talqin Syahadah" dan memerintahkan Pembesar-pembesarnya menerima Agama Islam.

Apabila Raja masuk Islam,Pembesar Pembesar pun turut masuk Islam diikuti Rakyat Jelata.

Mereka datang dengan Tempayan dan Gelas untuk menjamu Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi.Akhirnya Raja Phra Ong Mahawangsa perintah Tempayan dan Gelas dimusnahkan kecuali mangkuk kaca Baginda yang di cuci bersih dan dihadiahkan kepada Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi .

Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi pun menyebut

حزا قده دار الا من

Haza Qodah Darul Aman

بالد ت طيبه ورب غور

Negeri yang Baik(nyaman) dan Aman sedang (Tuhanmu) adalah Maha Pengampun

(Surah Sa"ba -15)

Negeri Kedah Dinamakan Sempena Bekas Minuman Arak Yang Selalu Diminum oleh Raja Phra Ong Mahawangsa dan Bekas itu kemudian di pecahkan oleh Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi lalu hari itu disebut perkataan "Haza Qodah Darul Aman" iaitu Negeri Yang Aman Bebas Segala Jenis Syirik,Kufur,Kafir,Munafik dan Murtad dan segala Jenis Perbuatan Thoghut setelah menerima Islam..

Perkataan Gelaran Al Mala U (Melayu) telah diberikan oleh Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi kepada Penduduk Kedah ketika itu yang ada pelbagai warna kulit dan keturunan yang terdiri dari Arab,Parsi,India,China,Monggolia dan 24 Jenis keturunan

Gelaran Al Mala U bermaksud Bangsa Yang Menerima Agama Islam (Bangsa Yang Beragama)

Juga digelar Ahli Jawi Jadid kerana menulis Tulisan Jawi dan bertutur dalam Bahasa Melayu

Nama Raja Phra Ong Mahawangsa kemudian ditukar kepada Raja Muzaffar Syah dan berguru kepada Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi kemudian diarahkan Pembinaan Menara Masjid di Puncak Gunung Jerai.(Menara Azan Tertinggi di Asia Tenggara Kerana Berada Di Puncak Gunung Jerai )

Sayyid Syekh Abdullah Al Qumairi adalah Guru Murabbi paling Kanan kepada Sultan Auliak Sayyid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani

Ketika Pembinaan Menara Puncak Gunung Jerai Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi jatuh Sakit lalu Wafat

Setelah itu Sultan Auliak Sayyid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani Guru kepada Sayyid Syeikh Abdullah Qumairi telah datang melawat Puncak Gunung Jerai dan kemudian telah Melantik Raja Phra Ong Mahawangsa dengan memakai Gelaran Sultan (Yang Pertama Di Alam Melayu)

Sultan istilah Bahasa tanpa Menuntut Jawatan Khalifah

Sultan juga bermaksud Ketua@Pemimpin kepada Orang Beriman

Wilayah yang berada di Wilayah Sultan dan Kerajaan Taklukkannya secara Automatik menjadi Wilayah Bangsa Al Mala U atau Milik "Islam Melayu Melayu Islam"

Dikatakan juga pada Tahun 1187 Masihi Tentera Al Mala U yang berpusat di Kedah telah menghantar 10 Ribu bala Tentera untuk membantu Sultan Salehudin Al Ayubi pada Misi Perang Salib ketiga di BaitulMaqdis dan hasilnya mereka berjaya merampas BaitulMaqdis(Tak pernah dinyatakan dalam Sejarah)

Pandangan Syekh Ahmad Fatani mengenai Bangsa Al Mala U

" al-Malayuwiyah itu dibangsakan kepada Milayu, dengan baris di bawah (kasrah) huruf Mim, atau baris di atas (fathah) dan baris depan (dhammah) huruf Ya", takrif yang diberikan bererti menurut dialek Arab dibunyikan dengan perkataan "mi" (Mi-layu) atau "ma" (Ma-layu) sedangkan dalam dialek Melayu sendiri ialah "me" (Me-layu)"

Negeri Melayu itu terletak di antara negeri India dan Cina. Adalah alam Melayu itu terdiri dari kebanyakan pulau yang terpencar-pencar atau terpisah-pisah. Pakar/ ahli ilmu geografi mengibaratkan bahawa alam Melayu itu adalah sebahagian daripada negeri-negeri India-Cina.

"Orang-orang Hijaz/Arab dan selain mereka menamakan Melayu dan bangsa-bangsa di wilayah-wilayah itu dengan sebutan "Jawah", iaitu satu golongan manusia di satu pulau yang besar di sana. Orang Melayu bukanlah daripada orang Jawa.

"Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang paling ringan/mudah daripada bahasa-bahasa penduduk wilayah-wilayah itu. Sebab itulah kebanyakan orang Hijaz/Arab memakai menggunakan bahasa Melayu dalam pergaulan dengan bangsa-bangsa tersebut, yang berlainan bahasa mereka dengan bahasa Melayu.

"Bangsa Melayu itu adalah bersifat ikhlas, lemah lembut, lunak, berperibadi sopan. Mereka memiliki kehormatan yang sopan, menguasai pembaikan pertukangan, menerima pemodenan teknologi, mereka memperoleh pendidikan dan ilmu pengetahuan serta kecemerlangan kefahaman padanya.

"Bangsa Melayu mempunyai kedaulatan-kedaulatan yang besar, maka kekuasaan-kekuasaan kafir telah menipu daya mereka."

Sumber Kitab Hadiqatul Azhar

"Digelarnya mereka ini kumpulan atau kelompok Melayu kepada mereka yang tinggal di Wilayah Kepulauan Melayu yang bermula di Utara Segeting Kera Thailand dan Timurnya di Filipina,dan Selatannya di Sempadan Australia,dan hingga di Kepulauan Madagascar"
- Syeikh Ahmad Junaidin

"Islam&Melayu,Melayu Islam"

Rabu, 18 Mei 2016

Grup wasap

WHATSAPP GROUP

Umur 10-12 tahun

Masa ni, semua orang jadi admin. Ada 5 group, semua ahli yang sama, nama group je berbeza. Perbincangan berkisar tentang jadual persekolah dan gosip bilik sebelah.

Umur 13-15 tahun

Masa ni dah mula berpuak-puak mengikut special interest masing-masing. Admin tak semua. Group yang sama, ahli yang sama, mereka dah tak buat group lebih-lebih! Perbincangan masih lebih kepada jadual persekolahan. Cuma kisah-kisah teknologi smartphone mula bercambah.

Umur 16-17 tahun
Kumpulan ni lebih specialised. Perbincangan mula tertumpu kepada kecemerlangan peperiksaan. Maklumlah, dah nak SPM. Dah mula pandai share gambar-gambar skandal.

Umur 18-19
Kumpulan ni dah mula masuk alam pengajian tinggi. Tapi, perbincangan berkenaan akademik jarang sangat. Banyaknya duk mencari identiti sendiri. Masa ni mula berjinak-jinak dengan politik. Dah pandai dah hentam pihak berkuasa dan kerajaan. Cakap-cakap bisnes jauh sekali.

Umur 20-22
Awal penubuhan, masing-masing bersemangat dengan alam sebenar pengajian tinggi. Yang teruna dah mula pasang perangkap. Yang dara masih jual mahal. Kononnya nak fokus belajar dulu katanya di dara. Di pertengahannya, lagak hero heroin politikus mula ditonjolkan apabila tiba musim pihanraya kampus. Dah mula carut mencarut dalam open group. Cakap-cakap bisness dah mula ada. MLM kebanyakkannya.

Umur 23-28
Masa ni, kebanyakkan group tak aktif sangat. Masing-masing dah mula bawa haluan mengikut kerjaya. 70% makan gaji sama ada kerajaan atau swasta. 25% menganggur. 5% yang bisness sendiri.

Umur 29-35
Ramai yang dah establish dalam organisasi. Gaji dah besar, kereta dah besar, keluarga dah besar, bual pun dah mula besar. Cakap politik masa ni memang top. Siap left group lagi. Kalau nak ajak jumpa, 80% yang terdiri daripada makan gaji akan bagi amaran. Syarat nak jumpa, tak payah nak cakap-cakap bisness. Setakat main boling, minum-minum, bual kosong takpe. Yang sedang bisness, terpaksa la kongsi idea bisness dengan orang yang tidak dikenali dan membina rangkaian lain.

Umur 36-40
50% yang makan gaji dah mula terasa kepayahan hidup. Mula la berjinak-jinak dengan bisnes. Dulu masa kengkawan yang duk buat bisnes mintak support dia buat tak tahu. Siap ban lagi. Hah, sekarang dah terhegeh-hegeh nak share bisness dalam group. Yang dah lama bisnes, senyum dari jauh. Cakap-cakap politik masing-masing bernas. Hujah mengalahkan Pak Hamka. Fatwa-fatwa baru juga banyak dicipta.

Umur 41-50
Dah start share pasal tips-tips kesihatan. Ucapan takziah kematian pun dah mula rancak. Cakap politik makin menjadi. Ditambah pula, ada ahli-ahli yang dah jadi wakil rakyat atau memegang jawatan penting parti.

Umur 51-60
Ahli group dah mula berkurangan akibat sakit atau kematian. Ada juga yang dah mula bertaubat dan mula menjauhkan diri daripada perbincangan kosong. Idea dah mula berkurangan. Asyik forward sharing imej-imej dan kata-kata sama je.

Umur 60-65
8Aa9sa97sa0s8a08sa...asyik salah tekan keypad je...

😁

Ahad, 15 Mei 2016

Tiru exam

Lawak Student:
#KANTOI

Student : Sir.. Kalau student kantoi meniru time exam kan, apa tindakan paling power yang kitorang akan kena ? Apa nasib yang paling buruk ?

Sir : The worst ialah awak tak kantoi.

Student : Aik.. Kenapa macam tu ? Kalau takkantoi la best, kalau kantoi habislah. Failed exam, kena denda bagai.

Sir : Itulah kamu takfaham. Tak kantoi la paling hardcore. Hang punya result akan dapat flying colours, tapi result tu haram. Dengan result haram tu hang mohon kerja pula, kerja haram. Dapat gaji, gaji haram. Bagi makan anak dan isteri pakai duit haram. Anak-anak awak membesar makan duit haram. Tak ada berkat.

Student : Wuu.. Tapi sir, kalau tak tiru dan failed lagi teruk.

Sir : Sebab itu kamu kena usaha. Kemudian tawakal kepada-Nya. Jangan sampai meniru kerana kesannya adalah terhadap hidup kamu. Mungkin kita tak rasa apa-apa , tapi ingatlah Allah itu Maha Adil

Student : Gulp..... 😳

Wanita solehah

KESIAN LELAKI ?
sering kite dengar tentang sifat dan keburukan seorang lelaki dari seorang wanita ,
bila sebut tentang CURANG ! lelaki . MAIN KAYU TIGA ! lelaki .
PENIPU ! lelaki . MENCABUL MARUAH ! lelaki . PERAMPAS DARA ! lelaki . Lelaki tu playboy
TETAPI ,
para lelaki , kurang bercakap tentang wanita . seperti wanita post sana . post sini .
seolah-olah . LELAKI ini terlalu buruk sifatnya !
MACAM laa ,
wanita itu tidak curang , menipu , main kayu tiga , perampas hak orang ,pengoda yang paling handal ! dan sebagainya !
MARAH !
apabila terdengar wanita dicabul maruahnya ! dirogol ! ditipu oleh kekasihnya ! WAH ! wanita mula marah ! lelaki ini celaka ! lelaki ini tidak boleh dipecayai !
INGAT !
lelaki ini bukan nabi dan rasul yang kuat imannya . yang tinggi akhlaknya . yang suci sepenuhnya!
LELAKI ini manusia biasa wahai wanita ?
yang mudah tergoda dengan kecantikanmu .
ada lelaki yang baru ingin berubah ,
lalu kecundang kerana godaan kamu wanita !
CERITAKAN !
wanita mana yang dirogol ?
wanita mana yang ditipu ?
wanita mana yang daranya dirampas ?
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-** !!
adakah wanita yang berjubah labuh ?
adakah wanita yang bertudung labuh ?
adakah wanita yang tidak keluar bebas diwaktu gelap ?
adakah wanita yang taat kepada ibu bapa ?
adakah wanita yang kuat sifat malunya ?
jarang didengar wanita ini diperkosakan , wanita ?
JADI !
jangan keluar kenyataan seperti orang yang sempit akalnya .
jangan bercakap seperti kamu tidak kesekolah sebelum ini .
jangan bercakap seperti lelaki itu takut kepada ahklakmu .
KEMUDIAN !
wanita pandai membalas pula ?
lelaki sepatutnya melindungi wanita .
lelaki sepatutnya memelihara wanita .
lelaki sepatutnya berlembut dengan wanita .
WAHAI WANITA ?
sebelum lelaki melindungimu !
adakah kamu melindungi auratmu ?
sebelum lelaki memeliharamu !
adakah kamu memelihara ahklakmu ?
sebelum lelaki berlembut denganmu .
adakah kuat sifat malu kamu wanita ?
INGATLAH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT ,
SAMA-SAMALAH KITA SALING MEMBETULKAN KESILAPAN KITA .
SAMA-SAMA MENJAGA AHKLAK KITA .
SAMA-SAMA MENASIHATI .
pesan NABI MUHMMAD S.A.W.
"SEBAIK-BAIK WANITA ADALAH YANG TIDAK DIPANDANG, DAN MEMANDANG"!!!!!  
_ALLAHUAKBAR_
       

Sabtu, 14 Mei 2016

Tinggi ilmu

Seorang ayah yang buta huruf bersama dengan anaknya yang  berpendidikan tinggi, sama-sama berkhemah di atas padang.

Selepas mendirikan khemah, mereka tidur dalam khemah sebab kepenatan.

Beberapa jam kemudian , tiba-tiba siayah terjaga kerana kesejukan dan mengejutkan anaknya.

Bila anaknya sudah terjaga, sibapa berkata " Cuba tengok ke atas langit. Apa yang kau lihat?"

Si anak kebingungan dan menjawab "Saya melihat berjuta-juta bintang di langit, ayah"

Si ayah bertanya lagi, " Dengan ilmu yg kau ada, anakku, apa maknanya?"

Si anak berfikir dengan lama dan mencari teori ilmu yang dipelajari untuk menjelaskan makna bintang2 tersebut.

Akhirnya dia menjawab "Terdapat berjuta-juta galaksi dan planet di atas langit sana" dan menyambung dengan panjang lebar menerangkan tentang jenis-jenis galaksi yang dia ketahui.

Setelah puas menerangkan, si ayah berkata, " Anakku, pada pendapat ayah yang tak belajar tinggi ini, bahawa kita dalam masalah. Khemah kita telah tiada. Mungkin dicuri orang"

MORAL CERITA:
*Bila terlalu banyak ilmu, ia boleh merosakkan akal kita. Ramai yang mengambil 'nonsense' dan melupakan 'common sense*

#selamatharipsyarah2016

Rabu, 11 Mei 2016

Doa ibu

Pada suatu hari, saya sedang membersihkan rumah. Tiba-tiba anak lelaki saya yg masih kecil berlari ke arah saya, ia tidak sengaja terlanggar satu pasu bunga yang dibuat daripada kaca.. pecah hancur berderai...
Saya benar-benar marah ketika itu. Kerana pasu itu amat mahal harganya. Hadiah dari Ibu saya yg amat saya sayangi, maka saya menjaganya bagai menatang minyak yang penuh.
Saya amat marah tanpa disedari saya telah melontarkan kata-kata :
" Semoga kamu ditimpa dinding bangunan dan tulang-belulangmu hancur...! ”
Tahun demi tahun berlalu, anak lelaki saya dah membesar, saya dah lupa akan doa itu, saya pun tak anggapnya penting, dan saya tidak tahu bahwa doa itu telah naik ke atas langit…
Anak lelakiku dan adik-adiknya yang lain sedang membesar, dia anak sulong yang paling aku sayangi dari anak-anakku yang lain. Dialah anak yang rajin dan pandai menghormati aku dan berbakti kepadaku dibandingkan adik2nya yang lain.
Kini dia telah bekerja, menjadi seorang Jurutera yg Berjaya, tak lama lagi dia akan berkahwin. Tak sabar rasanya aku nak menimang cucu.
Ayahnya ada sebuah bangunan yang dah uzur dan ingin dibuat baik pulih.
Maka pergilah anakku bersama ayahnya ke gudang itu. Para pekerja sudah bersiap-siap untuk merobohkan satu dinding yang sudah usang.
Sedang mereka melakukan kerja penyediaan renovation, anakku pergi kebelakang bangunan tersebut tanpa pengetahuan sesiapa pun.
Oleh itu kerja2 utk meruntuhkan dinding itu akan dilakukan oleh para pekerja suamiku tanpa mengetahui bahwa anakku ada di belakang dinding tersebut, dgn tidak semena mena dinding bangunan itu terjatuh menimpanya.
Kendengaran suara berteriak didalam runtuhan tersebut sehinggalah suaranya tak kerdengaaran lagi.
Semua pekerja berhenti. Hairan suara siapa..? Mereka berlari ke arah runtuhan itu...
Mereka mengangkat dinding yang menghimpit anakku itu dengan susah payah dan segera memanggil Bomba dan ambulans.
Mereka tidak boleh mengangkat badan anakku. Ia remuk, Seperti kaca yang jatuh, pecah berkeping-keping.
Mereka mengangkat badannya yang hancur dengan berhati hati dan segera membawanya ke Hospital Unit Kecemasan untuk pertolongan lebih lanjut.
Ketika ayahnya menghubungi aku untuk mengkhabarkan hal itu, seakan akan Allah menghadirkan kembali apa yang telah aku doakan untuknya semasa ia kecil dahulu..
Aku menangis hingga jatuh pengsan. Ketika sedar, aku berada di Hospital dan aku meminta untuk melihat keadaan anakku.
Ketika melihatnya, seakan-akan aku mendengar suara Tuhan berkata: INI DOA MU KAN?
Sudah AKU kabulkan setelah sekian lama, engkau berdoa dan sekarang Aku akan mengambilnya.
Ketika itu, jantung aku seakan berhenti berdetik.
Anak aku menghembuskan nafasnya yg terakhir.
Aku berteriak dan menangis sambil berkata:
" Jangan pergi nak...!!
Andai kata ia masih hidup... Tidak mengapalah jika dia nak hancurkan semua perabot didalam rumah aku....."
Asalkan saya tidak kehilangan ia… YA ALLAH....
Seandainya lidah ini idak mendoakannya 25 tahun yang lalu.....
Andaikan… Andaikan… Andaikan… Tetapi, kalimat ‘andaikan’ ini tidak berguna lagi… waktu ini..
SEKIAN
# satukisahbenar
Pesanan kepada para ibu: Jangan terburu-buru mendoakan anakmu ketika kamu sedang marah.
Berlindunglah kepada Allah dari godaan setan,… Jika kamu ingin memukulnya, pukul saja, tapi jangan mendoakannya macam-macam, sehingga kalian akan menyesal seperti saya!
Saya menuliskan ini dengan airmata yang membanjir…
Aku rela rohku pun turut bersamamu, Hingga aku bisa beristirahat dari kepedihan yang aku rasakan sepeninggalanmu.
Kisah benar ini...Tolong sebarkan keseluruh wanita, Doa itu akan terjawab, walau sekian lama... tunggu la.. Allah pasti akan mengkabulkanya...!!
OLEH ITU BERDOALAH YANG BAIK-BAIK UNTUK SEMUA ANAK2MU

#credittointanshuhaieda
#copypaste

Telco

KENALI OWNER SIMKAD YANG ANDA GUNA
.
CELCOM ditubuhkn pada tahun 1988. CEO Dato Sri Shazzaly Ramly (Melayu)
.
MAXIS diasaskan pada tahun 1993. CEO Ananda Krishnan (India)
.
DIGI dilancarkan pada tahun 1995. CEO Morten Lundal (Yahudi - Norway)
.
UMOBILE ditubuhkan pada tahun 1998. CEO Tan Sri Vincent Tan (Cina)
.
XOX ditubuhkan pada tahun 2005. CEO Datuk Eddie Chai (Cina)
.
ONEXOX dilancarkan pada tahun 2014. CEO Bobby Farid (Melayu)
.
REDTONE ditubuhkan pada tahun 2008. Penjenamaan kepada pelan pascabayar REDONE pada tahun 2012. CEO Farid Yunus (Melayu)
.
TUNETALK dilancarkan pada ogos 2009. CEO Jason Lo (Cina)
TONEEXCELL dilancarkan pada februari 2010
TONEPLUS ditubuhkan 2012
TE & TP d bawah syarikat TONEGROUP SDN BHD sebagai perniagaan Program Rujukan (Referral Program)
.
ALTEL dilancarkan pada oktober 2015. CEO Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Melayu)