WHATSAPP GROUP
Umur 10-12 tahun
Masa ni, semua orang jadi admin. Ada 5 group, semua ahli yang sama, nama group je berbeza. Perbincangan berkisar tentang jadual persekolah dan gosip bilik sebelah.
Umur 13-15 tahun
Masa ni dah mula berpuak-puak mengikut special interest masing-masing. Admin tak semua. Group yang sama, ahli yang sama, mereka dah tak buat group lebih-lebih! Perbincangan masih lebih kepada jadual persekolahan. Cuma kisah-kisah teknologi smartphone mula bercambah.
Umur 16-17 tahun
Kumpulan ni lebih specialised. Perbincangan mula tertumpu kepada kecemerlangan peperiksaan. Maklumlah, dah nak SPM. Dah mula pandai share gambar-gambar skandal.
Umur 18-19
Kumpulan ni dah mula masuk alam pengajian tinggi. Tapi, perbincangan berkenaan akademik jarang sangat. Banyaknya duk mencari identiti sendiri. Masa ni mula berjinak-jinak dengan politik. Dah pandai dah hentam pihak berkuasa dan kerajaan. Cakap-cakap bisnes jauh sekali.
Umur 20-22
Awal penubuhan, masing-masing bersemangat dengan alam sebenar pengajian tinggi. Yang teruna dah mula pasang perangkap. Yang dara masih jual mahal. Kononnya nak fokus belajar dulu katanya di dara. Di pertengahannya, lagak hero heroin politikus mula ditonjolkan apabila tiba musim pihanraya kampus. Dah mula carut mencarut dalam open group. Cakap-cakap bisness dah mula ada. MLM kebanyakkannya.
Umur 23-28
Masa ni, kebanyakkan group tak aktif sangat. Masing-masing dah mula bawa haluan mengikut kerjaya. 70% makan gaji sama ada kerajaan atau swasta. 25% menganggur. 5% yang bisness sendiri.
Umur 29-35
Ramai yang dah establish dalam organisasi. Gaji dah besar, kereta dah besar, keluarga dah besar, bual pun dah mula besar. Cakap politik masa ni memang top. Siap left group lagi. Kalau nak ajak jumpa, 80% yang terdiri daripada makan gaji akan bagi amaran. Syarat nak jumpa, tak payah nak cakap-cakap bisness. Setakat main boling, minum-minum, bual kosong takpe. Yang sedang bisness, terpaksa la kongsi idea bisness dengan orang yang tidak dikenali dan membina rangkaian lain.
Umur 36-40
50% yang makan gaji dah mula terasa kepayahan hidup. Mula la berjinak-jinak dengan bisnes. Dulu masa kengkawan yang duk buat bisnes mintak support dia buat tak tahu. Siap ban lagi. Hah, sekarang dah terhegeh-hegeh nak share bisness dalam group. Yang dah lama bisnes, senyum dari jauh. Cakap-cakap politik masing-masing bernas. Hujah mengalahkan Pak Hamka. Fatwa-fatwa baru juga banyak dicipta.
Umur 41-50
Dah start share pasal tips-tips kesihatan. Ucapan takziah kematian pun dah mula rancak. Cakap politik makin menjadi. Ditambah pula, ada ahli-ahli yang dah jadi wakil rakyat atau memegang jawatan penting parti.
Umur 51-60
Ahli group dah mula berkurangan akibat sakit atau kematian. Ada juga yang dah mula bertaubat dan mula menjauhkan diri daripada perbincangan kosong. Idea dah mula berkurangan. Asyik forward sharing imej-imej dan kata-kata sama je.
Umur 60-65
8Aa9sa97sa0s8a08sa...asyik salah tekan keypad je...
😁
Tiada ulasan:
Catat Ulasan