Sabtu, 14 Mei 2016

Tinggi ilmu

Seorang ayah yang buta huruf bersama dengan anaknya yang  berpendidikan tinggi, sama-sama berkhemah di atas padang.

Selepas mendirikan khemah, mereka tidur dalam khemah sebab kepenatan.

Beberapa jam kemudian , tiba-tiba siayah terjaga kerana kesejukan dan mengejutkan anaknya.

Bila anaknya sudah terjaga, sibapa berkata " Cuba tengok ke atas langit. Apa yang kau lihat?"

Si anak kebingungan dan menjawab "Saya melihat berjuta-juta bintang di langit, ayah"

Si ayah bertanya lagi, " Dengan ilmu yg kau ada, anakku, apa maknanya?"

Si anak berfikir dengan lama dan mencari teori ilmu yang dipelajari untuk menjelaskan makna bintang2 tersebut.

Akhirnya dia menjawab "Terdapat berjuta-juta galaksi dan planet di atas langit sana" dan menyambung dengan panjang lebar menerangkan tentang jenis-jenis galaksi yang dia ketahui.

Setelah puas menerangkan, si ayah berkata, " Anakku, pada pendapat ayah yang tak belajar tinggi ini, bahawa kita dalam masalah. Khemah kita telah tiada. Mungkin dicuri orang"

MORAL CERITA:
*Bila terlalu banyak ilmu, ia boleh merosakkan akal kita. Ramai yang mengambil 'nonsense' dan melupakan 'common sense*

#selamatharipsyarah2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan