Lawak Student:
#KANTOI
Student : Sir.. Kalau student kantoi meniru time exam kan, apa tindakan paling power yang kitorang akan kena ? Apa nasib yang paling buruk ?
Sir : The worst ialah awak tak kantoi.
Student : Aik.. Kenapa macam tu ? Kalau takkantoi la best, kalau kantoi habislah. Failed exam, kena denda bagai.
Sir : Itulah kamu takfaham. Tak kantoi la paling hardcore. Hang punya result akan dapat flying colours, tapi result tu haram. Dengan result haram tu hang mohon kerja pula, kerja haram. Dapat gaji, gaji haram. Bagi makan anak dan isteri pakai duit haram. Anak-anak awak membesar makan duit haram. Tak ada berkat.
Student : Wuu.. Tapi sir, kalau tak tiru dan failed lagi teruk.
Sir : Sebab itu kamu kena usaha. Kemudian tawakal kepada-Nya. Jangan sampai meniru kerana kesannya adalah terhadap hidup kamu. Mungkin kita tak rasa apa-apa , tapi ingatlah Allah itu Maha Adil
Student : Gulp..... 😳
Tiada ulasan:
Catat Ulasan