Khamis, 17 Ogos 2017

Dorong

Masa aku di tingkatan 4, aku pernah kena gantung sekolah sebab dicekup oleh warden asrama ketika galak menjual rokok.

Setelah hukuman dijatuhkan, maka bapa aku perlu ambil aku untuk pulang. Aku punya takut nak berhadapan dengan bapak aku, sampai 4-5 kali pergi tandas. Sampai dah tak ada air kencing nak keluar.

Bila bapak aku sampai, aku naik kereta dan membatukan diri. Jantung aku berdegup seolah ia menendang-nendang dinding dada aku.

“Banyak untung?” soal bapak aku. Suara dia serius. Aku jeling padanya sekilas pandang. Mata dia tertancap pada jalan raya, tapi rasakan seolah-olah mata dia terjegil pandang aku.

“Tak berapa.” jawab aku.

“Kalau tak berapa untung, buat apa jual?”

“Sebab benda tu je yang ada market.”

Selepas itu, perbualan kami dah kurang tegang. Bapak aku cerita pasal bagaimana susah dia nak mulakan bisnes. Kongsi cara simpan duit. Cara tambat hati klien. Cerita tentang visi dia. Perancang masa depan. A-Z tentang bisnes.

Sepanjang perjalanan ke rumah yang mengambil masa 1 jam lebih itu. Sedikit pun bapak aku tak sentuh tentang keburukan rokok atau kebodohan tindakan aku.

Aku tahu bapak aku tak suka aku jual rokok, tapi dia lebih tumpukan perbualan kami kepada perkara yang kami berdua suka, iaitu bisnes. Dia lebih memberi perhatian kepada perkara positif yang dia lihat ada dalam diri aku.

Dia sokong. Dia puji. Dia beri galakan. Akhir sekali baru dia kata “Ayah tak kisah kau nak meniaga, tapi jual benda lainlah.”

Lepas naik sekolah semula. Kau tahu apa aku jual?  Zaman tu pelajar tak mampu beli telefon bimbit. Jadi kena guna telefon awam. Masalahnya, kena tunggu giliran nak guna telefon awam sangat panjang. Jadi aku sediakan servis untuk menelefon awek di asrama puteri.

Gunakan duit untung jual rokok, aku beli 2 buah telefon bimbit. Satu aku pegang, satu lagi aku suruh ejen aku di asrama puteri pegang. Kalau ada pelajar lelaki nak telefon awek, aku call ejen aku, suruh dia sampaikan pada penerima call.

Panggilan aku caj per minit.

Tak lama lepas tu. Aku jual telefon bimbit terpakai pula. Lepas tu jadi tauke prepaid pula. Bisnes aku berkembang sampai aku ada 4 biji telefon. Zaman tu, kau ada sebuah telefon bimbit pun dah kira boleh bongkak. Hahaha.

Malangnya, akhirnya 3 daripada 4 telefon bimbit aku kena rampas semasa spot check besar-besaran dibuat. Dulu, memiliki telefon bimbit di asrama adalah satu kesalahan. Maka berakhirlah zaman kegemilangan aku sebagai kartel telefon bimbit.

Apapun, aku sebenarnya kongsi cerita ni untuk beritahu, cara bapak aku tangani masalah aku tu, adalah cara yang aku rasa sangat bagus.

Fokus pada bina kekuatan anak. Beri perhatian. Pupuk kekuatan itu sehingga ia jadi pendorong ia untuk terus maju. Apabila anak mendapat perhatian pada sesuatu positif yang dia lakukan, lama-lama dia akan tinggalkan perkara negatif.

Kebanyakan ibubapa sekarang, beri lebih perhatian pada anak, apabila mereka melakukan kesalahan. Lagi seronoklah budak itu buat kesalahan, sebab dia tahu dia akan dapat perhatian. Tak boleh salahkan anak. Memang naluri nereka untuk mendapat perhatian ibubapa.

Maka, berilah perhatian kepada pencapaian positif anak-anak. Tumpukan pada kekuatan mereka. InsyaAllah mereka akan menjadi insan-insan yang cemerlang di masa hadapan.

Nak tahu betapa berkesannya cara ini membentuk anak-anak?

3 daripada 4 adik beradik aku, kini adalah doktor.
Seorang lagi tu sedang menyusul, kini pelajar perubatan.
Ketiga-tiga menantu mak bapak aku, juga doktor.

Siapa nak jadi menantu bapak aku? Ada satu lagi tempat kosong.

Kamarul Ariffin Nor Sadan
Doktor/Penulis/Usahawan
@psychology_motivational🌸

Selasa, 15 Ogos 2017

Korban

​KISAH BENAR YANG BOLEH DIAMBIL PELAJARAN. MOGA BERMANFAAT​


Kisah semalam yg mengajar saya...

Moga menjadi motivasi buat kita yg jauh lebih dewasa..

Semalam kami ziarah anak bongsu berumur 15 tahun di Madrasah Hafizah Tamam Bangi kepunyaan Ustazah Asni Abu Mansor (Personaliti TV 1, TV3, TV 106, Oasis, TV Hijrah).

Setelah membawa anak "outing", semasa dlm kereta saya terdengar perbualan diantara ayah dan anak.


Ayah: Huda, tahun ini Ayah nak buat ibadah Qurban utk Huda di Kemboja.. Nanti ayah bayarkan rm280.


Huda : Tak payah le Ayah..


Ayah : Kenapa pulak tak payah?


Huda : Bukan tak payah......Huda nak buat Qurban..tapi Ayah tak payah bayar utk Huda. Huda nak bayar sendiri dgn duit Raya Huda.


Ayah : Oh ye ke..Ok le tu.


Huda : Ayah, lbu,..Ustazah Asni cakap dlm Tazkirah di Madrasah....Binatang Qurban yg kita sembelih didunia akan menjadi kenderaan kita di Padang Masyar nanti. Tapi ramai yg tak nak buat..Ada yg kata tahun lepas dah buat...tahun ini tak payah lah.....

Kenapa pula mcm tu? Ustazah kata....

Kalau kenderaan kita didunia kita bolih "renew" roadtax setiap tahun, kenapa kita tak boleh renew lbadah Qurban setiap tahun? Hanya 1 tahun 1 kali sahaja dibulan Dzulhijjah...kita buat bukan utk org lain tetapi diri kita.

Kita kene yakin...perintah Allah SWT pasti baiķ


Ibu : Alhamdulillah...Syukur..lbu dpt llmu baru.....Ye kan... ibaratkan Renew Roadtax!!..

Takde roadtax bukan main risau dgn polis dan JPJ.....Takde kenderaan di Padang Masyar kita tak risau...pada hal kita nafsi nafsi...sendirian tiada siapa dpt menolong kita hanya dgn Amal kita..........hanya org beriman dan beramal soleh shj yg akan selamat.

Alhamdulillah....


Ibadah Qurban Bukti Cinta❤ kita kpd Allah SWT


Moga menjadi Amal Soleh Ustazah Asni Abu Mansor dan juga Huda.

Tk Huda atas llmu yg dikongsikan..simple tapi amat bermakna..❤


CnP..

Isnin, 14 Ogos 2017

Solat

Assalamualaikum n Salam Sejahtera
Semoga ceria sentiasa, sihat walafiat n dipermudahkan urusan, Aamiin.

Sekadar perkongsian n renungan...

Jahat @ Baik kita....
Solat jgn pernah tinggal...
Solat Bukan sebab kita baik...
Solat sebab perintah Allah...
Solat kita adalah lambang Kehidupan kita...
Ada orang x dpt Nikmat pun dlm solat...tenung sejenak,apa kah solat kita sekadar perlakuan solat?
Yg tidak Ada Allah lgsg dlm solat....
Solat lah ...Kerana Allah menjanjikan Rahmat,kebahagiaan,kberkatan hidup & rezeki...
Berapa Ramai yg tkejar2 Mencari duit,harta kekayaan Tanpa solat...?
Rezeki sentiasa di rasa x pernah cukup.....
Kerana  kita merasa duit adalah segala2nya...jadilah kita hamba kepada duit....
Nabi tidak Kagum dgn kekayaan...nabi tidak kagum dgn pangkat & kekayaan manusia...klu tidak,gunung2 ,Bukit yg hendak di tukarkan kpd emas permata,di tolak baginda...
Syukur Tanpa hilang Allah....itu lah perjuangan hidup....
Yakinlah dgn solat ....solat Akan merubah seluruh Kehidupan kita...

Orang bekerja seronok klu dapat bonus...
Itu masa hidup....
Klu dah mati...
Dapat anak tak tinggal solat itu bonus..
Dapat anak yg pandai al Quran itu bonus...
Sedekah masa hidup itu bonus...
Ilmu yg di kongsi itu bonus...

Sehebat apapun kita...kita tetap Akan mati....
Sehina manapun kita...kita tetap Akan mati...
Takut mcm manapun dengan mati...tetap Akan mati...
Berani mcm manapun ...tetap Akan mati ....
Sayang Macam manapun kita dengan Kehidupan Ini...tetap Akan mati...
Hakikat hidup di dunia Ini adalah kematian di akhirnya....
Mati itu pasti...
Sakaratul maut itu pasti...
Alam barzakh itu pasti...
Ingat mati ...
Leburlah sifat2 langit yg tak layak pada diri....
Renungkan Saat sendirian setelah mati...
Lenyaplah sangkaan buruk kepada sesiapapun....
Kita tak bawa segunung harta setelah mati
Kita tak bawa sijil tertinggi yg kita Ada
Kita hanya mengharap Rahmat Allah tuhan sekelian alam....

Semoga Bermanfaat .. 😊😊

C&P

Skor A

Bila exam dah dekat sangat..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ada mak ayah yang tanya saya, boleh tak anak dia dapat A kalau hantar tuisyen sekarang? ( tinggal sebulan dua je lagi nak exam besar)

Begini lah.. Saya jawab sebagai ibu dan guru.

Pertama:
Kita kena kenal anak kita.

Kalau anak kita dari kecil, perkembangannya lambat setahun atau dua tahun dari anak-anak orang lain, atau dalam istilahnya tidak ikut 'milestones' yang sepatutnya, jadi kita kena terima hakikat yang anak kita mungkin 'tidak dapat sama laju' seperti anak orang lain. Terutamanya kalau anak kita mempunyai 'masalah' lain yang mungkin kita sedari.

Kalau anak kita, dalam tempoh 'persediaan' untuk ke arah peperiksaan ini, ada terlibat dengan 'kemalangan' dan 'kecederaan' atau 'penyakit' yang lambat sembuh, kita kena terima hakikat yang anak kita mungkin banyak tertinggal berbanding anak orang lain.

Kalau anak kita, tiba-tiba terpaksa mengharungi 'masalah keluarga' di saat mereka inginkan sokongan dan harapan, besar kemungkinan mereka 'hilang' fokus dengan peperiksaan. Contohnya, bertukar sekolah, ibubapa bercerai, ahli keluarga meninggal, ayah kahwin lain, kes buli, kes dera, kes terabai..

Semua ini serba 'sebanyak' akan menjatuhkan prestasi dan kejayaan anak-anak. Jadi, mak ayah kenalah rasional bila meletakkan harapan pada anak dan cikgu.

Kedua:
Kita kena 'lihat' usaha kita (mak ayah)

Kalau kita sudah dapat kenalpasti masalah anak kita sejak awal, dan kita banyak usaha untuk memulihkan anak kita, kita kena dapat UKUR tahap usaha kita adalah sepadan dengan tahap peningkatan anak kita. Dan mesti mencapai tahap yang kita inginkan. Kalau tidak sepadan,mak ayah kena belajar terima hakikat!

Bukan semua anak dilahirkan untuk peroleh 'A' dalam hidup. Tetapi tepat untuk dilahirkan cemerlang dalam lingkup hidupnya.

Sedaya upaya lah kita mak ayah menjaga 'kesihatan' anak kita apabila anak kita bertarung dengan musim peperiksaan. Kesihatan ini bermaksud dari segi fizikal dan mental. Sekiranya kita mak ayah tidak mampu lari dari takdir yang 'menyakitkan', berlapang dadalah untuk menerima hakikat prestasi anak kita juga turut sama terjejas.

Kenalpasti bagaimana kita melayan 'kerenah' anak kita. Kalau kita jenis memanjakan, jenis memenangkan anak, atau jenis tak suka paksa-paksa, jadi kena terima hakikat anak yang C tidak boleh bertukar menjadi A dengan sekelip mata.

Ketiga:
Kita kena SEDAR usaha anak kita.

Kalau kita sudah banyak berusaha, tetapi anak kita jenis buat tak tahu, jenis 'tak makan saman', jenis 'ketegaq' atau jenis 'pahat dengan penukul', terimalah hakikat A dalam exam bukan target utama kita. Target kita adalah A pada akhlak dahulu, kemudian baru boleh bincang untuk dapat A dalam pelajaran.

Kalau kita sedar anak kita usahanya sudah banyak, tetapi tetap ditakuk itu juga, bertabahlah. Mungkin bukan A untuk kali ini, tetapi A untuk masa akan datang. Kuatkan semangat juang anak supaya tidak menyalahkan takdir dan tidak sesekali menyalahkan Tuhan.

Setelah mengambilkira ketiga-tiga faktor di atas, sekiranya ibubapa berhajat menghantar anak tuisyen di akhir-akhir waktu begini semata-mata untuk memastikan anak mendapat 'straight A' dalam peperiksaan, waima 'one to one' sekalipun, 24/7, hanya ada satu lagi yang boleh saya katakan..

Keempat:
Keajaiban.

1. Boleh dapat A kalau kena 'soalan target'.
2. Boleh dapat A kalau dapat 'soalan bocor'.
3. Kun Fa Ya Kun.. InsyaAllah. Tiada yang mustahil pada kejadian Allah.

==============================
RENUNGAN

~ Sebagai cikgu sekolah menengah, saya lihat ramai budak yang A masa UPSR , 'kantoi' bila naik sekolah menengah. Sehingga saya terfikir, macamanalah budak-budak ni boleh dapat A masa UPSR dahulu... Sesungguhnya 'keajaiban' itu tidak mustahil.

Dan betapa bahagianya saya melihat ramai murid yang dapat B dan C boleh bersaing dengan jayanya dan lebih cepat pemahamannya di sekolah menengah. Biarpun ketika UPSR, tidak peroleh 5A atau 6A.

Ya, apa yang saya lihat adalah mereka ini sifatnya pejuang. Mereka yakin ada sinar di hadapan. Semangat mereka jujur dan tulus. Dorongan dan doa ibubapa sentiasa konsisten. Akhlak juga semakin baik. Murid begini lah yang saya yakin boleh dapat A dalam hidupnya. Kalau bukan sekarang, mesti akan dapat pada masa akan datang!

Jadi, untuk menjawab soalan cepu emas ibu ayah yang mengharapkan A di saat-saat akhir, adalah suatu yang sukar. Itu kerja Tuhan. Pada saya A bukan segala. Peningkatan itu yang saya mahu ukur dan lihat.

Cuma saya berharap, tolonglah jangan hantar anak tuisyen hanya apabila masa sudah 'suntuk'. Hantarlah awal-awal! Kita boleh 'screaning', kita boleh 'baiki'.

Sebaiknya dari tahun 4 untuk UPSR, tingkatan 1 untuk PT3 dan tingkatan 4 untuk SPM.

Lagi baik, upahlah tutor peribadi yang berkelayakan. Senang mahu fokus pada kelemahan anak. Kita bukan mahu hantar tuisyen untuk belajar macam di sekolah, kita mahu hantar anak tuisyen untuk fokus membantu membaiki kelemahan dan melonjak kejayaan..

Kalau target nak A, cikgu kat sekolah pun semuanya harapkan A. Lagi banyak usaha dan kerja mereka dalam memastikan anak kita dapat A.

Jadi, fikir-fikirkan, kenapa dan apa sebenarnya yang kita mahu untuk anak-anak kita?

Khamis, 10 Ogos 2017

Rezeki

KISAH YANG BOLEH KITA JADIKAN PELAJARAN.....

Pada Zaman Nabi Musa عليه سلام ada sepasang suami isteri yg hidup dalam kesusahan dan kefaqiran bertahun-tahun sehingga suatu malam ketika keduanya sedang istirehat, sang isteri bertanya kepada suaminya : "Wahai suamiku bukankah Musa adalah utusan Allah?"
Suaminya menjawab : "Iya betul"
Isteri : "Mengapa kita tidak menghadapnya dan mengadukan keadaan kita kepadanya agar dia memohon kepada Allah sehingga kita boleh menghabiskan sisa usia kita dalam keluasan rezeki?"
👍👍👍
Suami : "Idea yg bagus wahai isteri ku"..

Di pagi harinya, keduanya bergegas menghadap Nabi Musa عليه سلام dan menyampaikan hajat mereka kepada beliau....

Lalu Nabi Musa a.s memohon kepada Allah agar sepasang suami isteri tersebut diluaskan rezekinya.  Maka Allah mengabulkan permintaanya tapi itu hanya tahan 1 tahun sahaja.

Nabi Musa عليه سلام pun menyampaikan kabar baik tersebut kepada mereka dan mengingatkan mereka juga bahawa itu hanya 1 tahun sahaja lalu mereka menyetujuinya...l
Setelah itu rezeki datang kepada mereka dari segala penjuru tanpa mereka bayangkan sehingga mereka bisa hidup dalam kecukupan dan kebahagiaan.

Sang isteri berkata kepada Suaminya : bukan kita akan seperti ini hanya 1 tahun saja?
Suami : iya betul
Istri : mengapa kita tidak gunakan kesempatan ini untuk berbuat baik. sehingga apabila nanti kita dalam kesulitan mereka akan ingat kepada kebaikan kita.
Suami : tepat sekali wahai istriku.
🏚🏘🏡🏠🏭🏢

Setelah itu mereka membangun rumah di persimpangan jalan yg dilalui oleh musafir dari 7 arah, dirumah tersebut  dibuatkan 7 pintu yang menghadap setiap jalan sehingga keduanya bisa menjamu para musafir yg melewati rumat tersebut.
⏱⏰🕰

Mulai sejak itu mereka berdua sibuk membuat makanan untuk para tetamu yang datang siang dan malam  dan haripun berganti minggu,  minggu berganti bulan, dan bulan berganti tahun dan mereka terus dalam keadaan seperti itu.

Akhirnya Nabi Musa عليه سلام bertanya kepada ALLAH : bukankah mereka akan Engkau luaskan rizkinya satu tahun saja?

Allah berfirman : "ya Musa...  Aku bukakan kepada mereka satu pintu karuniaku sedangkan mereka membukakan 7 pintu kedermawanan,  maka Aku malu kepada mereka,  apakah mereka lebih pemurah dan dermawan dariKu?? "

SUBHANALLAH

Pelajar

Kita sebagai Manager/Ketua selalu susah nak percaya kepada orang bawah. Semua kita nak buat sendiri.

Cubalah ubah sekali, percayakan orang bawah dan berikan mereka kebebasan untuk bekerja. Kita cuma perlu pastikan mesej yang kita sampaikan jelas dan boleh difahami.

Para Manager akan rasa satu beban pergi begitu sahaja.

Cubalah!

Rabu, 9 Ogos 2017

Orang tua

Punca kebanyakan krisis ekonomi dunia: ageing population

Ageing population ni satu masalah demografi. Iaitu apabila peratusan orang tua semakin tinggi di kalangan rakyat satu-satu negara tersebut. Contohnya Jepun, 46% daripada rakyat mereka berusia 50 tahun ke atas, berbanding Malaysia yang hanya 19%.

Tak susah untuk kita faham kenapa ageing population ni merupakan bencana kepada ekonomi

1) orang tua dah tak spend sebanyak orang muda

2) kalau kita ada business restoran, antara ada 10 orang pelanggan muda yang suka makan dengan ada 10 orang pelanggan tua yang kena jaga makan, mana yang lagi menguntungkan business? Yang 10 orang muda

3) maka apa jadi kalau demografi kawasan kita bertukar dari orang muda kepada orang tua? Pelanggan restoran akan berkurang

4) apa restoran akan buat kalau pelanggan mula berkurang? Kurangkan pekerja

5) macam mana hasil pendapatan kerajaan kalau semakin banyak rakyat dah tak berkerja sebab tua? Duit kerajaan akan berkurang

6) tapi sistem perubatan kerajaan kita hampir percuma, pesara kerajaan pula dapat duit selagi hidup, kalau meninggal waris pulak dapat. Jadi apa kesan kepada perbelanjaan kerajaan dengan orang tua semakin ramai? Perbelanjaan naik

7) hasil berkurang, perbelanjaan terpaksa terus dinaikkan. Maka apa jadi kepada kerajaan? Kerajaan akan terus naikkan cukai dan akan terus berhutang dengan banyak

8) yang paling sengsara siapa? Orang muda yang baru nak masuk berkerja

Baru-baru ni seorang professor UM berbangsa Jepun beritahu. Di Jepun, majoriti orang muda tidak mampu nak dapatkan 'permanent job'. Majoriti mereka hanya mampu dapatkan temporary job. Kenapa? Sebab businesses pun x confident nak ambil pekerja tetap dengan demografi yg semakin tua dan business yang semakin perlahan dari tahun ke tahun. Tahu tak 40% drpd kerja di Jepun adalah 'temporary'!

Permanent job is a 'luxury' utk orang muda Jepun. Lebih malang lagi, tanpa permanent job, diorang tak dapat kahwin! Kesannya, (mengikut prof tu), hampir 50% drpd mereka yang berumur 40 masih belum berkahwin. Sebab diorang tak ada kerja 'permanent'. Sob2 sian diorang

Kesannya, spiral masalah demografi ni menjadi lebih kronik. Kurang orang kahwin, kuranglah anak. Maka population Jepun terus menerus shrinking. Cuba tengok kat bawah ni utk population pyramid Jepun. Ekonomi diorang memang tidak mampu nak diselamatkan, tidak kiralah walau apa pun dilakukan central bank atau kerajaan mereka

https://www.populationpyramid.net/japan/2016/

Lebih malang lagi, Jepun bukanlah english-friendly country. Jadi diorang susah nak dapatkan immigrants. Berbeza dengan US, UK ataupun Australia yang mana ekonomi diorg dibantu oleh immigrants (walaupun immigrants membawa isu yang lain)

Di website yang sama, kalau korang tengok untuk Greece, situasinya sama. Hence the reason kenapa mereka mengalami krisis hutang (pesara diorang bersara awal dan bayaran pencen adalah tinggi, maka duit kerajaan habis di situ). Atau spain, atau germany. Atau europe as a whole. Semuanya shrinking, hence explaining why until now, ekonomi diorang struggling to recover sejak 2008 (Global Financial Crisis)

Hanya US yang mampu recover dengan elok sejak GFC. Kenapa? Haa pergilah tengok demografi diorang. Orang duk kata sejak 10 tahun lepas USD akan collapse lah apa lah. Sampai sekarang tak berlaku. Kenapa? Sebab isunya bukan dengan USD ke fiat money ke hutang ke apa. Isunya pada demografi. US punya population pyramid in fact macam sangat 'ideal' untk kestabilan ekonomi

Macam mana dengan Malaysia?

Haa apa lagi pergi tengok population pyramid Malaysia. Perasan tak? Population pyramid kita mula berhenti berkembang dengan laju pada tahun 1990. Sejak daripada tu, rakyat Malaysia dah kurang beranak

Perasan tak? Datuk kita adik beradik diorang ada berbelas. Ibu bapa kita dalam 8-10 orang. Kita dalam 4-6 orang. Tapi anak-anak kita? Ramai antara kita kemungkinan besarnya anak akan berada dalam lingkungan 0-3 orang (maaflah aku assume yang baca ni majoriti orang2 muda macam aku hehe)

Banyak faktor. Tapi kalau tanya aku antara penyumbang utama sebab ibu bapa dah mula semakin sibuk berkerja. World Bank tak habis-habis suruh Malaysia tingkatkan bilangan wanita berkerja, katanya untuk tingkatkan economic potential dan equality. Sedangkan kementerian wanita pun tengah struggle nak seimbangkan antara pastikan perempuan berkerja + diorang nak kahwin dan ada anak yang 'mencukupi' untuk sustain Malaysia economic population

Sebab tu kalau perasan dari tahun ke tahun, polisi ekonomi Malaysia banyak menjurus ke arah nak mudahkan parent berkerja melahirkan anak. Utk wujudkan nursery di tempat kerja. Atau berikan paternity leave untuk lelaki. Etc3. Silap-silap akan tiba masanya kita jadi macam UK. Maternity leave setahun beb! Hahah

Moving forward, population kita confirm akan menjadi ageing population. Pesara akan ramai, kos perubatan akan meningkat. Orang muda akn sengsara sebab tersekat dengan kos sara hidup yang tinggi, gaji yang rendah, tapi cukai yang tinggi.

Krisis ekonomi itu pasti akan berlaku. Kerajaan pun sedar benda ni, sebab tu pekerja kerajaan tengah dikurangkan, untuk kurangkan beban pencen di masa depan. Akan tiba waktu pekerja kerajaan yang baru tidak lagi ada pilihan untuk memilih pencen. Fiscal deficit dan hutang negara perlu dikawal dari sekarang, kalau tak kita berisiko menjadi seperti Greece apabila population Malaysia sudah menjadi tua nanti. Dan businesses kita memang akan menjadi semakin sakit, kerana orang tua tidak suka berbelanja. Tidak ada kaitan dengan fiat currency ke apa.

Tp untunglah kita, sebab kitalah orang tua tu nanti. Orang muda (anak cucu kita) pada masa tulah yang akan sengsara membayar cukai tinggi untuk kos rawatan dan pencen kita. Disebabkan kita ramai, ahli politik juga akan terus menjaga kebajikan kita. Dan kalau kita businessman yang bijak, maka kita akan dapat baca pun business apa yang akan turun dan naik berdasarkan demographic pattern ni

Last. Tau tak kenapa US dan China terkejar2 untuk buat hubungan dengan ASEAN? Sebab demografi kita akan terus berkembang for the next 30 years, sedangkan negara maju lain dah mengecut. Dan kenapa diorg mula buat baik dengan africa? Sebab hanya Africa akan berkembang for the next 30-60 years.

Sekian

#notaekonomi

P/S: psst. Harga minyak akan naik banyak malam ni. Cepat2 isi

FB izzuddin yussof