Ahad, 12 November 2017

Guru

Jika bos pun merendahkan martabat anak buah, nak harapkan siapa lagi?

Aku bukan cikgu. Aku cuma seorang pemandu teksi yang suka menulis. Walaupun aku bukan cikgu, tapi aku sangat menghormati golongan yang menyampaikan ilmu ini.

Aku cuma pemandu teksi, bukan cikgu. Aku tidak tahu pahit jerit yang sebenar-benar menjadi seorang cikgu. Pahit getir sebagai pemandu teksi aku tahu dan faham sangat.

Tapi aku tahu membaca sebab cikgu aku ajar aku kecil dahulu. Apa yang aku faham, cikgu-cikgu ini ditekan dari segenap sudut. Murid naik basikal malam pun cikgu dipersalahkan. Murid mengandung pun salah cikgu. Buku teks koyak salah cikgu. Gejala sosial salah cikgu. Murid tak pergi sekolah salah cikgu. Bak kata semuanya salah cikgu.

Banyak sangat sampai tak tertulis.

Aku cuma pemandu teksi, namun ramai saudara dan sahabat aku kerjanya cikgu. Pelanggan teksi aku pun ramai juga cikgu. Pernah suatu hari, seorang perempuan telefon aku dan minta perkhidmatan aku.

Aku pergi ambil, dia mendukung seorang kanak kanak seusia setahun lebih, dan dia pimpin seorang lagi anak umur 3 tahun.

Rupanya dia nak ke sekolah. Dia seorang cikgu dan hari itu ada kelas tambahan. Suaminya kerja jauh, keretanya rosak. Pengasuh anak yang selalu dia hantar pulang kampung untuk urusan kecemasan selama 3 hari.

Dia bawa anak di atas dukung, seorang lagi dia pimpin. Semata-mata nak ke sekolah untuk beri kelas tambahan percuma. Katanya kesian pada murid-murid, periksa sudah tak lama lagi. Masih ramai murid kurang faham katanya. Jadi dia ambil keputusan buat kelas tambahan percuma sebelah petang dan malam.

3 hari itu, setiap hari dia guna perkhidmatan teksi aku. Dia kata dia kesiankan murid. Tapi aku sebenarnya lebih kesiankan dia.

Demi kejayaan anak-anak orang lain, dia rela bawa anak sendiri walau masih kecil.

Dan berita yang aku baca ini buat aku sedikit marah. Sepatutnya Timbalan Menteri atau siapa sahaja yang berjawatan di dalam bidang pendidikan back up golongan guru. Back up orang bawahan dia.

Bukan menyalahkan orang bawahan dia macam ini.

Aku bukan cikgu. Aku cuma pemandu teksi.

Aku tidak tahu banyak pasal dunia seorang cikgu. Tapi aku tahu cikgu-cikgu seluruh Malaysia dah banyak berkorban demi anak-anak murid mereka.

Aku cuma pemandu teksi. Aku bukan cikgu.

Tapi aku tahu, tindakan menyalahkan anak buah sendiri adalah salah. Sudahlah seluruh dunia menuding jari ke arah cikgu atas apa-apa masalah. Kini bos sendiri pun salahkan mereka juga.

Entahlah, aku pun tak tahu nak kata apa lagi. Kerana aku cuma seorang pemandu teksi dan aku tiada kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Abang Teksi
Yang Menulis
#puakabersekutu

Rabu, 8 November 2017

Pensyarah matrikulasi

Assalam

Tazkirah pagi

*Kesempurnaan Tugas dan Tanggungjawab Pensyarah dan Pelajar Matrikulasi*

Prinsip saya mudah sahaja dalam urusan kerja sebagai pensyarah.

Peranan (tugas dan tanggungjawab) saya sebagai pensyarah adalah menyampaikan ilmu kepada pelajar saya dengan pendekatan yang bersesuaian dengan peringkat umur mereka.

Untuk pelaksanaan tugas dan tanggungjawab ini saya dibayar (menerima) gaji. Saya berusaha memastikan tugas menyampaikan ilmu itu dilakukan dengan baik kerana gaji yang saya terima perlu sepadan dengan kesempurnaan tugas dan tanggungjawab saya. Peranan pelajar adalah berusaha menerima ilmu yang disampaikan pensyarah demi kebaikan dan masa depan mereka sendiri.

Untuk menjadi pelajar yang baik saya berusaha menyedarkan pelajar berkenaan keperluan mereka menguasai teknik dan kemahiran belajar dan menawarkan kesempatan untuk mereka meneliti diri mereka dan mendapatkan bimbingan saya dan pensyarah lain dalam aspek ini (jika perlu). Saya juga selalu mengingatkan pelajar saya bahawa pada umur 18 tahun, 80% kejayaan mereka adalah daripada usaha mereka dan hanya 20% sahaja kejayaan pelajar disumbangkan oleh pensyarah. Ini berkaitan dengan graf Kebersandaran Usaha dan Pergantungan kepada Umur Pelajar (yang pernah dimaklumkan dulu).

Saya selalu mengingatkan pelajar dan diri saya sendiri bahawa saya adalah pensyarah (seperti yang digazetkan perjawatannya oleh JPA) dan bukan guru supaya saya dan mereka ingat kepada peranan masing-masing dan matlamat asal pengwujudan Program Matrikulasi.

Apabila pelajar minta saya halalkan ilmu yang saya ajar, saya selalunya mengatakan ilmu itu memang sentiasa halal kerana itu adalah tugas saya yang berkewajipan menyampaikan ilmu itu dan kewajipan pelajar untuk menerima ilmu itu.

 Selagi kedua-dua pihak menunaikan kewajipan masing-masing dengan sempurna, maka ilmu itu adalah halal.

Nasi

SEBUTIR NASI YANG JATUH

Dalam perjalanan mencari ilmu, Tuan Guru Habib Lutfi bin Yahya bertemu Kiyai Tua. Habib yang masih muda waktu itu kehairanan menyaksikan akhlak Kiyai. Waktu ada butiran nasi yang terjatuh lalu dipungut dan dikembalikan ke pinggan untuk dimakan kembali.

“Kenapa harus dikutip? Kan hanya nasi sebutir,” tanya Habib muda menduga.

“Jangan sekadar lihat ianya sebutir nasi. Adakah kamu boleh mencipta sebutir ni seorang diri sehingga jadi nasi?”*

Habib muda terdiam. Kiyai Tua melanjutkan bicara.

“Ketahuilah. Waktu kita makan nasi, Allah dah menyatukan peranan ramai manusia. Nasi Bin Beras Bin Padi. Mula dari mencangkul, menggaru, buat bendang, menanam benih, memupuk, menjaga huma sampai membanting padi ada jasa banyak orang. Kemudian dari tanaman padi jadi beras dan jadi nasi. Terlalu ramai hamba Allah terlibat sampai jadi nasi.”

“Jadi kalau ada sebutir nasi sekalipun jatuh, ambillah. Jangan sebab masih banyak dalam pinggan, kita biarkan yang sebutir. Itu salah satu bentuk takabbur, dan Allah tak suka manusia yang takabur. Kalau tak kotor dan tak bawa mudarat pada kesihatan kita, ambil dan satukan dengan nasi lainnya, sebagai tanda syukur kita”.

Habib muda mengangguk.

“Sebab itulah sebelum makan, kita diajarkan doa: Allahumma bariklana (Ya Allah berkatilah kami). Bukan Allahumma barikli (Ya Allah berkatilah aku), walaupun waktu itu kita makan sendirian.

“Lana” itu maknanya untuk semuanya:
*Mulai petani, pedagang, pengangkut, pemasak sampai penyaji semuanya termaktub dalam doa tu. Jadi doa tu merupakan ucapan syukur kita serta mendoakan semua orang yang ada peranan dalam kehadiran nasi yang kita makan.”

“Dan kenapa dalam doa makan ada ayat: Waqina ‘adzaban nar (Jagalah kami dari azab neraka). Apa hubungan, makan dengan neraka pula?”

“Saya tak tahu,” jawab Habib muda.

“Begini. Kita makan ini hanya wasilah. Yang bagi kita 'rasa kenyang' adalah Allah. Kalau kita makan dan anggap yang bagi kenyang adalah makanan yang kita makan, maka takut itu akan menjatuhkan kita dalam kemusyrikan. Syirik! Dosa terbesar!”

“Astaghfirullahal‘adhim.” Habib muda, tak menyangka langsung makna doa makan sedalam itu.

• Catatan oleh Tuan Guru Maulana Habib Lutfi Bin Yahya, Pekalongan, Jawa Tengah, Indonesia

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Berkat ilmu

Terbaik... Teringat ada seorang murid saya mmg top student kat sekolah, exam mesti score... Tapi masa dia habis SPM dengan result yang bagus, dia dengan bongkak minta sy ubahkan markah koko dia maksimum yang boleh padahal dia tak aktif pun dengan koko, markah yang diberi pun tinggi disebabkan kita nak bantu dia, tapi akibat bongkak siap ibu bapa dia dtg sekolah dan buat repot ke JPN saya xmahu bagi markah koko tambahan.

Pegawai JPN buat siasatan utk ambil tindakan kat saya, so saya defend diri mengatakan murid ini hanya aktif satu persatuan sejak dari tingkatan 1 tapi yang lain dia xhadirkan diri pun. Markah yang diberi pun kerana ihsan kami guru2 nak bagi dia pergi jauh ke ipt.

Tapi dia rasa dia boleh p ke overseas sebab dia pandai, tapi attitude mmg xjaga, bila kita ada buat gotong royong di sekolah memang dia takkan hadir ke sekolah, atas alasan baik dia study kat rmh. Lebih 10 hari dia buat mcm tu atas alasan aktiviti sekolah membuang masa dia.

Kes dgn JPN akhirnya markah koko dia diturunkan dari 80% ke 50% sahaja sebab dia mmg xlyk diberi markah tinggi.

Selepas setahun dia dtg jumpa saya, dia mengaku subjek yang sy ajar iaitu fizik dia langsung xboleh score di universiti dan markah dia sangat teruk, sebab saya pernah cakap saya tak halalkan ilmu saya terhadap dia.

Huhu dulu igt kita ni siapalah tapi bila hati x redha mmg betul2  jadi.

Guru

AKIBAT DERHAKA KEPADA GURU

Salah satu penyebab sulitnya rezeki adalah durhaka kepada Guru. sombong, meremehkan.
Jangan kamu datang kepada Guru hanya kerana ingin mendapatkan ilmu, namun kamu melupakan dan menjauhi ketika kamu merasa sudah tidak memerlukannya.

Ingatlah, keberkahan ilmu dan rezeki mu terdapat pada Adab mu terhadap Guru.

Sedikit kisah di Tarim ada seorang Murid yang derhaka kepada Gurunya, .

Dikisahkan belasan tahun lalu seorang pelajar yang sedang belajar di rubat Tarim yang saat itu diasuh Habib Abdullah as-Syatiri, beliau dikenali sangat Alim hingga mampu menghafal kitab tuhfatul muhtaj 4 jilid. siapa tak kenal dia?? Semua tau bahwa dia sangat Alim bahkan dianggap sebagai calon ulama besar suatu hari nanti.

Suatu hari disaat Habib Abdullah mengisi pengajian rutin pengajian , tiba-tiba Habib bertanya tentang pelajar yang sangat terkenal Alim itu. "Kemana si fulan???" Semua pelajar bingung menjawab pertanyaan sang guru.

Ternyata pelajar yang dimaksud tidak ada di pondok melainkan keluar berniat mengisi pengajian di kota Mukalla tanpa izin.

Akhirnya Habib Abdullah assyatiri yg sangat terkenal Allamah dan Waliyulloh berkata : "baiklah orangnya boleh keluar tanpa izin, tapi ilmunya tetap disini!!!"*.

Di kota Mukalla, pelajar yang sudah terkenal Alim tersebut sudah di nanti nantikan para pecinta ilmu untuk mengisi pengajian di masjid Omar, Mukalla.

Singkat cerita si pelajar ini pun maju kedepan dan mulai membuka ceramahnya dengan salam dan muqaddimah pendek.

Allahu Akbar !!! Ternyata, setelah membaca amma ba'du si Alim ini tak mampu berkata sama sekali, bahkan kitab paling kecil sekelas Safinah pun tak mampu dia ingat sedikitpun...._

Maka dia tertunduk dan menangis.. para hadirin pun heran, "Ada apa ini???",, akhirnya Salah satu Ulama kota mukalla pun menghapirinya dan bertanya; "Saudara mengapa begini??? Apa yang saudara lakukan sebelumnya?"._

Dia menjawab : "Saya keluar tanpa izin Habib dari pondok madrasah." Dia terus menangis , dan Beberapa orang menyarankan agar dia meminta maaf kepada Habib..

Parahnya dia dengan sombong tidak mahu meminta maaf!!. Kesombongannya ini membuat semua orang menjauhinya, dan tidak ada satupun yang peduli padanya, bahkan hidupnya setelah itu sangat miskin dan  menjual penjual daging ikan kering.

Dan disaat dia meninggal,dia mati dalam keadaan miskin bahkan kain kafannya pun tak mampu dibeli dan akhirnya diberi oleh seseorang.

"Pelajar Yang Manfaat...Bukanlah Yang Paling Banyak Hafalannya, Yg Paling Bagus Penjelasan Kitabnya, Yang Selalu Juara Kelas.....Tapi Santri Yang BerManfaat Yang Paling Hormat dan Taat Kepada Gurunya...Dan Menganggap Dirinya Bukan Siapa-siapa Di Hadapan Gurunya..."

Semoga kita bisa mengambil pelajaran dari kisah diatas di beri hati yang tawadhu' patuh terhadap guru guru kita sehingga kita mendapat berkahnya, amin.

SILA SHARE DAN SEBARKAN
FB: USTAZ IQBAL ZAIN