Sabtu, 11 November 2023

Mrsm

 Lepas cerita saya keluarkan anak dari MRSM 'meletop' beberapa bulan lalu, ramai pula ibu bapa yang PM saya bertanya macam mana nak keluarkan anak.


Bukan kawan-kawan anak saya saja. Ibu bapa yang saya tak kenal pun mesej juga.


Sampaikan HR anak saya bagitahu. Kalau semua yang kata nak keluar tu keluar, tinggallah empat saja homeroom anak saya. Aduhai.


Meh saya kongsikan pengalaman ringkas sebagai ibu bapa yang anak pernah belajar IGCSE selama tiga tahun di sana.


Cara pembelajaran di MRSM memang bagus. Pembelajaran lebih laju. Contohnya, matematik, sains dan add math. Mereka belajar add math seawal tingkatan 3.


Fizik, kimia, biologi mereka dah belajar sejak tingkatan 1. Bukan silibus form 4 KPM, tapi silibus Cambridge.


Waktu tingkatan 2, mereka sudah belajar belajar subjek matematik dan sains tingkatan 3, tingkatan 4 dan tingkatan 5.


Seawal semester 1 tingkatan 3, mereka dah tumpu kepada subjek IGCSE tingkatan empat dan silibus Cambridge.


Bila masuk sekolah menengah harian, sebahagian subjek silibus tak sama. Semua silibus matematik dan sains tingkatan 3 mereka dah belajar awal.


Kalau nak cerita kelas tambahan pula, tingkatan 3, mereka sudah masuk kelas gemilang. Kelas dilaksanakan pada waktu petang dan malam.


Di MRSM mereka banyak buat eksperimen. Terutama untuk subjek sains tulen yang mereka belajar sebelum tingkatan 4.


Peraturan asrama di  MRSM sangat ketat. Roll call setiap masa.


Dari segi kos, MRSM memang banyak keluar duit. 


Setiap bulan, kena bayar duit caruman. Paling tinggi RM100. Tambahan dengan bayaran dobi.


Duit poket pula, dalam RM30 RM40 seminggu. Itu tak masuk duit toiletries. Sekali masuk Watson, RM70 tak kurang.


Walaupun mereka tak ada kantin (waktu rehat pukul 10.40 pagi makanan disediakan) tapi perbelanjaan di koperasi yang tak menahan. Koperasi dah macam Speedmart. Macam-macam ada. Bayar pula guna pay wave. Main tap je. Tahu-tahu, "Baba, duit habis." 🤦🤦🤦


Kalau di sekolah biasa, setiap hari isteri sediakan bekal. Jadi, duit belanja dapatlah dikurangkan RM3 sehari.


Di MRSM mereka boleh bawa telefon bimbit. Cuma ada MRSM yang kawal penggunaannya. Contohnya, tingkatan satu dan dua hanya boleh bawa telefon cap ayam. Tingkatan tiga ke atas saja boleh bawa telefon pintar.


Ada juga MRSM yang kawal penggunaannya. Contoh, hanya boleh guna masa weekend saja. Weekdays, warden simpan.


Kalau tak, sebelum ni memang bebas. Dalam kelas pun main game.


Hari pertama anak saya di sekolah biasa, dia kata "Hari ini Iezat jadi murid paling pandai. Iezat je yang banyak jawab soalan matematik. Sikit-sikit angkat tangan. Sebab silibus matematik ni dah belajar tahun lepas."


Siap ada kawan yang call minta suruh ajar. "Paling best, cikgu tanya dalam BM, Iezat jawab dalam BI."


Yalah, tak boleh nak cakap anak saya poyo cakap BI. Memang dah dia belajar dalam bahasa inggeris. Jadi, apa boleh buat, kan?


Cuma, satu perkara nak diingatkan. Persaingan di MRSM sangat kuat. Yang laju akan terus laju. Yang perlahan, kalau tak sanggup lari laju, memang akan ketinggalan.


Anak-anak kena tonjolkan diri terutama untuk wakil itu ini. Kalau senyap, memang cikgu 'tak nampak'.


Buatlah apa pun, asalkan cikgu nampak kehadiran anak-anak kita. Jika berbakat, insyaAllah ada peluang.


Di MRSM ni bukan macam sekolah biasa. Ekosistem mereka sangat kuat. Perkhemahan peringkat MRSM zon itu lah. Pertandingan peringkat MRSM zon inilah. Pertandingan sesama MRSM lah.


Kalau di sekolah biasa, ada peringkat daerah, negeri dan kebangsaan saja. Tapi di MRSM, banyak lagi.


Peluang ada. Tapi kalau tak sanggup berlari, memang tertinggal lah.


Kalau ibu bapa masih was-was nak hantar anak untuk UKKM atau tak, saranan saya pergi saja.


Belajar di MRSM memang bagus. Tapi, untuk anak saya, setakat tingkatan 3 sahaja. Tak perlu saya ulas sebab dia keluar.


Tapi, MRSM telah membentuk anak saya sebagai anak yang 'lain' bila masuk sekolah harian.


Terima kasih MRSM Parit 🫰🫰🫰

Merit

 Sebenar kebykn guru kurang membudayakan PAK 21, wlupun tlh ditatarkan, dibugarkan, dimantapkan. Guru jugaklah yg masih suka menggunakan cr tradisional (bukan semua yer), byk pendekatan kaedah pengajaran yg tlh dikeluarkan oleh Kementerian BPK, BPG dll sbg panduan utk membantu guru melaksanakan PdP mengikut arus peredaran semasa murid2 sekrg. 

Sepatutnya guru blh memilih mana2 kaedah yg dirasakan sesuai mengikut tahap keupayaan murid. Bkn utk membebankan ttp memudahkan guru sebenarnya. Guru yg betul2 komited & rajin jer yg dpt meningkatkan kecemerlangan pljr. 

Perkara ini sebenarnya hnya berlaku didlm bilik darjah.. X perlupun kelas tambahan atau bengkel teknik menjawab soalan sekira semuanya sudah diaplikasikan didlm kelas. Kelas tambahan blh sekiranya kita byk tertinggal kelas atas sbb tugasan lain yg perlu dicover semula.  

Headcount sebenarnya ada kebaikannya jika betul2 cikgu mengaplikasikannya dn fhm tujuan HC. Tetapi cikgu sendiri yg merasakan itu bebanan sbb mrk sendiri x fhm kenapa perlu adanya headcount setiap murid. Drp analisis HC blh buat intervensi berfokus.. Drp HC juga blh melihat kpd analisis item. 

Sbb itu sy kata kita perlu rajin supaya ank2 didik kitapun rajin minat terhadap mata peljrn kita..sekadar pandangan. Jgn kita hnya tahu utk menuding jari org itu x betul org ini x betul.. Kita x duduk ditempat mrk kita x tahu bgmana tugas2 mrk.. 


Yg penting fikirkan tentang ank2 murid didepan kita yg kita tatap hr2 adakah mrk fhm apa yg kita ajar.. sama ada drp segi pengetahuan, kemahiran dan nilai.  Kita yg plg dekat dgn mrk, apa intervensi yg perlu dibuat utk mrk jika mrk masih x blh menguasai.

Sejarah yahudi

 SEJARAH RINGKAS Y4HUDI YANG RAMAI TAK TAHU?


Hidup ni simple saja. Macam mana kita kata kita pejuang kalau sejarah musuh kita pun tak tau? Di bawah ini serba ringkas kronologi tentang Y4hudi yang pasti ramai tak tahu. Kalau dah ringkas ni pun malas nak baca, hmm..


1- Kisah bermula dengan kelahiran Nabi Ibrahim. Baginda AS mempunyai anak bernama Nabi Ishak. Bermula dari Nabi Ishak, lahir kaum Bani 15rael.  Nabi Ishak ada anak bernama Nabi Yaakob. Nabi Yaakob pula mempunyai 12 orang anak berdasarkan al-Quran. (Surah Yusuf: 4)


2- 12 orang anak Nabi Yaakob melahirkan 12 suku dari Bani Israel kemudiannya. Antara anaknya adalah Nabi Yusuf AS. Kisah Nabi Yusuf di dalam al-Quran bermula dengan aduan mimpi Baginda AS kepada ayahnya tentang 11 bintang, bulan dan matahari yang tunduk kepadanya.


3- 11 bintang (adik beradik Nabi Yusuf), matahari dan bulan (ibu ayahnya). Adik beradik Nabi Yusuf dengki kepadanya lalu mencampakkannya ke dalam perigi. Dari situ, Nabi Yusuf dikutip oleh pedagang dan dijual ke Mesir. Bermula kisah Bani 15rael di negeri Mesir.


4- Nabi Yusuf mendapat posisi penting dalam kerajaan Mesir yang dipimpin oleh puak Hyksos. Baginda AS menjada perbendaharaan negara Mesir. Akhir cerita, seluruh ahli keluarga Baginda AS tinggal bersamanya di negeri Mesir. Adik beradiknya bertaubat. 


5- Nabi Yusuf wafat. Masa berlalu ratusan tahun. Puak Hyksos dikalahkan oleh Ramses I (Firaun). Bermula era pemerintahan kaum Qibti dengan pengenalan nama Firaun. Ketika ini, Bani Israel tinggalan Nabi Yusuf diseksa dan dibunuh akibat mimpi Firaun bahawa kerajaannya akan musnah dari tangan Bani 15rael.


6- Lahirlah Nabi Musa. Duduk menetap di istana Firaun. Nabi Musa pernah menumbuk seorang Qibti kerana mempertahankan kaumnya. Nabi Musa diperintahkan berdakwah kepada Firaun. Ditemani oleh adik beradik kandungnya iaitu Nabi Harun.


7- Akhirnya Nabi Musa dan Nabi Harun memimpin Bani Israel keluar dari Mesir sambil dikejar oleh tentera Firaun. Firaun mati tenggelam. Bani 15rael terselamat. Mereka menuju ke Palestin dan diarahkan oleh Allah berperang melawan kaum Jabbarin yang membuat kerosakan dalam Palestin.


8- Bani Israel ingkar arahan tersebut, dihinakan oleh Allah. Mereka tidak mempunyai negara seperti sebelumnya. Kemudian, masa berlalu dan lahirlah pula Nabi Daud AS. Kisah Nabi Daud adalah berperang melawan tentera Jalut di P4lestin melalui kepimpinan Talut.


9- Nabi Daud berjaya mengalahkan Jalut. Bani Israel masuk ke P4lestin dan Talut menyerahkan jawatan penguasa kepada Nabi Daud kerana Baginda dilantik menjadi Nabi. Ketika itu Jerusalem menjadi ibu kota P4lestin. Saat ini Bani 15rael menjadi mulia.


10- Kemudian, Nabi Daud wafat. Lahirlah pula Nabi Sulaiman AS memimpin Bani 15rael. Kerajaan Baginda AS lebih hebat dan besar. Baginda membina masjid untuk Bani 15rael. Bani 15rael mulia pada zaman ini kerana patuh pada Nabi Sulaiman AS.


11- Setelah Nabi Sulaiman wafat, kerajaannya berpecah dan ditawan oleh Nebuchadnezzar dari Babylon. Saat ini Allah tidak utuskan Nabi untuk mereka. Mereka dihina oleh Babylon dan mereka berpecah dan tersebar ke Afrika, Eropah dan Tanah Arab.


12- Ada yang masih di Palestin. Allah menghantar Nabi Isa AS di Bethlehem memimpin mereka. Sebahagiannya ingkar dan melakukan percubaan membunuh Nabi Isa. Nabi Isa diangkat oleh Allah. Bani Israel hilang pedoman lagi dan mereka menanti pula Nabi akhir zaman yang disebutkan dalam taurat dan injil. 


13- Mereka melihat tanda Nabi akhir zaman lalu berhijrah ke Yathrib kerana mengkaji tanda-tanda tersebut. Tunggu punya tunggu, Nabi Muhammad lahir dari bangsa Arab. Bani 15rael jadi ingkar lalu bermusuh dengan Nabi Muhammad.


14- Zaman Nabi Muhammad, kaum Yahudi dihalau keluar dari Madinah dan Khaibar selepas perang Ahzab dan perang Khaibar. Lalu sekali lagi mereka berserakan di atas dunia seperti ke Eropah dan Afrika. Mereka dihina kerana tidak mengikut Islam.


15- Zaman Saidina Umar, P4lestin dibuka oleh umat Islam. Palestin menjadi milik Islam setelah berperang melawan Rom. Waktu ini tiada berita mengenai orang Yahudi. Sejarah dipenuhi dengan pertembungan antara Islam dan Kristian sahaja.


16- Kemudian, Kristian tawan semula Palestin. Lalu lahirlah tokoh Islam bernama Salahuddin al-Ayyubi dari bangsa Kurdi mengalahkan Kristian di Palestin dalam banyak siri peperangan salib. Umat Islam kembali membuka tanah Palestin dan memilikinya dari Kristian. Bukan Bani I

15rael yang berperang.


17- Sehinggalah zaman moden, Palestin diperintah oleh Islam sehingga zaman Uthmaniyyah. Palestin di bawah kekuasaan Syam pada waktu itu. Uthmaniyyah jatuh dan kalah perang dunia pertama. British dan Perancis buat perjanjian Sykes-Picot bahagikan tanah Islam.


18- Palestin diserahkan kepada British. Tahun 1917, British lakukan deklarasi Balfour dengan menyatakan Palestin diserahkan kepada orang Y4hudi. Bermulalah era orang Yahudi bertapak di Palestin. Sebelumnya pada awal tahun 1900, Theodore (Y4hudi Z10nis) mohon Khalifah jual tanah Palestin untuk langsaikan hutang.


19- Masa berlalu, berlaku peristiwa Nakbah 1948. Imigrasi besar-besaran kaum Y4hudi masuk ke Palestin melalui bantuan UK. Mereka mengumpulkan semula orang Y4hudi yang bertebaran di Afrika dan Eropah untuk masuk ke P4lestin. Populasi mereka meningkat.


20- Sehingga hari ini, pelbagai siri serangan dan perang seperti Yom Kippur telah berlaku kerana untuk menempatkan kaum Y4hudi di P4lestin. Hakikat sebenar mereka bukanlah kembali kepada tanah yang dijanjikan. Sebaliknya mereka kembali ke dalam kubur yang digali sendiri.


Ini sejarah serba ringkas tentang kaum Y4hudi. Pada yang berminat nak tahu lebih lanjut lagi, boleh terus ke https://bit.ly/sejarahyahudi untuk versi yang lebih lengkap. Ada yang berani share fakta ni?


Abdul Razak Ramli,

18 May 2021.


Kredit : Abdul Razak Ramli

Source : 10 Nov 2023

Kisah Sejarah Melayu Atieqah Razalee

Khamis, 9 November 2023

Insyirah

 


Selepas berat badan yang tidak naik selama tiga bulan berturut-turut semasa bayi, Insyirah akhirnya didiagnoskan dengan Tetralogy of Fallot pada umur 11 bulan. Tetralogy of Fallot (ToF), adalah sejenis penyakit jantung kongenital (CHD) yang merangkumi empat jenis defek jantung. Berita diagnosis Insyirah membuat Puan Norhana, ibunya, berasa sangat celaru. 


“Kenapa saya? Apa yang saya tak pandai jaga dia? Saya banyak fikirkan keadaan dia,” kongsi Puan Norhana, ibu kepada Insyirah.


Insyirah telahpun melalui pembedahan dan kini dia masih dalam pemantauan. Setelah rawatan, Insyirah jauh lebih ceria dan aktif dan amat sukakan dinosaur. 


Insyirah amat sering jatuh sakit dan sejak sebelum pembedahan lagi, mengalami masalah demam berpanjangan dan batuk yang kerap. Oleh sebab itu, Insyirah sukar untuk ke sekolah kerana senang berjangkit penyakit daripada orang-orang lain. Apabila tidak ke sekolah, Insyirah membuat ulangkaji pelajaran bersama ibunya di rumah. 


Terima kasih Puan Norhana sudi kongsi kisah #WiraJantung Insyirah 🦖

Rabu, 1 November 2023

RPG

 Saya ada dalam beberapa group wasap dari Gaza dan Baitul Maqdis. Khabar terkini sentiasa diterima dari rakan2 Arab di sana. 



Bersilih ganti khabar duka dan suka. Hari ini saya agak tersenyum membaca tulisan bekas ketua Mossad, Danny Yatom.


Tulisannya dalam akhbar Yahudi tersohor di Israel,   Yedioth Ahronoth 30/10/2023. Berikut saya terjemahkan:


*Apa yang sedang berlaku? Adakah Tuhan Musa dan Harun telah meninggalkan kita?*


_"Saya tidak faham apa yang berlaku? Sebuah kereta kebal Merkava buatan Israel, kebanggaan industri Tel Aviv, berharga $170 juta, telah dimusnahkan dari muka bumi oleh RPG? Saya tidak percaya itu?"_


_(RPG ialah senjata ringan yg biasa digunakan oleh Mujahidin Afghanistan utk berhadapan dgn kereta kebal Soviet Union tahun 80-an)._


_"Adakah tank keluli yg begitu kebal boleh dimusnahkan oleh RPG?"_

 

_"Tanah bergegar dan kereta kebal itu meletup seolah-olah terkena bom seberat satu tan?"_

 

_"Saya tidak percaya itu boleh berlaku. Siapa yang berperang bersama dalam pasukan mereka? Siapa bantu mereka?"_


_"Ada hantukah yang mengikuti mereka lalu mereka berjaya membunuh orang Yahudi?"_


_"Adakah Tuhan Musa dan Harun telah meninggalkan kita?"_

 

_"Terdapat kuasa tersembunyi yang membantu mereka dan berperang dengan mereka."_


_"Sejak 7 Oktober, mereka tidak terlepas sasaran dalam serangan mereka ke atas kita di seluruh Palestin, seolah-olah mereka mempunyai satelit."_


_"Sungguh malang,  negara Israel sedang berada di penghujung yang semakin pasti."_


Danny Yatom