Lepas cerita saya keluarkan anak dari MRSM 'meletop' beberapa bulan lalu, ramai pula ibu bapa yang PM saya bertanya macam mana nak keluarkan anak.
Bukan kawan-kawan anak saya saja. Ibu bapa yang saya tak kenal pun mesej juga.
Sampaikan HR anak saya bagitahu. Kalau semua yang kata nak keluar tu keluar, tinggallah empat saja homeroom anak saya. Aduhai.
Meh saya kongsikan pengalaman ringkas sebagai ibu bapa yang anak pernah belajar IGCSE selama tiga tahun di sana.
Cara pembelajaran di MRSM memang bagus. Pembelajaran lebih laju. Contohnya, matematik, sains dan add math. Mereka belajar add math seawal tingkatan 3.
Fizik, kimia, biologi mereka dah belajar sejak tingkatan 1. Bukan silibus form 4 KPM, tapi silibus Cambridge.
Waktu tingkatan 2, mereka sudah belajar belajar subjek matematik dan sains tingkatan 3, tingkatan 4 dan tingkatan 5.
Seawal semester 1 tingkatan 3, mereka dah tumpu kepada subjek IGCSE tingkatan empat dan silibus Cambridge.
Bila masuk sekolah menengah harian, sebahagian subjek silibus tak sama. Semua silibus matematik dan sains tingkatan 3 mereka dah belajar awal.
Kalau nak cerita kelas tambahan pula, tingkatan 3, mereka sudah masuk kelas gemilang. Kelas dilaksanakan pada waktu petang dan malam.
Di MRSM mereka banyak buat eksperimen. Terutama untuk subjek sains tulen yang mereka belajar sebelum tingkatan 4.
Peraturan asrama di MRSM sangat ketat. Roll call setiap masa.
Dari segi kos, MRSM memang banyak keluar duit.
Setiap bulan, kena bayar duit caruman. Paling tinggi RM100. Tambahan dengan bayaran dobi.
Duit poket pula, dalam RM30 RM40 seminggu. Itu tak masuk duit toiletries. Sekali masuk Watson, RM70 tak kurang.
Walaupun mereka tak ada kantin (waktu rehat pukul 10.40 pagi makanan disediakan) tapi perbelanjaan di koperasi yang tak menahan. Koperasi dah macam Speedmart. Macam-macam ada. Bayar pula guna pay wave. Main tap je. Tahu-tahu, "Baba, duit habis." 🤦🤦🤦
Kalau di sekolah biasa, setiap hari isteri sediakan bekal. Jadi, duit belanja dapatlah dikurangkan RM3 sehari.
Di MRSM mereka boleh bawa telefon bimbit. Cuma ada MRSM yang kawal penggunaannya. Contohnya, tingkatan satu dan dua hanya boleh bawa telefon cap ayam. Tingkatan tiga ke atas saja boleh bawa telefon pintar.
Ada juga MRSM yang kawal penggunaannya. Contoh, hanya boleh guna masa weekend saja. Weekdays, warden simpan.
Kalau tak, sebelum ni memang bebas. Dalam kelas pun main game.
Hari pertama anak saya di sekolah biasa, dia kata "Hari ini Iezat jadi murid paling pandai. Iezat je yang banyak jawab soalan matematik. Sikit-sikit angkat tangan. Sebab silibus matematik ni dah belajar tahun lepas."
Siap ada kawan yang call minta suruh ajar. "Paling best, cikgu tanya dalam BM, Iezat jawab dalam BI."
Yalah, tak boleh nak cakap anak saya poyo cakap BI. Memang dah dia belajar dalam bahasa inggeris. Jadi, apa boleh buat, kan?
Cuma, satu perkara nak diingatkan. Persaingan di MRSM sangat kuat. Yang laju akan terus laju. Yang perlahan, kalau tak sanggup lari laju, memang akan ketinggalan.
Anak-anak kena tonjolkan diri terutama untuk wakil itu ini. Kalau senyap, memang cikgu 'tak nampak'.
Buatlah apa pun, asalkan cikgu nampak kehadiran anak-anak kita. Jika berbakat, insyaAllah ada peluang.
Di MRSM ni bukan macam sekolah biasa. Ekosistem mereka sangat kuat. Perkhemahan peringkat MRSM zon itu lah. Pertandingan peringkat MRSM zon inilah. Pertandingan sesama MRSM lah.
Kalau di sekolah biasa, ada peringkat daerah, negeri dan kebangsaan saja. Tapi di MRSM, banyak lagi.
Peluang ada. Tapi kalau tak sanggup berlari, memang tertinggal lah.
Kalau ibu bapa masih was-was nak hantar anak untuk UKKM atau tak, saranan saya pergi saja.
Belajar di MRSM memang bagus. Tapi, untuk anak saya, setakat tingkatan 3 sahaja. Tak perlu saya ulas sebab dia keluar.
Tapi, MRSM telah membentuk anak saya sebagai anak yang 'lain' bila masuk sekolah harian.
Terima kasih MRSM Parit 🫰🫰🫰
Tiada ulasan:
Catat Ulasan