Selasa, 14 November 2023

Ketukan

 *MELANGGAN KHIDMAT KETUK PINTU RUMAH SETIAP PAGI HARI*


*REALITI WARGA EMAS YANG HIDUP SENDIRIAN.WALAU ANAK ANAK BERJAYA DAN BERKERJAYA BELUM TENTU BOLIH MEMBAHAGIAKAN KITA.* HAKIKATNYA IALAH… CARILAH KEBAHAGIA SENDIRI.. 


*Cerita ini dimulai dengan seorang pemuda yang kehilangan kerja. Bagi menyara hidupnya dia terpaksa membuat kerja sementara sebagai penghantar Surat Khabar.*


*Pada salah satu rumah yang dia hantar surat khabar, kotak suratnya dikunci dan dia tidak boleh memasukkan Surat Khabar ke dalamnya. Jadi, dia terpaksa mengetuk pintu pelanggan surat khabar tersebut.*


*Seorang Warga Emas dengan gerakan yang lambat membuka pintu.*


*Si penghantar surat khabar bertanya, “Tuan, kenapa kotak surat tuan dikunci?”*


*Pesara menjawab,* *Saya sengaja mengunci kotak surat itu.*

*Dia senyum dan meneruskan percakapan,*

*Saya nak buat satu permintaan dengan anda*

*Apabila anda menghantar surat khabar setiap pagi, harap dapat ketuk pintu rumah saya atau tekan loceng, dan serahkan surat khabar ke tangan saya sendiri.*


*Penghantar Surat Khabar menjawab,* *Sudah pasti, tetapi itu membuat kita berdua dalam keadaan yang tidak selesa, menyusahkan dan menghabiskan masa.*


*Si Penghantar surat khabar tersangat lah kehairanan.*


*Pesara pun menjawab,* *Tidak mengapa, Saya selalu ada di rumah setiap hari. Saya akan tambah upah hantar surat khabar sebanyak RM50 sebulan sebagai yuran ketuk pintu. Jika pada suatu hari nanti, sebaik saja anda mengetuk pintu dan tiada jawapan, harap telefon polis dengan segera.*


*Si Penghantar Surat Khabar terkedu dan bertanya, "Kenapa?"*


*Pesara menjawab, Isteri saya telah meninggal lama dah, anak anak  saya semua nya dok kat  luar negara, dan saya tinggal sendirian, mana lah tahu ajal saya sudah sampai?*


*(Ketika itu si penghantar surat khabar melihat lelehan air mata membasahi pipi si warga emas.)*


*Penghantar surat khabar bertanya, Tidakkah anda melanggan surat khabar untuk dibaca?*


*Pesara menjawab, Saya tak pernah baca surat khabar… saya hanya melanggan untuk ketukan pintu sahaja!*


*Pesara  meneruskan perbualan nya, Wahai Pemuda, Mohon membantu saya …*

*Ini no telefon anak anak saya di luar negara* 

*Jika suatu hari anda tidak mendapat jawapan dari ketukan pintu rumah saya, harap maklumkan kepada mereka…saya sudah tiada lagi di dunia ini*


*THE MORAL OF THE STORY* 

*MUNGKIN SAJA ADA DI  ANTARA KITA WARGA EMAS YANG MENGALAMI PERISTIWA TERSEBUT.* 


*Itulah sebabnya warga emas bangun pagi untuk membalas salam kawan-kawan atau bertukar tukar wsp bagi menyatakan bahwa mereka masih bernafas.* 


*Jika ada warga emas yang GapTek (Gagap Teknologi) perlu sangat minta anak-anak atau cucu-cucu mengajar ibu bapa atau Atok dan yang  masing-masing menggunakan wasap dan lain-lain media sosial.*


*Jika pada suatu hari kita tidak menerima balasan salam, maka mungkin sesuatu telah terjadi kepada sahabat kita…*


*Semoga kita terus cakna dengan teman-teman yang sebaya dan selalu berhubungan dengan mereka menanya khabar dan mendoakan kesihatan masing-masing*

*Aamiin…Aamin Ya Rabbal Aalamin*


*Nota: terjemahan bebas dari sebuah kisah dalam Bahasa Inggeris yang bertajuk, "Ordering the Sound of Knocking", karya ini telah mendapat, “Best Creative Award 2023*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan