Selepas berat badan yang tidak naik selama tiga bulan berturut-turut semasa bayi, Insyirah akhirnya didiagnoskan dengan Tetralogy of Fallot pada umur 11 bulan. Tetralogy of Fallot (ToF), adalah sejenis penyakit jantung kongenital (CHD) yang merangkumi empat jenis defek jantung. Berita diagnosis Insyirah membuat Puan Norhana, ibunya, berasa sangat celaru.
“Kenapa saya? Apa yang saya tak pandai jaga dia? Saya banyak fikirkan keadaan dia,” kongsi Puan Norhana, ibu kepada Insyirah.
Insyirah telahpun melalui pembedahan dan kini dia masih dalam pemantauan. Setelah rawatan, Insyirah jauh lebih ceria dan aktif dan amat sukakan dinosaur.
Insyirah amat sering jatuh sakit dan sejak sebelum pembedahan lagi, mengalami masalah demam berpanjangan dan batuk yang kerap. Oleh sebab itu, Insyirah sukar untuk ke sekolah kerana senang berjangkit penyakit daripada orang-orang lain. Apabila tidak ke sekolah, Insyirah membuat ulangkaji pelajaran bersama ibunya di rumah.
Terima kasih Puan Norhana sudi kongsi kisah #WiraJantung Insyirah 🦖
Tiada ulasan:
Catat Ulasan