Dan di sini saya kongsikan salah satu perkara utama yang menjadi asas utama kejayaan mereka yang berjaya adalah rutin atau ritual mereka setiap pagi dan suka saya berkongsi dari segi perspektif rutin seorang jutawan akhirat (Dan mudah-mudahan dunia akhirat) :-
1. Bangun awal pagi seawal 4 pagi dan paling lambat 5 pagi (Sebab itu penting untuk tidur awal 9 malam selewat-lewatnya 10 malam)
2. Mandi kerana ia menyihatkan tubuh (Ini juga sunnah Nabi saw)
3. Solat taubat, tahajud, hajat dan istikharah (Ini rutin setiap awal pagi) / Solat tasbih 4 rakaat (Perlu bangun awal lakukan ini, sekurang-kurangnya 4 pagi) / Solat Witir (Dan ini perlu selesai 10-15 minit sebelum azan suboh)
4. Baca beberapa surah atau juz' Al-Quran atau amalan wirid-wirid yang baik sementara menunggu suboh
5. Berjemaah di masjid atau berjemaah bersama keluarga
6. Pastikan solat fajr 2 rakaat sebelum qamat untuk solat fardu suboh, ia adalah 2 rakaat solat sunat yang lebih berat timbangan amalannya dari dunia dan isinya (hadis)
7. Selepas solat membaca Al-Quran atau wirid-wirid tertentu sementara menunggu matahari naik untuk solat sunat Isyra' bila matahari naik.
8. Minum pagi / sarapan
9. Exercise untuk 30-60 minit (Mendengar bahan audio yang bagus ketika exercise)
10. Solat dhuha (Selepas exercise dan mandi)
Sekiranya anda belum mampu lakukan semua di atas, anda boleh lakukan mana yang anda mampu sebagai permulaan. Rutin jutawan bukan Muslim tidak banyak beza kecuali bab amalan kita sebagai orang Islam. Biasanya mereka akan lakukan meditasi seperti yoga atau taichi seawal 5 pagi dan exercise, membaca bahan bacaan ilmiah dan menulis perancangan hari mereka.
Saya mencadangkan anda menulis perancangan hari anda pada waktu malam sebelum anda berehat.
Ini hanya guideline untuk anda dan saya telah memulakannya sejak tahun 2001 lagi, cuma di perkemaskan over the years dan disesuaikan dengan tugas harian seperti ketika travel atau mesyuarat awal pagi.
Hidup kita yang best bermula dari awal pagi, ambil sarapan yang sihat dan makanan seperti raja di pagi hari.
*Ingat:-
1. Jika anda mahu membina hidup yang berkualiti, anda boleh mulakan sebahagian dari rutin di atas atau mengikut kesesuaian anda. Jika tidak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua. Dan cuba lakukannya dengan baik terutamanya ketika hari cuti.
2. Jika anda bekerja, adjust rutin ini.
3. Kejayaan bermula dari rutin, habit atau disiplin over the years dan kejayaan tidak datang secara insiden.
Jika baik amalkan, jika tidak abaikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan