Tarbiah Sentap
Teknologi makin lama membuatkan sebahagian dari kita semakin SUSAH nak bersangka baik.
Contohnya, whatsapp.
Kalau dulu ada "last seen", orang masih boleh terima lagi walaupun masa tu ada la sikit-sikit sangka buruk.
Tetapi selepas ada "double blue-ticks" ataupun right biru kat whatsapp, semakin susah kita nak sangka baik. Macam-macam kita sangka buruk bila nampak right biru tu tapi orang tu tak reply, malah sampai tahap FITNAH pun ada.
Mana tahu orang tu tengah makan, sempat baca je dan tangguh niat nak reply whatsapp korang sebab tangan tengah kotor dan tak sampai hati nak kotorkan ipong 9 yang baru je beli pagi tadi kat lowyat tingkat 4 sebelah kedai samsung.
Atau mungkin orang tu baru nak solat, terbaca sekejap whatsapp. Ingatkan tazkirah, rupanya korang tanya tengah buat apa je. Nak balas takut kantoi sebab baru nak qada' solat subuh pukul 12 tengah hari. So tangguh la kejap tunggu lepas solat baru balas. Takde la nak menipu kata nak solat dhuha kononnya padahal qada' solat subuh.
Malah mungkin juga dia tengah tidur, tetapi jenis makhluk yang sensitif dengan bunyi dan vibrate. Bila korang hantar whatsapp, dia terasa vibrate whatsapp dan bangun serta sempat buka whatsapp tapi mata tertutup. Akhirnya hanya mampu membaca dengan gaya mata kuyu nak kena lempang tapi malas nak reply sebab takut nanti reply mengarut je.
Boleh jadi juga dia tengah masuk tandas dan berak. Sekali korang bagi whatsapp kat dia tanya tengah buat apa. Memang tak la nak balas masa tu, sebab baru je dia nak cebok. Takkan la nak reply,
"Aku tengah cebok berak ni. ada hal apa?"
Mungkin juga orang tu tengah drive kereta, berani baca je tapi tak berani reply sebab takut terbabas langgar divider sampai masuk gaung lalu terpatah tulang rusuk kiri dan terkeluar tulang bahu hingga usus besar pecah..... arggh, tak perlu saya cerita kisah ngeri apa yang berlaku seterusnya. Tak sesuai untuk budak-budak yang takde whatsapp.
---
Sebenarnya banyak lagi kemungkinan yang berlaku kalau korang nampak double blue-ticks kat whatsapp tu, tapi orang tu masih tak reply lagi walaupun dah beberapa jam ataupun beberapa hari.
Mungkin juga dia lupa nak reply sebab tangguh niat nak reply masa baca whatsapp tu.
Jadi mari la kita bersangka baik selagi mana boleh bersangka baik. Jangan biarkan teknologi membuatkan kita memfitnah orang tanpa sebab.
Moga Allah ampunkan dosa saya dan saya dan saya serta kita semua..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan