Sabtu, 29 Ogos 2015

bertunang

"Awak, saya janji saya akan kahwin dengan awak bila saya dah bersedia nanti!"

"Ok awak! Ikut hukum Islam, kita dah bertunang dah! hik hik!"

Esoknya diorang clash. So macam mana status pertunangan???

Mudahnya bertunang ikut 'Islam'. Kalau macam tu saya nak bertunang lah dengan awak, awak, awak dan awak yang baca status ni! hiks ikut 'Islam' kan kita dah bertunang!

Ramai yang bertanya tentang pertunangan dalam Islam yang sebetulnya macam mana.

Ada yang kata sudah bertunang sekiranya lelaki dan perempuan bersetuju untuk berkahwin! Maknanya si fulan couple dengan si fulanah, masing-masing mengikat janji setia kononnya nak berkahwin sehidup semati. Tiba-tiba break.

So apa status 'pertunangan' tersebut???

Jadi, macam mana pertunangan dalam Islam yang sebenarnya ni?!

Pertunangan hanya boleh berlangsung apabila TELAH DISAHKAN OLEH WALI WANITA TERSEBUT BAHAWA WANITA TERSEBUT TIDAK ATAU BELUM PERNAH MENERIMA PINANGAN DARIPADA LELAKI LAIN SEBELUM INI atau dalam erti kata lain tidak dalam tempoh pertunangan dengan mana-mana lelaki.

Setelah pinangan diterima tentunya akan ada lanjutan perbincangan seperti penetapan tarikh pernikahan, urusan walimatul urus dan lain-lain. Namun tidak bererti setelah peminangan tersebut, si lelaki bebas berdua-duaan dan berhubungan dengan tunangannya.

Ini kerana selagi belum berlangsungnya akad nikah, maka kedua-duanya tetap ajnabi, maka tidak seharusnya seorang Muslim mengambil mudah dalam hal ini.

Bro, kau dah la tak hormat maruah anak dara orang (couple sampai campak dia ke lembah kelalaian cinta yang tidak halal!), lepas tu kau tak hormat wali dia. Ada hati kau nak declare bertunang dengan dia pula?

Jangan gunakan agama untuk berhujah menghalalkan yang haram bro!
Tu bukan tunang ikut 'Islam'. Tapi ikut nafsu. Suka hati je declare tunang menurut Islam.

Rabu, 26 Ogos 2015

kimi-A!

“Assalamualaikum

Dengan dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Hujung minggu ini 29hb Ogos 2015 (Sabtu) merupakan pembukaan rasmi pembukaan butik ke-5 saya Bella Ammara di Johor Bahru. Alhamdulillah kuasa Allah itu sungguh besar. Sambil memandang susuk tubuh bangunan di Bandar Baru Uda, JB ini. Terkenang kisah 3 tahun lepas. Nak beli burger untuk Belle (now dah jadi wife) pon tak mampu. Sesak.



Bulan Julai 2015, genap 3 tahun penubuhan Bella Ammara. Dari 9 pasang telekung sebulan pada Julai 2012 sehingga ke sekitar 10,000 pasang koleksi jubah dan telekung sebulan hari ini. Selama 3 tahun saya keluar dari dunia selesa kerusi pejabat. Bagaimana dan kenapa saya bermula? Ini saya, cara saya dan tulisan saya. Baca dan fikirkan. Mana tahu perkongsian saya ini dapat memberi sesuatu kepada anda.

2010-2011. Saya bermula dengan mengkaji sendiri ‘asas-asas pembentukan wang di dunia’ semasa saya bekerja as a chemist di makmal kimia di Nilai. Sebagai seorang Chemist – Google, buku, blog dan youtube adalah kawan-kawan baik saya. Dari Sheikh Imran Hossein sehingga Ron Paul dan Micheal Maloney saya telaah hasil kajian mereka.

Kimia mengajar saya untuk buat kajian dahulu sebelum lontarkan sesuatu konklusi. Dalam 1 tahun saya mengkaji perihal ekonomi dan duit dunia, dan saya sedar, kita semua telah banyak ditipu. Dan saya sedar 99% manusia di dunia ini terpedaya dengan tipu daya helah duit. Saya mulai takut & gentar. Saya nekad untuk berhenti kerja kerana saya rasa makin lama saya kerja makan gaji, saya akan jatuh miskin. Sebab saya jumpa INFLASI (kejatuhaan nilai duit) di Malaysia melebihi 15% setahun. Ini susah untuk diterima akal sebab di media massa sentiasa mengatakan ekonomi kita amat stabil.

Nekad.
Saya berhenti.
Cuba cari jalan berniaga.
Tapi, tak jumpa.



Setengah tahun saya tak punyai kerja. Tiada wang. Kereta Perodua Kenari kena tarik. Belle ajak keluar nak makan pon saya tak mampu nak bayar. Masak nasi kosong berulamkan petai, janji makan tidak melebihi RM5 sehari. Setengah tahun hidup terdampar di rumah memberi peluang kepada saya berkawan rapat dengan dunia internet penuh ilmu.

Setengah tahun saya belajar bagaimana untuk menjadi usahawan seperti orang yang berjaya lain. Alhamdulillah dengan ilmu yang saya ada, terima kasih kepada pihak bank menerima saya untuk memberi saya peluang berniaga menjual emas. Target jualan, 3KG emas sebulan. Kalau tak lepas target, kena buang. Tersedak!



Tetapi saya nekad juga untuk join Bank. Saya join banking sector sebab saya nak tau apa yang bank buat. Dalam kajian saya – ‘Banking System’ adalah satu sistem penipu terbesar di dunia. Mereka yang menyebabkan kita makin susah hari demi hari. Saya menyertai bank sebagai ‘Gold Salesman/tradder’. Kerana dari tamadun Yunani sehingga ke zaman sahabat-sahabat Rasulullah dan pemerintahan Muhammad al-Fateh di kerajaan Islam Tukey menggunakan emas & perak sebagai duit. Kita kena pandai beza apa itu duit dan matawang.

Matawang yang dalam dompet kita. Kertas berconteng yang makin jatuh nilainya. Duit tidak akan sesekali jatuh nilai. Saya gali isi bank sampai Saya jumpa sistem mereka – ‘Fractional Reserve System’. Sistem dimana mereka mencipta duit tanpa pengetahuan kita. Makin banyak duit yang dicipta, makin jatuh nilai duit itu dan makin miskinlah kita. Saya cuba kerja sampai saya capai matlamat saya – No.1 Gold Trader di bank tersebut. Walaupun saya capai, duit untuk bayar itu ini tetap zero sampai hujung bulan. Saya harus berubah. Nekad. Saya fikir saya harus ubah diri saya sebelum saya ubah pemikiran orang lain.



July 2012 saya bertunang dengan kos hanya RM60 sahaja. RM60 digunakan untuk membeli buah, itu je yang mampu. Dan 5 bulan (Disember 2012) selepas itu adalah majlis perkahwinan saya. Duit untuk kahwin? Minta maaf saya cakap, betol zero. Kerana saya percaya Allah SWT itu maha berkuasa. Saya nak bina masjid, Allah pasti akan tunaikan. Saya teruskan dan sentiasa letak Allah sentiasa no 1 di hati. Allahumma yaasir wala tu’assir, Allahumma yaasir wala tu’assir. Dan saya berpegang kuat pada kata Rasulullah SAW dimana 9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan.

Saya lihat bangsa saya? Rupanya bangsa asing lebih percaya pada kata Rasulullah SAW berbanding bangsa saya. Dengan usaha, doa dan tawakal kepada Allah SWT saya cuba! Cuba berniaga. Saya bermula dengan pinjam duit mak saya. RM1,000 untuk membuat 9 pasang telekung berwarna dengan tunang saya Belle. Kenapa pinjam mak dan bukan loan bank? Sebab saya pernah kerja bank dan sumpah demi Allah saya tak suka loan bank. Most of loan bank melibatkan ‘interest/riba’ dimana riba itu salah satu dosa terbesar di sisi Allah. Tak ada dosa lain yang Allah SWT istihaarkan perang terhadap hambanya. Allahumma inni as’aluka ridhaka wal jannah wa a’uzu bika min sakhatika wannar. Jauhkan lah dari kemurkaan Allah SWT. Saya nak berniaga kenapa saya nak murkakan Allah? Saya tolak riba. Saya pinjam duit mak.

Saya percaya kuat pada kuasa Allah SWT. Saya mula cuba jaga solat saya, sedekah saya, kerana sedekah itu penambah rezeki. Alhamdulillah dari RM1,000 duit mak saya + jujur + sedekah + ingat Allah the only one yang bagi rezeki, saya boleh kawin menggunakan duit saya sendiri Alhamdulillah.

Alhamdulillah tinggal bersama isteri di kediaman yang alhamdulillah selesa bersama kucing-kucing binatang kesayangan Rasulullah, dapat membantu keluarga mendapat duit lebih dengan penubuhan jenama OSRA dan Pudore, Alhamdulillah dapat buka butik sendiri Bella Ammara di Setapak, Shah Alam, Bangi, Sungai Petani dan insyaAllah hujung minggu ini di Johor Bahru dan juga dapat menanam sifat ingin berniaga dikalangan rakan-rakan saya yang lain.

Mungkin ini baru 3 tahun. Jauh lagi perjalanan hidup saya. Tapi fikirkan lah. Dari 9 pasang telekung sehingga ke 10,000 pasang koleksi-koleksi hari ini. Apa yang saya nak sampaikan. Dunia kita ini makin teruk. Ekonomi kita ini makin teruk. Ketua-ketua kita hari ini juga makin teruk. Saya yakin, selagi harapkan duit gaji tiap bulan, kita akan menjadi makin susah hari demi hari kerana kadar jatuh nilai duit kita semakin teruk. Lihatlah nilai duit kita hari ini?

Saya dah jangka dari tahun 2010 lagi saat ini akan terjadi. Keluarlah dari kehidupan ‘hanya makan gaji’ & carilah duit lebih kalau bukan untuk diri, carilah untuk bantu orang lain. Usaha dan ingat! Allah pasti akan bantu. YaAllah dialah pemberi segala rezeki di bumi ini. Saya harap suatu hari nanti dengan rezeki yang saya dapat, saya dapat bantu sesiapa yang memerlukan. Semua yang saya ada ini adalah milik Allah. Bella Ammara itu juga hak milik Allah, saya cuma pinjam untuk melaksanakan tugas yang Allah amanahkan kepada saya.

Ingat. Hanya Allah yang bagi rezeki. Bukan boss atau customer kita. Kalau rezeki sentiasa sangkut, cuba fikir balik hubungan kita dengan Allah SWT dan jujurkah kita semasa mencari rezeki Allah SWT?

Hari ini Alhamdulilah. Saya mengetuai 10 syarikat dan mempunyai lebih dari 50 orang staff. Masih berjaya tidak lakukan loan bank dan tidak mempunyai kad kredit. Masih kuat percaya kuasa ALLAH SWT.”

Carl Samsudin, 28.

Tegur

Macam mana kita nak tegur atau nasihat seseorang TANPA kita buat dia terasa hati, tersinggung, atau lain2?

---

1. Rumah korang pernah blackout tak? Atau kalau orang Johor cakap "takde karen"?

Masa korang lama bergelap tu, tiba2 lampu hidup.. Apa berlaku? Mesti mata korang SAKIT kan?

Tapi lama-lama korang akan rasa okay..

bahkan korang rasa GEMBIRA sebab ada orang hidupkan lampu..

Macam tu juga nasihat dan peringatan.. Ia ibarat cahaya atau lampu..

Orang yang kita nak tegur tu memang dalam kegelapan pun..

Kalau kita bagi dia cahaya tiba2, memang dia akan sakit untuk MULA-MULA..

Dia akan terasa hati, tersinggung, etc..

Walaupun korang dah sampaikan dengan nada paling halus dan merdu bak buluh perindu..

Mereka akan tetap terasa hati.. Sebab mereka dalam gelap..

tapi lama-lama....

percayalah dia akan HARGAI korang sungguh2.. Betul..



2. Lagi satu, letak dalam mindset..

Kita nak tegur dan nasihat orang ni, JANGAN terlalu fikir dia akan kecik hati la, terasa hati la, apa la..

nanti akhirnya korang pun tak nasihat dan tak tegur dia sampai masing2 mati..

DAN......

korang bayangkan...

Baru je korang nak melangkah masuk Syurga... Tiba-tiba kawan korang yang dulu masa kat dunia korang baru nak tegur tapi tak jadi sebab nak jaga hati mereka,

mereka tuntut pada Allah.. Mereka kata,

"ya Allah.. kat dunia James Bond tak pernah tegur aku untuk solat lima waktu.. Dia solat sendiri je..

ya Allah.. kat dunia Joyah tak pernah tegur aku untuk tutup aurat.. dia pakai tudung labuh dan purdah sendiri-sendiri je..

ya Allah.. kat dunia Jeman langsung tak nak ingatkan aku pasal solat, zikir semua tu.. WALAUPUN dia adik beradik KANDUNG aku ya Allah.. "

Masa tu korang nak jawab apa pada Allah?

Korang nak cakap yang korang nak jaga hati mereka ni depan Allah?
Hmm...

so macam mana nak tegur? salah satunya adalah..

korang foward emel ni kawan korang tu .

Sabtu, 22 Ogos 2015

Doa ibu

UKM Confession

August 19 at 4:17am ·

confession #22650

8/18/2015 21:01:58 "Sejak aku sekolah rendah, selalu dapat nombor satu. Upsr dapat 5a, pastu bila masuk mrsm maintain top 5 dalam batch. Pmr 8a. Naik form 4, pergi ke mrsm pkp, still top student. Spm straight A. Apply macam2 scholarship ke oversea, tapi tak lepas interview, so sambung study ke matrikulasi. 4 flat dan dapat sambung course yang aku nak kat ukm. Yang menariknya, aku belajar biasa2 je, tak pernah pulak aku stay up n buat nota warna warni semua tu.

Tapi, ada satu benda yang aku pelik. Kenapa takde perempuan minat kat aku?

Pernah jugak aku confess kat sorang yang aku minat ni, tapi kena reject.

Nak cakap aku tak hensem, time sekolah dulu ada jugak beberapa budak perempuan sekelas cakap aku hensem. Aku ingat diorang just nak membodek je, tapi ada sorang laki ni cakap kat aku,

""Weyh. Serius aku respect and jeles kat kau doh. Hensem pandai tapi tak couple.""

Muka dia memang nampak jujur time dia cakap camtu. Tahap serious dia tu sampai buat aku creepy.

Lepas aku habis matriks, aku banyak duduk rumah je sebab takde kawan kat sini (perkara biasa budak asrama). First time since ages aku spend time with my parents, then my mom said,

""Nanti kau masuk u, belajar betul2, jangan couple. Mak tiap2 hari doakan kau dapat result bagus dan dijauhkan maksiat""

Aku bukak fb, tiba2 hati tergerak untuk bukak inbox. Scroll byk kali, lepas tu aku nampak ada few mesej dari perempuan, confess kat aku. Dah bertahun dah mesej tu, tak pernah pulak aku perasan.

Time tu baru aku sedar, aku dapat result bagus sebab Mak aku selalu doakan. Doa Mak aku jugakla yang jauhkan aku dari couple. Kalau tak, mungkin aku dah perasan mesej tu masa dulu and terjebak dalam couple. Mak aku jugak pernah cakap yang dia lagi suka kalau aku belajar kat Malaysia. Aku rasa sebab tu la aku tak dapat pergi oversea.

Selama ni, aku fikir aku ni genius. Bangga bila orang lain cakap aku macamtu. Hakikatnya, aku berjaya sebab berkat doa mak aku.

Umur Mak aku sekarang dah 60. Aku mula takut, macam mana aku nak hidup kalau Mak aku takde. Aku pernah dengar, apabila matinya sorang ibu, maka hilanglah satu keberkatan dalam hidup.

‪#‎sayasayangibusaya‬"

Khamis, 20 Ogos 2015

Air Asia


SEJARAH AWAL BAGAIMANA AIRASIA BERMULA

Temuramah dengan Tan Sri Tony Fernandes (Gambar adalah pejabat Tony Fernandes di LCCT, ada satu pintu yang membolehkan anda naik ke atas, di antara barisan kedai-kedai, ada lif, tingkat 1) .

SIAPA YANG MULA-MULA TERLIBAT?
Saya dan Kamaruddin berdua pada mulanya, Kamaruddin saya kenal melalui Roslan Aziz, dulu saya bekerja dalam industri hiburan, bila saya balik (dari England) tidak ada musik tempatan, hanya ‘Mat Saleh musik’.

Kami mulakan musik tempatan, dengan Jamal Abdillah, Salem, dan Zainal Abidin, saya kenal dengan Roslan Aziz dan Roslan perkenalkan saya dengan Kamarudin.

Sampai satu hari saya jemu berkerja dengan orang asing, saya terfikir hendak buka syarikat penerbangan, dan Kamarudin adalah orang yang tidak ketawa dengan idea saya.

Dia orang yang terlibat dengan dunia kewangan. Jadi saya beritahu, boleh pergi cari RM20 juta, kita perlukan.

KENAPA PILIH SYARIKAT PENERBANGAN?
Bila saya bersekolah di England, ayah saya hantar saya ke sana ketika berusia 12 tahun, tidak ada siapa yang menunggu di lapangan terbang, saya perlu menaiki bas ke sekolah itu, saya lakukan sendiri. Dan bayangkan ketika itu, bila saya sampai ke lapangan terbang, semua orang berkulit putih… kah kah kah (ketawa).

Ketika itu tidak ada telefon bimbit, perlu guna telefon awam, saya telefon emak tanya, boleh saya balik masa cuti penggal, emak saya kata, tidak boleh kerana (tiket penerbangan) terlalu mahal.

Dari saat itulah, saya terfikir, satu hari perlu buat penerbangan murah, perkara itu sentiasa ada dalam fikiran saya.

Ibu saya ketika muda memulakan perniagaan Tupperware di Malaysia, banyak staf saya kini adalah bekas pekerja ibu saya.

Saya selalu ikut dia terbang ke sana-sini untuk perniagaannya, jadi konsep penerbangan tambang murah ini sentiasa bermain di fikiran.

Bila saya berhenti dari Warner Music, saya duduk di bar dan lihat iklan Easyjet (syarikat penerbangan murah England) dan saya terfikir wow, idea ini bagus.

Kemudian saya pergi ke lapangan terbang Luton, sunguh mempersonakan, boleh terbang ke Barcelona tambah lapan pound, ke Paris 10 pound.

Saya jumpa Kamarudin dan beritahu hendak buka syarikat penerbangan, dia tak kata ‘idea bodoh’ atau seumpamanya, dia kata okay.

Kami jumpa, saya terangkan kepadanya, dia kata, okay, saya join, dan kemudian tanya, apakah saya nak gunakan duit saya sendiri, saya kata ya, dia kata okay, saya setuju kita bahagi 50-50, saya kata ini idea saya bagilah saya 51, dia kata okay. Selesai.

Kemudian saya ajak Aziz Bakar sertai kami, kami bertiga dengan modal RM 1 juta, (Aziz tak letak duit). Kami mula duduk bersama, dan mula buat bisnes plan.

Ia agak mengejutkan sebab kami semua tidak ada pengalaman dalam dunia penerbangan. Kami dapat dari internet.

Kemudian, kami jumpa dengan Datuk Pahamin (Ab Rajab) (bekas Ketua Pengarah Jabatah Pengangkutan Jalan) kami pernah berkerjasama hapuskan cetak rompak ketika saya masih dalam industri hiburan.

Kami jumpa (bertiga) dan makan roti canai, kemudian Aziz buka cerita, “eh macam mana kita hendak dapat lesen penerbangan? “ Kami semua saling berpandangan, “Yalah macam mana hendak dapat lesan penerbangan..” sudah tentu tak boleh dibeli di kedai… kah kah kah (ketawa)

Kemudian Kamaruddin kata “Kita perlukan sokongan politik,” sekali lagi kami saling berpandangan… kami tak kenal siapapun… kah kah kah

Kami kemudian pergi jumpa Datuk Pahamin, terangkan kepadanya, dia suka idea itu dan setuju, dia ada pengalaman dalam Kementerian Pengangkutan, bila timbul soal lesen, dia kata, kita perlu berjumpa Perdana Menteri Dr Mahathir.

Jun 2001, kami bertiga saya, Aziz dan Pahamin, Kamarudin tidak dapat sertai.

Saya sampai awal, ketika sampai, pagar pun belum buka, tidak lama kemudian, bila boleh masuk, kami duduk menunggu sampai ada orang datang, mereka kenal Aziz, dan tanya “Jumpa PM sebab cetak rompak ke?” kah kah kah

Semua orang kenal kami sebagai orang dalam industri hiburan, tapi Aziz kata “Tidak kami mahu buka syarikat penerbangan,” “semua ketawa” kah kah kah.

Semasa kami menunggu, ada pegawai PM beritahu, hari ini bukanlah hari yang baik untuk bertemu PM, saya tanya mengapa, katanya, temujanji pertama PM hari itu adalah dengan pembangkang.

Ia berhubung isu sakit belakang Anwar Ibrahim yang dipenjara ketika itu, yang hadir jumpa PM termasuk ketua pembangkang Datuk Fadzil Noor.

Saya diam, kemudian diberitahu, temujanji kedua PM hari itu adalah dengan MAS, wah lengkap, mula-mula pembangkang kemudian dengan MAS, kamu bayangkan…kah kah kah (ketawa)

Saya terfikir hendak tulis semula CV dan pergi ke BMG Music… hahaha

Ketika beliau masuk ke pejabat PM, luas sungguh, Dr Mahathir kamu tahulah, dia serius orangnya dan terus berkata, “I’m sick, make it fast,”.

Saya terfikir, mula-mula pembangkang, kemudian MAS dan kini PM kata dia tidak sihat. Hahaha, lengkap.

Saya fikir habislah, saya tidak bercakap soal cadangan kami lagi, sebaliknya, sebagai orang dari industri hiburan, saya beri PM satu CD album terbaru SM Salim dan Siti Nurhaliza, rakaman terakhir saya, saya tahu PM peminat SM Salim.

Bila hilang kekok, baru saya bentangkan cadangan saya, Dr Mahathir tidak kata apa-apa, dia hanya senyum sikit bila saya bergurau tentang Singapura, tetapi akhirnya, kami semua terkejut, kerana PM tahu semuanya tentang penerbangan tambang murah.

PM kata dia suka lihat kesungguhan kami, walaupun latar belakang kami bukan dari industri penerbangan, tapi kami menunjukkan kesunguhan, dan dia yakin akan berjaya.

PM akhirnya kata, “Saya tidak ada masalah dengan idea kamu…” kami semua teruja dengan komen dia untuk setengah minit, dan kemudianya dia kata “Tapi… kamu kena ambil alih syarikat penerbangan yang ada, ada dua syarikat penerbangan yang gagal, kamu kena ambil alih yang sudah ada…”

Pertemuan berakhir, kami keluar dan berfikir, duit ada sejuta sahaja, macam mana hendak beli syarikat penerbangan, tapi saya positif.

Kami pergi ke Pelangi Air, anak syarikat milik kerajaan Terengganu, tapi kami dapati sukar untuk baik pulih syarikat itu.

Entah bagaimana, satu hari saya sedang bermain golf saya terlihat kawan lama DRB Hicom, saya teringat tentang Air Asia kepunyaan mereka, saya tanya kepadanya, dia soal semua, “kamu mahu membelinya? Esok pun boleh…kami tidak mahukannya”

Kemudian kami atur pertemuan dengan pihak pengurusan tertinggi DRB Hicom, konsisten, mereka mahu jualnya, mereka tanya saya berapa saya hendak beli, saya bergurau RM1, ya kata mereka esok kamu boleh ambil alih.

(Nota: Ketika itu Air Asia ada hutang sebayang RM40 juta, dengan dua pesawat dan 254 kakitangan)

Kami setuju dan tandatangan perjanjian pada 8 september 2001, 10 tahun dulu.

Kami tiada modal, saya dan Kamaruddin cagarkan rumah kami pada bank untuk cari modal.

DRB Hicom banyak membantu kami diperingkat permulaan, saya perlu nyatakannya.

Kami syarikat penerbangan berlandaskan syariah sebenarnya. Kami satu-satunya penerbangan yang tidak menjual alkohol di rantau ini.

(Ahmad Faizul) ini antara paling awal sertai kami. Dia buat macam-macam tugas, pengurus kabin crew dan lain-lain. Dia dari MAS, sekarang dia jaga komunikasi saya.

Dia bacth yang ke lapan, satu sampai tujuh staf asal ketika bersama DRB Hicom lagi, dia yang ke lapan, dan kini kami ada 127 bacth dalam masa sepuluh tahun.

Saya ingin tekankan bahawa, kami syarikat 1Malaysia dari awal lagi, dan kami juga syarikat bumiputera, ini bukan Ali-baba, Kamaruddin, Aziz Bakar dan Datuk Pahamin adalah pemegang saham yang aktif dan kami kawan.

Kalau kamu lihat Pegurus Kanan Air Asia kamu dapati ramai bumiputera, tapi tidak pernah terfikirkannya, dan kami tidak bercakap soal kaum di sini, semua dinilai kerana merit masing-masing.

Majoriti staf adalah bumiputera. Pembahagian tugasnya mudah, Kamarudin jaga kewangan dan korporat, Aziz Bakar jaga PR, dan saya jaga marketing dan operasi.

LALUAN PENERBANGAN PERTAMA AIRASIA?
Memula-mula saya dapat laluan ke Langkawi, kemudian dapat Pulau Pinang dan selepas dua tahun kami beroperasi semuanya jadi lebih mudah. Pada kami orang ramai, rakyat yang banyak membantu kami.

Kerana sebelum itu sukar untuk menggunakan perkhidmatan penerbangan (mahal). Orang ramai yang berjuang untuk kami. Sebenarnya orang pertama yang membantu kami dari segi media adalah Rocky Bru (Ahtirudin Atan) dan NST.

Dia adalah editor Malay Mail, saya duduk dengan beliau, dan beliau banyak membantu, juga Utusan dan Berita Harian, Datuk Manja Ismail. Aziz Bakar kenal mereka ini semua.

BAGAIMANA ANDA MEMBINA AIRASIA?
Kami membina jenama, tidak ada syarikat Malaysia yang melabur seperti kami, kami taja MU, pengadil, Formula 1, LA Rangers, kamu tidak boleh pergi dari 200,000 penumpang kepada 30 juta penumpang tanpa melabur.

Rabu, 19 Ogos 2015

solat berjemaah

Saya paling bengang dengan anak usrah saya kalau mereka study sungguh2, lepas tu dengar azan, tak nak pergi surau pun.

Padahal jalan kaki pergi surau cuma 3 minit je.

Antara perkara saya tegur,

"Antum nak jadi pelajar cemerlang, tapi solat berjemaah antum tak nak jaga. Antum lagi pentingkan study, berbanding hak Allah.

Kalau antum tak datang usrah sebab nak study esok exam, ana tak kisah. Sebab itu memang keutamaan antum datang universiti.

Tetapi kalau antum study walau esok nak exam, tetapi antum tak nak datang solat berjemaah, dah la surau dekat. Itu memang ana pantang.

Sebab apa?


Kenapa Allah pilih antum jadi manusia? Kenapa Allah tak pilih antum jadi siput sedut ke, kelapa sawit ke, mangkuk tandas ke?

Kenapa Allah pilih antum hidup kat planet bumi ni? Kenapa Allah tak jadikan antum bintang kat sistem solar ke, atau jadi planet baru kat luar bima sakti ke?

Kenapa Allah pilih antum hidup sebagai Muslim? Kenapa Allah pilih antum jadi umat Rasulullah? Kenapa antum ikut tarbiah?

Kalau antum mengaku umat Rasulullah,
kalau antum mengaku cinta Rasulullah,
kalau antum mengaku ikut tarbiah,
kalau antum mengaku antumlah pejuang dakwah,

TETAPI antum MALAS dan TAK JAGA solat berjemaah, sebenarnya antum sembang lebat je! Lebih lebat dari hujan kat luar rumah ni".

Hantu u

#TipsMasukU

guys TIPS PERTAMA
Rajinkan diri bersembang dan bercampur dengan pak guard dan makcik tukang sapu. Mereka banyak tahu 'rahsia' kolej dan kampus. Pak guard boleh buka cerita tentang suara orang menangis dan menjerit malam-malam pukul 3 pagi. Dia tahu bilik mana ada budak bunuh diri.Makcik tukang sapu tahu kat koridor mana ada budak kena histeria dan lompat dari tingkat tiga, jatuh bawah kepala bersepai. Dia tahu.Lepas tu dia tahu kat ampaian mana bebudak biasa nampak langsuir bergayut bila sidai baju pukul 3 pagi.

TIPS KEDUA Bila dapat bilik, elakkan daripada pilih katil dekat dengan tingkap. Bila tutup, rasa lemas. Bila bukak malam-malam rasa seram.Tingkap menghadap koridor bahaya sebab malam-malam dengar bunyi selipar diseret. Bila dengar betul-betul ada bunyi 'Karipap! Karipap!'Makcik Karipap biasanya datang lepas pukul 3 pagi waktu kolej dah sunyi dan gelap. Yang belum tidur, sibuk basuh baju kat toilet hujung.Ada juga yang sibuk study pakai walkman, tak perasan Makcik Karipap jenguk di luar tingkap. Siapa Makcik Karipap? Tak siapa tahu.Tapi setiap U ada Makcik Karipap. Cuba tanya senior. Yang pernah nampak kata Makcik Karipap bongkok macam nenek kebayan, pakai tudung.Muka tak nampak.Di lengannya ada bakul rotan berisi batu nisan. Kalau ditegur di sebalik tingkap 'Dik, nak karipap?' jawab lah 'tak nak'.Selagi tak dijawab, takut Makcik Karipap masuk dan tunggu di hujung katil. Ramai dah terkena. Ingat ungkapan keramat ni: tak nak!

TIPS KETIGA Kalau dapat katil double decker, pastikan tahu bila rakan yang tidur di atas atau di bawah masuk tidur.Nak tahu kenapa?Banyak kes terjadi bila kita tidur jam 11 malam bila member belum balik, jam 3 pagi kita dengar dia balik dan panjat katil dalam gelap.Kita tahu member kita tengah tidur sebab spring katil kat atas bergerak-gerak dalam gelap. Lepas tu kita dapat Whatsapp dari member."Bro, aku study McD dengan geng malam ni. Esok ada kuiz. Ko jangan kunci pintu" Kita rasa menggelupur nak menjerit dalam gelap.Kisah benar.Pernah terjadi.Beringat sebelum kena. Katil double decker memang selalu ada kisah mistik.

 TIPS KEEMPAT Kalau rakan sebilik semua balik kampung dan kolej kamu hanya ada dua tiga kerat yang tak balik, jangan ambil risiko.Dulu ada kes budak yang tak balik kampung sebab malas naik bas berjam-jam. Lagipun ada member bilik atas yang tak balik.Malam itu waktu dia tidur, dia dengar budak bilik atas seret meja pukul 3 pagi. Bengang, dia pun naik atas - tapi dia tengok level tu gelap.Rupanya hanya dia yang tak balik. Takut punya pasal, dia tidur kat pondok Pak Guard sampai Subuh. ingat tu, jangan tak balik kampung.

TIPS KELIMA Kalau rasa nak buang air kecil atau air besar, buang lah sebelum tidur. Rumit kalau rasa nak terkucil pukul 3 pagi.Toilet nun di hujung koridor.Bila sampai sana, tolak pintu, tutup, lepaskan hajat. Tapi bukan lah toilet kolej kalau tak ada kisah seram.Pernah dengar cerita student pergi kencing pukul 3 pagi dan ghaib? Hilang. Lesap.Macam ditelan bumi.Sebulan cari tak jumpa.Malam tu, ada student tengah berus gigi dalam toilet pukul 11 malam. Bila dia tadah air dalam gelas nak berkumur, segumpal rambut keluar.Bila disiasat, rupanya budak yang hilang sebulan yang lepas ada dalam tangki air toilet tu.Tak siapa tahu macamana dia masuk dalam tangki.Mayat dah kembung dan perut dah pecah. Selama sebulan, students lain di level tu dah mandi air mayat... dan makan megi perisa air mayat.Hati-hati bila ke toilet ya.Itu mungkin kali terakhir kamu ke toilet sebelum hilang.

 TIPS KEENAM Elakkan daripada membasuh pakaian selepas pukul 12 malam. Pernah dengar kisah budak nampak 'benda tu' tergantung kat ampaian?Lepas habis perah baju, dia nak sidai kat ampaian tingkat 4. Level dia dah gelap. Semua dah tidur. Tapi dia suka basuh baju malam.Waktu dia nak sidai baju di tingkat 4, dia nampak di hujung ampaian ada bantal bolster yang digantung.Dia tak ambil pusing sangat.Tapi dia perasan 'bantal' tu berhayun-hayun. Bila ditengok betul-betul, rupanya pocong tergantung di ampaian. Ingat tu! Hati-hati ya!

TIPS KETUJUH Sesetengah bilik ada 'sejarah' tersendiri. Kadangkala sejarah hitam bilik sengaja didiamkan oleh pihak kolej.Pernah dengar kisah student dapat bilik tempat bunuh diri?Malam itu dia tidur seorang sebab member balik kampung.Nak jadikan cerita, pukul 3 pagi bekalan letrik terputus. Kipas terpadam.Lampu koridor pun tak ada.Gelap gelita.Tapi dia dengar sesuatu.Bunyi kreok kreok kreok dalam gelap.Bunyi bilah kipas siling bergerak.Tapi letrik tak ada.Dia ambil fon tepi bantal. Suluh pakai skrin.Tahu apa yang dia nampak? Badan seorang lelaki dewasa tergantung dari kipas dengan seutas tali pinggang. Berpusing...Berpusing...Mata terbeliak dan lidah terjelir.Bunuh diri dek patah hati.Tindakan bodoh. Dan yang paling bodoh, tak ada siapa akan beritahu kita.Setiap bilik di kolej perlu diisi. Kalau ada yang tahu bilik tu pernah ada orang bunuh diri, ada ke orang nak duduk situ? Common sense.Cara nak atasi bilik pernah jadi lokasi bunuh diri?Jangan tinggal solat.Banyakkan baca ayat-ayat suci.Dengar CD hafizhamidun pun ok.

TIPS KELAPAN - terakhir Kalau selimut asyik terjatuh atas lantai pukul 3 pagi, jangan dikutip.Biarkan.Kenapa?Tak pernah dengar cerita?Ada student ni perasan selimut asyik terjatuh atas lantai. Mula-mula jam 1 pagi.Lepas tu 1:45.Lepas tu 3:15. Dia tidur sorang malam tu.Katil sebelah kosong sebab member balik kampung. Bila selimut 'hilang' sekali lagi jam 3:30 pagi, dia tengok di hujung kaki.Tak ada.Selimut tak ada atas lantai. Dia hairan. Bilik tidur samar-samar sebab ada cahaya dari luar.Dia cuba intai bawah katil.Pun tak ada.Mana selimut dia?Sambil baring di atas lengan kanan, dia pandang katil sebelah. Selimutnya ada di sebelah.Tapi ada 'benda' berselubung.Seolah-olah berkapan dari hujung kepala sampai ke hujung kaki.Sampai ke pagi dia tak boleh tidur. --the end-- Jaga jaga ye bakal2 mahasiswa/i semua.

Gurauan semata2 . Jgn ambil serius

Hidayah

Selalu dah duk dengaq orang kata taufiq dan hidayah. Hidayah ni kita tau tapi taufiq ni apa?
Taufiq ni tuan2 dia datang kat kita sebelum hidayah. Sebelum hidayah Allah tu mai, taufiq datang dulu. Nak faham mudah, bangun subuh. Yang kita bangun waktu subuh itu taufiq. Yang kita bangun dan solat subuh itu hidayah.
Ada orang Allah bagi taufiq kat dia (bangun waktu subuh) tapi dia tak sambut hidayah Allah (solat subuh). Ada orang kunci jam nak bangun, ada yang boleh bangun tutup jam pastu tiduq balik. Ini realiti. Alangkah celakanya kalau Allah bagi taufiq kat kita tapi kita yang jauh dengan hidayah Allah.
Lepas ni tak ada alasan tak nak tutup aurat, tak solat dan sebagainya sebab yang kata "hidayah belum sampai" bukan hidayah belum sampai, taufiq dah sampai dah, tinggal kita nak sambut hidayah Allah tu macam mana.

Ya Allah, telah aku sampaikan.

Lelaki

Isteri Sebak Bila Tahu Kenapa Suaminya Minta Hari-Hari Dia Masak...

Setiap kali pulang ke rumah, suamiku pasti membawa sekali buah tangan bersamanya. Kadang-kadang, dia membawa pulang roti. Kadang-kadang pisang goreng. Dan kadang-kadang buah cempedak. Senang cerita, memang tak miss lah hari-hari dia bersama buah tangan untuk kami.

Dan, setiap kali pulang juga, dia pasti meminta aku menghidangkan nasi untuknya. Lapar katanya...

Suatu hari, sedang dia berselera menghadap hidangan, ringan mulut aku ingin bertanya sesuatu kepadanya...

''Hmm... Abang. Saya nak tanya something kat Abang ni...''

''Ya sayang... Apa dia? Tanyalah... '' jawab dia dengan mulut dipenuhi nasi dan ulam.

''Tengahari, Abang memang tak makan kat ofis ke...?? '' soalku lembut.

''Ermm tak. Kenapa sayang??? '' pendek dan ringkas jawapan dia.

''Takdelah. Saya tengok abang hari-hari minta saya masak. Kalau boleh, saya nak juga berehat sehari dua. Kalau abang dah makan, untuk makan malam bolehlah saya masak ringan-ringan. Penatlah bang...

''Dengan si kenit ni yang tak duduk diam, rumah yang bersepah, kain baju berbakul-bakul yang nak kena basuh, jemur dan lipat... saya kadang-kadang stress...''

Satu-satu aku susun perkataan ini agar dia tidak terasa. Ustaz pun ada cakap, tugas memasak tu bukan tugas isteri tapi adalah tugas suami. Jadi, tak salah rasanya aku meluahkan perasaan. Lagi pun, aku minta tak masak je. Tugas-tugas lain aku buat. Harap sangat dia faham.

Dia memberhentikan kunyahannya. Lantas, saki-baki nasi yang masih tersisa, ditelannya terus. Kali ini, dia fokus dan tepat memandang mataku. Sebelum dia berbicara, secangkir senyuman dia hadiahkan untukku. Manis...

''Sayang, abang minta maaf kerana menyusahkan sayang. Abang tak tahu sayang penat. Kalau abang tahu, abang takkan minta sayang masak...''

Dia berhenti seketika mengambil nafas lalu menyambungnya kembali...

''Hmm... Ada 3 perkara yang abang rasa sayang perlu tahu kenapa abang tak makan tengahari...''

3 perkara? Apakah ia? Dalam debaran aku menanti dia memberitahu 'rahsia' tersebut.

''Pertamanya ialah kerana... Abang rindu nak makan masakan dari hasil air tangan isteri abang. Masakan sayang sedap. Tiada kedai yang mampu menyaingi kesedapan masakan sayang... ''

Allah... aku tersentap. Begitu mulianya hatimu wahai suami. Bersalah pulak aku rasa... dek kerana menyuarakan perasaan penat yang tak seberapa tadi. Belum sempat aku meminta maaf, dia menyambung lagi...

''Kedua... kalau abang makan tengahari, kenyang itu akan sampai ke malam. Jadi, bila pulang ke rumah, abang mungkin takkan makan lagi. Untuk tidak mengecewakan sayang, abang sanggup berlapar pada tengahari untuk makan masakan isteri tercinta abang ni...''

Saat itu, aku dah hampir tewas. Tewas dengan air mata yang ingin berlumba-lumba keluar dari bingkisan kelopak ini. Namun aku cuba menahannya sehingga perkara ketiga diberitahu suami...

''Dan ketiga ialah kerana abang tak ada duit. Duit makan tengahari abang, abang simpan. Abang simpan untuk belikan sayang dan Una 'hadiah' ketika mana abang pulang di waktu petang...''

Kala itu aku terus menerpa ke arah suamiku. Tangannya yang masih basah dengan kuah aku capai lantas ku cium memohon kemaafan darinya. Berdosanya aku...

''Takpe... Sayang tak buat salah pun dengan abang. Abang yang salah kerana menyerahkan tanggungjawab memasak kepada sayang. Besok In syaa Allah, abang masak sendiri k. Dah... jangan nangis...'' Sebak suaranya sambil memujuk aku.

Dalam esak tangisan ku itu, aku menggeleng-gelengkan kepala. Tak sanggup aku mengiyakan permintaannya. Dia yang seharian penat bekerja dan 'berpuasa' tak sepatutnya aku layan sebegitu rupa. Oh Allah... Ampuni aku dan rahmatilah suamiku...

Sebagai renungan bersama. Semoga kita sama2 dpt muhasabah diri...

Utk para isteri terutama surirumah sepenuh masa... bersyukurlah...

Wallahu A'lam...
Rupanya hari ni Hari SUAMI Sedunia...💪😎

LAKI-LAKI adalah ciptaan
TUHAN yg paling indah.
Dia banyak MENGALAH dari
umur yang sangat muda.

Dia membelanjakan
semua duit,
untuk beli HADIAH,
untuk yang dia CINTA,
hanya untuk melihat
dia TERSENYUM..

Dia KORBANKAN masa
Bujangnya hanya untuk
seorang WANITA....
Dia KORBANKAN masa
mudanya demi istri dan anak2nya dengan bekerja sampai malam TANPA MENGELUH.

Dia bina MASA DEPAN
mereka Sekeluarga
dengan hutang
dan membayar hutang
sampai stress..

Dia telah bersusah payah
tapi masih dimarahi Isteri
dan BOSS. Kehidupan Dia
berakhir hanya untuk
MENGALAH demi
KEBAHAGIAAN orang lain

Kalau dia keluar rumah,
kata org dia MERAYAU...

Kalau dia tinggal dirumah,
kata org dia MALAS....

Kalau dia marahi anak2,
kata org dia GALAK...

Kalau dia tak marah, kata Org
dia laki-laki yang TAK TEGAS...

Kalau dia tak bolehkan isteri  bekerja, kata org dia Seorang yang MENGUNGKUNG...

kalau dia bolehkan isteri
bekerja, kata org dia MAKAN
gaji isteri.

Kalau dia dengar apa kata ibunya, kata org dia ANAK MAMI

Kalau dia dengar kata isteri,
kata org dia GTBI
(Geng Takut Bini)

Kalau dia banyak MENOLONG wanita yg memerlukan, dikata HIDUNG BELANG...

Kalau tak mau tolong
wanita lain, katanya KEJAM..

Tapi di tengah terpaan
segala macam tuduhan,
dia tetap TEGAR.... KUAT

Dialah LAKI-LAKI....

HARGAILAH setiap LAKI-LAKI 😎💪
dalam hidup anda.
Anda tidak akan pernah
tahu apa PENGORBANAN yang
sudah dilakukan buat Anda.

Boleh dikirim ke semua
LAKI-LAKI  supaya mereka TERSENYUM  dan kepada
semua wanita supaya
mereka SEDAR  bahwa
LAKI-LAKI itu amgat BERHARGA....
walau seburuk apapun suami mu.. 😊😎💪😊

Ahad, 16 Ogos 2015

radio amatur

ANTARA SOALAN YG SELALU ADA DALAM RAE BESERTA JAWAPAN. SEMOGA BERJAYA RAKAN2 SEMUA....
Di copy dari rakan2 di whatsapp
1. Yang manakah di antara stesen radio amatur berikut ditakrifkan sebagai stesen yang bekerja dengan satelit radio amatur?
d) Stesen bumi radio amatur
2. Peraturan-peraturan asas Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) ialah untuk menguruskan stesen radio amatur ada terdapat di dalam:
a) Peraturan-peraturan Radio Antarabangsa
3. Stesen radio amatur hanya boleh digunakan untuk berhubung dengan:
c) lain-lain stesen radio amatur
4. Tanggungjawab anda sebagai pemegang lesen radio amatur adalah anda mestilah:
c) bertanggungjawab bagi pengendalian stesen yang betul menurut Peraturan-peraturan Radiokomunikasi
5. Awalan "callsign" bagi peruntukan radas stesen amatur Kelas A yang menetap di Sarawak ialah:
a) 9M8
6. Bagi tujuan kawal seliaan, dunia ini telah dibahagikan oleh Kesatuan Tekomunikasi Antarabangsa (ITU) kepada wilayah-wilayah yang setiap satunya diperuntukkan spektrum radio yang berbeza. Di wilayah manakah Malaysia diletakkan?
c) Wilayah 3
7. Awalan "callsign" antarabangsa yang diperuntukan untuk Malaysia bagi semua stesen yang terdedah kepada hubungan umum antarabangsa dan lain-lain stesen yang berkemampuan menyebabkan gangguan memudaratkan yang melampaui I, sempadan Malaysia oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (lTU) ialah:
d) pilihan (a) dan (b) di atas
8. Apakah definisi bagi Perkhidmatan Radio Amatur?
d) Suatu perkhidmatan radiokomunikasi bagi maksud latihan diri, interkomunikasi dan penyiasatan teknikal yang dikendalikan oleh amatur
9. Berdasarkan kepada Peraturan-peraturan Komunikasi dart Multimedia (Spektrum) 2000. berapakah jumlah yuran tahunan bagi Stesen Pengulang Radio Amatur?
a) RM 60.00
10. Di Malaysia, sebuah stesen radio amatur adalah sesuatu yang:
a) dibenarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk dikendalikan dalam jalur frekuensi amatur
11. Sebelum mengendalikan sfesen radio amatur di dalam kenderaan, anda mestilah:
c) memiliki penruntukan radas stesen amatur yang sah
12. Pengendali radio amatur boleh melakukan aktiviti-aktiviti berikut dengan radionya, kecuali
c) menyediakan perkhidmatan penyiaran kepada orang awam
13. Takrifkan "Peak Envelope Power":
b) Bermaksud kuasa purafa yang dibekalkan ke talian-talian penghantaran antena oleh suatu pemancar semasa satu kitar frekuensi radio pada rabung tertinggi dari sampul termodulat yang diambil dalam keadaan kendalian biasa
14. Kuasa keluaran maksima yang dibenarkan dari stesen radio amatur Kelas A ialah:
b) 400 Watt PEP
15. Stesen radio amatur yang dikendalikan dari tempat sebagaimana yang dinyatakan dalam penruntukan radas stesen amafurnya dipanggil:
b) Stesen pangkafan
16. Pentadbiran bagi perkhidmatan radio amatur di Malaysia dikendalikan oleh:
b) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
17. Pemodulatan frekuensi menggunakan suara diistilahkan sebagai
d) F3E
18. Apakah umur minima yang dibolehkan bagi seseorang untuk mengambil Peperiksaan Radio Amatur di Malaysia?
b) 14 Tahun
19. Peraturan 27(1) dari Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 menyatakan bahawa:
b) tiada seorang pun boleh menialankan atau mengendalikan apa-apa kegiatan dalam suatu bidang kemahiran yang difetapkan melainkan jika orang itu diperakui
20. Peraturan yang manakah bukan peraturan subsidiari bagi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998?
d) Perafuran-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Penyiaran) 2000
21. Aturan yang betul bagi pertukaran "callsign" pada permulaan dan akhiran suatu penghantaran ialah:
a) "callsign" pihak yang satu lagi diikuti dengan "callsign" anda
22. Bila berbual melalui suatu pengulang VHF atau UHF, anda perlu diam seketika di antara "over" bagi membolehkan:
d) Jawapan a) dan b) diatas
23. Dalam suatu perhubungan telefoni, adalah disarankan agar:
d) bercakap dengan jelas dan tidak terlalu cepat
24. Apabila membuat panggitan "CQ" adalah menjadi amalan baik untuk:
d) mempastikan yang frekuensinya adalah lega (tidak digunakan) sebelum memulakannya
25. Apa yang harus anda lakukan apabila anda m
endengar dua stesen sedang ber "QSO"?
d) Dengar dulu dan sekiranya anda rasa anda boleh menyumbang kepada "QSO" tersebut, mohonlah untuk turut serta dan berbuallah dengan merangsangkan lagi perbincangan tersebut
26. Maklumat apakah yang kebiasaannya terkandung di dalam buku log stesen?
d) Kesemua jawapan yang di atas
27. Kandungan (maklumat) yang direkodkan dalarn buku log stesen mestilah disimpan untuk tempoh:
c) sekurang-kurangnya 2 Tahun
28. Nada standard yang digunakan untuk pegulang-pengulang radio amatur di Malaysia ialah:
c) 203.5 Hz
29. Pengulang kebiasaannya beroperasi dalam mod yang mana:
b) FM
30. Satelit mengandungi "transponder" yang menyalurkan semula:
c) semua mod modulatan
31. Apakah amalan terbaik apabila menggunakan pengulang?
a) Kekalkan "over" singkat bagi membolehkan pengguna lain mencapainya
32. Apabila bekerja dengan Satelit Amatur anda haruslah:
c) menggunakan kuasa yang mencukupi untuk mengekalkan perhubungan yang boleh diharapkan
33. "QRT" bermaksud:
a) Tutup tamat
34. Perkataan "CW" adalah singkatan untuk?
c) Gelombang terus-menerus
35. Apakah kod "Q" yang betul bagi "apakah lokasi anda?"
d) QTH
36. Kod "Q" yang betul bagi "adakah isyarat saya memudar?" ialah:
b) QSB
37. Salah satu alasan kenapa anda harus mengelakkan daripada menggunakan ungkapan selanga atau kombinasi perkataan perkataan bagi mengenal pasti stesen anda ialah:
d) mereka berkemungkinan diterjemahkan sebagai kod-kod atau tulisan rahsia bertujuan untuk mengaburkan maksud pengenalan anda
38. Yang mana satukah di antara pilihan berikut adalah penggunaan salah bagi abjad fonetik antarabangsa?
b) Beta
39. Yang mana satukah di atara pilihan berikut menggunakan abjad fonetik antarabangsa yang betul bagi mengeja perkataan "SHIP"?
d) Sierra Hotel India Papa
40. Litar "Squelch" atau bisuan pada alat penerima VHF adalah untuk:
a) menyekat keluaran audio melainkan jika stesen itu sedang menerima
41. Laporan kebolehbacaan "R2" menandakan:
c) sangat sukar dibaca dan sangat bising
42. Laparan isyaraf "5 9 9" diberikan bila isyarat yang diterima mempunyai:
d) isyarat nada yang boleh dibaca sepenuhnya, kuat dan jelas
43. Laporan "S" dalam kod "RST" diperolehi daripada:
d) bacaan pada penunjuk "meter S" penerima
44. Apa itu pelan jalur?
a) Garispanduan sukarela yang dibangunkan oleh SKMM yang membolehkan penggunaan mod - mod pengendalian yang berbeza di dalam suatu jalur amatur
45. Apabila perkhidmatan amatur adalah pengguna sekunder bagi suatu jalur dimana perkhidmatan lain adalah merupakan pengguna utamanya, ini bermakna:
c) jalur tersebut mungkin boleh digunakan oleh amatur dengan syarat mereka tidak mencetuskan gangguan memudaratkan kepada pengguna utamanya
46. Untuk keselamatan kelengkapan, sebelum anda menghidupkan kelengkapan radio amatur, anda haruslah mempastikan yang kelengkapan tersebut telah disambungkan kepada;
d) Jawapan a) dan b) di atas
47. Yang mana di antara yang berikut adalah cara terbaik unfuk memasang antenna anda berhubung dengan talian atas kuasa electric?
b) Sentiasa pastikan antenna dari talian suapan anda adalah jelas, bebas dari sebarang talian kuasa
48. Apakah amalan terbaik untuk melindungi kelengkapan radio amatur anda daripada disambar kilat?
d) Tanggalkan kesemua sambungan talia n kuasa dan sambungan antena dari kelerigkapan tersebut
49. Sebagai langkah keselamatan dalam setiap pemasangan radio adalah menjadi amalan baik:
d) memasang satu kunci keselamatan utama yang diketahui oleh semua penghuni rumah
50. Apakah wayar terbaik untuk digunakan bagi pendawaian kelengkapan radio?
c) Wayar yang berpenebat dengan kadaran arus dan voltan yang bersesuaian
51. Apakah nama aliran bagi elektron di dalam suatu litar elektrik?
d) Arus
52. "Potentiometer" adalah merupakan:
b) Perintang boleh ubah
53. Arus sebanyak 0.5 Ampere mengalir melalui suatu rintangan bila votfan & Volt dikenakan. Untuk mengubah arusnya kepada 0.25 Ampere, anda haruslah:
a) meningkatkan bekalan ke 12 Volt
54. Bermula dari satu puncak positif, berapa kalikah suatu gelombang sinus harus melintasi paksi sifarnya dalam melengkapkan satu kitaran lengkap?
c) 2 kali
55. Arus yang mengalir dalam suatu litar ialah 10 mA. Berapakah Watt kuasa yang dilesapkan oleh rintangan litar 100 k��?
b) 10 Watt
56. Tiga pengalir elektrik yang baik adalah:
c) Emas, Tembaga dan Aluminium
57. Faktor Q bagi Iitar resonan akan menentukan:
d) nilai bagi arus yang meningkat menerusi gegelung dan pemuaf ketika resonan
58. Regangan bagi suatu pemuat akan:
c) menurun dengan peningkatan frekuensi
59. Jenis litar pengayun yang manakah yang kebiasaannya digunakan dalam suatu VFO?
b) Colpitts dan Hartley
60. Mengapa anda perlu menggunakan iius?
d) Untuk menghasilkan litar terbuka apabila terdapat terlalu banyak arus di dalam liter
61. Pemuat dan pengaruh menentang arus ulang alik. Ini dikenali sebagai:
d) regangan
62. Bagaimana anda boleh menentukan kadar had-terima elektrikal bagi suatu perintang karbon?
b) Dengan menggunakan kod warna perintang
63. Dimanakah tenaga disimpan di dalam suatu pemuat yang dicaskan?
c) Medan elektrik di antara plat-platnya
64. Suatu liter yang terdiri daripada empat diod yang menghasilkan penerus gelombang penuh "DC" daripada sebuah pengubah dipanggil:
b) Penerus titi
65, Sebuah litar pelicin menggunakan pengaruh don pemuat adalah merupakan suatu standard bagi:
c) Penerus
66. Diod boleh digunakan di dalam:
d) Semua yang di alas
67. Untuk membolehkan suatu transistor silikon mengalir;
a) pemancar tapaknya meslilah oipirr;;ang ke depan dengan 0.6 Volt
68. Kawasan bagi Suatu diod simpang dimana tiada lubang bebas atau tiada kewujudan elektron dipanggil,
c) Kawasan susufan
69. Suatu penguat audio adalah perlu bagi suatu penerima kerana:
d) Isyarat RF tidak boleh didengari oleh telinga manusia
70. Suatu penerima dengan kememilihan tinggi mempunyai:
a) lebar jalur yang lebar
71. Suatu peringkat pada penerima dirnana litar masukkan dan keluarannya ditala kepada frekuensi yang diterimanya adalah:
d) Pengesan
72. Suatu penerima superheterodin bagi penerimaan "SSB" mempunyai pengayun sisipan untuk:
d) merentak bersama pembawa yang diterima untuk menghasilkan jalur sisi yang lain
73. Sebutan heterodin digunakan untuk menggambarkan:
a) percampuran dua isyarat
74. Apakah jenis pancaran yang dihasilkan oleh pemancar telefon radio yang menggunakan pemodulat terimbang diikuti dengan penuras laluan jalur 2.5 kHz?
c) SSB
75. Penekanan kekunci suatu pemancar boleh mengakibatkan percikan pada sesentuh suis kekunci, oleh itu:
d) ia seharusnya hanya berlaku pada tahap dimana kuasa atau arus adalah pada kedudukan minima
76. Litar yang membentuk asas kepada "synthesizer" frekuensi ialah:
a) Gelung terkunci fasa
77. Penguat kuasa RF di dalam suatu pemancar biasanya ditala ke:
c) frekuensi keluaran pemancar
78. Untuk mengekalkan frekuensi keluaran VCO yang stabil dari suatu `synthesizer'; voltan kawalan yang disuapkan ke pengayun mestilah dihasilkan daripada:
b) suatu pembanding fasa
79. Apakah itu gelombang elektromagnetik?
c) Suatu gelombang yang mengandungi satu medan elektrik dan satu medan magnet pada sudut kanan di antara satu sama lain
80. Perbezaan dalam kekuatan isyarat yang diterima akibat dari perubahan secara perlahanlahan dalam perbezaan panjang laluan adalah dipanggil:
b) Meluntur
81. Jarak langkau adalah istilah yang berkaitan dengan isyarat yang melalui ionosfera. Kesan tangkau adalah disebabkan oleh:
a) pemantulan dan biasan dari ionosfera
82. Gelombang elektromagnetik adalah tercipta oleh:
b) solenoid magnet
83. Apakah itu "balun"?
a) Suatu peranti untuk memadankan suatu falian tak seimbang bagi membekalkan kuasa ke suatu beban seimbang atau sebaliknya
84. Jika pemancar anda menghantar isyaraf di luar daripada jalur yang sepatutnya ia pancarkan, ini dipanggil?
d) Pancaran "Spurious"
85. Jika kestabilan frekuensi bagi suatu pemancar adatah lemah, ia mungkin mengakibafkan:
b) pengendalian di luar jalur
86. lnfermodulatan yang disebabkan oleh penguat "SSB" lelurus adalah akibat daripada:
c) herotan harmonik
87. Kejituan frekuensi bagi suatu penghantaran amatur boleh diperiksa menggunakan:
d) suatu meter serapan gelombang
88. Harmonik ganjil pertama dari 145.05 MHz ialah:
c) 435.15 MHz
89. Suatu antena dipasang dilalukan berhampiran dan selari dengan suatu talian kuasa "overhead", ini akan memungkinkan terjadinya:
a) penghasilan gangguan "borne" utama
90. Bagi mencegah penyuap kepada suatu antena daripada memancar, ia seharusnya:
c) ditapis dan drbumikan
91. Pembumian bagi suatu stesen amatur adaJah diperlukan untuk:
b) meminimumkan voltan-voltan RF yang tidak dikehendaki pada penyuap dan kelengkapan
92. Tujuan menguruskan keserasian elektromagnetik (EMC) adalah untuk:
a) mencegah pencemaran spectrum RF
93. Apabila membangunkan suatu stesen radio amatur buat kali pertamanya disuatu kawasan baru, pengendalinya haruslah:
b) menilai kemungkinan terjadinya gangguan terhadap kelengkapan domestiknya
94. Suatu meter serapan gelombang boleh digunakan untuk memeriksa:
d) membetulkan pemilihan harmonik daripada litar pendara6
95. Pengayun junam adalah sejenis:
a) Penjana isyaraf RF
96. Apakah itu beban semu?
b) Suatu beban tidak menyinar bagi suatu pemancar
97. Apakah alatan terbaik untuk memeriksa kua'lili isyarat yang dipancarkan dari suatu pemancar telegrafi atau pemancar jalur sisi tunggal?
b) Meter kekuatan medan
98. Apakah jenis isyarat masukan yang perlu digunakan untuk menguji "Peak Envelope Power" dari suatu pemancar SSB ketika memerhatikan keluarannya dengan menggunakan osiloskop?
a) Ucapan biasa
99. Peningkatan dalam kuasa dari 0.25 Watt ke 1.25 Watt adalah bersamaan dengan gandaan sebanyak:
c) 7 dB
100. Sumber tenaga bagi sebuah alatubah mestilah disambungkan kepada:
b) belitan primernya

Isnin, 10 Ogos 2015

Exam

EXAM!!GoOd LucK😊




""Hmm.. exam tadi aku rasa failed je, dia minta lain , aku bagi
lain" Dia tunduk.
Kawan pegang tangan dia dan senyum.
" Nak dengar satu cerita tak?"
Dia angguk.
"Dulu kan, ada seorang student ni, exam, lepas keluar dari
hall, mestilah kita cek balik jawapan kat buku atau bincang-
bincang kan. Dia terdengar kawan dia bincang, dan jawapan
antara kawan-kawan dia tu sama, tapi berlainan dari dia,
Kalau kita, confirm cuak kan?
Then kawan dia tanya, kenapa tak bincang sama? Nak tahu
tak apa jawapan dia?"
"What?"
"Dia jawab , dia tak nak cek sebab dia takut pergantungan dia
kepada Allah berkurang.Pergh kan jawapan dia? "
"Meaning?"
"Rasa entah kita punya kekuatan macam tu atau tak? Lepas
tu dia solat hajat banyak-banyak, dia doa gila-gila, dan tahu
tak dia dapat highest mark untuk paper tu" Senyum.
Kadang kita terlalu yakin kita akan berjaya dalam sesuatu hal,
tapi kita lupa atas semua tu ada Dia, yang menentukan
segala sesuatu. Even kita jadi zombie library pun, mata jadi
panda sekalipun, andai Allah tak izin lagi kita dapat benda tu,
maka tak akan dapat lah.
Dah usaha, serah pada Dia..
All the best semua utk final exam "
Sahabat,letakkan keyakinan kamu sepenuhnya pada Allah. Percayalah. Bila kita letakkan keyakinan kita sepenuhnya pada Allah kita akan tenang dn gembira terima apa jua keputusan,apa jua yg terjadi. Kerana Allah tahu apa yg terbaik untuk kita dn Allah takkan pernah biar kita dalam kekecewaan. Allahu Rabbi.....

Ahad, 9 Ogos 2015

Sekolah

kenangan manis zaman sekolah yang dilalui oleh ramai pelajar sekolah, masa praktikal dulu😅😅😅

1. Sebelum SPM : “Kita jumpa lepas SPM, ok?”. Lepas SPM: Semua dah hilang
2. Setiap tahun sekolah hantar surat jemputan perjumpaan PIBG. Setiap tahun juga 95% ibu bapa tak hadir perjumpaan
3. Pelajar : “Cikgu, nak gi tandas”. Tawaf satu sekolah – dari kelas ke kantin, padang, koperasi dan akhirnya baru jumpa tandas.
4. Dapat keputusan periksa teruk. Ibu bapa : “mana keputusan periksa?”
Anda : “Cikgu tak bagi lagi”
5. Sekolah rendah : Ketua kelas tulis nama dan kesalahan di papan putih kat depan.
Sekolah menengah : Ketua kelas buat bising
6. Mak ayah marah
Anda: *Diam*
Mak ayah: “Kenapa diam? Jawab la!”
Anda : *jawab*
Mak ayah: “Eh dah pandai menjawab ye sekarang!”
7. Cara kita berbelanja masa di sekolah :
40% – Kantin
30% – Kedai buku sekolah
20% – Makanan ringan
10% – Kawan ‘pinjam’ sampai sekarang tak bayar balik
8. Selalu minta ‘markah kesian’dengan cikgu
9. 100 meter lumba lari = tak boleh. Lari daripada pengawas/guru disiplin = boleh
10. Lompat tinggi = tak lepas. Panjat pagar = lepas
11. Kutuk orang lain = okay. Masa kena kutuk balik = merajuk
12. Perhimpunan – rasa macam perhimpunan paling panjang, kena dengar ucapan yang langsung tak menarik dan membosankan
13. Ucapan pembuka kata guru besar : “Saya cuma nak ambil sedikit masa untuk berucap”. 30 minit kemudian – “sekian, terima kasih”
14. Pelajar : “Cikgu, soalan apa yang keluar dalam exam?”
Cikgu: “Eh mana boleh bagitau. Tapi bab ni sangat penting ye”
15. Ada 2 jenis merdeka, hanya di sekolah di Malaysia
– 31 Ogos
– Lepas habis paper akhir exam
16. PMR – Straight A’s. Add Maths Tingkatan 4 :
Ujian bulanan 1 – Gagal
Periksa pertengahan tahun – Gagal
Ujian bulanan 2 – Gagal
Periksa akhir tahun – Gagal
17. Anda beli semua buku teks. Kawan-kawan : “Wuiiiishhhhh.. Anak orang kaya”
18. Bila buat homework, mesti siapkan homework cikgu garang dulu.
19. Alasan paling biasa bila homework tak siap – “lupa bawa buku, cikgu”
20. Berharap loceng kecemasan berbunyi bila kelas cikgu yang tak digemari.
21. “Spotcheck!” – cuba sedaya upaya sorok handfon di mana saja yang boleh, termasuk dalam baju dalam
22. Hari terbuka – hari paling di tunggu oleh guru dan ibu bapa, tapi hari paling ditakuti pelajar
23. Bola recycle – dari botol plastik dan tin air gas. Berebut sepak ramai-ramai.
24. Gossip paling kerap :
“Aku tak tau lah apa perasaan awek tu kat dia”
“Aku dengar dia lari ikut boyfriend dia”
“Aku rasa makmal sains tu berhantu lah”
25. Conteng meja sekolah, dan cikgu pula berkali-kali ulang ayat yang sama – “jangan conteng meja”
26. Suka pergi perpustakaan, bukan untuk membaca tapi sebab ada aircond yang sejuk
27. Ternanti-nanti loceng waktu balik berbunyi. Sebaik saja loceng bordering, terus terkam lari keluar tak peduli apa dah.
28. Cara cikgu pandang bila ingatkan cikgu dengan ayat ni – “cikgu, dah habis masa!”
29. Masa paling best bila cikgu cakap – “buat kerja sendiri”
30. Cepat-cepat tuck-in baju bila nampak cikgu disiplin 10 meter di depan.
31. Potong kuku sebelum perhimpunan sebab tak nak kena tangkap kerana “kuku panjang”
32. Hari pertama masuk kelas terus chop tempat paling belakang
33. Rasa tak puas hati bila cikgu pindahkan tempat dari duduk sebelah kawan ke tempat lain.
Dan kini, rasa rindu menjengah di hati bila teringat balik kenangan zaman sekolah kerana ia tak akan berulang lagi. Mungkin ada masanya terasa teruk dengan homework yang banyak, aktiviti koko dan kena study untuk SPM, tapi zaman sekolah adalah antara zaman paling manis dalam hidup

raya EOCM TXC 2015 :)