Minat mengatasi segalanya
Kenapa susah nak faham minat lelaki? betul ke susah nak faham? sebagai lelaki aku rasa kaum lelaki ni spesies yang simple dan paling senang nak difahami berbanding kaum wanita yang lebih kompleks.
Secara umum kaum lelaki lebih mudah untuk lebih memahami kaum mereka sendiri. Lelaki dan wanita nyata dua sifat yang berbeza baik dari segi fizikal dan mentaliti. Wanita yang berlainan gender ini mungkin sukar untuk memahami sikap lelaki.
Sebagai lelaki aku cuba ulas serba sedikit kenapa wanita susah nak faham sifat lelaki. Untuk memahami diri lelaki sebenarnya tidak susah. Malah jika wanita itu bijak, wanita tersebut boleh mengawal lelaki tanpa perlu bersusah payah dan tanpa rasa sakit hati.
Secara jujurnya aku rasa wanita yang cari keyword ini sebenarnya cuba mengawal tindak tanduk lelaki, terutama suami atau teman lelaki mereka. Ini adalah salah satu tindakan daripada wanita yang tidak faham sifat lelaki.
Kamu lelaki secara pukul rata memang tidak suka apabila diri mereka dikongkong. Apatah lagi jika ada wanita yang cuba mengawal diri mereka, seperti melarang keluar malam, lepak dengan kawan atau marah apabila lelaki berbelanja 'make-up' kereta. Makin dilarang makin la kami buat hahaha.
Walaupun bab sifat in agak subjektif, setiap ada perangai dan tabiat tersendiri, hobi dan minat setiap berbeza. Disebabkan minat yang sama juga kaum lelaki boleh bersatu hati. Macam orang yang minat kereta tu, daripada utara boleh turun ke selatan semata-mata untuk 'TT' kelab kereta.
Bagi wanita, ini perkara yang sangat mengarut, sudah kahwin dan ada anak tapi kereta tetap jadi bini no.1. Tak masuk akal bila kaum wanita fikirkan. Ada lelaki lambat matang, jadi bersabarlah duhai wanita.Minat itu mengatsi segalanya.
Jangan sekat dahulu minat mereka, berikan sedikit kelonggaran dengan bersyarat. Sebagai contoh boleh keluar malam, tetapi kenakan syarat balik sebelum pukul 2..hahaha...cuba disiplinkan mereka agar tak jadikan rumah macam hotel dan ingatlah ada isteri dan anak di rumah.Nak senang ikut je sekali.
Wanita juga sebagai isteri cuba merapati sang lelaki, suami sendiri yer bukan suami orang...cuba ambil tahu pasal minat suami kita..jika dia minat kereta cubalah cucuk jarum. Buat-buat minat kereta juga, kalau suami nak pergi berlumba cuba ikut sekali suami tu...hahaha.
Bagi lelaki juga kawan-kawan mereka sangat penting. Kawan call malam buat nak pinjam spanar 10 pun sanggup lagi dia pergi hantar.
Lelaki juga suka wanita yang hormat kepadanya, jadilah isteri yang hormat kepada suami. Akan makin sayang suami anda nanti. Hormat juga ibubapa suami, lagilah suami akan hormat pada isteri, sayang pun bertambah, nanti dapat upah.
Ambil berat, lelaki suka wanita yang ambil berat pasal dirinya. Jangan pula duk timbang kilo suami anda tiap-tiap hari pulak. Lelaki akan lebih menghargai jika ada wanita yang tersangat mengambil berat.
Lelaki ada ego. Memang tak dinafikan. Aku sendiri pun ada ego aku sendiri, dah habis bayar pun ego aku tu. Wanita perlu tahu menjaga dan mengawal ego sang lelaki, perkara yang si dia tidak suka, kalau boleh jangan diusik, bak kata orang sarang tebuan jangan dijolok. Jika terpaksa usik juga, cubalah lakukan dengan cara yang lemah lembut dan jangan terburu-buru.
Bagi aku untuk kenal dan memahami lelaki, suami, wanita perlukan masa. Kenal satu persatu apa jua yang dia diminat, apa yang dia tak suka, dari segenap sudut perlu perhatikan sikap dan sifatnya. Cuba selami hati si dia, cuba baca fikiran seorang lelaki.
Masih tak faham sikap lelaki ke? haaishh susah benar aku nak terangkan. Sebab setiap orang sangat berbeza dan sangat subjektif. Yang sebenarnya lelaki lagi susah nak faham wanita..hahaha..Yang paling penting adalah sebagai pasangan suami isteri..lelaki dan wanita perlu saling memahami antara satu sama lain.
Kna pandai cari isteri
Kna pandai terang plan2 kt isteri
#slmtsptisteriygpaham
#syukur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan