Aku tak paham la jenis dengki mengki ni. Dulu aku tak percaya tapi sejak aku meniaga ni,nak terpejam bijik mata aku. Berat sangat nak bukak. Tapak kosong pun kedekut. Sanggup letak meja kosong semata mata tak nak kasi orang lain/newbie berniaga. Pelik aku. Rasa sedih aku tengok perangai mcm ni. Hati bila hitam macam macam depa sanggup buat. Teringat waktu aku mula meniaga, menagis mengangkut barang cari tempat. Mintak tolong mampuih nak tolong. Takot kurang apa aku pun taktau. Bila orang baru nak cuba berniaga, ada ja mata mata yang kata TIDAK BOLEH NENIAGA. ada yang sanggup tak ambik peduli sebab lantak lah. Aku kalau boleh nak move skrg jugak sebab aku bukan dikalangan mereka. Minda jutawan ni lain tau. Hahahahha...tapi taktau la tolong la doakan aku untuk aku buktikan pada orang diluar sana bahawa berniaga secara hati terbuka amat menyeronokkan. Tambah bila kita dapat sama sama cari rezeki. Rezeki tu datang golek golek melimpah ruah. Tak rugi langsung kalau kita tolong orang lain yang nak berniaga. Minda jutawan dah memang macam ni.
Lagi banyak produk lagi meriah lagi banyak pilihan lagi ramai datang lagi bertambah rezeki.sama sama rasa nikmat Allah sama sama berkerja. Apa yang nak ditakutkan pun aku tak paham.
Aku tahu dalam kalangan follower aku ni ada mata mata yang sentiasa memerhatikan aku di tempat berniaga dan mulut yang menyampai. Tapi aku harap mulut yang menyampai tolong sampaikan bahawa rezeki Allah itu perlu dicari dengan cara yang Allah bagi. Percaya dan yakin. Apa yang membezakan solat anda dan solat orang lain? Kalau sama maka sama la dapat. Kalau lain lain la dapat.
Itu baru kisah tapak/meja kosong. Belom kisah seterusnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan