Khamis, 7 April 2016

Saya boleh ان شآءالله

SAYA ! SAYA ! SAYA ! SAYA ! BUKAN ORANG LAIN!

1. Kejayaan SAYA di masa depan, ditentukan oleh tindakan SAYA sekarang , bukan prestasi SAYA masa lalu.

2. Kecemerlangan dan kesederhanaan atau kegagalan adalah pilihan SAYA. Ya, SAYA sendiri bukannya orang lain.

3. SAYA boleh pilih untuk memalaskan diri dan jadi bodoh atau merajinkan diri dan jadi pandai. Semuanya terletak ke atas SAYA.

4. Ibu bapa, guru dan kawan-kawan hanya boleh membantu, tetapi SAYA yang kena berusaha bersungguh-sungguh.

5. Sama ada SAYA mahu membuka pintu kecemerlangan seluas-luasnya atau tidak, terletak ke atas diri SAYA sendiri.

6. SAYA gagal bukan sebab bodoh tapi sebab melakukan kerja bodoh.

7. SAYA harus pilih kawan yang membantu bukan yang membantutkan SAYA.

8. SAYA  pelajar cemerlang. SAYA akan mencari jalan, SAYA bukan pelajar gagal yang mencari alasan.

9. Selagi SAYA berusaha, selagi itulah SAYA berpeluang untuk berjaya.

10. Tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Lagi banyak SAYA berkorban, maka lagi baiklah peluang SAYA untuk berjaya.

11. Biarlah SAYA sakit untuk mendisiplinkan diri daripada SAYA sakit menyesal.

12. SAYA  adalah :
      Pelajar cemerlang – jika Faham sepenuhnya
      Pelajar sederhana – jika Faham sebahagian sahaja
      Pelajar lemah – jika Banyak yang tak difahami

13. Rahsia kejayaan pelajar:
“SAYA faham apa yang diajar di kelas dan boleh menjawab soalan latihan dibilik ”

14. Tidak ada pelajar bodoh, yang ada hanyalah pelajar malas kerana tidak ada pelajar mengingini untuk jadi bodoh tetapi banyak pelajar mengingini untuk jadi malas.

15. Lebih baik SAYA tidur pada awal malam di bilik, daripada SAYA tidur di dalam kelas di siang hari.

16. Berikan tumpuan dan konsentrasi- JANGAN TIDUR DI DALAM KELAS.

17. SAYA  boleh Tukarkan IMPOSSIBLE kepada I’M POSSIBLE.

18. Salah satu sebab SAYA gagal – SAYA SENDIRI TAK BERI PELUANG KEPADA DIRI SAYA UNTUK BERJAYA. Kenapa? – SAYA TIDAK PERCAYA, TIDAK YAKIN AKAN KEBOLEHAN YANG ADA PADA DIRI SENDIRI.

19. KEPERCAYAAN – Sesuatu perkara yang diterima sebagai benar. Ia mungkin benar, ia mungkin karut ! Ia menjadi benar jika SAYA mempercayainya, WALAUPUN SEBENARNYA IA PERKARA KARUT.

20. SAYA harus mempercayai kebolehan atau kemampuan diri sendiri. Barulah SAYA tidak akan malas.

21. SAYA  mesti berSIKAP POSITIF (YES, I CAN DO IT)
Dan menjauhi SIKAP NEGATIF ( NO, I CAN’T DO IT)

24. SAYA mesti percaya bahawa SAYA akan berjaya jika SAYA mahu berjaya.

25. Minda adalah batasannya. Selagi SAYA dapat membayangkan bahawa SAYA boleh melakukan sesuatu, SAYA mampu melakukannya selagi SAYA mempercayainya 100%.

26. Maksud Hadith
“ Empat perkara yang aku takut berlaku ke atas ummatku”.
Pertama – kuat makan
Kedua – Banyak tidur
Ketiga – Malas
Keempat – Lemah Keyakinan

27. Don’t just talk, DO IT.(Usah bercakap banyak, mengeluh dan dan bising. Tetapi bertindaklah sekarang!)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan