Rabu, 30 November 2022

Wali

 DILEMA SEORANG WALI


Ada orang menuntut ilmu, 100 belajar 10 yang dapat. Ada orang memiliki akal yang baik, 100 belajar 100 dapat.

Ada orang sudah berilmu pandai mengolah ilmu, maka ilmunya bertambah. Maka yang memiliki 100 ilmu tadi jika itu diulang ulangnya tetaplah 100 ilmunya. Jika yang memiliki 10 ilmu tadi pandai mengolah ilmu, maka ilmunya bertambah masa demi masa. Inilah sebabnya terkadang kita bertemu orang yang memiliki PHD tetapi bebal sedang yang rendah kelulusannya terserlah pula pintarnya. Tapi kalau yang ada PHD pandai pula mengolah ilmu, mmm tentulah tip top.


Ada orang yang tak mampu menerima beban ujian Allah dalam hidup, jadilah dia gila dan meroyan. Orang ini disebut gila atau MAJNU.

Secara medical nya, kimia otaknya sudah tidak stabil. Bila dirawat di hospital Tanjung Rambutan, diberi dia Anti Dopamine supaya otaknya boleh berehat. Ada yang kekal MAJNU nya. Ada yang meroyan untuk satu tempoh sahaja. Disangka tingkahlakunya betul padahal dia meroyan. Ada yang jatuh cinta kepada si Laila sampai tak peduli risiko untuk memiliki Laila, jadilah seperti LAILA MAJNU. 


Adapun awal Mukmin menjadi wali, takjublah dia dengan hijab hijab yang terbuka. Ada yang tak mampu akalnya dan emosinya menampung anugerah ilmu yang terbuka itu hingga gila dia. Inilah WALI MAJZUB. Ada yang MAJZUB untuk satu tempoh dan ada yang kekal MAJZUB. Maka ditanya dimana ibnu Mansur al Halaj, dijawabnya ANA AL HAQ . Maka beberapa ulamak sezaman menuduhnya kafir hingga beliau dibunuh atas kekafiran berdasar pakaian syariat. Banyaklah WALI MAJZUB dibunuh pemerintah atau rakan sesama wali lantaran dia menyebut atau mengajar sesuatu yang tak mampu diterima awam seperti Syeikh Siti Jenar. 


Adapun Wali yang diberi kekuatan akal dan emosinya, mampu dia menampung anugerah anugerah rahsia ilmu yang besar besar itu. Namun tetaplah dia menempuh DILEMA WALI  kerana ketinggian ilmu yang dimilikinya. Maka bicaranya itu terkadang menimbulkan takjub terkadang menimbulkan keraguan. Betulkah dia ini atau merapu memandai mandai. 

Itulah ilmu AL SYATAR yang dicampak dalam hatinya seumpama ilmu itu dicampak kedalam hati Adam alaihisalam seumpama dicampak kedalam hati Idris alaihisalam. Dengan 

AL SYATAR itu mampu dia menjadi guru kepada segala ustaz ustazah, segala Qadhi dan segala Mufti. Dengan AL SYATAR itulah mampu dia seiring dengan Professor Professor yang hebat itu dalam bicara dan finding finding nya. 


Ada pun Wali itu ada yang MASYHUR dikenali ramai dan dan ramai yang MASTUR iaitu tersembunyi. Me MASTUR kan dirinya itu perintah Allah pada dirinya lantaran menjaga hatinya dan yang me MASYHUR kan dirinya pun perintah Allah atas dirinya bagi menyelesaikan maslahah umat. 


Al Faqir

Ahad, 27 November 2022

Realiti

 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02VYa6anJEsipZr4k7czU54hXfzgoBchbMRhqVms5qd2HH4nnvsbk442ES4NhHKtbhl&id=679581100&sfnsn=mo&mibextid=RUbZ1f


CATATAN PERIBADI: PROSES PELANTIKAN 

PERDANA MENTERI KE-10


Saya tidak berniat untuk mengungkit apa yang telah berlaku. Bak kata orang, rumah sudah siap, pahat janganlah berbunyi. Biarlah rumah yang sudah siap itu didiami dengan aman oleh penghuninya.


Namun, saya terbaca beberapa tulisan yang tersebar di media sosial yang saya dapati faktanya adalah tidak tepat. Oleh itu, saya berasa terpanggil untuk menjelaskan beberapa fakta tentang apa yang sebenarnya berlaku dalam proses pelantikan Perdana Menteri Ke-10 dari pengalaman dan pengamatan kaca mata saya sendiri. 


Pada 14 November 2022, saya telah dihubungi oleh Speaker Dewan Rakyat yang memaklumkan kepada saya beliau telah dipertanggungjawabkan untuk memudahcara proses pelantikan Perdana Menteri selepas PRU-15. Beliau menjangkakan tiada mana-mana parti yang boleh membentuk kerajaan sendiri dan dengan itu proses rundingan antara parti mesti dilaksanakan untuk memilih Perdana Menteri.


Pada malam 19 November 2022, iaitu malam keputusan PRU 15 diumumkan, Speaker Dewan Rakyat sekali lagi menghubungi saya untuk memaklumkan proses yang telah ditetapkan oleh pihak Istana Negara mengenai pelantikan Perdana Menteri. 


Pada malam itu, SPR mengumumkan Perikatan Nasional (PN) telah memenangi 73 kerusi, tidak termasuk 4 kerusi BERSATU yang ditandingi menggunakan logo GRS di Sabah, yang menjadikan jumlah keseluruhan kerusi yang dimenangi adalah 77 kerusi. Pakatan Harapan (PH) memenangi 82 kerusi dan Barisan Nasional 30 kerusi. Ini menjadikan Tan Sri Muhyiddin antara front runner calon Perdana Menteri.


Pada malam yang sama, saya menerima pesanan menerusi whatsapp daripada Dato’ Seri Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara yang menjelaskan secara terperinci proses pelantikan Perdana Menteri yang mesti dipatuhi. Saya jawab ringkas ucap terima kasih dan mengambil maklum.


Mesej Dato’ Seri Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara ini saya bacakan kepada Tan Sri Muhyiddin untuk makluman beliau. Kandungan mesej inilah yang Tan Sri Muhyiddin sebutkan secara umum semasa beliau membuat sidang media pada awal pagi 20 November 2022 setelah PN disahkan memenangi 73 kerusi Parlimen. Cuma beliau terkhilaf mengatakan telah menerima surat dari Istana Negara. Bukan surat, tetapi mesej whatsapp. 


Pada pagi 20 November 2022, saya menerima sepucuk surat daripada Speaker Dewan Rakyat yang secara rasminya memperincikan proses pelantikan Perdana Menteri. Ketua-Ketua Parti diminta untuk mengemukakan surat sokongan kepada seorang Ahli Dewan Rakyat yang dinamakan sebagai Perdana Menteri Ke-10 dan menyenaraikan Ahli-Ahli Dewan Rakyat dari parti tersebut yang memberikan sokongan. Bagi Ahli Dewan Rakyat bebas, mereka diminta mengemukakan Surat Akuan Berkanun. 


Calon Perdana Menteri pula mesti mengemukakan Surat Akuan Berkanun yang mengesahkan beliau telah mendapat kepercayaan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri dan melampirkan surat dan dokumen yang berkaitan. Semua surat dan dokumen ini mesti dihantar ke Istana Negara melalui emel, fax atau whatsapp sebelum jam 2.00 petang, 21 November 2022.


Pada petang hari yang sama, saya menerima sepucuk surat lagi daripada Speaker Dewan Rakyat yang menghendaki setiap Ahli Dewan Rakyat mengemukakan Surat Akuan Berkanun. Surat daripada Ketua Parti sahaja tidak memadai.


Saya memaklumkan perkara ini kepada Setiausaha Eksekutif PN. Kebetulan Ahli-Ahli Dewan Rakyat PN telah dipanggil untuk berkumpul di Glenmarie Resort, Shah Alam. Pesuruhjaya sumpah telah diatur untuk menyediakan surat-surat akuan berkanun untuk ditandatangani oleh Ahli-Ahli Dewan Rakyat PN.


Pada masa yang sama, 22 Ahli Dewan Rakyat GPS, 6 Ahli Dewan Rakyat GRS dan 1 Ahli Dewan Rakyat KDM yang menyokong TSMY sebagai Perdana Menteri juga telah diminta untuk menandatangani surat akuan. Selain itu, 10 Ahli Dewan Rakyat BN dan 2 Ahli Dewan Rakyat bebas juga turut menandatangani surat akuan secara berasingan.


Saya telah merujuk kepada Speaker Dewan Rakyat mengenai kedudukan Ahli-Ahli Dewan Rakyat BN kerana mereka menandatangani surat akuan tanpa kebenaran daripada parti. Beliau menjelaskan kepada saya bahawa dalam pelantikan Perdana Menteri, Ahli Dewan Rakyat secara individu mempunyai hak di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan untuk memberi kepercayaan kepada seorang Ahli Dewan Rakyat lain untuk dilantik sebagai Perdana Menteri. Kebenaran parti tidak diperlukan.


Saya juga ditunjukkan Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 yang mengesahkan bahawa tindakan seorang Ahli Dewan Rakyat yang bertentangan dengan arahan parti politik tidak dianggap bertukar parti dan beliau tidak terhenti daripada menjadi Ahli Dewan Rakyat.


Maka, surat akuan yang ditandatangani oleh 10 Ahli Dewan Rakyat BN itu adalah sah di sisi Perlembagaan Persekutuan.


Pada pagi 21 November 2022, sudah terkumpul 114 Surat Akuan Berkanun Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin untuk dilantik sebagai Perdana Menteri. Staf Ibu Pejabat PN menyusun semua dokumen ini dan membuat semakan akhir di hadapan saya. Pada pukul 1.28 petang, Setiausaha Eksekutif PN telah menghantar semua dokumen ini ke Istana Negara menerusi emel dan whatsapp. 


Berdasarkan maklumat awal yang saya terima daripada pihak Istana Negara, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) dijangka membuat semakan dokumen-dokumen yang dihantar pada jam 2.30 petang dan jika baginda berpuas hati, majlis mengangkat sumpah Perdana Menteri Ke-10 akan diadakan pada jam 4.00 petang hari yang sama.


Pada masa itu, saya hampir pasti Tan Sri Muhyiddin akan dipanggil mengadap untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10.


Namun, lebih kurang jam 1.30 petang saya mendengar pengumuman mengenai pelanjutan tempoh masa penyerahan dokumen-dokumen tersebut ke Istana Negara sehingga jam 2.00 petang keesokannya, iaitu penangguhan selama 24 jam. 


Sebelum itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa orang pimpinan PH telah pergi ke Hotel Seri Pacific di mana Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi BN, dan Ahli-Ahli Dewan Rakyat BN berkumpul. Susulan pertemuan itu, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Sementara telah membuat kenyataan media meminta pelanjutan masa penyerahan dokumen-dokumen yang berkaitan ke Istana Negara. Perdana Menteri Sementara juga dilaporkan oleh media telah mengadap YDPA pada petang itu.


Selepas itu, saya mendengar khabar angin bahawa 10 Ahli Dewan Rakyat BN telah diarah untuk menandatangi surat menarik balik sokongan mereka kepada Tan Sri Muhyiddin. Namun, saya diberitahu mereka masih ‘intact’ menyokong Tan Sri Muhyiddin. Sekiranya mereka dipanggil mengadap oleh YDPA, mereka akan menyembah maklum kepada YDPA bahawa mereka menyokong Tan Sri Muhyiddin.


Ini kerana mereka sedar bahawa jika mereka menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan Pakatan Harapan menjadi kerajaan, mereka akan ditolak oleh akar umbi UMNO sendiri.


Mendengar penjelasan ini, saya percaya bahawa pada ketika itu Tan Sri Muhyiddin masih mempunyai sokongan majoriti, walaupun ada khabar angin sebaliknya.


Keesokannya, PN menghantar satu lagi surat akuan ke Istana Negara menjadikan jumlah keseluruhan surat akuan 115.


Dalam perkembangan yang lain, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Setiausaha Agung BN, menghantar pesanan whatsapp ringkas “salam” kepada saya pada jam 12 pagi, 21 November 2022. Saya tidak membaca pesanan ini kerana mungkin telah tertidur.


Pada tengahari 21 November 2022, SUA BN menghubungi saya memberitahu bahawa wakil-wakil BN ingin berjumpa dengan Tan Sri Muhyiddin dan wakil-wakil PN di Hotel Seri Pacific. Tujuannya ialah untuk mendengar apa tawaran PN kepada BN jika BN bersetuju membentuk kerajaan bersama PN. BN telah pun mendengar tawaran PH. 


Saya bertanya SUA BN adakah hal mengenai kes mahkamah Presiden UMNO akan dibincangkan. Beliau jawab tidak. Saya beritahu SUA BN yang saya akan merujuk perkara ini kepada Majlis Tertinggi PN. 


Pada malam 21 November 2022, saya menerima panggilan telefon daripada Setiausaha Agung PAS yang menyampaikan pesanan Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) supaya perjumpaan dengan wakil-wakil BN disegerakan. Lalu saya menghantar pesanan whatsapp kepada Tan Sri Muhyiddin menyampaikan pesanan TGHH. Beliau membaca mesej saya pada jam 6.30 pagi keesokannya dan membalas ringkas “Boleh jumpa”. 


Saya terus menghantar mesej kepada SUA BN memaklumkan Tan Sri Muhyiddin sedia berjumpa pada tengahari. Perjumpaan ini diminta diadakan di “neutral ground”. Masa yang ditetapkan ialah jam 1.00 tengahari dan kemudiannya atas sebab tertentu ditunda ke jam 3.00 petang.


Lebih kurang jam 2.30 petang, Setiausaha Sulit Kanan Kepada YDPA menghubungi saya memaklumkan Tan Sri Muhyiddin dititah mengadap pada jam 4.15 petang di Istana Negara. Lalu saya menghubungi SUA BN memaklumkan pertemuan pada jam 3.00 petang terpaksa ditunda ke suatu masa lain.


Dalam sesi mengadap yang turut dihadiri oleh TGHH, Tan Sri Muhyiddin diberitahu bahawa beliau tidak memperolehi sokongan majoriti. Dikatakan 10 Ahli Dewan Rakyat BN telah menarik balik sokongan kepada beliau. Pengerusi BN sebaliknya telah menghantar surat kepada YDPA menyatakan 30 Ahli Dewan Rakyat BN menyokong DSAI sebagai PM.  Namun tiada Surat Akuan Berkanun yang dikemukakan seperti yang ditetapkan oleh pihak Istana Negara. 


DSAI dikatakan  mempunyai 86 surat akuan berkanun yang menyokong beliau menjadi Perdana Menteri, sementara Tan Sri Muhyiddin mempunyai 105 surat akuan berkanun (setelah ditolak 10 yang dikatakan telah tarik balik sokongan). 


Oleh kerana terdapat keraguan, Tan Sri Muhyiddin mencadangkan supaya Istana Negara memanggil 10 orang Ahli Dewan Rakyat BN tersebut untuk mengadap YDPA bagi mengesahkan apa pendirian mereka yang sebenarnya. Ini juga kaedah yang sering digunapakai untuk memastikan seorang calon Perdana Menteri mempunyai sokongan majoriti jika terdapat keraguan. Cadangan ini diperkenankan oleh YDPA.


Tan Sri Muhyiddin kemudiannya dikemukakan dengan cadangan pembentukan Kerajaan Perpaduan dengan Pakatan Harapan. Beliau menyembah maklum kepada YDPA bahawa kerjasama dengan PH adalah bertentangan dengan dasar PN dan mandat pengundi. Oleh itu, beliau tidak boleh bersetuju dengan cadangan tersebut. Pendirian ini turut dipersetujui oleh TGHH.


Tan Sri Muhyiddin juga diberitahu bahawa DSAI juga berada di Istana Negara dan perancangannya ialah selepas itu akan diadakan perbincangan antara beliau dan DSAI. Tetapi oleh kerana Tan Sri Muhyiddin tidak  bersetuju dengan cadangan tersebut, beliau telah meminta izin daripada YDPA untuk beredar dari Istana Negara dan pulang ke rumah. 


Sebelum beredar, Tan Sri Muhyiddin telah diminta menandatangani perjanjian "Kerajaan Perpaduan" yang antara kandungannya ialah penggiliran jawatan Perdana Menteri. Beliau menurunkan tandatangan dan menyatakan tidak bersetuju.


Pada petang itu, Istana Negara mengeluarkan kenyataan 30 Ahli Dewan Rakyat BN dititah mengadap pada jam 10 pagi keesokannya. Pada masa ini saya masih menaruh harapan bahawa Tan Sri Muhyiddin boleh mendapat sokongan majoriti sekiranya benar Ahli-Ahli Dewan Rakyat BN menyembah maklum kepada YDPA bahawa mereka sebenarnya menyokong Tan Sri Muhyiddin. 


Pada malam 22 November 2022, telah diatur pertemuan antara wakil-wakil PN dan wakil-wakil BN di Hotel St Regis Kuala Lumpur. Wakil-wakil PN yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin telah menunggu, tetapi wakil-wakil BN tidak kunjung tiba. Rupa-rupanya ada “miscommunication”.


Saya hubungi semula SUA BN pada malam itu dan dicadangkan pertemuan dengan wakil-wakil BN diadakan pada jam 10 pagi keesokannya. Saya bertanya bukankah Ahli-Ahli Dewan Rakyat BN dititah mengadap pada masa yang sama? Saya diberitahu BN telah memohon supaya sesi mengadap tersebut ditangguhkan.


Pada pagi keesokannya, saya dimaklumkan oleh SUA BN bahawa perjumpaan dengan wakil-wakil BN terpaksa ditangguhkan ke jam 3.00 petang. Ini kerana beberapa wakil BN yang terlibat dalam perbincangan dengan PN dititah mengadap YDPA pada jam 10.00 pagi.


Turut dipanggil mengadap pagi itu ialah wakil-wakil GPS. YB Datuk Seri Fadzillah yang mewakili GPS membuat kenyataan selepas sesi mengadap tersebut bahawa GPS kekal menyokong TSMY, tetapi menyerahkan kepada budibicara YDPA untuk membuat keputusan mengenai siapa yang diperkenankan oleh baginda untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.


Dalam perbincangan dengan wakil-wakil BN yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi BN (Pengerusi BN tidak hadir) pada petang 23 November 2022, BN telah mengemukakan beberapa pernyataan hasrat berhubung cadangan kerjasama dengan PN. Pernyataan hasrat ini berkisar tentang jawatan-jawatan di dalam kabinet termasuk Timbalan Perdana Menteri, pelantikan senator, ahli-ahli lembaga pengarah GLC dan badan-badan berkanun serta beberapa perkara lain berhubung kerjasama dalam pilihan raya negeri.


Tan Sri Muhyiddin memberi respon bahawa PN secara dasarnya bersetuju untuk mempertimbangkan jawatan-jawatan tersebut dengan beberapa cadangan balas. Secara berseloroh, Tan Sri Muhyiddin mengingatkan mereka bahawa semasa beliau menjadi Perdana Menteri, beliau sendiri menjemput pimpinan MCA dan MIC untuk berada di dalam kabinet, walaupun nama mereka tiada di dalam senarai. Malah, jawatan TPM dan PM juga selepas itu diberikan kepada UMNO. Perbincangan berlangsung dalam suasana yang mesra dan nampak positif.


Timbalan Pengerusi BN memaklumkan bahawa beliau akan melaporkan hasil perbincangan ini dalam Mesyuarat MKT UMNO pada sebelah malamnya. Lanjutan daripada perbincangan ini, SUA PN telah menulis sepucuk surat kepada Timbalan Pengerusi BN menyatakan beberapa cadangan balas PN yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut untuk dipertimbangkan oleh MKT UMNO dan MT BN.


Namun, pada malam 23 November 2022, SUA UMNO telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai keputusan MKT UMNO yang bersetuju untuk membentuk Kerajaan Perpaduan TANPA PERIKATAN NASIONAL. Ini bermakna, UMNO telah membuat keputusan untuk menyertai kerajaan yang diterajui oleh PH. Mengikut kefahaman saya, Ahli-Ahli Dewan Rakyat dari parti UMNO mestilah terlebih dahulu menyokong DSAI sebagai Perdana Menteri, barulah “Kerajaan Perpaduan” yang diterajui oleh PH boleh ditubuhkan. Saya tidak pasti samada mereka menandatangani apa-apa surat akuan berkanun menyokong DSAI sebagai Perdana Menteri seperti yang ditetapkan ke atas Tan Sri Muhyiddin.


Keesokannya, Majlis Raja-Raja mengadakan perbincangan di Istana Negara. Hasil perbincangan tersebut, DSAI telah diperkenankan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10. 


Inilah catatan peristiwa daripada pengalaman dan pengamatan saya secara peribadi yang terlibat secara langsung di pihak PN dalam proses pelantikan Perdana Menteri Malaysia Ke-10. 


Mudah-mudahan pahat tidak lagi berbunyi. Mudah-mudahan tuduhan-tuduhan yang mengatakan Tan Sri Muhyiddin derhaka, sombong dan tidak mahu berunding tidak kedengaran lagi. Mudah-mudahan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menjalankan tugasnya dengan penuh berintegriti dan bertanggungjawab menggendong amanah agama, bangsa dan negara. 


Kami telah melakukan yang sehabis baik mengikut peraturan dan kehendak Perlembagaan Persekutuan dalam melengkapkan proses pelantikan Perdana Menteri Ke-10 sepertimana yang ditetapkan oleh pihak Istana Negara.


Berbekalkan tawakkal dan sangka baik, kami reda.

Sabtu, 26 November 2022

Nikah

 HALALKAN ATAU LEPASKAN ?


Jika benar sayang halalkan,
Jika hadir untuk suka-suka sebaiknya lepaskan,
Perasaan wanita bukan untuk dipermainkan,
Setelah harapan yang kau berikan,
Apa lagi yang perlu dia pertahankan.

Dia penat cintanya tidak dihargai,
Dia sudah tawar hati bahkan dengan semua lelaki,
Cukup sampai di sini kau mengkhianati,
Cinta dia bukan untuk ajnabi lagi,
Cukup lah dia menjaga cinta Ilahi.

🍁❤️🍁❤️🍁❤️🍁

Jumaat, 25 November 2022

No dap


Bukan mahu derhaka kepada YDPA...


Tetapi pimpinan PAS seharusnya menolak sekeras-kerasnya jika Anwar mahu mempelawa PAS untuk membentuk Kabinet "perpaduan" bersama DAP...


Ini jelas agenda Anwar Ibrahim yang di rancang secara licik, menggunakan bantuan kuasa luar, kononnya Anwar akan "memulihkan" ekonomi negara...


Pasaran saham yang terus "melonjak" naik sejurus Anwar di lantik PM ke-10, adalah bukti di belakang Anwar terdapat "The Hidden Hand" yang bakal "menaikkan" ekonomi negara...


Sedangkan seluruh dunia telah "meramal" akan kejatuhan ekonomi yang teruk pada tahun 2023...


Dan yang "meramal" juga merupakan kumpulan yang sama akan menaikkan kembali ekonomi jika "boneka" mereka berjaya berkuasa di sesebuah negara...


Sebenarnya, semasa "Krisis Ekonomi 1997" berlaku, Bank Dunia dan IMF telah cuba menguasai ekonomi negara dengan cara menjatuhkan nilai ringgit...


Anwar yang di lantik sebagai Ketua Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia beberapa bulan sebelum krisis 1997 bermula, di percayai telah di rancang untuk menjatuhkan Mahathir ketika itu...


Spekulator matawang berbangsa Yahudi, George Soros bertanggungjawab kepada kejatuhan nilai ringgit, sebelum berjaya di gagalkan Mahathir dengan menambat  ringgit... 


DAP dan Anwar sebenarnya dalam keadaan terdesak selepas PRU 15 apabila "gelombang hijau" menerjah ke segenap negara kecuali Negeri Sembilan...


PRK Padang Serai di Kedah pada 7 Disember 2022 nanti bakal "melengkapkan" penguasaan PAS dengan menyapu bersih kesemua kerusi di Kelantan, Terengganu serta Kedah...


30 kerusi BN PRU 15 bakal berpindah kepada PAS pada PRU 16 nanti, selepas menyaksikan sendiri kebenaran amaran Haji Hadi mengenai hubungan Anwar dan Zahid dalam membentuk "Jajaran Baharu" bersama DAP...


DAP jelas sebuah parti yang amat rasis, terbukti dengan tertangkapnya "Superman Hew" di Pahang oleh PDRM...


Malah beberapa penyokong DAP juga telah di tahan PDRM kerana menghina YDPA...


Insha Allah, dengan 73 kerusi PN yang baru sahaja di menangi PRU 15 serta 30 lagi kawasan Parlimen BN yang akan menolak "Jajaran Baharu"...


Berjumlah 103 kerusi, belum lagi termasuk GPS dan GRS yang akan menyertai gabungan terbesar dari Semenanjung pada PRU 16 nanti, insha Allah...


DAP dan Anwar mungkin akan berkelakuan "baik" sementara, tidak seperti selepas PRU 14, kerana sedar kebangkitan "gelombang hijau" sedang berlangsung... 


Tidak di nafikan blok PH yang terbesar dengan 82 kerusi, namun jelas DAP yang dominan dengan 40 kerusi, dan bukannya PKR... 


PN telah mendapat sokongan majoriti bangsa Melayu dengan lebih 4 juta undi dari Semenanjung sahaja... 


Sedangkan 5 juta undi PH adalah termasuk beberapa kerusi yang di menangi DAP di Sarawak serta Sabah... 


5 juta undi PH juga hanyalah 39 peratus dari 20 juta keseluruhan undi pada PRU 15, manakala PN pula 34 peratus dan BN 24 peratus... 


Malah jika di campur undi PN sebanyak 4 juta serta BN berjumlah 3 juta, yang berjumlah lebih dari 7 juta yang menolak PH... 


Adalah jauh lebih tinggi dari angka 5 juta undi PH pada PRU 15 baru-baru ini...


Namun umat Islam jangan sesekali tertipu dengan mereka yang kononnya mendapat "mandat rakyat"... 


PAP di Singapura akan berkuasa tanpa boleh di gugat lagi, walaupun tewas undi popular... 


Ini adalah kerana PAP telah mencipta sistem GRC, iaitu sebuah sistem yang membolehkan... 


Parti pemerintah menambah kerusi Parlimen pada setiap kali PRU, di mana-mana kawasan yang mereka yakin menang... 


Ini terbukti "berjaya" apabila pada PRU 2020 Singapura, parti PAP memenangi sehingga 83 dari keseluruhan 101 kerusi Parlimen... 


Walaupun PAP hanya memperoleh 60 peratus undi dari rakyat Singapura... 


Natijahnya, ratusan masjid serta surau di Singapura di larang untuk melaungkan Azan menggunakan pembesar suara luar masjid... 


Ingat ya, Majlis Raja-Raja serta YDPA tidak berkuasa mutlak di peringkat Persekutuan...


9 Raja-Raja Melayu di Malaysia hanya berkuasa mutlak di jajahan negeri masing-masing... 


Takbir! 


Na'udzubillahiminzalik. Wallahua'lam. Allahu Akbar.


#MalayanCyberForces #banjirkonspirasi #kobidkonspirasi

@MalayanCyberForces

Khamis, 24 November 2022

Sedekah

 Aku dah janji dengan anak-anak nak off HP. Tapi aku mintak izin sekejap kat deme nak menaip ni. Sebab cerita ni, betul-betul buat aku meremang bulu roma. Subhanallah.


Semalam, aku hantar rambutan pada kawan lama. Orang kampung jugak, cuma dah duduk di Seri Iskandar. Kawan ni buat catering. Takde kedai pun, semua beroperasi dari rumah. Kalau tengok dapur rumah dia pun, besar dari ruang tamu rumah aku hahaha. Sebab memang meniaga makanan kan.


Semalam masa aku hantar buah rambutan, aku cuma mintak dia doakan untuk arwah ayah, dan doakan untuk mama jugak. Lepas tu kami sembang la, lama jugak. Dia tanya pasal aku, aku tanya pasal dia. Terkeluarla cerita yang dia dah lama tak dapat order. Berbulan-bulan dah. Mungkin yang tak jadi susah sangat, sebab hidup takde hutang. So komitmen bulanan hanya diri dan anak-anak. Suami dia kerja sama-sama dengan dia la buat katering tu.


Dah usaha macam-macam. Buat lauk siap, buat nasi lemak meniaga tepi jalan, macam-macam la. Tapi macam so so je. 


Dia yang aku kenal, bukan jenis orang merungut. Apa ada je dalam hidup. Dan sejak dulu orangnya suka bersedekah. Aku rasa sebab tu dari dulu rezekinya murah. 


Aku pulak cerita kat dia yang aku tengah sakit, tak boleh nak bekerja. Dan rasa bertambah pedih bila orang kata macam-macam. Even hal ambik rambutan pun ada yang pertikaikan. Saja meluahkan kat dia. 


Dia cakap, rezeki Allah tak pernah salah alamat. Tak cepat dan tak lambat. Allah bagi pada masa DIA tahu kita perlu. Kena percaya kat Allah. Jangan sesekali letak percaya kalau kita kerja, dapatlah rezeki. Walhal kerja tu usaha kita je. Ada orang, tak nampak pun dia kerja. Duk pegi berdakwah sana sini tanpa gaji. Tapi tu la kalau nak cerita rezeki ni, Allah bagi cukup je. Part ni kena betulkan iman katanya. 


Aku pun terubat la sikit hati. 


Masa aku nak balik, dia hulur duit dalam genggaman aku waktu bersalam tu. Yang tahu dan kenal aku, mesti tau macam mana susahnya aku nak ambik duit orang bagi ni. Bukan sombong, wallahi tidak. Tapi aku segan, segan teramat. Bertolak-tolak la kami semalam. 


Aku tak sampai hati nak ambik sebab dia pun struggle takde job. Aku cakap la, ekonomi makin mencabar. Simpan la duit tu untuk sesak-sesak. Sungguh, aku tak gamak nak ambik. Sebab sekarang ni semua sedang berjimat menyimpan untuk hadapi krisis ekonomi. 


Tapi jawapan dia tu betul-betul buat aku rasa terpukul. 


"Jangan percaya la macam tu. Duit yang kita simpan tu bukan hak kita. Takkan jadi hak kita pun. Ni yang akak sedekah ni la hak akak. Hak di sisi Allah. Ambik la, akak dah niat. Allah tu baik Pawan. Subuh tadi akak tiba-tiba teringin sangat nak makan rambutan. Ni malam ni Allah hantar ha, melalui Pawan. Malu akak nak berkira bab duit ni, macam berkira dengan Allah."


Allah, tak sedar airmata aku menitik. Sebak dengan tingginya keyakinan dia pada Allah, yang aku pun belum ada sampai tahap tu. Sebak sebab aku ni memang susah nak jumpa orang. Tak suka, tak selesa, nak nak lagi bila tengah sakit. Tapi memang Allah detikkan hati aku dengan nama dia. Terus call terus ke rumah dia. Allah jumpakan aku dengan dia untuk aku belajar nak balik pada Tuhan. Aku akui, bila sakit ni, mudah tersasar. Dan Allah tarik aku balik pada DIA dengan cara macam ni.  Allahuakbar. 


Detik hati kita ni dalam aturan DIA kan. Sebab tu rasa sebak sangat-sangat. Aku ambik duit yang dia bagi. Aku pun kena belajar menerima.


Dan......


Kejap ni dia call aku. Call pasal dah whatsapp ada satu tick je katanya hahaha. Aku off data kan, memang tak masuk la whatsapp. So dia call.


Dia suruh aku teka. Aku jawab tak tau, taknak teka sebab aku tak suka teka teki hahaha.


Dia menangis dan cakap, "Wan, akak dapat 3 job katering Wan. 3-3 berlainan tarikh, jadi akak boleh ambik semua job tu. Ada orang kawen, ada orang bersunat. Job besar Wan. Alhamdulillah.."


Memang meremang bulu roma aku. Meremang sampai saat aku menaip ni. Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.


Moga Allah terus limpahkan rezeki untuk akak Y. Kurniakan dia kesihatan dan kekuatan untuk menunaikan amanah orang nanti. InsyaAllah.

Selasa, 22 November 2022

Bersatu

 *AMARAN ALMARHUM PAKSU MID APABILA MELAYU BERPECAH BELAH*


" Apabila Cina Malaysia bergabung dengan Cina Negara China, India Malaysia bergabung dengan India Negara India, pencak silat sudah tidak berguna lagi. " Paksu Mid


Sebenarnya kita tidak perlu risau pun dengan saudara kita yang berlainan bangsa kerana kita ada Raja-Raja Melayu, Perdana Menteri Melayu, Ketua Hakim Negara Melayu, Ketua Polis Negara Melayu, Ketua Pengarah SPRM Melayu, Menteri dan Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan banyak di kalangan orang Melayu bahkan kita juga ada  Rejimen Askar Melayu DiRaja. Apa yang perlu kita risaukan adalah PERPECAHAN MELAYU yang kian meruncing. Baik dari segi fahaman agama mahupun politik. 


Saudara kita yang berbangsa lain pun tidak pernah berbincang dengan Tuhan untuk dilahirkan sebagai Cina atau India. Dalam 10 orang Cina, hanya 3 orang saja yang minat dengan politik selebihnya minat berniaga berbanding dengan orang Melayu yang rata-rata sangat minat dengan dunia politik. Begitu juga dalam 10 orang kaum cina, mungkin seorang saja yang melancong ke tempat asal nenek moyang mereka di Negara China.


Kaum cina sekarang sudah tidak berani lagi mengangkat senjata melawan Melayu sejak peristiwa 13 Mei. Nenek moyang aku sendiri Nik Man adalah salah seorang Ketua Gerila yang berperang dengan komunis. Semasa ditangkap oleh komunis dan dibawa ke Pulau Pinang untuk bertemu Chin Peng. beliau berkata..


" Hang raja di pekan, aku raja di hutan! " Nik Man


Seraya berkata beliau menyigung kepala kedua orang komunis yang berada di kiri dan kanannya sehingga pecah kepala, menggelupur dan mati dengan serta merta. Di tampar pula meja batu Chin Peng sehingga terbelah dua.


" Kepala hang keras ka meja batu ni yang keras ? " Nik Man.


Beliau juga telah dibawa oleh British ke England dan dijanjikan dengan pelbagai hadiah sekiranya bersetuju membantu mereka menentang penjajahan Jepun. Berkata Almarhum Nik Man kepada Jeneral British. 


" Aku memperjuangkan agama dan bangsaku. Buat apa semua tu. Dunia ini hanya 12 jam malam, 12 jam siang " Nik Man 


Berbeza dengan pemimpin sekarang yang lebih memperjuangkan kuasa dan temolok sendiri. Menurut moyang aku lagi, kaum penentang cina pada peristiwa 13 Mei menyerah kalah dengan Melayu secara tiba-tiba kerana menuruti pesanan dari Tok Sami terbesar di Bangkok.


" Kalau hangpa nak bunuh semua orang Melayu, 44 hari 44 malam pun tak akan habis. Tapi kalau Melayu nak bunuh hangpa semua seluruh Malaysia cukup dengan hanya satu malam saja. Hangpa kena kuasai Melayu dengan membeli tanah-tanah mereka. " Tok Sami


Paksu sendiri pernah menceritakan pada aku bagaimana dia dan 5 orang sahabat membantai penentang kaum cina pada peristiwa 13 Mei dengan amat dahsyat. Penentang cina lari lintang pukang apabila melihat Paksu dan sahabatnya meredah api di dalam kebakaran sebuah rumah cina tanpa mengalami sebarang kecederaan walau sedikit pun.


Berbalik kepada berita panas rancangan BN bergabung dengan PH untuk membentuk sebuah kerajaan, tidak salah jika musuh dijadikan kawan asal kita kenal siapa musuh kita dan sedar dengan kemampuan diri sendiri. 


Siapa saja yang diberi peluang membentuk kerajaan, inilah masa yang sesuai untuk kita yakinkan kepada musuh politik bahawa mereka akan rugi apabila menyerang Melayu Islam. Buatlah perjanjian yang baik dengan membela nasib agama dan bangsa. Perkataan racist dibuang jauh-jauh kerana kita semua perlu hidup harmoni di atas bumi yang bertuah ini.


Pada pandangan aku juga, tindakan drastik DS Zahid bergabung dengan PH yang ditentang keras oleh UMNO, mungkin beliau seolah-olah berfikiran bahawa orang yang sedang lemas di lautan, tidak akan pernah berfikir siapa yang akan menyelamatkan dirinya walau dari kapal musuh sekalipun. 


Hendak menjaga maruah bukan perlu mati dibaham jerung. Tetapi pejuang itu sendiri kena terus kekal hidup untuk menang dalam perlawanan dengan mengatur strategy yang lebih jitu dan mempelajari dari kesilapan sendiri.


Biar kerja lambat asal dibuat hanya sekali, dari kerja yang cepat tapi dibuat berkali-kali.

.

FB : TA Kai

.

Penamat

 Ini jawapannya.. 


Saya mulakan dgn Bismillahhirrahma nirrahim


30 nombor keramat, 30 nombor yg diangkat diatas.. pusinglah ikut mana pun tanpa 30 ni, mana2 gabungan gabungan tidak akan boleh menubuh kerajaan tanpa nya..


30 adalah bilangan juzuk Kitab Suci Al Quran.. 

Allah dah bagi petunjuk kepada kita disitu, tanpa 30 ni, tiada siapa boleh menubuhkan kerajaan.. kena igt, kerajaan yg nak ditubuhkan mestilah ada 30 ni, maksud yg tersiratnya, mestilah berpandukan Al Quran dan Sunnah...


82 adalah nombor pemati, 

sama juga dgn 73, nombor pemati/penghabisan.. 


8+2 =10 

7+3 =10

Sama..!!!


10 tidak cukup bilangan atau tidak sah utk satu2 jemaah utk mendirikan solat Jumaat.

Adanya 30 lg barulah menjadikan 40 yg menjadi sahnya satu2 jemaah solat Jumaat..


GPS + GRS = 28

2+8 = 10

Juga sama..!!!


Lihatlah, betapa terjadinya semua ini bukan sia sia..!!! Semuanya ada rahsia yg tersirat.. 


Semua ini hanya boleh dilihat dgn matahati dan bukan dari mata biasa... Namun, siapalah sy utk org nak percaya apa yg sy katakan semua ini...?


Renung renungkan...


PH 82, 

8 + 2 = 10


PH 73, 

7 + 3 = 10


GRS + GPS 28, 

2 + 8 = 10


Kenapa semua ni jadi 10..???


Allah dah turunkan petunjuk lagi disitu ,

10 itu membawa maksud penamat, penghabisan,

10 jari.. 

bermaaf maafan dan berdamailah kalian semua dari tipu daya, fitnah memfinah, tuduh menuduh sesama bangsa dan agama.. 


Kembalilah kepada 30, Al Quran dan Sunnah kerana nabi tak ajar cara berpolitik seperti mereka semua sedang amalkan sekarang ni.. 


Kesemua angka2 ni petunjuk dari Allah klau kita perhalusi..

 Walhualambissawab...

Isnin, 21 November 2022

Othman wok

 *ZAHID HAMIDI BAKAL IKUT LANGKAH OTHMAN WOK ???*



OTHMAN WOK : Pengkhianat Bangsa Melayu Singapura.


Semoga kita tidak mati dalam kehinaan, kerana kuasa politik orang Cina, Singapura terpaksa dipisahkan dari Malaysia. Dan Othman Wok adalah dalang yang paling banyak membantu mempengaruhi orang Melayu Singapura yang kemudiannya dijadikan menteri dalam kerajaan regim Lee Kuan Yew sebagai ganjaran.


Ketika itu UMNO tewas dikesemua kerusi di Singapura. Kerana peranan pengkhianat Othman Wok yang mirip seperti yang sedang Anwar lakukan iaitu memperdaya orang Melayu supaya memberi undi kepada sekutu kuasa politik kepada orang Cina.


Singapura wujud sehingga kini sebagai pengajaran kepada orang Melayu agar peristiwa yang pahit kehilangan sebuah negeri dahulu tidak berulang lagi. Namun sayang hanya sebilangan sahaja yang benar2 mahu mengambil pelajaran. Ini bukan soal rasuah atau kronisme. Ini adalah soal mempertahankan legasi nenek moyang kita. 


Pada awal 70'an, Lee Kuan Yew telah mencadangkan agar semua jenazah orang Islam Singapura dibakar kerana kawasan kuburan sangat terhad. Pengkhianat Othman Wok yang juga menteri ketika itu yang mewakili orang Melayu membuktikan ketaatannya dengan menyokong pendirian Lee Kuan Yew itu sehingga mencetuskan bantahan MUIS dan seluruh masyarakat Islam.


Sikap yang ditunjukkan oleh Othman Wok saling tak tumpah dengan apa yang ditunjukkan oleh sebilangan pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan yang sentiasa akur dengan kehendak DAP sebagai kata pemutus muktamad. 


ADAKAH KITA MASIH LAGI BOLEH DIPERBODOHKAN DAN MENERIMA MELAYU SEPERTI OTHMAN WOK SEBAGAI PEMIMPIN KITA?


MANUSIA PENGKHIANAT YANG BERNAMA OTHMAN WOK


Othman Wok adalah bekas Menteri Sosial dan Ahli Parlimen PAP yang mewakili Kawasan Pasir Panjang antara tahun 1963 dan 1977. Di awal kerjayanya dia adalah seorang tokoh wartawan Bahasa Melayu yang kemudiannya menjadi Timbalan Editor akhbar berbahasa Melayu, Utusan Melayu Singapura.


Beliau menyertai PAP selepas beberapa hari sahaja penubuhannya pada tahun 1954. Ketika itu beliau percaya pada hak samarata dan dasar multi-perkauman dan anti kepada Raja-raja Melayu (sama seperti apa yang sekarang ini PKR sedang perjuangkan). Ketika itu beliau banyak membantu melalui penulisan mengenai penubuhan negara multi-perkauman dan hak samarata serta dasar anti Raja-raja Melayu di dalam akhbar "Petir" sebuah suratkhabar berbahasa Melayu keluaran Parti PAP (sama seperti akhbar tabloid "Keadilan"). 


Selepas itu beliau dipilih sebagai salah seorang ahli Dewan Editorial buletin Petir dan dalam masa yang sama juga seorang lagi pemimpin tertinggi PAP iaitu Ahmad Ibrahim menjemput dia untuk menjadi Ketua Cawangan PAP Geylang Serai/ Tampines pada tahun 1959.


Othman Wok adalah seorang penyokong kuat Lee Kuan Yew dan dia-lah orangnya yang kerap kali lantang menentang perlaksanaan Hak-hak Keistimewaan Orang Melayu. Setiap kali dia berceramah, setiap kali itu juga dia akan mengatakan yang Hak-hak Keistimewaan Orang Melayu dan Raja-raja Melayu ini hanyalah retorik dan mainan Tunku. Kononnya Tunku ada agenda lain, iaitu untuk merampas tanah orang Melayu di Singapura. Beliau juga mendakwa rusuhan kaum yang terjadi pada Julai 1964 telah dirancang oleh UMNO dan Tunku-lah dalangnya. Beliau amat gembira tentang berita pemisahan Singapura daripada Malaysia dan ada juga yang mengatakan yang beliau-lah yang menulis skrip temuramah BBC dengan Lee Kuan Yew sewaktu malam terpisahnya Singapura dari Malaysia, yang mana ketika itu Lee Kuan Yew menangis tersedu-sedu kononnya terlalu sedih dengan terkeluarnya Singapura dari Malaysia, padahal itu semua skrip yang dikarang oleh Othman Wok semata-mata untuk mengaburi orang Melayu supaya berasa simpati dengan Lee Kuan Yew dan membenci Tunku.


Sehingga hari ini Othman Wok masih dianggap sebagai pengkhianat Melayu oleh kebanyakan orang Melayu Singapura, kerana hasutan dia-lah, Lee Kuan Yew mengharamkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS aka UMNO Singapura) salah satu sayap UMNO di Singapura. Dia bersama-sama dengan berberapa pemimpin sayap Melayu dalam PAP antaranya Ishak Rahim, Rahmat kenap, Ariff Suradi, Buang Omar Junid, Mahmud Awang dan Yaacob Mohamed turun ke kampung-kampung orang Melayu dan menghasut orang Melayu supaya membenci UMNO dan Tunku. 


Pada tahun 1959, dia bertanding menjadi calon untuk PAP di kawasan Majlis Bandaran bagi kawasan Kampung Kembangan berlawan dengan calon UMNO, dia tewas dalam pertandingan itu, akibat terlalu malu dengan kekalahan itu beliau menuduh UMNO yang mengugut pengundi di situ supaya tidak mengundi dia. Apabila penduduk kampung mengetahui tentang cerita itu maka seluruh penduduk berkumpul di hadapan pejabatnya di Tampines dan menghalau dia keluar dari pejabatnya dan memaki hamunnya sebagai pengkhianat Bangsa Melayu. 


Othman Wok sekali lagi bertanding di Parlimen Pasir Panjang dan kali ini beliau menang atas bantuan dan sokongan dana dari Kuan Yew. Selepas Singapura berpisah dari Malaysia pada tahun 1963, dia telah dilantik oleh Kuan Yew sebagai Menteri Hal Ehwal Sosial. Satu jawatan menteri yang tidak mempunyi apa-apa fungsi kerana Kuan Yew telah melantik seorang Cina untuk menjaga hal ehwal sosial dan Cina ini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Selepas 14 tahun beliau menjadi menteri goyang kaki maka pada 1978 dia pun tidak lagi menjadi menteri kabinet Lee Kuan Yew.


Sekarang ini dia menjadi salah seorang penulis cerita seram yang paling top di Singapura. Sesungguhnya manusia pengkhianat bangsa Melayu yang bernama Othman Wok ini adalah seorang pengkhianat bangsa Melayu yang terhebat dalam sejarah Melayu moden. Cara jalan cerita Othman Wok ini seakan sama dengan jalan cerita yang berlaku sekarang ini di negara kita. Apakah kita orang Melayu di sini ingin jadi seperti orang Melayu di Singapura? 


Ibarat melukut di tepi gantang, merempat di bumi sendiri. Jangan sampai petualang dan pembelot bangsa Melayu seperti Pengkhianat Othman Wok ini ada dan hidup membiak di dalam negara kita. 


Allahuakbar, semoga ALlah selamatkan kita daripada golongan munafik agama dan bangsa.

Sabtu, 12 November 2022

Pojitip

 Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semua

Izinkan saya untuk berkongsi pengalaman sebagai seorang guru. 

Saya pernah dilantik menjadi salah seorang AJK Lembaga Disiplin Sekolah. Ada satu seminar (dah lupa tahun bila)  yang saya hadiri bersama PK HEM,  yang ketika itu diadakan di sebuah hotel. 

Peceramah adalah bekas seorang Nazir Sekolah. Beliau menceritakan pengalaman beliau ketika membuat lawatan mengejut ke beberapa buah sekolah termasuk beberapa sekolah di pedalaman(sekolah orang asli). 

Dalam lawatan tersebut beliau telah membuat rumusan yang positif(laporan sebenar kita tidak tahu) . Beliau juga dulunya seorang guru sekolah menengah. 

Antara yang beliau sebutkan hampir kesemua sekolah meletakkan papan tanda atau arahan yang ditampal/digantung dalam frasa negatif. Sebagai contoh: 'Dilarang masuk', ' Jangan bising',  'Dilarang pijak rumput' dan banyak lagi. Hanya sebuah sekolah menengah di sebuah pekan yang meletakkan papan tanda dalam frasa positif.

Pada mulanya beliau agak terkejut dengan papan tanda sekolah tersebut kerana kesemuanya ditulis dalam frasa positif. Antaranya : Di pintu pejabat tertulis :"Sila masuk untuk berurusan", di kawasan larangan pijak rumput ditulis :" Sila ikut laluan ini". Di bilik disiplin pula tertulis: "Bilik Pemurnian Minda". (yang selebihnya saya sudah lupa) 

Jadi, apa kata sekolah kota pun berbuat demikian juga. Mungkin nampak kekok pada mulanya tetapi jika sudah terbiasa ia menjadi budaya yang positif dalam jiwa murid-murid. 

Begitu juga halnya dia melihat guru disiplin menahan pelajar yang datang lewat, guru tersebut menegur sambil berkata, :" Saya lebih suka jika awak datang awal ke sekolah".

Ketika pengetua berselisih dengan murid yang tidak memakai lencana pula (ketika itu lencana pin), pengetua berkata :" Memakai lencana sekolah wajib dalam peraturan sekolah,  saya lebih seronok melihat murid saya memakai lencana".  Tidak ada perkataan yang kasar keluar dari mulut pengetua. 

Jadi bolehkah sekolah kita juga berbuat demikian?  Sekadar berkongsi pengetahuan. Cubalah, mungkin kesannya bukanlah secara mendadak, mungkin lama kelamaan akan berhasil.

Jumaat, 11 November 2022

Pak su mid

 Pak Su Mid. Meninggal Dunia di hari mulia.


SIAPAKAH PAKSU MID BUKIT TEMBAGA KEDAH?


Al Allamah Arif Billah Tok Wali Pak Su Mid ( 1920an Masihi - 11/11/2022 Masihi)


Nama sebenar Pak Su Mid ialah Tuan Guru Haji Abdul Hamid dan dilahirkan di Air Hitam, Jerlun, Kedah . Menurut Pak Su Mid umur sebenar beliau sudahpun menghampiri 100 tahun. Ini kerana orang dahulu sudah biasa mendaftar lambat di Jabatan Pendaftaran.


Beliau telah menuntut ilmu dari beberapa para ulama. Diantara guru beliau ialah :


1. Syeikh Abu Bakar Palestin

2. Wali Allah Syeikh Abdullah Harun - Stesen Kereta Api Lama Alor Star,  Sg. Korok

3. Pak Da Eil Mekah 

4. Tuan Guru Haji Abdullah Kecik - Pondok Langgar


Keturunan asal Pak Su berasal dari Banjar, Indonesia. Pak Su mula tinggal di Bukit Tembaga pada tahun 1965 dan beliau berkahwin pada tahun 1973 .


Semasa mudanya beliau bekerja dan berniaga di Pekan Rabu, Alor Setar pada siang harinya. Manakala pada sebelah malamnya beliau akan menadah ilmu bersama guru-guru beliau. Pak Su juga bersahabat baik dengan Tuan Guru Haji Abdul Aziz Pendang.


Amalan utama Paksu Mid hanya lah al Quran & puasa setiap hari . Setiap kali diminta amalan dan nasihat, maka beliau akan berpesan supaya berdamping dengan al-Quran. Sudah lebih 30 tahun beliau berpuasa sunat.


Diantara nasihat atau kata-kata hikmah Pak Su Mid ialah :


1. Pastikan diri sentiasa berwuduk. 


2. Bergelut sungguh-sunguh dengan al-Quran. Pegang al-Quran dan kata: Ya Allah, ini kitab Engkau yang aku beramal. Barangsiapa yg beriman kepada Allah,  Allah akan memberikannya hidayah. 


3. Malam malam bangun buat tahajud. Menangis atas segala dosa. Ambil air mata tu sapukan satu tubuh badan niat sebagai benteng dari api neraka.


4. Bila ada Istiqomah , baru malaikat turun. Jangan takut jangan sedih. Depa bawa berita gembira kita jadi ahli syurga.


5. Nak cekap dalam agama ni kena kuasai ilmu alat . 


6. Sapa tak baca al-Quran langsung,  dia ibarat benci kepada Allah. 


7. Semua ilmu ada dalam Al Quran. Semua penyelesaian hidup ada dalam Al -Quran.

Khamis, 10 November 2022

Kempen

 Waktu kempen inilah yb yg btanding kena banyak bergaul dengan rakyat marhaen. 


 contohnya untuk masyarakat Jawa. Masa kenduri kahwin atau mantu YB yang bertanding sila-silalah munculkan diri. 


Satu lagi bila ada kematian maka ziarah ziarah lah waris si mati. 


Sambil datang tu bawalah sedikit duit sebagai saguhati. Tak perlu nak pasang bendera tak perlu nak buat ceramah umum. 


 Itu sahaja cara strategi paling ampuh untuk menarik hati masyarakat Jawa mengundi calonn YB tersebut. 


Masih tak percaya? 

cuba lah... 


Dah dapat hasilnya lepas 19 hb Nov.. 

Bagi tau teman ya

Selasa, 8 November 2022

Kail

 Sahabatku..


MISKIN KERANA MALAS
Seorang pengemis sedang melangkah longlai di tepi sebuah sungai. Dia terpandang seorang budak sedang memancing. Ada beberapa ekor ikan di dalam raga di sisinya.
‘alangkah baiknya kalau pakcik dapat ikan-ikan ini . Pak cik akan menjualnya dan membeli sedikit makanan, pakcik sangat lapar’. Kata pengemis itu.
budak itu merenung pakcik itu dengan penuh simpati dan berkata. ‘saya boleh beri pakcik beberapa ekor ikan, dengan satu syarat..’
‘katakan apa syaratnya nak?’
‘pak cik tolong pegang joran ni dan memancing untuk saya’.
‘kenapa?’
‘saya perlu balik ke rumah untk menguruskan adik saya’. 
Pengemis tersebut bersetuju dan terus memegang joran. Buat sajalah asalkan dapat makan, bisiknya dalam hati.
Beberapa lama kemudian, budak itu datang semula, dilihatnya ikan dalam raga itu kian bertambah. Sepanjang peninggalannya tadi, pengemis itu berjaya mengail beberapa ekor ikan.
‘baiklah, semua ikan yang pakcik kail itu adalah kepunyaan pakcik’. Ujar si budak.
Pengemis itu terlalu gembira setelah mendapat ‘upah’nya. Tidak sangka usahanya berbaloi. Si pengemis segera ke kedai untuk menjualnya. Alangkah anehnya dia mendapat rezeki dengan mengambil upah bekerja daripada seorang budak sedangkan dia sendiri boleh berusaha untuk mengail ikan.
Pengajaran
Kadangkala kemiskinan idea dan usaha lebih buruk daripada kemiskinan harta. Ramai pemalas sengaja menempah kegagalan kerana terlalu mengharapkan bantuan orang lain. Padahal mencapai kejayaan jauh lebih mudah daripada menempah kegagalan.

Angguk Geleng
#Edisi148

Ahad, 6 November 2022

Pengantin

 :: PENGANTIN JAGA SOLAT ZUHUR AWAL WAKTU BERJEMAAH DI MASJID WAKTU HARI KENDURI WALIMAH


Alhamdulillah, hari ni, hamba jumpa pengantin yg rare, special dan luar biasa. Bukan majlis nya yang luar biasa, bukan lauknya, bukan artis undangan nya.... Tapi... Pengantinnya mampu meninggalkan khemah kenduri untuk menyahut panggilan Allah, solat Zuhur berjemaah di masjid. Tahniah Anuar Bin Dr Azmi!! 


Kebiasaannya, pengantin dan keluarga pengantin banyak melakukan kesilapan dalam mengatur majlis. Kita yang punya majlis, sepatutnya lah kita atur majlis kita mengikut waktu solat, agar majlis mendapat berkah dan pandangan Allah. Pada siapa lagi kita nak harap berkat dan rahmat, melainkan kepada Allah!


Biasanya, adat majlis, ketibaan pengantin jam 1. Walhal jam 1 azan Zuhur. Jadi, sekiranya pengantin x alert, kemungkinan besar, pengantin akan solat Zuhur jam 4, atau silap haribulan, x solat Zuhur pada waktu nya, di buat hukum sendiri dengan jamak ke asar 😭.


Bagaimana lah kehidupan sepasang pengantin baru yang di mulakan dengan majlis yang melanggar perintah Allah, tak jaga solat. Kita selalu dengar, majlis pernikahan ni, BINA MASJID, tapi... Pengantin x pi masjid 😅. Pelik kan....


Buat Bakal anak murid hamba yang bakal bina masjid, bakal nikah, doalah pada Allah, agar Allah berikan kekuatan utk atur majlis kalian, agar kalian dapat solat Zuhur awal waktu berjemaah di masjid bakal pengantin lelaki, pengantin perempuan, solat awal waktu di rumah.


Takkan rugi jika kalian masukkan Tentatif majlis walimah kalian, satu acara PENGANTIN SOLAT AWAL WAKTU BERJEMAAH DI MASJID.


Contoh :


11.00 am   = Ketibaan Tetamu 

12.00 pm   = Ketibaan Pengantin

12.15 pm.  = Doa Majlis 

12.30 pm.  = Persembahan Silat

12.45 Pm. = Salam Restu 

1.00 pm.    = Pengantin Solat Zuhur Berjemaah di Masjid (Semua tetamu di harapkan dapat ikut serta ke Masjid) 

1.30 pm.    = Makan beradap

2.00 pm     = Sesi Potong Kek

2.45 pm.    = Sesi Fotografi

4.00 pm.    = Bersurai


Ok ini hamba punya cadangan contoh Tentatif. Syiar kan saja tentang solat. Jangan takut takut. Sebab ini majlis kita. Kita berkuasa mutlak atas Tentatif nya. Jika kita belakang kan Allah, apa kita nak jawab di mahsyar, 😭😭😭.


Jom kita mulakan perubahan baru!!


Ini baru rare!!

Minda

 RAWAT MINDA


KFC tak pernah kata ayam goreng McDonald's tak sedap.

McDonald's pula tak pernah kata burger mereka jauh lagi sedap daripada KFC.

 TETAPI kedua2nya menguasai rangkaian Fast Food di dunia.

 MERCEDES Benz tak pernah memburukkan kereta BMW.

BMW juga tak cuba memusnahkan pesaingnya MERCEDES Benz.

 TETAPI mereka menjadi pengeluar kereta yang terunggul di dunia.

 

Kawan-kawan

 

Kita tak perlu memfitnah orang lain untuk memuliakan diri kita.

 Kita juga tak perlu mengaibkan orang lain untuk menunjukkan kebaikan kita.

 Malah, Kita tak perlu menjatuhkan orang lain untuk melariskan prinsip kita.

 Masing-masing ada rezekinya, kita hanya wajib berusaha dan Allah lah yang menentukan segalanya.

 Menghormati lawan, menyokong rakan-rakan serta saling membantu akan mencapai kejayaan bersama.

 Kejayaan kita tak akan kekal dengan menghancurkan orang lain.

 Kebahagiaan tak akan dicapai dengan melukakan hati orang lain.

 Rezeki kita juga tak akan bertambah dengan mencantas orang lain. 

 Carilah BARAKAH dalam apa2 jua yang kita lakukan untuk BEKALAN kita pada kemudian hari.

Rabu, 2 November 2022

Bakal KPM

 utk bakal menteri KPM... 

Pengganti radzi jidin


8 masalah yg perlu penyelesaian segera


1. Beban Tugas Guru

Ya, perkara ini sudah diperkatakan sejak dahulu lagi, sudah berapa banyak kajian dibuat, namun makin lama makin bertambah, bukan berkurang. Antara perkara yang selalu disebut adalah kerja-kerja pengkeranian, hiasan sekolah, landskap sekolah.


2.Bekerja Hari Sabtu

Kenapa perkara ini disenaraikan di sini? Kalau anda seorang guru sudah pasti memahaminya. Guru di antara pekerja kerajaan yang datang pada hari cuti untuk bekerja tanpa bayaran. Sabtu sebenarnya hari bersama keluarga, hidup bukan semata-mata untuk kerja, guru juga ada keluarga.


3.isu Pertukaran Guru

Pertukaran guru boleh dikatakan perkara yang wajib disenaraikan di sini. Kita mahukan masalah pertukaran guru ini dapat diselesaikan dan menjadi antara salah satu perkara utama yang akan disemak oleh Menteri Pendidikan. Pelbagai masalah yang mereka alami, duka lara, masalah kesihatan, masalah kemurungan dan sebagainya.


4.bantuan Bahan Bantu Mengajar

Tahukah anda, guru terpaksa mengeluarkan wang ringgit sendiri, semata-mata untuk memastikan murid dapat belajar dengan gembira dan seiring dengan teknologi semasa. Sebutlah barang apa yang cikgu tak beli? Printer, Projektor, Laptop, Speaker, Bahan-bahan untuk buat BBM dan sebagainya. Kita bukan nak pertikaikan, bahkan memang guru-guru ini sanggup habiskan duit mereka untuk mencapai kepuasan dalam mengajar. Selain BBM, guru juga mengeluarkan duit sendiri untuk menghias kelas, bilik-bilik khas, persekitaran sekolah dan sebagainya.


5.Bebas Pengaruh Politik

Apabila kita menyebut perubahan, maka wajarlah perkara ini disenaraikan, kita mahukan orang-orang yang menjadi Pegawai Atasan ini bebas dari pengaruh politik. Berapa banyak guru diugut, ditukarkan, dinafikan kenaikan pangkat kerana berbeza pandangan politik. Berubahlah kita sudah 2018.


6.Akta Perlindungan Guru

Perkara ini sebenarnya pernah disebut sebelum ini, harapan kita ia benar-benar dilaksanakan, kita tidak mahu masyarakat mengmbil kesempatan untuk mendakwa guru, guru tidak dilindungi, terpaksa naik turun mahkamah dan sebagainya.


7.menyemak Semula Program / Modul / Aplikasi

Perkara ini perlu dibuat sekiranya Kementerian Pendidikan mahu memastikan tugas guru untuk fokus kepada PdPc tidak terganggu. SKPMG2, KBAT, MBMMBI, dan sebagainya perlu disemak atau ditambah baik dengan turun ke bawah berjumpa dengan guru-guru untuk melihat sendiri apakah keberkesanan penggunaanya.


8.jadikan Pendidikan Islam dan Moral Sebagai Subjek Terpenting

Amatlah tidak wajar jika perkara ini tidak disenaraikan di sini, kita sudah berada di tahun 2018, tahap akhlak dan sahsiah pelajar kini ditahap membimbangkan. Apakah kita mahukan perkara ini dipandang remeh? Kita mahu lahirkan generasi yang berakhlak mulia, tahu halal dan haram, tahu dosa dan pahala, barulah seimbang dunia dan akhirat.