Khamis, 12 Disember 2024

Bakat

 1.  Masa kat U ada sorang budak kampung , muka awam sangat , baka pandai pun kurang , first sem dapat CGPA 2.4 .


2.  Tapi kelebihan dia rajin , dia selalu kat library , ada satu tempat duduk tu dah macam dia bayar bulan , asyik situ je melekat. 


3.  Beza betul dengan sorang lagi ni , dia pun budak kampung juga tapi muka jambu , DNA matematik , kelas math masuk 2 kali je dalam satu sem, tapi result kekal A , bakat dia berkaitan nombor luar biasa.


4.  First sem ada dalam 60% ponteng kelas , esok exam malam ni baru cari nota tapi CGPA dia kaut 3.2 juga . Banyak makan kismis masa kecik agaknya.


5.  Tapi budak CGPA 2.4 tu , walaupun slow tapi tak pernah jalan mengundur , tanya kawan sana sini bila tak tahu , pi jumpa pensyarah bila keliru , dia gagal subject statistik gunaan , " budak ni tak kena tendang , extend semesta nanti ni " kata hati saya.


6.  Dia repeat paper stat tu dan dapat A . Masa tu saya mula curiga dengan pandangan sendiri ,  boleh tahan juga daya melawan kau ya . 


7.  Budak CGPA 3.2 tu lepas dapat pinjaman sambar Suzuki Panther , niat nak sambar Rxz modal tak cukup , kemudian menu maggie hari - hari catu duit beli minyak , kadar memonteng kuliahpun mencunak naik ke 80% , sem 3 keluar U , letih belajar , rehat otak jap , campur mat rempit dan dengar dia ada ambil barang juga. Slow - slow dia mula undur ke belakang.


8.  Masa berlalu saya pun dah bekerja , satu hari lalu satu U ni , tahu budak CGPA 2.4 tu kerja situ , call dia , jumpa kat guard je , tak sempat ngetih , nak cepat , dia dah ada Phd rupanya , walaupun mulut cakap tahniah bagai, hati aku kau , tuhan yang tahu , tak sangka kan duduk satu bilik aku degree kau phd . 


9.  Bertahun kemudian dapat pulak contact budak CGPA 3.2 tu , set masa , lepak mamak , handsome macam dulu juga , kami tak lepak lama sebab dia nak kejar trip , bawa teksi .


10. Bakat , sebesar manapun kau ada, kau miliki , dia tetap akan kalah dengan orang yang punya disiplin, punya kerja keras. Walaupun orang itu awam sangat .


Kredit:Adli Azamin Shukri

Rabu, 11 Disember 2024

Rumah tangga

 “SEORANG IBU TUNGGAL YANG TELAH BERCERAI MENULIS”


Saya menulis kisah ini untuk membuat orang faham bahawa menghargai pasangan kita, walaupun dengan kekurangan mereka, adalah sesuatu yang penting.


Saya berumur 32 tahun.


Bekas suami saya dan saya bercinta selama 6 tahun.


Kami adalah kawan baik.


Saya menunggu dia habis kolej dan mula bekerja.


Keluarga saya dan keluarganya bertemu, kemudian kami berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki (sekarang berumur 7 tahun).


Suami saya kadang-kadang panas baran, tetapi masalah sebenar bermula apabila saya cuba tunjukkan bahawa dia tidak boleh mengawal saya.


Setiap kali kami bergaduh, saya akan kemas barang dan balik ke rumah keluarga saya untuk mengadu.


Adik-beradik saya akan telefon suami saya dan marah dia.


Jika dia cuba mengawal saya, saya selalu cabar dia dengan mengatakan, “Kalau awak nak, ceraikan saya.”


Hakikatnya, saya tidak pernah mahu bercerai.


Saya cuma ada rasa ego, dan saya tak mahu nampak seperti wanita yang lemah di matanya.


Suatu hari, saya terlalu menekan dia sehingga buat pertama kali dia memukul saya dan mengunci saya di luar rumah.


Saya balik ke rumah keluarga saya, dan mereka membawa kes itu kepada polis.


Setiap kali, saya kelihatan seperti mangsa yang dianiaya!


Tapi sebenarnya, saya sering menganiaya suami saya secara emosi.


Dia ditahan dan dipenjarakan.


Keluarganya meminta saya tarik balik laporan, dan saya mula sedar apa yang saya lakukan salah.


Suami saya bukanlah lelaki yang ganas. Dia lakukan itu sebab saya telah memaksanya ke dinding. Dia malah merendahkan diri dan memohon maaf secara terbuka.


Saya tarik balik laporan itu, dan kami berdamai.


Selepas tiga bulan, kami bergaduh kecil, dan saya kemas barang lagi dan tinggalkan dia sendirian.


Dua hari kemudian, saya dapat panggilan bahawa dia masuk hospital.


Keluarga saya melarang saya pergi kerana mereka kata saya akan nampak seperti meminta-minta. Adik-beradik saya percaya dia hanya berpura-pura sakit.


Sepanjang masa ini, orang sentiasa bersimpati dengan saya, seolah-olah saya yang menjadi mangsa.


Dia berada di hospital selama seminggu, dan selepas dia keluar, saya menerima saman cerai.


Saya sebenarnya tak mahu bercerai, tapi kerana ego, saya berharap dia akan ubah fikiran dan memujuk saya.


Saya telefon dia dan berkata dia boleh dapatkan cerai itu kerana saya hidup macam dalam neraka.


Ketika di mahkamah, saya mahu buat dia ‘bayar’ dengan menuntut harta kami dibahagi.


Namun, dia dengan tenang berkata kepada mahkamah bahawa semua yang kami miliki bersama boleh diberikan kepada saya. Dia hanya mahukan cerai.


Kami sah bercerai pada Julai 2009.


Sekarang, suami saya sudah berkahwin semula, sementara saya di sini, hidup sia-sia.


Keluarga saya kini mengumpat tentang saya.


Saya bergantung sepenuhnya pada nafkah anak kami untuk hidup.


Saya tahu, saya telah merosakkan perkahwinan saya.


Saya berkongsi cerita ini supaya para isteri berhati-hati.


Jangan terlalu mudah terpengaruh dengan nasihat orang.


Jangan biarkan keluarga campur tangan dalam perkahwinan anda.


Adik-adik saya sendiri kini lebih dihormati daripada saya.


Mereka yang menggalakkan saya bercerai kini mengejek dan mengata tentang saya.


Tolong, para wanita, berhati-hatilah dalam rumah tangga anda.


Tidak ada faedahnya memiliki ego yang tidak perlu.


Kadang-kadang, masalahnya bukan salah suami sama sekali. Ia adalah ego anda sendiri dan orang-orang yang anda biarkan mempengaruhi anda. Jadi, bijaklah dalam rumah tangga anda.


Semoga Allah melindungi kita daripada kejahatan, orang jahat, dan mereka yang mengajak kepada kejahatan.


Ameen 🤲🏻


JazakAllahu khair kerana meluangkan masa membaca. ❤


Sumber : In the Path of ALLAH

Isnin, 2 Disember 2024

Repot 3R

 DRAF LAPORAN POLIS


Kepada:

Ketua Polis Balai,  

Balai Polis [Nama Balai],  

[Alamat Balai],  

[Tarikh]


Daripada:  

[Nama Penuh Pelapor]  

[Alamat Pelapor]  

[Nombor Telefon]  

[Nombor Kad Pengenalan]


Per: Laporan Mengenai Posting Facebook yang Menyentuh Isu 3R


1. Pengenalan:

Saya, [Nama Penuh Pelapor], ingin membuat laporan mengenai satu posting di laman sosial Facebook yang didapati menyentuh isu-isu sensitif berkaitan 3R (Race, Religion, dan Royalty). Posting tersebut tidak hanya mengandungi kenyataan yang mengganggu ketenteraman awam, tetapi juga berpotensi memecahbelahkan masyarakat.


2. Butiran Posting:  

Tarikh dan Masa:[Sila Masukkan Tarikh dan Masa Posting]  

Pengguna Facebook: [Nama Pengguna atau Pautan ke Profil]  

Kandungan Posting: [Sila sertakan intipati atau petikan penting dari posting yang menyentuh isu 3R]  

Tangkapan Skrin: [Sertakan tangkapan skrin jika perlu]


3. Keterangan:

Saya mendapati posting ini telah menimbulkan kemarahan dan reaksi negatif di kalangan masyarakat. Pada pandangan saya, kenyataan yang dimuatkan dalam posting tersebut adalah tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan ketegangan antara kaum dan agama.


4. Tindakan yang Diminta:

Saya memohon agar pihak berkuasa menyiasat isu ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan keamanan dan keharmonian dalam masyarakat terjaga. Di samping itu, saya juga berharap agar pihak polis dapat menasihatkan orang ramai mengenai penggunaan media sosial secara aman dan bertanggungjawab.


5. Penutup: 

Segala kerjasama daripada pihak polis dalam menyelesaikan isu ini amat saya hargai. 


Sekian, terima kasih.


[Tandatangan Pelapor]

[Nama Penuh Pelapor]

[Tarikh]


---


**Sila isi tempat-tempat kosong dengan maklumat yang sesuai dan sertakan bukti-bukti jika ada.

Jumaat, 29 November 2024

Feqah banjir

 *[ Fekah Ketika Banjir ]*


1. Air banjir dikira sebagai air mutlak walaupun berwarna coklat disebabkan kuantiti air yang banyak melebihi 2 qullah (270 Liter). Jadi ia boleh digunakan untuk beristinjak, berwudhuk, mandi janabah dan mandi jenazah.


2. Pakaian yang terkena lumpur sah dibawa solat kerana lumpur adalah suci.


3. Dibolehkah solat secara duduk diatas sampan kerana bimbang jika melakukan solat secara berdiri sampan akan terbalik, ini telah difatwakan oleh mufti wilayah pada 20 Februari 2017.


4. Jika sampan berpusing sehingga berubah arah kiblat, maka wajib ke atasnya untuk memusingkan dada menghadap ke arah kiblat semula. Ini dinyatakan dalam Kitab Misbahud Duja, Karangan Ustaz Muhadir Bin Haji Joll.


5. Ketika ribut disunatkan menambah lafaz dalam Azan :

أَلَا صَلُّوا فِي بُيُوْتِكُمْ


Maksudnya : Hendaklah kamu solat dirumah kamu"


Ini dinyatakan dalam Kitab Sabilal Muhtadin Li Tafaqauh Amruddin Syeikh Arsyad Al-Banjari.


6. Dibolehkan rukuk dan sujud secara isyarat ketika banjir, namun sujud mestilah lebih rendah daripada level rukuk. Ini dinyatakan dalam Kitab Fiqh Islami Wa Adilatuhu Karangan Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaili. 


Sah sujud dalam air dan duduk antara dua sujud dalam air, namun perkara ini patut dielakkan kerana dibimbangi akan mengakibatkan lemas atau hanyut serta membahayakan kesihatan mangsa banjir.


7. Solat jumaat tidak diwajibkan ketika bencana alam seperti banjir dan ribut, ini selaras dengan fatwa Darul Ifta' Misriyyah.


8. Petugas dan mangsa banjir tidak dibolehkan solat jamak, kerana Nabi SAW solat jamak ketika hujan dan bukan ketika banjir dan diqiaskan salji dengan hujan, inilah yang telah difatwakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan pada 10 Februari 2016.


9. Zakat boleh diberikan kepada mangsa banjir, kebanyakan ulama’ memasukkan golongan terkena banjir dalam Asnaf Al-Gharimin iaitu orang yang berhutang, ini bertepatan dengan Fatwa Mufti Wilayah pada 10 disember 2014.


10. Penempatan mangsa banjir lelaki dan perempuan bujang yang ajnabi perlu diasingkan dan wajib menjaga aurat masing-masing.


11. Mangsa banjir yang berkeluarga boleh ditempatkan sekali dengan dipisahkan melalui khemah atau langsir atau pemisah yang lain yang dapat menjaga aurat mereka sekeluarga.


12. Boleh dibuat kaunter Lost & Found, Barang yang tercicir semasa banjir termasuk dalam Bab Al-Luqatah :


 -jika barangan mudah rosak dan susut nilai, si penemu boleh menggunakannya atau memakannya dan wajib dipulangkan barangan itu atau dibayar gantinya jika tuan empunya sudah ditemui.


-jika barangan itu jenis yang tidak mudah rosak, disimpan ia dan wajib di iklankan selama setahun, selepas setahun si penemu boleh memiliki harta tersebut, namun jika tuan empunya ditemui dan meminta kembali hartanya wajiblah dikembalikan semula barangan itu.


Iklan boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari selama seminggu, kemudian tiap-tiap hari sekali selama seminggu, kemudian setiap tujuh hari sekali selama tujuh minggu, setelah itu setiap sebulan sekali sehingga cukup setahun.


Hukum memungut barangan Al-Luqatah ini :


Wajib    ► Jika diyakini akan hilang sekiranya dibiarkan.


Sunat    ► Jika berhasrat untuk menolong orang yang keciciran harta tersebut.


Harus   ► Jika tidak dibimbangi akan hilang.


Makruh ► jika mengambilnya ia merasakan tidak dapat menjaga amanah pada masa akan datang.


Haram  ► Bagi orang yang berniat jahat.


13. Mati kerana lemas dikira sebagai mati Syahid Akhirat, Nabi SAW bersabda :


الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ الْمَطْعُونُ، وَالْمَبْطُونُ، وَالْغَرِقُ، وَصَاحِبُ الْهَدْمِ، وَالشَّهِيدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ‏‏‏.‏


Maksudnya: Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas,orang yang ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah.


(Riwayat al-Bukhari & Muslim)


Wajib dimandikan keatas jenazah yang mati tenggelam walaupun badannya masih basah.


Sekian,


Mohammad Illiyas Bin Habulat

Pegawai Perubatan Hospital Tuanku Fauziah

Pemegang Tauliah Agama Islam Negeri Kedah


#Betulkan_Saya_Jika_Saya_Salah

Isnin, 25 November 2024

Ucapan lagi 40 tahun

 Assalamualaikum…


Alhamdulillah… ada sedikit masa & ksihatan anugerah Allah Taala mbolehkn teman bceloteh.. 


Mohon maaf xsempat bjumpa dgn semua…

Apa yg penting saya mmohon sejuta kemaafan dr kalian semua d atas sgala kkhilafan samada dsedari atau tidak…


Saya bharap sangat… xperlulh sahabat2 buat apa2 event sempena pencen saya… coz saya xdpt hadir 


Xperlu juga myediakn apa2 gift utk saya…

Cuma jika ada juga yg nak beri sbg tanda psahabatan… saya mohon sahabat tukarkn kpd bentuk wang & sedekahknlh pd tabung2 masjid, anak yatim, asnaf atau seumpamanya… niatkn utk sahabat2 & saya juga… agar Allah mlimpahkn rahmatnya pd kita semua…


Ajal maut kita xtahu… jika saya tlebih dahulu djemput Allah Taala… mohon sahabat2 lelaki dtglh utk solat jenazah saya…


Smoga smangat ukhuwah kita bkekalan kerana Allah Taaala


Tkasih semua… 

mohon kemaafan… mohon mgundur diri… 


wassalam…

Scammer

 *💥Sangat Sangat Mendesak...💥*


Sila sampaikan mesej ini kepada keluarga dan rakan anda SEKARANG.


Orang ramai telah menerima panggilan daripada

       Tel: +375602605281

       Tel: +37127913091

       Tel: +37178565072

       Tel: +56322553736

       Tel: +37052529259

       Tel: +255901130460

atau mana-mana nombor bermula dari +371 +375 +381


Lelaki ini hanya menelefon sekali dan meletakkan telefon. 

Jika anda menghubungi semula, mereka boleh menyalin senarai kenalan anda dalam masa 3 saat dan jika anda mempunyai butiran bank atau kad kredit pada telefon anda, mereka juga boleh menyalinnya...


   Kod +375 adalah untuk Belarus.

   Kod +371 adalah untuk Lativa.

   +381 Serbia.

   +563 Valparaiso.

   +370 Vilnius.

   +255 Tanzania.


Jangan jawab atau Panggil semula.


Juga, Jangan Tekan 

#90 atau #09

pada Mudah Alih anda apabila ditanya oleh mana-mana pemanggil. 


Ini adalah helah baharu yang digunakan untuk mengakses kad SIM anda, membuat panggilan atas perbelanjaan anda dan membingkai anda sebagai penjenayah.


SEGERA MAJUKAN mesej ini kepada seberapa ramai rakan yang anda boleh untuk menghentikan sebarang pencerobohan!!!

Isnin, 18 November 2024

Matrikulasi

 Usah diganggu ekologi pembangunan program matrikulasi


 UtusanTV -November 19, 2024


Oleh Kamal Shukri Abdullah Sani


BARU-baru ini Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Won mengumumkan yang kementerian sedang meneliti ke arah satu sistem peperiksaan untuk masuk ke universiti. Sekarang memang ada dua peperiksaan atau cara untuk masuk ke universiti.


Pertama, melalui peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan satu lagi melalui program matrikulasi di kolej matrikulasi KPM yang dimulakan sejak September tahun 1998.


Antara tujuan asal penubuhan program matrikulasi ialah untuk menjadi penjana terunggul pelajar Melayu dan Bumiputera berkualiti ke institusi pengajian tinggi dalam bidang sains, teknologi dan profesional.


Program ini juga mempunyai misi membangunkan potensi pelajar Melayu dan Bumiputera dalam bidang berkaitan melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melahirkan modal insan yang cemerlang bagi membangun negara ini.


Program matrikulasi ini juga asalnya bertujuan menambah bilangan profesional Melayu dan Bumiputera di negara ini. Program ini seperti Dasar Ekonomi Baru adalah selaras dengan peruntukan 153 Perlembagaan Persekutuan iaitu berkaitan kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera.


Kedudukan istimewa tersebut meliputi aspek jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, danasiswa, dan keistimewaan atau latihan pendidikan dan seumpamanya atau kemudahan lain oleh kerajaan Persekutuan, permit, lesen, perniagaan dan sebagainya.

Justeru amat tidak wajar untuk sesiapa pun dengan sengaja cuba mengusik hal peruntukan seperti termaktub dalam fasal 153 tersebut.


Apatah lagi pada tahun 2024 program matrikulasi telahpun memberi peluang sebanyak sepuluh peratus tempat kepada pelajar bukan bumiputera untuk menyertai program ini. Inilah keihsanan yang telah dilakukan oleh program ini.


Ihsan ini tidaklah wajar untuk ditambah secara berlebihan dengan tuntutan sama rata yang jelas menunjukkan tiada sebarang rasa bersyukur atas peluang atau ihsan yang telah diberi. Selalunya konsep sama rata ditonjolkan seolah-olah itulah keadilan mutlak dalam semua hal. Hakikat kebenaran dan sejarah sering cuba dinafikan.


Barang diingat bahawa maksud sama rata jauh berbeza dengan konsep kesaksamaan atau adil. Untuk mudah faham, konsep adil tidak semestinya sama rata. Adakah tidak adil jika ibu bapa memberi peruntukan yang lebih banyak kepada anaknya yang sedang belajar di universiti berbanding bayinya di rumah atau anaknya di tadika?.


Melihat sejarah kejayaan program matrikulasi selama ini yang telah memperoleh pelbagai pengiktirafan MS ISO bertahun-tahun, pastinya ini menjadi kecemburuan banyak pihak selama ini dan memang pun dalam perhatian penulis sejak belum bersara lagi.


Lebih daripada itu, lulusan matrikulasi telah diiktiraf dan diterima oleh semua universiti awam dan swasta dalam negara yang berjumlah lebih daripada 30 buah dan istimewanya semua lulusannya juga telah diiktiraf dan diterima oleh banyak universiti di luar negara iaitu 10 di United Kingdom, lima di Australia, tiga di Indonesia, dua di New Zealand.


Malah ada juga lulusan yang menyambung pengajian di beberapa buah universiti lain seperti di Rusia dan Mesir khususnya dalam bidang perubatan.


Justeru amat tidak wajar ekologi pembangunan modal insan dalam program matrikulasi diusik kerana kita bimbang kemudian nanti jika sistem peperiksaan matrikulasi dihapuskan, untungnya cuma sejengkal sedangkan ruginya sedepa bagi pembangunan modal insan Melayu dan Bumiputera di negara ini.


Untuk berpatah balik sudah terlambat dan tentunya seperti biasa malunya amat besar. Lihat sahajalah tentang Dasar Ekonomi Bumiputera yang walaupun sering dimomokkan melebihkan kepentingan Melayu, Bumiputera tetapi tempias untung kepada bukan Bumiputera tidak kurang besarnya. DEB wajar diteruskan cuma mungkin kelemahannya sahaja diperbaiki.


Selama kira-kira dua-puluh tahun ini lebih 300,000 lulusan matrikulasi telah berjaya mengikuti pengajian berkualiti dalam program matrikulasi dan menyambung pengajian mereka dengan jayanya di universiti dalam dan luar negara.


Apakah yang hendak diusik lagi?. Kita bimbang ada pihak yang mencemburui program ini yang boleh meruntuhkan kejayaan lebih dua dekad. Tentang kononnya program ini lebih mudah daripada pengajian dalam Tingkatan Enam atau sekarang kolej, itu hanyalah suatu persepsi atau andaian sahaja.


Susah atau senang sesuatu pengajian antaranya bergantung kepada kaedah dan sistem pengajian. Sistem pengajian semester atau penggal mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.


Malah Kolej Tingkatan Enam juga telah mengguna pakai sistem semester. Pengajian di semua universiti tidak boleh dikatakan senang atau kurang berkualiti hanya kerana mengguna pakai sistem semester.


Mempunyai dua sistem peperiksaan sahaja bukanlah banyak. Malah semasa berkursus di Jepun penulis dimaklumkan bahawa pelajar menengah yang ingin ke universiti perlu mengambil peperiksaan berasingan bagi kemasukan universiti yang berbeza.


Adalah perkara biasa jika tiga universiti dipilih, pelajar perlu mengambil tiga peperiksaan di universiti pilihannya. Justeru berhati-hatilah dan telitilah segala yang tersurat dan tersirat sebelum membuat keputusan. Pesan orang lama, kalau tak ada-ada, masakan tempua bersarang rendah.


Penulis adalah Pengerusi Biro Pembangunan Ummah dan Komuniti Madani, Majlis Perundingan Melayu (MPM)

Sogeh

 AKIBAT ORANG KAYA YANG MEMBUAT MASALAH


Yang  sebenarnya orang yang kayalah di dunia ini menjadi masalah 

Terutama ahli-ahli perniagaan dan golongan korporat 


Sistem ekonomi mereka riba adalah menjadi punca rakyat teraniaya 

Mereka monopoli di bidang ekonomi 


Merekalah yang menentukan harga bahan mentah yang dibeli dari rakyat 

Dan mereka jugalah yang menentukan harga barang yang hendak dijual kepada umum 

Kerana mereka ingin untung banyak 


Bahan mentah dibeli dengan harga yang murah 

Setelah jadi barang dijual pula dengan harga yang mahal 

Rakyat yang menghasilkan baranglah yang menjadi susah 


Disusahkan lagi pula oleh kesalahan menjual barang yang terlalu mahal 

Ditambah lagi rasa malang timbul rebutan dan saingan 

Bakhil pun timbul tidak mahu menolong fakir miskin 

Orang yang susah bertambah susah, si miskin bertambah miskin 


Begitulah seterusnya kerana mahu untung banyak 

Kapitalis membuka tempat-tempat judi dan hiburan 

Lahirlah pelacuran kerana ingin hidup 

atau ingin senang, jual diri dan maruah 


Gaji buruh pula terlalu murah 

Tidak setimpal dengan tenaga dan titik peluh 

Makin lama, di antara orang kaya dengan orang miskin 

jurang kehidupan mereka terlalu jauh bezanya 

Timbul kelas-kelas di dalam masyarakat 


Di antara satu sama lain tidak boleh duduk sama 

Golongan yang miskin ini akhirnya sedar 

Mereka telah dizalimi dan dipermainkan oleh si kaya 

Pertarungan dan pertembungan pun berlaku seluruh dunia 


Demonstrasi di sana sini 

Penculikan, pembunuhan, pergaduhan berlaku setiap hari 

Akibatnya keamanan tidak wujud 

Kerajaan pening kepala, orang kaya di dalam ketakutan, 

orang ramai tergugat  keselamatannya 


Ini adalah akibat orang kaya yang membuat masalah.


Kembalilah pd prinsip ekonomi islam


Menjaga maslahat semua

Sabtu, 16 November 2024

Kentos CKD

 Petua Merawat Sakit Buah Pinggang


(Tip dan Rawatan Tradisional)


Petua atau tip ni saya [admin sendiri] ambil dari sepupu yang tinggal di Muar, Johor. Dia mengalamai komplikasi ni semasa umur awal 20 tahun kalau tak silap saya, lebih kurang 10 tahun dulu. Dia boleh dikatakan di tahap kritikal terpaksa kena buat pembedahan untuk buang buah pinggang. Tempoh lagi 2 minggu untuk buat operation di hospital.


Tombong Kelapa 


Datuknya [kini arwah] bagi tombong kelapa [bila belah buah kelapa tua ada anak biji di dalamnya] dan minum air perahannya. Pesan datuknya amalkan sehingga 2 minggu setiap pagi. Sepupu saya amalkan selama 2 minggu sebelum operation. Tiap-tiap pagi dia minum air tombong kelapa dan makan  2-3 biji tombong kelapa sekali [bukan isi kelapa - jangan tersilap].


Sampai masa untuk tarikh operation, doktor sahkan penyakit buah pinggang tidak ada lagi selepas buat pemeriksaan. So, insyaAllah jika pembaca/blogger atau bagi tau kawan-kawan suruh amalkan tip ni. Tapi make sure sebelum buat pembedahan.

Alhamdulillah sepupu saya masih sihat sehingga sekarang. 


Sebenarnya tip ni orang-orang dulu-dulu amalkan.


Cara-Cara Rawatan Dengan Air Tombong Kelapa


1. Ambil tombong atau dalam bahasa Jawa dipanggil 'Kentos Kelapa' tidak kira berapa biji setiap pagi. 2 atau 4 biji tombong kelapa sudah cukup.


2. Perah airnya dan minum dan dimakan tombong macam biasa pun boleh. 


3. Saiz tombong tidak kisah besar atau kecil, tapi seboleh-bolehnya yang ada air di dalamnya.


4. Jika orang Islam, baca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW 3 kali sebelum minum airnya atau makan.


5. Amalkan sehingga 7 -14 hari. Mudah-mudahan sembuh. InsyaAllah. [Pastikan amal setiap pagi].


Kongsikan agar bermanfaat bersama

Khamis, 7 November 2024

Rukhsoh

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (HMI) HRPZ II menyediakan Siri Video Pendidikan sebagai satu wadah atau wasilah kepada kakitangan hospital, pesakit dan waris untuk mengetahui rukhsah ibadah ketika sakit. 

Berikut adalah senarai Siri Video Pendidikan yang telah disediakan.

1. Rukhsah Wuduk 
https://youtu.be/ABDDdE8BnsI

2. Rukhsah Wuduk (Memerlukan Bantuan)
https://youtu.be/ZJ0NpFnjefQ

3. Rukhsah Wuduk (Sebahagian Muka Berbalut)
https://youtu.be/60G8ynBky-8

4. Rukhsah Wuduk (Keseluruhan Muka Berbalut)
https://youtu.be/sB2rzkg9psY

5. Rukhsah Wuduk (Sebahagian Tangan Berbalut)
https://youtu.be/V1J3tYfF0jM

6. Rukhsah Wuduk (Keseluruhan Tangan Berbalut)
https://youtu.be/Gj1il98xfP4

7. Rukhsah Wuduk (Sebahagian Kepala Berbalut)
https://youtu.be/BFz1TTC9Ds0

8. Rukhsah Wuduk (Keseluruhan Kepala Berbalut)
https://youtu.be/XXiFTixbQXs

9. Rukhsah Wuduk (Sebahagian Kaki Berbalut)
https://youtu.be/LsJ9mx8KfL4

10. Rukhsah Tayammum
https://youtu.be/q4I8UKHR2bc

11. Rukhsah Solat (Mampu Berdiri Tetapi Tidak Mampu Sujud)
https://youtu.be/XyypXcQyuN4

12. Rukhsah Solat (Mampu Berdiri Tetapi Tidak Mampu Rukuk & Sujud)
https://youtu.be/EfpJYvrXcno

13. Rukhsah Solat (Tidak Mampu Solat Berdiri Tetapi Mampu Solat Duduk Di Atas Kerusi)
https://youtu.be/36-B-pj2vJk

14. Rukhsah Solat (Tidak Mampu Solat Berdiri Tetapi Mampu Solat Duduk Iftirasy)
https://youtu.be/J_RGgmze0Po

15. Rukhsah Solat (Tidak Mampu Solat Berdiri Tetapi Mampu Solat Duduk Di Atas Katil)
https://youtu.be/bfhB-9iBM-c

16. Rukhsah Solat (Solat Secara Mengiring)
https://youtu.be/u3X4vay_-WI

17. Rukhsah Solat (Solat Menggunakan Isyarat Mata)
https://youtu.be/4kwQTSjpUhw

*Langkah-Langkah Menonton Siri Video Pendidikan HMI HRPZ II*

i. Tekan atau klik pada setiap video di atas untuk menonton setiap situasi.
atau
ii. Tekan pautan berikut untuk menonton kompilasi video.
https://www.youtube.com/playlist?list=PLQC0UsULZnlcHiEQlRi-TC3WvYM2B67wg
atau
iii. Subscribe saluran rasmi Youtube HMI HRPZ II.
http://www.youtube.com/@HospitalMesraIbadahHRPZII

Semoga dengan adanya Siri Video Pendidikan HMI HRPZ II ini, kakitangan HRPZ II dapat berkongsi ilmu ini dan beramal dengan waris dan pesakit yang menerima rawatan di dalam hospital.

Semoga ianya menjadi amal jariah yang berterusan.

Isnin, 28 Oktober 2024

Manja no{"

 Lebih dua dekad saya menjadi seorang pensyarah, nampak ketara perubahan perangai pelajar yang memeningkan kepala.


Jika dulu, masalah yang selalu dihadapi adalah isu kehadiran. 


Pelajar selalu tidak hadir ke kelas. Antara sebab ponteng adalah bangun lewat, tayar motor pancit, ataupun ada yang jenis melepak di kafe siber bermain 'game' sampai lewat pagi. 


Kalau prestasi merosot pun sebab inilah, ketagihan pemainan video.


Masalah pelajar zaman sekarang pula berbeza. Lebih kepada emosi.


Mahu tukar kumpulan yang telah ditetapkan oleh unit akademik kerana tidak suka dengan pelajar lain di dalam kumpulan itu.


Tidak dapat tukar, ibubapa telefon pensyarah, suruh tukarkan. Permintaan tak dipenuhi, ugut mahu telefon dekan pula. 


Anak pula mengamuk permintaan tak dipenuhi. Ini nanti kalau bekerja, adakah akan ulang perkara yang sama?


Telefon majikan sebab anak tak suka rakan sekerja?


Masalah lain pula, mahu berhenti atau pindah universiti sebab tidak suka dengan pelajar lain di kampus. 


Sampai bila mahu lari dari masalah? Pindah universiti, adakah yakin tidak berjumpa dengan pelajar lain yang menyakitkan hati?


Sikap tak mahu membaca dan mahu disuap.


Sudah diberi pautan senarai kursus yang ada, sudah diberi nombor telefon pegawai bertugas, sudah diberi segala pautan yang diminta, tapi ulang lagi minta itu dan ini. 


Bila ditanya, baca atau tidak apa yang diberi, "Tak, oh ada dalam link itu ke?"


Aduh anak, bagaimana mahu jadi siswazah jika begini sikapnya?


Bagaimana majikan mahu ambil sebagai pekerja jika mahu semuanya disuap? 


Ini universiti, bukan sekadar belajar untuk dapatkan ijazah. Tapi di universiti tempat belajar berdikari, mencari kenalan, bina kekuatan diri. 


Entahlah... kadang penat, kadang risau dengan generasi ini.

Ahad, 20 Oktober 2024

Tahfiz

 Dalam 50 orang pelajar. Selalunya 10 orang sahaja yang perform. Separuh dari baki tu pula adalah dari level pertengahan. Selebihnya tu tukang habiskan masa sahaja di Madrasah. Cuma sekurang-kurangnya dia bergaul dengan circle yang baik-baik.


Kenapa perkara ni berlaku?


Pertama, niat ibubapa dan pelajar tidak jelas. Anak yang bermasalah di rumah atau di sekolah lama dihantar ke madrasah untuk hafal al-Quran. Dengan cara itu nak anak jadi baik.


Niat begitu tidak jelas, madrasah adalah tempat pelajar yang "dah bersedia untuk hafal al-Quran". Bukan tempat baiki akhlak pelajar yang ada masalah akhlak buruk.


Kedua, madrasah jadi tempat simpan anak kerana ibubapa berpisah atau bercerai. Jadinya anak tersebut tiada penjagaan rapi, akhirnya anak itu dihantar ke madrasah.


Ketiga, anak-anak yang umur tingkatan 2, tapi masih baca iqra'. Kekadang tertanya. Tingkatan 2 masih iqra', apa yang ibubapa usahakan terhadap al-Quran anak itu dari umur 7 tahun hingga 13 tahun? Sudah tentu, pengabaian pendidikan agama telah berlaku di rumah.


Keempat, anak hanya nak solat, nak tahajud, nak baca al-Quran hanya di madrasah. Apabila cuti, ibuapa tiada masa dan kuasa untuk pantau anak. HANFON diberi kepada anak. Anak habiskan masa cuti dengan game, youtube, tiktok dan menonton cerita jelek. Balik madrasah, macam budak dungu yang tak faham nak kena buat apa di madrasah.


Kelima, guru tidak boleh lagi bertegas. Mula-mula daftar, "ustaz buat lah apa sahaja untuk didik anak saya. Kalau perlu rotan, rotanlah dia." Lepas anak dirotan, ibubapa tadi buat report polis. Guru yang kena hadap. Maka dari sini guru berpendirian, dari masuk penjara. Elok jangan rotan dan ikut engkaulah nak jadi apa. 


Keenam, YURAN PENGAJIAN TAK BAYAR, TAPI IBUBAPA PERGI MELANCONG MERATA. Anak makan hasil dari yuran anak orang lain.😄 

Yang ni saya sentuh next time.

Isnin, 14 Oktober 2024

Rahsia

 Dua peristiwa yang menakutkan telah berlaku di Amerika dan mengejutkan seluruh dunia.


Terdapat dua negeri di Amerika yang terlibat secara langsung dengan Israel dalam pengeboman terhadap rakyat Palestin. Ingat, Israel sendiri mengakui bahawa tanpa bantuan Amerika, ia tidak mampu berperang walaupun selama dua hari. Jadi, Amerika yang menjadi tunjang kekuatan Israel ini sebenarnya merujuk kepada dua negeri di Amerika. Mari kita sebutkan negeri-negeri tersebut: salah satunya ialah North Carolina, dan yang satu lagi ialah Florida.


Apakah kepentingan kedua-dua negeri ini? North Carolina ialah pusat ketenteraan Amerika. Negeri ini mempunyai sekitar 10 juta penduduk, dan hampir keseluruhannya terlibat dalam pengeluaran peralatan ketenteraan atau menguruskan pangkalan tentera. Di sini terletaknya pangkalan tentera terbesar Amerika. Dari pangkalan ini, kapal terbang kargo yang membawa bom berlepas dan menghantar bom tersebut ke Israel, yang kemudian dijatuhkan di Palestin. Jadi, itulah North Carolina. Penduduk di sini sangat menyokong Israel sehingga apabila pesawat yang membawa senjata untuk Israel berlepas, mereka bersorak dan menjerit, “Bunuh Palestin! Bunuh Palestin!”


Sekarang kita beralih ke negeri kedua, Florida.


Di Florida, tinggal Yahudi terkaya di Amerika. Selain itu, terdapat juga peranan penting lain yang dimainkan oleh Yahudi di sini. Mereka ialah Yahudi yang mempengaruhi Kongres Amerika, meluluskan rang undang-undang dan pakej bantuan yang kemudian dihantar ke North Carolina untuk dimuatkan ke dalam pesawat dan diterbangkan. Oleh itu, 🛑 Florida melambangkan kekuatan kewangan dan politik, manakala 🛑 North Carolina melambangkan kekuatan ketenteraan.


Sepuluh hari yang lalu, Allah telah membangkitkan ribut besar dari laut, yang dinamakan oleh Barat sebagai ‘Helena,’ tetapi kita menyebutnya sebagai azab dari Allah. Ribut ini muncul dari laut, mengabaikan semua negeri lain, dan terus menuju North Carolina, seolah-olah sebuah pesawat pengebom besar bersiap untuk menjatuhkan bom. Apakah keadaan North Carolina sekarang?


Namun, sebelum itu, mari saya kongsikan fakta menarik: Bank Dunia menganggarkan bahawa kos membina semula Palestin ialah $35 bilion.


Ribut ‘Helena’ melanda North Carolina, menyebabkan hujan dan banjir besar sehingga sebahagian besar daripada 10 juta penduduk di sana kini kehilangan tempat tinggal. Mereka tidak mempunyai air minum. Ingat, Palestin tidak mempunyai pakaian, makanan, atau tempat berlindung—mereka hidup di bawah langit terbuka. Dan kerajaan Amerika menganggarkan bahawa kos untuk membina semula North Carolina ialah $35 bilion.


Ini adalah saat “كما تدين تدان”—“sebagaimana kamu berbuat, demikian juga akan dibalas.”


Sekarang, kita beralih ke Florida. Satu lagi ribut besar telah muncul dari Teluk Mexico dan kini menuju Florida seperti pengebom raksasa yang membawa bom paling dahsyat di dunia. Kali ini, ‘bom’ tersebut adalah angin dengan kelajuan 180 batu per jam, angin yang belum pernah dilihat oleh manusia sebelumnya. Ribut ini mengancam seluruh negeri Florida, dengan 22 juta penduduknya—hanya sebahagian kecil sahaja yang selamat, manakala selebihnya mungkin akan menjadi gelandangan. Ribut ini sangat dahsyat sehingga seluruh negeri Florida telah dipindahkan. Dan berapakah kos untuk membina semula Florida? $200 bilion!


Dalam Al-Quran, Allah menyebut dua kali tentang perjalanan di bumi dan memerhatikan bagaimana Dia menurunkan azab ke atas kaum yang zalim.


Surah Al-An’am (6:11):

قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ ثُمَّ انظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ

“Katakanlah, ‘Berjalanlah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan.’”


Surah Ar-Rum (30:42):

قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِن قَبْلُ ۚ كَانَ أَكْثَرُهُم مُّشْرِكِينَ

“Katakanlah, ‘Berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang sebelum ini. Kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik.’”


Adakah ini bukan azab daripada Allah? Bukankah kita sepatutnya memberitahu anak-anak dan orang-orang di sekitar kita tentang azab ini agar rasa takut kepada Allah tersemat dalam hati kita? Azab ke atas para penzalim ini tiba setelah setahun penuh perjuangan dan syahid rakyat Palestin. Maka, kita perlu terus melakukan apa yang termampu dan jangan sekali-kali memandang rendah kekuatan doa.


وَإِنَّ جُندَنَا لَهُمُ الْغَالِبُونَ

“Dan sesungguhnya tentera Kami itulah yang pasti menang.” (As-Saffat: 173)

Rabu, 25 September 2024

Tik tok

 Ada kawan datang ke showroom nak minta nasihat. Katanya Isteri beliau ini kira tiktoker juga. Adalah lah followers 200k. buat content jual pakaian dan review produk dan memang ada rupa. 


Permulaan buat tiktok niat kerana nak buat bisnes zaman PKP. Oleh kerana terlalu ikut trend,mula buat content joget-joget sehinggakan nampak aset,tapi bukan direct. Contoh bila joget tudung terselak nampak bentuk buah dada. 


Maka ramailah lelaki jantan gatal meriang masuk komen lcah(“kak terselak tu” “kak terima kasih tolong payung” “sis mantap bergoyang”) Saya bacalah komen-komen untuk kepastian. Kebanyakkannya sudah tentu suami orang. 


Saya cakaplah kenapa kau tak suruh je isteri delete video tu,focus jelah kepada produk,banyak lagi cara untuk FYP. 


So dari sinilah ada cerita. 


Kawan saya ni kira baru berjinak jinak dengan agama. Dah mula jaga solat pergi kuliah. Maka dia tegurlah isteri turunkan konten tak elok. Tapi biasalah perempuan bila dah dapat apa yang dia nak,ada duit,dapat pujian dari lelaki,perasan jadi influencer. 


Maka dari situlah mula melawan cakap dan akhirnya minta cerai. Beri alasan joget-joget tu cara nak dapat FYP kepala hotak dia. Dan cara nak naikkan followers. Yup saya tengok video tu memang fyp 1juta views. 


Saya mampu diam tak mampu nak beri nasihat apa-apa. Cuma sedih bila kawan saya ini kata. Matt video joget-joget wife aku tu,dalam hp aku pun takda,tapi ada dalam hp semua lelaki lain yang orang boleh tengok setiap hari.  


Hanya diam tiada nasihat.  Hidangkan tea dan bersembang tentang perniagaan. Tiada mampu lagi untuk beri jalan kepada mereka yang memang  sudah memilih jalan hidup sendiri. 


Maka itulah jahatnya media sosial tempat sebahagian mereka mencari pujian,sanjungan. 

Saya takkan lupa sehingga sekarang nasihat seorang jemaah masjid ketika saya baru  sahaja membeli Nokia express music 2008/2009 begitu. 


Kata beliau. Jika tiada amal agama dalam rumah,tiada didikan agama kepada isteri dan anak-anak. Maka dari HP ini para isteri yang selama ini tiada siapa dapat melihatnya,akan tiba masanya pada bila-bila masa,tanpa kita meminta,isteri orang kita dapat melihat dari hujung ramput,sampai hujung kaki. 


Dan akan tiba masanya. Wanita-wanita menarik perhatian laki laki hanya mereka perlu berada di dalam rumah-rumah mereka sahaja. (Dan Sekarang sudah semuanya berlaku) 


Tuan puan. Zaman kita ini bukan sahaja kita perlu kerja keras untuk mencari rezeki,bahkan lebih dari itu kita kena kerja keras untuk jaga iman amal ahli keluarga.


Kita berada pada zamanya. 


-EncikMatt-

Sabtu, 21 September 2024

Rajin vs rakus

 TEGURAN UNTUK BANGSA CINA


16 Mei 2020 / 23 Ramadhan 1441H

Bismillah,

Dapat tidur 10 minit, terbangun semula. Dalam kepala ni tak habis-habis menyusun point-point tulisan saya. Harap pembaca bersabar dengan maklumat-maklumat pelik daripada saya.

Sebelum itu saya dedikasikan tulisan kali ni kepada abang-abang posmen, kurier, rider2 dan walker2 food panda, grab food, tentera2, polis2, jururawat2, makcik2 dan pakcik cleaner yang berkerja siang malam pada waktu2 pandemik covid ini. Tak lupa juga kepada ruh-ruh pasukan polis yang terkorban sewaktu peristiwa serangan Lahad Datu dan perginya 6 orang anggota bomba yang lemas serentak sewaktu misi menyelamat di Lombong Taman Putra Perdana pada Oktober 2018 yang lalu. Saya sedih bila terserempak dengan satu rider food panda budak melayu yang kemalangan sampai berterabur dengan makanan-makanan yang dihantar. Nampak darah dan makanan tu bercampur. Alfatihah.

61 tahun UMNO memerintah dengan DEB dan dasar-dasar pro Melayu katanya, tapi yang dalam 40 orang carta billionaire tu, banyak muka cina je dari Melayu. Meminjam kata-kata Mistisfiles, mason-mason Melayu ini berterus-terusan berebut jawatan dan berdegar-degar sebut hal ketuanan Melayu, hak-hak Melayu, Melayu itu Melayu ini di persidangan tahunan di PWTC. Saya teringat kata-kata bekas orang KDN, dia bagitau elit2 melayu ni suruh anak2 miskin melayu cakap bahasa Melayu kononnya nak memperjuangkan bahasa melayu, anak2 orang kaya elit dan pemimpin Melayu ini sendiri bersekolah di International School, bergaduh pasal melayu pun cakap omputeh.

Saya berkesempatan lah masuk pejabat pemimpin tertinggi UMNO tempoh hari, sekadar nak selfie2 dengan potret2 kat situ, belum ada selera lagi nak jumpa dengan orang-orang penting kat situ.

Saya rasa bersyukur juga, sejak tersungkur daripada 61 tahun pemerintahan, baru lah parti-parti melayu ni nak bersalam, berpeluk-peluk syahdu, bertakbir segala bagai. Dan pandemik covid ni, rasa aman sangat takde pergaduhan orang-orang politik. Saya pun macam Tun juga, saya tak nak UMNO naik semula memerintah negara. Dah cukup lah tu ya. Duduk diam2 buat meditasi dalam gua.

Ok sekarang kita cerita pasal satu bangsa macam kaduk naik junjung ni. Saya adalah terlibat dengan perhimpunan jawi yang dirancang nak dibuat di stadium kajang tempoh hari. Masa NGO2 tu berucap di depan Balai Polis Kajang, saya duk perhati dari belakang. Saya nak elak publisiti sebab saya memang pemalu. Tiba2 datanglah wartawan2 ambil gambar laporan saya, mungkin dia dapat agak saya tukang draft report polis pasal perhimpunan bantah jawi oleh Dong Zong tu, ada juga wartawan tanya2. Saya harap muka saya tak nampak kat mana2.

Pasal isu jawi tu, hampir bertumbuk lah bangsa kita dengan puak-puak cina ni, sampai balai polis Kajang terpaksa ambil perintah mahkamah nak halang Dong Zhong daripada meneruskan perhimpunan bantah jawi mereka. Pemimpin UMNO sorang pun tak berkutik tegur cina-cina Dong Zhong ni.

Saya tunggu je statement puak UMNO dari awal polemik jawi ni, kenapa Pemimpin UMNO yang suka laung2 pasal ketuanan Melayu tu diam membatu? Tapi yang pelik MCA dengan garang dan penuh yakin membela sekolah-sekolah cina ni. Tengok lah Chong Sin Woon tu, sekarang dah siap dapat Datuk lagi, setiap kali ada je writ saman masuk terhadap sekolah-sekolah vernakular ni, dia pun hantar lah Pencelah.

Masa prosiding pendengaran Pencelah-Pencelah (Interveners) tempoh hari di Mahkamah Tinggi untuk saman haramkan sekolah vernakular ni, berbelas-berbelas Pencelah daripada pihak sekolah-sekolah yang nak diharamkan ni datang diwakili oleh peguam-peguam cina dan india tersohor. Pencelah-pencelah yang hadir tu antaranya, Parti Gerakan, Persatuan Gabungan Kebajikan Guru-Guru Bersara Sekolah Tamil, Dong Zong,Jiao Zong, Parti MIC, parti MCA dan Majlis Bahasa Cina Malaysia.

Betapa mereka yang diberikan kerakyatan secara percuma oleh nenek moyang kita 61 tahun lampau tiba-tiba jadi harimau lapar yang garang yang boleh membaham sesiapa sahaja yang berani-beraninya mengusik hak anak cucu mereka untuk belajar guna bahasa ibunda mereka.

Tetapi bila beberapa patah perkataan jawi nak dimasukkan dalam silibus bahasa melayu, mereka dengan angkuh, rakus dan menggunakan segala isi padu semangat babi mereka untuk membantah tulisan warisan orang2 melayu itu, takut betul mereka dengan jawi, macam ada bisikan setan mengatakan jika jawi masuk ke sekolah2 mereka, itu adalah petanda tidak baik, tak ong lah, atau boleh mendatangkan kesialan, pendek umur, menjejaskan aliran feng shui dan segala mak nenek pantang larang mereka. Sampai Menteri Pendidikan letak jawatan, baru lah puas cina2 Dong Zong ni.

Sepanjang 61 tahun pemerintahan UMNO, sekolah-sekolah cina yang ditadbir oleh NGO Dong Jiao Zong bertapak kukuh, sekukuh bangunannya di Kajang. Setiap hari sepanjang 10 tahun saya akan lalu depan bangunan Dong Zong ni dan memikirkan apa ya yang ada dalam bangunan ala-ala China Komunis ini.

Saya ingin sekali bertemu dengan pemimpin2 Dong Zong ni, nak bertanya lah mereka ni sembah tuhan apa? Tuhan yang diajar oleh Buddha tu ke atau tuhan duit. Kalau mereka sembah tuhan duit, saya fahamlah kenapa semangat babi begitu tebal dalam diri mereka. Tapi kalau mereka tersesat, saya nak ingatkan supaya mereka kembali kepada ajaran asal Buddha atau Taoisme tu.

Saya rakam kemas semua kerakusan cina-cina di tanah melayu ini yang bersengkongkol dengan British melalui gerakan kongsi gelap yang wujud sehingga sekarang.

Waktu saya lawat kompleks muzium di Pasir Salak, saya tenung satu-satu pameran di situ. Perang Larut yang  berlaku di kawasan jajahan Ngah Ibrahim akibat kemasukan imigran-imigran daripada China yang tidak terkawal yang dibawa masuk pada awalnya untuk bekerja dilombong-lombong bijih timah, akhirnya bergaduh sesama sendiri menyebabkan terjadinya 4 siri Perang Larut di Perak sehingga menjadi penyebab British campur tangan di Perak dan termeterainya Perjanjian Pangkor 1874.

Kongsi-kongsi Gelap yang terlibat yang menyusahkan itu adalah Ghee Hin, Hai San, Go Kuan dan Si-Kuan dan 4000 pejuang professional yang dibawa daripada negeri China. Cina dengan cina berperang, rakus berebut timah di Perak, Cina Pulau Pinang mengadu kepada British, akhirnya Melayu juga yang terpaksa menanggung rugi apabila Ngah Ibrahim terpaksa membayar ganti rugi kepada kongsi gelap Ghee Hin itu. Saya simpan kisah ini kemas dalam hati saya.

Seterusnya tidak saya lupa akan terbakarnya Istana Raja Busu di Kota Lukut oleh cina-cina yang diberi peluang untuk jadi kaya raya hasil melombong bijih timah itu. Tak cukup jadi kaya, dibakarnya pula Raja Busu katanya sebab tidak berpuas hati apabila Raja Busu menaikkan cukai ke atas timah yang diekstrak dan dieksport keluar dari Lukut. Pada September 1834, cina-cina ini telah menyerang istana raja busu di Kota Lukut ini dan menuntut supaya Raja Busu keluar dari Istana. Raja Busu dengan berani menjawab “Kami, orang2 Islam tidak takut mati, lakukanlah apa yang kamu suka jika kamu berani”. Ada dicatatkan pelombong-pelombong cina ini bukan sahaja membunuh tetapi turut merompak barang kemas dan perhiasan istana Raja Busu yang berjumlah kira-kira 3,500.00 pounds. Melayu bagi lombong, mereka kaya raya, melayu juga yang dibunuh kejam. Boleh rujuk : http://www.sabrizain.org/malaya/sgor6.htm?fbclid=IwAR1OBdRezQU1kcR7DE4t0XroeN4_qiulezJlp0kXJafx5CTeMmHCCvbfoYs

Orang-orang cina jangan lah marah dengan tulisan saya ni. Sebab saya nak bagi ingat saja kat anak-anak cucu kamu urang. Saya nak bagitau yang puji-pujian mengatakan bangsa cina tu rajin tak betul, sebenarnya kamu rakus. Itu sahaja.

Sama juga di Bukit Nenas, bagaimana Kapitan Cina Yap Ah Loi memerangi orang-orang Melayu, sampaikan bagi upah lumayan siapa dapat tebas kepala Melayu Mandailing. Sehingga sejarah boleh jadi terpusing apabila banyak tulisan mengiktiraf jasa Yap Ah Loi yang memajukan Kuala Lumpur. Berpuluh2 tahun kita ditipu dengan mengatakan bahawa Yap Ah Loi lah yang membuka Kuala Lumpur.


Saya tulis semula keratan sejarah Perang Kelang dan Perang Kanching (dengan gigih saya salin, supaya anda dapat relate dengan entri saya Lohong Hitam di Bukit Nenas):

 “setelah enam bulan selesai “Perang Kelang” (II) itu, sepasukan orang Cina yang diketuai oleh seorang Cina Dari Negeri Sembilan bernama Chong Chong dibantu oleh orang Melayu di bawah pimpinan Saiyid Mashhor yang menyebelahi pihak Raja Mahadi, telah menyerang orang Cina pihak Kapitan Yap Ah Loy di Kuala Lumpur yang juga dibantu oleh orang Melayu, dan berlakulah pertempuran hebat antara kedua belah pihak itu di Ulu Kelang dan Ampang. Tetapi akhirnya pihak Chong Chong dan Saiyid Manshor telah mengalami kekalahan. Pertempuran itu telah berlaku dalam Bulan September dan Oktober tahun 1870.

Enam bulan lepas itu pula, orang Cina pasukan Kapitan Yap Ah Loy yang dibantu juga oleh Orang Melayu, telah berperang lagi dengan orang Cina pihak Chong Chong yang dibantu oleh Saiyid Manshhor di Rawang, Ulu Yam, Kuala Kubu dan Serendah. Setelah dua bulan berperang (Mei-Jun 1871), pihak Chong Chong dan Saiyid Mashhor dapat ditewaskan, Saiyid Mashhor telah pergi ke Kuala Selangor dan bersatu dengan orang-orang Raja Mahadi, Raja Mahmud dan lain-lain yang menentang pihak Tengku Kudin.

Semasa Kuala Selangor dikuasai oleh Raja Mahadi dan orang-orang itu, sekumpulan Cina telah merompak sebuah tongkang yang datang dari Pulau Pinang dan telah membunuh beberapa orang Cina dalam tongkang itu. Orang Inggeris mengatakan: apabila pegawai-pegawai Inggeris dari “Negeri-negeri Selat” datang ke Kuala Selangor mencari dan hendak menangkap perompak Cina yang dikatakan ada di Kuala Selangor itu, mereka telah diancam akan diserang oleh  orang-orang Raja Mahadi. Oleh sebab itu Kerajaan Inggeris di Negeri-negeri Selat telah menghantar dua buah kapal perang untuk membedil dan membakar Bandar Kuala Selangor (Julai 1871), sehingga Raja Mahadi dan sekutunya yang ada di situ lari bertempiaran keluar meninggalkan Kuala Selangor: Raja Mahadi pergi ke Bengkalis, Raja Mahmud pergi ke Sungai Ujung, dan Saiyid Mashhor lari ke Negeri Perak tetapi tiada berapa lama kemudiannya Saiyid Mashhor datang semula ke Ulu Selangor bersiap sedia untuk meneruskan tentangannya kepada pihak Tengku Kudin dan sekutunya. Sejak itu Kuala Selangor telah diduduki oleh orang-orang Tengku Kudin.

Dalam bulan Julai (1871) itu juga, Gabenor di Singapura telah menghantar pegawainya dengan kapal perang diketuai oleh J.W.W. Birch pergi ke Selangor berjumpa Tengku Kudin kemudian berjumpa Sultan Abdul Samad di Jugra. Ketika itu lah Birch telah memaksa Sultan Abdul Samad memperbaharui surat kuasa Tengku Kudin sebagai “Wakil Yamtuan” dan pada masa itu orang Inggeris menganggap Tengku Kudinlah yang layak menjalankan pemerintahan di Negeri Selangor, dan Birch telah memberi pengakuan bahawa Inggeris akan membantu Tengku Kudin.

Sejak itu semua daerah di sebelah pantai Selangor, dari Kuala Selangor hingga ke Jugra, telah dikuasai oleh Tengku Kudin dan Kuala Lumpur serta daerah sekitarnya dikuasai oleh Kapitan Yap Ah Loy yang memihak kepada Tengku Kudin”

Rujuk: http://lib.perdana.org.my/PLF/Digitisation/OCR%20Done/OCR%201/final/mus_list%20of%20book/SejarahSelangor%5BHajiBuyongAdil%5D.pdf

Perang Kanching dan Perang Kelang ni kedua-duanya ada mata sepet yang menangguk di air keruh. Satu pattern yang jelas dari Perang Larut, sehinggalah kepada Perang Kelang dan Perang Kanching, kesemuanya berlaku di antara era 1860-1870 an walaupun berlainan tempat kecuali terbakarnya istana Raja Busu yang berlaku lebih awal. Kesemua perang saudara itu melibatkan kongsi-kongsi gelap cina dan British menjadikan perang itu sebab untuk campur tangan.

Yang peliknya, daerah-daerah yang diberi kepada Tengku Kudin, iaitu semua daerah di sebelah pantai Selangor, dari Kuala Selangor hingga ke Jugra tak maju dan menjadi Bandar mati, Bandar sedih. Tak macam Kuala Lumpur yang jadi lubuk emas bagi kaum cina terutamanya.

Sejarah Perang2 di atas yang saya tulis pada pukul 1.22 pagi ni, saling tak tumpah keadaannya dengan dua pihak parti politik melayu sekarang. Mesti ada parti cina yang menyelit dalam kedua-dua blok itu. DAP dengan anwar, MCA dengan UMNO. Dua pihak2 Melayu berperang, DAP & MCA untung. Luar nampak gaduh, tapi hati bersatu. Saya ingat lagi macam mana CM Pulau Pinang ketika itu, Tan Sri Koh Tsu Koon dari Gerakan yang memerintah Pulau Pinang daripada tahun 1990 sehingga tahun 2008 yang menyerahkan pemerintahan Pulau Pinang kepada Lim Guan Eng daripada DAP dalam keadaan bersalam, tanda pass baton lah. Takda sapa rugi, sebab cina jugak dapat untung.

Nasihat saya kepada kaum cina, dunia ni kita tak boleh ambil semua dan bagi orang bukan cina taik-taik kita je, sebab tuhan orang Melayu dan tuhan orang Cina sama, bukannya tuhan orang cina tu duit.

Sampai masa, akan tiba hari pengadilan dimana setiap zarah perbuatan kita akan diadili dan saya percaya dunia sedang memasuki Fasa Pengauditan Mega yang tidak melepaskan barang sebesar zarah kejahatan mahupun kebaikan.

Saya tutup teguran saya kepada kaum cina ini dengan Ayat Quran yang berbunyi “Mereka berkehendak memadamkan cahaya Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka dan Allah tidak mengkehendaki selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang kafir tidak menyukainya (At Taubah: 32).

Wassalam

Khamis, 19 September 2024

AlQuran

 Di dinding makam Firaun kat Piramid tu ada satu ayat yang menarik ... Ia tulisan hieroglif.. Tapi sekarang orang dah pandai baca.. Dulu la orang tak faham.. Yela bahasa yang macam lukisan tu..


Terjemahan dia macam ni..


"Langit Menangisi Untukmu. Bumi Menangisi Untukmu. Bila Kamu Naik ke Syurga Menjadi Bintang"


Menariknya...


Dalam Quran Allah ada sebut juga pasai ayat tu... Lebih kurang macam ayat perli..  Perli la kat Firaun dia ingat dia mati langit akan menangis dan dia akan jadi bintang 🌟😆


Baca apa yang Allah balas.. 


Ayat ni memang Allah tuju pada Firaun.. Cumanya orang tak perasan.. Dulu orang tak perasan... Tapi sejak dapat baca tulisan hieroglif kat dinding piramid tu semua, barulah ada ilmuan Islam yang terperasan...


Sekali lagi ini apa yang ditulis Firaun di makam..


"Langit Menangisi Untukmu. Bumi Menangisi Untukmu. Bila Kamu Naik ke Syurga Menjadi Bintang"


Itu sebahagian.. Ayat di dinding itu panjang lagi.. Senang kata diorang tulis, jika Firaun mati, maka semualah bumi, langit, orang akan bersedih.. akan menangis.. akan meratap..


Begitulah nak gambarkan betapa sedihnya mereka..


Tapi, tahu tak apa yang Allah balas untuk ayat menangis sedih diorang ni, di dalam Al-Quran ?


Dalam surah Ad Dukhan ayat 28-29 . Maksudnya..


"Demikianlah Kami mewariskan (semua peninggalan Firaun dan orang-orangnya) kepada kaum yang lain. Maka langit dan bumi tidak menangisi mereka dan mereka pun tidak diberi penangguhan waktu".


Perasan kan pada ayat Langit dan Bumi tak menangis pun kat hang aihh Firaun Oii... Kalau terjemahan kitalah...😂


Boleh nampak tak?


Sedangkan Quran ni turun lebih dari 1400 tahun dahulu..  Masa ni orang pun tak jumpa lagi makan-makam Firaun ni..


Makam ni dijumpai pada abad ke 19..Tahun 1800 dahulu.. AL Quran turun pada tahun 610 .. Beza 1200 tahun tau..


Macam mana dalam Quran ada ayat yang sama dengan apa yang ada di dinding Makam Firaun?


Nak jelaskan bagaimana?


Bagaimana orang-orang yang tidak mempercayai Al-Quran, yang tak percaya Quran itu ayat-ayat dari Tuhan, yang menuduh ia adalah tulisan Muhammad, yang menuduh ia adalah rekaan Muhammad dan pengikutnya?


Nak jelaskan bagaimana?


Macam mana Muhammad yang buta huruf itu boleh faham bahasa yang dah lama terkubur ? 


Dan ketika dijumpa, orang tak faham tulisan hieroglif ni dah.. Sehinggalah terjumpanya Batu Artifak Rosetta.. 


Nak dijadikan cerita, panjang lah proses tersebut.. Maksud nya Allah buka lorong untuk manusia memahami bahasa purba zaman Firaun tersebut..


Sebab itu kita harus faham..


Kenapa Allah selamatkan jasad dan tinggalan Firaun?


Allah sebut dalam Quran yang Allah tinggalkan peninggalan dari Firaun untuk menjadi pengajaran dan tauladan pada umat kemudian..


Allah sebut begitu...


Sedangkan tamadun umat lain, kalau Allah sebut dalam Quran dihancurkan, kau carilah, kau kajilah.. memang tak akan jumpa. Allah hanya tinggalkan sedikit sahaja untuk memberitahu yang tamadun itu memang wujud tetapi tak banyak informasi yang boleh kita dapat..


Berbeza dengan peninggalan Firaun.. 


Allah sebut dalam Quran, Allah jaga.. Untuk pengajaran umat kemudian.. Bila Allah sebut ia dijaga... MasyaAllah..


Seperti yang kita boleh lihat sendiri sekarang ni.. 


Tapi tetap sebahagian dari manusia, tak nampak... 


Dan dalam Quran, banyak lagi ayat-ayat lain yang menceritakan sesuatu yang mustahil sama sekali seorang manusia mampu menulisnya...


Allah siap sebut dalam Quran, jika Quran tu bukan dari Allah, pasti kamu akan jumpa pelbagai kesalahan..


Ada satu tu..


Sebelum ni baca je.. Orang Islam baca Quran dan tak perasan pun..


Bila Saintis moden yang buat kajian pada lebah.. dan hasil dari kajian tersebut menyatakan yang lebah mempunyai 2 perut.. Satu perut tinja dan satu lagi perut berisi madu..


Oklah.. biasalah kan haiwan memang pelik-pelik...


Tapi, sekali bila kau baca ayat ni..


“..keluarlah dari dalam perut-perutnya (lebah) minuman yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia” (Surah al-Nahl: 69)


Terus kau macam dapat tangkap sesuatu!


Laaa ..... Patutlah Allah guna ayat plural bagi perut lebah ni 🐝, perut-perut.. Rupa-rupanya memang ada lebih dari satu perut!


*Perut-perut tu terjemahan dalam bahasa melayu dan ayat asal dalam bahasa Arab itu sendiri menggunakan ayat majmuk bagi perut tersebut .. Bermaksud lebih dari satu perut.. 


MasyaAllah..


Dan kita kemudian akan tertanya-tanya, ayat mana pula lagi yang akan mendedahkan lagi rahsia tentang alam ?


Seronok...


Orang yang suka tentang alam, suka tentang sejarah, suka tentang misteri dah rahsia, dia pasti seronok, teruja, kagum dengan Quran..


Cuma yang hatinya mati, dia akan memandang sepi..


Mudah-mudahan Allah bersihkan hati dan mematikan kita semua dalam perasaan kasih dan sayang nya pada Al-Quran .. InsyaAllah Aamiin Ya Rabbal Alamin 🤲🏻Al

Rabu, 18 September 2024

Lawatan menteri

 Cnp

sumber: fb OT

Lawatan KERJA Menteri Pendidikan tu apa ?

Lawatan kerja merujuk kepada kunjungan ke satu lokasi untuk tujuan mengetahui REALITI dan mendapatkn INFO sebenar, antaranya...


a. berinteraksi dan berbincang dengan individu yang terlibat secara langsung, seperti murid, ibubapa, guru, pihak pengurusan, atau komuniti setempat, untuk memahami cabaran, keperluan sebenar mereka.


b. mengumpul maklumat untuk membuat keputusan dasar atau strategi selanjutnya.


c. lawatan yg bertujuan untuk meningkatkan kefahaman menteri dan membuat tindakan berdasarkan pemerhatian langsung di lapangan.


Utk mencapai tujuan di atas jika melibatkan menteri.... wajar 

1. lawatan tanpa pengaturan khas, memaklumkan lebih awal untuk melihat keadaan sebenar sekolah, tanpa persiapan untuk menunjukkan yang terbaik. Ini akan memberi gambaran yang lebih jujur tentang situasi di sekolah.


2. menteri mengadakan sesi dialog tertutup dengan guru, pelajar, dan kakitangan sekolah tanpa kehadiran pegawai kementerian utk memberi peluang kepada warga sekolah bercakap secara terbuka


3. menteri mengarahkan audit bebas terhadap pengurusan sekolah yang meliputi aspek penggunaan dana, kualiti pengajaran, dan kebajikan pelajar utk dilaporkan utk pengetahuan beliau. Hasil audit ini boleh dijadikan asas untuk tindakan susulan bagi penambahbaikan yang diperlukan.


4. selepas lawatan, pastikan ada tindakan susulan yang dicatatkan berdasarkan penemuan semasa lawatan.. berbincang juga dgn kementerian lain utk sama2 membantu. 


5. setiap lawatan perlu disusuli dengan pengumpulan data dari guru dan pelajar tentang kualiti pendidikan dan cabaran sebenar di sekolah. 


6. menteri memastikan bahawa isu kebajikan guru dan pelajar, seperti beban kerja yang tidak munasabah, ketiadaan sokongan emosi, atau masalah disiplin, diatasi dengan mekanisme yang jelas. 


7. menteri boleh menemui komuniti setempat, termasuk ibu bapa dan badan bukan kerajaan dan berdialog terbuka 


8. menteri boleh mengarahkan pegawai2 KPM mengadakan program intervensi khusus untuk sekolah yang menghadapi cabaran tertentu, disesuaikan mengikut keperluan spesifik.


9. beri lebih banyak autonomi utk pihak sekolah bertindak balas lebih cepat terhadap masalah unik yang dihadapi.


10. elakkan acara2 persembahan, pameran dll yg murid dan guru sediakan khusus utk mdpt pujian menteri.. atau menteri menyampaikan sumbangan yg boleh dilakukan oleh JPN atau PPD.


Kesimpulan:

Menteri patut rasa bersalah JIKA lawatan yg menggunakan dana rakyat dlm urusan kerja rasmi lebih berbentuk lawatan yg memberi kerja pula kpd pihak yg dilawat utk menyantuni rombongan yg datang melawat... dari mencapai objektif sebenar lawatan..


Selamat Hari Malaysia !


Foto: Buat hiasan sahaja..


OT

Pendidikan

Cnp

sumber/kredit: OT

10 bebelan simple2 utk sistem pendidikan negara !


Terima kasih atas respon post aku sebelum ini....wow ! Aku cuma nak tambah skit... tak salah rasanya memberi sedikit pendapat sebagai orang tua...bukan pengetua.... 10 bebelan  simple2 jer... sempena hari raya 


1. Bina lebih byk sekolah....tak payah besar2 tapi lengkap... pitih kita banyak... kerajaan kata kurangkan subsidi sebab nak bina pembangunan utk rakyat... mestilah termasuk bina sekolah.. tapi macam tak nampak jer..


2. Dah ada sekolah yang mencukupi... maksima 30 pelajar satu kelas. Kelas A ada 30 pelajar.... makin kebelakang makin kurang, kelas akhir cukup 15 jer... inipun jika masih nak teruskan sistem streaming dgn falsafah utk scaffold mereka. 


3.Guru biarlah mereka mengajar... kurang kerja2 pengkeranian tahap paling minima... tak ada lagi baik. Besarkan sikit operasi sekolah. Ini idea basi... sebab dah lama dah di suarakan... 


4.Tak yah nak kuarkan pelajar A kesekolah lain...PPD, PPN dan guru besar / pengetua fikir jer camner nak banyakkan lagi pelajar As disekolah tersebut dan kurangkan pelajar C, D, E dan Fs ! Kalau satu sekolah dapat naikkan 5 % dapat As dan kurangkan 30 % dapat D, E dan Fs... bayangkan kesannya satu Malaysia yang ada ratusan ribu sekolah !! 


5. Aniaya pelajar As kalau tinggal sekolah asal? Kenapa plak? Adakah ni bermaksud pelajar lain yang majoriti yang tinggal disekolah asal akan teraniaya? Aku tak fikir sampai macam tu sekali...


6. Semak semula ukuran kejayaan. Sekolah yang dapat kurangkan pelajar gagal dgn peratusan meningkat LEBIH baik dari perkiraan As.... sebab ini adalah tujuan  LUHUR pendidikan.


7. Bagaimana kalau dah malas... mak bapak pulak buat tak kisah... nasiblah kalau gagal ! 


Sistem pendidikan yang baik akan mengambil isu ini sebagai suatu cabaran yang serius.. menjadikannya sebagai agenda utama... membuat pelaburan yang besar kepada kelompok ini utk mendidik warga menjadi lebih baik... tak semestinya utk dapat As...dan pastinya akan tetap ada yang akan terus tercicir... kerana kealpaan sendiri...  tetapi Ini tentunya berbeza dengan sistem yang terlebih dahulu spt  "mengalpakan" mereka. 


8. Pelajar yang tercicir ini akan mendapat satu "pukulan" bahawa sistem pendidikan bukan utk mereka, mereka serik... dan maybe trauma sehingga mengelak utk menyambung pelajaran lalu memilih utk keluar dari sistem tersebut... paling sedih ramai memilih utk jadi kutu... jadi penghuni pusat serenti...  


Sahabat aku di ILP Rembau pernah menyuarakan betapa susahnya nak dapat pelajar yang "tercicir " utk mengisi kekosongan ILP... Yang nak masuk pun maybe yang masih tersisa kesedaran utk belajar...


9. Perbetulkan definisi guru / sekolah / pengetua dll yang cemerlang, terbilang dan gemilang. Fikirkan definisi yang lebih menepati falsafah pendidikan yang kononnya syumul, syamil dan kamil.... bukan falsafah byknya As.


10. Sekali lagi.... minimakan accumulative advantages kepada segelintir pelajar lalu menghasilkan  accumulative disadvantages kepada majoriti yang lain


OT

Selasa, 17 September 2024

Sahabat

 Lelaki yang Nabi ﷺ gali kuburnya dengan tangan baginda sendiri dan menolak bantuan orang lain dalam menggali kubur tersebut, kemudian Rasulullah ﷺ turun ke dalam kubur dan berbaring di dalamnya dengan jasadnya.


Namanya sebelum memeluk Islam ialah Abdul Uzza al-Muzani, berasal dari bandar Muzainah. Beliau memeluk Islam ketika berumur 16 tahun dan meninggal dunia pada usia 23 tahun. Dia seorang pemuda yang kaya dan hidup mewah. Ibu bapanya meninggal dunia ketika dia masih kecil, lalu dia dibesarkan oleh bapa saudaranya.


Dia seorang pemuda yang sangat istimewa di kalangan pemuda lain dengan pakaian mahal dan cantik yang diimport khas dari Syam untuknya. Dia satu-satunya pemuda yang memiliki kuda pada masa itu, sedangkan pemuda terbaik di Muzainah hanya memiliki seekor keldai kecil. Bapa saudaranya adalah salah seorang pembesar di Muzainah.


Ketika Abdul Uzza berusia 16 tahun, itulah masa para sahabat berhijrah dari Mekah ke Madinah. Mereka melalui Muzainah dengan sangat cepat kerana kaum Quraisy mengejar mereka. Suatu hari, seorang sahabat menemuinya semasa dalam perjalanan hijrah dan menawarkan Islam kepadanya. Dia segera memeluk Islam. Setelah itu, dia meminta para sahabat untuk mengajarkannya sesuatu dari Al-Quran. Namun, para sahabat berkata, "Kami tidak dapat tinggal lama kerana Quraisy mengejar kami, tetapi jika engkau mahu, ikuti kami dalam perjalanan untuk belajar Al-Quran." Dia berjalan di belakang mereka sambil mendengar bacaan Al-Quran sejauh 15 kilometer di padang pasir, kemudian kembali ke Muzainah dan pada hari berikutnya dia berdiri di sempadan Muzainah menunggu sahabat lain lalu untuk mengajarnya bacaan Al-Quran yang baru dia hafal.


Suatu hari, seorang sahabat berkata kepadanya, "Mengapa tidak berhijrah bersama kami kepada Rasulullah?" Dia menjawab, "Aku tidak akan berhijrah sebelum bapa saudaraku memeluk Islam kerana dialah yang membesarkanku. Aku tidak akan berhijrah sebelum membawa dia kepada Islam." Dia tinggal di Muzainah selama tiga tahun, menyembunyikan keislamannya. Dia mencari setiap peluang untuk berbicara dengan bapa saudaranya tentang agama Islam yang dibawa oleh Muhammad, tetapi bapa saudaranya enggan mendengarnya. Setiap kali dia ingin solat, dia pergi jauh ke padang pasir agar tidak dilihat oleh sesiapa.


Setelah tiga tahun berlalu, pada suatu hari dia berkata kepada bapa saudaranya, "Engkau telah melambatkan aku dan membuat aku tertinggal dari Rasulullah. Aku tidak lagi mampu menahan rindu kepada Nabi. Aku ingin memberitahumu bahawa sejak tiga tahun yang lalu aku telah bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Rasulullah. Aku sekarang ingin berhijrah kepada Rasulullah. Aku harap engkau menyertai aku, tetapi jika engkau menolak, tiada apa yang akan menghalang aku dari berhijrah."


Bapa saudaranya sangat marah dan berkata, "Jika engkau tetap mahu memeluk Islam, aku akan mengambil segala milikmu." Dia menjawab, "Lakukanlah apa yang engkau mahu, aku tidak akan memilih apa pun selain Allah dan Rasul-Nya." Bapa saudaranya berkata, "Jika engkau berkeras, aku akan mengambil bahkan pakaian yang ada padamu." Lalu, bapa saudaranya merobek pakaian yang dipakainya. Abdul Uzza berkata, "Demi Allah, wahai bapa saudaraku, aku akan berhijrah kepada Rasulullah walau apa pun yang engkau lakukan padaku."


Dia memulakan hijrahnya hampir dalam keadaan telanjang di padang pasir sehingga dia menemui sebuah karung guni daripada bulu. Dia memotongnya menjadi dua, satu bahagian diikat di pinggangnya dan satu lagi diletakkan di atas bahunya. Ketika dia sampai di Madinah, dia masuk menemui Rasulullah. Nabi bertanya, "Siapa engkau?" Dia menjawab, "Aku Abdul Uzza." Nabi bertanya, "Mengapa engkau berpakaian begini?" Dia menjawab, "Aku telah memeluk Islam dan bapa saudaraku telah mengambil segala milikku, termasuk pakaian. Aku tidak menemui apa-apa di jalan ini kecuali dua helai kain ini." Nabi bertanya, "Engkau benar-benar melakukannya?" Dia menjawab, "Ya." Lalu Nabi berkata, "Mulai hari ini engkau adalah Abdullah Dzul Bijadain, bukan lagi Abdul Uzza. Allah telah menggantikan dua helai kain ini dengan pakaian syurga yang engkau boleh pakai sesuka hati."


Oleh kerana kemiskinannya, dia tinggal di rumah para ahli Suffah, iaitu tempat tinggal orang-orang miskin di belakang rumah Nabi. Pada usia 23 tahun, dia menyertai Ghazwah Tabuk bersama Nabi dan dia berkata, "Ya Rasulullah, berdoalah agar aku mati syahid." Nabi mengangkat tangannya dan berdoa, "Ya Allah, haramkan darahnya dari pedang orang kafir." Abdullah berkata, "Ini bukan yang aku mahu, wahai Rasulullah." Nabi menjawab, "Wahai Abdullah, ada di kalangan hamba Allah yang keluar di jalan Allah, lalu dia dijangkiti demam dan meninggal dunia, maka dia syahid. Dan ada juga yang keluar di jalan Allah lalu terjatuh dari kudanya dan meninggal dunia, maka dia syahid. Mungkin engkau akan dijangkiti demam dan mati, maka engkau akan syahid."


Abdullah menyertai Ghazwah Tabuk dan kaum Muslimin meraih kemenangan. Dalam perjalanan pulang, Abdullah dijangkiti demam yang sangat kuat dan mula merasai kesakitan kematian. Abdullah bin Mas'ud menceritakan kisah kematian Abdullah Dzul Bijadain, katanya, "Pada suatu malam yang sangat sejuk dan gelap, aku sedang tidur. Tiba-tiba aku mendengar suara menggali di luar khemahku. Aku hairan, siapa yang menggali dalam kesejukan dan kegelapan ini? Aku bangun dan mencari Nabi, Abu Bakar, dan Umar di khemah mereka, tetapi aku tidak menemui mereka. Aku hairan ke mana mereka pergi. Aku keluar dari khemahku dan melihat Abu Bakar dan Umar memegang pelita, sementara Nabi sedang menggali kubur. Aku pergi kepadanya dan berkata, 'Apa yang berlaku, wahai Rasulullah?' Baginda mengangkat wajahnya dan air mata mengalir dari matanya. Baginda berkata, 'Saudaramu, Dzul Bijadain, telah meninggal dunia.'"


Abdullah bin Mas'ud berkata, "Aku melihat Abu Bakar dan bertanya, 'Apakah engkau akan membiarkan Rasulullah menggali kubur sendirian sementara engkau hanya berdiri memegang pelita?' Abu Bakar menjawab, 'Nabi tidak mahu orang lain menggali kubur ini selain dirinya.'"


Nabi menggali kubur Dzul Bijadain dengan tangannya sendiri. Kemudian baginda turun ke dalam kubur dan berbaring di dalamnya. Setelah itu, baginda meminta Abu Bakar dan Umar mengangkat jenazah Abdullah dengan berhati-hati. Baginda berkata, "Berlembutlah dengannya. Demi Allah, dia sangat mencintai Allah dan Rasul-Nya."


Abdullah bin Mas'ud berkata, "Aku melihat Nabi memeluk jenazah itu dengan penuh kasih sayang dan air mata baginda jatuh ke atas kain kafan. Baginda bertakbir empat kali dan berkata, 'Semoga Allah merahmatimu, wahai Abdullah. Engkau adalah seorang yang selalu bertaubat dan rajin membaca Al-Quran.' Kemudian baginda mengangkat wajahnya ke langit dan berkata, 'Ya Allah, aku bersaksi kepada-Mu bahawa aku sangat redha dengan Dzul Bijadain, maka redhailah dia.'"


Abdullah bin Mas'ud berkata, "Demi Allah, pada hari itu aku berharap akulah yang berada di dalam kubur itu."

رضي اللّه عنهم أجمعين


Ustaz Umar Nasir

Khamis, 12 September 2024

Speed mart

 Terbaca pasal bekas pekerja Speedmart complaint kata kerjanya gaji murah, takde OT yang berpatutan, kerja long hours, takde elaun lain dan benefit-benefit lain.


Ini semua timbul bila tengok tauke Speedmart jadi billionaire. Dikatakan tauke kaya atas jerih staff.


Saya suka nak komen balik:


1. Dulu masa sekolah orang suruh belajar kau main-main,  Pergi merempit. Pelajaran bukan jiwa kau. Sekarang banyak pulak complaintnya. 


2. Ada orang paksa kau kerja Speedmart? Kau boleh je cari kerja tempat lain kan. Takde sapa letak pistol kat kepala kau.


3. Nak gaji besar cari kerja yang susah  orang ganti. Kau kalau berhenti Speedmart berpuluh orang standby nak ganti. Apa majikan nak heran.


4. Pasal kena ganti duit hilang tu biasa je. Dari zaman dulu sapa jaga cashier kalau short duit je kena potong gaji. Kau baru keluar gua ke?


5. Kerja 10 jam gaji tak sampai RM3,000. Marilah kerja construction site Engineer ada Ijazah gaji RM2,500 je tak tentu dapat nak cuti sebulan sekali. Jangan kata 10 jam, 12 jam tu biasa, 24 jam pun selalu (bila peak). Engineer tu ada ijazah complaint pun orang tak peduli. Kau hanya sekadar SPM tu sapa nak peduli.


6. Kau nak annual dinnerlah company triplah kau masuk MLM atau jadi ejen takaful, atau ejen hartanah. Kau kena menjual. Tak nak pulak. Tak sesuai dengan jiwa. Takde darah menjual. Banyak alasan.


7. Marah boss kaya. Pergi buka satu bisnes sendiri. Start dari bawah. Jadi boss yang pemurah yang macam kau idamkan tu. 


8. Yang utama adalah gaji. Bonus tu tak wajib pun company nak bagi. Dalam surat lantikan kadangkala ditulis discretion (budi bicara) company. Kena faham mana satu wajib (statutori) mana satu discretion atau tak wajib. 


9. Nak buat union (kesatuan sekerja?) Good luck lah. Bisnes moden kat Malaysia ni dah lama tak menggalakkan penubuhan kesatuan sekerja. Yang masih ada ni yang lama. Yang paling banyak dekat MAB (dulu panggil MAS).


10. Nak gaji besar, masa sekolah bila orang suruh belajar, belajar. Jangan banyak main. Kalau diri tu tak sesuai akademik, masuk kemahiran. Dah keluar kerja cari pengalaman, tambah lagi kemahiran. Belajar lagi pengurusan. Jangan jadi nurtizen hari-hari kerja nya complaint.

Rabu, 28 Ogos 2024

Tagging

 [Katakan kepada diri anda...]

.

Cuba fikir zaman sekarang semua orang sudah guna TnG atau RFID atau SmartTag, Credit Card, Debit Card, e-Wallet, QR Pay dan lain-lain.

.

Dalam tahun depan rasanya kot, jikalau anda boleh lari dari semua ini saya rasa anda lejen lah.

.

Nak senang faham baca cuba baca kat bawah ni.

.

.

.

.

Katakanlah anda berada di KL. Anda hendak balik kampung senyap-senyap jumpa mak ayah di Kedah. 

.

Hari Isnin nanti anda akan ada balik. Tapi anda tipu boss anda kata anda tak sihat, nak rehat hari Sabtu dan Ahad.

.

Boss anda adalah orang kabel tinggi yang ada akses kepada semua benda ini. Eh anda pulak jenis kerek sikit dengan PA boss anda dan driver dia.

.

.

.

Cuba fikirkan situasi² ini: Anda nak balik senyap-senyap ni. Tapi telefon tak leh tutup takut dia syak.

.

Katakan kepada diri anda bahawa boss anda yang canggih itu tidak tahu anda berada di mana sekarang!

.

Katakan lepada diri anda bahawa dia tidak boleh find your device anda detect your location.

.

Katakan kepada diri anda bahawa dia tidak boleh buat tower triangular untuk detect location simcard anda.

.

Katakan kepada diri anda dia tidak tahu anda cucuk duit di R&R.

Katakan kepada diri anda bahawa dia tidak dapat akses semua IP Camera di lebuhraya dan jalanraya.

.

Katakan kepada diri anda dia tak tahu nak kesan kat mana  anda guna bank debit dan kad kredit anda.

.

Katakan kepada diri anda bahawa anda tidak singgah di R&R untuk kencing, tetapi kencing sahaja dalam semak tepi highway kerana takut CCTV.

.

Katakan kepada diri anda bahawa kereta anda sekali isi minyak boleh sampai ke bulan dan balik semula nanti.

.

Katakan kepada diri anda bahawa anda solat nanti tak pergi surau takut CCTV. Anda solat dalam kereta sahaja. Tayamum di tingkap.

.

Katakan kepada diri anda boss anda tidak tahu nak cek siapa pasangan anda dan anak-anak anda.

.

Katakan kepada diri anda bahawa boss anda tidak boleh perlakukan semua sekali yang dia lakukan kat atas kepada pasangan anda.

.

Katakan kepada diri anda bahawa boss anda tidak boleh perlakukan semua sekali yang dia lakukan kat atas kepada anak-anak anda.

.

Katakan juga kepada diri anda bahawa mak anda kat kampung nanti tak masak langsung untuk anda walau anda dah gtau nak balik kampung sebelum nak gerak tadi.

.

Katakan mak anda pergi pasaraya Aneka beli udang dan sokong serta lauk-lauk lain untuk anda. Mak anda swipe jer kad yang duit anda selalu bank in setiap bulan.

.

Katakan pada diri anda boss anda tidak boleh cek rekod perubatan mak anda, dia rahu rupanya mak anda alahan seafood. Tetapi beli seafood dalam kuantiti lebih dari biasa.

.

.

.

.

Macam-macam lah anda nak katakan pada diri anda kan.

.

.

.

.

.

Tiba-tiba boss anda call ketika anda dalam perjalanan. Dalam hati anda, nak baru nak cakap kat dia anda on the way ker klinik.

.

.

.

Tiba-tiba dia cakap kat anda. On the way ke klinik ker?

.

.

Lalu dia teruskan kata-kata. I ingat nak ajak you pergi main golf esok. Cukupkan flight.

.

Anda diam jer.

.

Kemudian dia lepaskan ayat keramat.

.

"Katakan kepada diri anda. Jin setan yang berpaut pada vak yang kamu dah cok hari tu datang beritahu saya... dia bosan sebab dia dok dalam diri kamu tapi kamu bising sangat sampai dia datang report kepada saya.

.

Banyak sangat anda ada bercakap kepada diri anda. Asyik sebut saja..

.

"Katakan pada diri anda... 

.

"Katakan pada diri anda... 

.

"Katakan pada diri anda... 

.

Dia serabut kepala sebab tu datang gtau saya.

.

.

.

.

Kalau anda boleh sembunyi lagi sikit hari nanti, saya tabik spring lah. Anda sudah ditandakan !

.

.

.

 

Lawak² jer.

.

.

BAZ

Sabtu, 17 Ogos 2024

RBT padi hampa


 RBT spt padi hampa...

1. Tindakan memperkenalkan subjek seperti RBT tanpa makmal dan guru berkelayakkan lebih kpd beri gambaran atau persepsi luaran utk kagumkan orang ramai. Ini mmg kepakaran pemikir dlm KPM.


2. Dalam konteks ini, kementerian cuba menonjolkan pencapaian atau inovasi baru dalam pendidikan untuk menunjukkan bahawa mereka progresif dan responsif terhadap keperluan masa kini, walaupun pelaksanaan sebenar lebih byk menyusahkan tanpa byk faedah, malah menekan murid dan guru.


3. KPM  mementingkan imej impresif supaya  kelihatan hebat di mata umum berbanding realiti keupayaannya berfikir dan bertindak untuk memberi manfaat kepada pelajar.. manfaat lebih penting kpd imej kementerian. Jika byk kekurangan, pandai2lah guru handle.. dan jawablah bila murid tak perform. Yg penting bila YBM dtg melawat.. tunjukkan semua yg hebat2.


4. KPM mmg pakar impresif,  di atas kertas sungguh gah tetapi realiti dalam pelaksanaannya guru yg diperah.. ramai murid yg rebah, ibubapa hanya mampu pasrah.

5. Tentulah sedih bila mengetahui pemikiran pelaksana pendidikan negara lain yg maju, yg utamakan pencapaian murid secara kolektif dari 'bermuka2' mencipta dan meluncur mcm2 program dan dasar hebat, tapi realitinya  spt padi hampa, dari jauh nampak menguning tapi isinya 'nothing'.


OT


Jumaat, 26 Julai 2024

1 bijak

 - Seorang jurutera Arab bertanya kepada seorang jurutera Jepun 🇯🇵: "Bagaimanakah anda semua menjadi begitu bijak dan membangunkan jabatan dan perkhidmatan anda?"

Orang Jepun menjawab: Anda lebih bijak daripada kami!!

 - Orang Arab itu berkata: Bagaimana?

Orang Jepun menjawab: Daripada setiap 10 orang Jepun, ada seorang yang bijak! Manakala bagi kamu semua ada 9 orang yang cerdik dan seorang yang bodoh. !!️

-Kita pilih yang cerdik untuk memimpin jabatan dan institusi dan 9 yang selebihnya membantunya, tetapi kamu pilih yang bodoh untuk memimpin jabatan dan institusi dan meninggalkan 9 yang pintar tanpa kerja!!

-Sebab tu awak rasa kami semua bijak.💜🎓

Selasa, 23 Julai 2024

downgrade

 

Jangan malu jika terpaksa downgrade hidup.

Jangan malu jika terpaksa downgrade hidup.

“Downgrade hidup memang susah apatah lagi bila dah terbiasa dengan zon selesa.

Dulu saya pernah diberi nikmat untuk upgrade hidup. Haha.. bukan dari sudut pengalaman. Tapi dari sudut benda.

Saya beli kereta T untuk keselesaan diri dan juga keluarga. Kemudian saya terfikir, instalment saja dah makan banyak expenses.

Saya decide untuk let go kereta tersebut supaya saya dapat save lagi RM1000. Kemudian, saya beli kereta paling murah di pasaran. Kereta tempatan. Downgrade kereta dari sedan ke compact.

Surprisingly, saya rasa saya buat keputusan yang tepat sebab 2 tahun lepas tu, COVID melanda. Income efek teruk juga..

Kalau kereta tu masih ada, masak nak bayar. Silap hari saya tak makan. Haha..

Saya sedar bahawa downgrade life ni tak perlu rasa malu. Sebab bukan mereka yang mengata tu akan bantu bayar instalment pun. Tak guna nampak gah tapi nak bagi family makan pun tersekat-sekat.

Nak jalan ke mana-mana pun teragak-agak sebab fikir nak bayar kereta.

Saya rasa bersyukur atas keputusan yang diambil iaitu downgrade hidup. Dengan downgrade hiduplah saya dapat beri pendidikan yang okay sikit buat anak saya. Kos tadika tak murah di bandar. huhu..

Dengan downgrade kan hiduplah buat saya lebih enjoy life. Banyak saya dapat nikmati keindahan dunia dengan perbanyakkan pengalaman.

Mula-mula tu adalah rasa macam loser. Tapi lagi loser kalau tak dapat beri sehabis baik buat anak dan isteri.

Nasib baik wife saya okay saja untuk saya downgrade hidup. Dia kata, dia dulu orang susah. So tak rasa pelik untuk hidup susah.

Downgrade lifestyle tapi upgrade la skill supaya pendapatan pun naik.

Walaupun pendapatan naik, saya masih kekalkan lifestyle yang sama.

Betul kata sepupu saya, kereta boleh panggil awak daddy ke? Hanya anak saya yang boleh panggil saya daddy.

Ayat tu betul-betul menyentuh hati saya. Masa tu saya belajar mana satu prioriti dalam hidup.

Bukan tak teringin nak kereta baru. Kereta tu tak mahal pun. Bukan kereta mewah. Vios dan City pun dah cukup. Cuma belum lagi masa yang sesuai untuk saya milikinya.

Saya nak settle down dulu semua. Baru fikir pasal kereta. Kereta bukan prioriti. Hanya untuk bergerak dari point A ke point B saja”

Ahad, 21 Julai 2024

Kiswah

 AYAT-AYAT YANG DITULIS DI KISWAH KAABAH


👉 AYAT 1 - NABI MENUNGGU WAHYU ARAH KIBLAT

● Firman Allah SWT:

Kerap kali Kami melihat engkau wahai Muhammad berulang-ulang mendongak ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai

[Surah Al-Baqarah :144]


● Potongan awal ayat surah Al-Baqarah ini dibahagi dua dan disulam di bahagian paling atas sekali di langsir pintu kaabah. Potongan ayat ini dipilih untuk disulam kerana ia membawa tafsiran "Sungguh kami telah melihat engkau wahai Rasul mengarahkan wajahmu ke arah langit berulang-ulang kali, demi menunggu Wahyu turun kepadamu tentang urusan kiblat, maka kami benar-benar memalingkan engkau dari Baitul Maqdis, ke arah kiblat yang kau sukai dan kau inginkan, iaitu arah Masjidil Haram di Mekah. Maka palingkanlah wajahmu ke arah sana. Dan di manapun kamu berada wahai kaum muslimin hendak menunaikan solat, maka hadapkanlah ke arah Masjidil Haram. Ketika ini Nabi SAW sedang bersolat di Masjid Qiblatain di Madinah.


👉 AYAT 2 - SEGERA BERBUAT AMAL & KEBAJIKAN

● Firman Allah SWT:

Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa

[Ali 'Imran : 133]


● Ayat 133 dari surah Ali 'Imran ini disulam penuh di bahagian bawahnya. Ayat ini dipilih untuk disulam berdasarkan tafsiran "Bersegeralah berbuat kebajikan dan mendekatkan diri kepada Allah dengan melaksanakan berbagai jenis ibadah, agar kalian mendapat ampunan yang besar dari Allah dan dimasukan ke dalam syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang Allah persiapkan bagi hamba-hambaNya yang bertaqwa.


👉 AYAT 3- ALLAH SWT YANG BERKUASA

● Firman Allah SWT:

Allah yang menerangi langit dan bumi

[An-Nur : 35]


● Potongan awal ayat ini disulam 4 kali di bahagian atas ianya membawa tafsiran makna النور yakni cahaya, iaitu yang menjadikan sesuatu benda menjadi terlihat kerana pantulan cahaya yang mengenai suatu benda tersebut dan diserap oleh mata. Allah menjadikan langit dan bumi bersinar dengan keistiqamahan penghuni keduanya dan dengan kesempurnaan pengaturan Allah dan hidayahNya.


👉 AYAT 4 - UMRAH & PERJANJIAN HUDAIBIYAH

● Firman Allah SWT

Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar; iaitu sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haraam inshaaAllah pada masa yang ditentukanNya dalam keadaan aman

[Al-Fath : 27]


● Sulaman paling besar di bahagian tengan sitarah yakni langsir pintu kaabah ini paling penting di mana ianya membuktikan kebenaran mimpi Nabi SAW ketika perjanjian Hudaibiyah. Tafsir ayat ini menunjukkan, Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada RasulNya kebenaran mimpinya dengan benar saat Allah menampakkannya di dalam tidurnya dan telah diberitahu oleh baginda kepada para sahabat, bahawa dia dan para sahabatnya akan memasuk Baitullah al-Haram dalam keadaan aman tanpa sebaranng gangguan musuh. Di antara kamu ada yang membotakkan kepala, dan ada yang mencukur pendek rambutnya sebagai bukti selesainya umrah mereka. Allah mengetahui masalah yang kamu hadapi wahai orang-orang yang beriman dan juga apa yang tidak kamu ketahui. Dan di samping terbuktinya mimpi untuk masuk ke Mekah pada tahun itu, Allah juga menjadikan kemenangan dalam waktu terdekat, iaitu perjanjian Hudaibiyah yang dirancang oleh Allah lalu diikuti dengan kemenangan perang Khaibar untuk orang-orang beriman yang menghadiri perjanjian Hudaibiyah.


👉 AYAT 5 - BERKASIH SAYANG ANTARA MANUSIA

● Firman Allah SWT:

Nabi Muhammad SAW ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang memusuhi Islam, dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri umat Islam.Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud

[Al-Fath : 29]


● Isi penting ayat ini disulam kerana Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah; dan orang-orang yang bersama dengan dia yakni orang-orang yang mengikuti di dalam perang Hudaibiyah. Ada yang bersikap keras terhadap mereka sebagaimana seekor singa yang memperlakukan mangsanya. Ada juga di kalangan mereka yang saling berkasih sayang. Mereka menampakkan ketegasan dan kekerasan terhadap orang yang berbeza agamanya, dan menampakkan kasih sayang dan kelembutan kepada orang yang seagama; tidak seperti yang dilakukan oleh orang-orang munafik, mereka akan berlemah lembut kepada orang-orang kafir dan bersikap keras terhadap kaum muslimin, dan sungguh buruk apa yang mereka lakukan itu. Kamu juga dapat menyaksikan mereka sedang rukuk dan sujud.


 WAllahua'lam.