Selamat Hari Guru
Khas buat sahabat2ku yang bergelar guru, Alhamdulillah..syukur Allah bagi kita jadi guru.
selagi kita masih berkhidmat, khidmatlah menjadi murabbi yg sebaik- baiknya..
Jadilah kita murabbi yang bertauhid.. murabbi yg bertauhid ni dia tak nampak murid @ rakan sekerja @ parent yang menguji dia. Dia nampak ALLAH yg sedang menguji dia.. sebab itu dia tidak mudah melatah dan mampu bersabar dgn kerenah..
Murid@rakan sekerja@parent itu "ALAT" ujian ALLAH utk murabbi. Dia sedar dan faham.. begitulah pentingnya mengaji ilmu Tauhid..
Kalau mengaji ilmu tasawuf pula.. akhlak dgn rakan sekerja pasti dijaga sebaik- mungkin... Setiap hari fokusnya nak dapatkan redha Allah.. setiap hari. Ya Allah, aku niatkan kerja buatku ibadah kepadaMu.
Murabbi yg mengaji tasawuf pasti setiap hari fikir apa lagi dalam HATI ni nak dibersihkan?
Harini buang sikap baran
Esok buang sikap malas
Lusa buang sikap bangga diri, dengki, tamak, ego, pandang rendah pada org lain… dll
Kerana
Guru bukan sekadar pengajar
Malah pendidik
Mendidik adalah pemindahan rasa
Rasa takut dan cintakan Tuhan itu yg nak dipindahkan kpd anak didik
Seorang guru itu
Hari2 dia akan fokus untuk bersihkan hatinya.. Kenapa perlu bersihkan hati? Sebab hati yang akan mengadap Allah. Hati yang ikhlas, tawadhuk sahaja yang akan selamat. Hati mutmainnah lagi tenang Insyaallah selamat.
Selamat hari guru semua
Ampun maaf dan Jazakumullahukhairan
Moga Allah rahmati dan berkati tugas kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan