Ahad, 11 September 2011

Pemasyhuran kemerdekaan



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan selawat dan salam ke atas sekalian Rasul-Nya.
Bahawasanya kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia.
Dan bahawasanya kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, maka, telah dipersetujui bahawa Negeri-negeri Melayu, iaitu JohorPahangNegeri SembilanSelangorKedahPerlisKelantanTerengganu, dan Perak serta negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang, mulai 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah Persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu.
Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak dalam perjanjian tersebut, iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak menjalankan apa-apa kedaulatan baginda ke atas kedua-dua buah negeri yang tersebut itu.
Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak yang tersebut, iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948, dan segala peranjian yang lain yang ada sekarang antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja ataupun salah seorang daripada baginda itu sebelum tarikh yang tersebut hendaklah dibatalkan mulai daripada tarikh itu, dan semua kuat kuasa dan hak Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen ataupun Parlimen Negeri United Kingdom dalam Negeri-Negeri Selat ataupun Persekutuan Tanah Melayu seluruhannya adalah tamat dengan sendirinya.
Dan bahawasanya kerana Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Parlimen Negeri United Kingdom dan Majlis-Majlis Undangan Persekutuan dan Negeri-Negeri Melayu telah meluluskannya, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 itu berjalan kuat kuasanya.
Dan bahawasanya kerana suatu perlembagaan bagi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditentukan menjadi suatu kanun yang muktamad baginya.
Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen.
Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang diadakan oleh Majlis Undangan Persekutuan yang tersebut itu telah diluluskan oleh suatu undang-undang yang diadakah oleh Majlis Undangan Persekutuan serta dengan undang-undang yang diadakan oleh negeri-negeri Melayu dan dengan ketetapan-ketetapan dalam Majlis Undangan Negeri Melaka dan Pulau Pinang, dengan demikian Perlembagaan itu telah berjalan kuat kuasanya pada 31 hari bulan Ogos tahun 1957.
Maka, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, sayaTunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja negeri-Negeri Melayu dengan ini memasyhurkan dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai Tiga Puluh Satu hari bulan Ogos Tahun Seribu Sembilan Ratus Lima Puluh Tujuh, maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa ta'ala akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa

Halau zionis Laknatullah..>!

Oleh: tokpepijat

" Mesir dan Turki halau Yahudi...kita ambil Yahudi jadi penasihat.


Tidak sampai dua minggu, Israel ditimpa kehinaan mendadak. Pertamanya, Dutanya di Turki dihalau dari bumi Kerajaan Uthmaniyyah akibat tidak mahu meminta maaf atas kejahatan membunuh NGO Turki diperairan Gaza tahun lepas.

Walaupun ditawarkan US 1 juta sbagi setiap keluarga yang terbunuh oleh Regim Zionis, Turki tetap memandang maruah mengatasi nilai wang.

Keduanya, yang menghina Regim Zionis ialah penyerbuan 2,000 orang rakyat Mesir keatas kedutaan Israel yang mengakibatkan Duta serta kakitangannya cabut lari meninggalkan bumi Anbiya' itu. Ini adalah kali kedua bangunan kedutaan di serbu oleh rakyat Mesir. Sebelumnya oleh seorang pemuda Mesir yang memanjat bangunan 16 tingkat itu dan menurunkan bebdera Israel dari tiangnya.

Ini semua atas kejahatan Regim Zionis itu yang membunuh 5 anggota polis Mesir di sempadan Gaza.

Itulah jatidiri dan maruah sesebuah negara. Turki halau Yahudi kerana enggan minta maaf manakala rakyat Mesir serbu kedutaan Israel kerana membunuh polis Mesir.

Malaysia...bukan sahaja anggap British sebagai "penaung" bahkan ambil APCO Zionis jadi penasihat !

Itulah beza kita dengan Turki dan Mesir.

Kepada polis PDRM, lihatlah kasih sayang rakyat Mesir kepada polis mereka. Walaupun polis Mesir pernah bunuh, penjara, pukul dan sumbat dalam penjara semasa polis berkhidmat kepada Hosni Mubarak, tetapi mereka sepakat membela polis mereka apabila Zionis membunuh anggota mereka.

Sabtu, 10 September 2011

Cedekiawan vs Pengembala Kambing

Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya. Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai.Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam. Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara itu.


Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam.Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat. Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat. Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu. Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian. Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin.


Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul.Cendekiawan pula menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul.Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.


Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya. Betul lagi... Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan.


Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul... Maka tamatlah sesi perdebatan. Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita...


"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tuanku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallah ilahaillallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari.Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduan namuhammadarrasullullah)"


"Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima. Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari,maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam" "Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hambamengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi."


"Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu Jawapannya telur... betullah...Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya" Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita...


"Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu.Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh.Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia."


"Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba.Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba.Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak! Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun mampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi..."


Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut. Sungguh besar keagungan Tuhan...walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela

surat Nabi Muhammad SAW


Setelah Perjanjian Hudaibiyyah Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam memiliki kesempatan untuk berdakwah yang lebih luas. Beliau mengirimkan banyak surat kepada pembesar di berbagai negeri menyeru mereka kepada Islam.
Berikut ini adalah kisah tiga orang raja yang berbeza reaksinya ketika menerima surat dari Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam. Perbezaan reaksi ini berakibat pada perbezaan nasib yang mereka alami.

1- Surat Nabi saw untuk Raja Negus (Penguasa Ethiopia)


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh0sc-lL5ArBI6kHil7dOsP7LrTveqZBroSDvhyphenhyphenNcVcI29A80CqZQDvOj32F1D3w0EQzr-rMnkeaENC7BEVRr7AdyJrKaBQz_FBseQs99USj6oIAH_NIqwrQX3Of6UIGqR1CfNzmHppSlc/s1600/surat1.jpg
Isi surat:
Dari Muhammad utusan Allah untuk An-Najasyi, penguasa Abyssinia (Ethiopia).
Salam bagimu, sesungguhnya aku bersyukur kepada Allah yang tidak ada Tuhan kecuali Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, dan aku bersaksi bahawa Isa putra Maryam adalah ruh dari Allah yang diciptakan dengan kalimat Nya yang disampaikan Nya kepada Maryam yang terpilih, baik dan terpelihara. Maka ia hamil kemudian diciptakan Isa dengan tiupan ruh dari-Nya sebagaimana diciptakan Adam dari tanah dengan tangan Nya. Sesungguhnya aku mengajakmu ke jalan Allah. Dan aku telah sampaikan dan menasihatimu maka terimalah nasihatku. Dan salam bagi yang mengikuti petunjuk.

Ketika Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam menulis surat kepada An-Najasyi yakni Ashhamah bin Al-Abjar dan menyerunya kepada Islam. Raja An-Najasyi mengambil surat itu, beliau lalu meletakkan ke wajahnya dan turun dari singgasana. Beliaupun masuk Islam melalui Ja’far bin Abi Tholib radiyallahu ‘anhu.

Beliau lalu mengirimkan surat kepada Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam dan menyebutkan tentang keislamannya.

Raja An-Najasyi akhirnya meninggal dunia pada bulan Rajab tahun ke-9 Hijriyyah. Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam memberitakan hal itu pada hari wafatnya lalu melakukan solat ghaib untuknya. Beliau juga menyatakan bahawa Raja An-Najasyi kelak akan masuk surga.

2- Surat Nabi saw untuk Raja Heraclius (Kaisar Romawi)
Isi surat:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dari Muhammad utusan Allah untuk Heraclius Kaisar Romawi yang agung.

Salam bagi siapa yang mengikuti petunjuk. Salain dari pada itu, sesungguhnya aku mengajak kamu untuk memeluk Islam. Masuklah kamu ke agama Islam maka kamu akan selamat dan peluklah agama Islam maka Allah memberikan pahalah bagimu duakali dan jika kamu berpaling maka kamu akan menanggung dosa orang orang Romawi. “Katakanlah: Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)”. Al-Imron 64

Ketika Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam mengirim surat kepada Kaisar Heraklius dan menyerukan kepada Islam. Pada waktu itu Kaisar sedang merayakan kemenangannya atas Negeri Persia.
Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam telah mengirim Dihyah bin Khalifah Al-Kalby sebagai utusan kepada Kaisar Heraklius penguasa Kekaisaran Romawi, negara kuasa besar pada masa itu.
Kaisar pun berkeinginan untuk melakukan penyelidikan bagi memeriksa kebenaran kenabian Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam. Maka beliau memerintahkan untuk mendatangkan seseorang dari Bangsa Arab ke hadapannya.

Abu Sufyan rodhiyaullahu ‘anhu, waktu itu masih kafir, dan rombongannya segera dihadirkan di hadapan Kaisar. Beliau diminta berdiri paling depan sebagai juru bicara kerana memiliki nasab yang paling dekat dengan Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam.
Rombongan yang lain berdiri di belakangnya sebagai saksi, sehingga beliau tidak berani berbohong. Itulah strategi Kaisar untuk mendapatkan keterangan yang valid.

Maka berlangsunglah dialog yang panjang antara Kaisar dengan Abu Sufyan rodhiyaullahu ‘anhu. Kaisar Heraklius adalah seorang yang cerdas dengan pengetahuan yang luas.

Dengan kecerdasan dan keluasan ilmunya Kaisar boleh mengetahui kebenaran kenabian Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam. Malah Kaisar menyatakan :
Dia (maksudnya Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam) kelak akan mampu menguasai wilayah yang dipijak oleh kedua kakiku ini.” Sedangkan pada masa itu Kaisar sedang dalam perjalanan menuju Baitul Maqdis.

Kaisar lalu memuliakan Dihyah bin Khalifah Al-Kalby dengan menghadiahkan sejumlah harta dan pakaian. Kaisar memuliakan surat dari Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam namun masih lebih mencintai tahtanya.
Akibatnya adalah di dunia Allah Subhanahu wa Ta’ala memanjangkan kekuasaannya. Namun dia harus mempertanggungjawabkan kekafirannya di akhirat kelak.

3- Surat Nabi saw untuk Raja Khosrau II (Penguasa Persia)
Isi surat:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dari Muhammad utusan Allah untuk Khosrau, penguasa Persia yang agung.
Salam bagi orang yang mengikuti petunjuk, beriman kepada Allah dan RasulNya, dan bagi orang yang bersaksi bahawa tidak ada Tuhan kecuali Allah, Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan bagi yang bersaksi baha Muhammad itu hamba Nya dan utusan Nya. Aku mengajakmu kepada panggilan Allah sesungguhnya aku adalah utusan Allah bagi seluruh manusia supaya aku memberi peringatan kepada orang-orang yang hidup (hatinya) dan supaya pastilah (ketetapan azab) terhadap orang-orang kafir. Peluklah agama Islam maka kamu akan selamat. Jika kamu menolak maka kamu akan menanggung dosa orang orang Majusi.

Ketika Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam mengirim surat kepada Kisra Abrawaiz raja dari Negeri Persia dan menyerunya kepada Islam. Namun ketika surat itu dibacakan kepada Kisra, iapun mengoyaknya sambil berkata, ”Budak rendahan dari rakyatku menuliskan namanya mendahuluiku.

Ketika berita tersebut sampai kepada Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam, beliaupun mengatakan, ”Semoga Allah merobek-robek kerajaannya.”

Doa tersebut dikabulkan. Persia akhirnya kalah dalam perang menghadapi Romawi dengan kekalahan yang menyakitkan. Kemudian iapun digulingkan oleh anaknya sendiri iaitu Syirawaih. Ia dibunuh dan dirampas kekuasaannya.

Seterusnya kerajaan itu kian terobek-robek dan hancur sampai akhirnya ditaklukkan oleh pasukan Islam pada zaman Khalifah Umar bin Khathab radiyallahu ‘anhu hingga tidak boleh lagi berdiri. Selain itu Kisra masih harus mempertanggung-jawabkan kekafirannya di akhirat kelak.

Merdeka


Kemerdekaan negara akan disambut 31 Ogos ini. Kali ini disensasikan dengan putar belit ceramah Timbalan Presiden PAS. Beliau bercakap perkara yang memang fakta sejarah, tapi putar belit melalui media massa pro UMNO menyebabkan orang ramai keliru.
Tapi ada baiknya, rakyat akan mencari maklumat sebenar kumpulan manakah yang benar-benar berjuang menuntut kemerdekaan dan kumpulan manakah yang mengambil jalan mudah mendapat kemerdekaan dengan memijak kumpulan yang lain?
Tak ramai yang naikkan jalur gemilang. Bukan tak patriotik tapi dok rasa kalau naikkan bendera macam sokong kerajaan B1N1.

Beberapa tahun dulu, penulis ada cipta pengkisahan sejarah kemerdekaan versi penulis. Penulis paparkan dalam blog ini untuk tatapan bersama.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhG8I-0816pH4u-IzJ1mYqC-KKQRrMW3h8xP79ZPqMnk9fgjGmoInSHgLUji0XMtldhLWh7Nqhy7s2cyk40KiXcRRF96wENKS64BCas7OvgOz2RrrhuP850__CVolxpsUgL3KR15bWI1cNL/s320/320px-Portugis.jpgPengkisahan Sejarah Kemerdekaan ini boleh dibaca di majlis-majlis rasmi kemerdekaan di sekolah, IPTdan Pejabat Kerajaan. Bacalah dengan intonasi suara yang bersemangat


24 Ogos 1511 - Setelah hampir 2 minggu mempertahankan bumi Melaka, akhirnya Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, kerajaan Melayu terulung di nusantara jatuh ke tangan Benggali Putih berbangsa Eropah Portugis.

Raja Ahmad putera Sultan Mahmud Syah gugur bersama beribu-ribu pejuang Melaka di medan berdarah.

Perjuangan mendapatkan semula Melaka bermula setelah kejatuhan Melaka. Sultan Mahmud Syah memimpin perjuangan mendapatkan kembali Melaka, namun A Famosa menjadi penghalang kemerdekaan Melaka.

http://fc06.deviantart.net/fs45/i/2009/273/a/1/Kota_A_Famosa_2008_by_since1993.jpg1641 - Setelah lebih 100 tahun bertapak di Melaka, akhirnya runtuh juga Kota Melaka, namun kemerdekaan Melaka masih tak tercapai jua kerana Belanda pula menjadi penguasa. Perjuangan memerdekakan Melaka terus menyala. Raja Ali Haji memimpin perjuangan suci merebut Melaka dari Belanda.

1784 - Peristiwa sedih di Teluk Ketapang, Melaka. Raja Ali Haji terkorban bersama pengikutnya di tangan Belanda. Melaka tetap belum merdeka.

1824 - Perjanjian Inggeris-Belanda, bumi Melaka ternoda lagi, bangsa Eropah membahagi Gugusan Kepulauan Melayu, satu untuk engkau, satu untuk aku. Begitu mudah sekali seolah-olah Kepulauan Melayu kepunyaan datuk nenek mereka. Inilah padah kuasa di tangan penjajah. Mereka memecahkan peta rumpun Melayu nusantara.

Setelah Sultan Abdullah, Sultan Kedah ditipu dan dihina Francis Light untuk mengambil Pulau Pinang pada 1786, kemudian Sultan Husein, Sultan Johor diperdaya Stamford Raffles untuk mengambil Singapura pada 1819, kini bangsa Inggeris mendapat habuan Melaka dari perjanjian ciptaan mereka, adilkah?.

1874 - Kekayaan bahan mentah membuka mata penjajah. Bijih timah dan minyak adalah kekayaan tidak terkira nilainya. Inggeris mula mencipta alasan campurtangan di negeri-negeri Melayu, seumpama Amerika mencipta alasan untuk menyerang Iraq.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgPYTnhUhGls_LCVwmZ_lW5aTxmwnqODKwiWW7Kt7Y0w8vcJGldjK9ogtFAY1leh0kR-mi6WN58zkcv_96raKztbtZy7RWzH_LjUmgarO1f2u_Jof1B3BMgzOIsRF8OnmCrsbKBk9R1Mz0/s400/pangkor-treaty.jpgBermula dengan Perjanjian Pangkor pada 1874 hingga 1895. Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang menjadi mangsa kerakusan Inggeris untuk menjadi kaya.

Bermula dari Perjanjian Burney pada 1826 hingga Perjanjian Bangkok pada 1909, Siam diugut dan menjadi mangsa tipu helah Inggeris mendapatkan negeri-negeri bunga emas Siam. Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu dipaksa tunduk kepada Inggeris.

1914 - Hanya Johor kekal merdeka. Inggeris kehilangan alasan, ketiadaan punca. Paduka Sultan Ibrahim mula diperdaya menyingkirkan Dato’ Abd Rahman Andak, penghalang utama Inggeris berkuasa diJohor. Johor negeri terakhir ditakluk Inggeris.

Sejak pengambilan Pulau Pinang pada1786 hinggalah Johor pada 1914, semangat mendapatkan kemerdekaan terus membara di hati orang-orang Melayu.

Mereka sanggup mati, sanggup dipenjara, sanggup diseksa dan sanggup dibuang negeri, namun undur tidak sekali. Lawan tetap lawan, perjuangan tetap diteruskan.

Dato’Maharajalela dan Dato’ Sagor mati di tali gantung Inggeris di Matang, Perak.

Tok Janggut dibunuh dengan buluh runcing. Mayatnya diseksa, diarak dengan kaki ke atas dan kepala ke bawah mengelilingi Pasir Putih, Kelantan.

Haji Abdul Rahman Limbong, 'Peguambela' rakyat Terengganu yang ditindas, dibuang negeri ke Mekah.

Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau diburu Inggeris dari Pahang sehingga ke Patani, Siam dan terpaksa menetap di sana.

Mereka ini adalah pejuang agama, pejuang bangsa dan pejuang tanahair. Mereka juga tokoh kemerdekaan. Namun darah mereka yang mengalir masih belum mampu membebaskan negeri-negeri Melayu dari belenggu penjajah.

Awal kurun ke–20 - Kesedaran untuk mendapatkan kemerdekaan dicetus kembali. Syed Sheikh Al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abas Taha lulusan Al-Azhar, Mesir mencetuskan idea pembaharuan Islam melalui Kaum Muda.

http://arkib.gov.my/image/image_gallery?uuid=f4c17b7e-34eb-4175-a3bb-e33a6b29c406&groupId=20994&t=1251444659418Dari Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) lahir Ibrahim Haji Yaakub, pengasas Kesatuan Melayu Muda (KMM). Tuntutan kemerdekaan yang berani menjadi sebab Ibrahim Haji Yaakub dipenjara Inggeris Oktober1941, tetapi dibebaskan bila Jepun menjajah Tanah Melayu.

Desakan dan tuntutan janji kemerdekaan dari Jepun oleh Ibrahim Haji Yaakub menyebabkan Jepun mengotakan janji mereka.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJOStkxex2VaaC5iPnUuPepuP1S3cRmQ0538ncwF_AuW_E9AYrlrew7l9UaoI3QgjnkyZji5ZF55MTaFDiZ1Ihkf-4u609wiKY0GvHh0wD_T0hrDGPTYajCD5BIKA2Wp4CH62MW8_fiLeJ/s400/jepunberbasikal.jpgIbrahim Haji Yaakub bersama Sukarno dari Indonesia ke Jepun bagi merundingkan kemerdekaan bersama Indonesia dan Tanah Melayu dengan nama Negara Melayu Raya.

Sukarno pulang dan mengisytiharkan kemerdekaan oleh Jepun. Kemerdekaan sudah hampir kepada Tanah Melayu, namun bom atom Amerika ke atas Nagasaki dan Hiroshima memusnahkan segalanya. Ibrahim Haji Yaakub tidak sempat mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu.

1946 - Malayan Union diperkenalkan. Peluang Dato’ Onn mencetuskan kebangkitan orang-orang Melayu. Kongres Melayu SeMalaya mengumpulkan semua persatuan Melayu melahirkan umno. Tentangan orang-orang Melayu menguburkan Malayan Union.

April 1947 - PUTERA pimpinan Dr. Burhanuddin Helmi dan AMCJA pimpinan Tan Cheng Lock gabungan parti-parti politik Melayu dan Cina mengemukakan Perlembagaan Rakyat bagi mengantikan Malayan Union tetapi ditolak Inggeris kerana menjejaskan kepentingan Inggeris di Tanah Melayu.

Jun 1948 - Pengisytiharan darurat. Inggeris menggunakan kesempatan ini untuk menangkap pemimpin Melayu yang tidak disenangi Inggeris Dr. Burhanuddin Helmi, Ishak HajiMuhammad (Pak Sako), Ahmad Boestamam, Ust. Abu Bakar al-Baqir dan ramai lagi disumbat ke penjara di bawah undang-undang kejam Inggeris.

Kini hanya umno 'anak didik British' satu-satunya parti Melayu menjadi tempat pergantunggan orang-orang Melayu selepas banyak parti yang mendapat sokongan terbesar orang Melayu seperti PKMM, AWAS, API dan Hizbul Muslimin diharamkan dan ramai pemimpin Melayu ditangkap.

1955 - Pilihanraya umum pertama di Tanah Melayu, Perikatan gabungan umno, MCA dan MIC menang besar dalam pilihanraya ini. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pengganti Dato’ Onn yang meletak jawatan, memimpin umno dan menjadi Ketua Menteri Tanah Melayu.

1 Jun 1956 - Tunku dan rombongan merdeka berangkat ke London dari Singapura menaiki kapal hingga Karachi dan kemudiannya menaiki kapal terbang ke London.

8 Feb 1957 - Tuntutan kemerdekaan dipersetujui dan ditandatangani di Lancester House, London antara Tunku dan Menteri Tanah Jajahan Inggeris, Alan Lennox Boyd, bagi pihak Inggeris. Suruhanjaya Reid merangka perlembagaan baru dibentuk.

21 Feb 1957 - Rombongan Tunku tiba di Padang Merdeka, Melaka dengan disambut puluhan ribu rakyat yang menunggu pengumumuman tarikh kemerdekaan Tanah Melayu.

9 Mei 1957 - Tunku sekali lagi pergi ke London untuk meneliti persiapan akhir kemerdekaan.

31 Ogos 1957 - 12.01 dinihari di Padang Kelab Selangor bangunan Sultan Abdul Samad, bendera Inggeris Union Jack diturunkan buat kali terakhir dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu disaksikan ribuan penduduk.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh_DcrzjZSyfyYxXOxhcc3dinFllGpamf6vnlrEMUwwKhkLKEfe0Wku8HPRR9lEx8hQbBO1421lrxm5-OhqdELSGAD31Xa0A4UikF4oE_gwzlzuATRwNj4aQob7p7m9kOcsIZ7PqsLTgoA/s400/KL07_280207_KELAB+SULAIMAN.jpg8.00 pagi di Stadium Merdeka. Tunku sebagai Perdana Menteri Malaya di hadapan wakil Ratu Elezabeth, Duke Of Glouster, Pesuruhjaya Tinggi Inggeris terakhir Donald Mac Gillivray, raja-raja Melayu dan orang kenamaan serta puluhan ribu rakyat mengisytiharkan Kemerdekaan Tanah Melayu yang berdaulat.


Wasalam 
sumber:  http://layarminda2.blogspot.com