Ahad, 17 Jun 2012

solat17





































pinang

Bab Memilih Suami

BAGAIMANA memilih suami atau menantu?
Seorang lelaki pernah datang menemui Hasan bin Ali bin Abi Tolib; ”Saya ada mempunyai seorang anak perempuan. Bagaimana pendapatmu, dengan siapa anak perempuan aku itu patut dikahwinkan?” Hasan menjawab :


”Kahwinkanlah dengan lelaki yang bertaqwa kepada Allah, kalau ia menyintainya ia akan menghormatinya, dan kalau ia tidak cinta, ia tidak akan menganiayainya.

S: Di negara kita biasanya sebelum berkahwin diadakan peminangan. Bagaimana pandangan Islam mengenai perkara ini?

Masalah meminang ini adalah asalnya kebiasaan orang-orang Arab purbakala yang diteruskan oleh Islam, di mana perkara ini telah dilakukan oleh Rasulullah saw dan pada sahabat-sahabat.

S; Apakah yang patut ditekankan dalam pemilihan semasa meminang?

Perkara yang patut ditekankan dalam peminangan ialah tiga perkara : iaitu perempuan yang masih gadis, kedua perempuan yang boleh melahirkan anak dan ketiga perempuan yang berpegang teguh dengan ajaran Islam.

S: Bagaimana tabiat wanita yang sebaik-baiknya dijadikan ister?

Tabiat wanita yang paling baik dijadikan isteri ialah wanita yang disebutkan oleh Rasulullah dalam hadisnya,

”Sebaik-baik wanita adalah yang apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira). Apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu.

Bab Meminang

S: Apakah hukumnya lelaki yang meminang melihat perempuan yang dipinang?

Dalam hukum syarak harus bagi seseorang meminang melihat perempuan yang dipinang tetapi hanya muka dan dua tapak tangan sahaja, kerana dengan melihat muka dan dua tapak tangan itu cukuplah membayangkan bentuk dan kecantikan perempuan itu.

S: Apakah hikmahnya dalam Islam menyuruh yang meminang itu melihat perempuan yang dipinang?

Hikmahnya ialah supaya suamu itu hidup dalam aman tenteram. Rasulullah sendiri telah menyuruh sahabatnya Mughirah bin Syukbah supaya melihat perempuan yang telah dipinangnya.

Sabda Nabi yang bermaksud:

”Lihatlah dahulu perempuan itu, maka melihatnnya adalah pokok utama bagi suami isteri hidup dalam anam damai,”

S : Adakah melihat perempuan yang dipinang itu semestinya lelaki itu sendiri?

Dalam Islam tidak semestinya lelaki itu sendiri melihat perempuan yang dipinangnya, tetapi bolehlah ia mengutus seorang perempuan yang dipercayai.

Nabi sendiri telas mengutus Ummi Sulaim kepada seorang wanita. Sabdanya:

”Perhatikanlah kepada hujung tumitnya dan ciumlah tengkoknya,”

S : Dalam masyarakat kita hari ini, bila seorang itu telah bertunang dia selalu membawa tunangnya keluar bersiar-siar dan sebagainya. Bagaimana pandangan Islam mengenai hal ini?

Perbuatan seperti ini adalah bertentangan dengan hukum syarak kerana tunangnya itu masih haram baginya untuk bercampur gaul dan adalah ditakuti berlaku sesuatu perkara maksiat.

Sabda Nabi yang bermaksud :

”Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya. Maka sesungguhnya orang ketiga bersama dengannya ialah syaitan kecuali bersama mahram.

S: Bagaimana pandangan Islam pemberian dalam pertunangan?

Perkara pemberian dalam pertunangan adalah merupakan adat atau kelaziman yang dilakukan di negara kita. Adat kebiasaan ini tidak bercanggah dengan prinsip Islam malah adat ini dianggap satu perkara yang baik dan selaras dengan kehendak Islam.

S: Bagaimana kalau pertunangan itu putus disebabkan sesuatu perkara. Bolehkah lelaki itu minta kembali pemberiannya itu?

Tidak harus bagi lelaki yang meminang atau keluarganya menuntut kembali pemberian pertunangan itu, tetapi jika pihak perempuan atau keluarganya dengan sukarela mengembalikan pemberian itu, haruslah bagi pihak lelaki menerima kembali pemberian tersebut.

S: Biasanya di negara kita di majlis pertunangan diadakan satu perjanjian iaitu jika pihak lelaki mungkir, barang hantaran itu akan menjadi milik perempuan, tetapi jika pihak perempuan mungkir, mestilah dikembalikan dua kali ganda. Bagaimana pandangan Islam mengenai masalah ini?

Dalam Islam membuat perjanjian di majlis pertunangan tidak menjadi suatu kesalahan. Tetapi apa yang salah ialah perjanjian mengembalikan dua kali ganda jika pihak perempuan utu mungkir, kerana perjanjian seperti ini akan menimbulkan tipu daya dan helah bagi pihak lelaki untuk mencari jalan bagi mendapatkan bayaran yang berganda itu. Perbuatan ini adalah bercanggah dengan kehendak Islam.

S: Bagaimana perempuan yang harus dipinang?

1- Bukan tunang orang.
2- Bukan isteri orang.
3- Bukan mahram
4- Bukan dalam iddah.

S: Bagaimana pandangan Islam mengenai kahwin paksa?

Kahwin paksa adalah suatu perkara yang amat buruk yang boleh menyebabkan berlaku perkara yang tidak diingini. Dalam Islam sah wali mujbir (bapa), memaksa anaknya yang masih gadis berkahwin dengan sesiapapun. Tetapi bila dipandang dari segi kepentingan pergaulan suami isteri jelas bahawa kahwin paksa itu menimbulkan keburukan.

S: Bagaimanakah perkahwinan yang sebaik-baik dilakukan supaya suami isteri itu hidup dalam rumah tangga yang bahagia?

Dalam masyarakat kita, perkahwinan yang sebaik-baik ialah persetujuan kedua belah pihak yang bakal menjadi suami isteri dengan direstui oleh ibu bapa kedua belah pihak.

AlArqam

RUMAH Arqam bin Abi Arqam menjadi tempat pertemuan Nabi saw dengan sahabat-sahabat di Mekah. Kedudukan tempat ini terasing dari orang ramai terumatan dari golongan quraisy.


Di sinilah baginda menyampaikan ceramah-ceramah tauhid, mengembirakan hati pengikut-pengikut agama Islam dan berbincang tentang rakan-rakan mereka yang diseksa oleh orang-orang quraisy.

Al-Mustad’afu istilah yang diberikan kepada pengikut Nabi saw di Mekah. Mereka orang-orang yang lemah, tetapi setia tidak berbelah-bahagi kepada Allah dan rasul, walaupun mereka diancam, diseksa namun mereka tetap bertahan.

Nama-nama mereka seperti Bilal bin Rabah, Ammar Yassir, Khabab Arrati, Shuhaib Rumy, Mair Fuhairah dan Abu Fakihah serta yang lain dari kaum lelaki.

Manakala perempuannya seperti Lubainah, Zunayrah, Nahdyah, Ummu Unais dan lain-lain.

Mereka itu mengalami penyeksaan sehingga di luar dari peri kemanusiaan, namun tidak sedikit pun keimanan mereka luntur. Quraisy menganggap mereka hamba-hamba yang hina dan tidak mempunyai keluarga terhormat. Tetapi mereka itu adalah orang yang mulia, kaya keimanannya dan Islamnya.

Disamping itu, ada pula dari golongan mereka yang terhormat memeluk Islam seperti Khadijah, Abu Bakar, Ali Abu Tolib, Zubair Awwam, Masha’b Umeir dan lain-lain lagi. Di kalangan mereka pun mengalami penyeksaan malahan ada dari kalangan keluarga mereka sendiri turut memusuhi Islam.

Kedua-dua golongan inilah yang disebut sebagai Assabiqul awwalun iaitu pelopor Iman di Mekah. Mereka mengalami perlakuan yang kasar dari Quraisys sepertimana yang dialami oleh baginda saw.

Pada suatu ketika baginda berada di lingkungan kaabah, baginda didatangi oleh Khabab Arranti yang dalam keadaan kepedihan keran diseksa tuannya.

”Adakah engkau tidak akan berdoa kepada Allah,”

Demikian Khabab bertanya kerana ingin agar Nabi saw berdoa kepada Allah. Demikian beratnya penyeksaan quraisy yang mereka tanggung kerana memeluk Islam dan apakah belum waktunya mengharapkan bantuan dari Allah.

Inilah yang terlintas di hati Khabab, apatah lagi beliau pernah diseksa oleh tuannya dengan besi panas. Barangkali ada juga yang lain yang sependapat dengan Khabab ini tetapi hanya Khabab yang baru berani berterus-terang kepada Nabi saw.

Mendengarkan kata-kata Khabab itu, baginda Nabi terus terduduk dan wajah baginda berubah merah sebagai tanda tidak memperkenalkan anjuran Khabab itu.

”Wahai Khabab, orang-orang terdahulu sebelum kamu ini mengalami seksaan yang lebih lagi. Ada yang dicakar tubuh mereka dengan besi, dan juga daging dan urat saraf mereka. Tetapi pendirian mereka tidak berubah. Ada yang digergaji kepalanya sehingga terbelah dua namun tidak beliau berpaling dari agamanya.

”Allah akan menyempurnakan urusan ini (Islam) sehingga orang-orang yang berkenderaan dari Sana ke Hadratulmaut, tidak ada yang ditakutinya kecuali Allah; dan juga serigala ke atas kambing. Tetapi kamu Khabab ingin cepat saja datangnya (semua itu),”

Demikian kata Nabi saw menjawab atas anjuran Khabab.

Sebenarnya keterangan Nabi itu mengandungi makna yang mendalam sekali. Bahawa kejayaan Islam tetap akan datang dan keamanannya sehingga terjamin perjalanan seseorang yang musafir. Tetapi baginda mengenangkan bagaimana orang-orang terdahulu mempertahankan iman mereka walaupun diseksa dengan amat kejam sekali. Penderitaan itu dengan penuh kesabaran dan bertawakkal.

Nabi saw tidak mahu cepat-cepat mengangkat tangan memohon pertolongan Allah. Tetapi baginda menyedari akan penyeksaan yang bertambah sengit dan diperhebatkan ke atas mereka yang memeluk Islam. Maka baginda tetap berfikir bagi mencari jalan keluar dari masalah itu dengan sebaik-baiknya.

Akhirnya baginda diilhamkan iaitu memindahkan pengikut-pengikut Islam ke Habsyah ( Etiopia).

”Berangkatlah kamu ke Habsyah. Di sana tidak seorang pun akan mendapat penganiayaan dari rajanya. Habsyah itu bumi yang baik sampai Allah nanti memberikan kelapangan dan jalan keluar dari kesulitan yang kamu tanggungi,” demikian kata Nabi mengizinkan mereka berhijrah.

Peristiwa ini ada hijrah pertama kali dan ia dilakukan dalam bulan rejab setelah lima tahun baginda menjadi Rasul. Nabi melepaskan seorang demi seorang ke Habsyah dan diantaranya naka kandung baginda Ruqayah bersama suaminya Othman bin Affan.

Setelah baginda mendengar mereka telah mula berangkat meninggalkan Mekah, baginda menyambutnya dengan ucapan,

”Sesungguhnya Othman orang yang mula-mula hijrah dengan keluarganya sesudah Nabi Luth,”

Baginda Rasulullah tetap bertahan di Mekah dan terus menyampaikan dakwah Islam bersama sahabat yang lain yang belum hijrah dan tentangan baginda bertambah ganas.

Mati esok hari

"MALAIKAT MAUT : TETAMU YANG KERAP BERKUNJUNG BETAPA kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali.. 

Andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail. 

Justeru itu, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu bersenang-lenang dan bergelak-ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikirkan dan direnungkan dalam hidupnya. 

Walaupun dia adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa. Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. 

Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa. Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut. Meski pun mata manusia hanya mampu melihat benda yang nyata, tidak mungkin dapat melihat kehadiran malaikat maut itu. 

Namun pandangan mata hati mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan iman dan ilmu. Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang menganggapkematian itu adalah suatu tabie biasa sebagai pendapat golongan athies, dan tidak kurang pula yang mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang zahir sahaja. 

Dia mengambil logik, bahawa banyak kematian disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan, bencana alam seperti banjir, gempa bumi, kebakaran dan juga kemalangan samada diudara, laut dan daratan termasuk kemalangan jalan raya. Selain itu, mereka juga melihat kematian disebabkan oleh serangan penyakit yang merbahaya seperti penyakit barah, sakit jantung, AIDS, demam denggi, taun dan sebagainya. Disebabkan manusia melihat kematian hanya dari sudut sebab musabab yang lumrah, maka manusia sering mengaitkan kematian itu dengan kejadian-kejadian yang tersebut di atas. 

Jika berlaku kematian dikalangan mereka, lantas mereka bertanya, ? sebab apa si fulan itu mati, sakitkah atau kemalangankah??. Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia, mengenal-pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat. Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. 

Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut. Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak akan tertangguh walau sesaat. 

Walau bagaimana pun, ada ketikanya Allah SWT jadikan berbagai sebab bagi satu kematian, yang demikian itu ada hikmah disebaliknya. Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi rahmat bagi orang yang beriman dan sabar, kerana Allah Taala memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingati mati, untuk itu dia akan menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi orang muflis di akhirat kelak. 

Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akan menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang-orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa berwaspada dan tidak lalai dari berusaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan. Kerana sekiranya ajal datang secara tiba-tiba pasti akan membawa sesalan yang tidak berguna. 

Di kalangan orang solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah SWT masih menyayanginya. Kerana betapa malangnya bagi pandangan meraka, jika Allah SWT mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Seolah-olah Allah SWT sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah SWT tidak memberi amaran terlebih dahulu kepadanya. Keadaan orang itu ibarat orang yang tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika ada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan terjerumus ke lembah bahaya itu. 

Selain itu, Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut, sebagaimana diriwayatkan oleh Saidina Abbas r.a dalam sebuah hadis Nabi yang panjang. Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk-makhluk bernyawa kerana di antara makhluk bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari kekasih-kekasih Allah SWT iaitu para Rasul, nabi-nabi, wali-wali dan orang-orang solihin. Selain itu juga, malaikat maut mengadu kepada tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam a.s, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan sanak-saudara dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka. 

Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai-bagai sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam a.s sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka. Apabila berlakunya kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana mengidap sakit, ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu. 

Ketika itu, Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkan kematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang sememangnya diutus oleh Allah SWT pada saat malapetaka atau sakit tenat seseorang itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya telah tiba. Namun pada hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. 

Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang diamanahkan kepadanya. Walau bagaimana pun adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukan kematian seseorang itu samada bersebab ataupun tidak, sebagai mana yang dinyatakan pada awal tulisan ini bahawa ada ketikanya malaikat maut hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak-ketawa, hingga malaikat maut berasa hairan terhadap manusia itu. 

Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak pernah mengenal samada seseorang yang sedang sakit atau pun ketika sihat dan segar-bugar. Firman Allah Taala yang bermaksud : Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat ( pula ) mempercepatkannya. ? ( Surah Al-A?raf ayat 34) 

muslim akidah


11) Saya mestilah berkeyakinan bahawa pendapat para salafus soleh lebih utama untuk diikuti supaya dapat menyelesaikan permasalahan yang berhubung dengan permasalahan takwil, pembekuan nas dan menyerahkan perkara-perkara seperti ini kepada ilmu dan pengetahuan Allah swt.



Saya mestilah berkeyakinan bahawa pentakwilan yang dibuat oleh golongan Khalaf (yang datang kemudian) tidak boleh dijadikan sebab kepada perselisihan yang berpanjangan antara golongan khalaf dan lainnya baik di masa lampau atau masa kini.

12) Saya mestilah mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata, tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu. Pengabdian diri kepada Allah ini saya lakukan kerana menyahut seruan Allah yang disampaikan melalui para Rasul yang telah menyeru manusia-manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah semata-mata dan tidak tunduk kepada selain Allah. Dalam hubungan ini, Allah berfirman dengan bermaksud :

”Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan seseorang rasul kepada tiap-tiap umat (untuk menyerukan) sembahlah Allah sahaja dan jauhi taghut itu,” (S, 16;36)

13. Saya hendaklah takut kepada Allah semata-semaata dan tidak takut selain dari Allah. Ketakutan saya kepada Allah itu seharusnya mendorong saya menjauhkan diri dari perkara-perkara yang dimurkai dan diharamkan Allah. Dalam hubungan ini, Allah telah berfirman dengan maksud :

”Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperolehi ampunan dan pahala yang besar,” (S, 67:12)

”Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut kepada Allah dan bertaqwa kepadaNya maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan,” (S, 24:52)

14) Saya mestilah sentiasa mengingati Allah dan sentiasa berzikir menyebut nama Allah. Saya diam mestilah kerana berfikir dan saya bertutur mestilah kerana berzikir, kerana berzikir mengingati Allah itu adalah merupakan ubat yang paling mujarab untuk jiwa saya.

Zikir juga merupakan senjata yang paling tajam dalam menghadapi serangan-serangan zaman, pancaroba hidup dan liku-likunya. Inilah yang paling diperlukan oleh manusia masa kini. Dalam hubungan ini, Allah berfirman dengan bermaksud :

”Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah, ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram,” (S, 13:28)

”Dan barangsiapa yang berpaling dari mengingati Allah yang Maha Pemurah Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya,” (S, 43:36)

Dr. Barail telah menerima hakikat ini yang mana beliau telah mengatakan ”Seorang yang berpegang teguh dengan agama tidak akan mengidap penyakit jiwa,”

Caringi, seorang ahli ilmu jiwa juga telah mengatakan, ”Para doktor ilmu jiwa mengetahui bahawa iman yang kuat dan pegangan yang teguh kepada agama sudah cukup untuk menghilangkan perasaan keluh kesah, ketegangan saraf dan dapat menyembuhkan penyakit,”

15) Saya mestilah mencintai Allah dengan kecintaan yang menyebabkan hati saya sentiasa merindui Allah dan sentiasa bergantung kepadaNya. Kecintaan itu akan mendorong saya untu sentiasa melakukan kebajikan, berkorban dan berjihad di jalan Allah.

Kenikmatan dunia yang fana dan kecintaan kepada kaum keluarga dan kerabat tidak akan menghalang saya melakukan perkara kebajikan. Saya akan berkorban pada jalan Allah kerana patuh kepada Firman Allah yang bermaksud :

”Katakanlah jika bapa, anak, saudara, isteri, kaum keluarga, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan rasulNya dan (dari) berjihad di jalanNya maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Allah tidak memberi pimpinan kepada orang-orang fasik,” (S, 9:24)

Saya akan berkorban pada jalan Allah kerana ingin mendapat kemanisan iman sebagaimana yang telah disebutkan oleh Rasulullah saw, hadisnya yang bermaksud :

”Tiga perkara, sesiapa yang terdapat ketika-tiga perkara itu dalam dirinya beliau akan mendapat kemanisan iman, iaitu : Bahawa Allah dan rasulNya lebih ia kasihi dari yang lain, bahawa beliau tidak mengasihi seseorang kecuali kerana Allah, bahawa beliau benci kembali kepada kekufuran sebagaimana beliau benci dilontarkan ke dalam neraka,”

16) Saya mestilah bertawakkal kepada Allah dalam semua urusan. Saya mestilah bergantung kepada Allah dalam semua perkara. Kesemua ini akan membangkitkan dalam diri saya satu kekuatan dan kesedaran roh sehingga saya akan merasakan perkara-perkara yang berat itu menjadi ringan.

Firman Allah yang bermaksud

”Dan barangsian yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya,” (S,65:3)

Dalam hubungan ini, Rasulullah saw telah berwasiat dengan sabdanya,

”Peliharalah Allah, Ia akan memeliharamu. Peliharalah Allah engkau akan mendapatiNya bersamamu. Kalau engkau meminta sesuatu mintalah kepada Allah. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah. Ketahuilah, sekiranya seluruh umat berhimpun umntuk memberi sesuatu manfaat kepadamu mereka tidak akan dapat memberi manfaat kepadamu kecuali apa yang telah dituliskan Allah kepadamu dan sekiranya seluruh umat berhimpun untuk melakukan bencana ke atasmu kecuali apa yang telah dituliskan Allah ke atasmu. Kalam telah diangkat dan kertaspun telahpun kering,” -riwayat Tirmizi.

Sumber : Kitab Maza Yakni Intimai Lil Islam