Sabtu, 7 Julai 2012

untuk menantu


Assalamualaikum warah matuallahi wabarakatuh


Anakku,


Hari ini hari bersejarah untukmu,


Kau telah dihijab kabulkan dengan anak perempuanku,


Kini tanggungjawab ayah telah berpindah kepadamu,


oleh itu terimalah anak ayah seadanya.

terimalah dengan hati yang penuh reda.

Didiklah dia dengan sebaik-baiknya,

berlemah lembutlah jika kau menasihatinya,

kerana sesungguhnya lemah lembut adalah hikmah yang paling baik,

berilah kasih sayangmu kepadanya nescaya dia akan membalas kasih sayangmu.

Anakku,

Pastikan aurat isterimu terpelihara ketika keluar rumah,

tidak berhias dan berbau-bauan kepada bukan mahramnya.

kerana jika auratnya terdedah kau akan ditanya oleh Allah SWT
di akhirat nanti.

Berilah nafkah zahir dan batin sekadar kemampuanmu,

kerana setiap ringgit yang kau gunakan untuk keluargamu merupakan sedekah disisi Allah SWT.

Carilah rezeki yang halal kerana keluar  bekerja mencari nafkah seumpama berjihad dijalan Allah SWT.

Berikanlah ilmu agama pada isterimu,

Jika kau tidak mampu ajaklah dia ke masjid supaya ada guru yang mendidiknya.

Anakku,

Kau telah terpilih menjadi nakhoda bahtera kehidupanmu,

Maka teruskan perjalananmu dengan berhati-hati supaya tidak tersesat diperjalanan,

Jika tersalah haluan kembalilah kepangkal jalan.

Ambillah panduan al-Quran dan sunah Nabi-Nya

nescaya kau tidak akan sesat selama-lamanya.

Jauhkan daripada bisikann syaitan dan nafsu amarahmu

kerana kedua-duanya boleh menyebabkan kau lari daripada rahmat Allah SWT.

Hidup berumah tangga tidak sama semasa bujang,

kini kau perlu berkongsi segala-galanya.

Ranjau, onak dan duri perlu diharungi bersama.

Banyakkan bersabar dan bertenang dalam kau membuat keputusan,

jangan mudah berkeras dengan pendapat sendiri, banyakkan berbincang kerana sesungguhnya bersyura banyak menfaatnya.

Anakku,

Jika kau izinkan dia bekerja pantau pergaulannya supaya sentiasa tidak terkeluar daripada batasan syarak.

Bersikap tegas dan lemah-lembut terhadap isterimu kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk dan  luruskannlah dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok selama-lamanya.

Berilah pujian terhadap isterimu kerana wanita suka dipuji dan  berilah hadiah ketika menyambut hari kelahirannya demi mengeratkan kasih sayang.

Nabi SAW sering memberi hadiah kepada isteri-isteri baginda.

Anakku,

Laut tidak sentiasa tenang, ada pasang surutnya.

Begitu juga kehidupan berumah tangga, adakala gembira ada kalanya bergelora.


Jika kau dapati isterimu menderhakaimu,

maka berilah nasihat yang baik kepadanya, 

jika tidak berkesan pisahkan tempat tidurmu,

jika masih tidak berhasil maka pukullah sekadar mengingatkannya bukan untuk mencederakannya.

Carilah pendamai yang baik , bertolak ansurlah kerana tidak rugi jika kau mengalah dalam perkara-perkara kecil.

Sesungguhnya Allah merahmati  suami yang sabar dan tenang mengatasi krisis rumah tangganya.dan mengelakkan perceraian.

Anakku,

Ayah sentiasa mendoakan kesejahteraanmu sekeluarga insya Allah berkekalan hingga bertemu di syurga.

Oleh itu jauhkan dirimu dan ahli keluargamu daripada seksaan api neraka.

Doa ayah untukmu berdua : “ Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “

Wassalam.

Abu Bakar Abdullah

Oleh Mohd Sayuti Omar

Penamatan jawatan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Abu Bakar Abdullah telah menimbulkan berbagai reaksi dalam pentadbiran awam. Kini sudah berbunyi berbagai sunggutan dan keluhan terhadap tindakan ke atas Abu Bakar itu.

Apa mengejutkan beliau yang berkhidmat selama 35 tahun diberhentikan begitu saja tanpa ada sebarangan imbuhan atau ganjaran termasuk pencen.
Mungkin kalau pemberhentiannya secara dipersarakan tidak timbul masalah dan sunggutan. Tetapi bila diberhentikan tanpa mendapat apa-apa imbuhan ia dianggap satu kekejaman dan penganiayaan terhadapnya.
Abu Bakar Abdullah
Abu Bakar dilahirkan pada 16 Februari 1955 sepatutnya bersara Feb 2015 pada tahap usia 60 tahun. Beliau berkelulusan BA (History) Universiti Malaya dan MIS dari Universiti of Denver, Amerika Syarikat.

Mula berkhidmat dengan kerajaan bermula 19 September 1977 di MITI sehingga tahun 1988. Kemudian ditukar ke Mindef 1988 sebagai Ketua Penolong Setiausaha.

2001 dinaikkan pangkat Setiausaha Pembangunan Wilayah Persekutuan dan Lembah Klang di Jabatan Perdana Menteri. Tahun 2004 menjadi timbalan KSU Kementerian Wilayah Persekutuan, KSU Mindef pada 17 Julai 2007 dan KPPA 1 Julai 2010.

Beliau juga merupakan pegawai yang disebut-sebut bakal menjadi KSN bagi mengganti Sidek Hasan.

Khabarnya Abu Bakar sendiri tidak berpuas hati dengan tindakan itu tetapi tidak dapat berbuat apa-apa selain menerimanya dengan sepenuhnya hati? Sebelum ini beliau bercadang untuk bersara menjelang usia 60 tahun seperti mana ditetapkan sistem SBPA. Lebih mengejutkan lagi penamatan jawatan Abu Bakar dibuat sebagai saja bersalinnya Ketua Setiausaha Kerajaan (KSU) baru Sidek Hasan kepada Ali Hamsa?

Apa yang dipertikaikan kewajaran tindakan itu diambil. Dengan memberhentikan tetapi tidak dibersaraankan untuk memungkin beliau mendapat ganjaran ia dianggap melampau. Tidak siapa mengetahui apakah kesalahan yang dibuat Abu Bakar maka beliau menerima nasib sedemikian. Cuma apa yang dapat diagak kemungkinan ia ada kaitan dengan penyusunan baru saraan perkhdimatan awam (SBPA) yang dilakukan sebelum ini kemudian dikaji semula.

Ketidaklentikan atau pun kemunasabahan kadar kenaikan gaji dalam SPBA dipersalah kepada beliau kerana beliau adalah pengerusi mewujudkan skim berkenaan. Namun itu tidak adil kerana bukan beliau seorang meluluskan skim berkenaan. Dalam hal ini apakah Sidek Hasan selaku KSN tidak menyemak terlebih dahulu sebelum ia dibawa ke jemaah menteri untuk diluluskan?

Adalah mustahil kalau Sidek tidak mengetahui langsung. Kebiasaannya apa-apa yang melibatkan dasar dan polisi termasuk skim pegawai kerajaan akan diangkat kepada pengetahuan KSN sekurang-kurangnya. Jadi dalam erti kata lain Sidek mesti mengetahui mengenai SPBA dan tidak seharusnya dipersalahkan kepada Abu Bakar secara peribadi.

Melihat tindakan ke atas Abu Bakar ini ia seolah-olah ada agenda lain di sebalik kejadian itu. Tindakan ke atas Abu Bakar itu bukan kerana isu SPBA tetapi ada perkara yang lebih besar dari itu? Apapun yang jelas tindakan keterlaluan itu kini mendapat perhatian dan simpati kalangan pegawai kerajaan. Masing-masing mengambil iktibar atas kejadian itu bukan saja tertakluk kepada orang seperti Abu Bakar tetapi mungkin mereka juga.

Seharusnya perasaan bimbang, ragu dan resah dari kalangan pegawai kerajaan perlu diredakan kerana ia sedikit sebanyak menjejaskan kualiti perkhidmatan awam

kepok padi

oleh: aspan alias

Saham FGV (Felda Global Ventures) ditutup dengan harga RM5.39 sen semalam. Ini bermakna FGV telah mendapat kenaikan harga sebanyak 0.84 sen.
Tahniah kepada sesiapa yang mendapat tawaran dengan jumlah yang besar yang telah dibahagi-bahagikan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa baru-baru ini.

Jika Isa Samad misalnya mendapat 5 juta saham semasa penyenaraiannya maka Isa telah mendapat keuntungan sebanyak RM4 juta jika beliau menjualnya kepada pasaran hari semalam.

Tetapi yang saya hendak bertanya agaknya berapalah peneroka-peneroka dapat hasil daripada penjualan 810 unit saham yang diheboh-hebohkan oleh pihak kerajaan itu? Jika mereka menjual saham-saham yang mereka beli melalui pinjaman bank itu, boleh ke tidak penoroka dapat membeli setidak-tidaknya sebuah kereta kancil ‘second hand’?

Seperti mana yang kita semua ketahui peneroka telah diperuntukkan sebanyak 810 unit saham sahaja bagi satu keluarga. Kalau dipatah-patahkan jari untuk membuat perkiraan ia bermakna peneroka hanya mendapat RM680 sahaja. Pendeknya peneroka tidaklah mendapat sebanyak mana. Kalau kita dengar publisitinya dahulu seolah peneroka akan menjadi kaya-raya setidak-tidaknya dapatlah setengah juta seorang, kerana peneroka telah memerah keringat mereka selama lima dekad lamanya.

Setelah ditolak kos ‘processing’ sebanyak RM200 maka sekeluarga peneroka akan hanya mendapat sebanyak RM480 sahaja. Itu untuk satu keluarga. Kalaulah keluarga peneroka ada seramai 6 orang maka, seorang ahli keluarga mendapat RM48 seorang. RM48 itu jika dibelikan rokok Lucky Strike yang saya hisap itu maka setiap ahli keluarga peneroka dapatlah sebanyak 4 kotak sahaja.

Jika harganya naik sampai RM10 sekali pun sebuah keluarga peneroka hanya mendapat RM8,100 sahaja dan itu belum ditolak kos ‘pemprosesan’ yang dikenakan oleh CIMB misalnya. Dalam isu ini kita nampak peneroka hanya mendapat air tangan sahaja. Yang mendapat keuntungan besar ialah orang-orang kaya dan besar-besar yang tidak pernah menjejak kaki ke tanah rancangan Felda itu.

Setelah bertungkus-lumus selama 50 tahun peneroka hanya boleh diibaratkan seperti kerbau yang membajak sawah pagi ke petang, tetapi tikus yang gemuk-gemuk memakan dengan enaknya di kepuk padi. Bagi saya peneroka-peneroka telah dipergunakan oleh pihak yang melakukan penyenaraian itu.

Tetapi apakan daya peneroka begitu terloncat-loncat kegembiraan kerana percaya akan tindakan Najib dan pimpinan tertinggi UMNO Baru itu. Dalam isu ini peneroka-peneroka tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak kerana segala usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk membatalkan penyenaraian itu tidak mendapat kerjasama dari peneroka.

Sekarang ada peneroka yang sudah mula merasakan mereka telah dipergunakan oleh pimpinan kita untuk kepentingan saku mereka (pimpinan) sahaja. Bagi kami yang tidak boleh berbuat apa-apa kami hanya boleh berkata di dalam hati kami “padan muka!” sahaja.

Tidak tahulah berapa lama peneroka sekeluarga boleh bertahan dengan seribu dua hasil dari penyenaraian itu. Mereka sahajalah yang akan merasakannya. Tetapi apa yang mereka akan dapat tahu tidak lama lagi ialah mereka sebenarnya tidak lagi ada kena mengena dengan FGV. KPF tidak mempunya apa-apa saham dalam FGV. KPF hanya mempunya saham dalam ‘special purpose vehicle’ (SPV), Felda Asset Holdings yang mempunyai saham besar di dalam FGV. Dividend dan sebagainya akan diterima oleh Felda Asset Holding sahaja. Lain-lain perkataan peneroka memang sudah terpisah dengan FGV bermula dari sekarang.

In the first place, apa perlunya Felda disenaraikan kalau tidak kerana kepentingan setengah pihak yang berwajib? Selalunya syarikat akan disenaraikan di pasaran saham hanya kerana satu dua sebab sahaja dan Felda tidak mempunyai alasan untuk disenaraikan.

Pertamanya jika seseorang itu telah berjaya membina syarikat peribadi mereka dengan jayanya dan ingin untuk berehat kerana elemen umur dan sebagainya mereka akan senaraikan di pasaran jika telah melepaskan syarat-syarat yang ditetapkan. Empunya syarikat akan menjual setengah daripada saham mereka kepada ‘public’ dan mereka akan memberikan pemegang saham yang baru untuk menguruskan syarikat yang telah disenaraikan itu.

Ahli-ahli Lembaga Pengarah Syarikat yang baru disenaraikan itu dengan persetujuan mesyuarat agong syarikat untuk melantik ahli-ahli lembaga pengarah serta pengurus-pengurus yang bekelayakan untuk meneruskan perniagaan syarikat tersebut.

Sebab keduanya ialah jika syarikat yang ingin mengembangkan perniagaannya, mengapungkan sahamnya di pasaran merupakan cara yang paling lazim kerana dengan cara itu syarikat akan memperolehi dana awam untuk kegunaan memperkembangkan perniagaan syarikat.

Tetapi dalam kes Felda ini apa perlunya ia disenaraikan kerana Felda yang dikatakan sangat berjaya itu memperolehi perolehan sebanyak RM4 sehingga RM5 billion setahun? Felda tidak perlu mendapatkan dana dari terbitan awam tetapi kenapa ia disenaraikan juga?

Pendeknya penyenaraian Felda ini sebenarnya hanyalah untuk kepentingan pihak lain, bukannya untuk kepentingan peneroka kita…...kadang-kadang sedih juga melihat bagaimana peneroka yang telah berhempas pulas untuk meneroka tanah itu selama lima puluh tahun akhirnya setelah begitu berjaya datanglah pihak lain untuk meraih keuntungan hasil penat dan jerih peneroka-peneroka selama lima dekad itu.

Peneroka hanya disogok sebanyak RM15 ribu untuk memudahkan peneroka bersetuju untuk melakukan kerja yang amat menyayat hati kepada siapa yang nampak tujuan tidak molek sesetengah pihak untuk menyenaraikan saham-saham Felda kepada awam.

Tapi nak kata apa? Pemimpin utama kita lupa pada dasar asal Felda itu ditubuhkan. Nampaknya peneroka sekarang ini dapat untung secupak ruginya segantang.

kuli

"Pada suatu siang yang terik, seorang pedagang dari Syam sedang kesusahan mengurus barang bawaannya. Tiba-tiba ia melihat seorang lelaki bertubuh tegap dengan pakaian lusuh. 

Orang itu segera dipanggilnya; “Hai, kuli, kemari! Bawakan barang ini ke kedai di seberang jalan itu.” Tanpa membantah sedikitpun, dengan patuh lelaki berpakaian lusuh itu mengangkut bungkusan berat dan besar tersebut ke kedai yang dituju.
Semasa sedang menyeberang jalan, seseorang mengenali kuli tadi. Ia segera menyapa dengan hormat, “Wahai, Amir. Biarlah saya yang mengangkatnya.” Si pedagang terperanjat lalu bertanya pada orang itu, “Siapa dia?, mengapa seorang kuli kau panggil Amir?”. 

Ia menjawab, “Tidak tahukah Tuan , kalau orang itu adalah gabernur kami?”. Dengan rasa cemas lalu membongkok-bongkok ia memohon maaf pada ‘ kuli upahannya’ yang ternyata adalah Salman al Farisi .

“Ampunilah saya, Tuan. Sungguh saya tidak tahu. Tuan adalah amir negeri Madain, “ ucap si pedagang. “ Letakkanlah barang itu, Tuan. Biarlah saya yang mengangkutnya sendiri.” Salman menggeleng, “Tidak, pekerjaan ini sudah aku sanggupi, dan aku akan membawanya sampai ke kedai yang kau maksudkan.”

Setelah sekujur badannya penuh dengan keringat, Salman meletak barang bawaannya di kedai itu, ia kemudian berkata, “Kerja ini tidak ada hubungannya dengan jawatanku. Aku sudah menerima dengan rela perintahmu untuk mengangkat barang ini kemari. Aku wajib melaksanakannya hingga selesai. Bukankah merupakan kewajiban setiap umat Islam untuk meringankan beban saudaranya?”

Pedagang itu hanya menggeleng. Ia tidak mengerti bagaimana seorang berpangkat tinggi bersedia disuruh sebagai kuli. Mengapa tidak ada pengawal atau tanda-tanda kebesaran yang menunjukkan kalau ia seorang gabernur?.

Ia barangkali belum tahu, begitulah seharusnya sikap seorang pemimpin menurut ajaran Islam. Tidak bersombong diri dengan kedudukannya, malah merendah di depan rakyatnya. Kerana pada hakikatnya, ketinggian martabat pemimpin justeru datang dari rakyat dan bawahannya.

samiri dajjal

"Pemahaman penulis kepada sejarah Nabi membawa kepada beberapa konklusi. Diantaranya :

1. “Pembunuhan” para nabi tidak akan menghapuskan Islam tetapi cara yang berkesan adalah dengan “merosakkan” ajaran Islam.

2. Manusia yang paling berbahaya adalah manusia yang penakut tetapi penuh dengan cita-cita. Kerana sifat penakutnya hidupnya penuh dengan tipu muslihat.

Sebab itulah Allah mengharamkan syurga kepada manusia yang “dayus”. Firaun memilih untuk membunuh Nabi MUSA, sedangkan SAMIRI memilih untuk merosakkan ajaran Nabi MUSA dgn patung lembu emasnya.

Perjuangan FIRAUN berakhir dgn kematian yg tragis, tetapi perjuangan SAMIRI meninggalkan kerosakkan kepada Ajaran Nabi MUSA . Kerosakkan Aqidah itu membawa kepada kesukaran untuk memulihnya untuk jangka masa yg panjang. Jika Samiri itu Dajjal….apakah kaedah yang sama digunakan untuk menghapuskan Islam dimuka bumi ini sekarang iaitu dengan merosakkannya.

Apakah Samiri akan membiarkan begitu sahaja Politik Islam, Pendidikkan Islam, Ekonomi Islam bergerak bebas dimuka bumi dengan tanpa usaha untuk merosakkannya walaupun sedikit ? SAMIRI benar-benar berjaya merosakkan ISLAM sehingga tinggal pada nama sahaja dan pengikutnya hanya seperti buih di lautan.

Sememangnya beliau berada dibelakang semua ajaran LIBERALISME dan SEKULARISME yang amat halus untuk merosakkan ajaran Islam. Samiri itu berbangsa Yahudi dan sememangnya Yahudi itu sifatnya penakut. Tetapi mereka memilikki akal yang cerdas untuk “cover-up” kelemahan mereka. Mereka berbangsa penakut kerana mereka cinta dunia, berpenyakit WAHAN.

Mereka sentiasa berfikir mahu mencipta syurga didunia. Mereka mencipta pelbagai propaganda untuk menguasai pemikiran manusia. Mereka bangsa yang berbahaya kerana sifat penakut itu Diatas pemahaman itu, umat Islam haruslah sentiasa berusaha untuk mempertulenkan keislaman diri kerana musuh-musuh yang merosakkan keislaman kita ada dimana-mana. Ya Allah jauhilah diriku, keluargaku, saudara maraku, jiran-jiranku, sahatku dan seluruh umat Islam dari Fitnah Dajjal. Wallahualam "