Selasa, 21 Ogos 2012

Misteri

Saya seorang warga Singapura, yang telah bermastautin di Kuala Lumpur. Saya ditawarkan bekerja dengan sebuah syarikat rakaman di KL. Walaupun saya jauh dari tanah air, tidak pernah saya lepas dari rancangan KC yang sering saya dengar melalui internet di pejabat saya. Pekerjaan saya amat memenatkan. Mengarang lagu dan lirik sehingga lewat pagi. Jadi beginilah kisahnya.

Pada 12 Jun 2012, ketika itu, saya sedang memandu dalam perjalanan ke rumah, dari pejabat di Cheras, ke kawasan perumahan Mont Kiara. Memang itu kawasan elit, dan terdapat ramai orang kaya menetap di situ, tetapi tidak termasuk saya, kerana rumahitu hanyalah rumah yang disediakan oleh syarikat. Sedangkan Yusry KRU tinggal di situ, tapi tak tahu mana satu rumahnya. Kereta yang saya gunakan pun kepunyaan syarikat.

Memang rumah itu besar dan mewah. Rumah itu mempunyai enam bilik. Malangya yang tinggal di situ hanya saya seorang. Pada hari pertama apabila saya mendapat kunci pada rumah tersebut, saya amat bangga dan gembira, kerana waktu di Singapura, saya tidak dapat jejakkan langkah ke rumah seperti itu.

Pada malam pertama, saya pulang rumah lewat. Sekitar jam 3 pagi barulah saya keluar dari pejabat. Banyak sangat mesyuarat dan tugasan yang harus saya selesaikan di pejabat. Saya tiba di Mont Kiara kira-kira jam 3.30 pagi. Oleh kerana rumah saya yang paling hujung, saya terpaksa lalu beberapa rumah. Tiba di jalan yang kecil itu, saya memang gemar memandu dengan perlahan, kerana ingin lihat kereta mewah, yang kebanyakkannya meletakkan kenderaan mereka di luar rumah. Perlahan-lahan memandu, saya menikmati pengalaman melihat kereta Lamborghini, Ferrarri, BMW, Mercedes dan lain-lain. Memanglah sunyi dan sepi.

Sedang saya menikmati melihat kereta-kereta mewah tersebut, tiba-tiba saya terdengar ketukan kuat di bahagian belakang kereta saya. Dengan pantas, saya ”jam brake”, keluar dari kereta dan cari apa yang telah saya langgar. Tetapi satu benda pun tidak kelihatan. Oleh kerana saya berada di depan kediaman orang, saya bergegas masuk ke dalam kereta dan sambungkan perjalanan, takut-takut mengganggu orang lain yang sedang nyenyak beristirehat. Di lorong kecil itu, saya tidak boleh memandu lebih dari 20 KM/J. Ikutkan hati memang saya nak pecut, tetapi takutkan pula ada rodaan polis. Maklumlah, merantau di negeri orang. Tingkah laku harus dijaga.

Sedang saya memandu, saya terbau bangkai. Amat busuk sekali. Kata saya dalam hati, ”Alamak, terpijak bangkai pula…” Saya memang sudah tahu, yang bangkai itu bukan punca dari saya, kerana baunya datang dari belakang. Saya tak nak takutkan diri saya. Saya pun pecut, dengan kelajuan 50KM/J, tak kira lah ada rodaan polis ataupun tidak.

Akhirnya, saya tiba di luar rumah saya. Pagar rumah pun buka secara automatik. Sesudah meletakkan kereta, saya pun keluar, dan dengan segera buka kasut, untuk mencari punca pada bau bangkai. Memang tepat andaian saya. Memang bangkai itu bukan datang dari kasut saya. Bukan kerana saya terpijak bangkai, atau apa pun. Saya kembali ke kereta saya, dan dapati bau itu sudah hilang. Saya pelik. Oleh kerana saya sudah penat, saya pun masuk tidur.

Keesokan hari, saya bangun tidur dan dapati saya berada di bilik bawah, iaitu bilik yang digunakan untuk pembantu rumah. Saya bangun dalam keadaan gelabah dan terkejut. Setahu saya, saya tidur di bilik saya, iaitu di tingkat atas. Macam mana saya boleh berada di bawah??? Memanglah menyeramkan. Saya duduk di atas katil, termenung dan terfikir-fikir. Saya bergegas ke pejabat seperti biasa. Saya tidak mahu memikirkannya. Saya pun menceritakan kisah saya dengan rakan kerja saya.

Saya: “Izad (Bukan nama sebenar), semalam, aku tidur di bilik aku. Pagi tadi aku bangun kat bilik dapur. Malam ni kau tidur rumah aku boleh? Temankan aku lahh’…’

Izad : “Kau gilakah? Entah-entah semalam kau pergi minum arak, dah mabuk. Lepas tu dah tak ingat yang kau tidur bilik mana. Dah tu kau bagi tahu aku yang kau kena kacau?”

Saya pun menekankan, yang saya tidak minum atau mabuk pada malam sebelumnya.

Saya : ”Semalam, kau telefon aku di pejabat jam 1.30 pagi, dan aku yang jawab. Agak-agak kau aku mabuk ke malam semalam?”

Beliau terdiam seketika.

Izad: “Kau biar betul?”

Saya: ”Kalau aku tipu kau, aku boleh dapat juta-juta ringgit ke?”

Izad pun setuju untuk menemani saya untuk malam itu.

Hari itu, saya pulang awal. Saya keluar dari pejabat pada jam 5 petang. Izad telah berjanji untuk datang ke rumah saya pada jam 9 malam. Izad memang suka mengkaji tentang kegiatan paranormal. Memang tidak silaplah saya memanggil dia datang ke rumah.

Tepat pada jam 9, beliau pun bunyikan ”horn” di depan pagar rumah saya. Walaupun setelah saya buka pagar rumah saya, beliau tidak masuk. Beliau tawaf kenderaan beliau seakan mencari sesuatu. Saya pun keluar.

Saya: “Jat, apa yang kau cari?”

Izad: “Tadi aku rasa aku terlanggar benda lah. Tak tahu apa. Tapi ada bunyi kuat kat sebelah belakang. Aku tak berhenti. Aku terus ke sini…”

Saya pun teringat kejadian yang sama, yang terjadi pada saya hari sebelumnya.

Izad: “Tadi aku bau bangkai. Ni dah hilang. Kelakar seram lah…”

Saya hanya berdiam diri. Saya menjemput dia masuk ke dalam rumah. Beliau duduk di sofa saya, sambil menghidupkan puntung rokok. Lantas, saya pun menceritakan kisah yang sama yang terjadi.

Saya: “Semalam, aku balik dalam pukul 3 lebih pagi gitu. Aku pun terdengar bunyi yang sama yang kau alami. Tapi aku berhenti, keluar dan cari apa yang aku dah langgar. Bila aku dapati yang aku tak langgar apa-apa, aku pun sambung perjalanan lah. Dalam kereta, aku bau busuk. Bau bangkai. Datangnya dari belakang. Aku tak tengok cermin. Aku segan nak tengok wajah dia…”

Izad: “Aku rasa, kau terlanggar makhluk atau jin kot?”

Sedang kami berbual, kedengaran pinggan jatuh berkecai di dapur. Kami berdua bergegas ke dapur, tetapi tidak kelihatan apa-apa. Walaupun kedengaran pinggan pecah, kami tidak nampak sebarang serpihan kaca. Kami berdiri tegak, dan kedengaran pula hempasan pintu di tingkat atas. Kami berdua pun lari ke tingkat atas, dan memang semua pintu bilik terbuka. Izad dan saya menyemak semua bilik, satu per satu. Semua lampu dihidupkan. Bila kami tidak jumpa apa-apa, kami pun turun ke ruang tamu.

Kami berdua berdiam diri, sambil tersandar di sofa sambil merokok. Tiba-tiba, Izad bangkit dan bergegas ke bilik kecil di dalam dapur. Saya pun mengekorinya. Saya cuba mengisyaratkan sesuatu padanya tetapi beliau menyuruh saya diam. Kami pun berdiri di depan bilik kecil itu. Pintu bilik itu memang tertutup. Beliau memberi isyarat dan menyuruh saya buka. Bila saya buka, kelihatan seorang wanita sedang duduk di atas katil.

Saya lari keluar dari rumah, tanpa pedulikan Izad. Dari luar kedengaran suara memanggil, “Azlan… Azlan…” Suaranya amat menyeramkan. Bila di luar, baru saya sedar yang Izad masih di dalam. Lampu di dalam rumah semuanya terpadam, dan Izad tidak keluar lagi. Saya dah tak tahu apa nak buat. Saya pun menjerit meminta pertolongan. Datang seorang pakcik, bersama isterinya. Saya menceritakan pada pakcik tersebut, dan pakcik tersebut langkah masuk ke dalam. Entah bagaimana, pintu rumah saya terkunci dari dalam, Pakcik itu terpaksa pecahkan pintu itu. Anjing di sekeliling kawasan perumahan itu mula menyalak tanpa henti. Sepuluh minit kemudian pakcik itu pun keluar, sambil mengheret Izad, yang dalam keadaan seperti disampuk. Saya dan pakcik itu memegangnya dengan kuat, tetapi beliau amat kuat. Dengan bacaan mentera, yang bukan datangnya dari Al-Quran, Izad meraung di lantai. Matanya merah dan wajahnya pucat.

Waktu pakcik itu sedang membaca mentera, angin yang kuat menyapa tubuh. Akhirnya, Izad memberi jeritan yang amat kuat, tetapi suaranya seperti suara campuran lelaki dan perempuan. Saya tak tahu macam mana nak terangkan. Kemudian, beliau pengsan. Semuanya berakhir. Lampu di dalam rumah pun menyala dengan tiba-tiba. Saya dan pakcik mengangkat Izad ke dalam rumah saya. Isterinya pun turut mengikut masuk.

Izad terlantar di atas sofa. Pakcik yang berasal dari Perlis itu pun bertanya dalam loghat orang Perlis. Saya cuba untuk memahaminya, dan menjelaskan padanya apa yang berlaku hari sebelumnya. Rupa-rupanya, kata beliau, sesiapa yang tinggal di kawasan rumah saya, yang harus menempuhi jalan yang sama, iaitu jalan yang saya diganggu itu, harus pulang ke rumah sebelum Maghrib. Kalau harus pulang lewat, jangan hiraukan apa-apa bunyi yang ketika dalam perjalanan. Di salah satu tiang lampu, ada tanda menyatakan ”Jalan ini ‘kotor’. Berhati-hati”. Tetapi ia ditulis dalam bahasa Cina. Sesiapa yang keluar dari kenderaan, makhluk itu akan ikut pulang ke rumah.

Apa sebab kehadiran makhluk itu tidak diketahui. Pakcik itu beredar dari rumah bersama isterinya, meninggalkan saya dan Izad. Oleh kerana badi yang masih ada di dalam diri, saya pun memaksa diri untuk tidur.

Keesokkannya, saya menceritakan apa yang terjadi pada Izad. Kata beliau, beliau nampak wanita yang cantik sedang duduk di atas katil. Wanita itu pun datang kepadanya. Beliau ingin lari, tetapi beliau dipukau. Seterusnya, beliau tidak ingat apa yang terjadi.

Sehingga sekarang, saya masih menetap di rumah yang sama. Jikalau saya harus pulang lewat, saya akan tidur di pejabat.

Ingin saya ucapkan pada Terima Kasih pada Datuk Amri, pakcik yang telah menolong saya pada malam itu. Kini, beliau sudah berpindah, dan pertolongon beliau masih ada di ingatan. Terima Kasih


P/s : Memang tidak dapat dinafikan benda-benda seperti ini memang wujud tetapi sejauh mana kepercayaan anda untuk mempercayainya terpulang kepada pendirian masing-masing.

AidilFitri


Muhammad Ukasyah Azhari,18 Ogs 2012

Setiap makhluk yang bernyawa pasti akan merasai detik kematian. Demikian kata Al-Quran. Sesuatu yang bermula akan ada pengakhirannya. Begitu juga setiap pertarungan akan ada penghujungnya. Maka, setiap pemenang akan sentiasa dianugerahkan mahkota kejuaraan. Hanya Allah ‘azzawajalla Yang Maha Kekal yang menguasai segenap aturan kehidupan. Demikian jugalah dengan tetamu yang bertandang ke rumah. Kita akan mengalu-alukan kehadiran mereka dengan layanan yang penuh kegembiraan. Sampai masanya, ia akan beredar pergi meninggalkan kita. Boleh jadi kita akan bertemu dengannya lagi jika ada kesempatan di lain masa.

Itulah hakikat setelah sebulan mengharungi Ramadhan. Ia hadir setahun sekali bagai tetamu dari perjalanan yang sangat jauh dan singgah sebentar menumpang teduh buat beberapa ketika. Apabila tiba saat perpisahan, hati menjadi sebak dan sayu. Apakah akan ada lagi pertemuan yang seumpama ini ? Adakah kali ini merupakan Ramadhan yang terakhir buat diri kita? Demikian Allah ‘azzawajalla telah menjadikan Ramadhan itu sebagai medan latihan buat insan mengawal diri. Hanya Dia yang mengetahui ‘ubat mujarab’ untuk merawat hati manusia. Inilah imej Ramadhan sebagai lambang kepada bulan pertarungan di antara akal dan nafsu. Di penghujungnya, hanya ada kisah di antara hamba dan Pencipta. Bagaimana hubungan di antara kita dengan Allah‘azzawajalla setelah selesai Ramadhan? Hanya diri insan yang menempuh Ramadhan sahajalah yang tahu bagaimana duduk keadaan yang sebenarnya. Jika Ramadhan yang lalu diisi dengan melipatgandakan amalan, berpuasa dengan keimanan dan kesabaran serta bersungguh-sungguh mengawal diri maka Ramadhan akan diakhiri dengan semangat dan jiwa yang baru.

Manakala, bagi yang mereka menghabiskan Ramadhan tidak lebih daripada sekadar menahan lapar dan dahaga, maka berakhirnya Ramadhan hanyalah sekadar suatu kebebasan daripada kurungan semata-mata. Maka, kemenangan sekali lagi berpihak kepada nafsu yang bakal menakluk dirinya sendiri untuk ke sekian kalinya. Hidupnya akan kembali mengikut rentak lama yang tidak ada perbezaan sebelum daripada kedatangan Ramadhan. Adapun makna di sebalik pengakhiran Ramadhan adalah kembali membesarkan Allah‘azzawajalla. Mengucapkan lafaz memuji kebesaran dan keagunganNya kerana telah menghamparkan dataran Ramadhan yang luas untuk insan mendekatkan diri kepadaNya. Firman Allah ‘azzawajalla yang bermaksud:
“Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur” (Al-Baqarah, 2:185).

Telah diperintahkan kepada kita untuk mencukupkan bilangan hari berpuasa di bulan Ramadhaan. Demikian juga perintah Allah ‘azzawajalla selepas potongan ayat berkenaan agar meraikan hari kemenangan supaya jiwa kita  merasai rahmat Allah ‘azzawajalla atas hidayahNya yang memberi kekuatan pada kita untuk melaksanakan ‘ibadah dengan sempurna. Maka, hendaklah seluruh kaum Muslimin menzahirkan kegembiraan dan bersyukur atas nikmat kurniaan Allah ‘azzawajalla. Begitu bermakna Ramadhan kepada kita kerana ia menjadi perantara untuk hamba kembali membaiki diri dan menjernihkan hati sebelum kembali ke sisi Allah ‘azzawajalla pada suatu hari nanti.

Dalam masa yang sama, insan seharusnya telah mampu menyuntik kembali semangat berjuang (fighting spirit) ke dalam dirinya sendiri. Nilai perjuangan yang diasah dalam tempoh sebulan itu sewajarnya menjadikan kita insan yang tidak takut untuk berjuang. Memang Islam itu sendiri adalah agama yang berjuang. Berjuang mengeluarkan manusia daripada perhambaan sesama manusia kepada memperhambakan diri hanya kepada Allah ‘azzawajalla. Maka, di hari pertama Syawal ini ialah tanda kepada kemerdekaan diri daripada belenggu hawa nafsu yang sentiasa mengarahkan kepada kejahatan.

Terlanjur menyebut tentang kemerdekaan, makna kemerdekaan sesebuah negara itu tidaklah bererti andai hanya sekadar mencipta slogan baru, mengibarkan bendera, menonton filem peperangan menentang penjajah dan menyanyikan lagu kebangsaan. Realitinya, penjajahan versi moden tidak lagi berwajah ganas dan menumpahkan darah. Aliran pemikiran dan suntikan budaya Barat kini menjadi senjata ampuh tanpa disedari yang menyerang kehidupan umat. Lihatlah di sekeliling masyarakat. Antara yang mengakar ialah budaya lawak bodoh dan budaya takut hantu. Umat tidak lagi mempunyai roh dan semangat berjuang. Justeru, akibatnya umat akan terus berada dalam minda yang tertawan (the captive mind) serta merelakan diri untuk dijajah tanpa sedikit keinginan untuk melawan. Maka, kemusnahan negara tidak lagi datang dari faktor luaran akan tetapi berpunca daripada kerapuhan dalaman yang sangat parah. Hal seperti ini mesti diperbetulkan segera agar Islam itu kembali agung dan dipandang mulia oleh umat manusia. Oleh yang demikian, sudah sampai masanya utnuk kita keluar daripada kemelut ini. Tidak ada masa lagi buat kita untuk terus terjajah oleh kelemahan sendiri. Hendaklah kita pada hari yang mulia ini memulakan perjalanan hidup baru menentang arus kezaliman dan penjajahan yang selama ini meragut kemerdekaan diri kita.

Sehubungan dengan itu, marilah kita hayati hari kemenangan ini dengan penuh keinsafan. Bergembiralah dengan sanak-saudara dan ahli keluarga serta rakan-rakan dalam batas-batas dan kadaran yang dibenarkan oleh syara’. Hari yang mulia ini bukan masa untuk bersedih atau menangisi insan yang sudah tiada di sisi kita. Hanya kalungan doa yang termampu untuk dikirimkan kepada mereka. Semoga pertemuan dengan Ramadhan meninggalkan bekas yang mendalam terhadap jiwa kita dan jiwa kita sentiasa berhubung dengan Allah 'azzawajalla..

تقبل الله منا و منكم
الله اكبر الله اكبر و لله الحمد
Semoga Allah ‘azzawajalla menerima amal kami dan amal kamu.
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Dan untuk Allah segala puji-pujian!

Penulis ialah Penolong Setiausaha Agung 2 Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Teman Raya 1433H

Ucik n Abah

Anak Wakhid

Anak-anak & isteri teman



Mak n bobok

Celik It

Ngadiman

Ngapuro

Ahad, 19 Ogos 2012

adegan



1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata… Hello. Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.

2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk… Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.

3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit. Pengarah filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan, bukannya pelakon.

4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.

5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga….

6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri Gerak Khas.. “Tuan ada baca akhbar semalam?” .

7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda..Seorang lelaki bekerja di pejabatnya. Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).

8. Babak ini yang kelakar..Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email menggunakan Microsoft Word!!!.

9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat.. Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja.

10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang..(Jika ada filem seram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem.. Tapi sekarang dah tak kan? ekeke

P/s: ade lagi nak tambah? ekeke

Dipetik dari forum Mesra.net

sms raya


Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin.

Mä$äk £èmäñg $àmßil bdiri,
hèndäk makäñ di Aidifitri,nàk häñtär käd räyä posmén däh cuti,
SMS sahäjä dpt ku bèri.
Bùkän lùpä trädi$ì täpì ìkùt tèknøløgi térkiñi yg ädæ d ùjùñg järi.
SELÄMÄT HÄRI RÄYÄ ÄIDI£FITRI MAÄF ZÄHIR BÄTiÑ…..

“Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Ramadhan telah kita tinggalkan,
hampir menjelma syawal mulia.
Aidilfitri berbahang gembira,
di sambut dgn rasa suka.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,
maaf zahir dan batin

Tiba kita di musim perayaan,
Ramai juga yang shopping sakan.
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Di Aidil Fitri Mulia,
Maaf Dipinta andainya TERkasar Bahasa TERsilap bicara TERmarah yg x kena TERtanya yg x tentu hala TERsasul yg x sengaja TERpukul kat mana2 TERpinjam harta benda TERmoody x semena2 TERumpat bila2 & macam2 lg yg TERsalah & TERsilap. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Ada ketikanya…
MATA silap memandang,
TELINGA slh mndengar,
LIDAH trlnjur brkata,
FIKIRAN khilaf mnafsir,
& HATI silap mnduga.
Mohon maaf atas segalanya,
Salam Aiil Fitri.
Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
SMS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati,
Mohon Maaf Zahir Dan Batin.

Malam-malam lihat lampu jalan,
tengok-tengok hantu raya,
hati-hati diatas jalan,
supaya selamat pulang beraya.

jambangan indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
sms ku kirimkan pengganti diri,
tanda ingatan tak lupa dihati

bulan ramadhan bulan yang mulia,
di sambut dengan hati yang gembira,
kini syawal semakin menjelma,
tangan ku hulurkan maaf dipinta…

Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan;
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.

kuih makmur kuih tat
mari makan sama ketupat
bukan je selamat hari raya tapi hari raya yang slamat
itu yang perlu kita ingat

Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.. ;b

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Buah pauh ditengah bendang
Jadi dagangan ditengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita

Sungguh rendang pohon rumbia
Tempat persinggahan sianak kera
Ketupat rendang sudah tersedia
Jemputlah semua menjamu selera