Jumaat, 3 Mei 2013

pemimpin


Keunggulan sesuatu bangsa bergantung kepada dua faktor utama. Pertama, kekuatan budaya. Kedua, kemampuan pemimpinnya. Tanpa dua faktor ini, sesuatu bangsa akan jatuh walau sekuat mana kekuatan ekonomi dan ketenteraannya. Kedua-duanya merupakan pra-syarat yang mesti dipenuhi jika ingin memartabatkan bangsa. Semakin tinggi dan jauh perjalanan ke arah pencapaian cita-cita bangsa, maka seharusnya semakin kuatlah pula budaya dan wibawa kepemimpinannya.

Dua faktur itu umpama tiang seri pada sebuah rumah. Jika rumah ingin dibesarkan, maka semakin perlulah tiangnya diperkukuhkan. Pembesaran sebuah rumah, tanpa mengukuhkan tiang serinya hanya akan mempercepatkan robohnya rumah itu. Maka begitulah kias ibarat dalam usaha membangunkan kekuatan sesuatu bangsa. Tanpa usaha pengukuhan budaya dan memantapkan kepimpinan, akan tumbang oleh beban cita-cita besarnya.

Namun, bangsa yang sudah alah dan dipermalukan di pentas sejarah sekalipun masih mampu bangun jika kedua-dua faktor itu diperkukuhkan. Apa yang terjadi kepada Jerman dan Jepun, yang pernah mengalami kekalahan seperti yang disifatkan oleh sejarah sebagai ‘The worst defeat in history’? Kebangkitan yang amat menakjubkan. Dalam masa yang relatif singkat, dua negara itu telah bangun sebagai raksasa ekonomi dunia. Budaya Jepun yang kaya dengan nilai ilmu, semangat patriotik, etika kerja yang kuat dan lain-lain itu telah mampu membina semula Jepun dari puing-puing ledakan atom di Hiroshima dan Nagasaki.

Atas kesedaran inilah, kita mesti mempunyai budaya yang sesuai untuk menjadi sebuah bangsa yang maju. Istilah-istilah seperti transformasi, reformasi, Melayu baru dan lain-lain adalah manifestasi pada keinginan yang meluap-luap untuk mengukuhkan budaya Melayu. Sudah dirasakan bahawa, pada jati diri Melayu ada nilai-nilai positif yang perlu digilap untuk lebih menyerlah. Pada masa yang sama ada juga kelemahan yang perlu diatasi. Tegasnya, Melayu sebagai satu bangsa yang ingin maju, wajib berbuat sesuatu untuk meningkatkan lagi darjah kecemerlangan nilai-nilai budayanya yang baik. Soalnya bagaimana proses tranformasi budaya ini hendak dilaksanakan? Siapa yang akan menerajuinya?

Persoalan ini menjadikan faktor kedua (kekuatan pemimpin), menjadi begitu signifikan. Kekuatan pemimpin lebih dominan daripada kekutan budaya untuk menjamin keunggulan sesuatu bangsa kerana hanya pemimpin yang kuat sahaja mampu merubah atau melakukan tranformasi budaya. Seorang pemimpin yang baik ialah seorang ‘culture builder’ yang mampu membina kekuatan budaya bangsanya. Oleh kerana itulah sejak dahulu lagi apabila suatu bangsa muncul sebagai satu bangsa yang unggul, ia mesti diketuai oleh seorang pemimpin yang kuat. Contohnya, Meiji pada bangsa Jepun, Bismark untuk bangsa Jerman, Churchill untuk Inggeris dan George Washington pada bangsa Amerika .

Hakikat ini lebih jelas bila disorot melalui kacamata Islam. Jelas apabila Allah kehendaki sesuatu bangsa itu menjadi kuat dan berdaulat, maka Allah akan utuskan seorang pemimpin kepada bangsa tersebut. Pada umat Arab jahiliyah, Allah utuskan Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun, missi kedatangan Rasulullah adalah untuk seluruh manusia, di seluruh dimensi masa, namun tidak dapat dinafikan bangsa Arablah yang pertama dijulang oleh kekuatan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w.

Begitulah juga nabi Musa a.s. di kalangan Bani Israel, yang kemudiannya memartabatkan Bani Israel setelah sekian lama ditindas oleh bangsa Qibti. Secara ‘Natural Law’ atau Sunnahtullah, jika sesuatu bangsa hendak ditakdirkan menjadi kuat, maka sudahj pasti dianugerahkan buat mereka seorang pemimpin yang bertindak sebagai peneraju, aspirasi dan pemangkin pada proses tranformasi budaya.

Bangsa Melayu juga tertakluk kepada hukum ini. Tahun-tahun yang akan datang perlukan pemimpin yang relevan dengan perubahan dan keadaan semasa. Cabaran-cabaran semasa selalunya menentukan corak kepimpinan pemimpin yang dimaksudkan. ‘Kelembutan dan ketegasan’  Abraham Lincoln, lahir ketika perlunya kesatuan Amerika tanpa dipisahkan oleh permasalahan penghambaan kulit hitam negara Utara dan Selatan. ‘Tangan Besi’ Bismark perlu untuk membentuk satu Jerman yang kukuh dan utuh. Dari segi kerohanian pula, kedatangan Nabi Isa a.s., Nabi Musa dan Nabi Muhammad s.a.w. sangat signifikan ketika nilai-nilai kemanusiaan hancur lebur oleh sifat tamak dan rakus manusia.

Jika hukum ‘situtional leader’ ini terus relevan, maka pemimpin bangsa Melayu abad ke 21 mestilah seorang yang mampu membina kekuatan ekonomi, kemantapan politik dan kesucian Islam di tengah-tengah ledakan era globalisasi dan prasangka dunia Barat yang tidak pernah jera dan reda. Dia juga dia mesti mampu berdepan dengan cabaran keruntuhan etika dan moral di mercu ketinggian sains dan teknologi. Seorang cendikiawan Melayu, Profesor Dr. Siddiq Fadhil pernah menegaskan seorang ‘culture builder’ adalah pemimpin yang boleh dijadikan role-model kepada rakyatnya. Menurutnya, tidak mungkin seseorang pemimpin mampu merubah orang lain, jika dia sendiri tidak mampu mengubah dirinya.

Seorang ‘culture builder’ harus mempunyai kemampuan yang lebih daripada itu. Dia bukan sekadar memimpin orang lain untuk mengikuti dirinya, tetapi dia juga mesti mampu memimpin orang itu untuk memimpin diri mereka sendiri. Setelah rakyat mampu memimpin diri mereka sendiri, barulah proses tranformasi budaya dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ini juga syarat yang tidak boleh dipandang ringan dalam hikari kepimpinan Melayu Islam terkini.

Hasrat membentuk masyarakat maju dengan acuan tersendiri (masyarakat Madani) adalah pancaran perjuangan untuk menyerlahkan nilai-nilai Islam tanpa meminggirkan kekuatan ekonomi, politik dan realiti perubahan yang melanda dunia. ‘Civilised Society’ saranan Al Farabi yang Islamik tidaklah sama dengan ‘Social Contract’ ilham Reaseau atau pemikir-pemikir politik Barat yang lain. Masyarakat Madani adalah masyarakat yang menggabungkan tiga teras kekuatan utama yakni politik, ekonomi dan agama demi kesejahteraan dan kemakmuran ummah. Natijahnya, negara akan maju serta kaya dengan nilai-nilai akhlak yang tinggi. Inilah ‘the true colours of Islam’ yang perlu ditampilkan oleh kepimpinan Melayu Islam di persada dunia antarabangsa.

Mungkin ini ‘perang baru’ yang menghantui Samuel Huntington dalam ‘Clash of Civilization’nya. Walau bagaimanapun kebimbangan itu tidak berasas kerana imej Islam yang cuba diketengahkan oleh Melayu Islam berbeza sama sekali dengan imej Islam yang sedang di bena di Timur Tengah dan Indo-Pakistan pada masa ini.

Sekarang mari kita lihat realitinya. Mari kita lihat betapa ramai ‘wakil rakyat’ yang tidak bersama rakyat. Tidak semestinya calon yang ditunjukkan oleh parti untuk menjadi ADUN atau MP adalah terdiri daripada individu yang benar-benar komited pada perjuangan membela rakyat. Kenapa mereka terpilih? Ini juga menimbulkan persoalan. Nampaknya, parti politik (tidak kira daripada parti mana) mesti mempunyai mekanisme yang lebih telus dan cekap untuk mengenal ‘mana intan mata kaca’ di kalangan calon-calon mereka sendiri.

Dan lebih aneh, kalau ‘kaca’ yang disangka permata ini boleh lepas daripada saringan untuk dipilih sebagai wakil rakyat yang bukan sahaja gagal bergelanggang di tengah rakyat (untuk sama-sama berpanas, berhujan dan berembun) tetapi untuk duduk dalam parlimen yang berhawa dingin pun mereka tidak mampu. Tentulah kerja berbahas, berhujah, memerah fikiran untuk membuat keputusan di dalam parlimen walaupun diakui adalah sukar dan mencabar tetapi melaksanakan keputusan itu saya kira jauh lebih sukar.

Saya teringat betapa satu ketika Sayidina Umar bertanya kepada sahabat-sahabatnya, “jika aku telah melantik orang yang baik sebagai pemimpin-pemimpin pembantuku, apakah aku telah melaksanakan amanah kepimpinan ini dengan baik?” Sahabat-sahabatnya menjawab, “tentu sudah wahai Amirul Mukminin…” Sebaliknya Umar menjawab, “belum, sehingga aku memastikan orang baik itu melaksanakan kebaikannya!” Bagaimana kita? Sudahkah terlantik orang yang baik? Itupun sudah terlalu sukar. Dan sudahkan orang yang baik melaksanakan kebaikannya? Bab yang kedua ini jauh lebih sukar.

Saya kira parti-parti politik perlu lebih ketat untuk menyaring bagi mendapat calon-calon terbaik mereka kerana kita tidak boleh mengharap rakyat berbuat demikian dalam pilihan raya umum. Ini kerana kecenderungan sekian lama oleh masyarakat yang memilih wakil rakyat mereka berdasarkan parti yang mereka yakini bukan calon yang terlibat. Kredibiliti calon lebih disandarkan kepada kredibiliti parti… ini masalahnya. Ini akan memberi ruang yang cukup besar untuk ‘wakil rakyat yang tak bersama rakyat’ ini mendapat kedudukan dalam parti walaupun mereka tidak langsung berada di hati para pengundi. Jadi apa yang mereka lakukan… hanyalah berbuat sesuatu agar tetap mendapat ‘perhatian’ beberapa orang yang berkuasa dalam parti ataupun wakil-wakil bahagian, untuk terus mendapat pencalonan sebagai calon ADUN atau MP.

Saya rasa ini juga satu sebab yang memungkinkan berlakunya ‘politik wang’ dalam parti pemerintah satu ketika dulu (hingga kini?). Bagi mereka yang ‘busuk’ ini adalah lebih mudah menggunakan wang untuk mempengaruhi individu-individu dalam parti daripada kerja keras untuk mempengaruhi rakyat di tengah masyarakat. Apabila menang pilihan raya, mereka mengaut untung melalui kedudukan dan status MP atau ADUN. Kemudian wang itu ‘dilaburkan’ sedikit untuk mendapat sokongan berterusan dalam parti. Kemudian mereka tercalon lagi.

Dan mengaut untung, lalu melabur lagi… Begitulah sifir mudah politik wang. Kedudukan dalam parti bukan dilihat sebagai amanah untuk berbakti tetapi sebagai pelaburan untuk menguntungkan peribadi. Bagi mereka, parti mungkin dilihat sebagai entiti perdagangan di mana telah kuasa digunakan untuk menjana keuntungan…

Rakyat berada nun jauh di sana… poster wajah calon yang ditampal pada musim-musim pilihan raya bukan ‘wajah’ calon itu yang sebenar. Rakyat hanya mengenal dacing, bulan dan lain-lain. Pada mereka itu sudah sinonim dengan kemakmuran, keislaman, keadilan yang kerap dilaung-laungkan. Tidak kiralah siapa orangnya, asalkan baik partinya. Betul juga, kalau hanya calonnya baik tetapi partinya tidak baik, mana mungkin jentera pembangunan setempat hendak dibangunkan?

Ia memerlukan keupayaan sebuah organisasi bukan kekuatan peribadi. Jadi apa harapan rakyat? Harapan rakyat ialah parti tersebut mesti berbuat sesuatu untuk memastikan agar ‘musang berbulu ayam’ ini tidak dicalon bukan untuk kali keduanya tetapi janganpun buat kali pertama! Masa 4-5 tahun adalah terlalu panjang untuk membiarkan pemimpin gadungan ini bermaharalela.

Ya, kini kita sudah diambang musim pilihanraya. Ketua-ketua parti, sama ada parti kerajaan mahupun pembangkang sudah rancak bercakap tentang wakil-wakil yang bakal dipilih atau ‘direhatkan’ menjelang pilihanraya yang akan datang. Lobi melobi mula berlaku. Malah suara-suara mula kedengaran ada kemungkinan pemimpin NGO akan turut serta memasuki pilihanraya. Dunia kepimpinan Malaysia berada di peringkat kematangan. Tahap di mana semakin ramai orang yang ingin muncul sebagai pemimpin. Secara sinis mungkin kita boleh berseloroh, akan tibakah masanya nanti ketika lebih ramai orang ingin memimpin daripada yang rela dipimpin. Waktu itu berapa keratkan yang masih tinggal untuk menjadi pengikut?

Dalam keghairahan membangunkan generasi muda sebagai pelapes kepemimpinan, elemen asas yang harus diterapkan ialah nilai-nilai dan etika kepimpinan yang berkesan. Saya kira elemen ini yang agak lemah dalam parti-parti politik di Malaysia. Satu kaedah pemantapan nilai yang kukuh belum terserlah. Sedangkan nilai adalah faktor utama dalam menentukan sikap dan perlakuan seseorang. Ia adalah benih kepada buah kebaikan dalam diri dan organisasi. Jadi kalau kita hanya bercakap soal buah, tetapi soal benihnya tidak disentuh, maka kita pasti gagal melahirkan pemimpin yang bersih, cekap dan amanah.

Bagaimana menanam nilai dalam diri anggota organisasi dan parti-parti politik khusnya? Pakar agama, pakar psikologi, motivasi dan pendidikan telah sepakat bahawa manusia itu ialah apa yang diyakininya. Ertinya, asas sistem nilai ialah keyakinan. Istilah yang selalu digunakan untuk keyakinan ini ialah ‘belief system’. Keyakinan ini dibentuk oleh prinsip fitrah insani dan juga soal keimanan yang bersumber dari wahyu. Dalam Islam elemen ini dinamakan akidah atau iman. Bila keyakinan sudah teguh, maka terbentuklah apa yang dikatakan ‘world-view’ atau pandangan alam – yakni bagaimana kita melihat kehidupan, diri dan alam ini. Dari sini terbentuklah sistem nilai. Sistem nilai ini ialah penentu dalam diri yang mempengaruhi pilihan seseorang. Dia akan memilih sesuatu yang dilihatnya bernilai dan meninggalkan sesuatu yang tidak bernilai. Akhirnya, inilah yang membentuk sikap dan kelakuan seseorang.

Itulah gambaran selayang pandang tentang erti nilai dan bagaimana menerapkannya dalam organisasi politik. Jadi soalan yang menarik untuk difikirkan ialah sudahkan biro atau bahagian dalam parti berkenaan berfikir tentang persoalan ini dengan serius? Sudahkan dirangka pelan tindak untuk memantapkan keimanan sebagai asas keyakinan diri para pengikut terutamanya mereka hendak menjadi calon ADUN dan MP? Apakah mereka sudah melalui satu program atau proses mengenal pasti nilai-nilai yang hendak dijadikan pegangan oleh parti? Apakah mereka tahu, mahu dan mampu untuk menyelaraskan tindakan seharian dengan nilai-nilai yang diyakini atau ada ‘percanggahan’ perlakuan dan keyakinan yang akhirnya melahirkan pemimpin yang cakap tak serupa bikin?

Tanpa minda dan pengertian yang tepat, seseorang hanyalah seperti ‘burung tiong yang pandai bercakap’ sekalipun telah dinobatkan sebagai pemimpin. Burung tiong hanya pandai bercakap kerana ia dilatih untuk menurut apa yang diperkatakan tanpa memahami pengertiannya. Keadaan yang sama boleh berlaku bila seseorang menjadi pemimpin tetapi tidak memahami langsung erti, nilai, etika dan kriteria kepimpinan. Hakikat ini sering berlaku di dalam parti terutamanya apabila seseorang terlalu mengikut apa yang dilakukan oleh orang No.1 secara Pak Turut semata-mata.

Pemimpin bukanlah satu profesyen biasa yang boleh ditangani secara mudah. Tanpa persediaan yang cukup, akan lahir pemimpin-pemimpin ‘instant’ yang tidak tahan godaan dan tidak mampu menangani cabaran terkini. Kualiti pemimpin tidak sama dengan makanan segera yang sifatnya cepat disiapkan, cepat pula dimakan. Pemimpin yang muncul mendadak, cepat naik dan kemudian cepat pula jatuhnya samalah seperti Mee segera – “cepat dimasak, sedap dimakan…” kemudian cepat pula dibuang!”

Keghairahan untuk menjadi pemimpin di kalangan generasi muda mestilah diimbangi oleh ilmu kepimpinan khususnya memahami erti kepimpinan sebenar. Yang paling penting sebelum memimpin orang lain, mereka harus belajar memimpin diri sendiri dahulu. Dengan memahami definasi kepimpinan terutama yang berkaitan dengan elemen-elemen asasnya, seorang bakal pemimpin akan tahu apakah persiapan yang perlu dibuat dari segi mental, spiritual dan fizikal untuk memikul tanggung-jawab kepimpinan. Untuk mendapat ilmu kita perlu belajar dan untuk belajar kita mesti menjadi pengikut. Oleh itu, tidak salah kalau kita belajar menjadi pengikut yang baik terlebih dahulu sebelum menjadi pemimpin yang baik.

Yang pastinya bakal pemimpin harus belajar mengenal diri sendiri, menganalisis potensi pemikirannya serta mencungkil sebanyak-banyaknya iktibar dan hikmah dari pengalaman yang boleh digarap ketika mengharungi realiti sepanjang hayatnya. Dari segi ketahanan diri pula, mereka perlu didedahkan kepada cabaran dan dugaan hidup yang diterjemahkan melalui program wacana, kembara, dilatih mengharungi kaedah-kaedah ‘survival’, hidup ditengah masyarakat, serta dipandu untuk mendisiplinkan diri secara istiqamah dan penuh iltizam demi menyerlahkan lagi jatidiri berteraskan nilai-nilai murni yang abadi.

Di alaf matang dunia kepimpinan ini, kebijaksaan sangat diperlukan untuk mempertahankan kualiti kepimpinan dari sekian banyak kuantitinya. Apabila tokoh-tokoh korporat dan golongan profesional menceburi politik, mereka perlu faham bahawa yang mereka hadapi kini ialah manusia yang ada fikiran dan perasaan bukan mesin dan produk. Sekurang-kurangnya mereka seharusnya tidak terkeliru antara peranan kepemimpinan dengan pengurusan. Berdasarkan definasi kepimpinan yang tepat, kita seharusnya dapat membezakan antara pemimpin dan pengurus. Stephen R. Covey dalam bukunya “The 7 Habit of Highly Effective People” dengan jelas membezakan antara seorang pengurus dengan seorang pemimpin. Menurutnya, fokus asas kepimpinan ialah: Apakah perkara yang mahu dicapai, sedangkan fokus asas pengurusan ialah: Apakah cara atau alternatif yang paling baik untuk mencapai perkara yang telah ditentukan.

Berdasarkan kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa kepimpinan dahulu dan pengurusan kemudian. Secara analoginya, “pengurusan ialah kecekapan memanjat tangga kejayaan; kepimpinan menentukan sama ada tangga itu menyandar pada tembok yang betul”. Peter Druker dan Warren Danis pula mendefinasikan, “Management is doing things right; Leadership is doing the right thing”. Dalam ertikata yang lain, pengurusan dan kepimpinan bukanlah suatu yang sinonim. Pengurus yang baik tidak semesti pemimpin yang baik begitulah sebaliknya. Seorang pengurus dikehendaki merancang, menyusun kakitangan dan mengawal. Manakala pemimpin berperanan mempengaruhi dan menentukan agar pengikut sentiasa menuju ke arah matlamat.

Pengurusan yang cekap tanpa kepimpinan yang berkesan adalah seperti ‘berlunjur sebelum duduk.’ Seorang yang hanya berwatak pengurus, tidak akan mampu mempengaruhi dan mengarah anggota organisasinya mencapai matlamat organisasi. Penyusunan yang baik, plan tindak yang kreatif dan prasarana yang mencukupi, tidak bermakna apa-apa jika anggota organisasi tidak dapat dipengaruhi dan didorong untuk bertindak. Justeru itu secara idealnya, seorang pengurus mestilah juga merupakan seorang pemimpin kerana ia seharusnya mampu mempengaruhi sarbodinat ke arah pelaksanaan.

Tegasnya, kriteria dan kelayakan yang perlu ada pada seorang pemimpin adalah lebih tinggi daripada seorang pengurus atau peniaga. Antara sifat yang perlu ada ialah mereka mesti mempunyai keperibadian dan karisma semula jadi seperti keupayaan berfikir, keberanian yang luar biasa, kepetahan berkata, wajah yang menarik dan lain-lain. Mereka mesti memiliki kekuatan jiwa, akal dan perasaan yang melahirkan pelbagai sifat baik seperti tabah, yakin, berani, tahan uji, optimis, tegas, mempunyai idea, kaya minda, berstrategi, kreatif, bijaksana, imiginasi, simpati, empati, prihatin, timbang-rasa, lemah-lembut, kasih-sayang dan pemaaf.

Dengan segala sifat yang baik barulah mereka boleh berperanan. Pemimpin mesti boleh berperanan dengan baik. Malangnya, ramai yang berfikir secara songsang – apa yang difokuskan bukan peranan tetapi ganjaran. Jika kita hanya berfikir tentang ganjaran, maka ini akan menyebabkan kita mengabaikan peranan. Sebaliknya, bila seseorang pemimpin fokus pada peranan, maka ganjaran akan datang dengan sendirinya. Malangnya, wakil rakyat yang kita sebut diawal tulisan ini asyik memikirkan ganjaran bukan peranan. Apakah peranan utama pemimpin?

Secara ringkas saya nyatakan bahawa ruang-lingkup peranan pemimpin terbahagi dua: Menjaga keperluan lahiriah (kebajikan) pengikut. Kedua, mendidik (akliah, perasaan dan rohaniah) para pengikutnya. Untuk itu mereka harus mempunyai watak yang ‘verstyle’. Antaranya mereka perlu berwatak guru, sahabat, motivator, kaunselor, imam solat dan sebagainya. Walaupun mungkin mereka tidak semestinya mempunyai ilmu dan kebolehan khusus dalam bidang-bidang tersebut, tetapi mereka mesti memilki ‘general knowledge’ yang membolehkan mereka berperanan serba sedikit. Itulah sifat pemimpin, jika kita tidak layak… beri laluan pada yang lain!

Sekara untuk bermuhasabah, apakah anda (khususnya wakil rakyat) apakah anda pernah mengajar dan mendidik orang bawahan anda? Apakah anda pernah berusaha untuk melahirkan lebih banyak pemimpin pelapes? Apakah anda giat menambah kemahiran kepimpinan sama ada yang berkaitan ‘behavioral skills’ atau ‘technical Skills’? Dan sebagai pemimpin Islam sudahkah anda memantapkan lagi ilmu-ilmu asas di bidang akidah, feqah dan akhlak? Jika jawapannya ‘belum’, maka anda seharusnya belajar jadi pemimpin bukan memimpin. Inilah yang dimaksudkan oleh Imam Safie, “belajarlah sebelum jadi pemimpin!”

Untuk menjalankan peranannya, para pemimpin (sepertimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW) mestilah menjadi khadam (hamba) kepada pengikutnya. Di satu hadis yang lain Rasulululah menegaskan para pemimpin ialah ‘gembala’ kepadanya pengikutnya. Ertinya, tugas kepemimpinan adalah amanah bukan anugerah. Ia akan dihisab dipertanggung-jawabkan (ditanggung dan akan disoal) tentang kepimpinannya bukan sahaja oleh ketua parti atau Perdana Menteri tetapi oleh Tuhan.

Jika para pemimpin sedar tentang hakikat ini, mereka bukan sahaja akan merendah diri, rajin dan komited dengan tugas bahkan bimbang bila dilantik menjawat sesuatu amanah. Memang, sikap kita dengan kepimpinan seharusnya tidak berebut untuk mendapatkannya tetapi apabila telah dilantik juga dia akan menjalankan tugas dengan penuh amanah dan iltizam.

Kesimpulannya, kejahilan kita tentang tanggung-jawab dan amanah kepimpinan telah menyebabkan berlakunya perebutan untuk menjadi pemimpin. Dan apabila telah dilantik, tidak menunaikan amanah dengan sebaik-baiknya. Memahami erti kepimpinan dan menguasai ilmu tentang elemen-elemen asasnya, adalah pra-syarat buat seseorang untuk menjadi pemimpin. Bayangkan, sedangkan seorang tukang masak pun mesti mempunyai ilmu tentang masakan, apalagi seorang pemimpin… Kita menaruh harapan agar Malaysia mampu melahirkan pemimpin yang berkualiti

Khamis, 2 Mei 2013

mati


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada suatu kisah menarik yang boleh dijadikan iktibar kepada kita semua. Kisah ini dipetik dari Majalah Indonesia jadi penggunaan bahasa adalah Bahasa Indonesia yang mudah difahami oleh kita semua.. InsyaAllah..
Kisah nyata ini diceritakan sendiri oleh pelakunya dan pernah disiarkan oleh Radio Al Qur’an di Makkah al Mukarramah. Kisah ini terjadi pada musim haji beberapa tahun yang lalu di daerah Syu’aibah, yaitu daerah pesisir pantai laut merah, terletak 110 Km di Selatan Jeddah.

Sekadar gambar hiasan
Pemilik kisah ini berkata:
Ayahku adalah seorang imam masjid, namun demikian aku tidak shalat. Beliau selalu memerintahkan aku untuk shalat setiap kali datang waktu shalat. Beliau membangunkan ku untuk shalat subuh. Akan tetapi aku berpura-pura seakan-akan pergi ke masjid padahal tidak.
Bahkan aku hanya mencukupkan diri dengan berputar-putar naik mobil hingga jama’ah selesai menunaikan shalat. Keadaan yang demikian terus berlangsung hingga aku berumur 21 tahun. Pada seluruh waktu ku yang telah lewat tersebut aku jauh dari Allah dan banyak bermaksiat kepada-Nya. Tetapi meskipun aku meninggalkan shalat, aku tetap berbakti kepada kedua orang tuaku.
[Inilah sekelumit dari kisah hidupku di masa lalu]
Pada suatu hari, kami sekelompok pemuda bersepakat untuk pergi rekreasi ke laut. Kami berjumlah lima orang pemuda. Kami sampai di pagi hari, lalu membuat tenda di tepi pantai. Seperti biasanya kamipun menyembelih kambing dan makan siang. Setelah makan tengahari, kamipun mempersiapkan diri turun ke laut untuk menyelam dengan tabung oksigen. Sesuai aturan, wajib ada satu orang yang tetap tinggal di luar, di sisi kemah, hingga dia bisa bertindak pada saat para penyelam itu terlambat datang pada waktu yang telah ditentukan.
Akupun duduk, dikarenakan aku lemah dalam penyelaman. Aku duduk seorang diri di dalam kemah, sementara disamping kami juga terdapat sekelompok pemuda yang lain. Saat datang waktu shalat, salah seorang diantara mereka mengumandangkan adzan, kemudian mereka mulai menyiapkan shalat. Aku terpaksa masuk ke dalam laut untuk berenang agar terhindar dari kesulitan yang akan menimpaku jika aku tidak shalat bersama mereka. Karena kebiasaan kaum muslimin di sini adalah sangat menaruh perhatian terhadap shalat berjamaah dengan perhatian yang sangat besar, hingga menjadi aib bagi kami jika seseorang shalat fardhu sendirian.
Aku sangat mahir dalam berenang. Aku berenang hingga merasa kelelahan sementara aku berada di daerah yang dalam. Aku memutuskan untuk tidur diatas punggungku dan membiarkan tubuhku hingga bisa mengapung di atas air. Dan itulah yang terjadi. Secara tiba-tiba, seakan-akan ada orang yang menarikku ke bawah… aku berusaha untuk naik…..aku berusaha untuk melawan….aku berusaha dengan seluruh cara yang aku ketahui, akan tetapi aku merasa orang yang tadi menarikku dari bawah menuju ke kedalaman laut seakan-akan sekarang berada di atasku dan menenggelamkan kepalaku ke bawah.
Aku berada dalam keadaan yang ditakuti oleh semua orang. Aku seorang diri, pada saat itu aku merasa lebih lemah daripada lalat. Nafaspun mulai tersendat, darah mulai tersumbat di kepala, aku mulai merasakan kematian! Tiba-tiba, aku tidak tahu mengapa…aku ingat kepada ayahku, saudara-saudaraku, kerabat-kerabat dan teman-temanku… hingga karyawan di toko pun aku mengingatnya. Setiap orang yang pernah lewat dalam kehidupanku terlintas dalam ingatanku…semuanya pada detik-detik yang terbatas…kemudian setelah itu, aku ingat diriku sendiri..!.!!
Mulailah aku bertanya kepada diriku sendiri…apa engkau shalat? Tidak. Apa engkau puasa? Tidak. Apa engkau telah berhaji? Tidak. Apa engkau bershadaqah? Tidak. Engkau sekarang di jalan menuju Rabbmu, engkau akan terbebas dan berpisah dari kehidupan dunia, berpisah dari teman-temanmu, maka bagaimana kamu akan menghadap Rabb-mu? Tiba-tiba aku mendengar suara ayahku memanggilku dengan namaku dan berkata: “Bangun dan shalatlah.” Suara itupun terdengar di telingaku tiga kali. Kemudian terdengarlah suara beliau adzan. Aku merasa dia dekat dan akan menyelamatkanku. Hal ini menjadikanku berteriak menyerunya dengan memanggil namanya, sementara air masuk ke dalam mulutku.

Sekadar gambar hiasan
Aku berteriak-teriak…tapi tidak ada yang menjawab. Aku merasakan asinnya air di dalam tubuhku, mulailah nafas terputus-putus. Aku yakin akan mati, aku berusaha untuk mengucapkan syahadat….ku ucapkan Asyhadu…Asyhadu…aku tidak mampu untuk menyempurnakannya, seakan-akan ada tangan yang memegang tenggorokanku dan menghalangiku dari mengucapkannya. Aku merasa bahwa nyawaku sudah dalam perjalanan keluar dari tubuhku.
Akupun berhenti bergerak…inilah akhir dari ingatanku. Aku terbangun dan mendapati diriku berada di dalam kemah…dan di sisiku ada seorang anggota tentera dari Khafar al Sawakhil (penjaga garis batas laut), dan bersamanya para pemuda yang tadi mempersiapkan diri untuk shalat.
Saat aku terbangun, tentera itu berkata: ”Segala puji bagi Allah atas keselamatan ini.” Kemudian dia langsung beranjak pergi dari tempat kami. Aku pun bertanya kepada para pemuda tentang tentera tersebut. “Apakah kalian mengenalnya?” Mereka tidak mengetahuinya, “Dia datang secara tiba-tiba ke tepi pantai dan mengeluarkanmu dari laut, kemudian segera pergi sebagaimana engkau lihat” kata mereka.
Akupun bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian melihatku di air?” Mereka menjawab,”Sementara kami di tepi pantai, kami tidak melihatmu di laut, dan kami tidak merasakan kehadiranmu, kami tidak merasakannya hingga saat tentara tersebut hadir dan mengeluarkanmu dari laut.” Perlu diketahui bahwa jarak terdekat dengan Markas Penjaga Garis Laut adalah sekitar 20 Km dari kemah kami, sementara jalannya pun jalan darat, yaitu membutuhkan sekitar 20 minit hingga sampai di tempat kami sementara peristiwa tenggelam tadi berlangsung dalam beberapa menit.
Para pemuda itu bersumpah bahawa mereka tidak melihatku. Maka bagaimana tentera tersebut melihatku? Demi Tuhan yang telah menciptakanku, hingga hari ini aku tidak tahu bagaimana dia bisa sampai kepadaku. Seluruh peristiwa ini terjadi saat teman-temanku berada dalam penyelaman di laut. Ketika aku bersama para pemuda yang menengokku di dalam kemah, HP-ku berdering. segera HP kuangkat, ternyata ayah yang menelepon. Akupun merasa bingung, karena sesaat sebelumnya aku mendengar suaranya ketika aku di kedalaman dan sekarang dia menelepon?
Aku menjawab….beliau menanyai keadaanku, apakah aku dalam keadaan baik? Beliau mengulang-ulangnya, berkali-kali. Tentu saja aku tidak mengabarkan kepada beliau, supaya tidak cemas. Setelah pembicaraan selesai aku merasa sangat ingin shalat. Maka aku berdiri dan shalat dua rakaat, yang selama hidupku belum pernah aku lakukan. Dua rakaat itu aku habiskan selama dua jam. Dua rakaat yang kulakukan dari hati yang jujur dan banyak menangis di dalamnya.
Aku menunggu kawan-kawanku hingga mereka kembali dari penyelaman. Aku meminta izin pulang terlebih dahulu. Akupun sampai di rumah dan ayahku ada di sana. Pertama kali aku membuka pintu, beliau sudah ada di hadapanku dan berkata: “Kemari, aku merindukanmu!” Akupun mengikutinya, kemudian beliau bersumpah kepadaku dengan nama Allah agar aku mengatakan kepada beliau tentang apa yang telah terjadi padaku di waktu Ashar tadi. Akupun terkejut, bingung, gemetar dan tidak mampu berkata-kata.
Aku merasa beliau sudah tahu. Beliau mengulangi pertanyaannya dua kali. Akhirnya aku menceritakan apa yang terjadi padaku. Kemudian beliau berkata: ”Demi Allah, sesungguhnya aku tadi mendengarmu memanggilku, sementara aku dalam keadaan sujud kedua pada akhir shalat Ashar, seakan-akan engkau berada dalam sebuah musibah. Engkau memanggil-manggilku dengan teriakan yang menyayat-nyayat hatiku. Aku mendengar suaramu dan aku tidak bisa menguasai diriku hingga aku berdo’a untukmu dengan sekeras-kerasnya sementara manusia mendengar do’aku”.
“Tiba-tiba, aku merasa seakan-akan ada seseorang yang menuangkan air dingin di atasku. Setelah shalat, aku segera keluar dari masjid dan menghubungimu. Segala puji bagi Allah, aku merasa tenang bagitu mendengar suaramu. Akan tetapi wahai anakku, engkau cuai terhadap shalat. Engkau menyangka bahwa dunia akan kekal bagimu, dan engkau tidak mengetahui bahawa Tuhanmu berkuasa merubah keadaanmu dalam beberapa detik. Ini adalah sebahagian dari kekuasaan Allah yang Dia perbuat terhadapmu. Akan tetapi Tuhan kita telah menetapkan umur baru bagimu.”
Saat itulah aku tahu bahwa yang menyelamatkan aku dari peristiwa tersebut adalah karena Rahmat Allah Ta’ala kemudian karena do’a ayah untukku. Ini adalah sentuhan lembut dari sentuhan-sentuhan kematian. Allah Ta’ala ingin memperlihatkan kepada kita bahawa betapapun kuat dan perkasanya manusia akan menjadi makhluk yang paling lemah di hadapan keperkasaan dan keagungan Allah Ta’ala.
Maka semenjak hari itu, shalat tidak pernah luput dari fikiranku. Alhamdulillah. Wahai para remaja, wajib atas kalian taat kepada Allah dan berbakti kepada kedua orang tua.
Ya Allah, ampunilah kami dan kedua orang tua kami, terimalah taubat kami dan taubat mereka dan rahmatilah mereka dengan rahmat-Mu.

# Semoga kisah ini dijadikan renungan dan iktibar kepada kita semua.. insyaAllah

Sumber: Majalah Qiblati Edisi 10 tahun II, Juli 2007 M

eksiden


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, andai anda masih ingat terdapat beberapakemalangan atau kecelakaan besar yang mengakibatkan kerugian yang banyak suatu ketika dahulu dan menjadi sejarah buat dunia hari ini. Ini antara 10 kemalangan paling mahal di dunia..
1. Chernobyl ($200 Billion)
Pada April 1986 telah berlakunya malapetaka paling buruk di dalam sejarah dunia moden. Letupan Reaktor Nuklear Chernobyl, ianya kemalangan paling berkos tinggi di dunia. 50% kawasan Ukraine di Barat Russia terpaksa dikosongkan. Lebih 1.7 juta manusia mendapat kesan dari malapetaka ini, termasuklah mereka yang mendapat efek seperti kanser disebabkan radiasi. Beberapa tahun kemudian, dianggarkan 125,000 orang. Letupannya dianggarkan 400 kali lebih dahsyat dari bom yang dijatuhkan di Hiroshima pada Perang Dunia Kedua. Kemalangan di Chernobyl ini, menyebabkan prosedur dan standard keselamatan melibatkan Reaktor seluruh dunia dirombak dan diberi kajian semula.

2. Space Shuttle Columbia ($13 Billion)
Masih anda ingat dengan kemalangan Kapal Angkasa Columbia? Ianya musnah ketika memasuki ruang udara bumi selepas melakukan ekspedisi angkasa di ISS pada 1 Februari 2003. Hasil penyiasatan menunjukkan kerosakan kecil di bahagian pelindung haba di sayap kiri Columbia menyebabkan ianya gagal menahan kesan suhu tinggi ketika memasuki ruang udara Texas akibat kelajuan yang terlampau tinggi. Semua 7 anggota crew STS-107 tersebut terbunuh. Kos membina Kapal Columbia yang berjumlah $2 bilion pada 1978 ($6.3 billion jumlah kini). $500 juta dihabiskan utk tujuan penyiasatan serta mencatatkan sejarah sebagai kos penyiasatan paling tinggi didunia.

3. Prestige Oil Spill ($12 Billion)
Pada 13 November 2002, Kapal yang dinamakan “The Prestige” membawa 77,000 tan minyak mentah dan kejadian bermula apabila 1 daripada 12 tangkinya meletup disambar kilat di perairan Galicia, Sepanyol. Akibat risau kapal akan tenggelam menyebabkan kapten meminta pertolongan dari pihak keselamatan Sepanyol untuk membawa kapal tersebut ke Pelabuhan berdekatan, tetapi pihak keselamatan tidak menghiraukan pertolongan dari kapten kapal The Prestige malah mengarahkan kapal itu keluar dari perairan mereka. Kapten kapal telah memohon pertolongan dari pihak keselamatan Perancis dan Portugal perkara sama juga terjadi. Laut semakin bergelora dan kapal Prestige itu tidak dapat diselamatkan ianya tenggelam ditelan laut menyebabkan 20 juta gelen minyak mentah ditumpahkan ke laut. Kos keseluruhan pemulihan sehingga kini masih dihitung dan dipercayai berjumlah $2.5 billion.

4. Challenger Explosion ($5.5 Billion)
Pada 28 Januari 1986, NASA melancarkan Misi Kapal Angkasa Challenger, 73 saat selepas pelancaran ianya meletup di ruang udara. Hasil penyiasatan, ianya berlaku disebabkan faktor teknikal “faulty O-Ring” dimana ianya gagal untuk melindungi satu bahagian penyambungan, menyebabkan tekanan kepada Liquid Gas didalam tangki. Overload pada tekanan gas menyebabkan ianya keluar dan berlaku letupan yang dahsyat. Kos untuk menukarkan Space Shuttle tersebut, penyiasatan, pertukaran kelengkapan telah memakan kos hampir $5 billion.

5. Piper Alpha Oil Rig ($3.4 Billion)
Hari terburuk dalam sejarah minyak dunia. Ketika itu Piper Alpha Oil merupakan pengeluar minyak terbesar didunia dgn menghasilkan 317,000 per tong sehari. Kebakaran Pelantar Minyak paling buruk pernah terjadi di dunia ini terjadi pada 6 Julai 1988 kerja-kerja maintenance teknikal oleh Jurutera melibatkan lebih 100 “tiub valve” yang menyalurkan gas cecair. Kesilapan terjadi apabila salah seorang Technician terlupa untuk menukar 1 daripadanya. Pada pukul 10 malam, operasi itu dimulakan seperti biasa, apabila butang ditekan oleh pekerjanya, satu letupan dahsyat yang merekodkan sejarah dunia terjadi. Dalam masa 2 jam keseluruhan pelantar meletup dan terbakar menyebabkan 167 kehilangan nyawa.

6. Exxon Valdez ($2.5 Billion)
Pada March 1989, Tumpahan lebih 10.8 juta gelen minyak di Teluk Prince William yang hanya boleh diakses hanya dengan bot dan helikopter. Ianya merupakan tumpahan minyak paling dahsyat dalam sejarah dunia moden. Kos pemulihan melibatkan $2.5 Billion yang ditanggung oleh Exxon.

7. B-2 Bomber Crash ($1.4 Billion)
B-2 Stealth Bomber. Ianya merupakan Pesawat Pengebom US Airforce paling mahal yang pernah dibina. The Spirit of Kansas ini pernah diterbangkan selama 5,176 jam. Dua orang krew yang sedang mengendali pesawat berkenaan terselamat sebelum ia terhempas. Kemalangan B-2 bomber berlaku di Guam Airbase pada Februari 2008 sejurus sahaja ianya berlepas. Pasukan penyiasatan membuat kesimpulan, ianya disebabkan oleh “Flight Computer System” dimana data arahan secara tiba-tiba mengarahkan Pesawat membuat “nose-up move” menyebabkan ianya hilang kawalan dan terjatuh. Ianya melibatkan sebuah B-2 Bomber dari 21 buah yg pernah dibina oleh US.

8. MetroLink Crash ($500 Juta)
Ianya berlaku pada 12 september 2008, jam 4.22 petang di daerah Chatsworth, Los Angeles telah dicatatkan sebagai kejadian kemalangan keretapi paling buruk di dalam sejarah California di mana 25 orang terbunuh dan 135 yang lain cedera. Kejadian berlaku apabila keretapi barang Union Pacific bertembung berhadapan dengan keretapi komuter Metrolink. Keretapi Metrolink dipercayai melanggar isyarat merah sebelum memasuki trek di mana keretapi barang berkenaan berada. Ianya berpunca dari kesilapan konduktor yang cuai membalas SMS serta tersalah memasuki laluan semasa pertukaran rail di Stesen California. Tindakan undang-undang dijangkakan melibatkan nilai lebih $500 juta.

9. Tanker Truck vs Bridge ($358 Juta)
Pada 26 Ogos 2004 sebuah kereta berlanggar dengan sebuah lori tangki yang membawa 32 ribu liter minyak di Whiethel Brigde di Jerman. Lori tangki tersebut merempuh pagar dan terjatuh 100 kaki ke bawah Jambatan Authobahn Highway menyebabkan letupan besar yang memusnahkan “load-bearing” jambatan tersebut. Kerja2 sementara untuk membaiki Jambatan ini melibatkan $40 Juta dan kos menukarkan jambatan $310 Juta.

10.Titanic ($150 Juta)
Karamnya Titanic mungkin tragedi yang paling terkenal di dunia, Hollywood pernah menghasilkan filem dari kejadian ini. Pada jam 11:40 malam 14 April 1912, peninjau kapal ini mengesan sebuah aisberg yang besar ketika berlayar di 400 batu ke selatan Grand Banks of Newfoundland. Tragedi Titanic melanggar aisberg semasa membuat trip percutian pertama mengorbankan 1500 hartawan. Kapal ini melibatkan kos $7 Juta untuk dibina dan antara yg paling mewah dan mahal ketika itu.($150 Juta Sekarang)

Suami layan

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

Tour Borneo: Part 9 Pulang :)