Saya pun tak pasti apa nama sesuai untuk gambar-gambar animasi GIF seperti ini. Yang dihasilkan oleh artis seni dari Istanbul iaitu Erdal Inci. Diharap anda dapat bersabar untuk menunggu gambar loading satu persatu, dan saksikan sendiri gambar-gambar format GIF yang lain dari yang lain. Sangat menarik :)

بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Selasa, 28 Mei 2013
Jom Utah
Anda tiada wang untuk mengembara ke Utah, Amerika Syarikat? Tiada masalah kerana anda boleh menikmati pengalaman seolah-olah berada di sana. Bagaimana caranya? Hanya klik link di bawah satu-persatu dan anda boleh melihat pemandangan panorama dalam 3D kawasan-kawasan yang menarik di Utah. Setelah anda klik, tunggu gambar loading sampai siap, dan klik serta heret cursor mouse untuk melihat suasana sekeliling.

Delicate Arch - Arches National Park

Lake Blanche and Sundial Peak - Utah

Snow Canyon - Hidden Pinyon Overlook - Utah

Snow Canyon's Hidden Pinyon Trail - Utah

Capitol Reef National Park - Moenkopi Sandstone

Horseshoe Gallery in Horseshoe Canyon - Utah

North Fork, Virgin River - Zion Narrows

Goblin Valley with Orion setting - Utah

Bridal Veil Falls - Provo Canyon - Utah
Dead Horse Point, Near Moab
Grand Staircase National Monument at Night
Along Utah's Nebo Loop Road - Payson Canyon
kucil
Anak Pak Ali, Hasan, 9 tahun di dalam kelas khusyuk mendengar kuliah ustaz Idris tetiba mendapati seluarnya basah dan ada air di bawah kerusinya.
Hasan terkejut kerana dia tidak tahu bagaimana ia berlaku kerana ia tak pernah berlaku. Apa yang Hasan tahu ialah apabila rakan sekelasnya tahu… dia akan mendapat malu besar dan perkara ini bakal jadi ejekan yang memalukannya tak putus-putus.
Hasan menundukkan kepalanya dan terus berdoa memohon Allah memberi pertolongan untuk menyelamatkan diri daripada aib.
Pada masa yang sama, Ustaz Idris sedang bergerak ke arah Hasan yang sedang menundukan kepala.
Tetiba rakan Hasan yang duduk di sebelahnya, Anak Che Ali, Ibrahim dengan cepat menumpahkan bekas air dia di atas meja ke arah Hasan dan membasahi seluruh seluar dan bawah kerusi Hasan.
Hasan mengambil peluang untuk menunjukkan dia berang terhadap rakannya Ibrahim dengan memaki hamunnya di depan Ustaz Idris menyebabkan seluarnya basah untuk menutup aibnya.
Tapi dalam hati, Hasan gembira kerana ‘pertolongan’ sudah tiba.
Hasan mengambil kesempatan daripada hampir menjadi orang yang bakal mendapat aib di kelas kepada orang yang mendapat simpati.
Ustaz Idris membawa Hasan ke bilik sukan dan memberikan satu seluar untuk ditukarkan.
Rakan-rakan lain pula sibuk membersihkan lantai yang basah dengan air daripada bekas air Ibrahim dan najis Hasan.
Simpati yang didapati Hasan semakin banyak tapi sebaliknya Ibrahim pula dicemuh kerana menyebabkan kuliah terhenti dan rakan-rakan sekelas terpaksa membersihkan kelas kerana tidak sengaja menumpah bekas airnya.
“Cukuplah Ibrahim, enta ini menyusahkan sahaja,” kata Hasan, yang tidak mengucapkan terima kasih kepada Ibrahim walaupun sedar tindakan tidak sengaja tadi telah menyelamatkan dia daripada keaiban.
Semasa sekolah tamat, Ustaz Idris memanggil Hasan ke biliknya.
“Hasan, besok ucap terima kasih kepada Ibrahim kerana menyelamatkan Hasan daripada aib tadi ya,” Ustaz Idris berpesan kepada Hasan.
“Mengapa? Dia menyebabkan seluar saya basah dan semua orang kena membersihkan kelas,” Hasan cuba pertahankan peristiwa aibnya.
“Hasan, awak ini kena bertaubat. Ibrahim tadi sengaja menumpahkan air pada Hasan untuk menutup aib Hasan kencing dalam seluar. Tadi, Ibrahim datang memohon maaf pada Ustaz kerana tindakan dia menyebabkan kuliah terhenti dan memberitahu dia terpaksa buat supaya Hasan tidak diaibkan. Hasan dahlah maki hamun pada dia, walhal dialah orang yang menyelamatkan Hasan,” kata Ustaz Idris.
Hasan tersentak dengan penjelasan Ustaz Idris dan keesokkan harinya memohon maaf kepada Ibrahim.
“Mengapa bantu ana semalam?” tanya Hasan.
“Ana pun pernah terkencing dalam seluar. Ana faham keadaan itu dan tidak mahu Hasan melaluinya,” jawab Ibrahim.
Kita semua akan melalui fasa-fasa kehidupan yang mencabar semasa di muka bumi ciptaan Allah swt ini. Kita harus sering mengingatkan diri mengenai perasaan kesusahan ketika waktu mencabar dan jangan menghina orang yang turut berada dalam situasi yang sama. Cuma memahami keadaan orang lain sebagaimana diri sendiri di dalam situasi tersebut, dan berdoalah kepada Allah untuk kita dapat menghulurkan bantuan sewaktu orang memerlukannya.

Isnin, 27 Mei 2013
Ahad, 26 Mei 2013
No touch
Pembawa_Wacana
Kita dulu pernah dengar kan istilah generasi X.... Pastu ada pulak istilah generasi Y... Tapi aku rasa kat Malaysia nie ada satu lagi generasi yang bakal timbul... Aku dah nampak dah kesan-kesannya di universiti... Mungkin cikgu-cikgu kat sekolah pun dah merasainya.... Generasi yang bakal timbul ialah.... Generasi NO TOUCH!
Kenapa aku panggil generasi NO TOUCH? Sebab teknologi sekarang ke? Ye la... semua sekarang nak yang touch screen je... Henset biasa-biasa dah tak pandang.... Walaupun terpaksa menyembah kaki mak bapak semata-mata nak beli henset touch screen tu kan.... Bukan duit sendiri pun... he he.. Generasi NO TOUCH nie takde kaitan dengan teknologi touch screen tu ok... Ermmm.... mungkin ada la sikit-sikit faktor-faktor yang menyumbang ke arah tu.... Baik...camne nak kenal generasi terbaru nie? kenapa dipanggil generasi NO TOUCH?
Sebab.... dekat Malaysia nie... didikan di sekolah dah tak sama.... Dulu-dulu.... cikgu-cikgu diberi kuasa penuh terhadap anak muridnya oleh mak bapak...asalkan takde kesan patah dan lebam yang melampau... Dan biasanya memang akan ada anak-anak yang balik ni mengadu sebab kena denda macam-macam... kena berdiri atas kerusi la... kene duduk luar bilik darjah la... kene rotan tiga kali di tapak tangan la... Ada jugak yang kena potong rambut sebab panjang sangat! Dan mungkin pelik bagi budak sekarang... ITU PERKARA BIASA!!!
Sekarang..... jentik pun dah datang mak bapak kat pintu bilik darjah... Sound cikgu yang jentik tu.... "He's my son...not yours.. So do not TOUCH him. I pay u to teach him in class...not to torture him!" bla bla bla.... something like that la kan.... Betul tak cikgu-cikgu sekalian? Aku dapat berita nie dari kawan-kawan aku sendiri... And diorang akui memang nie le kes nya sekarang....
Dan yang peliknya... suruh berdiri atas kerusi pun tak boleh!! Bukannya sakit pun...berdiri je... Denda yang paling ringan masa zaman aku dulu... pun tak boleh! What the FFFFFFFF... Astaghfirullah... Lupa plak... jangan mencarut... tu pun golongan generasi NO TOUCH gak tu.... he he..
Dan apa kesannya? Aku nie... atau dengan perkataan sopannya, saya... dah dapat melihat kesan-kesannya di universiti... tempat saya bekerja... We can see the effect bit by bit right now.. Dah mula menampakkan kesannya di peringkat universiti.... Apa yang kami nampak? Setiap kali nak ajar something... we need to teach them from BASICS! Please remember... belajar di universiti nie bukan sekolah bai.... Universiti...u must be independent... Kitorang cuma memberi guideline...and u must find ways to dig more by yourself! Ada faham? Bukannya makan suap guna sudu garpu dah... suap la sendiri guna tangan kanan korang yang bersih tanpa dirotan tu.....
Yang kedua... pertuturan... Ya Allah.... jarang yang ada ADAB SOPAN SANTUN... Kebanyakan pakai terjah semberono je... Bagi terajang semberono baru tahu kan... Tapi komfem tak boleh... Sebab mesti mengadu kat mak bapak lagi... he he he. Sebab apa? Sebab generasi ini dah mula selesa dengan perlindungan melampau yang dikecapi sepanjang persekolahan... TIADA DIDIKAN dalam soal ini barangkali... Atau depa tu sendiri dah BLOCK kan didikan adab-adab nie disebabkan terlampau mengikut trend kengkawan atau trend PERCAKAPAN DALAM BENTUK TEXT MESEJ DALAM SMS, WECHAT, WHATSAPP, DSB... SoooooOOOOOooooo obvious la... It's a fact!
Generasi NO TOUCH nie jugak kitorang kategorikan sebagai generasi KERAS KEPALA... Ye ler... bagi nasihat... bukannya sepatah dua... siap bagi details dan contoh yang boleh dibuat sebagai teladan dan tauladan.... Tapi apa yang diterjemahkan generasi nie...nasihat ikhlas yang panjang itu diterjemahkan sebagai MEREPEK dan MEMBEBEL tanpa perlu DIDIAGNOSIS oleh mereka... Oleh sebab itu, maka timbul lah istilah SEPERTI MENCURAHKAN AIR KE DAUN KELADI.... Masalahnya... bila kesalahan tu berulang... disalahkan kepada pihak yang dituduh membebel nie... WHATT???? Penyelesaian jangka masa pendek... belilah cotton bud banyak-banyak... Korek la telinga tu dalam-dalam...Mengharapkan supaya adaaa la nanti nasihat didengari walaupun sedikit...
Generasi NO TOUCH nie jugak ada masalah sosial... Disebabkan tumbesaran jasmani dan rohaninya banyak berlaku di depan KOMPUTER...di depan IPAD...depan Iphone... dan segala I lagi lah... Yang penat dekat mak bapak la kan... sebab depa la yang terpaksa guna I yang lagi satu... I PAY... I PAY your IPHONE tu... Ada depa kisah?? takdenye... Masa dapat Ipad...Saaaaayang bapak...Saaaayang mama... Bila dah lama dapat... Panggil makan sekali pun tak nak... Siap marah lagi kene kacau..Tak remaja depa kata... Is it rudeness is youth?? Bukan kan... so..kenapa nak biadap dengan orang yang paling menyayangi kita? Nampak ketidakmatangan di situ... he he..
Ok....oleh sebab tumbesaran dah berlaku depan PC nie.... Maka ada la keburukannya... Apa yang aku nampak... Skil nak berinteraksi dengan orang luar dah takde...dah kurang..... nak berinteraksi dengan golongan yang lebih tua...golongan cikgu-cikgu... golongan atasan.... golongan adik-adik.... Cara berinteraksi dah jadi sangat teruk dan sangat BAD ASS... Astaghfirullah... terkeluar lagi istilah Generasi NO TOUCH nie... Maafkan saya... Haa... apa jadi? Itonasi suara dan gaya percakapan dah macam bercakap dengan kawan-kawan seangkutan ke longkang je semua....Di manakah kesopanan dan kesusilaan yang selalu diikrarkan tu?
Banyak lagi simptom-simptom yang boleh kita lihat untuk generasi NO TOUCH nie... Inilah kesannya kalau tak mengikut apa yang Rasul ajar.... Masa umur di peringkat persekolahan tu.... memang ada hadith nabi mengatakan...pada peringkat umur ini...boleh dipukul untuk mendidik... Walaupun hadith tu untuk didikan solat... Tapi ia boleh digunakan untuk didikan lain... Ni tidak.... bukan saja didikan ilmu persekolahan je tak boleh pukul... Didikan agama pun langsung tak boleh pukul!! Nie dah salah....
Satu lagi...didikan agama di sekolah aku rasa sangat la sikit buat masa sekarang... Tu yang ramai dari generasi NO TOUCH nie tak solat... tak puasa... tak takut berzina... Dengan pengaruh barat yang banyak boleh di akses dalam internet... Lepas tu perlindungan diri (AGAMA) pun dah kurang... memang senang la terpengaruh... Nie haa...pengaruh terbaru..K-POP...sampai ada yang sanggup memaki hamun dan mengugut semata-mata tak dapat pegi konsert K-POP... Apa sudah jadi nie baah.... Beratur panjang rela demi live konsert... Tapi tak sanggup beratur dalam saf di masjid... he he...
Wahaaaaai Generasi NO TOUCH... Ingat lah kamu... bahawa TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH... dan NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH... Ingatlah persaksian yang selalu disebut dalam solat nie... Yes kamu ada authority sekarang di sekolah....yes kamu ada hak asasi sekarang... tapi jangan disebabkan hak-hak yang agak hak tuihh tu... kamu tergolong dalam golongan yang ROSAK AKHLAKNYA... ROSAK AKIDAHNYA... ROSAK PEMIKIRANNYA.... Dan yang paling takut...jangan lah tergolong dalam golongan-golongan yang SESAT seperti yang dimaksudkan dalam ayat terakhir Surah Al-Fatihah itu....
P/S: Jadilah GENERASI ULUL ALBAB...
Langgan:
Catatan (Atom)